Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Posted: 24 Jun 2015 01:55 AM PDT


Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja – kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Beliau, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang akan lebih kuat selepas "disusun semula dengan kekuatan baru".

"Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

"Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan," katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR.

Sedar beberapa perkara berlaku mutakhir ini, Anwar berkata niat dan semangat pembangkang untuk menyelematkan Malaysia daripada dakwaan kepincangan tatakelola dan autoritarianisme BN terus utuh.

Beliau berkata tekanan dan ketegangan dalam Pakatan Rakyat adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik dan tidak bermakna ia tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

"Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

"Pada masa yang sama, walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan Parlimen," katanya .

Sehubungan itu, beliau menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti pembangkang dan juga rakyat untuk terus bergerak dalam perjuangan sehingga kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

Posted: 24 Jun 2015 01:52 AM PDT



RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

Oleh: Selena Tay

Nilai matawang Ringgit telah jatuh merudum, iaitu 1 Dolar Amerika bersamaan dengan RM3.76 dan 1 Dolar Singapura bersamaan dengan RM2.80.
Penulis telah mewawancara dua orang usahawan; seorang pelabur asing dan seorang ahli usahawan tempatan dan kedua-dua mereka berkata kejatuhan nilai Ringgit adalah disebabkan oleh apa yang boleh dilabelkan sebagai 'krisis keyakinan'.
Mereka berkata bahawa masalah 1MDB memberi kesan yang buruk kepada iklim pelaburan di Malaysia kerana sudah jelas isu itu gagal ditangani dengan baik. Selain daripada itu, 1MDB sedang mengalami masalah aliran wang tunai.

Kedua-dua para pelabur ini juga menjelaskan bahawa perhatian para usahawan kini tertumpu kepada 'pihak ini dan pihak itu' yang telah melabur wang dalam 1MDB demi membantu syarikat berkenaan membayar faedah atas hutang RM42 bilion itu.

"Situasi tak cantik. Ia merunsingkan kita para pelabur.

"Justeru itu, kalau masalah 1MDB terus berkekalan, mungkin adalah lebih baik untuk melabur di negara jiran yang mempunyai iklim pelaburan yang lebih ceria," kata seorang usahawan tempatan
Setakat ini, pelabur asing telah mengeluarkan jumlah pelaburan dari Malaysia sejumlah RM6.3 bilion dari Januari ke Jun tahun ini, walhal untuk sepanjang tahun lalu, jumlah pelaburan asing yang mengalir keluar hanyalah RM6.9 bilion.

Ayah sokong parti baharu jika masih hidup – Faiz Fadzil

Posted: 24 Jun 2015 01:49 AM PDT


Ayah sokong parti baharu jika masih hidup – Faiz Fadzil

Ayah sokong parti baharu jika masih hidup – Faiz Fadzil

Anak kepada bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil yakin jika bapanya Datuk Fadzil Mohd Noor masih hidup, beliau akan menyokong parti baharu yang sedang dalam proses pembentukan.
Faiz mengulas video Youtube yang disebarkan di laman sosial bagi menunjukkan Fadzil akan menentang penubuhan parti baharu sekiranya masih hidup.

"Anda mungkin tak setuju dengan saya, tapi saya percaya Ustaz Fadzil Noor (UFN) pasti menyokong parti baharu yang didokongi oleh pemimpin yang dilahirkannya yang banyak berjasa kepada karier perjuangannya," tulis Faiz dalam laman Facebooknya hari ini.

"Parti baharu adalah meneruskan perjuangan UFN walau berlainan."

Menurut Faiz, ayahnya satu-satunya pemimpin zaman 70-an yang menentang kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Katanya, Fadzil pada ketika itu beralih untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk menjadikan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kumpulan pendesak Islam yang kuat di negara ini.
"Dia kembali aktif bersama PAS setelah PAS ditendang keluar daripada BN dan sertai PRU 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dari UTM. Jelas perjuangan UFN istiqamah menentang Umno-BN dan mahu tubuhkan kerajaan.

"Sebab itu UFN merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai PAS, memadamkan fahaman ahli terhadap Amanat Hadi dan Tahaluf dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif," katanya merujuk kerjasama PAS dengan parti politik lain sebelum ini.

Menurut Faiz, video yeng disebarkan mengenai Fadzil menyebut pemimpin yang gilakan jawatan sampai sanggup tubuh parti baru, menjelaskan keadaan ketika itu.

"Itu keadaan ketika itu. Tapi keadaan sekarang lain. Ahli dan rakyat yang nakkan parti baru kerana PAS sekarang sudah terpesong daripada peta perjuangan menentang Umno-BN.

"Dalam keadaan rakyat dahagakan sebuah pemerintahan baru yang bersih adil dan berkebajikan melibatkan penyertaan semua kaum, maka parti baru yang memperjuangkan semua prinsip Islam ini dan aspirasi rakyat adalah menjadi wajib," katanya.

Beliau yakin parti baharu yang bakal dipimpin G-18, kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, akan terus mendaulatkan Islam.

"Insya Allah parti baru ini akan terus menentang Umno-BN, mendaulatkan Islam dan akhirnya menyelamatkan ahli PAS yang masih keliru dengan halatuju politik PAS sekarang," katanya.

‘The New Hope and Dream’, gelombang politik baru profesional PAS

Posted: 24 Jun 2015 01:46 AM PDT

'The New Hope and Dream', gelombang politik baru profesional PAS

'The New Hope and Dream', gelombang politik baru profesional PAS

'The New Hope and Dream', gelombang politik baru profesional PAS

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung" apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen "Harapan Baru" atau "The New Hope and Dream" selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT