Rabu, 1 Julai 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS Kelantan bui duit raya kepada Pengerusi PasMa Kelantan?

Posted: 01 Jul 2015 12:03 AM PDT

Baiknya hati Pas Kelantan....RM 200 ribu bagi kepada Pengerusi PasMa Kelantan....

Che Ibrahim patut kena cium tangan Nik Amar cup! cup! cup banyak kali....Tak sangka, baik hati sungguh Nik Amar ni rupanya....Mungkin nak ambil berkat bulan Ramadhan yang mulia ini....syukurlah Che Ibrahim!

KENYATAAN AKHBAR Che Ibrahim Mohamed 

Merujuk kepada kes penamatan perkhidmatan saya CHE IBRAHIM BIN MOHAMED, Timbalan Pendaftar, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) melalui satu surat yang ditandatangani oleh Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkuatkuasa mulai 1 Febuari 2014.

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur dalam pendengaran kesnya di Kota Bharu, Kelantan pada 30 Jun 2015 dan 1 Julai 2015 telah bersetuju membuat keputusan, atas perundingan Yang Menuntut dan KIAS Darulnaim Sdn Bhd seperti berikut :

 " .....Tanpa pengakuan liabiliti, Pihak KIAS hendaklah membayar kepada Che Ibrahim Bin Mohamed sebanyak RM200,000.00 sebagai penyelesaian muktamad kpd kes ini dlm tempoh 14 hari dari keputusan mahkamah bersama satu testimonial dari pihak KIAS yang memperakukan bahawa Che Ibrahim Bin Mohamed, Timbalan Pendaftar KIAS yang telah berkhidmat di KIAS mulai 1 Januari 2000 hingga 1 Febuari 2014, sepanjang perkhidmatannya di KIAS, adalah seorang pegawai yang berkebolehan dalam menjalankan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh pengurusan Kolej. Pihak KIAS mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan beliau di sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut".

 Walaupun begitu, saya merasakan pemecatan ini telah menjejaskan nama baik saya, dan telah menyusahkan saya, serta telah menyebabkan wujudnya pandangan negatif masyarakat sekeliling terhadap saya dan juga keluarga saya, maka saya akan berbincang dengan peguam saya untuk menfailkan satu saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam masa yang terdekat.

 Saya juga dengan ini mengumumkan bahawa saya telah hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang dilantik untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan hari ini dan juga pemimpin-pemimpin PAS peringkat Pusat dan mengisytiharkan diri untuk bersama parti baru yang akan ditubuhkan selepas hari raya ini sebagai wadah baru perjuangan Islam dalam politik Negara.

CHE IBRAHIM BIN MOHAMED
0139840899 

Catitan: Penama adalah Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, DUN Pasir Pekan, Tumpat dan Timbalan Pengerusi Pasma Negeri Kelantan, Jawatan-jawatan yang pernah disandang dalam Pas ialah:

1. Ahli J/Kuasa Pas Kawasan Tumpat 
2. Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan 
3. Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan 
4. Setiausaha Kerja Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan 
5. Timbalan Pengerusi, Unit Latihan Dan Perkaderan Pas Negeri Kelantan 
6. Ahli Majlis Tindakan Dun Pasir Pekan 
7. Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Nilam Puri (skrg Ketereh/Kubang Kerian)

Tiada ulasan: