Khamis, 2 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kemanakah arah tuju Azmin? Jaga kerusi MB atau perjuangan untuk rakyat?

Posted: 02 Jul 2015 04:30 PM PDT

1) Ekoran keputusan PAS mengambil keputusan tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat berpecah. 

2) Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan sudah mati . Bahawa gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal.

3) Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu. 

4) Pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

 a) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

 b) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini ) 

 5) Pengumuman LGE mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja.

 Jika kita perhatikan dalam perkara 1 dan 2 diatas, PKR dan DAP telah sama berpendapat bahawa Pakatan Rakyat sudah mati tanpa kubur.

 Dalam perkara 3 dan 5, DAP telah menghantar mesej yang jelas kepada PKR supaya turut bertegas dalam melaksanakan tindakannya terhadap PAS yang sudah putus hubungan dengannya.Bukan sekadar apa yang Presiden PKR umumkan dalam perkara 2, bahawa PR tidak lagi berfungsi secara formal.

 Dalam perkara 4, adalah antara dua kemungkinan yang bakal Azmin Ali hadapi.

 Namun nampaknya, Faekah Husin, bekas pembantu mantan MB Selangor kesayangan Hj Hadi, Khalid Ibrahim, membuka jalan kepada Azmin supaya ikut jejak boss lamanya itu, iaitu bekerjasama dengan Umno.

 Sama-samalah kita tunggu dan lihat selepas raya ni nanti.... Kemanakah arah tuju Azmin? Mahu jaga kerusi MB atau perjuangan untuk rakyat? Dan apa pula tindakan selanjutnya dari DAP ....

Harakah dah jadi lidah pembelit ?

Posted: 02 Jul 2015 02:41 AM PDT


Tuntutan asal ambo dgn apa yg dilapurkan oleh harakah Adakah harakah di bawah manusia suci telah menjadi penyambung lidah palsu????

Harakah yg dah jadi lidah pembelit atau sumber maklumat yg sudah meniru...?????

 1. Tuntutan asal ambo ialah memohon perintah mahkamah mengembalikan semula jawatan ambo dan membayar gaji kebelakangan kerana pemecatan yg salah, dia ambil sumber mana kata ambo tuntut ganti rugi RM1 juta??? 

2. Penghakiman Muktamad ialah sebanyak RM200,000.00, memandangkan KIAS telah bayar masa pecat ambo dulu RM37,353.42 sbg bayaran saguhati tamat perkhidmatan dan bayaran 3 bln gaji sbg ganti notis, dan selepas ini sebanyak RM5,143.14, maka ambo berbesar hati bersetuju membuat anggapan seolah2 KIAS telah bayar kpd ambo sebanyak RM20, 000, maka baki yg perlu dibayar kpd ambo ialah RM180, 000, mengapa peguam KIAS sengaja memalsu atau cuba menutup fakta ini???

 3. Peguam KIAS juga cuba membelit fakta @ harakah telah membuat berita palsu bila dlm isu perakuan testimonial yg telah dipersetujui bersama, namun diputarbelitkan seolah2 KIAS telah berjaya mengeluarkan satu testimonial mengikut kehendak KIAS.

 4. Peguam KIAS juga telah berbohong, sekiranya Harakah tidak tersalah petik, bila menyatakan KIAS hanya bersetuju mengeluarkan surat akuan berkebolehan melaksanakan tugas dan amanah ketika ditawar jawatan berkenaan.

 Apa tujuannya yg sebenar bila peguam Nik Bahrum berkata sedemikian??????

Berikut pandangan dari Topeng Perak @ Mohd Azmi Mohd Azmi mengenai Loyar Nik Baharum :

'Kami bukan lagi kerajaan Pakatan Pulau Pinang'

Posted: 01 Jul 2015 10:53 PM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebaliknya, kata setiausaha agung DAP itu, mereka hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja.

Lim mengumumkan perkara itu dalam kenyataannya daripada George Town hari ini, susulan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Beliau juga berkata mesyuarat exco juga memutuskan menentang usul muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi menerima hakikat bahawa Pakatan tidak wujud lagi susulan itu.

Lim juga berkata kerajaan negeri juga mengekalkan urus tadbir berdasarkan dasar bersama Pakatan dan manifesto bersama dalam pilihan raya sebelum ini yang memberikan mereka penguasaan besar 68 peratus.

Sementara itu, Lim juga berkata mesyuarat semalam turut dihadiri exco daripada PKR Dr Afif Bahardin.

ADUN PAS sokong?

Menurut Lim lagi perkara itu disokong kesemua 30 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man.

"Kesemua 30 penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dan menyokong ketiga-tiga ketetapan exco ini," katanya.

Lim berkata, ADUN yang telah dipilih dalam pilihan raya umum lalu itu tidak pernah berubah atau berkurang.

"Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berubah dan tidak kurang serta tetap berkekalan seperti biasa.

"Pihak pembangkang Umno menguasai baki 10 kerusi DUN," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa demi memberikan tumpuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan, urus tadbir dan ketelusan demi membangunkan ekonomi untuk semua.

Dalam muktamar lalu, PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat berpecah.

Susulan itu beberapa ahli majlis tempatan daripada PAS telah dipecat dan bekas pemimpin kanan parti itu termasuk Mohamad Sabu turut meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri.

Majlis Syura PAS masih belum bermesyuarat bagi memutuskan bagaimana mengendalikan usul yang diluluskan dalam muktamar itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Salleh Man berhubung sokongannya ketika badan tertinggi dalam PAS itu belum pun bersidang. kopipes di sini

Perak memacu Harapan Baru

Posted: 01 Jul 2015 04:47 PM PDT

Negeri Perak tidak ketinggalan sebagaimana di negeri-negeri lain mengembeling tenaga aktivisnya memacu Harapan Baru menjadi kenyataan menjelangnya Syawal nanti.

Sekretariat bagi setiap kawasan parlimen telah pun dibentuk dalam mesyuaratnya bagi kali kedua malam tadi.

 Dijangkakan exodus dari PAS akan berlaku tidak lama lagi di Perak.Beberapa program telah pun disusun untuk menyemarakan lagi program exodus di Perak.

Beberapa tokoh heavy weight PAS Perak akan turut bersama dalam penghijrahan tersebut.Antaranya ialah DS Nizar, Asmuni Awi, Dr Khairuddin Dato Malik, Hj Zainuddin Mansor (Mantan Adun Lubuk Merbau).

Program pertamanya akan berlangsung pada 4 Julai nanti di dataran Pondok al-Mansor (PAKAT), Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Mudir pondok tersebut Ust Jamaludin Ahmad merupakan mantan YDP Padang Rengas.

Program seterusnya pada 5 Julai di Darul Aitam, Temoh Stesyen, Tapah. Kedua-dua program tersebut akan turut dihadiri oleh pimpinan heavy weight PAS Perak di atas tadi.

Tiada ulasan: