Selasa, 16 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Salam Ramadhan Al Mubarak

Posted: 16 Jun 2015 11:30 PM PDT

Kerajaan Perpaduan Bakal Ditubuhkan.. Ini Buktinya?

Posted: 16 Jun 2015 10:46 PM PDT

 
Kerajaan Perpaduan Bakal Ditubuhkan.. Ini Buktinya. Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."

"Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."


Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas.
Kerajaan Perpaduan Bakal Ditubuhkan.. Ini Buktinya?

Ditanya masalah siapa lebih besar, sama ada BN atau PR, Razaleigh ketawa dan berkata: "Saya tak tahu, saya tidak terlibat dalam masalah yang satu lagi. Saya cuma tahu masalah yang ini sahaja."

"Jadi, saya tak tahu yang mana lebih besar atau lebih kecil. Tetapi, masalah tetap masalah."

Beliau berkata, langkah PR membubarkan dirinya sesuatu yang "bagus" kerana ia boleh membantu mengukuhkan pembangkang.

"Saya fikir mereka mesti bersedia mengambil tindakan berani untuk memperkenalkan langkah yang selaras. Selaras dengan anak muda, terutamanya," kata putera Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan PR tidak lagi wujud dan mengatakan ia akan hanya bekerjasama dengan PKR dan "semua pihak" yang mahu melihat pemerintahan BN berakhir. 

Dalam BN pula, Umno terus memainkan peranan yang dominan selepas parti komponen utama lain merosot teruk prestasinya pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
MIC, misalnya, dibelenggu dengan perebutan kuasa dan terdahulu hari ini menyingkirkan presidennya Datuk Seri G Palanivel dan melantik timbalannya Datuk Seri S Subramaniam sebagai pemangku.

Bulan lepas, Razaleigh menggesa agar parti berasaskan agama dan kaum dihentikan dan menggesa negara bergerak ke arah satu sistem terbuka yang menepati keperluan generasi muda Malaysia.

Beliau menambah, konsep yang berasaskan kaum hanya membawa kejatuhan, terutamanya bagi Umno, yang katanya menghadapi masalah melebarkan keahliannya dan menarik golongan belia


VIDEO - Hudud bila mau masuk Parlimen : PAS ditipu Umno! - Mat Sabu | 15 Jun 2015

Posted: 16 Jun 2015 10:11 PM PDT



PANAS..!!!Panas !!! Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

Posted: 16 Jun 2015 08:30 PM PDT

CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. 

Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.

Dalam negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan undang2 islam, undang2 syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. 

Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. 

ini adalah negara islam yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. 

Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. 

Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain2. 

Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. 

Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Di sana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.

Petikan tersebut tidak diubah suai -Original speach


Sent from Samsung Mobile

Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

Posted: 16 Jun 2015 08:00 PM PDT


 Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baruDAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

"DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua," katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk "membentuk semula" kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan. - M'kini.


Kedudukan Azmin sebagai MB Selangor mungkin tidak terjejas

Posted: 16 Jun 2015 07:30 PM PDT

 Zack Ahmad's photo. Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin mungkin akan dipanggil menghadap oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud. – 

Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin mungkin akan dipanggil menghadap oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud.

Pemerhati percaya Azmin tidak akan menghadapi banyak masalah untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti sama ada dengan adanya atau tiadanya Pakatan Rakyat.

Kata mereka, Pakatan Rakyat tidak didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan, tetapi hanya merupakan suatu pakatan longgar yang ditubuhkan pada April 2008.

Nik Ahmad Kamal mengulas tentang pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas Muktamar PAS meluluskan resolusi yang menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Resolusi itu dibuat berikutan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai reaksi terhadap rancangan PAS untuk meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi, 15 daripadanya disandang DAP, 15 PAS, 13 PKR, 12 Barisan Nasional dan satu Bebas.

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata Azmin perlu mendapatkan deklarasi berkanun mengenai sokongan daripada beberapa anggota dewan undangan negeri itu untuk menjamin kedudukannya sebagai menteri besar.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tun M Jangan Berdolak Dalik Lagi !!

Posted: 16 Jun 2015 07:00 PM PDT

Dr M perguna bapa, kata anak bekas Agong


 

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mempergunakan Sultan Johor sebelum ini Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara pada 1988.

Anak sultan itu yang juga Tunku Bendahara negeri Tunku Abdul Majid Idris Iskandar berkata demikian di Facebook beliau.

"Mahathir gunakan bapa saya untuk singkirkan Salleh, titik. Salleh orang baik dan bapa saya iktirafnya.


"Baginda (Sultan Iskandar) sudah berbaik-baik dengan Tun Salleh.

"Mahathir, tolong jangan salahkan pihak yang tidak dapat pertahankan dirinya lagi," kata Tunku Majid.

Mahathir pada 13 Jun lalu mendakwa beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan itu walaupun Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mahu Salleh disingkirkan.

Mahathir, pemecatan itu berpunca daripada tindakan Salleh menulis surat kepada semua sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

Mahathir membuat dakwaan terhadap Sultan Iskandar selepas berdepan soalan mendakwa beliau melemahkan badan kehakiman negara, dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Pemecatan Salleh pada 1988 dilihat meluas sebagai serangan balas Mahathir selepas mahkamah memutuskan pengharaman Umno sebagai parti politik ketika itu.

Formula Ku Li mungkin kembali, kata Zuhdi

Posted: 16 Jun 2015 06:30 PM PDT


Zack Ahmad's photo. Walaupun DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, keadaan masih tidak jelas apabila pemimpin PAS kelihatan keberatan menerima perkembangan itu.

Selain beranggapan ia "pandangan DAP", seorang pemimpin lantang PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata pengumuman DAP hari ini bermaksud parti itu keluar Pakatan.

Bagaimanapun, kata anggota jawatankuasa Pusat PAS itu, gabungan PAS-PKR tidak terjejas dan Pakatan sebenarnya masih kekal.

"Pakatan terus kekal dengan gabungan PAS dan PKR, sebagaimana pernah berlaku kepada Barisan Alternatif (BA) sebelum ini," katanya merujuk peristiwa pada tahun 2002 itu.

DAP ketika itu keluar BA selepas pertelingkahan isu negara Islam yang digagaskan PAS.

Sementara itu, mengulas keadaan di Selangor, Zuhdi berkata PKR perlu membuat keputusan sama ada akan meneruskan gabungan dengan PAS dalam Pakatan atau tidak.

"Sekiranya PKR juga menarik diri dari Pakatan, maka tidak mustahil kerajaan negeri Selangor goyah," katanya.

"Sekiranya PKR terus bersama PAS dalam Pakatan, maka mereka perlu menentukan sama ada menerima kehadiran DAP dalam Kerajaan Selangor atau tidak, di samping mereka juga perlu menentukan sama ada meneruskan sokongan kepada DAP di Pulau Pinang atau tidak."

Pandangan peribadi

Keputusan itu, katanya lagi, bakal menentukan negeri mana yang menjadi goyah, kerajaan negeri Selangor atau kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau juga berkata tidak mustahil formula Tengku Razaleigh Hamzah melalui dua barisan pembangkang akan dipakai semula di negara itu.

Parti Melayu Semangat 46 sekitar tahun 90-an memimpin barisan pembangkang melalui dua gabungan berbeza – Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.

APU menyaksikan gabungan parti-parti Islam, termasuk PAS, sementara Gagasan Rakyat pula menyaksikan gabungan Semangat 46 dengan DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Bersatu.

PAS belum menyatakan pendirian rasminya setakat ini. Seorang pegawai penerangan parti Islam itu menegaskan bahawa kenyataan Zuhdi itu cuma pandangan peribadi.

Bagaimanapun, kenyataan Zuhdi itu siarkan di Facebook Dewan Ulama dan yang hampir sama di organ rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.

TMJ: Orang Putrajaya nak belasah 'hamba rakyat'

Posted: 16 Jun 2015 06:00 PM PDT

 
 

Tengku Mahkota Johor mengucapkan terima kasih terhadap rakyat Johor yang hadir menyatakan sokongan ketika baginda bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Menegaskan akan bersuara demi kesejahteraan rakyat, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat menyindir "orang di Putrajaya".

"Saya tak mahu bercakap banyak, kerana ramai orang di Putrajaya nak whack (belasah) saya," kata baginda merujuk kepada kenyataan lantang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Tunku Ismail juga menegaskan bahawa baginda akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

"(Ini) sebagaimana pesanan Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor," katanya.

Ratusan berkumpul di luar istana negeri di Bukit Serene, Johor Bahru petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenyataan menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tunku Ismail turut serta dalam perhimpunan itu dengan bersalaman dan menundukkan kepala kepada orang ramai tanda beliau seorang "hamba rakyat".

Orang ramai dilaporkan menuntut Nazri meminta maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang menegur Tunku Ismail kerana menyifatkan orang yang menggambarkan Datuk Seri Najib Razak mahu menyembunyikan sesuatu.

Tunku Ismail menyatakan kritikan itu selepas Najib tidak hadir dalam dialog terus terang bersama NGO atas alasan keselamatan dan nasihat polis.

Pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun turut serta dan berjaya mencuri pentas sebelum diberhentikan dan diiring keluar daripada acara itu oleh polis.

Tidak senang dengan perkara itu, Nazri kemudian meminta Tunku Ismail tidak campur tangan dalam hal ehwal politik atau bersedia untuk 'dibelasah'.

BARISAN PAKATAN SELEPAS AIDILFITRI AKAN LEBIH BESAR TANPA PAS TERMASUK SABAH DAN SARAWAK.

Posted: 16 Jun 2015 05:15 PM PDT



"Berkemungkinan berlakunya pilihanraya di Selangor tidak mungkin terjadi kerana kedudukan kerusi  PKR13   dan DAP 15  serta 2 Ahli PAS yang dibaruakan oleh Presideng PAS lalu.

Gabungan selepas Aidil Fitri akan merangkumi beberapa parti pembangkang termasuk Sabah dan Sarawak tanpa PAS. Penubuhan sebuah parti Islam Porgresif dan moderat gabungan ulamak dan profesional yang tidak akan menjadikan agenda Melayu dan untuk menghormati Umno dan bersatu bersama Umno , akan menjadikan gabungan ini sebuah gabungan yang lebih besar.

PAS secara sendirinya dibawah kepimpinan "ulamak" akan terpinggir dan bebas memilih hala tuju sendiri sendiri".

Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

"Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud," kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

Lim berkata, ketika penubuhannya, dicapai untuk mendukung prinsip muafakat dan kepercayaan bersama bersama demi membawa era baru politik yang telus dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tambah Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun lepas gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan, antaranya dalam isu krisis menteri besar Selangor.

Keadaan itu, tambah Lim, menyebabkan gabungan itu hampir lumpuh.

Perkara itu, jelas Lim diburukkan lagi dengan kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Tidak terkecuali, Lim juga membangkitkan soal pelaksanaan hudud apabila pindaan enakmen Kelantan dan usaha mengemukakan rang undang-undang persendirian di parlimen tidak dibincangkan terlebih dahulu. -mk

    Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru


    DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

    Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

    "DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua," katanya.

    Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk "membentuk semula" kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

    Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

    Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

    DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan. -mk

    PKR arah tutup mulut, mesyuarat malam ini


    PKR mengarahkan pemimpinnya di semua peringkat menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan tindakan mereka.

    Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan pengumuman DAP bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

    "Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan," katanya. -mk


KREDIT KELAB GREENBOC.


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR.

Terkini: Keputusan mesyuarat pimpinan PKR sama ada bersama PAS atau DAP?

Posted: 16 Jun 2015 04:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Mesyuarat pimpinan PKR masih belum berani buat keputusan sama ada bersama PAS atau DAP Keputusan tentang pendirian PKR terhadap Pakatan Rakyat sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. –

Keputusan tentang pendirian PKR terhadap Pakatan Rakyat sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda Pakatan Rakyat (PR) setelah DAP mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud berikutan resolusi Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. 

Keputusan tentang perkara itu sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. 

Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak beliau, Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR, Rafizi dan beberapa pemimpin lain. Mesyuarat yang bermula pada 8.30 malam itu dibuat liputan oleh berpuluh pemberita tempatan dan luar negara. 

Sehingga 11.45 malam ini, mesyuarat itu belum berakhir. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah "membunuh" Pakatan Rakyat. 

Pakatan Rakyat, pakatan longgar antara DAP, PAS dan PKR, ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12. 

Awal bulan ini, Muktamar PAS ke-61 meluluskan resolusi agar parti itu memutuskan hubungan dengan DAP setelah DAP secara rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi kerana mendakwa pemimpin PAS itu tidak berbincang dengan anggota Pakatan Rakyat lain mengenai rancangannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. 

PAS pula mendakwa para pemimpin DAP menyerang kepimpinan Abdul Hadi dan ini mendorong parti itu memutuskn hubungan dengan DAP. 

Lim juga menyebut beberapa peristiwa besar sebelum ini, termasuk krisis Menteri Besar Selangor dan keputusan yang dicapai dalam Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, yang telah dicabuli Abdul Hadi hingga menyebabkan pakatan itu hampir lumpuh. 

Beliau bagaimanapun berkata DAP akan terus bekerjasama dengan PKR dan pihak lain bagi menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.



-malaysianinsider-
Terkini: Keputusan mesyuarat pimpinan PKR sama ada bersama PAS atau DAP? Mesyuarat pimpinan PKR masih belum berani buat keputusan sama ada bersama PAS atau DAP Keputusan tentang pendirian PKR terhadap Pakatan Rakyat sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015. Keputusan tentang pendirian PKR terhadap Pakatan Rakyat sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda Pakatan Rakyat (PR) setelah DAP mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud berikutan resolusi Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Keputusan tentang perkara itu sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak beliau, Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR, Rafizi dan beberapa pemimpin lain. Mesyuarat yang bermula pada 8.30 malam itu dibuat liputan oleh berpuluh pemberita tempatan dan luar negara. Sehingga 11.45 malam ini, mesyuarat itu belum berakhir. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah "membunuh" Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat, pakatan longgar antara DAP, PAS dan PKR, ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12. Awal bulan ini, Muktamar PAS ke-61 meluluskan resolusi agar parti itu memutuskan hubungan dengan DAP setelah DAP secara rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi kerana mendakwa pemimpin PAS itu tidak berbincang dengan anggota Pakatan Rakyat lain mengenai rancangannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. PAS pula mendakwa para pemimpin DAP menyerang kepimpinan Abdul Hadi dan ini mendorong parti itu memutuskn hubungan dengan DAP. Lim juga menyebut beberapa peristiwa besar sebelum ini, termasuk krisis Menteri Besar Selangor dan keputusan yang dicapai dalam Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, yang telah dicabuli Abdul Hadi hingga menyebabkan pakatan itu hampir lumpuh. Beliau bagaimanapun berkata DAP akan terus bekerjasama dengan PKR dan pihak lain bagi menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. -malaysianinsider-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Terkini: Keputusan mesyuarat pimpinan PKR sama ada bersama PAS atau DAP? Mesyuarat pimpinan PKR masih belum berani buat keputusan sama ada bersama PAS atau DAP Keputusan tentang pendirian PKR terhadap Pakatan Rakyat sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015. Keputusan tentang pendirian PKR terhadap Pakatan Rakyat sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda Pakatan Rakyat (PR) setelah DAP mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud berikutan resolusi Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Keputusan tentang perkara itu sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak beliau, Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR, Rafizi dan beberapa pemimpin lain. Mesyuarat yang bermula pada 8.30 malam itu dibuat liputan oleh berpuluh pemberita tempatan dan luar negara. Sehingga 11.45 malam ini, mesyuarat itu belum berakhir. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah "membunuh" Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat, pakatan longgar antara DAP, PAS dan PKR, ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12. Awal bulan ini, Muktamar PAS ke-61 meluluskan resolusi agar parti itu memutuskan hubungan dengan DAP setelah DAP secara rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi kerana mendakwa pemimpin PAS itu tidak berbincang dengan anggota Pakatan Rakyat lain mengenai rancangannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. PAS pula mendakwa para pemimpin DAP menyerang kepimpinan Abdul Hadi dan ini mendorong parti itu memutuskn hubungan dengan DAP. Lim juga menyebut beberapa peristiwa besar sebelum ini, termasuk krisis Menteri Besar Selangor dan keputusan yang dicapai dalam Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, yang telah dicabuli Abdul Hadi hingga menyebabkan pakatan itu hampir lumpuh. Beliau bagaimanapun berkata DAP akan terus bekerjasama dengan PKR dan pihak lain bagi menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. -malaysianinsider-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Terkuburnya PR bukti hanya UMNO-BN pembela rakyat Adam Abu Bakar

Posted: 16 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
syed-ali


Kecelaruan politik di negara ini akan kembali pulih dengan terkuburnya pakatan pembangkang.
PETALING JAYA: Pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud membuktikan pembangkang tidak lagi mampu menyaingi kekuatan Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kecelaruan politik di negara ini juga akan kembali pulih selepas PR berkubur.

"Saya berharap rakyat akan sedar betapa PR hanya sebuah pakatan rapuh yang bertunjang kepada nafsu politik haloba untuk berkuasa," katanya.

Menulis di blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com, Syed Ali juga menjelaskan hanya BN dan UMNO sahaja tonggak bagi membela nasib rakyat.

"Sudah diduga, PR akan hancur dan berkubur. DAP dengan Pas selama ini tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.

"Bahkan, UMNO yang menjadi tulang belakang BN merupakan gabungan berasaskan kepada kepercayaan, kesepakatan dan keharmonian, berbeza dengan pembangkang," ujarnya.

Dalam pada itu, tindakan Pas yang memutuskan kerjasama politik dengan DAP juga merupakan satu tindakan bijak dan sangat dialu-alukan.

"Selama ini Pas dihina dan dipijak oleh DAP; parti perkauman itu menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud yang di bawa oleh Pas," katanya.

DAP tidak perlu Wan Azizah umum- Lim Kit Siang Mohamad Fadli

Posted: 16 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
lim kit siang,pR

Keputusan PR tidak lagi wujud diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP berdasarkan keputusan Muktamar Pas.

KUALA LUMPUR: DAP tidak perlukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk umumkan Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud yang telah diputuskan parti itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP berhak mengumumkan keputusan itu susulan keputusan Muktamar Pas yang menerima usul putus hubungan diterima tanpa dibahas.

Sehubungan itu, katanya, DAP tidak perlu pihak lain untuk mengumumkan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

"Tidak, kita tak perlu tunggu dia (Wan Azizah) untuk umumkan keputusan DAP," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Kit Siang berkata, sudah tiba masanya DAP bergerak ke hadapan kerana ini merupakan masa yang sesuai untuk mencapai matlamat perjuangan rakyat Malaysia.

MIC makin tenat, Palanivel didakwa bukan lagi Presiden - FMT Reporters

Posted: 16 Jun 2015 07:45 AM PDT

 
Datuk Seri S Subramaniam,g

Subramaniam umumkan Palanivel tidak lagi layak menjadi Presiden MIC kerana telah hilang kelayakan sebagai ahli.


PETALING JAYA: Pergolakan dalam MIC semakin tenat apabila Presidennya, Datuk Seri G Palanivel diumumkan tidak lagi layak memegang jawatan itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalannya, Datuk Seri S Subramaniam dalam sidang akhbar pada petang Selasa.

Subramaniam pula berkata, Palanivel tidak lagi layak menjadi Presiden MIC kerana telah hilang kelayakan sebagai ahli MIC sebaik sahaja beliau mengheret Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke mahkamah tanpa kebenaran parti.

Keputusan itu tidak sampai beberapa jam selepas Palanivel menerusi kenyataan media mengumumkan menggantung 15 ahli MIC termasuk Subramaniam.

Palanivel mengambil tindakan itu kerana Subramaniam dan 14 yang lain melanggar Perlembagaan parti apabila mengeluarkan notis untuk mengadakan mesyuarat tanpa kebenaran Setiausaha Agung MIC.

UMNO Berjaya Memporakperandakan Pakatan Rakyat - BN Akan Terus Memerintah Negara Ini Sampai Khiamat ?

Posted: 16 Jun 2015 07:00 AM PDT

BERAPI!!! Pakatan Rakyat Telah "Menemui Ajal" Itu Yang Diputuskan DAP..
Jom Terjah!!!!

Zack Ahmad's photo.

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 16 Jun 2015 di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan seperti berikut:

Tidak wujud lagi 'Pakatan Rakyat'

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi perubahan politik rakyat Malaysia berikutan tsunami pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Dengan sokongan hebat daripada rakyat Malaysia, parti-parti pembangkang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri.

Pimpinan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama, dengan harapan untuk menyatupadukan kesemua usaha anti-Umno/Barisan Nasional demi mengusung era baru politik dan pentadbiran penuh integriti, akauntabiliti dan demokrasi dalam sebuah negara Malaysia yang progresif.

Juga telah dipersetujui bahawa proses membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat haruslah berasaskan konsensus dan kepercayaan bersama di peringkat Majlis Pimpinan.

Di Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Disember 2009, Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah dikemukakan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti sebagai asas kerjasama tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Muafakat Pakatan Rakyat bukanlah diniatkan sebagai muafakat demi kuasa semata-mata, tetapi sebagai sebuah muafakat yang berpandukan idea, prinsip dan nilai-nilai sebuah negara Malaysia yang baru.

Pakatan Rakyat tampil sebagai alternatif yang mampan bagi menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-13 dan memperolehi 52 peratus undi popular.

Namun, dalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan telah dicabuli oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengakibatkan muafakat Pakatan Rakyat hampir lumpuh.

Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Hadi untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, walaupun telah didedahkan bahawa dana Lembaga Tabung Haji telah digunakan untuk membeli hartanah daripada 1MDB pada harga RM2,773 satu kaki persegi, di Tun Razak Exchange (TRX), yang telah dibeli oleh 1MDB pada harga hanya RM64 satu kaki persegi. BN dan Hadi tidak mempersoalkan kenapa Tabung Haji tidak dibenarkan membeli tanah TRX daripada kerajaan pada harga RM64 satu kaki persegi, dan sebaliknya membeli tanah tersebut daripada 1MDB pada harga RM2,773 kaki persegi.

Perbuatan Hadi memungkiri janji peribadinya di mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari untuk membincangkan cadangan undang-undang hudud PAS terlebih dahulu bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat di peringkat Majlis Pimpinan sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan atau sebelum rang undang-undang persendirian oleh Hadi dikemukakan di Parlimen tambah melumpuhkan lagi keseluruhan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pengkhianatan Hadi ini diikuti keputusan besar pada 6 Jun 2015 apabila Muktamar PAS, perhimpunan agung yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti tersebut, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.

CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat. Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

DAP akan bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat. 

Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan berasaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor 2013 yang telah menerima mandat lebih 60% undi popular di negeri itu.

DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih meluas yang akan muncul bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia kita sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua.


YAB Lim Guan Eng
KETUA MENTERI PULAU PINANG

Tunku Ismail benar-benar menjadi ‘putera untuk rakyat’ oleh V Shuman

Posted: 16 Jun 2015 06:00 AM PDT

Nampaknya cabaran menteri pelancongan dan kebudayaan Nazri Aziz baru-baru ini tidak sedikit pun menghentikan putera mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada terus menyuarakan pandangannya.

Dalam posting terbaru laman Facebook Johor Southern Tigers yang bertajuk "mesej untuk rakyat Malaysia", Tunku Ismail membidas dakwaan yang dihalakan kepadanya, dan mengatakan beliau hanya memainkan peranan sebagai pemimpin kepada rakyat.

Nazri AzizNazri Aziz "Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

"Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?" soalnya.

Tunku Ismail kemudian membidas mereka yang metadbir negara, dengan berkata, "Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.

Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

"Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang."

Tunku Ismail membayangkan sebuah masa depan di mana semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka. "Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur.

Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar." Katanya lagi, beliau hanya perlu menjawab dengan Tuhan, sultannya dan warga Johor, dan "tidak akan menjalankan suruhan pihak lain seperti boneka."

"Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi," katanya lagi.

Tunku Ismail berkata lagi, akan tiba masanya apabila warga Johor akan memutuskan sendiri apakah yang terbaik untuk mereka serta generasi seterusnya. " Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita.


Nazri Aziz

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya."

Beliau kemudian menegaskan hanya mengingatkan politikus tentang peranan dan tanggungjawab, dan tidak meminta sesiapa untuk meletakkan jawatan.

"Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.

"Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

"Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain.

Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti."

Posting itu sudah menjadi 'viral' di Facebook, dan kini mendapat 177,581 'like', dan lebih 90,000 kongsian, setakat tengah hari tadi.

Pertembungan antara kerabat diraja dengan politikus yang angkuh mungkin akan menjadi lebih epik berbanding pertelingkahan antara Dr Mahathir Mohamad dengan Najib Razak.

Saya bukanlah seorang yang memuja kerabat diraja, tetapi rasanya saya akan menjadi peminat Tunku Ismail, jika beliau terus membela rakyat seperti kini.

Hanya 'gergasi' yang dapat berhadapan dengan kerajaan. Tunku Ismail sudah pun membalas cabaran Nazri.

Apa yang akan berlaku selepas ini? Adakah Najib sendiri yang akan masuk campur dan meredakan keadaan, atau terus membisu, seterusnya memberi kelebihan kepada institusi diraja. Giliran anda pula, kerajaan!

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Rakyat Johor Mengamuk. Tuntut Nazri Letak Jawatan

Posted: 16 Jun 2015 05:15 AM PDT

 

Beratus-ratus rakyat Johor menuntut agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meletak jawatan.

Ahli-ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Bukit Serene, Selasa, bagi menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap Sultan Johor dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Hidup Rakyat Johor'.

Penyokong menggesa Nazri meletak jawatan sebagai menteri kerana membuat kenyataan biadap terhadap institusi Diraja. 

Kumpulan tersebut dijangka menyerahkan memorandum kepada pegawai-pegawai istana bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Sultan dan kerabat diraja Johor.

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.

"Kami rakyat Johor berasa bahawa beliau (Nazri) perlu memahami hak-hak institusi Diraja dan dia perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Johor.

"Nazri perlu meletakkan jawatan sebagai menteri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan istana sini.

Beliau juga berkata bahawa lebih ramai orang dijangka akan berhimpun di kawasan itu dalam tempoh beberapa jam akan datang untuk menunjukkan sokongan mereka lapor mStar


 

'TMJ salah sebab tuduh Najib sembunyikan sesuatu' - Nazri

Posted: 16 Jun 2015 04:27 AM PDT

 

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilihat seolah-olah tidak mempedulikan amaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malahan menuduh Tengku Mahkota Johor itu bersalah dalam 'krisis' panas di antara mereka.

Tegas Nazri, sepertimana dipetik portalMalaysiakini, kesalahan Tunku Ismail adalah kerana menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sesuatu yang disembunyikan apabila tidak hadir ke majlis #Nothing2Hide baru-baru ini.

"Saya boleh faham jika putera itu kata 'saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir'. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.

"Tetapi dia kata, 'sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.

"Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kerana dengannya," katanya.

Selain itu, Nazri menjelaskan kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Sebelum ini, Nazri berkata, dia bersedia untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
Pada Sabtu lepas, Nazri mengecam Tunku Ismail ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

Nazri juga menegaskan, Tunku Ismail harus menjauhkan diri daripada politik.

Trader thanks late father for winning RM17.2m jackpot FMT Reporters

Posted: 16 Jun 2015 12:45 AM PDT

 
17million jackpot toto 
His father came to him in his dreams and "gave" him the winning numbers.

PETALING JAYA: A 50-year-old businessman's dream about his late father helped him win the latest Toto 4D Jackpot first prize of RM17.2 million on June 7.

The Kuala Lumpur businessman said he dreamt about his father who "gave" him the winning pair of numbers – "6736 & 3203″, a night before the draw.

The winner, who only started playing Toto games two months ago, said he spent about RM80 in a draw.

He said he still could not believe that he won a Jackpot of RM17,213,753.05 plus an additional RM2,352 from a System 9 ticket, all because of a dream.

"I must thank my late father for sending this great fortune to me as this is a best retirement gift for me," the Sun quoted him as saying.

He said he would share a part of the winnings with his 11 siblings.

"I want to use the prize money for my retirement, to do charity work, settle my debts and go overseas for vacation," he added.

Dana 1MDB sudah tiada, kata Dr M

Posted: 16 Jun 2015 12:00 AM PDT


Zack Ahmad's photo. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin isu 1MDB tetap tidak akan dapat diselesaikan sehingga akhir tahun ini.

Bercakap kepada pemberita, Mahathir memberi alasan mudah – dana 1MDB kini sudah tiada, katanya.

"Saya tidak yakin, kerana (duit) itu sudah hilang. Duit tidak ada," katanya di Pusat Kecemerlangan Prooton petang ini.

Sehingga itu, Mahathir, berkata beliau akan menggunakan masa tersebut untuk mendedahkan masalah dalam 1MDB.

"Tak apalah kalau dia nak buat (selesaikan isu 1MDB), tapi sementara itu, benda yang tak baik kita ceritakanlah.

"Bukan gasak, saya dedagkan benda yang tak kena. Benda yang kena, saya tak pernah merungut.
"Saya sokong dia dulu sampai dia menang...," katanya.

Faedah hutang 1MDB RM2.4b-RM2.7b setahun

Posted: 15 Jun 2015 11:15 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

Syarikat 1MDB perlu membayar antara RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion sebagai faedah daripada pinjamannya setiap tahun, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Jika jumlah hutang ialah RM42 bilion, kadar faedah adalah antara RM2.4 bilion to RM2.7 billion," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (PAS).

Hanipa telah mencelah penggulungan Rancangan Malaysia ke-11 untuk bertanya berapa banyak perlu dijelaskan oleh 1MDB bagi melunaskan kadar faedah hutang agensi tajaan kerajaan berkenaan.

Bagaimanapun Ahmad Husni tidak dapat menyediakan butiran mengenai jawapan tersebut.

1MDB juga menyediakan pecahan dan ringkasan hutangnya untuk tempoh dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.
 

Tiada ulasan: