Isnin, 27 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tak perlu kosong kerusi untuk sertai Harapan Baru

Posted: 27 Jul 2015 10:01 AM PDT

SHAH ALAM - Seorang Adun Selangor hari ini menegaskan bahawa Adun daripada Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), tidak perlu mengosongkan kerusi Dun.

Adun Morib, Hasnul Baharuddin berkata, tindakan menyertai Harapan Baru itu melibatkan soal prinsip dan ia bukanlah satu kesalahan.

 "Tak ada isu (berpindah parti). Lompat parti sebab tertentu seperti sogokan... itu dari segi moral jelas menyalahi moral dari segi politik.

 "Tapi ini pindah parti sebab prinsip tertentu Pas yang tidak dapat dielakkan dan ia tidak menjadi kesalahan mengikut enakmen," katanya ketika dihubungi Bernama.

 Hasnul mengulas kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman semalam bahawa Adun dan Ahli Parlimen Pas yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Harapan Baru perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu.

 Mohd Khairuddin berkata, ia kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket Pas. Selain Hasnul, dua lagi wakil rakyat Pas Selangor yang dilapor menyertai parti baharu Harapan Baru adalah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud. Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan Harapan Baru yang terdiri daripada pemimpin kanan Pas yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

 Harapan Baru yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti Pas dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan Pas memutuskan hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

 Dalam pada itu, Hasnul berkata, sokongan pengundi yang diterima Pas sebelum ini bukan disebabkan oleh dasar parti berkenaan tetapi menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat.

 Beliau berpendapat Pas tidak sepatutnya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan gabungan bersama dalam pakatan pembangkang yang menjadikan Pakatan Rakyat mampu menawan Selangor. - Bernama ~  sumber

Kenyataan Media Pengerusi PasMa Perak

Posted: 27 Jul 2015 07:26 AM PDT

 Saya selaku Pengerusi PasMa Perak ingin merujuk kepada berita yang kononnya pada program Jelajah Gerakan Harapan Baru di Ipoh pada 26 Julai 2015, satu program Minggu Mengoyakan Akhbar Harakah telah turut dilancarkan.

Gambar yang digunakan dalam penyibaran fitnah tersebut sebenarnya adalah berita lama yang telah dikitar semula. Berita asalnya pernah dipaparkan oleh portal Antara Post pada 05 April 2012, disini .

 Saya sangat kesal dengan fitnah yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawap tersebut. Maka dengan ini saya mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan bahawa fesbuk atas "PASMA Malaysia" itu adalah palsu. 

 Link fesbuk  yang sebenarnya menggunakan nama Pertubuhan Ummah Sejatera Malaysia - PASMA dan boleh di akses   di sini 

Harap semua maklum dengan penjelasan ini, dan abaikan segala fitnah yang dimainkan oleh fesbuk palsu atas nama "PASMA Malaysia" tersebut.

Mohd Saad Ismail
Pengerusi PasMa Perak

Mat Sabu : Kami jamin Hak Melayu dan Islam (vdo dialog di Ipoh)

Posted: 26 Jul 2015 10:57 PM PDT


Pengerusi Harapan Baru, Hj Mohamad Sabu sewaktu dalam sesi dialog bersama orang ramai di Symphony Suites Hotel, Ipoh petang kelmarin telah mengambil kesempatan menjelaskan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh hadirin di majlis itu.

 Antara persoalan menarik ialah mengenai isu 'Melayu akan hilang kuasa' disebabkan munculnya parti baru yang kononnya akan menambah kepada perpecahan ummat Melayu di Malaysia dan Negara nanti akan dikuasai oleh orang bukan Melayu.

 Mat Sabu telah berjaya menampilkan hujah-hujah yang mudah dan ringkas untuk menangkis momokan yang selama ini dimainkan oleh Umno/BN dan baruanya.

 "Bank Bumiputra hilang yg tugasnya dulu utk membantu bumiputra dalam bidang perniagaan usahawan kecil,sampai sekarang jadi CIMB – Cina, India , Melayu. Benggali! Siapa yg bertanggungjawab yang menghilangkan Bank Bumi itu? Umno atau DAP?" Tanya Mat Sabu.

Beliau seterusnya menggasak beberapa pertanyaan-pertanyaan berikut:

"Tanah reserve Melayu yang hilang dekat separuh sekarang ini, adakah DAP yg memerintah Malaysia selama ini?

 "Wang MARA, tak cukup curi dalam negeri, curi di Australia! DAPkah yg buat tu?"

 Itulah antara persoalan-persoalan yang Mat Sabu kemukakan untuk mengajak orang Melayu yang sayangkan bangsanya supaya memikirkannya bersama.

 Beliau mengingatkan bahawa isu perkauman dimainkan dan dijadikan sebagai senjata ampuh untuk meneruskan Hegemoni Umno terus menguasai persada pemerintahan Negara.

 "Tapi inilah disangkutkan soal perkauman ini supaya akhirnya, orang Melayu walau macamana buruk pun kaum kita , kita kena sokong sebab takut kuasa Melayu hilang!"

 Beliau turut menjelaskan 'Harapan Baru' bukan parti. Ia hanya badan NGO sehingga dapat nama parti. "Parti baru yg akan didaftarkan ini tetap dengan dasar Islam." Tegasnya. 

 Mengenai kawasan yang bakal parti baru itu tandingi kelak, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan lagi. Sekarang ini nak ambil sokongan sebanyak mungkin, jelasnya.

 "Kita dalam Pakatan Rakyat, akan menyertai PR dan Harapan Baru, DAP dan Keadilan, kami akan berunding untuk hadapi Barisan Nasional.Parti lama kami tidak tahulah… itu adalah hak dia." (Ketika beliau mahu menyebut 'Harapan Baru, merujuk kepada parti barunya itu, beliau telah tersasul menyebut 'PAS' menjadikan para hadirin tidak dapat menahan ketawa terbahak-bahak!)

 Mengenai isu Melayu akan hilang kuasa kerana perpecahan ini, Mat Sabu bertanya, kenapa kita nak hilang kuasa Melayu? Lantas beliau memberikan contoh :

 Di kawasan parlimen Larut, katanya, kalau parti Pakatan Rakyat letak calon, Umno letak calon BN dan PAS letak calon di situ, maka ketiga-tiga (calon) adalah Melayu, siapa menang pun Melayulah menang. (Hadirin juga ketawa kerana kepintaran Mat Sabu mengemukakan hujah mudah dan lojik mengenai isu yg dimomokan oleh pihak lawan)

 Kemudiannya beliau member contoh di Kelantan : "Kata Pakatan Rakyat letak calon di Kubang Kerian. BN letak calon dan PAS letak calon. Tiga-tiga calon Melayu, siapa menang pun tak mengapa! Tapi kali ini tentulah yang akan menang Pakatan Rakyat!" katanya dengan disambut gembira penyokong-penyokongnya.

 Seterusnya beliau menyeru supaya orang Melayu jangan bimbang mengenai soal kuasa Melayu yang kononnya akan hilang.

 "Kita duk takut DAP, DAP boleh perintah, boleh jadi Ketua Menteri satu negeri Pulau Pinang sahaja!Lain tak boleh!" disahut oleh seorang penyokong dengan "Betul Bang Mat!"

 "Apa kita takut? Sikit-sikit DAP perintah! Sikit-sikit Dap perintah! Aku benci tau tak!" Telatah penyampaiannya sangat mencuit hati mereka yg mendengarnya hingga ramai ketawa terbahak-bahak.

 "Inilah yang dimainkan dua puluh, tiga puluh tahun ini!" jelasnya lagi.

 Mengenai tohmahan kononnya di Pulau Pinang dah tak boleh dilaungkan azan, beliu secara sinis berjenaka mengajak mereka "mai azan, 10.00 pagi pun mengapa! Azan tengah pekan, cuma mai polis mai kata, orang gila ka apa?"

 Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pada peringkat kini, pihaknya mahu menubuhkan parti, perlu untuk mendapat sokongan dan menegaskan bahawa untuk membuat perubahan di Malaysia mesti melalui Pakatan Politik. 

 "Kami jamin hak orang Islam dalam perlembagaan dan kedudukannya. Pakatan Rakyat dulu telah buat persetujuan bersama, dan Pakatan Rakyat 2.0 pun insya'Allah akan membuat perjanjian yang sama mempertahankan hak-hak yg ada dalam perlembagaan." Tegas Mat Sabu.

Berikut ini adalah vdonya yg sempat saya rakam dan upload :


Tiada ulasan: