Rabu, 10 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Arul Kanda sudah bohong beberapa kali, kata Dr M

Posted: 10 Jun 2015 03:00 AM PDT

Presiden syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy digelar "pembohong" oleh salah seorang pengkritik hebat firma itu Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas beliau ditangkap kerana tidak bercakap benar beberapa kali terhadap urus niaganya.

Dr Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, berkata walaupun 1MDB baru-baru ini menjelaskan urus niaga dan apa yang ia laburkan, beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan kerana ia datangnya daripada Arul Kanda.

"Saya tertarik dengan kemampuan 1MDB melabur RM42 bilion dalam banyak perniagaan. Saya seharusnya berpuas hati sepenuhnya dengan bagaimana 1MDB membelanjakan pinjaman besar yang dipinjam," katanya dalam blog popularnya chedet.cc.

"Tetapi malangnya tidak. Saya tidak percaya, kerana maklumat itu datang daripada CEO semasa, Arul Kanda Kandasamy. Dan Arul ditangkap berbohong beberapa kali." – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com 



Zack Ahmad's photo.
 During your time, you are also a BIG LIAR !!

Kit Siang: Pesanan Anwar hanya untuk Hadi

Posted: 10 Jun 2015 02:15 AM PDT


Kit Siang: Pesanan Anwar hanya untuk HadiKUALA LUMPUR - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan amanat dari bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan hari ini ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, menurut Kit Siang, apa yang penting adalah kemampuan PR dalam mengekalkan kerangka kerjasama politik yang terbina.

"Ini merujuk kepada Hadi tapi apa yang mustahak ialah sama ada kita boleh... kedudukan mengenai kerangka kerjasama PR menjadi asas PR khasnya prinsip konsensus. Inilah isu yang pokok," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Melalui pesanan yang disampaikan oleh Biro Politik PKR, N.Surendran, Anwar menzahirkan kekesalan dan mahu Pas mengkaji semula usul yang diluluskan pada muktamar lalu.

Malah menurut Surendran, Anwar turut menyampaikan pesanan khusus kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Kit Siang.

Namun ketika ditanya jika ada sebarang pesanan khasnya, Kit Siang menafikannya.

"Tidak (sebarang pesanan khas untuk DAP). Ia kerangka kerjasama, asas kepada PR. Tidak ada kerangka kerjasama,, tidak ada konsensus yang beroperasi, di mana PR?

"Rakyat menaruh harapan tinggi pada PR dalam Pilihanraya Umum ke-13 sebab kerangka kerjasama. Kerangka itu adalah jambatan dan (jika) prinsip konsensus dicabul, tiadalah PR," katanya.

Sabtu lalu, Pas meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas. - SH

Mujahid: PAS hipokrit jika tidak keluar Pakatan

Posted: 10 Jun 2015 01:30 AM PDT

Kini semua orang tahu bahawa keputusan pemilihan dalam muktamar PAS memberi satu petunjuk yang amat jelas – para perwakilan telah bersuara dan mahukan golongan agamawan menerajui pimpanan parti di peringkat Pusat.

Keputusan ketiga-tiga Dewan dalam PAS iaitu Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama juga memberi petunjuk yang sama.

Isu sama ada pimpinan PAS yang ada sekarang adalah pemimpin dari chai tertentu tidak lagi menjadi persoalan.

Hakikatnya saf pimpinan PAS yang ada adalah jelas diwakili secara majoritinya golongan ustaz dan agamawan yang mesra presiden PAS. Mereka akan dilihat sentiasa menyokong segala keputusan presiden PAS tanpa berbelah bahagi.

Hakikat ini diperakui sendiri oleh ketua Dewan Ulama yang baru iaitu Dato Dr Mahfoz Mohamed dalam temuramah beliau bersama akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas.

Antara lain beliau dilaporkan berkata PAS tidak boleh membuat keputusan kerana dominasi golongan profesional.

"Sebab itulah kadang kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri.Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja.

"Kalau dibawa kepada AJK pusat memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar PAS.

"Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh."

Jelas daripada kenyataan Dato Dr Mahfoz tersebut bahawa selama ini golongan profesional atau juga digelar sebagai golongan progresif dalam PAS menjadi penghalang utama kepada presiden PAS dalam membuat satu satu keputusan.

Jika mengikut logik ketua Dewan Ulama PAS, kekalahan golongan progresif dalam PAS ini sekali gus, akan memudahkan kerja-kerja presiden PAS.

Mungkin kita perlu menyoroti ke belakang sedikit dan melihat senario yang berlaku sebelum proses pemilihan tersebut dilakukan. Kita bukan sahaja melihat betapa aktif dan agresifnya kempen golongan ulama dalam PAS, tetapi juga dua aliran atau jalur pemikiran dalam PAS.

Satu golongan yang boleh dikatakan mempromosi politik eksklusif yang tercerna dalam slogan mempertahan kepimpinan ulama. Ia amat berlawanan dengan politik inklusif yang PAS cuba tonjolkan sebelum ini dengan slogan seperti PAS for All, Islam rahmat untuk semua dan lain-lain.

Politik inklusif ini bertujuan bagi memastikan PAS dibawa ke pentas utama dalam persada politik Malaysia.

Bertolak daripada slogan kepimpinan ulama itu, ia membawa mesej yang amat jelas dan keras kepada para perwakilan bahawa kompromi dan toleransi PAS dengan rakan Pakatan khususnya DAP telah melepasi tahap yang dibenarkan oleh Islam sekali gus menghilangkan jati diri PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Politik esklusif itu menyebabkan mana-mana pihak dalam PAS yang kritikal dengan pendekatan tersebut dilihat sebagai tembok penghalang untuk PAS mempertahankan jati diri Islamnya.

Bukan sahaja pelbagai label diwujudkan bagi melabel tembok penghalang tersebut, malahan di saat akhir kempen pemilihan, ahli PAS khususnya para perwakilan terpaksa memilih – sama ada mereka ingin memilih calon yang cenderung kepada DAP atau calon yang ingin pertahankan jati diri PAS?

Slogan itu juga mempromosi tema bahawa kemenangan dalam pilihan raya bukan segala-galanya dan yang penting adalah keredaan Allah.

Apa guna PAS melalui Pakatan dapat menawan Putrajaya jika Islam tidak dapat ditegakkan? Ya, Islam yang mereka tonjolkan adalah Islam yang lebih bersifat hukum daripada Islam sebagai rahmatan lil 'alamin (Islam rahmat untuk semua).

Islam yang dipromosi itu juga mewujudkan satu persepsi bahawa penafsir tunggal Islam, terutamanya dalam PAS itu sendiri, adalah golongan agamawan sahaja.

Dan terbukti slogan murah itu mudah mempengaruhi ahli PAS dan perwakilan sehingga mereka boleh dikatakan telah hilang rasional dalam berfikir dan bertindak. Natijahnya, keputusan muktamar memihak kepada golongan agamawan dan mengenepikan sama sekali tokoh golongan progresif dalam PAS.

Melihat kepada perbahasan di Muktamar PAS, majoriti pembahas boleh dikatakan menghentam DAP dan mahu PAS berpegang kepada prinsip perjuangan. Dewan Ulama mahu hubungan dengan DAP diputuskan dan dalam masa yang sama terus bersama Pakatan.

Usul tersebut diterima oleh Muktamar tanpa bahas dan penerimaan usul itu sendiri sudah cukup menunjukkan PAS hakikatnya sudah bersedia mengambil risiko demi mempertahankan prinsip dan jati dirinya.

Dengan ketiadaan tokoh tokoh progresif dalam saf kepimpinan PAS kini, sepatutnya kepimpinan baru dalam PAS tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi mereka. Mereka sewajarnya konsisten berpegang kepada pendekatan keras tersebut dan tidak sama sekali berpusing ke belakang.

Dengan erti kata lain, mereka sewajarnya membawa PAS keluar daripada Pakatan kerana visi dan misi yang mereka perjuangkan tidak selaras dengan misi dan visi Pakatan.

Mereka tidak sewajarnya berdolak dalik lagi dengan menyatakan kami bersama Pakatan tapi tidak bersama DAP sedangkan tanpa DAP hakikatnya tidak wujud lagi Pakatan.

Kepimpinan baru PAS tidak sewajarnya mempedulikan kehilangan kepentingan PAS di negeri yang Pakatan perintah khususnya di Selangor demi mempertahankan prinsip perjuangan dan mendapat keredaan Allah.

Jika mereka sebaliknya terus ingin menjaga kepentingan PAS di Selangor dan dalam masa yang sama cuba mempertahankan prinsip perjuangan dan reda Allah ianya menampakkan mereka tidak ikhlas dan tidak konsisten. Dengan lain perkataan mereka mungkin akan dituduh hipokrit .

Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian keras mereka seperti yang dijelmakan di pra muktamar dan masih mahu terus ingin bersama Pakatan (tanpa DAP) mereka pasti akan ditertawakan.

Mereka juga mungkin sukar melarikan diri dari tuduhan bahawa segala apa yang dicakap dan dibuat sebelun muktamar hanya semata-mata untuk menang dalam muktamar.

Maka satu-satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru sewajarnya berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu-satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan PAS keluar daripada Pakatan secara hormat .

Jika PAS masih ragu-ragu dan takut kehilangan kepentingan di Selangor berbanding mempertahankan keredaan Allah, segala apa yang dikatakan sebelum muktamar akan dilihat sebagai gimik semata-mata dan ini pasti akan melukakan PAS itu sendiri. - M'kini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Saya mungkin diam jika Najib datang, kata Tun M - FMT Reporters

Posted: 10 Jun 2015 12:45 AM PDT

najib_1mdb_mahathir_600
 
Beliau mendakwa Najib sengaja membatalkan dialog Nothing 2 Hide pada Jumaat lalu.


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin berhenti menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Perdana Menteri hadir dialog Nothing 2 Hide pada Jumaat lalu.

Mantan Perdana Menteri berkata, dialog itu merupakan peluang terbaik untuk Najib menjawab segala persoalan tentang 1MDB yang telah menimbulkan keresahan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, peluang itu disia-siakan Najib malah sengaja mengadakan alasan ancaman keselamatan untuk membatalkan dialog itu.

Dr Mahathir mendakwa, individu bernama Ali Tinju yang ditahan polis sengaja menimbulkan kekecohan pada hari berkenaan dengan tujuan supaya dialog itu dibatalkan.

"Saya tengok satu video klip tentang apa yang terjadi. Tiada ancaman keselamatan kecuali Ali Tinju yang agak bising. Jelas sekali beliau mahu acara itu dibatalkan. Kita tahu dia (Ali Tinju) memihak kepada siapa.

"Ia sesuatu yang merugikan. Najib sepatutnya boleh terangkan segalanya dan orang macam saya boleh didiamkan." tulisnya menerusi entri terbaru di blognya.

Dr Mahathir mengulangi dakwaan bahawa Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kandasamy, berbohong lagi dalam memberikan penjelasan berhubung kehilangan wang berjumlah RM42 bilion.

Katanya, terdapat banyak nama-nama yang tidak dketahui telah menerima wang daripada 1MDB namun ia tidak didedahkan.

"Tiada sebarang bayaran dibuat kepada Petro Saudi, Jho Low, Brazen Sky dan pihak-pihak lain.
"Jho Low juga tidak membuktikan beliau tidak menerima wang berjumlah USD260 juta (RM988 juta) daripada 1MDB untuk membeli sebuah bank.

"Persoalannya, dimana hilang wang berjumlah RM42 bilion itu," katanya.

Katanya, wang itu milik rakyat negara ini dan beliau perlu merasa bimbang jika wang itu telah hilang.

Justeru, katanya, Najib perlu buktikan wang yang dipinjam 1MDB tiada yang hilang.

Kakitangan MAS Akan Lakukan Protes Besar2an Jika MAS Enggan Berkompromi Isu Pemecatan.

Posted: 10 Jun 2015 12:00 AM PDT



Terbaek.

Hanya golongan pekerja je yang boleh bantu golongan pekerja asalkan korang semua bersatu ahti. Aku harap apa yang dorang usahakan akan berjaya.


Presiden Nufam Ismail Nasaruddin, bagaimanapun tidak mau memberikan butiran lanjut mengenainya.

"Tunggu dan lihat. Beri kami 48 jam," katanya dalam sidang media hari ini.

Sekiranya MAS tidak memperdulikan protes itu, Nufam akan menerajui protes yang lebih besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau di luar ibu pejabat Khazanah Nasional.

Khazanah Nasional adalah pemilik syarikat penerbangan negara tersebut.


 

Selain itu, Nufam juga meletakkan dua syarat bagi MAS untuk mengelak berdepan dengan gangguan kerja.

Pertama, MAS juga perlu berunding semula syarat-syarat kontrak dengan kesatuan yang berkaitan, termasuk Nufam, untuk memastikan pekerja tidak dieksploitasi.

Kedua, semua pekerja MAS yang dipecat mesti diambil bekerja semula dan ditawarkan skim pemisahan sukarela dan bukannya ditamat perkhidmatan.

Katanya, mereka akan terus mengadakan bantahan sehingga mereka dapat keputusan yang mereka mahu.

MAS sedang dalam proses penyusunan semula yang akan mengakibatkan kira-kira satu pertiga kakitangannya dipecat dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Dua pekerja MAS yang ditamatkan perkhidmatan mereka yang tidak mhu disebut nama, turut hadir dalam sidang akhbar itu untuk berkongsi pengalaman mereka.

Seorang daripadanya berkata dia baru sahaja kehilangan suaminya yang sakit tujuh bulan dan kini perlu menyara anak perempuan berusia lapan.

Sehari selepas dia pulang dari penerbangan pada 3 Jun, beliau menerima panggilan telefon memberitahu dia telah ditamatkan perkhidmatan serta me
rta.

Apabila dia bertanya mengapa perkhidmatannya ditamatkan, dia tidak diberi jawapan.

Beliau telah bekerja dengan MAS selama 18 tahun, tetapi mengambil cuti tanpa gaji selama satu setengah tahun baru-baru ini untuk menjaga suami yang sakit.

"Saya hanya mahu kerja saya balik untuk masa depan anak perempuan saya dan masa depan saya," katanya sambil menangis. -Mkini.

Tiada ulasan: