Jumaat, 19 Jun 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M

Posted: 19 Jun 2015 09:34 PM PDT


Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M
A man walks past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, in this March 1, 2015 file photo. Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter said. REUTERS/Olivia Harris/Files (MALAYSIA - Tags: BUSINESS LOGO REAL ESTATE)

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terbaharu hari ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuntut syarikat sarat hutang itu mengemukakan bukti menyokong jawapannya, dan bukan berselindung di sebalik alasan rahsia kerajaan.

Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan 1MDB dua hari lalu yang menafikan beberapa tuduhannya sambil mempersoalkan motifnya dalam membuat dakwaan "yang selalu berubah-ubah".

"1MDB hanya mendakwa kesemua kritikan saya tidak benar. Tetapi tiada bukti diberikan. Selalu jawapannya ialah ia perkara sulit kerajaan," kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cadangan "tak masuk akal" Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat asal sebelum dinamakan semula sebagai 1MDB, menggunakan sumber minyak negeri itu sebagai cagaran pinjaman kerajaan.

"Saya dapat tahu TIA enggan membenarkan hasil masa depan telaga minyak Terengganu dijadikan cagaran selepas bercakap dengan mereka yang terlibat dengan TIA. Kerajaan persekutuan menjadi penjamin pinjaman RM5 bilion itu kerana Terengganu menolak perkara yang tak masuk akal.

"Tidak ada kertas Kabinet dikemukakan mengenai pinjaman RM5 bilion itu. Sila kemukakan kertas itu kepada umum. Dah tentu kamu akan menjawab kertas Kabinet adalah sulit.

"Sekiranya pinjaman bukan di luar bajet, tunjukkan peruntukan tahunan dalam bajet kerajaan bagi memberikan pinjaman itu. Tidak ada," kata Dr Mahathir.

Beliau mencabar 1MDB menunjukkan bukti bertulis mengenai syarat pengeluaran bon sukuk yang disediakan Goldman Sachs atau AmBank, dan sama ada kadar faedah tinggi dikenakan.

Dr Mahathir turut mengkritik pemulangan bon 30-tahun 1MDB, dan berkata syarikat itu akan hanya mendapat "88 sen ke 1 ringgit. Apa yang bagus tentang itu".

Beliau juga mempersoalkan langkah 1MDB membayar lebihan "sekurang-kurangnya RM3 bilion" bagi memperolehi loji janakuasa, dan mahu tahu mengapa ia tidak disenaraikan sekiranya benar ia merupakan aset baik.

"Mengapa apabila Tenaga dan Malakoff dikatakan mahu membeli loji janakuasa 1MDB, saham mereka menjunam?" soal Dr Mahathir.

Beliau menyindir peranan 1MDB sebagai syarikat pembangunan strategik, dengan berkata ia tidak membangunkan apa-apa.
"Malah TRX hanya ada pagar, itu saja", katanya, merujuk projek Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir merupakan pengkritik paling lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak yang mempengurusikan lembaga penasihat firma itu.

Mat Sabu beri amaran PAS beralih jadi autoritarianisme

Posted: 19 Jun 2015 04:37 PM PDT


Bekas timbalan presiden PAS Muhamad Sabu ketika ditemu ramah The Malaysian Insider di Butterworth, Pulau Pinang pada 17 Jun, 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Jun, 2015. 

Bekas timbalan presiden PAS Muhamad Sabu ketika ditemu ramah The Malaysian Insider di Butterworth, Pulau Pinang pada 17 Jun, 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Jun, 2015.
Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend "bahaya" di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin "progresif" dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan "takfiri" itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.


"Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

"Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka," katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.
"Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

"Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga," katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

"Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

"Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal," katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

"Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini," kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

"Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil," katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.
"Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

"Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya," katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan "PAS untuk semua" yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

"PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.
"Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS)," katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

"Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka," katanya.
Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.
"Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

"Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka," katanya. – 20 Jun, 2015.

SIKAP MENDUSTAKAN KEBENARAN

Posted: 19 Jun 2015 04:22 PM PDT

 

 Oleh: Al Husseyn

 

 

Ramadhan kareem buat sahabat...
ramadan kareem photo: Ramadan Kareem RamadanKareem.gif
Ramadhan bulan 'ibadah. Bulan rahmat, juga bulan jihad. Termasuk dlm jihad yang besar untuk dilakukan adalah mentarbiyyah diri bercakap benar dan 'adil dalam situasi kerosakan manusia sedang berleluasa. in shaa Allah diteruskan.

 Firman Allah dalam Al-Ghafir ayat 83; 

فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَرِحُوا بِمَا عِندَهُم مِّنَ الْعِلْمِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ 
"Pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu". 

Ikhwah-ahawat;

 Merujuk pada pelbagai responses dalam beberapa tulisan lepas, berkaitan teguran pada PAS dalam isu kronologi perlanggaran janji, ayat di atas memberikan peringatan pada kita semua tentang response yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW apabila kaumnya sendiri mempermainkan sahaja keterangan yang dibawakan oleh Rasulullah SAW tersebut, dan Allah menjanjikan amaran yang sangat pedih atas tindakan sedemikian. 

Sahabat yang dirahmati,

 Ada yang bertanya, mengapa saya tidak serang DAP/PKR?

 Saya sebut, tulisan-tulisan saya tersebut sebenarnya untuk saya fahamkan sahabat-sahabat saya sendiri, bahawa teguran dan muhasabah secara keras (qaulan syadida) adalah perlu untuk menyentapkan ramai yang sedang dalam kebingungan. Saya tidak minat untuk buat post-mortem bagi pihak lain. Bahkan saya tak berminat pun untuk ambil contoh-contoh kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sebab "concern" saya hanyalah pada kesalahan yang dimulakan sendiri oleh kita, kumpulan Islam yang sepatutnya menunjukkan qudwah, akhlaq dan disiplin janji yang jauh lebih mulia berbanding kumpulan lain.

 Dan keduanya saya sangat malu (dan marah) apabila ianya dilakukan atas nama "Gerakan Islam" yang sepatutnya membawa rahmat dan penyelesaian pada pelbagai permasalahan negara (al-Islamu huwal hal). 

Ikhwah- akhawat;

Saya cuba berikan komen atas LIMA response utama yang diterima,

Antaranya;

 [PERTAMA] Ramai kata tulisan saya itu adalah FITNAH, "fiction" rekaan saya semata, sebab mereka tidak pernah tahu pun mengenainya, bahkan tiada bukti yang saya lampirkan. Katanya lagi, jika benar sudah pasti kalangan pimpinan itu sendiri telah membetulkan kesalahan Presiden PAS tersebut.

 Jawapanya saya; itulah ciri penta'asub PAS (indoctrinated) atau pemuja susuk tertentu dalam PAS. Mereka dengan mudah menolak apa pun kesalahan oleh kumpulan sendiri, dan cuba meletakkan kesalahan pada kumpulan lain semata. Itulah maksud hadith berkaitan 'asobiyyah yang diharamkan tersebut; أن تُعِينَ قَومَك على ظُلْمٍ. Saya ulangi, tidakkah semua kronologi berikut adalah satu kesalahan dan pengkhianatan jika dilakukan oleh sesiapa pun, walau oleh kumpulan Islam?

 (1) PAS sejak 2012 pernah menulis surat rasmi mendesak PKR tukarkan TSKI dari jawatan MB. Masih tak percaya? 

(2) Hakikatnya, PAS dan DAP memang bersetuju secara rasmi untuk membantu PRK Kajang dalam 2014, walau ada ahli PAS dari negeri tertentu yang boikot. Tidak salahkah? Juga isu Zaharudin Muhammad menabalkan kawan baiknya sebagai calon di Kota Damansara, adakah ia bukan satu kesalahan PAS?

 Seorang yg "naive" politik macam Ibrahim Ani tetap mahu nafikan walau sejelas itu pengkhianatannya? 

(3) Selepas kegagalan Kajang Move, PKR maklumkan secara rasmi untuk tukar TSKI, yang dipersetujui DAP. Tiba-tiba PAS buat u-turn dengan membantahnya. Hinggakan Majlis Syura Ulamak (MSU) masuk campur tidak membenarkan TSKI ditukar selagi tidak disabit oleh "mahkamah atau SPRM". Lihat, ironi sungguh apabila PAS sudah tiba-tiba mempercayai sistem mahkamah dan badan pencegah rasuah yg dibantah sejak sekian lama [6 Ogos 2014].

4) Kalangan pimpinan PR semua maklum, sikap Presiden PAS yang kerap tidak hadir Mesyuarat Presiden PR. Tapi sudah kerap kali melanggar keputusan yang sudah dipersetujui secara bersama dlm Mesyuarat Presiden PR yang turut dihadiri oleh wakil PAS sendiri. Tidak salahkah tindakan melanggar keputusan tersebut? 

(5) PAS terkenal dengan sikap u-turn. Walau 2 nama calon MB dah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS, dan dibawa ke Mesyuarat PR yang memilih hanya satu nama, tapi akhirnya PAS sendiri langgar keputusan tersebut dengan menghantar nama lain tanpa kelulusan oleh mana-mana mesyuarat pun. MSU pula berkata, kuasa Presiden PAS adalah "veto"? Soalan lanjutnya, perlukah "veto" untuk khianati janji? 

(6) PAS sendiri bersungguh menolak pencalonan Presiden PKR sebagai MB Selangor, atas alasan beliau seorang wanita. Akhirnya bila didesak, PAS kata dari segi hukum dibenarkan pula.

(7) PAS sendiri pernah mengecam Presiden PKR sebagai tidak layak menjadi MB Selangor, kerana beliau gagal menjawab soalan Parlimen dan DUN. Tidakkah ahli PKR akan duduk diam dengan kecaman sedemikian? 

(8) Bahkan PAS sendiri terlibat mengajak Azmin khianati PKR dgn menawarkannya jawatan MB yg akan disokong bersama oleh PAS dan dan lain-lain, walau jelas itu melanggar semangat dan janji PR. Ramai yang tidak percaya tindakan PAS itu, tetapi perkara pahit itulah diakui sendiri oleh Presiden PAS dalam satu mesyuarat. Akhirnya tidak ada seorang pun yang sanggup menyokong tindakan Presiden tersebut.

(9) Dan lagi sekali, PAS sanggup khianati perjanjian dengan mencalonkan beberapa nama ADUN PAS sendiri sebagai calon MB. Walhal dalam semua perjanjian lisan dan bertulis, PAS sudah bersetuju bahawa jawatan MB tersebut hanya untuk PKR sahaja.

 MAKA;

Adakah semua yang saya tulis itu hanyalah satu FITNAH, atau kebenaran yang pahit yang antum sendiri cuba nafikan?

 Atau ia hanya menjadi FITNAH kerana dilihat melibatkan tindakan oleh Presiden Parti Islam itu sahaja? Maka ia mestikah terus dirahsiakan dari menjadi makluman umum? 

Tidak malukah,

Dari paling kurang 9 perkara di atas, masih ada lagi yang mahu berkata bahawa "PAS setia pada janji", tapi DAP/PKR lah yang mengkhianatinya?

 Apa yang perlu kita fikirkan adalah, mungkinkah segala keputusan DAP memutuskan hubungan dengan PAS di Sarawak dan Sabah, tindakan DAP putuskan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi meneruskan dengan PAS, etc itu adalah BALASAN pada sikap kita sendiri yang tidak amanah memegang pada perjanjian yang kita sendiri meterainya.

 Tepuk dada,

 Tanyalah jiwa yang benar-benar beriman wahai sahabat...

 [KEDUA]
Perkara kedua yang banyak diresponse adalah berkaitan isu "chai" dalam pemilihan AJK Pusat. Ramai yang anggap, "dah kalah itu kalahlah", dan chai itu tidak menjadi isupun. Maka jawapan saya, sedang dalam UMNO sendiripun kaedah itu ditolak, amat memalukan jika ditangkap, kenapa pula mahu dibawa ke dalam Parti Islam?

 Pemilihan qiyadah adalah amanah, dan wajiblah berdasarkan merit dan prestasi qawiyyun amin, bukan mengikut "arahan" Dewan Ulamak atau MSU untuk tidak pemimpin itu dan ini yang ditonjolkan sebagai pengkhianat Islam. Naiknya nama-nama seperti Ali Akhbar Gulasan, Mokhtar Senik, Razman, Iskandar Samad, Zaharuddin Mohamad, Zuhdi, Sanusi Mohd Noor, Norazli Musa, yang sememangnya tidak dikenali, atau hanya dikenali dengan tindakan-tindakan negatif dan buruk dalam PAS, namun apabila nama mereka dimasukkan ke dalam "chai bersama Dewan Ulamak", kesemua mereka berbangga dengan kemenangan yang diterima, dan bahawa kononnya "Allah telah betulkan semula landasan perjuangan ini".

 [KETIGA]

 Seterusnya, saya lihat, adalah masih gagal faham antara janji dan walak. Bila ditanya mengapa nak kekalkan TSKI? Jawapan diberikan adalah kerana MSU arahkan kekalkan TSKI. Mereka tidak faham, bahawa MSU itu "tidak terlibat" pun dalam perjanjian bersama PKR/DAP. Tetapi disebabkan walak yang membinasakan mereka, elemen utama iaitu "perjanjian" dalam PR dengan mudah sahaja diketepikan dan diabaikan. Ini sangat serius. 

[KEEMPAT] Isu lain adalah, ramai yang melihat tahaaluf dengan bukan Islam itu merugikan Islam, bukan membantu dakwah Islam. Mereka melihat Islam rugi kerana tak mampu "melaksanakan Islam" disebabkan mahu menjaga perjanjian dgn DAP/PKR. Tetapi mereka gagal faham betapa banyak sekali manfaat dakwah lain yang PAS terima, yang tidak pernah dirasai sejak 61 tahun lepas di medan dakwah M'sia hasil dari tahaaluf tersebut... ( in shaa Allah, saya akan bincangkan tajuk "kerugian yang dirasai oleh sahabat" dalam peristiwa Hudhaibiyyah kelak ) 

[KELIMA - yang paling serius];

 Dan response lain, tapi yang paling merisaukan saya adalah lahirnya para agamawan yang "tidak kisah berbohong" atas nama agama demi menegakkan sesuatu kebathilan yang sudah dilakukan. Saya masih terkejut,

 Kenyataan beberapa orang ustaz muda, termasuk Setiausaha Dewan Ulamak Selangor Muhammad Najhan Shahir Halim (Abang kepada Ketua Pemuda Selangor) tergamak membohongi para pimpinan PAS Selangor bahawa hukum asal bertahaaluf dengan DAP/PKR adalah "HARAM" secara asasnya. Bahkan beliau mengaitkan itu adalah pendirian Majlis Syura Ulamak (MSU) yang sudah diputuskan hukum "haram" itu sejak 7 tahun lepas. Saya terkejut dengan pendustaan sedemikian. Cukup parah sikap begitu untuk Islam.

 Kononnya dikatakan adalah begini;

 Demi membenarkan tindakan untuk serahkan keputusan untuk "putus hubungan dgn DAP" pada kuasa MSU, dikatakan MSU sahaja yang layak menentukan hukum jika mahu diteruskan dengan tahaaluf atau tidak. Dan MSU lah yang paling layak untuk menggariskan syarat jika "pertukaran hukum dari haram kepada harus" tersebut diperlukan semula. Bukan muktamar. 

Bagi saya itulah satu pembohongan atas nama agama yang begitu dahsyat dilakukan oleh ustaz muda tersebut, dengan menggariskan pelbagai ayat sebagai sandaran. 

Beliau lupa, dalam Ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sendiri pun telah menyebut bahawa "saya tidak sangka mengapa pula usul putus hubungan dengan DAP itu tak boleh dibahaskan oleh muktamar, mengapa pula kena dibahaskan secara tertutup oleh MSU". Itulah keluhan oleh Ketua DUPP sendiri, yang terpaksa akur dengan arahan Presiden PAS tersebut.

 Isunya di sini adalah jelas, walau semua memahami bahawa hukum tahaaluf tersebut adalah HARUS di atas konsep mu'amalah yang harus secara prinsipnya selagi tiada sesuatu hukum yang qat'ie yang mengharamkan. Bahkan hampir kesemua ulamak kontemporari menyatakan sedemikian, dan menjawab pandangan sebahagian ulamak silam, (terutama di Afrika dan Saudi) yang pernah mengharamkannya berdasarkan pengharaman hubungan aqidah di dalam peperangan.

 Tetapi jelas beberapa Ustaz tersebut menyatakannya haram, hanya kerana mahu menutup kesilapan yang telah berlaku dalam muktamar tersebut.

 Dalam isu yang sama, Allah mahu tunjukkan;

 Apabila isu telah menjadi serius, dan MSU didesak menetapkan hukuman untuk terus atau putuskan hubungan dengan DAP, Mursyidul 'Am PAS terpaksa akhirnya mengakui bahawa beliau tidak layak memutuskannya kerana beliau dan sebahagian besar keanggotaan MSU pada masa ini masih belum pun dilantik semula sejak tamat pada Mac 2015 lepas! Sekarang seolahnya semua mahu berlepas tangan atas kerakusan "usul tergopoh" Dewan Ulamak.

 Saya sisipkan kenyataan rasmi MSU dalam isu tahaaluf yang boleh di kertas kerja tahaaluf siyasi yang disediakan beberapa tahun lepas;

 "PAS telah mengambil dan memilih pendapat yang mengharuskan Tahaluf Siyasi berdasarkan realiti dan waqi' di Malaysia. Sememangnya tiada khilaf di kalangan yang mengharuskan Tahaluf Siyasi, bahawa keharusan itu bukanlah satu keharusan yang mutlak, tetapi ia adalah keharusan yang mempunyai batas-batasnya yang tertentu" Rujuk Garis Panduan MSU; https://www.facebook.com/…/tahaluf-siyasi…/10150430494244876

Akhir sekali;

 Dalam response ini yang memberi pelbagai jawapan pada persoalan pembaca, saya berharap kaedah "jawapan tegas" ini mampu memberikan kesedaran pada semua, bahawa sudah terlalu banyak kaffarah Allah turunkan pada PAS apabila kepimpinan dan ahlinya telah tidak lagi berakhlaq dan berqudwah dengan cara yang diajarkan oleh Islam.

 Dan natijah dari segala sikap itu, saya tidak terkejut langsung, kelmarin 16 Jun 2015, apabila diisytiharkan "Pakatan Rakyat" itu telah terbubar, lantaran sebahagian besar adalah tindak rakus dan tidak amanahnya PAS itu sendiri, yang menggunakan pendekatan "siku dan lutut" melebihi anugerah aqal dan hikmah.

KRONOLOGI PAS BAKAL ORANG MELUAT...

Posted: 19 Jun 2015 04:17 PM PDT

Aku ambik ni kat amano world..persEpsi penulis berbagai tentang awal kajang move dan menggnantikan Khalid Ibrahim..Bagi yang anggap Khalid bagus di Selangor aku tak mau pertikai...luar nampak bagus..dalam tak tau...kalau tidak masakan banyak kontrak dapat pada Umno dan kedekut duit untuk ahli ahli nak gerakan kerja sampai kena sabotaj dengan masalah sampah,,,,,sekarang tak dengar pulak masalah sampah berlaku...kot dah tukar kontraktor...dari sekecil kecil kontrak sampai sebesar besarnya di bolot kontraktor Umno habis yang kecil kecil orang pakatan langsung tak ada....duit simpan..nak simpan buat apa ...gunalah untuk kebaikan rakyat....lain lain politik punya hal lah...so no komen lebih lebih..baca la dlm blog aku ni banyak yg tulis dan copy dari lain lain....apa pun aku copy ni untuk ahli PAS renung...aku rasa aku dah lalui keadaan PAS sebelum era 1998.sejak sekolakmenengah ikut juga ceramah PAS..PAS hanya menjadi buah mulut dan sokongan lepas peristiwa DSAI mata lebam dan dipecat...wadah baru orang nak lawan Mahathir..yang ini nangoi nagoi yang dok belajar lagi masa ni..tak boleh nafikan....itu kena lihat dan renung betul betul...sekarang era PAS orang naik meluat...hati hati PAS......jangan sombong...






 KRONOLI BODOH PAS .........



Kronologi permainan PAS tentang hudud bermula selepas insiden Kajang Movie.

1. Sebelum PRU ke 13, PAS sendiri sebut, hudud itu percentage kecik je dalam Islam. Basmi kemiskinan itu lebih penting. Gaji minima dan sebagainya.

2. Tetapi selepas marah dengan PKR dan DAP dalam insiden Kajang Movie dek emosi, mereka kompang isu hudud 24 jam bagi mengapi2kan situasi.

3. Macam mana la orang tak boleh detect permainan PAS kat situ?

4. Masalah kemiskinan masih ada. Masalah air bersih, jalanraya, kini isu banjir dan rumah mangsa banjir pun tak settle2 lagi. Itu tak citer bab penawaran kerja di Kelantan. Aku dapat tahu ada yang kata Nasrudin menipu bila kata kerajaan negeri dah bina 700 buah rumah di Kelantan. Mana taknya. Kerja2 NGO pun dia claim kredit kat kerajaan negeri. Itu gosip2 yang aku baca di FB la. Tapi macam aku sebut tadi la. Sedang yang asas pun PAS masih merangkak2 membina macam mana kau nak menyakini parti itu melaksanakan hudud.

5. Yang lebih teruk, punya la bersepah2 masalah rakyat tertindas di merata ceruk Malaysia, isu hudud gak yang PAS gaduhkan dengan DAP sampai tenggelam isu2 nasional.

6. Masalah depan mata neh dah kita nampak. Bukan itu yang nak dipedulikan. Sibuk pula mencipta propaganda.

7. Mungkin nak balas dendam dan lepas geram. 

8. Jadi macam mana kita nak sokong? Bila isu hudud dipropagandakan bagi mencapai millage politik? Sedangkan niat asalnya nak melaksanakan, tetapi kini bertukar menjadi propaganda bagi melampiaskan rasa marah terhadap pihak tertentu dalam PR.

Aku perhatikan perangai sesetengah pimpinan PAS dari hari ke hari bulan ke bulan sampai masuk tahun baru dan akhirnya aku menyimpulkan satu keadaan. Sesetengahnya dari mereka sebenarnya menipu penyokong2 je. Kesian la sapa yang terpedaya. Hari terakhir persidangan parlimen dah memuktamadkan pemerhatian aku.

Dan bagaimana pula PAS ditipu dan dipermainkan UMNO?

1. PAS mahu sangka baik pada UMNO dalam isu pelaksanaan hudud.

2. Aku takde masalah dengan tindakan tersebut. Jika benar UMNO nak menyokong.

3. Tetapi kita semua sedar bahawa UMNO takan sokong.

4. Tak payah pergi jauh. Royalti ada dia bagi? Lebuhraya ada dia bina? Semua pimpinan2 PAS yang diboikot berceramah, diban dari muncul di kaca tv, didakwa dan sebagainya, ada dirunding untuk melepaskan mereka? Bukan kah tindakan itu semua dikenakan atas nama 'politik'? Bukannya pemimpin2 PAS neh p membunuh. Tetapi ada ke UMNO selaku kerajaan mahu mengambil satu alternatif atau pendekatan membetulkan kesilapan tersebut? Takde.

5. Jadi kita tahu la yang UMNO menipu. Dia memang tak ikhlas. Bukan macam yang Nik Amar sebut.



Apa neh brada? Apa neh brada? UMNO tue memang tak ikhlas bukan kira awal ke tak awal ke. Aku neh lagi ikhlas bila cakap UMNO tue tak ikhlas.

6. Usul berkenaan hudud dibawa ke parlimen oleh Marang (Hadi Awang) untuk dibahaskan. Usul berkenaan gagal dibentang pada sesi persidangan lepas dan sesi persidangan yang baru berlalu. Itu satu.

7. Yang kedua. Sudah la usul itu dibawa oleh Hadi Awang. Tapi batang hidungnya pun takde kat parlimen. Macam mana neh? Kita nak hudud. Hudud itu adil. Tapi pemimpin yang tinggal tanggungjawab itu adil ke? Jangan cakap bab dia buat dua, tiga kerja la. Buat kerja kena amanah tak kira la satu ke dua ke apa ke. Kalau ada banyak tanggungjawab tapi tak amanah buat apa. Pilihla yang mana mendekati kemampuan dia dan tinggalkan jawatan yang dia tak mampu pikul lagi. Kita cakap tentang sistem perundangan Islam membentuk keadilan. Tetapi diri kita sendiri tak bersikap adil pada pengundi2 kita. Adakah semua masalah penduduk Marang dah selesai?

8. Usul berkenaan bukan la apa2 sangat. Ia untuk beri kuasa lebih kepada mahkamah syariah. Supaya mahkamah syariah boleh menambahkan jumlah hukuman rotan kepada pesalah zina which is aku bersetuju juga. Tindakan keras kepada pelaku zina itu perlu. Denda 'duit' tak relevan. Buang bayi satu hal. Tapi perzinaan itu dah semacam jadi budaya pula pada zaman sekarang. Tak cool la kalau kita tak berzina. Konon-konon.

9. Tapi tuan punya usul tak hadir parlimen. Dan speaker pun letak usul di hujung2. Macam taknak bagi bahas pun ada.

10. Rupa2nya terbongkar juga wajah sebenar kerajaan bila Mahfuz provoke speaker semalam. Mahfuz tanya kenapa letak usul bab EKJS 2 kat hujung2. Kejap ada kejap takde. Speaker sound Mahfuz. Dia kata kah dah bagitau ari tue kat Marang, Kota Bharu dan Pokok Sena. Dalam bilik dia. Kita akan beri laluan kepada usul yang mendapat sokongan kerajaan. 

11. Konon nak malukan Mahfuz. Padahal Mahfuz provoke je. Dengan niat speaker akhirnya mengakui secara tak langsung yang kerajaan tak bagi laluan kepada Marang untuk bentang usul berkaitan EKJS II. 

12. Kat situ nampak macam Mahfuz tembak kerajaan. Padahal apa dia? Mahfuz pukul UMNO untuk sindir PAS.

13. Terang2 la dia nak khabar. PAS sudah kena tipu dengan UMNO dalam isu hudud. Booooooo.

14. Tapi yang nak melaksana dan beria2 gaduh bagai di media pun tak bersuara back up Mahfuz. Geng2 ustaz takde ke dalam parlimen time tue?

15. Dan aku pelik juga. Bila tengok jadual usul. Pada awalnya usul Marang takde. Then lepas Marang kena provoke bagai di laman sosial sebab ponteng monteng, dan2 usul Marang dimasukkan dalam jadual pada hari keesokannya. Tapi masuk pun tak guna der. Tuan punya badan pun sedap ponteng derrrrr. Lue kritik pun tak guna. Lue juga yang salah. Sapa suruh lue bukan ulama. OooOoOoo.

Aku taknak tuduh2. Sebab aku menyakini PAS takan bersatu dengan UMNO dalam bentuk 'fizikal'. Kalau bentuk persefahaman atas perkara2 tertentu mungkin la. Tapi aku harap biarlah ia atas perkara yang memanfaatkan rakyat bukan sebab nak menyelamatkan riwayat UMNO sebab sejarah membuktikan setiap kali UMNO lemas terkapai2, dia cari PAS dan minta tolong dan setiap kali itulah PAS akan sentiasa beri pertolongan sebab tak reti nak baca strategi politik UMNO. Dan akhirnya, PAS kena tikam dan menjadi lemah semula. Sejarah ada. Belajar la agar tak berulang.

16. Dan tadi. 



Kalau diberi peluang untuk dibentang pun tak guna. Sebab situasi ini akan berlaku ;

- Majoriti MP UMNO takan hadir atas alasan ada urusan.

- Maka mereka takan dipersalahkan sebab tak sokong.

Dalam erti kata lain, tak guna kau tunggu bulan 10 ke 11 ke tahun depan ke apa ke UMNO takan sokong pindaan tersebut. Kau gila apa nak sebat pesalah zina. Kau ingat pemain2 zina sekadar budak2 sekolah aje ke?

17. Dan ini pula ;



Terang lagi bersuluh. UMNO mempermainkan PAS. Bukan persepsi, tuduhan atau spekulasi. Ianya kenyataan dan hakikat. Nak tahu kenapa?

Lihat ayat penuh berita di atas ;


Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata,  berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan  kerajaan  akan membenarkan  usul itu  dibentangkan. 

"Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga. 


"Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini  akan diguna pakai untuk seluruh negara, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Sumber.

Persidangan dah berakhir. Usul tak berjaya dibahas dengan Marang pun ponteng parlimen. 

Nampak tak?

Yang aku pelik.

PAS menyakinkan dirinya bahawa BN tak mempermainkan mereka. 

Maksudnya PAS sedang menyakinkan dirinya bahawa UMNO itu boleh diharap.

Dan aku kehilangan kata-kata.

PAS, selamat maju jaya.

Nak percaya pada UMNO? Sila.

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Posted: 19 Jun 2015 04:55 AM PDT

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu majlis penghargaan dinamakan "Malam Jasamu Dikenang", di Muar, Johor malam tadi.

"Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.

"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan 'wadah' yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh.

Pengumuman bersejarah ini dibuat pada hari sama DAP mengumumkan PR tidak lagi wujud dan hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN) berakhir.
Nizar tewas pada peringkat kawasan Kampar dalam pemilihan PAS lalu bersama beberapa personaliti lain yang popular di peringkat nasional, sebahagian besarnya ahli Parlimen kanan parti itu.

Kekalahan itu berlaku akibat pengaruh kuat kumpulan konservatif yang hampir menyapu bersih semua jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini.
Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu itu secara berkias.

Menurutnya, PAS kini dipimpin golongan "agamawan yang tindakannya tidak selari dengan keutamaan beragama" sekaligus "menguatkan prasangka terhadap Islam".

Menggunakan perkataan "wadah" yang turut digunakan beberapa pemimpin lain pada malam tadi, Hanipa berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.

"Sebab itulah, sama ada melalui apa-apa 'wadah' sekalipun kita akan terus membawa Islam yang rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam), Islam yang bersedia menerima dialog, Islam yang bersedia menerima apa-apa sahaja kritikan dan bersedia menjawab kritikan itu.

"Saya harap kita akan terus istiqamah dalam apa-apa sahaja 'wadah'.

"Yang penting kita mahu membentuk Malaysia baharu yang tidak melupakan agama tetapi boleh berbincang dan berdialog," kata ahli Parlimen Sepang itu dalam ucapannya.
Bercakap dalam nada sama, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar, kiri) membayangkan gabungan baharu politik akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, gelombang baharu itu akan bermula dari program mereka yang akan menyaksikan satu lagi program seumpamnya berlangsung di Pahang pada 26 Jun depan.

"Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini," katanya disambut sorakan "Bila mahu bagi borang" dari sebahagian hadirin.

Mohamad yang tersenyum mendengar sorakan itu menjawab "Tunggulah", sambil disambut tepukan bergemuruh dari hadirin.
"Kami akan mencari wadah dan wadah itu sebagai vehicle (kenderaan) dan tujuannya kita membela rakyat, menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar, kanan) pula mengiyakan sorakan orang ramai yang melaung "parti baru" sewaktu beliau berucap.

"Kalau bukan kerana rakyat kita tak akan ke mana-mana.
"Dengan suara yang ramai dari rakyat, sudah bermacam-macam bunyi kita dengar tadi, apa tadi contohnya?

"(Dijawab hadirin: Parti baru!). Lebih kurang begitulah ya.
"Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula menyatakan komitmen beliau meneruskan intipati semangat PR.

"Kita tak perlu bersedih kalau nama Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana nama lain akan muncul tetapi yang penting perjuangan harus diteruskan,' katanya.

PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu

Posted: 19 Jun 2015 04:51 AM PDT

PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu
PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu

PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu

Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.

Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri – Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan – dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Posted: 19 Jun 2015 04:47 AM PDT

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?
Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk memolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassi mencelah dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.

"Jawab sekarang! Hari ini hari terakhir bersidang. Kamu mahu tunggu sampai sidang mana? Ini satu permainan…" kata Mahfuz yang membantah sebelum Pandikar mengarahkan kedua-dua MP itu duduk.

Tiada ulasan: