Sabtu, 27 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


AL FATIHAH ! - PEWARIS SAH KESULTANAN PERAK TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

Posted: 27 Jun 2015 05:00 PM PDT

 

TENGKU AMRAN MOHAMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL NASIRUDIN MUTARAM SHAH ( ISKANDAR MUDA ) YANG KONON NYA PEWARIS SAH KESULTANAN PERAK DARUL RIDZUAN - TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PETANG TADI.

JENAZAH ALMARHUM AKAN DIKEBUMIKAN JAM 11 PAGI ESOK DARI FLAT HANG TUAH, SAMPENG KUALA LUMPUR.


SEMUGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ORANG YANG BERIMAN, AMIN YA RABBAL ALAMIN.


'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'

Posted: 27 Jun 2015 09:00 AM PDT



KUALA LUMPUR: Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal melalui suara majoriti perwakilan.

Menurut sumber dalaman UMNO, ia boleh berlaku jika ada usul dibuat di peringkat bahagian, mendapat sokongan dan dibawa sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini.

"Walaupun MT sudah buat keputusan, ia akan dipertimbang semula jika ada usul untuk meminda kata putus MT.

"Perhimpunan itu sendiri akan menukar keputusan MT. Kalau ada sokongan usul, diundi dan dibawa ke perhimpunan UMNO, keputusan awal boleh bertukar kerana keputusan perwakilan.

"Perhimpunan UMNO adalah 'kuasa' tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkenaan mengulas keputusan MT pada Jumaat yang menangguhkan pemilihan UMNO.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan ‎parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.‎

"

Perhimpunan UMNO adalah 'kuasa' tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO

"

‎‎Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini‎.

"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi," kata Najib.

Menurut Fasal 9.1 Perlembagaan UMNO, MT yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung ketika ketiadaannya, tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.

Sementara fasal 9.12 menerangkan, jawatan ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Sumber itu bagaimanapun mempersoalkan keberanian ahli UMNO di peringkat bahagian dalam mengutarakan usul berkenaan.

"Adakah bahagian berani buat usul?" soalnya.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri‎ Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberikan khidmat lebih besar kepada parti.

Sebelum ini, veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun ini bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti juga perdana menteri sehingga PRU ke-14 atau sebaliknya.‎

Kenyataan Rahim turut disokong veteran UMNO Tan Sri Sanusi Junid yang menyifatkan Najib bakal berdepan risiko besar kerana penangguhan pemilihan parti.

Tegas Sanusi, situasi semasa kini sudah membawa pelbagai kemungkinan termasuk perubahan tampuk kepimpinan nombor satu parti itu sendiri.

 


-astroawani

Bongkar: Surat Sulit Peguam Negara Membabitkan Ketua Kongsi Gelap suarakami

Posted: 27 Jun 2015 08:15 AM PDT

 

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.
Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini di bocorkan.
Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.
Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.
Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011. 

KABINEt BARU MEMASTIKAN KEDUDUKAN NAJIB... ??

Posted: 27 Jun 2015 07:30 AM PDT




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan rombakan kabinetnya selepas raya ini. Najib sudah tidak ada pilihan. Untuk mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kepimpinannya beberapa Menteri yang dianggap sebagai 'beban' perlu digugurkan segera dan diganti dengan mereka yang lebih fresh dan energetik. Ini termasuk menukar portfolio beberapa menteri yang suka 'playsafe'.

Antara yang mungkin akan digugurkan ialah Datuk Hassan Malik, Nazri Tan Seri Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Shahidan Kassim. Beberapa orang Menteri pula akan ditukar portfolio mereka seperti Khairy Jamaludin yang dianggap prestasinya sebagai Menteri Belia dan Sukan agak kurang menyerlah. Kegagalan negara dalam berbagai bidang sukan sejak beliau menjadi Menteri menjadi puncanya. Kejayaan kontijen negara di sukan SEA di Singapura baru baru ini dilihat bukan kejayaan beliau. Khairy juga dilihat gagal dalam program pembangunan belia negara.

Shafie Afdal turut akan bertukar portfolio. Komen komen beliau mengenai isu 1MDB dan pertelagahan beliau dengan Ketua Menteri Sabah menjadikan beliau bukan lagi Menteri yang sealiran dengan Najib. Isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporation di Australia yang menjadi senjata baru kepada pembangkang, menjadikan kedudukan beliau semakin panas. Usaha beliau menjemput Najib merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilanan UMNO Bahagian Semporna Ogos nanti tidak akan menyelamatkan kedudukan beliau apatah lagi sebagai Naib Presiden.

Datuk Ahmad Maslan juga mungkin bertukar portfolio. Beliau menjadi tidak popular kerana sering membuat kenyataan yang mendahului kabinet dan Menteri yang bertanggungjawab terutamanya dalam isu GST.

Antara beberapa nama yang dijangka naik pangkat ialah Datuk Razali Ibrahim. Kalau Datuk Azizah Mohd Dun tidak naik pangkat mungkin Najib akan melantik seorang wanita muda menjadi Senator untuk menyertai kabinet beliau. Disamping itu beberapa tenaga muda baru telah disenaraikan dan berpotensi untuk dibawa masuk seperti Datuk Anuar (Sekijang), Datuk Nawawi (Langkawi), Datuk Ikmal Hisham (Kelantan) dan Datuk Irmohizam (Selangor). Turut tersenarai ialah beberapa senator seperti Datuk Salim Sharif (Negeri Sembilan) dan Datuk Asyraf Wajidi (Kelantan).

Rombakan kabinet akan menjadikan Najib lebih 'In Command' bagi menghadapi PRU ke 14. Ini juga akan mematikan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan beliau dari dalam. Keberanian Najib mencabar mana mana anggota kabinet supaya meletak jawatan jika tidak lagi dapat bersama dengan beliau dalam menangani isu 1MDB membawa impak besar. Suara suara sumbang sudah tidak kedengaran. Bahkan pendirian majoriti Ketua Bahagian UMNO supaya pemilihan parti 2016 ditangguhkan mematikan sebarang usaha untuk menentang kepimpinan beliau. Difahamkan survey pendirian Ketua Bahagian itu dibuat melalui kumpulan Telegram mereka.

Sejak pihak pengurusan 1MDB lebih terbuka menjawab satu demi satu dakwaan Tun Mahathir kononnya wujud kepincangan dalam 1MDB, tekanan supaya Najib meletak jawatan semakin kendur. Bahkan langkah rasionalisasi 1MDB seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan 2 dapat menangkis dakwaan bahawa 1MDB adalah syarikat pelaburan kerajaan yang gagal.

Ternyata pihak yang memburuk-burukkan 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib banyak menggunakan maklumat daripada Sarawak Post. Penangkapan Xavier Andre Justo bekas Eksekutif Petrosaudi oleh Pihak Polis Thailand mengukuhkan lagi kredibiliti Najib dan 1MDB.

Xavier Justo telah dipecat oleh Petrosaudi iaitu rakan kongsi 1MDB. Beliau banyak memberikan maklumat palsu kepada Sarawak Report yang beroperasi di London untuk tujuan memeras ugut bekas majikannya. Laporan Sarawak Report inilah yang menjadi sumber rujukan kepada Tony Pua dan yang lain lain untuk menyerang Najib dan Kerajaan.


Satu lagi isu ialah, apakah akan ada Menteri Besar yang akan diganti sebelum PRU ke 14? Tunggu dan lihat. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO - Lagu Raya dari Saloma, dibawa oleh Elizabeth Tan

Posted: 27 Jun 2015 06:45 AM PDT


SISI ISLAM YANG DITINGGALKAN PAS

Posted: 27 Jun 2015 06:05 AM PDT

Sang Kelembai 


PAS selaku gerakan Islam paling lama dalam arena politik di Malaysia beberapa kali muncul dengan slogan-slogan yang berbeza. 

PAS suatu masa dahulu, ketika era keterbukaan, pernah menggunakan slogan 'PAS for All' bagi menarik perhatian bukan sahaja non-muslim, tetapi juga muslim yang tidak pro-Islam untuk bersama-sama mendokong PAS sebagai sebuah parti yang holistik.

Slogan ini mencapai kemucaknya apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai non-muslim diluluskan untuk menjadi sebahagian daripada anggota sah dalam struktur organisasi PAS.Bukan itu sahaja, artis-artis juga mula mendekati PAS. Ini sekaligus melonjakkan nama PAS ke aras yang lebih tinggi.

Terbaru, PAS sekali lagi tampil dengan slogan baru bersempena Muktamar PAS 2015. Kali ini, slogan yang digunakan adalah "Istiqamah Hingga Kemenangan". 

Slogan kali ini sangat signifikan dengan tempoh perjuangan PAS yang begitu lama, hinggakan istiqamah atau kelangsungan amat penting untuk disegarkan supaya jiwa-jiwa pejuang tidak lekas berputus asa hinggalah tergapainya kemenangan.

Pun begitu, terdapat perbezaan besar terhadap ungkapan 'kemenangan' dari sudut pandang PAS. Ada sebahagian sangat positif, PAS sedang meniti bait-bait kemenangan kerana mampu bertahan tanpa dibubar hingga ke hari ini. 


Sedangkan, banyak gerakan Islam lain yang terkubur. Sebahagian yang lain pula melihat PAS masih belum menang, kerana kemenangan sebenar adalah kemenangan menyeluruh dalam pilihan raya, iaitu mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan di peringkat nasional.

Di celah-celah perdebatan dua kelompok ini, terdapat beberapa salah-guna konsep Islam yang dijadikan hujah bagi menyokong kenyataan mereka. 

Antaranya, mereka mendakwa, "Tidak mengapa jika tidak menang sekalipun, yang penting adalah Allah redha". 

Nada yang sama diungkap seperti berikut, "Perjuangan dalam PAS bukan untuk mencapai kemenangan, tapi untuk menggapai redha Allah". 

Ada pula yang mengatakan, "Kemenangan itu adalah beroleh pahala kerana kekal dalam Jemaah Islam".

Gejala penyalahgunaan konsep-konsep Islam seperti ini, bukan sahaja berlaku dalam PAS, malah juga berlaku dalam masyarakat awam terutamanya dalam konteks memberikan motivasi. 

Misalnya dalam isu kenaikan harga barang, ia dengan mudah disandarkan sebagai 'ketentuan Allah'. Ketika rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi, suara-suara "Jika bersyukur, Allah tambah rezeki" kedengaran. Saat nilai rezeki dipertikai, kedengaran, "Kita mestilah bekerja dengan penuh ikhlas. 

Niat kerana Allah, bukan habuan dunia". Apabila kritikan terhadap pemerintah dan pentadbiran dilakukan, suara, "Islam menyeru agar taat kepada ulil amri" pun berkumandang.

Kesemua seruan dan ungkapan ini benar belaka. Namun, apabila ia diletakkan dalam konteks yang salah, akhirnya ia menjadi fitnah kepada agama. Islam akan dilihat sebagai candu atau dadah, yang hanya digunakan bagi mengkhayalkan pihak-pihak yang tertindas.

Dalam keadaan perkataan-perkataan di atas dianggap sebagai Islamik dan bersifat keagamaan, sunnah yang paling besar diamalkan para sahabat Rasulullah ditinggalkan. 

Sunnah tersebut digelar sebagai sunnah al-'akhzu bil asbab. Dr. Ali Muhammad as-Solabi dalam merungkai sunnah ini, menulis satu bab khusus di dalam bukunya Sirah Nabawiyyah. 

Katanya, sunnah al-'akhzu bil asbab beerti mengambil timbangan sebab-musabab untuk menuju sesuatu hasil. Dalam kata lain, setiap perkara mempunyai sebab dan akibat yang perlu kita pertimbangkan sebelum pasrah menerima sebarang keputusan atau kejadian. Ini sememangnya benar-benar selari dengan dalil berikut:


وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٠٥
105. 

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. [at-Taubah]

Ayat ini cukup menerangkan bagi kita, nasib kelompok mukmin di akhirat kelak bergantung kepada amal dan usahanya. Bahkan hasil dan keputusan yang Allah berikan kelak akan diterangkan semula sejajar dengan amalan yang dilakukan.


وَهُزِّيٓ إِلَيۡكِ بِجِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ تُسَٰقِطۡ عَلَيۡكِ رُطَبٗا جَنِيّٗا ٢٥

25. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. [Maryam]

Ayat ini pula menyentuh perihal bagaimana Allah tetap mengarahkan Maryam 'alaihassalam menggoncangkan pohon tamar walaupun dalam keadaan lemah mengandungkan Isa 'alaihissalam. 


Tuhan tidak mengarahkan dia berdoa atau sekadar pasrah menunggu keajaiban. Tetapi Tuhan mengarahkannya agar berusaha walaupun sedikit, sebagai asbab gugurnya buah tamar.

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَيۡسَ بِظَلَّامٖ لِّلۡعَبِيدِ ١٨٢

182. (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. [Ali Imran]

Dan terakhir, Allah mengingatkan kita, setiap keburukan atau kekalahan yang kita terima adalah disebabkan kesilapan kita sendiri. 


Bukan kerana Allah menzalimi hambanya-hambanya. Yang kita risaukan adalah, sehingga kini, kita belum beroleh kemenangan yang total, disebabkan sikap kita yang terlalu naif dalam mengatur strategi politik.

Kata-kata berunsur motivasi dan mempunyai ciri-ciri escapism seperti di atas, tidak wajar dilaungkan dalam konteks yang salah. 

PAS terutamanya, dalam menggalas harapan dan aspirasi rakyat, perlu melihat lebih jauh dari sekadar mempertahankan ketuanan parti semata-mata. 

Memang benar, mengabdikan diri dalam sebuah Jemaah Islam adalah sebaik-baik jihad. Namun harapan & perasaan rakyat tidak wajar dihampakan. Kerana, PAS sendiri bukan mendapat undi daripada ahli semata-mata, tapi juga daripada bukan ahli.

Kita tidak bertikai soal istiqamah. Kita boleh istiqamah dalam perlbagai platform walaupun tanpa PAS. Tapi yang kita pertikaikan adalah pandangan PAS terhadap kemenangan. 

Kita juga berharap agar kepimpinan PAS yang baru akan lebih terbuka untuk menerima kritikan ahli dan bukan ahli. Kita risau, apabila PAS melabel, menyindir bahkan menghalau ahli yang tak sependapat, akhirnya yang tinggal hanya ahli-ahli yang mengkhayalkan, bukan menyedarkan.

Kenapa Umno tangguh pemilihan (dan kenapa ia mungkin tidak)

Posted: 27 Jun 2015 05:00 AM PDT

 
Kenapa Umno tangguh pemilihan (dan kenapa ia mungkin tidak)Keputusan menangguhkan pemilihan parti dilihat boleh memberi ruang bernafas kepada presiden Umno supaya dapat berurusan dengan bahagian parti yang bersuara selepas diserang pemimpin terdahulunya yang masih dihormati, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi penganalisis politik Ibrahim Suffian berpendapat, ia tidak akan benar-benar membantu Umno menangani cabaran yang dihadapinya sebagai sebuah institusi yang berdepan rakyat yang semakin bijak menilai.

Keputusan itu lebih berkaitan usaha memastikan kedudukan Datuk Seri Najib Razak kekal dalam Umno.

Hakikat yang Najib berjaya mendapatkan persetujuan anggota Majlis Tertinggi menerima keputusan itu mencerminkan kekuatan dalam parti, kata Ibrahim.

Ini kerana, beberapa orang daripada mereka sebelum ini dilihat mengambil pendirian berbeza dari Najib mengenai isu seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menangguhkan pemilihan parti juga ada akibatnya, kata Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang, kerana katanya ia boleh membuatkan musuhnya dalam parti berusaha lebih gigih untuk menyingkirkan beliau.

Majlis Tertinggi Umno semalam mengambil keputusan supaya pemilihan yang dijadualkan pada tahun hadapan ditangguhkan selama 18 bulan.

Ini bermakna, pemilihan itu mungkin akan diadakan pada pertengahan tahun 2018, waktu yang hampir sama dengan tarikh pilihan raya umum akan datang perlu diadakan.

Mengadakan pemilihan parti selepas pilihan raya umum akan menghilangkan sedikit tekanan terhadap Najib oleh penentang dalam Umno dan membenarkan beliau mengukuhkan kembali barisan bagi menghadapi pemilihan itu yang menjadi penentu masa depan parti.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Umno bersama parti sekutu dalam Barisan Nasional yang lain hanya memenangi 47% undi popular.

Pemantau pilihan raya berkata, BN hanya berjaya terus berkuasa kerana terdapat kepincangan dalam populasi kerusi Parlimen.

Pengkritik BN, terutama dari pembangkang, menjangkakan gelombang undi protes terhadap BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Najib sendiri berkata, penangguhan itu bagi membolehkan Umno dan rakan komponen BN menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum akan datang.

Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa parti agar tidak menangguhkan pemilihan itu.

Hakikat yang Najib berjaya meyakinkan Muhyiddin itu sendiri merupakan satu kejayaan, kata Ibrahim dari Merdeka Center, kerana timbalan beliau itu sendiri merupakan pengkritik 1MDB, yang merupakan cetusan idea Najib.

"Penangguhan itu juga akan menghalang rancangan Dr Mahathir yang bertekad mahu menyingkirkan Najib," kata Ibrahim memandangkan pemilihan parti merupakan salah satu daripada beberapa cara menyingkirkan presiden Umno yang sedang menyandang kerusinya.

Serangan bertubi-tubi Dr Mahathir mahu Najib disingkirkan menyebabkan wujud puak dalam parti itu, kebanyakannya di kalangan ahli biasa.

Tetapi, presiden itu mendapat sokongan hampir majoriti ahli parti peringkat bahagian parti di seluruh negara, yang merupakan cabang pertengahan parti yang penting.

Bagaimanapun, Ibrahim berhujah, penangguhan itu akan memberi kesan yang sedikit kepada sama ada Umno mampu atau tidak menghadapi cabaran getir kepada masa depannya sebagai sebuah institusi.

Parti itu seolah-olah masih mempunyai masalah menukar penampilannya untuk memenuhi jangkaan masyarakat berbilang budaya yang kini lebih bijak menilai, kritikal dan inklusif.

Tinjauan pada Januari oleh Merdeka Center menunjukkan, majoriti pengundi mahu parti politik yang menjaga semua rakyat Malaysia, bukannya mereka yang berjuang untuk satu bangsa atau agama sahaja.

Malah di kalangan orang Melayu sendiri, penyokong tradisi Umno, 67.5% daripada mereka memberitahu kaji selidik itu, mereka ingin sebuah parti yang mengambil berat hal ehwal semua rakyat Malaysia.

Ini di sebalik hakikat yang Najib dan Umno lebih cenderung kepada orang Melayu dalam penampilan dan retorik mereka.

"Parti berasaskan kaum BN semakin tidak dapat diterima pengundi," kata Ibrahim.

Dan cabaran untuk meyakinkan pengundi baru supaya mengundi Umno bukanlah sesuatu yang mudah dapat diselesaikan dengan tindakan menukar presiden parti. – TMI


Najib tiru Mahathir selamatkan diri Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 27 Jun 2015 04:00 AM PDT

 
 
Lewat petang tadi Mohd Najib Razak mengumumkan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan. 

Ini bermakna pemilihan Umno baru boleh diadakan pada tahun 2018. Memandang pada tahun itu kemungkinan pilihan raya umum ke 14 akan diadakan, bermakna pemilihan Umno akan diadakan selepas itu.

Najib menggunakan Fasal 10.16 perlembagaan Umno untuk membuat penangguhan itu. Fasal berkenaan memberi kuasa kepada MT untuk menangguhan pemilihan pada peringkat MT, kawasan dan cawangan.

Beliau memberi tahu selepas mesyuarat MT petang ini. Katanya penangguhan itu untuk membolehkan parti dikukuhan dan melakukan kerja yang dirancang. Ia juga bagi memberi peluang kepada rakan-rakan komponen memantap kedudukan untuk menghadapi pilihan raya. 

Salah satu rakan komponen BN yang sedang dibelit kemelut dan masalah ialah MIC yang tiba-tiba kehilangan presiden apabila RoS mengistyharkan G Palanivel lucut keahlian.

Tindakan Najib itu walaupun mengikut kehendak perlembagaan dan beta pun ikhlas untuk memperkukuhkan Umno dan BN tetapi ia sudah tentu dilihat lebih untuk melindungi kedudukannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Najib sangat menyedari yang kedudukannya kini sedang diancam dimana kalau beliau tidak mengambil langkah pengukuhan diri dia boleh hanyut. 

Beliau mungkin sudah meramlakan serangan terhadapnya kini kemungkinan ada orang akan merempuhnya pada pemilihan itu. Jadi sebelum dirempuh elok beliau melindungi diri.

Keputusan yang dibuat itu sudah dijangka awal-awal. Begitulah politik orang tidak berani berdepan dengan realoiti. Keputusan itu bagaimana pun menyebabkan Dr Mahathir Mohamad yang bermati-matian untuk menjatuhkan Najib akan mati terkangkang. 

Harapan Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk melihat Najib tersingkir gagal. Mahathir sangat menanti perhimpunan tahun depan selepas segala usaha dilakukan sebagai gelanggang untuk menyingkirkan Najib. Harapan itu kini menemui jalan buntu.

Mahathir telah melakukan pelbagai usaha untuk mengerudi Najib agar jatuh. Dari sebesar-besar isu kehilangan alias kerugian RM42 billion dalam syarikat perlaburan strategi yang dinaungi Najib 1MDB, tragedi pembunuhan Altantuya hingga kepada isu keborosan isteri Najib Rosmah Mansor telah dibangkitkan Mahathir. 

Namun semuanya tidak memberi bekas dan Najib tetap utuh di persada kekuasaanya.

Lantaran itu Mahathir sangat berharap masa untuk Najib dijatuhkan ialah pada perhimpunan. Tetapi apabila perhimpunan (pemilihan) itu ditangguh Mahathir kini hilang akal. Mahathir kini bolehlah bernyanyi lagu "cukuplah sampai di sini".

Demikian juga dengan Muhyuddin Yassin orang yang cuba diangkat Mahathir untuk mengambilalih tempat Najib juga hilang nafsu untuk melanggar Najib. 

Penangguhgan itu sudah tentu mematikan nafsu malu-malu kucing Muhyiddin. Muhyuddin tidak mengiyakan apa yang diusahakan Mahathir untuk menaikkannya, tetapi di kamar tidur dia mengangan-angankan jawatan PM.

Sebelum ini beliau juga berharap agar perhimpunan agung Umno tidak ditangguhkan atas alasan perhimpunan tidak memecah belahkan parti. 

Kenapa beliau membuat cadangan itu. Kail tidak akan dilempar ke kolam yang tidak ada ikan. Hehe falsafah sikit.

Dan apabila MT bersetuju untuk menangguhkan pemilihan itu ini bermakna kesemua ahli MT adalah merupakan hulubang Najib. 

Dengan penangguhan itu Najib kini boleh tidur semula walaupun tidak begitu nyenyak. Dan Mahathir pula terpaksa mencari dan mengatur strategi baru. 

Najib baginya tetap perlu disingkirkan demi masa depan negara. - 


http://msomelayu.blogspot.com/
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

MASIH ADA KE ANAK YG SANGGUP BUANG IBU BAPA..PULAK2 DI BLN PUASA BEGINI...BLH KITA FIKIRKAN ANAK APA KE JENIS MCM NI.?

Posted: 27 Jun 2015 03:15 AM PDT

Rambut bukan aurat: Sisters In Islam dibidas FMT Reporters

Posted: 27 Jun 2015 02:30 AM PDT

 
SIS bukan berjuang untuk syariat Islam sebenar tetapi bertunjangkan hawa nafsu yang kononnya dihiasi dengan hujah akademi dan syarak.

sisters in islam

PETALING JAYA: Sisters In Islam (SIS) dibidas kerana memberi pandangan bahawa rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita.

Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar.

Sebaliknya, ia hanya perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.

"Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.

"Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. 

Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya," katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my.

Muhammad Firdaus berkata, hujah SIS kononnya mereka berpandukan kepada hujah Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama.

Ini kerana, katanya, kedua-dua ulama itu membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambut kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.

"Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib.

"Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka,tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan- al-Quran, Hadis dan ulama," katanya.

RUJUKAN: Aurat wanita: SIS berhujah ikut hawa nafsu

Cuba kita renungkan LAMAN FIQH INI:

Aurat Wanita

Apakah batasan aurat wanita?

Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
2. Aurat di hadapan mahram
3. Aurat di hadapan wanita lain

Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Apa dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?

Dalilnya ialah firman Allah;

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

Maksud "kecuali yang zahir darinya" ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.

Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina 'Aisyah yang menceritakan; "Suatu hari Asma' anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya" (HR Imam Abu Daud).[2]

Dalam kenyataan di atas disebutkan "…keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah". Apa yang dimaksudkan dengan fitnah tersebut?

Fitnah yang dimaksudkan di sini ialah dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-bibit pendahulu kepadanya. Ia bermula dari melihat dengan syahwat (yakni melihat dengan keinginan kepada seks atau bibit-bibitnya).[3] Jadi, aman dari fitnah bermaksud; aman dari dorongan dan keinginan tersebut.

Jadi, jika seorang wanita itu terlalu cantik dan dengan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka wajiblah ia menutup mukanya kerana factor tersebut walaupun mengikut hukum asal; menutup muka tidaklah wajib.

Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.[4] Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi'e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama'-ulama' mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.[5] Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan jumhur tadi.

Apa dalil bagi aurat di hadapan mahram di atas?

Iaitulah firman Allah;

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….". (31)

Di dalam ayat di atas Allah menegah wanita mendedahkan perhiasan pada tubuh mereka kecuali kepada lelaki-lelaki yang disenaraikan di dalam ayat. Dalam senarai lelaki-lelaki tersebut terdapat mahram-mahram yang kita nyatakan di atas, kecuali bapa saudara dan mahram-mahram kerana susuan sahaja.

Bapa saudara, walaupun tidak ada dalam senarai para lelaki dalam ayat di atas, namun menurut ulamak ia termasuk mahram kerana kedudukannya yang menyamai bapa berdasarkan 'uruf dan terdapat hadis menyatakan;[6]

عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أبيه
"Bapa saudara seseorang adalah satu pokok dengan bapanya". (Riwayat Imam Muslim).

Adapun mahram-mahram kerana susuan hukum bagi mereka sama seperti hukum mahram kerana nasab tadi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

يحرم من الرضاع ما يحرم من النسب
"Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana nasab". (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.)

Perhiasan tubuh yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah perhiasan yang batin/khafiyy iaitu yang tersembunyi[7] pada badan wanita. Ia adalah sebalik kepada perhiasan zahir yang disebut sebelum ini (iaitu pakaian yang dipakai serta bahagian muka dan dua tangan). Perhiasan yang batin/khafiy ini merujuk kepada perhiasan yang berapa di bahagian tubuh wanita yang wajib ditutup di hadapan lelaki ajnabi tadi (iaitu bahagian selain muka dan tangan). Perhiasan ini merangkumi anting-anting, rantai, gelang kaki atau sebagainya. Ia tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan.

Sebagai kesimpulan, apakah kategori perhiasan yang ada pada badan wanita dan apa hukum mendedahkannya?

Merujuk kepada huraian kita sebelum ini, maka kita akan dapati bahawa perhiasan pada badan wanita itu ada dua jenis;[8]

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat 31 (dari surah an-Nur) di atas.

Jadi, hukum perhiasan adalah mengikut hukum tempat beradanya perhiasan itu. Jika ia berada di kawasan badan yang harus didedahkan (iaitu muka dan dua tangan), maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga harus. Jika ia berada di kawasan badan yang haram didedahkan, maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga adalah haram.

Selain di hadapan suami dan mahram, di hadapan siapa lagi wanita diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya?

1. Sama-sama kaum wanita
2. Di hadapan hamba-hamba mereka
3. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
4. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

Di hadapan mereka harus seorang wanita memperlihatkan perhiasan khafiynya. Oleh itu, dibenarkan ia membuka tudung di hadapan mereka dengan syarat aman dari fitnah. Keharusan ini adalah adalah berdasarkan ayat 31 (dari surah an-Nur) tadi.

Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam.

Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya, iaitu;

a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.

b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam.[9] Pandangan ini ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagaimana dinyatakan tadi (sila baca kembali; aurat wanita di hadapan mahramnya).

2. Aurat di hadapan wanita kafir

Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi'ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi'ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu 'Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi'ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..".[10]

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.[11]

Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka; tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?

Tidak benar. Kewajipan bertudung sabit dengan dalil al-Quran, as-Sunnah dan disepakati oleh sekelian ulamak (ijmak).

1. Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-Nur tadi;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka". (an-Nur: 31)
Al-Khumur dalam ayat di atas adalah kata jama' (plural) bagi kalimah al-Khimar yang memberi erti tudung atau kain penutup kepala. Pengertian ini telah disepakati oleh para ulama' tafsir dan juga kamus-kamus Bahasa Arab yang muktabar. Syeikh Nasiruddin al-Bani dalam kitabnya "Hijab al-Mar'ah al-Muslimah" (Pakaian wanita Islam) menyebutkan bahawa makna tersebut tidak ada sebarang khilaf di kalangan ulama' (yakni semua ulama' sepakat memberi makna al-khimar sebagai tudung atau kain penutup kepala).[12] Menurut Imam Thabari dalam tafsirnya iaitu Tafsir at-Thabari, ayat tersebut memberi pengertian; "Hendaklah wanita-wanita beriman melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada mereka untuk menutup dengannya rambut, leher serta anting-anting mereka". (Tafsir at-Thabari, Ibnu Jarir at-Thabari, surah an-Nur, ayat 31)

2. Dalil dari as-Sunnah ialah;

a) Sabda Nabi s.a.w. kepada Asma' dalam hadis yang telah dikemukakan sebelum ini; "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja ", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya" (Riwayat Imam Abu Daud). Hadis jelas menunjukkan bahawa kepala adalah aurat dan wajib ditutup di mana Rasulullah s.a.w. hanya mengisyaratkan kepada muka dan tangan sahaja ketika menjelaskan bahagian badan yang harus didedahkan.

b) Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; "Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat "وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ" (yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya". (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

c) Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh" (Riwayat Imam Muslim).[13]

3. Dari penelitian kita terhadap pendapat-pendapat ulama' dari pelbagai mazhab, kita dapati tidak ada ulama' yang mengecualikan kepala atau rambut dari aurat. Mereka hanya berikhtilaf (berbeza pendapat) pada muka, tangan, lengan dan kaki; ada ulama' menyatakan anggota-anggota ini termasuk dalam aurat yang wajib ditutup dan ada ulama' yang menyatakan tidak. 
 
Tentang kepala dan rambut, semua ulamak sepakat menyatakan bahawa ia adalah anggota yang wajib ditutup. Jadi, suara-suara sumbang yang mengajak wanita membuka tudung dan mendedahkan kepala dan rambut mereka di khalayak ramai, suara tersebut jelas bercanggah dengan ijma' ulama' di samping menyalahi nas al-Quran dan as-Sunnah yang telah kita bentangkan tadi.

Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?

Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;

1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.

2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.

3. Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.

Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
"Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam satu pakaian" (HR Imam Muslim dari Abi Sa'id al-Khudri r.a.)

Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?

1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan masing-masing tanpa sebarang pengecualian.

2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. Kaedahnya; "Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah)".[14]

3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.

Apa dalil larangan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi? [15]

1. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan;

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
"Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai'ah. Baginda tidak membai'ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja" (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sekiranya antara lelaki dan wanita ajnabi boleh bersentuhan, sudah tentu Nabi s.a.w. akan membai'ah kaum wanita dengan berjabat tangan dengan mereka kerana itu yang biasa dilakukan oleh Nabi tatkala berbai'ah dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma'qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

"Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya" (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada lagi syahwat?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang lelaki bersalaman dengan seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamak; haram bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.[16]

Nota Hujung;

[1] Pandangan jumhur ini merangkumi mazhab Hanafi dan Maliki dan salah satu qaul dari Imam Syafi'ie. Ada ulamak (iaitu Imam Ahmad dan qaul yang asah dari Imam Syafi'ie) berpandangan; keseluruhan tubuh wanita adalah aurat tanpa kecuali. 
 
Mengikut pandangan ini, wanita wajib menutup keseluruhan tubuhnya termasuk muka dan tangan. Menurut pandangan ini; pemakaian niqab adalah wajib. 
 
Dalam bab aurat wanita ini, pandangan yang paling luas ialah Imam Abu Hanifah di mana menurut beliau; kaki juga tidak aurat. 
 
(Menurut Imam Abu Yusuf –anak murid Imam Abu Hanifah-; lengan juga tidak aurat). Jadi, menurut pandangan ini; keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali tiga bahagian iaitu; muka, tangan dan kaki. (Rujuk; Tafsir surah an-Nur, hlm. 151).

[2] Hadis ini walaupun dikatakan dhaif oleh sebahagian ulama', namun menurut pakar penilai hadis zaman ini iaitu Syeikh Nasiruddin al-Bani; hadis ini telah dikuatkan oleh banyak hadis-hadis yang lain yang memberi makna serupa. 
 
Oleh itu, menurut beliau hadis ini tidak kurang martabatnya dari hadis hasan. Kerana itu, ia sah untuk dibuat hujjah. Hal yang serupa juga disebut oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya "al-Halal wa al-Haram Fil Islam", halaman 152. Untuk lebih terperinci, lihat taklik Syeikh Nasiruddin mengenai hadis ini dalam nota kaki kitabnya 'Hijab al-Mar-ah al-Muslimah fi al-Kitab wa as-Sunnah, halaman 24-25).

[3] Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, hlm. 78-79.

[4] Fiqh al-Usrah, Hassan Ayyub, hlm. 19, Syarah Soheh Muslim, juz. 9, kitab al-Hajj. Fiqh al-Albisah dan Az-Zinah, hlm. 86.

[5] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 156. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 87.
[6] Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 156. (Berkata Imam Nawawi;
 
صِنْوُ أَبِيهِ: أي مثل أبيه وفيه تعظيم حق العم
(Lihat; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 9, kitab az-Zakah).
[7] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.

[8] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[9] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89.

[10] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 90.

[11] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 143-144.
[12] Lihat nota kaki, m.s. 33.

[13] Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; "Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. 
 
Biasanya kedai-kedai atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. 
 
Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…". (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, halaman 84-85)
[14] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 88-89.

Syarat aman dari fitnah itu perlu diberi perhatian terutama di zaman hari ini. Antara mahram yang masih muda terutamanya (seperti antara adik dan kakak, abang dan adik perempuan dan sebagainya) hendaklah lebih berjaga-jaga kerana sentuhan yang berlebihan mungkin membawa bangkitnya nafsu. 
 
Apatahlagi pada masa kini di mana wujud banyak factor pendorong nafsu yang boleh melarikan seseorang dari fitrah asalnya. Lagipun banyak kes sumbang mahram dilaporkan. 
 
Kerana langkah berjaga-jaga itulah Imam Ahmad memakruhkan seorang lelaki melihat betis ibunya dan juga dada ibunya kerana khuatir mendorong kepada syahwat. 
 
Maka yang terbaik ialah seorang lelaki itu tidak masuk ke dalam bilik ibu, anak perempuan dan kakak atau adik perempuannya kecuali setelah keizinan mereka. Adapun untuk masuk ke dalam bilik isterinya cukup dengan memberi salam sahaja, tanpa perlu meminta izin. (Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89 (halaman muka dan juga nota kaki no. 1)). 

[15] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 107.

[16] Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108. 
 
 

Penganjur dialog Nothing 2 Hide letak semua jawatan dalam UMNO FMT Reporters

Posted: 27 Jun 2015 01:45 AM PDT


Khairul Anwar Rahmat

Datuk Khairul Anwar Rahmat mahu menumpukan kerja kemasyarakatn dalam dan luar negara disamping memperluas operasi syarikat.

PETALING JAYA: Penganjur dialog kontroversi Nothing 2 Hide, Datuk Khairul Anwar Rahmat umum meletak semua jawatan yang disandang dalam UMNO.

Khairul, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangam UMNO Malaysia.

Peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai bagi membolehkan beliau meneruskan kerja kemasyarakatan dalam dan luar negara selain meluaskan operasi firmanya, Khairul Group.

"Kami ingin memaklumkan keputusan Pengerusi kami, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk melepaskan semua jawatan dalam parti Umno berkuatkuasa 11 Julai 2015 bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma.

"Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

"Tindakan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Khairul Group.

Tindakan Kerajaan Malaysia Tidak Masuk Akal

Posted: 27 Jun 2015 01:00 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini adalah satu keputusan yang tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abd Hamid.

Menurutnya, jumlah itu terlalu besar apatah lagi jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 sudah mencecah 2.1 juta.

"Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih daripada empat juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut menyatakan keadaan ini sangat membimbangkan.

"Ini bermakna jika dasar ini dilaksanakan, jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau turut mempersoalkan, dalam sektor apakah pekerja-pekerja asing itu akan ditempatkan?.

"Perkara ini perlu diperjelas terlebih dahulu, dan saya gesa menteri bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti.

"Sepatutnya kerajaan menggariskan dasar-dasar untuk membantu industri dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan beri insentif menaik taraf peralatan dan pendidikan semula pekerja. 

Bukannya dengan penyelesaian jangkamasa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing," katanya.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.


- sharian

Foto Polis Trafik Bawa Tong Gas Jadi Viral

Posted: 27 Jun 2015 12:15 AM PDT



Tapah : "Anggota trafik berkenaan menjalankan tugas dan tidak seperti didakwa segelintir pihak menerusi laman sosial," kata Ketua Polis Daerah Superintendan Som Sak Din Keliaw.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dua gambar anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah membawa tong gas di sekitar Pekan Bidor yang tersebar luas dalam laman media sosial sejak beberapa hari lalu.

Som Sak berkata, berdasarkan semakan pada 22 Jun lalu, jam 10.15 pagi, tiga anggota trafik berkenaan melakukan tugas penguatkuasaan lalu lintas di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika itu anggota berkenaan menahan seorang penunggang motosikal yang melakukan kesalahan.

Katanya, lelaki itu melakukan kesalahan tidak mengikat tali topi keledar dan dikeluarkan saman terhadapnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- hmetro

Tiada ulasan: