Isnin, 13 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


SIAPA SEBENARNYA YG PERSENDAKAN HUKUM HUDUD????

Posted: 13 Jul 2015 09:00 AM PDT

Oleh Che Ibrahim Mohamad

 Jika ditinjau dari sudut politik, undang-undang jenayah islam ini mendapat layanan dan sikap yg berbeza2 antara parti2 politik dominan di negara ini. UMNO sbg sebuah parti politik orang melayu Islam yg terbesar di Msia dan menjadi tonggak parti pemerintah semenjak merdeka atas nama Perikatan dan BN, berkali2 menegaskan hudud tidak ada dlm agenda mereka, bahkan mereka akan mempastikan undang-undang hudud tidak dilaksanakan di negara ini, wpun akhir2 ini ada beberapa orang pemimpin umno menyatakan sokongan utk membantu Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan, namun UMNO sendiri sbg sebuah parti tidak pernah menyatakan sokongan tersebut.

PAS sbg sebuah parti yg menjadikan Islam sbg dasar perjuangannya pun tidak pernah konsisten dlm isu pelaksanaan hukum hudud, mereka sendiri mengambil pendirian yg berbeza2 ketika memerintah Terengganu dan Kedah, bahkan apa yg dilakukan oleh Kerajaan Kelantan skrg berbeza dgn pendirian TGNA semasa menjadi MB Kelantan lebih drp 23 thn.

 PKR walaupun tidak menolak hukum hudud, namun mereka mengambil pendirian yg berbeza di segi kewajipan pelaksanaan dan kesesuaian semasa. DAP pula dgn tegas menolak hukum hudud sbg bercanggah dgn Perlembagaan Negara dan masyarakat majmuk.

 Sebagai seorang Muslim, saya tetap yakin hudud adalah undang-undang dan perintah allah, namun pelaksanaannya berbeza dgn kewajipan2 Islam yg lain spt solat, puasa dan haji. Seperti mana perintah zakat dan solat jumaat, seorang muslim tidak diwajibkan menunaikan zakat harta benda dan solat jumaat tanpa perintah drp pemerintah, demikian jugalah tentang hudud, kita hanya boleh sekadar percaya hudud adalah hukum allah, tetapi kita tidak boleh melaksanakannya kecuali oleh atau atas arahan sebuah kerajaan yg memerintah.

 Kewajipan melaksanakan hudud adalah tanggungjawab pemerintah, bukan individu, hudud juga hanya wajib ditegakkan dlm sebuah negara Islam yg berdaulat, bukan mengikut wilayah atau kelompok masyarakat spt mendirikan solat hariraya.

 Di Malaysia, perkara jenayah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri, pelaksanaan undang-undang jenayah adalah melibatkan institusi kehakiman spt mahkamah dan yg berkaitan dgnnya spt penyiasatan, pemdakwaan dan pelaksanaan hukuman. Semua agensi2 pelaksanaan undang-undang jenayah ini spt hakim, polis, pegawai pendakwa dan jabatan penjara yg bertanggungjawab melaksanakan keputusan mahkamah adalah di bawah bidangkuasa kerajaan pusat.

 Jika perkara jenayah ini diberi kuasa kpd kerajaan negeri, sudah tentu kerajaan negeri menghadapi kesukaran utk mewujudkan agensi2 sendiri bg tujuan melaksanakan undang-undang jenayah islam, sedangkan di peringkat pusat, kita masih mengamalkan Kanun Kesiksaan sbg undang-undang jenayah negara. Kita bukan shj berhadapan dgn seorang warganegara yg terpaksa berhadapan dgn dua sistem undang-undang, tetapi bakal mengundang fitnah kpd undang-undang islam itu sendiri. Sbg contoh seorang telah mencuri, mahkamah manakah mereka akan dihadapkan kerana mereka masih tertakluk kpd dua undang-undang yg masih berkuatkuasa iaitu hukum hudud dan Kanun Kesiksaan, siapakah yg akan memutuskan ke mahkamah manakah pencuri ini akan didakwa?????

 Dengan tempoh thn 2015 yg sudah melepasi separuh drpnya, kita tidak mungkin melaksanakan hukum hudud dgn hanya melalui copong2 pembesar suara, namun persiapan utknya masih entah di mana. Adakah kita sekadar berharap Enakmen Hudud yg sudah dua kali diluluskan sudah memadai utk kita menegakkan hukum Allah, sedangkan kaedah2 dan prosedur pelaksaanannya masih entah di mana?

 Adakah kita merasakan kita boleh mengatasi semua halangan perundangan dan teknikal peninggalan penjajah semata2 kerana apa yg kita nak tegakkan ini adalah perintah Allah? Adakah kita rasa hakim2 yg akan menjadi hakim di mahkamah hudud nanti memadai dgn melantik hakim2 pencen sbg hakim hudud kerana isu perjawatan hakim yg memerlukan kelulusan JPA tak pernah kita bincang?? Adakah kita bersedia dan sanggup melantik hakim2 mahkamah sivil yg sekian lama bergelumang dgn undang-undang sekular spt hakim2 yg memenjarakan DSAI atas kesalahan liwat sekadar bergantung penuh kpd keterangan saiful sbg mangsa liwat semata2 sbg hakim hudud spt yg diperuntukkan dlm KJS II 2015????

 Adakah kita merasakan kita telah menegakkan hukum hudud bila kita meluluskan satu enakmen membolehkan orang yg berzina dihukum rejam sampai mati atau rotan 100 rotan, sedangkan dlm enakmen yg lain kita hanya denda rm4000 kpd orang yg berkhalwat atau melakukan mukaddimah zina???

Di penghujung ramadhan ini, marilah kita bermuhasabah siapakah sebenarnya yg persendakan hukum hudud. Meletak sesuatu bukan di tempatnya adalah satu perbuatan zalim dan tidak dibenarkan dlm Islam, Hudud adalah undang-undang negara yg wajib dilaksanakan dlm sebuah negara islam dan oleh pemerintah Islam, bukan dlm sebuah negeri dan oleh pemerintah kerajaan negeri yg tidak ada bidangkuasa dlm perkara jenayah. Bila kita meletakkan pelaksanaan hukum hudud tidak kena pada tempatnya maka sesungguhnya kita telah melakukan satu kezaliman kpd hukum tersebut.

 من استعجل شيءا قبل اوانه عوقب بحرمانه
 "Kaedah Fiqh menyebut sesiapa yg melakukan sesuatu perkara sebelum masa yg dikehendaki, maka menyebabkan dia dihalang dari mendapatkannya".

 Sesiapa yg melakukan solat sebelum masuk waktunya, maka solat tersebut tidak sah, sesiapa yg membunuh ibunya,maka dia dihalang drp mendapat pusaka ibunya. Siapa yg cuba bersolat tanpa menutup aurat atau cuba nak bersolat di tempat yg dilarang, maka sewajarnya ditegur kerana dibimbangi akan termasuk dlm golongan persendakan perintah allah.

PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Posted: 13 Jul 2015 08:01 AM PDT


Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin progresif dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu. Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik. 

"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut. 

 "Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.Baca lagi di sini

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN 
#GERAKAN HARAPAN BARU (GHB)

Tarikh : 13 Julai 2015 
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur 

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

 1. Perkembangan mutakhir negara sangat meresahkan. Kenaikan harga barang akibat cukai GST serta kejatuhan nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan. Skandal penyelewengan urusniaga serta hutang 1-MDB dan terkini pembabitan Perdana Menteri dengan 'embezzlement' atau 'salahguna dana awam' berbilion ringgit meletakkan Malaysia menghampiri kedudukan liga "Negara Gagal" atau 'A Failed State'.

2. UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi berupaya memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam negara ini. Gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan semakin memuncak. Tuntutan perubahan ini merentasi semua kaum, jantina, bandar dan luar bandar, golongan miskin dan sederhana, muda dan tua, yang berkerja mahu pun mahasiswa. Anak-anak muda semakin lantang dan menonjol lantas bangkit mewakili suara hati-nurani rakyat. Negara sangat mendambakan perubahan untuk mempastikan masa depan rakyat yang lebih terjamin, makmur, sejahtera dan aman. 

3. Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional. 

4. Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara. 

 5. Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut. 

6. HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. 

 7. Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara. 

 8. HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sekian. Wassalam. 

Mohamad Bin Sabu 
Pengerusi 
GERAKAN HARAPAN BARU

Bertanding di 52 Dun : Apakah PAS Perak kini semakin kuat?

Posted: 12 Jul 2015 08:00 PM PDT

Pada PRU13, Pakatan Rakyat telah bertanding di 59 kerusi Dun Perak :

PAS betanding di 21 kawasan dan menang 5, PKR bertanding di 20 kawasan dan menang 5 manakala DAP bertanding di 18 kawasan dan memenangi kesmuanya. Jumlah kerusi Dun Perak yang dimenangi PR ialah 28 daripada 59 kerusi yg ditandingi.

Jika ikutkan selera PJ Perak, Razman Zakaria , pada PRU14 nanti, dia mahukan PAS bertanding di 52 kerusi DUN. Maka ini bermakna PAS perlu menambah 31 kerusi Dun lagi selain 20 kerusi Dun yang pernah ditandingi pada PRU13.

 Apakah Umno/BN yang akan memberikan kepada PAS kerusi tambahan sebanyak itu? Baik sungguh hati budi Umno/BN kalau berbuat demikian. Syukurlah atas semangat perpaduan Melayu! Jangan bermimpilah, perkara ini tidak mungkin akan berlaku!Takkanlah korang tidak kenal Umno/BN?

 Kemungkinan besar yang akan berlaku ialah , selain bertanding di 5 kawasan yang dikuasai, PAS akan meletakan calonnya di 31 Dun yang dikuasai oleh DAP dan PKR.

Grafik kredit utk Chor The Sniper
 Inilah keangkuhan yang ada pada PJ Perak yang bernafsu buas. Waima PRU13 dulu bertanding di 21 kawasan Dun pun hanya menang 5 sahaja. Dan kemenangan tersebut dibawah paras 10% majoriti dengan peratus pengundi Cina yang telah banyak membantu (lihat rajah sebelah)

 Apakah Razman benar-benar yakin PAS telah semakin kuat setelah memutuskan tahaluf siyasi dgn DAP? 

Ditambah pula dengan kemelut yg sedang melanda PAS yang bakal menyaksikan exodus keluar ahlinya selepas Hari Raya ini nanti? 

Apa yang patut PJ Razman fikirkan ialah bagaimana untuk mempertahankan 5 kerusi DUN yang dimenangi itu agar terus kekal menjadi milik PAS.

 Apa yang merisaukan ialah, melalui kenyataan Razman itu hanya akan mengundang kebencian atau rasa getik para pengundi atas pagar kerana cakap-cakap angkuh sedemikian. 

Kita berharap biarlah lebih rasional apabila mengeluarkan kenyataan supaya rakan lain seperti PKR yang masih dianggap rakan tahaluf oleh PAS tidak turut tersinggung. 

Mujurlah sehingga kini, PKR tidak ikut melatah dengan mengeluarkan kenyataan balas.

Huru Hara di Low Yat : Tolong jangan malukan bangsa Melayu kita

Posted: 12 Jul 2015 04:42 PM PDT

PETALING JAYA: Huru-hara yang berlaku di Plaza Low Yat Sabtu lalu bukan isu perkauman tetapi dimulakan oleh kejadian mencuri, kata polis.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asst Comm Datuk Zainuddin Ahmad (gambar) berkata, kejadian itu merebak di luar kawalan apabila tujuh orang datang semula untuk membalas dendam terhadap pembantu kedai yang menangkap pencuri yang dikatakan itu.

 "Ia tiada kaitan dengan sentimen perkauman. Ia adalah di antara pelanggan dan pembantu kedai," katanya sambil menambah bahawa orang ramai tidak perlu menyebarkan khabar angin.

 MPS Zainuddin berkata seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di kalangan tujuh orang yang pergi memecahkan perkara di kedai ini, telah ditahan.

 Kejadian huru-hara itu terakam pada video telah menjadi viral.

 Insiden berlaku pada 07:50 dibawa pusat membeli-belah yg popular dengan teknologi terhenti.

 Sebelum itu, pengawal keselamatan pusat membeli-belah itu menangkap pencuri yang disyaki itu di kedai telefon pintar dan menerahkannya kepada polis.

 "Dia tidak gembira dan memanggil orang lain untuk pergi ke kedai tersebut," kata ACP Zainuddin kepada pemberita.

 Yang lain tiba di kedai itu dan mula memecahkan panel paparan kaca,melibas kabinet alih dan memusnahkan telefon dan produk elektronik lain bernilai RM70,000.

 Pembantu jualan di kedai itu cuba untuk menghalang mereka dan pergaduhan yang hingga di tingkat bawah pusat membeli-belah di situ.

 Pengawal keselamatan dan seorang pegawai polis kelihatan berdiri beberapa metehanya memerhatikan kejadian.

 ASC Zainuddin kata pengurus keselamatan Low Yat Plaza telah membuat laporan polis.

 Kes itu disiasat kerana merusuh dan melakukan khianat. ~ sumber

Gambar yg tidak berkaitan
 digunakan utk mencetus
kemarahan org Melayu
terhadap kaum Cina.
Sementara itu seorang eksekutif Oppo yang tidak mahu dikenali berkata adalah mustahil Oppo yang tegas mempromosi kempen mengelak membeli barang tiruan sendiri yang berbuat demikian. 

 Dakwaan menyatakan ia melibatkan penjualan telefon klon oleh Oppo juga tidak berasas.

Khabar-khabar angin berlegar di media sosial yang hampir mencetuskan isu perkauman hingga mengheret parti DAP.....alahai Melayu ku....takkanlah nak bela bangsa sendiri walaupun dia yang buat salah??

Khabar angin mengenai isu pergaduhan itu rata-rata menyebut pasal kes telefon tidak ori. Cuba perhatikan komen seorang pembaca yang telah memberikan respon berikut:



Jangan bertindak melulu ikut emosi , seolah-olah negara kita ini tidak ada undang-undang yang mengawal dan memberi perlindungan kepada setiap rakyatnya. Ada langkah yang lebih bijak  jika kita berdepan dengan perkara tersebut.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda telah dapati alat palsu? 

1. Datangi Penjual / Kedai
Langkah pertama ialah untuk cuba selesaikan dengan orang yang menjual produk anda. Anda perlu tunjukan resit yang ada nombor siri barangan itu. Memaklumkan bahawa anda telah diberi unit tiruan dan minta untuk penggantian atau bayaran balik sepenuhnya. 

 2. Lapor kepada Kementerian
Jika penjual enggan melayan permintaan anda, langkah terbaik seterusnya ialah melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Anda boleh menghantar e-mel dan mereka akan bertindak balas dalam masa 3 hari bekerja. Sertakan butiran lengkap termasuk resit anda, model peranti dan kedai yang telah anda beli darinya. Apa sahaja yang berlaku, bertenang dan selesaikan isu anda melalui pihak berkuasa. Seperti biasa, belilah hanya dari kedai yang diberi kuasa dan jika terlalu baik untuk menjadi benar. (dipetik dari sini)

Berikut sedikit butiran mengenai  Siasatan Awal SB DW :

 Kedua-dua saspek tlh pergi ke Low Yat Plaza utk beli HP, SHAHRUL tlh melarikn HP namun orang awam tlh melakukn tangkapan & menyerahkn kedua-dua saspek kpd pengawal keselamatan. 

Anggota MPV tlh membuat tangkapan semula utk dibawa balik ke balai THSL. Walau bagaimanapun, KHAIRUL tlh dibebaskn.

 KHAIRUL tlh panggil geng2nya utk pergi ke kedai OPPO Plaza Low Yat utk balas dendam.

 Hasil siasatan & soal siasat SB DW adalah spt berikut:

 i) SHAHRUL mengaku mencuri telefon bimbit namun tlh jatuh ketika melarikn diri. 

 ii) CCTV tlh merakamkan perbuatan SHAHRUL melarikn telefon bimbit.

 iii) Mengaku mereka telah ambil dadah sebelum pergi ke Plaza Low Yat.

 iv) KHAIRUL telah mengaku panggil geng utk membalas dendam di Plaza Low Yat. Antara geng2 yg dikenalpasti adalah Ayie, Mat, Tiger (Anggota Polis KS Ampang Jaya), Wan, Ali & Baby. (sumber wasssap).

Tiada ulasan: