Selasa, 14 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Azmin Ali : Jangan bersikap bacul semata-mata pentingkan diri sendiri.

Posted: 14 Jul 2015 09:41 AM PDT

Apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja, tentunya ada mesej yang dia mahu sampaikan.

 Mesej tersebut adalah jelas ditujukan kepada PKR supaya turut bertegas dalam melaksanakan tindakannya terhadap PAS yang sudah putus hubungan dengannya.

 Bukankah Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan sudah mati . Bahawa gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal.?

 Rakyat masih terus memerhatikan apakah tindakan bakal diambil MB Azmin Ali menjelang tempoh masa yang semakin genap masanya yg diberikan oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya menggugurkan 3 exco PAS selepas Raya nanti.

 Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa sehingga kini, Azmin masih terus membisu tanpa mengulas kenyataan Tony Pua tersebut.

 Tambah menarik apabila PAS pula galak mengeluarkan beberapa kenyataan kebelakangan ini yang menunjukan mereka tidak akan semudah itu untuk berundur dari kerajaan negeri Selangor walaupun Majlis Syura Ulama telah memuktamadkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar Jun lalu. 

 Malah PAS Selangor dengan angkuhnya mahukan satu mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP.  Baca sepenuhnya di sini.

 Ini pun Azmin masih tetap berdiam diri seolah-olah batang tunggul reput yang mati.

 Mengapa Azmin begitu takut untuk melakukan tindakan secara terbuka saperti DAP yang secara rasmi memutuskan hubungan dengan PAS? 

 Azmin patut menyedari bahawa bekerjasama dengan PAS semata-mata untuk kekal sebagai MB Selangor akan menjadi masalah besar baginya di kemudian hari nanti. 

 Apa gunanya menjadi MB dengan sokongan 'musuh' dan pengkhianat yang hanya berpaut pada kuasa selama dua tahun lagi atau lebih?

 Anda akan tenggelam bersama PAS, parti pengkhianat. PAS akan sentiasa menimbulkan masalah. Pengalaman ketika isu MB Selangor ketika Khalid Ibrahim dahulu adalah satu pelajaran yang perlu diambil kira oleh Azmin. 

 Jangan memusnahkan Selangor untuk mencari kepentingan diri anda sendiri. Azmin perlu bertegas dan nyatakan pendirian iaitu menyebelahi DAP dan memutuskan hubungan dengan PAS. Nyatakan pendirian ini dengan jelas diikuti dengan tindakan tegas dan berani.

Jangan lupa desakan Tony Pua : Pecat 3 Exco PAS Selangor selepas Raya ....

Posted: 14 Jul 2015 02:28 AM PDT

PAS Selangor mengharapkan satu mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP selepas keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan kerjasama politik dengan parti sekular itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehen Mukhyi.  Baca sepenuhnya di sini.

Bekas ketua penerangan parti itu Datuk Mahfuz Omar menegaskan PAS perlu segera membuat keputusan untuk berundur dari kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, PAS perlu berbuat demikian agar tidak dilihat hipokrit memandangkan Majlis Syura Ulama telah memuktamadkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar Jun lalu, lapor Sinar Harian. 

 "Saya desak parti (PAS) buat keputusan untuk berundur.

 "Sekiranya tidak berbuat demikian, masyarakat akan melihat PAS sebagai hipokrit," anggota parlimen Pokok Sena itu dilaporkan sebagai berkata di sini.
Komen al-Husseyn :

Ini semua tanda-anda kecelaruan yg sedang menyelubungi PAS gara-gara memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. Menarik juga kita lihat apa dia bentuk 'mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP 'yg bakal dicadangkan oleh JKPP.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu nampak bercelaru bila dia suruh DAP mengemukakan cara untuk bertindak sebagai sebuah kerajaan.

Apakah Sallehin Mukhyi telah lupa mekanisme yang telah pun Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua nyatakan terlebih awal dulu?

Meh, kita ingatkan semula Sallehin Mukhyi : 

Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas.

DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu. Boleh faham tak tu??

Dan adalah berkemungkinan besar, jika PKR enggan lakukan perkara tersebut, DAP Selangor  akan menurut cadangan pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

1) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

2) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini ) 

Tantawi bermain mercun macam budak-budak ....

Posted: 13 Jul 2015 11:14 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyarankan pemimpin parti yang mempunyai kaitan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) keluar daripada parti Islam itu sebelum dipecat. 

 Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, tindakan tersebut adalah wajar kerana mereka sudah pun melakukan pengkhianatan kepada PAS. Katanya, dengan menubuhkan parti baharu jelas menunjukkan pemimpin PAS tersebut tidak setia kepada parti. 

 "Itu hak mereka menubuhkan parti baharu, itu pilihan mereka. Cuma pada asasnya, apabila menubuhkan serta menyertai sebuah parti baharu yang diluluskan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mereka akan secara automatik digugurkan keahlian mereka dalam PAS.

 "Sehubungan itu, lebih wajar bagi mereka untuk keluar parti sekarang. Sudah jelas mereka melakukan pengkhianatan terhadap jemaah dan tidak boleh memberi kesetiaan kepada PAS, jadi apa guna lagi menjadi ahli," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.

 GHB secara rasminya dilancarkan semalam, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir pada pemilihan parti bulan lalu.

 Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

 "Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

 "Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur semalam. – 14 Julai, 2015.~themalaysianinsider

Komen al-Husseyn :

Apa sebanya Tantawi ni perlu kelam kabut suruh mereka keluar parti nih? Parti baru tu pun belum didaftarkan lagi. Lagi pula, merekasemua pun sudah ditolak ketepi dari bergiat dalam PAS. Mereka tidak ada peranan apa pun dalam PAS m,asa ini. Mereka tidak mengganggu apa-apa hal perjalanan pentadbiran PAS.

Kesianilah sikit kepada mereka ini. Seolah-olah mereka ini tidak pernah berjasa walau sebutir habuk pun kepada PAS selama ini. 

Semasa dalam PAS, mereka dicop pengkhianat, dah nak keluar PAS pun digelar pengkhianat kerana nak tubuh parti??

Kalau dah tak sabar benar mahukan mereka keluar parti, pecatlah mereka. Kenapa ugut-ugut  suruh keluar daripada PAS sebelum dipecat?? Pecatlah apa tunggu?

Mereka yg terlibat tidak perlu mengistiharkan keluar parti sebagaimana yang Tantawi sendiri sebut di atas : 

"...apabila menubuhkan serta menyertai sebuah parti baharu yang diluluskan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mereka akan secara automatik digugurkan keahlian mereka dalam PAS."

Oleh itu, biarkanlah proses tersebut berlaku dengan sendirinya. Tak perlulah nak melalak tak tentu pasal. Cukuplah budak-budak bermain mercun....buruk kelaku kalau tengok pak lebai pun nak main sama!

Pesanan kpd manusia2 suci murni dalam Pas

Posted: 13 Jul 2015 06:03 PM PDT

Adalah seorang wala'un  yg aku kenal, tapi aku sendiri tidak pernah tahu dia ni ahli PAS dari cawangan mana pun.... sebab tidak pernah terlibat dengan mesyuarat kawasan Gopeng, tempat aku ni. Tidak dapat aku pastikan dan aku pun tak ambil kisah nak menanyakannya; itu sahaja.

Wala'un ini menggunakan nama di sosial media sebagai Naeem AlLandaki. Dia ni suatu ketika dulu konon-kononnya tukang eskot DS Nizar masa Nizar jadi MB Perak dulu. Mana DS Nizar pergi, dia dan gengnya pun sibuklah membontot. 

 Tapi nak bagi tahu korang, walaupun Ust Abu Bakar ketika PJ Perak pernah keluarkan 'watikah' untuk kumpulannya yg di gelar 'BRIKEP" , namun dia dan gengnya ni tidak pernah diiktiraf oleh PAS Perak. Mereka ni bergerak dengan menggunakan dana mereka sendiri. Kira berjasa besarlah tuuu... korang tengoklah sendiri bagaimana besarnya pegorbanannya "duit dan nyawa' nya itu melalui status fesbuknya berikut dibawah nih!

Sssyyss....aku ada dengar juga, yg kononnya PJ Razman akan mengaktifkan semula geng dia ni....Itu yang bertambah kuat wala'unnya! 

Sekadar itu ssahaja mukaddimah memperkenalkan siapa manusia ini yang kini menyerang DS Nizar dengan status di fesbuknya :

 GUGURLAH SEORANG IKON.

 DS Nizar Jamaludin mantan MB Perak.. dulu aku pernah kagum dan hormat dgn beliau kerana mampu memecah dan memisahkan jurang perkauman d perak malah d malaysia..dia adalah ikon yg berjaya membuka mata ribuan ahli2 PAS dan masyarakat umumnya.. bukan sekadar korbankan masa..tenaga..duit malah juga nyawa utk pastikan keselamatan beliau...

 Kini dia sudah bersama dgn sebuah gerakan politik yg baru d perkenalkan kpd umum.. secara automatiknya beliau bukan lagi seorang adun yg mewakili PAS perak.. maka sewajarnya bagi berlaku adil pada ahli2 PAS yg mengangakatnya menjadi adun dan berlaku adil pada dirinya DS Nizar perlu melepaskan jawatannya sebagai adun dan kita sedia berhadapan dgn sebuah pilihanraya kecil d Perak..

 Ini bukan atas dasar benci dan kecewa.. undang2 tubuh demokrasinya begitu.

Terimakasih DS Nizar..semoga suksess dgn pilihan DS..terimakasih juga mengizinkan kami berkhidmat utk DS seketika dulu.

 -telanwalaupunpahit-

Begitulah ayat manusia yang kononnya faham 'undang2 tubuh demokrasi' ?? hahahaha. Kelakarlah dia nih!

Dalam fesbuk tu, aku memberikan komen berikut : Adakah DS Nizar ni wakil rakyat atau wakil parti? Persoalan yg utama ialah adakah DS Nizar gagal dalam melaksanakan tanggung jawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen.Cuba bandingkan pula dgn Tuang Hj Hadi yang sering ponteng bila sessi parlimen bersidang. Kenapa Naeem AlLandaki terkancing gigi pasal kepontengan Tuang Presideng?

Berikut aku sertakan printscreen jawapan dia dan dua orang kuatnya, seorang tu OKZ yang baru lepas, dan seorang lagi tu Bomba di Gopeng.


Korang buatlah kesimpulan sendiri mengenai respon wala'un bila di cuit sikit. Baca di sini.
Sebenarnya , aku nak korang sama-sama mengambil kira pandangan seorang yang sedikit sebanyak mempunyai latar belakang asas perundangan. Beliau merupakan Bekas Setia Usaha Jkuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan, merangkap bekas Hakim Mahkamah Syariah Jajahan Kota Bharu. Orang yang saya maksudkan ini ialah  Che Ibrahim Mohamad. Dia menulis di fesbuk yang saya yakini sangat sebagai respon kepada status Naeem al-Landaki itu :

Pesanan kpd manusia2 suci murni dalam Pas:

 1. Keberhentian ahli Pas ( fasal 15 perlembagaan Pas)

 a) permohonan ahli

 b) dipecat

 c) isytihar keluar parti/menyertai Parti lain.

 2. Perletakan jawatan sbg ahli yg berhormat.

 Tidak ada mana2 peruntukkan dlm mana2 undang-undang mensyaratkan ahli YB yg meninggalkan parti asalnya wajib meletak jawatan atau nas2 syarak yg mensyaratkan sedemikian. 

3. Sekatan Akta Praya

 Akta praya memperuntukkan mana2 YB yg meletak jawatan tidak boleh bertanding semula kecuali slps 5 thn. Jika ada drp mana2 manusia suci dari parti Pas yg beranggapan siapa saja yg terlibat dgn Gerakan Harapan Baru sbg telah terkeluar drp parti, atau mendesak mereka yg berkenaan melepaskan jawatan YB, adalah dipohonkan mereka meminda dulu Perlembagaan Pas, selain itu, jika umno bersedia membantu Pas utk melaksanakan hudud, bukan suatu yg mustahil umno juga boleh meminda akta praya bagi membolehkan kehendak manusia suci ini dapat direalisasikan.

Ketahuilah oleh mu wahai manusia suci, sungguhnya perbuatan mengabung diri dlm Gerakan Harapan Baru tidak sekali2 menyebabkan keahlian Pas mereka terbatal kecuali mereka di PECAT!!!!!

Nota Kaki : GHB masih tidak berstatus parti, kita tak pernah isytihar keluar parti lagi, cuma baru isytihar nak tubuh parti baru. Melalui status terbarunya di laman fesbuk, Che Ibrahim menjelaskan :
Adalah saya Che Ibrahim bin Mohamed, Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, Dun Pasir Pekan diarah utk menjelaskan beberapa ketidak retian Mohd Khairuddin bin Othman, Setia Usaha Perhubungan Pas Negeri Selangor:

 A) Perkara 13 (c) Perlembagaan Pas adalah merujuk kpd keperluan S/Usaha Agung Pas mengambil tindakan berhubung permohonan menjadi ahli, bukan penamatan sbg ahli Pas.

 B) Keberhentian ahli Pas disebut dlm fasal 15 (a)(d)dan (c) iaitu melalui (a) permohonan atau (b)dipecat atau (c)isytihar keluar parti atau masuk parti lain.

 Apa yg berlaku skrg ialah mereka membuat pengisytiharan pelancaran Gerakan Harapan Baru utk menjalankan usaha2 ke arah penubuhan parti baru utk bergabung bersama Dap dan Pkr serta beberapa ngo lain dlm Pakatan 2.0, ianya tidak ada kaitan sama sekali dgn peruntukkan fasal 15 (c) sebab mereka tidak isytihar keluar parti atau menyertai parti lain.

 Nak tubuh parti tidak menamatkan keahlian pas kecuali mereka dipecat akibat drp tindakan tersebut.

Tiada ulasan: