Sabtu, 25 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mampukah Mahathir menewaskan Pahlawan Bugis ini?

Posted: 25 Jul 2015 09:00 AM PDT


 Secara sinis, mantan PM Dr Mahathir Mohamad mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada PM Najib sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62.

 Sebagai seorang 'Pahlawan Bugis' Najib tidak semudah itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua. Mahathir perlu meningkatkan lagi serangan mautnya kalau mahu melihat Pahlawan Bugis ini tersungkur rebah!

"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya," Najib mengingatkan Mahathir.

Selepas menerajui enam tahun Program Transformasi Negara, Najib telah berjaya "mentransformasikanMalaysia menjadi sebuah negara yang mendedahkan skandal kewangan terbesar di Malaysia, skandal RM42 bilion 1MDB, dan menjadikan  skandal 1MDB sebagai tidak menjadi punca "kemudaratan kepentingan awam dan negara".

Bagi Najib, punca "kemudaratan kepentingan awam dan negara" ialah Tony Pua, Rafizi Ramli dan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana mendedahkan skandal 1MBD!

 Lebih daripada tiga minggu selepas laporan Wall Street Journal dan dakwaan bahawa AS $ 700 juta (RM2.6 bilion) telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank Mac 2013 sebelum pilihan raya umum ke-13 , masih belum ada pun mana-mana satu daripada tiga agensi penguat kuasa "pasukan petugas khas", iaitu Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menemubual Najib sendiri.

Dengan serangan terbaru ke atas kebebasan akhbar, Malaysia menjunam ke bawah Indeks Kebebasan Akhbar Dunia, apabila kita telah jatuh ke paras terendah iaitu daripada 147 daripada 180 buah negara, penurunan 25 mata daripada 122 ranking pada tahun 2012. Mampukah Mahathir menewaskan Pahlawan Bugis ini?

Serangan terhadap GHB, tanda orang semakin prihatin, kata Mat Sabu

Posted: 25 Jul 2015 07:00 AM PDT

Kritikan dan serangan terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) hanya bermakna bahawa orang semakin mengambil berat tentang organisasi baru, pengerusi penaja Mohamad Sabu berkata hari ini.

 "Semakin mereka 'Maki hamun'  dan mengkritik kita, ini bermakna yang kita menjadi lebih besar.

 "Pihak yang tiada siapa mengambil berat tentangnya tidak akan menghadapi masalah itu," katanya kepada pemberita pada satu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan GHB Hari Raya rumah terbuka di Komtar, Pulau Pinang malam ini.

 Bekas Timbalan Presiden PAS, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, enggan mengulas mengenai kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh beberapa pemimpin PAS dan pengkritik GHB.

 "Saya tidak mahu mengulas apa yang orang katakan. Ia adalah hak mereka untuk membuat kenyataan dan tafsiran mereka sendiri."

 Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parti Islam itu jangan jadikan DAP sebagai "wali" mereka (penaung) kerana parti itu tidak beriman dan budiman.

 Beliau memuji ahli-ahli parti yang kekal setia kepada parti itu walaupun mereka tidak dicalonkan atau dipilih dalam pemilihan parti, atau mendapatkan projek atau kontrak.

 Ucapannya itu ditujukan kepada pemimpin progresif PAS, termasuk Mat Sabu yang telah disingkirkan dari jawatan kepimpinan oleh puak ulama dalam pemilihan parti bulan lalu.

 PAS juga memutuskan pada muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP, menyebabkan Pakatan Rakyat runtuh.

 Hari ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali melabel mereka yang GHB sebagai "katak" yang melompat dari satu parti ke parti yang lain. (cilakak lu!)

 Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata GHB tidak akan memberi kesan ke atas PAS kerana ia mempunyai keahlian yang besar yang semakin meningkat, termasuk 6,000 ahli baru yang menyertai parti Islam itu selepas muktamar bulan lepas.(LOL!)

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik oleh akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini sebagai berkata bahawa pakatan pembangkang tanpa PAS akan gagal kerana dominasi parti dalam sejarah politik Malaysia.

 Beliau berkata PAS adalah parti pembangkang utama di negara ini dan mana-mana pakatan tanpa parti itu akan menjadi lemah dan tidak stabil. (LOL!)

 PAS boleh bergerak sendiri dalam arena politik kerana ia mempunyai keahlian yang besar, katanya.

 Sebagai tindak balas, Mat Sabu berkata: "Terpulang kepada dia (Tuan Ibrahim untuk memikirkan apa yang dia mahu) Saya tidak mahu mengulas mengenai pendapat orang lain; saya katakan, kami (Pakatan tanpa PAS) akan berjaya... "

 Kepimpinan PAS baru telah mencemar nama pemimpin progresif yang membentuk GHB, pelopor kepada pihak Islam yang baru dan pakatan pembangkang baru dengan PKR dan DAP. - 24 Jul 2015.~ themalaysianinsider

BAI'AH SATU PENJELASAN ISU BAIA'H : SATU PENJELASAN

Posted: 25 Jul 2015 05:00 AM PDT

pakatanbaru.blogspot.com

MUQADDIMAH
 Kertas ini merujuk kepada tulisan asal Dr Zaharudin Abdul Rahman dari Murshid yang bersusah payah menyediakan pencerahan bagi isu Baiah dan yang bersangkutan dengannya. Kertas bertajuk Kefahaman Erti Jamaah dari Hadis & Isu Bai'ah cuba dirungkaikan permasalhannya dalam konteks lafaz taat setia semua calon pilihanraya dan khusunya yang menjadi MP dan Adun dari PAS. 

Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada Al Fadhil Dr Zaharudin Abdul Rahman dan telah meringkaskan dengan sedikit penambahan untuk tujuan pembenatangan kepada MP dan Adun PAS yang inginkan penjelasan.

 RINGKASAN TAJUK -TAJUK
 Asas perbincangan isu Bai'ah ialah untuk menjawab beberapa persoalan

1. Pengertian Baia'h dan aplikasinya pada Jamaah PAS 
2. Lafaz Baia'h dan Bersumpah dalam PAS
3. Pelanggaran sumpah dan cara menebusnya

BAIA'H
 Perkataan bai'ah adalah dari bahasa Arab ب ا ع بيعة yang bermakna menghulurkan tangan untuk menerima sesuatu janji kerana orang Arab akan membuat sesuatu janji dengan menghulur tangan masing-masing sebagai tanda setia kepada janji yang dibuat.

 Dari sudut istilah ia adalah persetujuan antara umat dan pemerintahan Islam yang mempunyai implikasi timbal balik antara keduanya dari sudut hak. Baia'h ada berbagai bentuk antaranya

 1. Baiah masuk Islam:
 جاء الناس الكبار و الصغار و الرجال و النساء فبايعهم على الاسلام والشهادة 
 (riwayat Al Baghawi dan Hakim) 
Keluarnya dari baiah shahadah ini bermakna murtad.

 2. Baia'h kepimpinan utama Khalifah Islam berpandukan hadis :


(من مات و ليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (رواه مسلم 
 Baia'h ini hari ini dirujuk kepada kepimpinan negara Islam yang ada kuasa legaslatif dan eksekutif serta bertungsi sebagai kerajaan yang sah mengikut undang-undang di negara masing-masing. Kesetiaan kepada kepimpinan terikat dengan perlembagaan negara dengan hak untuk menegur kerajaan malah boleh ditukar kerajaan yang lebih baik dengan cara yang sah.

 3. Baia'h untuk kerja Islam dalam suasana tiadanya Khalifah dan umat Islam berpecah kepada negara bangsa di mana wujudnya Jamaah-jamaah Islam samada politik mahupun kebajikan ataupun dakwah. Bezanya baiah ini ialah pelanggarannya tidak membawa kepada kekufuran, murtad mahupun mati jahiliyah. Jamaah ini tidak boleh mendakwa Imamah sehingga semua orang menerimanya sedangkan ia hanyalah satu Jamaah dari berbagai Jamaah Muslimin yang beroperasi di negaranya mahupun yang berselerak di seluruh dunia.
 ابو عبد الله (الامام احمد) سئل عن حديث النبي :من مات و ليس له امام الخ...ما معناه؟ قال تدري ما الامام؟ الامام الذي يجمع المسلمون عليه كلهم يقول هذا امام( نقل من 
(fatwa Islamweb.net 111159 

 RUMUSAN BAIA'H
 Jelaslah bahawa Baia'ah dengan Pas termasuk dalam kategori ke 3, iaitu untuk kerja Islam dalam bidang Siyasah dan Dakwah dan pelanggarannya atas apa juga sebab tidak membawa kepada pembatalan syahadah atau mati Jahiliyah sebagaimana terpakai kepada Baia'h Syahadah atau Baia'h Khalifah.

 LAFAZ BAI'AH BERSUMPAH
 Baia'ah pada asalnya ialah persetujuan taat setia dengan memenuhi hak dari yang memberi dan yang menerima Baia'ah. Ia timbal balik antara keduanya dan bukanlah satu cek kosong. Lafaz Baia'h bagi calon Pas yang bertanding dalam pilihanraya mewajibkan bersumpah bahawa ia tidak mengkhianati Parti. Jika berlaku pengkhianatan ancaman laknat akan terkena pada yang mengangkat sumpah.

 Mengkhususkan laknat Allah malaikah dan pelaknat memerlukan dalil khusus. Hanya Allah yang berhak melaknati seseorang atas perbuatan tertentu dan bukan lafaz umum dalam sumpah taat setia. Yang khusus hanyalah untuk

1. Orang kafir Al Baqarah 1619 
2. Menyembunyikan kebenaran Al Baqarah 159
3. Penipu dalam Mubahalah Ali Imaran 61 dll (rujuk kertas Kefahaman Erti Jamaah dari Hadis dan Isu Baiah oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman)

 PERSOALANNYA
 Apakah makna mengkhianati? Bagaimana kalau ahli dikhianati dengan fitnah dan pelabelan untuk menjatuhkan mereka apakah reaksi kepada ini semua dianggap khianat?9 Apakah khianat itu lari dari perjuangan Islam ataukah hanya pandangan berbeza yang diizinkan dalam Islam?

 Pengkhianatan tidak boleh dipermudahkan untuk mewajarkan ancaman sumpah yang dibuat apatah lagi sumpah laknat.

 Imam Abdul Qahir Ibn Tahir Al Asfarainiy (mngal 429 H) menyebut dalam kitab Al Farqu Baina Al Firaq dalam komentarnya tentang hadis berpecahnya umat Islam Muhammad kepada 73 golongan bahawa:


 فصح تاءويل الحديث المروى في افتراق الامة ...الى هذا النوع من الاختلاف، دون الانواع التي اختلفت فيها اءئمته الفقه من فروع الاحكام في ابواب الحلال و الحرام و ليس فيما بينهم تكفير ولا تضليل فيما اختلفو فيه من احكام الفروع 

( ms 13, darul taufiqiyah lil turath 2010)


 "Maka tepatlah hadith yg diriwayatkan dalam hal berpecahnya umat...bermaksud bentuk sebegini (keluar dari Islam) dan bukan jenis yang para pemuka fuqaha berbeza pandangan dalam soal furu' hukum hakam dalam bab halal dan haram dan tidak ada dalam perbezaan ini hak untuk mentakfirkan atau menyesatkan mereka dalam hukum hakam furu'"

 Bagaimana pula sesetengah negeri bersumpah lafaz talak 3 isteri jika 'khianati' parti dan perjuangan parti?

 1. sekali lagi istilah 'khianat' terlalu umum untuk dijadikan alasan kepada terkena sumpah yang dibuat.

 2. Apakah hukum lafaz menceraikan isteri talak 3 jika mengkhianati?

 Lafaz cerai talak 3 dalam sumpah yang diangkat dengan sebab 'khianat' yang kurang jelas melanggar satu rukun penting kehidupan iaitu berumahtangga. Allah menjadikan ianya sebagai tanda kebesaran Allah dalam surah al Rum. Ruang untuk cerai juga dilakukan dengan begitu berhati-hati supaya kerukunan rumah tangga terpelihara.

 Memenuhi sesuatu yang melanggar perintah Allah adalah perbuatan sia-sia walaupun dengan tujuan yang baik. Di qiyaskan dengan hukum bernazar Nabi s.a.w bersabda dari Aisyah bahawa:


 (من نذر ان يطع الله فليطعه ومن نذر ان يعصيه فلا يعصيه (روا ه بخاري و غيره 

 Seolah ianya perbuatan sia-sia sedangkan hukum lafaz baiah itu sudah cukup dengan mengatakan janji setia dengan kitabullah dan sunnah Nabinya tanpa perlu menambah lafaz ta'liq sumpah dalam baiah itu.

 PELANGGARAN SUMPAH
 Dalam Al Maidah 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebusnya jika berlaku pelanggaran. Hukumnya ialah

 1. Berikan makan untuk 10 miskin dari apa yang kita makan
 2. Bebaskan hamba (tiada hari ini)
 3. Puasa 3 hari

 Dari sudut janji yang kita buat ia tetap dianggap satu dosa kerana melanggar janji dan kerana itu Kaffarah adalah untuk denda dan selebihnya bertaubat dan istighfar atas pelanggaran janji. Namun Nabi bersabda ;


 فقد روى الإمام مسلم في صحيحه من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: " من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه" 
 'Barang siapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu ia melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datangilah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah'

 PENUTUP
 Diharapkan kertas ringkas ini boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam menggarap persoalan baiah yang menghantui MP dan Adun PAS kerana telah berbuat janji dengan parti yang diwakilinya.

 MUJAHID YUSOF RAWA
 23/07/2015

Tazkirah untuk pejuang Hudud

Posted: 25 Jul 2015 02:00 AM PDT

Ramai juga yg menyebarkan hadith "haram tinggalkan jemaah"
untuk "menghalang" ahli-ahli PAS meninggalkan PAS.
Hingga sudah ada yg mengkàfirkan.
Semoga tidak ada lagi saling tuduh menuduh sesama kita. Pesanan Che Ibrahim Mohamed sangat mudah untuk difahami semua :

 1) Hudud adalah hukum Allah, menolak hudud adalah kafir, siapa yg tuduh orang Islam tolak hudud samalah dia tuduh orang tersebut kafir....noktah.

 2) Hudud adalah sebahagian drp undang-undang jenayah, jenayah adalah kuasa persekutuan, hanya parlimen yg boleh meluluskan undang-undang hudud, DAP tidak berhak halang hudud jika parlimen sudah meluluskannya.....noktah.

3) Hanya orang yg tidak tahu undang-undang yg tergila2 utk laksanakan hudud di peringkat negeri sedangkan mereka tidak ada kuasa. ......noktah.

Saya sekadar mahu kongsikan bersama perkara (1) diatas iaitu persoalan  hukum mengkafirkan sesama Umat Islam tanpa hak .

Jawapan : Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti : Sila  klik di sini

HUDUD & KEADAAN SEMASA

Posted: 24 Jul 2015 11:00 PM PDT

Oleh : Murtadza Mokhtar 

 Saya bukanlah pakar perundangan Islam, bukan juga peguam syariah, apatah lagi ahli jawatankuasa teknikal pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

 Namun sebagai seorang peguam sivil saya turut mengikuti perkembangan dan keadaan-keadaan semasa berkait KANUN JENAYAH SYARIAH (II) (1993) 2015 Kelantan.

 Dan saya berasa amat terganggu dengan fitnah yang melanda sebahagian pimpinan PAS yang tersingkir pada pemilihan dalam Muktamar yang lepas, kononnya mereka adalah golongan liberal yang menolak Hudud. Bahkan hingga ke hari ini fitnah demikian masih diulang-ulang.

 Tulisan ini adalah satu usaha kecil saya untuk cuba memahamkan rakan-rakan secara ringkas kedudukan semasa berkait KANUN JENAYAH SYARIAH (II) (1993) 2015, moga-moga beroleh kefahaman tentangnya dan dapat mengelak fitnah daripada berterusan.

 Perlu difahami juga, tulisan saya ini bukannya menyentuh berkenaan 'gist' Undang-Undang Jenayah Syariah dan Hudud, tetapi satu usaha kecil berkenaan bidangkuasa hukuman yang diperuntukkan di dalamnya dan kedudukan semasa berkait dengannya DAN KEMUNASABAHAN FITNAH yang dibuat ke atas sebahagian pimpinan tersebut.

 Secara ringkasnya KANUN JENAYAH SYARIAH (II) (1993) 2015 ini membahagikan kesalahan jenayah syariah kepada 3 kategori:-

 (a) Kesalahan Hudud - dengan hukuman sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran & As-Sunnah.
 (b) Kesalahan Qisas, iaitu kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan anggota badan seseorang – dengan hukuman sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran & As-Sunnah.
 (c) Kesalahan Ta'zir, iaitu kesalahan-kesalahan selain Hudud & Qisas – dengan hukuman ditetapkan oleh Badan Perundangan Negeri di bawah KJS II tersebut; atau selainnya dan dijatuhkan mengikut budi bicara Mahkamah.

 Daripada pembahagian tersebut, jenayah di bawah kategori Hudud pula ada 6 perkara iaitu:-

(a) Sariqah (dalam Penal Code adalah jenayah curi/theft tetapi elemennya berbeza).
(b) Hirabah (secara mudahnya rompakan).
(c) Zina termasuk Liwat.
(d) Qazaf (secara mudahnya tuduhan zina). 
(e) Syurb (meminum arak/minuman memabukkan). 
(f) Irtidad atau riddah (murtad). 

Hukuman bagi setiap satu jenayah Hudud SECARA RINGKAS pula adalah sebagaimana berikut:-

(a) Sariqah - dipotong tangan.
(b) Hirabah - dihukum bunuh atau disalib atau dipotong tangan kanan & kaki kiri atau dihukum penjara bergantung kepada elemen-elemen Hirabah yang berlaku.
(c) Zina - Bagi mereka yang Muhsan dihukum rejam dengan batu sampai mati dan bagi Ghairu Muhsan dihukum Sebat 100 rotan + sebagai tambahan, penjara 1 tahun.
 Liwat - Hukumannya adalah sama seperti Zina tetapi bagi kes Liwat oleh suami ke atas isteri, ia dikenakan hukuman Ta'azir.
(d) Qazaf - sebatan 80 kali.
(e) Syurb - tidak kurang daripada 40 sebatan dan tidak lebih daripada 80 sebatan.
(f) Irtidad atau riddah - Disebut secara umum dikenakan hukuman 'Hudud' sahaja.

 Daripada senarai di atas, jelas kepada kita bahawa dalam keadaan semasa, KESEMUA bentuk hukuman bagi KEENAM-ENAM jenayah Hudud tersebut berada DI LUAR bidangkuasa Mahkamah Syariah. Dalam keadaan semasa ini, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman mati, rejam dengan batu sampai mati, sebat melebihi ENAM sebatan, hukuman salib dan juga hukuman potong tangan/kaki.

 DAN usul 'private bill' itu pula HANYALAH melibatkan sebahagian daripada bidangkuasa tersebut sahaja - iaitu melibatkan pindaan bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk merotan daripada MAKSIMUM 6 sebatan kepada 100 sebatan.

 BAHKAN apabila ia diluluskan sekalipun, ia hanya membolehkan hukuman berkaitan Zina ghairu muhsan, Qazaf dan Syurb SAHAJA. Sedangkan hukuman bagi kesalahan Sariqah, Hirabah, Zina muhsan dan Irtidad masih belum boleh dijalankan.

 Semangat pelaksanaan secara BERANSUR-ANSUR ini sememangnya dinyatakan sendiri di dalam KANUN JENAYAH SYARIAH (II) (1993) 2015 tersebut. 

 Dan inilah yang disebut-sebut oleh para pimpinan 'terbuang' tersebut, bahawa tidak guna untuk kita berkelahi ke atas sesuatu yang masih jauh perjalanannya. Ia hanya akan merugikan kita.

 Jika kita bertekad untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah dan jalankanlah usaha itu secara bijaksana. Tidak perlu untuk bertekak, memaki hamun, bergaduh & forcing down our belief over other person's throat dan sebagainya sedangkan kita tahu - with or without any objection pun - perjalanan untuk melaksanakannya masih panjang.

 Malangnya mereka ditohmah dan difitnah sebagai pihak yang menentang Hudud. Perhatikan, semudah-mudah perkara seperti untuk meminda daripada maksimum 6 sebatan kepada 100 sebatan pun sudah memakan masa (dan malahan kelihatannya seperti dipermain-mainkan), apatah lagi perkara-perkara lain yang lebih berat seperti hukuman bunuh dan sebagainya.

 Ingat, kita hanya bercakap soal bidangkuasa sahaja. Belum lagi soal-soal lain seperti koordinasi diantara jabatan-jabatan kerajaan, bentuk siasatan, mahu dibuka di bawah fail sivil atau syariah dan sebagainya.

 Maka, hentikanlah tohmahan-tohmahan itu. Dan berhentilah daripada mempercayai tohmahan-tohmahan tersebut.

 Wallahu a'lam.murtadza mokhtar

Haji Hadi ponteng, halal belaka?

Posted: 24 Jul 2015 08:00 PM PDT

Ditulis oleh Presiden PAS...Betul ke dia mendengar dan menekuni pembentangan
Bajet 2015? Korang pernah tak dengar Hj Hadi berceramah pasal bajet?
 Wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti Islam itu, kata Datuk Dr Haron Din.

 Mursyidul am PAS itu berkata, ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti. - baca lagi di sini

 Apakah Ahli parlimen progressif saperti Hanifa Maidin, Khalid Samad, Dr Hatta (sekadar menamakan) telah gagal melaksanakan tugas mereka dalam mewakili komuniti mereka masing-masing?


Kesemua wakil Rakyat Pakatan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat tetapi menggunakan simbol parti masing-masing pada PRU13 lalu. Mereka berkempen berganding bahu tanpa mengira parti mana hanya  semata-mata atas semangat Pakatan Rakyat. Mereka telah menggunakan manifesto bersama.

Adapun Kumpulan Progressif, mereka semua tidak mengkhianati tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Yang mengkhianati Pakatan Rakyat ialah MSU bersama kumpulan konservatif yang bertindak secara otokrasi memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP tanpa memberi peluang kepada perwakilan untuk membahaskannya sewaktu muktamar 61 yang lalu.

 Cuba bandingkan dengan performance Ahli Parlimen puak konservatif saperti Nik Abduh atau Nasruddin Hasan Tantawi yang hanya memanaskan kerusi di dewan rakyat sahaja.



 Dan kenapa Haron Din terkancing gigi bila Hj Hadi ponteng persidangan parlimen? Sudah berapa kali Hj Hadi ponteng tapi dia mampu kesana ke mari kalau program parti sendiri malah boleh pecut ke luar negara sewaktu parlimen bersidang?

 PM Najib membentangkan bajet keenamnya di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu. Pada 25 Oktober 2014, Dewan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM273.9 bilion untuk Bajet 2015.Lamalah juga dewan bersidangkan??

Tapi Haji Hadi kita mana? Mana Hj Hadi? Ada tak dia ikut sama membahaskan peruntukan bajet tersebut? Haron Din tolong jawab boleh?

Apa yang difahamkan, Hj Hadi telah hadir disebelah pagi 10 Oktober 2014, tetapi pada sebelah petangnya dia terus ponteng.

 Tahu-tahunya, pada keesokannya, keluar satu kenyataan yang kononnya ditulis sendiri oleh Hj Hadi. Sila baca di sini

Kenapa Hj Hadi tidak hadir untuk membangkitkan hujah-hujah beliau itu melalui pembahasan di Dewan Rakyat dan bukan hanya sekadar dalam bentuk tulisan sahaja.

 Kalau benar apa yang di nyatakan dalam kenyataannya itu, sudah pasti Hj Hadi akan dapat menghuraikannya dengan lebih panjang lebar dan lebih jelas lagi. Alangkah baiknya, kalau Tuang Hj Hadi sendiri ada……. 


Hj Hadi duduk bersama  Ust Halim Din.
Yang berdiri pula  
Halim Din bersama 
Adun Sabak,Sallehen Mukhyi.
Mari kita imbas semula apa yang sebenarnya berlaku. Gambar sebelah ini mungkin boleh menceritakan perihal apa yang berlaku…

Oktober 14, Hj Hadi pergi London mengikuti Setpolnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghantar anaknya belajar di sana.

Wajarkah seorang ahli parlimen seperti Hj Hadi yang punya tanggungjawab begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat yang diwakilinya.

 Pada waktu pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Hj Hadi hadir disebelah pagi, tapi sebelah petangnya dia terus ponteng. Tahu-tahu saja, Oktober 14 dia pergi London mengikuti setpolnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menghantar anaknya belajar disana.... 

Apa yang Hj hadi buat semuanya halal, orang lain buat harammmm....Hmm!

GHB bukan parti serpihan PAS - Asmuni Awi

Posted: 24 Jul 2015 06:00 PM PDT

Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah satu parti baru dan bukan parti serpihan PAS yang ditubuhkan individu kecewa dengan kekalahan pemilihan parti PAS.

 Penyelaras Sementara, GHB Perak, Asmuni Awi menegaskan GHB adalah satu parti politik baru yang diwujudkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Pembangkang dengan tujuan meneruskan agenda Pakatan sebelum ini.

 Menurut beliau GHB mempunyai visi yang berlainan dan bertujuan untuk mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu selepas PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

 "Kita mempunyai visi kita tersendiri, di mana atas kegagalan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kemelut DAP dan PAS, kita melihat perlunya parti politik Islam baharu untuk memenuhi salah satu kekosongan di dalam PR.

 "Kalau nak cakap GHB merupakan ahli PAS yang kecewa itu tidak benar, saya merupakan pengerusi pemilihan PAS tetapi memilih untuk meninggalkan PAS. Saya ambil keputusan memilih GHB, ada juga beberapa ahli PAS berjawatan memilih GHB," katanya ketika ditemui Peraknews pada Jumaat di Ipoh.

 Tambah beliau, penubuhan GHB turut mengambil pandangan beberapa pihak termasuk parti politik lain yang bersependapat perlunya diwujdukan parti politik Islam baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat sebelum ini.

 Justeru itu, kata beliau dakwaan GHB hanya akan menjadi kuda tunggangan terbaru DAP dalam pentas politik negara adalah tidak berasas.

 "Visi GHB adalah untuk ke pangkal perjuangan PAS iaitu menjadi sebuah parti insklusif dan parti yang boleh diterima masyrakat bukan Islam supaya kita dapat kembangkan dakwah Islamiah dan bukan berjauhan dengan mereka.

 "Buat masa ini parti yang saya (PAS) sertai lebih 20 tahun lalu sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal. Apa sekalipun tomahan yang dilemparkan kita tak kisah, kita hanya akan menfokuskan kepada visi yang ditetapkan," ujarnya.

 Asmuni yang juga merupakan bekas Bendahari PAS Pusat turut mempersoalkan tindakan beberapa kepimpinan PAS baru-baru ini yang tidak jemu menghentam parti GHB.

 "Itu yang kita kesalkan sepatutnya selepas mereka berjaya menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak kehendaki, sepatutnya mereka bergembira.

 "Dahulu diistilahkan sebagai "Babi Hutan", "Semak Samun" dan "Sekular" sudah tidak ada lagi di dalam PAS jadi apa yang mereka hendak bimbangkan? Biarkan kami teruskan agenda kami dan mereka boleh teruskan agenda mereka," tegasnya. ~ peraknews

Tiada ulasan: