Khamis, 4 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA By canang

Posted: 04 Jun 2015 11:00 PM PDT

 

PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA
 
Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
 
Lihat juga bagaimana 'berjayanya' P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.
 
P. Ramlee : Genius Yang Tragik
 
Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. 
 
Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.
 
Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan "anything underhand". 
 
Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
 
Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan 'sia-sia', saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
 
Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. 
 
Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. 
 
Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
 
Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya 'bikin filem' ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. 
 
Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.
 
Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.
 
Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang 

menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. 

Ini kata-katanya:
 
"A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!"
 
Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar 'filem Melayu', beliau telah mencuri 'Api Syurga' yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. 
 
Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri 'Fire of Heaven' dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.
 
Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. 
 
Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah 'makan hati.' 
 
Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.
 
Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:
 
"The pain passes; but the beauty remains."
 
 
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –

Dialog Najib - Ketua Polis Arah Batal

Posted: 04 Jun 2015 10:00 PM PDT



Polis telah mengarahkan dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan NGO di PWTC hari ini dibatalkan atas alasan keselamatan.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy PDRM mengarahkan  Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan," tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter.

Catatat Twitter IGP itu muncul pada sekitar jam 8.55 pagi - kira-kira lima minit sebelum program itu djadualkan bermula.


Di PWTC, tidak ada tanda-tanda majlis itu dibatalkan dan kira-kira 1,500 orang sudah memenuhi dewan.

Pada masa laporan ini ditulis, Najib masih belum tiba, tetapi beberapa VIP hadir, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa.

Tetapi yang paling penting ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah tiba.

Pada sekitar jam 10.20 pagi, pengacara majlis memberitahu hadirin bahawa pihak urusetia ingin meneruskan majlis itu tapi IGP batalkan.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih berunding dengan IGP dan meminta hadirin supaya bersabar.

Dialog Najib Batal, Mahathir Ambil Alih Tetapi Polis Minta Mahathir Berhenti..

Posted: 04 Jun 2015 09:15 PM PDT



Dialog PM dengan NGO, jadi bicara dengan Dr M


Pihak penganjur Dialog PM bersama NGO memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut ekoran arahan pihak polis supaya ia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Sebaliknya, program hari ini bertukar menjadi majlis bicara bersama Dr Mahathir yang bermula sekitar jam 10.30 pagi.

Ketika Dr Mahathir sedang berucap di pentas, beliau didatangi seorang anggota polis yang meminta beliau menghentikan ucapan.

Ketika itu, hadirin bersorak 'nothing to hide, nothing to hide'.

Sehingga jam 10.45 pagi ini, Dr Mahathir belum meneruskan ucapannya.

Berikutan adalah laporan langsung.

10.35am: Polis meminta Dr Mahathir menghentikan ucapannya.

10.33am: Dr Mahathir berucap kepada hadirin.

10.37am: Penganjur berkata polis menghalang Datuk Seri Najib Abdul Razak daripada menghadirinya, rundingan sedang berjalan.

Hadirin yang datang seawal 8.30 pagi, kini mencecah hampir 2,000 dan muzik dimainkan bagi menenangkan mereka.

8.53am: IGP tweet arah majlis dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

'Siapa Azalina bos baru FINAS?' MALAYSIAKINI

Posted: 04 Jun 2015 08:30 PM PDT






Tidak semua penggiat seni menyambut baik pelantikan Datuk Seri Azalina Othman sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Malah, ada yang menyambut lantikan itu dengan nada sinis.

"Azalina jadi pengerusi FINAS? Siapa Azalina?" soal pelakon dan seniman Pyanhabib (kiri).

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, berpendapat kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Md Afendi Hamdan itu sepatutnya diisi oleh "orang filem" sendiri.

"Kerusi pengerusi Finas itu seeloknya diberi kepada mereka yang tidak terbabit langsung dalam politik kepartian.

"Biar orang filem gerakkan kerja filem, orang politik jika mahu dilibatkan pun, cukuplah menjadi penyokong kuat dari luar dan tidak perlu dibawa masuk FINAS," katanya yang popular dengan watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

'Bukan lubuk projek'

Azalina menggantikan Md Afendi yang memegang jawatan itu dari 1 September 2011 hingga 31 Januari lalu.

Azalina, anggota parlimen Pengerang, sebelum ini pernah pernah menerajui kementerian belia dan sukan serta kementerian pelancongan sehingga 2009.

Sementara itu, pengarah filem dan aktivis politik Hishamuddin Rais (kanan) pula menyatakan perasaan sinisnya terhadap pelantikan itu dan mengingatkan bahawa FINAS "bukan lubuk projek".

"Ia seperti proses membina jambatan, perlu ada imbuhan untuk melakukannya. Jika tidak, jambatan akan runtuh.

"Proses itu sama seperti membuat filem. Tetapi filem tidak runtuh, cuma akan gagal ke panggung," kata pengarah filem Dari Jemapoh Ke Menchestee yang menyertai pelbagai festival antarabangsa.

Penggiat filem arus perdana Datuk Prof Abdul Razak Mohaideen semalam berharap Azalina dapat membantu mengetengahkan filem tempatan ke persada dunia.

Dicatat oleh ELBI RISALAH -

Ada Ancaman Fizikal Dalam Muktamar PAS? -GERAMM Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 04 Jun 2015 07:45 PM PDT

 

Kumpulan wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM) membantah keras ancaman terhadap seorang wartawan portal berita dalam muktamar Pemuda PAS di Shah Alam semalam.

Menurut GERAMM, tindakan akibat tidak puas hati terhadap laporan didakwa manipulasi itu, boleh dinyatakan dalam bentuk lain termasuk pemberitahuan langsung kepada agensi berkaitan.

"Pemuda PAS juga boleh menggunakan saluran perundangan jika berasakan sesebuah berita itu berunsur fitnah.

 
"GERAMM membantah keras ancaman untuk mengasari wartawan dalam apa jua cara bentuk fizikal," kata perkumpulan longgar wartawan itu.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan bahawa wartawannya Mohd Farhan Darwis tegang selepas Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim mempertikaikan laporannya. Laporan dipertikaikan itu berjudul "Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh, kata perwakilan Pemuda PAS".

Syarhan dilapor membaca nama wartawan itu serta perenggan pertama berita menyebabkan pemerhati di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) mula memandang ke arah media.

Mereka kemudian dilapor melaungkan perkataan "Tarik balik" dan "boikot" kerana mendakwa kenyataan itu dimanipulasi. Farhan mempertahankan laporan itu.

Laporan dipertikaikan itu antaranya menyebut perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berkata, parti Islam itu tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka melakukannya.  


TMI juga melaporkan Syakirin sebagai berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah.

Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir

Posted: 04 Jun 2015 07:00 PM PDT



Pedas weeh! Malas atau memang kurang keupayaan berfikir?  

Datuk Zaid Ibrahim berkata kaum Melayu mudah terpedaya dengan imej yang dipaparkan pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 

Orang Melayu akan terus mengundi pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka malas dan tidak suka berfikir, kata bekas menteri Umno, hari ini. 

Dalam satu posting di blognya, Datuk Zaid Ibrahim berkata di bawah pimpinan Najib dan Hadi, Malaysia akan mempunyai "imej yang baik, pandai putar, tetapi kurang kukuh". 

"Kaum Melayu menentukan siapa pemimpin Malaysia dan menurut (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Melayu malas. Saya bersetuju dengan beliau. 

Melayu tidak suka untuk berfikir, itulah sebab wujudnya pemimpin sedia ada seperti Najib dan Hadi Awang yang menarik minat mereka," katanya. Zaid berkata, Najib yang juga perdana menteri, sangat memahaminya dan sebab inilah mengapa beliau tidak peduli untuk memberikan penjelasan sebenar mengenai isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

"Beliau hanya perlu memberitahu orang Melayu jika anda tidak suka cara saya, anda boleh pergi.
Melayu gemarkan cara begitu dan sebab itulah mereka bertahan dengannya," kata bekas menteri undang-undang itu. Najib yang dilanda masalah menghadapi kritikan paling buruk sepanjang kariernya, diketuai penyokong beliau yang kini menjadi pengkritiknya, Dr Mahathir menggesa beliau meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB itu, kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan pelbagai isu lain. 

Bagaimanapun, perdana menteri enggan meletak jawatan, mendakwa beliau masih mendapat sokongan rakyat dan ahli-ahli Umno. Hadi, yang cuba mengekalkan jawatannya sebagai presiden PAS dalam muktamar partinya minggu ini, juga akan menang besar kerana beliaulah menyebabkan pelaksanaan hudud dan berterusan menyerang DAP, ramal Zaid. 

"Undang-undang dan perniagaan Islam mempunyai masa depan cerah di Malaysia. 

Perniagaan Islam, seperti industri halal, pengumpulan zakat dan pelaburan wakaf, akan dikorporatkan lagi. Membuat untung, bukan kerohanian akan menjadi keutamaan kepada Jakim dan majlis agama negeri lain. 

Membuat keuntungan besar merupakan suatu yang Islamik. "Kemenangannya (Hadi) bermakna hudud akhirnya dapat dilaksanakan di negara ini," katanya. 

Mempersendakan Hadi, Zaid berkata walaupun orang Melayu berfikir tentang masalah negara, mereka hanya mahu satu penyelesaian untuk memperbetulkan semua masalah, seperti yang dijanjikan presiden PAS kepada mereka. 

"Hadi menjanjikan itu kepada mereka. Penyokong beliau menubuhkan institut untuk mengkaji pandangan beliau. Beliau hanya mempunyai satu pandangan: Hudud," katanya. 

"Masa depan Malaysia tidak bergantung kepada orang bukan Melayu kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar apabila tiba hal mengubah pemimpin negara. 

Mereka tidak boleh berada dalam PAS atau Umno kerana kedua-dua pihak hanya mengalu-alukan ahli Melayu, tetapi mereka tidak mampu atau tidak boleh untuk berfikir. " 

DAP baru-baru ini mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan Hadi, menyatakan kecenderungan beliau membuat keputusan unilateral dan berterusan tidak hadir di mesyuarat majlis kepimpinan PR. 

Hubungan PAS dalam PR tegang sejak tahun lalu selepas Hadi secara terbuka menentang Langkah Kajang PKR dan pakatan gabungan bagi calon menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

PAS membawa hudud di Kelantan pada awal tahun ini mengeruhkan lagi hubungannya dengan PKR dan DAP, yang menentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu dengan alasan ia tidak termasuk dalam polisi bersama pakatan. 

Melukiskan masa depan yang gelap bagi bukan Melayu di negara ini, Zaid berkata mereka hanya akan menjadi pembayar cukai, menyamakan mereka dengan golongan dhimmi yang tinggal di wilayah Islam pada zaman khalifah. 

"Orang bukan Islam boleh mengamalkan agama mereka, tetapi hanya setakat yang dibenarkan oleh ulama Islam. Mereka boleh melupakan hak-hak mereka di bawah Perlembagaan. "Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi sudah mati. 

Masa depan akan terus ditentukan oleh pemimpin seperti Najib dan Hadi Awang. Malaysia akan mengimport pakar yang memberitahu cerita yang bagus, memahami rakyat akan menerimanya bulat-bulat. 

"Ahli perniagaan akan terus membeli aset kerajaan secara murah dan kemudian menjualnya pada keuntungan yang besar. Malaysia akan terus menjadi berita tentang perhambaan manusia dan semua keburukan yang dibawanya," katanya. 

Zaid berkata, Malaysia akan mempunyai infrastruktur terbaik tetapi akan terus bergantung kepada pinjaman daripada orang-orang Arab dan juga akan berada pada kedudukan tinggi dalam ranking rasuah walaupun menganjurkan persidangan dunia mengenai akauntabiliti dalam pejabat awam. 

"Jika suatu perkara tidak berhasil, lebih banyak lagi aset kerajaan boleh disuntik. Angka dan statistik boleh mengancam orang Melayu, jadi seni spin akan digunakan pada masa depan Malaysia. 

"Di bawah gabungan Tok Guru Hadi Awang /Najib, semakin ramai umat Islam akan kehilangan hak-hak asasi dan kebebasan mereka, dan ramai yang akan ke penjara kerana 'tidak Islamik'. 

Ada juga yang mungkin kehilangan anggota badan mereka kerana mencuri makanan dan basikal, tetapi bukan kerana mencuri 'unit' dan menempatkannya di Kepulauan Cayman. Inilah masa depan Malaysia," katanya. – 4 Jun, 2015.


Posted by mountdweller
Pedas weeh! Malas atau memang kurang keupayaan berfikir? Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir Published: 4 June 2015 10:21 PM Datuk Zaid Ibrahim berkata kaum Melayu mudah terpedaya dengan imej yang dipaparkan pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Jun, 2015. Orang Melayu akan terus mengundi pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka malas dan tidak suka berfikir, kata bekas menteri Umno, hari ini. Dalam satu posting di blognya, Datuk Zaid Ibrahim berkata di bawah pimpinan Najib dan Hadi, Malaysia akan mempunyai "imej yang baik, pandai putar, tetapi kurang kukuh". "Kaum Melayu menentukan siapa pemimpin Malaysia dan menurut (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Melayu malas. Saya bersetuju dengan beliau. Melayu tidak suka untuk berfikir, itulah sebab wujudnya pemimpin sedia ada seperti Najib dan Hadi Awang yang menarik minat mereka," katanya. Zaid berkata, Najib yang juga perdana menteri, sangat memahaminya dan sebab inilah mengapa beliau tidak peduli untuk memberikan penjelasan sebenar mengenai isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Beliau hanya perlu memberitahu orang Melayu jika anda tidak suka cara saya, anda boleh pergi. Melayu gemarkan cara begitu dan sebab itulah mereka bertahan dengannya," kata bekas menteri undang-undang itu. Najib yang dilanda masalah menghadapi kritikan paling buruk sepanjang kariernya, diketuai penyokong beliau yang kini menjadi pengkritiknya, Dr Mahathir menggesa beliau meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB itu, kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan pelbagai isu lain. Bagaimanapun, perdana menteri enggan meletak jawatan, mendakwa beliau masih mendapat sokongan rakyat dan ahli-ahli Umno. Hadi, yang cuba mengekalkan jawatannya sebagai presiden PAS dalam muktamar partinya minggu ini, juga akan menang besar kerana beliaulah menyebabkan pelaksanaan hudud dan berterusan menyerang DAP, ramal Zaid. "Undang-undang dan perniagaan Islam mempunyai masa depan cerah di Malaysia. Perniagaan Islam, seperti industri halal, pengumpulan zakat dan pelaburan wakaf, akan dikorporatkan lagi. Membuat untung, bukan kerohanian akan menjadi keutamaan kepada Jakim dan majlis agama negeri lain. Membuat keuntungan besar merupakan suatu yang Islamik. "Kemenangannya (Hadi) bermakna hudud akhirnya dapat dilaksanakan di negara ini," katanya. Mempersendakan Hadi, Zaid berkata walaupun orang Melayu berfikir tentang masalah negara, mereka hanya mahu satu penyelesaian untuk memperbetulkan semua masalah, seperti yang dijanjikan presiden PAS kepada mereka. "Hadi menjanjikan itu kepada mereka. Penyokong beliau menubuhkan institut untuk mengkaji pandangan beliau. Beliau hanya mempunyai satu pandangan: Hudud," katanya. "Masa depan Malaysia tidak bergantung kepada orang bukan Melayu kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar apabila tiba hal mengubah pemimpin negara. Mereka tidak boleh berada dalam PAS atau Umno kerana kedua-dua pihak hanya mengalu-alukan ahli Melayu, tetapi mereka tidak mampu atau tidak boleh untuk berfikir. " DAP baru-baru ini mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan Hadi, menyatakan kecenderungan beliau membuat keputusan unilateral dan berterusan tidak hadir di mesyuarat majlis kepimpinan PR. Hubungan PAS dalam PR tegang sejak tahun lalu selepas Hadi secara terbuka menentang Langkah Kajang PKR dan pakatan gabungan bagi calon menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. PAS membawa hudud di Kelantan pada awal tahun ini mengeruhkan lagi hubungannya dengan PKR dan DAP, yang menentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu dengan alasan ia tidak termasuk dalam polisi bersama pakatan. Melukiskan masa depan yang gelap bagi bukan Melayu di negara ini, Zaid berkata mereka hanya akan menjadi pembayar cukai, menyamakan mereka dengan golongan dhimmi yang tinggal di wilayah Islam pada zaman khalifah. "Orang bukan Islam boleh mengamalkan agama mereka, tetapi hanya setakat yang dibenarkan oleh ulama Islam. Mereka boleh melupakan hak-hak mereka di bawah Perlembagaan. "Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi sudah mati. Masa depan akan terus ditentukan oleh pemimpin seperti Najib dan Hadi Awang. Malaysia akan mengimport pakar yang memberitahu cerita yang bagus, memahami rakyat akan menerimanya bulat-bulat. "Ahli perniagaan akan terus membeli aset kerajaan secara murah dan kemudian menjualnya pada keuntungan yang besar. Malaysia akan terus menjadi berita tentang perhambaan manusia dan semua keburukan yang dibawanya," katanya. Zaid berkata, Malaysia akan mempunyai infrastruktur terbaik tetapi akan terus bergantung kepada pinjaman daripada orang-orang Arab dan juga akan berada pada kedudukan tinggi dalam ranking rasuah walaupun menganjurkan persidangan dunia mengenai akauntabiliti dalam pejabat awam. "Jika suatu perkara tidak berhasil, lebih banyak lagi aset kerajaan boleh disuntik. Angka dan statistik boleh mengancam orang Melayu, jadi seni spin akan digunakan pada masa depan Malaysia. "Di bawah gabungan Tok Guru Hadi Awang /Najib, semakin ramai umat Islam akan kehilangan hak-hak asasi dan kebebasan mereka, dan ramai yang akan ke penjara kerana 'tidak Islamik'. Ada juga yang mungkin kehilangan anggota badan mereka kerana mencuri makanan dan basikal, tetapi bukan kerana mencuri 'unit' dan menempatkannya di Kepulauan Cayman. Inilah masa depan Malaysia," katanya. – 4 Jun, 2015. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Posted: 04 Jun 2015 06:10 PM PDT


Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

PAS jatuh ke dalam budaya perjuangan yang telah dikuburkan oleh kepimpinan ulama sejak 1980an, iaitu perjuangan 'Islam Melayu' atau lebih mudah disebut di pihak Umno sebagai Ketuanan Melayu.

Pemimpin yang menang dalam Muktamar ke 61 terdiri daripada ustaz yang dikatakan amat kuat berpegang kepada Islam tetapi sebenarnya mereka lebih mengutamakan Melayu. Para ustaz ini, seperti kata pemikir PAS Dr Zuhdi tidak senang dengan DAP yang lebih memperjuangkan bukan Melayu.

Zuhdi dalam satu kenyataannya menyebut mengenai perjuangan Umno yang mengutamakan Melayu membolehkan parti itu menang majoriti mudah di parlimen. PAS sekiranya ingin menjadi parti memerintah perlulah mencontohi strategi Umno .

Perjuangan assabiyah

Kenyataan seperti itu sama sekali tidak selari dengan perjuangan tokoh besar PAS Nik Aziz Nik Mat yang sejak 1980an konsisten menyebut 'Islam dulu baru Melayu'. Islam amat penting dan perjuangan Islam akan memastikan Melayu, Cina serta India mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Perjuangan Ketuanan Melayu sejak zaman Hadi Awang menjadi penceramah bebas di madrasah dan masjid di Terengganu telah difatwakan PAS sebagai assabiyah. Perjuangan mengutamakan Melayu dianggap sesat dan antara yang lantang menghentam kesesatan Umno ketika itu adalah Hadi sendiri.

Tidak tahu bagaimanakah pada usia senja ini Hadi boleh terpengaruh dengan pemikiran mentah Zuhdi yang masih hingusan dalam politik.

Mengutamakan Melayu juga tidak wujud dalam falsafah perjuangan Fadzil Noor serta tokoh senior Hassan Syukri. Kesemua mereka mengesahkan perjuangan berasaskan Melayu bukan sahaja tidak menepati kehendak Islam tetapi telah diamalkan PAS sejak awal penubuhannya.

Tidak berkembang

Negeri yang berjaya diperintah secara Melayu adalah Kelantan sahaja. PAS tidak mampu berkembang ke negeri-negeri lain. Bangsa bukan Melayu sangsi dengan parti yang mengutamakan agama dan kemudian bangsa.

Kebijaksanaan Nik Aziz ialah menyerlahkan Islam itu untuk semua bangsa. Maka stigma PAS parti untuk kaum tertentu dihakis daripada minda bukan Islam.

Apakah yang mampu ditawarkan PAS kepada orang Melayu? Tidak lain adalah agama. Sejak merdeka orang Melayu kebanyakannya telah terbiasa dengan budaya beragama Umno. Tidak ada masalah bagi Melayu mengambil corak beragama longgar seperti sekarang dan membenarkan Umno membawa pelbagai kemajuan untuk negara.

Era reformasi

Jika hujah bahawa PAS telah mempunyai ahli 1.3 juta ahli. Menunjukkan Melayu semakin minat terhadap agama maka hujah itu boleh dipertikaikan. Sebagai parti politik, ahli yang masuk PAS bukan kerana ingin menguatkan kefahaman agama. PAS pula tidak mempunyai kuliah mingguan secara kelompok di rumah ahli-ahli atau pun perkumpulan dakwah seperti Tabligh untuk membuktikan ahli yang masuk itu mengutamakan agama.

Kebanyakan ahli PAS masuk ketika era Reformasi. Mereka marah kepada kerajaan BN. Ahli PAS sebelum reformasi hanya 400,000 kurang daripada ahli PKR hari ini. Pada 1999 – 2000 sahaja PAS mampu menambah 200,000 ahli baru. Bermakna ahli yang masuk lebih kepada matlamat politik.

Sebaik sahaja PAS mahu berjuang mengutamakan agama dan Melayu maka tidak mustahil mereka akan mengalih sokongan kepada parti lain.

Perjuangan ulama

Corak perjuangan ulama sangat mudah. Sokong rejim BN sehingga pilihan raya. Ulama tidak akan mengecam BN sebaliknya menegur dan menasihat secara halus sebagaimana yang disarankan oleh kitab fatwa abad ke 7 lalu.

Ulama ketika itu berfatwa sedemikian kerana menegur khalifah dengan tunjuk perasaan akan menyebabkan rakyat dibunuh. Fatwa seperti itu tentulah tidak boleh digunakan dalam sistem demokrasi.

Tunjuk perasaan sebagaimana dipimpin Mat Sabu selama ini akan diganti dengan himpunan ceramah serta solat hajat di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kritikan pedas kepada pemerintah akan diganti dengan artikel panjang lebar dalam Harakah lengkap dengan ayat dan hadis.

Siapakah yang akan tertarik dengan perjuangan politik semacam itu? PAS telah bertukar sepenuhnya kepada gerakan dakwah. Tiada roh politik dalam parti yang tidak lantang mengkritik kerajaan.

Seolah-olah Malaysia setanding dengan kerajaan Barat yang amat berkebajikan kepada rakyat. Parti politik masuk pilihan raya hanya untuk memperbaiki polisi awam, kesihatan, pekerjaan dan hal-hal yang teknikal.

Menyanggah realiti

Sedangkan realiti dalam negara ini sangat buruk. Rekod hak asasi setaraf negara Afrika. Kadar rasuah mengulangi korupsi era Suharto di Indonesia. Rakyat diperah menjadi mesin ATM melalui cukai GST.

Melayu yang sedar serta progresif tidak akan bergabung dengan PAS melaksanakan perjuangan lembut seperti itu. Manakala Melayu tidak sedar diri tentu akan terus bersama Umno kerana alergi dengan pendekatan agama.

Dua tahun daripada sekarang Melayu akan melihat PAS kembali ke zaman para ustaz seperti 1980an. Tidak mampu mencanai politik semasa dan lesu. Melayu juga tidak akan meminta PAS memperjuangkan isu Melayu kerana Umno lebih baik. Parti itu memerintah dan mempunyai peruntukan.

Isu kemiskinan


Isu utama Melayu adalah kemiskinan, tiada peluang pekerjaan, pendidikan, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya. PAS tiada kewangan untuk membantu hal-hal pembangunan. Malah kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan juga adalah antara negeri paling miskin di Malaysia.

Melayu anak Kelantan kebanyakannya berhijrah ke Pantai Barat dan tidak kurang bekerja di syarikat milik Cina DAP yang dimusuhi PAS.

Hasil daripada muktamar ke 61, PAS menuju ke alam fantasi dan mengarut. Sedikit cahaya di hujung terowong ialah kesediaan Hadi melepaskan jawatan dan melantik Tuan Ibrahim sebagai presiden baharu.

Namun tidak banyak yang boleh dibuat kerana Tuan Ibrahim dikepung oleh pelbagai pemimpin Melayu PAS yang sesetengahnya berjuang senada dengan Perkasa.
 
 

"Kemenangan Palsu" kata Ustaz Ahmad Awang

Posted: 04 Jun 2015 05:34 PM PDT



Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.
 



"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi 233 undi. 



Nothing 2 Hide: Tun M akan hadir? FMT Reporters

Posted: 04 Jun 2015 04:30 PM PDT

 
mahathir_n2h_600

Bekas Perdana Menteri dikatakan akan hadiri bagi menyahut cabaran yang dibuat pihak tertentu yang memintanya datang ke program berkenaan.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad dikatakan akan menghadiri program 'Nothing 2 Hide' yang akan berlangsung pada Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sekiranya ia menjadi kenyataan sebagaimana yang ditulis blogger, dinturtle.blogspot.com, ia bermakna beliau akan bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisan yang dimuat di entrinya, dinturtle mendakwa mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Ini berita terbaru yang terima dari seorang yang boleh dipercayai. Kalau sebut namanya pun ramai akan setuju kata-katanya boleh dipercayai namun atas permintaannya, namanya saya tidak siarkan. 

Menurutnya, Tun sendiri memaklumkan kepadanya," tulisnya.

Katanya, kehadiran bekas Perdana Menteri bagi menyahut cabaran yang dibuat pihak tertentu yang memintanya datang ke program berkenaan.

Berdasarkan maklumat itu, dia memohon supaya penganjur menukarnya kepada bentuk forum bagi membolehkan Dr Mahathir membangkitkan soalan secara langsung kepada Najib.

"Dengan ini saya mohon pihak penganjur supaya dapat ubah program itu ke arah satu majlis Forum dengan keutamaan kepada Tun Mahathir untuk bertanyakan soalan secara direct kepada Najib. 

Dan kita boleh saksikan Najib buat pertama kalinya akan cuba jawab isu 1MDB secara spontan," katanya.

Dalam acara yang akan bermula pada jam 9 pagi, Najib dijadual akan menjelaskan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu 1MDB.

Pro ulama kuasai Dewan Muslimat Pas FMT Reporters

Posted: 04 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
muslimat_pas_600

Nuridah Salleh dipilih semula meneraju Dewan Muslimat Pas selepas mengalahkan Siti Zailah Mohd Yusoff .

PETALING JAYA: 705 perwakilan Muslimat Pas membuat keputusan untuk memilih calon pro ulama, Nuridah Salleh sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas bagi penggal 2015/2017.

Ketua Dewan Muslimat Pas Wilayah Persekutuan itu memperolehi 359 undi berbanding penyandang sebelumnya, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mendapat 329 undi.

Kemenangan itu bukan kali pertama kepada Nuridah kerana sebelum ini, dia pernah dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat pada 2007 sebelum tewas kepada Siti Zailah empat tahun kemudian.

Menurut laporan yang dipetik daripada Bernama, pemilihan kali ini menyaksikan Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam berjaya dilipih sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat apabila memperoleh 414 undi berbanding anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang gagal mempertahankan jawatannya apabila hanya memperoleh 274 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua, Salamiah Mohd Noor memenangi jawatan itu apabila memperoleh 358 undi berbanding pencabarnya Mumtaz Md Nawi yang mendapat 350 undi.

Pada pemilihan yang sama, ia turut mengumumkan 12 Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS.

Mereka terdiri daripada Dr Che Faridah Ismail, Dr Halimah Ali, Hamidah Wan Daud, Normala Sudirman, Siti Murshidah Ramly, Kartini Ahmad, Dr Uyun Abd Malek, Dr Uzaimah Ibrahim, Dr Wahibah Tahir, Wan Hasrina Wan Hassan, Dr Najihatussolehan Ahmad dan Siti Aisyah Ghazali .

Letak jawatan sebelum dipecat – Zahid - FMT Reporters

Posted: 04 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
zahid-hamidi_Menteri-Kabinet_600

Gesaan ditujukan kepada anggota kabinet yang telah hilang kepercayaan dan mempertikai 1MDB secara terbuka

PUTRAJAYA: Menteri Kabinet yang telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletak jawatan sebelum dipecat.

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada anggota kabinet yang dilihat lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB.

"Jika ada dalam kalangan kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan apatah lagi di tempat terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

"Maka tentu cara terhormat dengan melepaskan jawatan tanpa diminta melepaskan jawatan kerana telah hilang persetujuan (terhadap isu 1MDB).

"Saya tidak fikir kena tunggu Perdana Menteri buat keputusan pemecatan atau penyingkiran," katanya semasa sidang media di Kementerian beliau pada Khamis.

Naib Presiden UMNO itu berkata, kuasa melantik dan memecat anggota kabinet adalah hak mutlak Najib.

Sehubungan itu, setiap anggota kabinet wajib bersetuju dengan setiap keputusan Perdana Menteri termasuklah isu 1MDB.

"Kuasa melantik kabinet adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, malah kuasa memecat juga kuasa Perdana Menteri tetapi kabinet wajib bersetuju dalam setiap keputusan," katanya.

Noh Omar bangga kerana diagungkan Pas

Posted: 04 Jun 2015 08:00 AM PDT

 noh-omar

Pas dikatakan terdesak sehingga sanggup membabitkan UMNO Selangor dengan pemilihan parti itu
PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang yang mengaitkan UMNO negeri itu dengan Muktamar Pas ke-61 sebagai perbuatan terdesak.

Beliau memberikan reaksi berkenaan susulan kewujudan kain rentang yang dipasang di Kuala Selangor yang memaparkan ucapan selamat datang daripada UMNO Selangor kepada perwakilan Pas sempena muktamar parti itu.

"Terbukti ada kumpulan yg terdesak cuba membabitkan saya dalam pemilihan mereka. Terima Kasih Pas kerana mengagungkan saya," tulisnya di Facebook.

Berdasarkan komen-komen pengguna, pemasangan kain rentang berkenaan dipercayai daripada kumpulan penyokong Pas sendiri yang sengaja mahu melaga-lagakan ahli parti itu terutama pro ulama dan liberal.

"Ada yang sudah terdesak sangat nak jatuhkan Presiden mereka. UMNO juga yang dimangsakan," tulis Nor Akmal Jahaya.

Selain wajah Noh, kain rentang yang dipasang turut memaparkan wajah Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Melayu Muafakat Demi Agama, Bangsa dan Negara. Ikhlas daripada Badan Perhubungan UMNO Selangor," antara ucapan yang tertera di kain perentang berkenaan.

Bayaran balik hutang tidak selesai masalah 1MDB- Tun M

Posted: 04 Jun 2015 07:15 AM PDT

 

Kerajaan perlu mendapatkan semula wang yang telah hilang kerana ada pihak yang tidak bercakap benar walaupun tahu dimana dan siapa yang memiliki wang 1MDB.

PETALING JAYA: Pelan pembayaran balik pinjaman bank tidak akan menyelamatkan 1MDB daripada tanggung jawab kerana menyebabkan kehilangan wang.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihak-pihak tertentu enggan memberitahu perkara sebenar walaupun tahu di mana wang itu dan siapa yang memiliki wang itu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah sebelum ini berkata, 1MDB perlu menyelesaikan hutang itu menerusi pelan rasionalisasi tanpa melibatkan bantuan kerajaan.

Husni berkata, sekiranya kerajaan menanggung hutang RM42 bilion kerana 1MDB gagal membayarnya, ia akan menyebabkan kadar defisit negara ini meningkat.

Dr Mahathir menerusi entri terbaru di blognya berkata, pelan pemulihan itu tidak mampu menyelesaikan masalah 1MDB yang menyebabkan kerajaan kehilangan berbilion ringgit.

Katanya, terlalu banyak bukti kehilangan wang yang telah ditutup oleh ahli politik dan pegawai kerajaan.

katanya, beliau percaya perbuatan itu akan terbongkar jika Datuk Seri Najib Tun Razak kalah pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

"Jika Najib kalah yang saya percaya pada pilihan raya nanti, tindakan undang-undang tidak lagi boleh dihentikan.

"Saya berharap pelan pemulihan dapat menyelesaikan masalah sekurang-kurangnya mendapatkan semula wang yang telah hilang namun pembayaran balik hutang tidak akan membebaskan sesiapa daripada tanggung jawab," katanya.

Mengulas perjanjian perniagaan antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), Dr Mahathir berkata, perjanjian itu akan menyebabkan kerugian besar kepada 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Katanya, 1MDB akan dikawal oleh IPIC, pembangunan mana-mana tanah milik 1MDB akan memberi manfaat kepada IPIC dan kerajaan Malaysia kerugian besar kerana harga tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia (TUDM Sg Besi) dibeli oleh 1MDB pada harga di bawah pasaran.

Menerusi perjanjian perniagaan itu, IPIC memberi suntikan modal berjumlah USD1 bilion atau RM3.6 bilion untuk membolehkan 1MDB membayar hutang kepada konsortium bank yang diketuai Deutsche Bank.

Bila menteri pilih bulu - Mohamad Fadli

Posted: 04 Jun 2015 06:30 AM PDT

 
hassan malek,gst

Hasan Malek pulau portal berita alternatif


PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek dikatakan hanya memberi reaksi kepada soalan yang dibangkitkan media arus perdana dan pro kerajaan.

Pengalaman itu dialami sendiri wartawan FMT ketika cuba menanyakan soalan pada sidang akhbar sebaik selesai Majlis Perasmian SSM-ONE2015 di The Curve, Mutiara Damansara.

Ketika ingin diajukan soalan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Hasan memberi jawapan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang menteri.

"Kamu dari mana… FMT, tak payah" katanya.

Sebelum ini, beberapa wartawan daripada portal lain turut menerima layanan serupa daripada Ahli Parlimen Kuala Pilah itu.

Selaku menteri yang mewakili semua, beliau sepatutnya bersifat professional ketika berdepan media dan tidak memilih bulu.

VIDEO - Muktamar PAS : Oh Tuang Presideng Ku, Mung Memang Kaki Konar Baring Beb... Kah Kah Kah !

Posted: 04 Jun 2015 05:30 AM PDT



Muktamar PAS : Oh Tuang Presideng Ku, Mung Memang Kaki Konar Baring Beb... Kah Kah Kah !

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Sarawak Report nafi dakwaan kaitan dengan Dr M

Posted: 04 Jun 2015 04:45 AM PDT

 

Laman web pemberi maklumat Sarawak Report menafikan dakwaan sebuah kumpulan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenali wartawan Andrew Brown yang bersara baru-baru ini.

Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) telah mendakwa bahawa Mahathir mengenali Brown, yang juga suami kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Kumpulan yang baru ditubuhkan itu, yang muncul beberapa minggu lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Razak berdepan dengan desakan supaya berundur - juga mendakwa Brown bekerja untuk Electricite de France (EDF), yang didakwa mendapatkan bantuan Mahathir untuk mengembangkan perniagaan tenaga mereka di Asia.

"Andrew Brown bekerja sebagai pengarah komunikasi untuk EDF Energy UK, bukan dengan EDF (Electricite de France) dan tidak pernah mempunyai apa-apa penglibatan dalam operasi global kumpulan itu.

"Atau pun dia pernah bertemu dengan Mahathir," kata Sarawak Report semalam.

Brown adalah sudara kepada bekas Perdana Menteri UK Gordon Brown.

CAGM baru-baru ini mendakwa Mahathir menggelapkan dana awam sepanjang tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri, dan malah kumpulan mampu menawarkan RM1 juta sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat terhadap bekas PM itu.

Mahathir bagaimanapun nampaknya tidak mengambil serius dakwaan CAGM itu.

"Saya yakin mesti ada beberapa perkara yang mereka dapat cari, dan jika mereka dapat wang, mengapa tidak?" kata Dr Mahathir secara seloroh pada hari Selasa
.

Tiada ulasan: