Selasa, 21 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Gerakan Harapan Baru belum melanggar mana-mana peraturan atau Perlembagaan parti

Posted: 21 Jul 2015 09:00 AM PDT

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah mengenakan tindakan tatatertib terhadap ahli parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah langkah pramatang.

 Ini kerana, setakat ini mereka belum melanggar mana-mana peraturan atau Perlembagaan parti selain tidak ada mana-mana ahli PAS lain yang membuat sebarang aduan rasmi terhadap tindakan mereka. 

"Setakat ini tiada aduan rasmi, Facebook, Whatsapp itu kita tidak boleh ambil kira kecuali ada aduan rasmi dibuat mengikut saluran yang betul barulah kita akan ambil tindakan.

 "Setakat ini, kesalahan itu dalam proses atau (mereka masih) merancang melakukan kesalahan. Kalau betul-betul buat baru kita ambil tindakan," katanya kepada Bernama. ~ themalaysianinsider

Ribut Melanda Ipoh: Mana MB Perak dan Ahli Parlimen Tambun?

Posted: 21 Jul 2015 07:00 AM PDT


Ribut yang melanda sekitar Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor dan Klebang pada hari raya kedua, Sabtu 18, Julai lalu yang mengakibatkan lebih 100 buah rumah dan sebuah masjid rosak teruk kini telah 3 hari berlalu.

 Pagi tadi saya telah berkesempatan membuat tinjauan ke Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Putra, sebuah masjid yang bumbungnya telah diterbangkan ribut dalam kejadian tersebut.

Ruang solat lelaki tidak boleh digunakan kerana permaidani rosak direndami air hujan. Keadaan sungguh tidak selesa akibat bau hapak karpet yang masih lembab. 

Keadaan masih mendung dan hujan mencurah di kawasan persekitaran. 

 Ahli jemaah terpaksa menggunakan ruang diluar yang tiada permaidani untuk mengerjakan solat. 



Kelihatan longgokan bumbung zink mesjid yang sudah rosak di perkarangan luar masjid.

Menurut Setiusaha mesjid tersebut yang ditemui, Hj Jamaluddin, kejadian berlaku selepas jemaah selesai menunaikan solat Asar dan beredar.

 Ditanya samada MB Perak, Zambry telah datang melawat tempat tersebut, beliau sambil tersenyum memaklumkan, mantan MB Besar Pakatan Rakyat, DS Nizar Jamaludin ada datang kelmarin. 

 Juga dimaklumkan, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Husni Hanazdlah walaupun telah membuat sambutan Rumah Terbuka Hari Raya di Sungai Rokam, Ipoh juga gagal untuk menjengok kawasan-kawasan yang dilanda ribut tersebut. 

Pejabat Ahli Parlimen Tambun yang terletak di Jalan Kuala Kangsar itu pun masih lagi tutup kerana bercuti pada hari ini.

BANTAHAN TERBUKA ISU BAI'AH DAN SUMPAH CALON PAS DENGAN TAKLIK CERAI ISTERI TALAK TIGA JIKA KELUAR PARTI ATAU MELOMPAT KE PARTI LAIN.

Posted: 21 Jul 2015 04:00 AM PDT

Saya merujuk kpd Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat oleh Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan sebagaimana Surat Bai'ah dan Sumpah yg dikeluarkan atas nama Majlis Syura Ulama Pas bertarikh 19.4. 2013 yang telah didedahkan oleh Ust Haji Wan Ismail bin Wan Jusoh, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan merangkap bekas ADUN MELOR melalui status facebooknya, yang antara lain mengandungi sumpah taklik bahawa jika beliau keluar parti atau melompat ke parti lain dgn kerelaan sendiri setelah terpilih menjadi ADUN/AHLI PARLIMEN, maka tertalaklah isteri/isteri - isterinya dengan 3 talak.

 Saya berkeyakinan Bai'ah dan Sumpah ini telah dilafazkan oleh semua calon- calon PAS yang telah bertanding dlm PRU 13 tahun 2013 samada di dewan undangan Negeri dan parlimen. Sebagai Ketua PAS Cawangan Kepala Jambatan, Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan yg menjadi DUN kepada Dato' Haji Ahmad bin Yakob, membantah sekeras-kerasnya Bai'ah dan Sumpah tersebut atas alasan-alasan berikut:

 1. Perkahwinan antara suami isteri adalah dibina atas asas kekal selama lamanya tanpa mengira status politik atau parti suami.

 2. Perceraian adalah suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah dan bergoncang tiang Aras setiapkali ianya dilafazkan oleh seorang suami.

 3. Ikatan perkahwinan suami isteri adalah merupakan perjanjian sehidup semati antara pasangannya, ianya tidak boleh dirombak semata2 kerana suaminya hanya bertukar parti kecuali kerana maslahat atau kepentingan agama yg lebih besar.

 4. Keluar parti atau melompat parti lain selama mana ianya tidak menimbulkan mudharat yg besar kpd Islam bukanlah suatu yg diharamkan oleh syariah, lebih2 lagi bila ada keperluan di segi syarak untuk berbuat sedemikian.

 5. Bai'ah dan Sumpah mencerai isteri dgn 3 talak yg telah dibuat telah melangkaui maslahat syarei antara kepentingan menjaga kerukunan dan ikatan perkahwinan dgn maslahat politik yg diperlukan semasa ianya dilafazkan.

 Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri hendaklah memgambil tindakan sewajarnya membatalkan Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat kerana ianya bertentangan dengan tujuan asal perkahwinan dan boleh mendatangkan mudharat yg lebih besar kepada isteri, anak-anak dan keluarga pihak berkenaan berbanding sekatan utk keluar parti, ianya juga satu proses menyalahgunakan kuasa talak yg dibenarkan oleh islam tanpa tujuan yg dibenarkan oleh syarak.

Bantahan saya ini berdasarkan Undang-Undang Mesir , Perkara 25 Tahun 1929 dan Perkara 90 Undang-Undang Syria yang memperuntukkan :

 لا يقع الطلاق غيز المنجز اذا لم يقصد به الا الحث علی فعل شيء او المنع منه او استعمال القسم لتاءكيد الاخبار لا غير
 " Tidak jatuh talak yg ditaklikkan jika ianya dilafazkan bukan dgn maksud bagi menceraikan isterinya kecuali untuk mendorong ianya melakukan sesuatu atau menghalang dari berbuat sedemikian, atau ianya menggunakan sumpah untuk menyatakan sesuatu, tanpa apa2 tujuan lain.

Pendirian ini juga adalah selaras dengan pegangan Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim sebagaimana dalilnya yg diriwayatkan oleh Ibn Hazmi drp Ali bin Abi Tholib dan Qadhi al Syuraih.

 Mereka yg telah melafazkan Bai'ah dan Sumpah ini hendaklah melepaskan diri mereka drp ikatan sumpah ini secara membayar kafarah sumpah iaitu memberi makan kpd 10 orang miskin, atau memberi pakaian kpd mereka, atau berpuasa tiga hari. ~ Che Ibrahim Mohamed

Hj Hadi : Salahgunakan ayat dan mengelirukan masyarakat

Posted: 21 Jul 2015 01:18 AM PDT

Rentetan perbincangan saya dengan beberapa orang sahabat saya terjumpa.dengan post ini...

 Dengan itu saya rasa terpanggil untuk membetulkan kesilapan TGHH dalam berhujah dengan ayat 104 surah an Nisa' ini....

 Wala tahinu fibtighail qaumi..

 Jangan kamu berasa lemah untuk berdepan dengan kaum itu.(mereka)....

 Pertama sekali para ulamak ada yg berpendapat ayat ini turun bagi memberi motivasi supaya tentera Islam tidak lemah dari berjuang walaupun menerima pukulan teruk dalam perang Uhud.

 Sementara ada yg berpendapat ayat ini memberi motivasi kepada sahabat yang mahu memintas tentera Abu sufian...

 Walau apa pun mereka sepakat mengatakan perkataan ibtighail qaum itu berkaitan peperangan jihad....

 Para ahli tafsir juga berpandangan ayat ini bertujuan memberi motivasi kepada nabi dan orang beriman ketika berdepan dengan orang-orang kafir yang menentang Islam....

 Apa yang mahu saya utarakan ialah menggunakan ayat itu dalam pertembungan politik adalah tidak tepat, terutamanya ketika berdepan dengan sesama Islam. 

 Ini kerana perbezaan itu berbentuk perbezaan ijtihadi dan perbezaan strategi. Bukan perbezaan antara iman dan kufur.

 Ayat ini tidak boleh digunakan bagi menyokong pertelingkahan sesama Islam kerana Allah mengkhususkan ayat ini untuk menerangkan keperluan sabar ketika berdepan dengan musuh yg berlainan aqidah.

 Buktinya diakhir ayat Allah berfirman...watarjuuna minallah mala yarjun..kamu mahu dari Allah apa yang mereka tidak mahu..(iaitu ganjaran dan keredaan).

 Menggunakan ayat2 begini dalam pertembungan sesama Islam boleh mengelirukan masyarakat dan menimbulkan fitnah kafir mengkafir.

 " sila rujuk tafsir...zilal al quran, al manar, al munir, fathul qadir,al baghawiy, qurtubi, attobari ~ Ustaz Rosli

Tiada ulasan: