Ahad, 26 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


GHB di Ipoh mendapat sambutan luar biasa

Posted: 26 Jul 2015 10:18 AM PDT


 Jelajah Gerakan Harapan Baru di Ipoh Perak hari ini mendapat sambutan yang luar biasa. Para pemimpin GHB dari seluruh negara telah turut bersama dalam majlis yang diadakan di dua tempat dan waktu yang berasingan.

 Pada sebelah petangnya , majlis dialog telah di adakan di Symphony Suite Hotel.Manakala disebelah malamnya pula diadakan di perkarangan terbuka di Jalan Pemimpin Manjoi.

Dialog di sebelah petang, pihak penganjur hanya menyediakan tempat untuk sekitar 300 orang sahaja namun keadaan adalah diluar dugaan kerana lebih 500 orang telah hadir.Ini sangat membanggakan. 

Penjelasan yang diberikan oleh pimpinan GHB kepada beberapa persoalan yang dikemukakan oleh hadirin telah dijawab dengan jelas dan baik. Saya tak sempat nak upload ke U-tube buat masa ini. internet macam siput babi taulah....

Saya sertakan beberapa gambar yang saya perolehi sndiri dan dari sahabat-sahabat lain, MAAB dan Sheikh Jebon Kacak.

HUDUD & KEADAAN SEMASA - Bhg. II (Siri Pemahaman Undang-Undang dan Hudud).

Posted: 26 Jul 2015 07:46 AM PDT

Silakan Tuan-tuan, kita fahami sedikit lagi kedudukan Hudud & kaitannya dengan Perlembagaan Malaysia. Mudah-mudahan ia akan menjadi lebih jelas dan dapat mengelak daripada berlakunya perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku.

 Ini kerana bukanlah sebegitu mudah untuk kita melaksanakan Undang-Undang Syariah YANG MENYELURUH di Negara kita - akibat daripada susunan, perletakan dan pembinaan Perlembagaan Persekutuan yang agak kompleks dan unik. Ia bukanlah semudah 'jika kau bersetuju denganku, maka kau rakanku dan jika kau bertentangan denganku, maka kau musuhku'. Ia tidak mudah untuk direalisasikan, tetapi bukanlah mustahil untuk kita menjadikannya satu kenyataan.

 Cukup untuk saya sebut dua Peruntukan yang berkaitan sahaja dahulu. Dan dua peruntukan ini merupakan dua Peruntukan utama dan tidak dapat dielak daripada dibincangkan dalam rangka meletakkan undang-undang Syariah yang menyeluruh di Malaysia.

 Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ISLAM itu adalah AGAMA BAGI PERSEKUTUAN. 

Tetapi Perkara 4 (1) pula menyebut bahawa Perlembagaan adalah UNDANG-UNDANG UTAMA Persekutuan, BAHKAN mana-mana Undang-Undang yang bertentangan/tidak selaras dengannya adalah dikira sebagai TIDAK SAH! Lalu bagaimana? Mana yang terpakai? Macamana nak selesai? Maka sebab itu saya katakan.... usaha untuk mencapainya perlu dibuat dengan bijaksana......

 Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan:-

 "Islam ialah AGAMA bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".

Artikel 3 (1) Federal Constitution:-

 "Islam is the RELIGION of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation".

 Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan:-

 "Perlembagaan ini ialah UDANG-UNDANG UTAMA Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah TIDAK SAH setakat ketidakselarasan itu".

Artikel 4 (1) Federal Constitution:-

 "This Constitution is the SUPREME LAW of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be VOID".

 Walaupun isinya berkenaan teknikal/undang-undang, silakan juga jika nak berbincang soal politik.

 Wallahu a'lam. ~Murtadza Mokhtar

Berita paling sedih

Posted: 25 Jul 2015 09:03 PM PDT

Seluruh rakyat Malaysia hari diselubungi rasa duka nestapa walaupun masih lagi dalam suasana menyambut hari raya Eidul Fitri.

Keadaan muram dan sedih kelihatan ada  dimana-mana sahaja.Ramai yang mengadu tak lalu makan dan minum, mandi tak terasa basah, tidur meracau-racau.

Akibatnya adalah hanya kerana Datuk Dr Haron Din telah mengumumkan : Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu.

Tapi yang peliknya, ada perkataan 'KEMUNGKINAN' terselit ....

 Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu. Baca lagi di sini

KPN Khalid disekolahkan oleh KPN Thai di Bangkok

Posted: 25 Jul 2015 07:04 PM PDT

Malaysia mesti melalui saluran yang betul untuk
bercakap dengan Xavier Andre Justo kerana dia
bukan seorang rakyat Malaysia
Ketua Polis Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar patut berasa dimalukan sebab cubaannya bagi kali kedua untuk mendapatkan akses kepada Xavier Andre Justo, warga negara Switzerland telah ditolak oleh Polis Thailand.

Andre Justo ditangkap di Bangkok kerana penglibatannya dalam kontroversi melibatkan kebocoran data perjanjian antara PetroSaudi International (PSI) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Menurut Bangkok Post hari ini, Ketua Polis Thai Somyot Poompunmuang memberitahu Khalid bahawa Malaysia mesti melalui saluran yang sesuai untuk bercakap dengan Justo kerana bekas pengarah PSI itu bukan seorang rakyat Malaysia.

 Laporan itu berkata Poompunmuang memberitahu Ketua Polis Negara (KPN) itu perlu melalui Pejabat Peguam Negara Thailand dan Kementerian Luar Negeri.

 Beliau juga mengingatkan KPN Khalid bahawa polis Thai masih lagi menyiasat perkara itu.

 Menurut akhbar harian Thai bahasa Inggeris itu, perjalanan KPN ke Thailand semalam merupakan lawatan kedua setakat ini oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara yang sama.

 Menurut laporan itu, pada 16 Julai, diplomat dan polis Malaysia yang berpangkalan di kedutaan negara mereka di Bangkok memulakan misi yang sama tetapi telah diberi sambutan yang sama. - themalaymailonline

Komen al-Husseyn :

Khalid ingat dia KPN Malaysia bolehlah kowtim dgn KPN Thailand setelah diplomat dan polis Malaysia yang berpangkalan di kedutaan negara di Bangkok itu gagal dalam cubaan pertamanya. 

Bayangkanlah, betapa malunya, kerana Khalid telah pergi sendiri ke sana tanpa berunding terlebih dahulu dgn pihak Thailand. Khalid seolah-olah tidak tahu mengenai protokol hingga KPN Thailand sekolahkan Khalid di Bangkok supaya melalui saluran yang betul, bukan pakai main langgar saja! Sori Khalid, This is Thailand!

Tiada ulasan: