WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- [LIVE][130615] Daurah Ilmiah 5 "Siri 2" - Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
- PERAK JALIN HUBUNGAN DENGAN KELANTAN
- ‘Perwira Ubah’, Sasterawan Negara A Samad Said kini ikon DAP
- LAWATAN MP INDERA MAHKOTA KE KAWASAN YANG DICEMARI BAUKSIT
- BERKENALAN DENGAN KETUA PENERANGAN PAS YANG BARU???????????
- Pasma jadi parti politik, tunggu petang ini
- Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998
- Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS
[LIVE][130615] Daurah Ilmiah 5 "Siri 2" - Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Posted: 13 Jun 2015 04:17 AM PDT [LIVE][130615] Daurah Ilmiah 5 "Siri 1" - Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ( PAGI TADI) |
PERAK JALIN HUBUNGAN DENGAN KELANTAN Posted: 13 Jun 2015 01:35 AM PDT |
‘Perwira Ubah’, Sasterawan Negara A Samad Said kini ikon DAP Posted: 13 Jun 2015 01:25 AM PDT 'Perwira Ubah', Sasterawan Negara A Samad Said kini ikon DAP 'Perwira Ubah', Sasterawan Negara A Samad Said kini ikon DAP"Pewira Ubah", nama yang diberi oleh tokoh vateran DAP Lim Kit Siang selepas Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyertai parti itu hari ini bagi meneruskan usaha mendekati rakyat.Ahli DAP baharu yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu turut diangkat sebagai "Perwira Ubah" oleh penasihat parti Lim Kit Siang. "Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej sasterawan negara, tetapi bagi saya ia tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya," Samad dilaporkan sebagai berkata. Pak Samad berkata sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai DAP namun tidak pernah dizahirkan walaupun ada golongan yang berasa kurang senang. Ketika ditanya The Malaysian Insider mengapa menyertai DAP dan bukannya PKR atau pun PAS, Samad berkata salah satu sebabnya adalah parti sekular itu lebih mewakili rakyat Malaysia. Katanya, DAP sudah mula menunjukkan kemesraan kepada orang Melayu namun gambaran media sering memberi gambaran sebaliknya. "Saya fikir mula mesra tetapi biasanya gambaran media yang merosakkan. Kalau kita lihat interaksi pimpinannya, individu yang mewakilinya, ia sangat merangsang bagi saya. "Saya mahu memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kebahagiaan yang sedapat boleh," katanya. Samad berkata apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat (PR) kini membimbangkan namun beliau perlu meneliti keadaan semasa sebelum dapat memberikan pandangan lanjut. Ditanya, adakah wujud kebimbangan statusnya sebagai sasterawan negara tetapi menyertai DAP, Samad berkata, "Langsung tak takut." Penyertaan tokoh sasterawan negara itu dilihat sebagai usaha membantu DAP menarik lebih ramai penyokong Melayu, memandangkan parti itu sebelum ini menjadi bahan belasahan PAS dan Umno apabila dilabelkan sebagai anti Islam dan Melayu. Samad, 80, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times memulakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009. Beliau juga sering dilihat aktif menyertai himpunan dan demonstrasi anjuran PR dan badan bukan kerajaan, memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut reformasi pilihan raya |
LAWATAN MP INDERA MAHKOTA KE KAWASAN YANG DICEMARI BAUKSIT Posted: 13 Jun 2015 12:52 AM PDT Petang 12 Jun 2015 ; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abdul Rahman meninjau sendiri kes pencemaran debu-debu bauksit yang meresahkan kehidupan rakyat di sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota. Bermula dari sempadan Pahang/Terengganu di Kampung Chendor berkeadaan normal sehingga ke Sungai Ular. Tetapi bermula dari simpang jalan ke LPT di Sungai Ular, kesan pencemaran dari aktiviti pengangkutan bauksit telah bermula sehinggalah semakin menghampiri Pelabuhan Kuantan, kesan pencemaran semakin teruk selain kerosakan jalan yang berlaku. Di kawasan pelabuhan kelihatan timbunan bauksit berada merata-rata di sekitarnya. Adalah amat membimbangkan sekiranya berlaku hujan, air yang tercemar oleh bauksit ini terus mengalir ke laut yang hanya berada beberapa meter dari timbunan bauksit ini. Kelihatan juga lebih 50 lori sedang berbaris bagi menurunkan muatan bauksit ke kawasan itu sehinggakan menghalang satu lorong jalan di situ. Keluar dari kawasan pelabuhan Dato' Fauzi menziarahi satu keluarga yang merupakan Ketua Kampung, Kampung Selamat Pelabuhan yang telah kehilangan dua anak dan seorang cucu yang masih bayi dalam tempoh tiga tahun yang lepas akibat masalah pernafasan/paru-paru yang disyaki akibat pencemaran akibat debu-debu amang dahulunya. Pencemaran yang berterusan sekarang ini akibat bauksit pula amatlah meresahkan penduduk di kampung ini. Meninggalkan Kampung Selamat, Dato' Fauzi singgah di kawasan pantai berhampiran melihat kesan laut merah akibat pencemaran bauksit. Walaupun kelihatan keadaan lebih baik dari beberapa minggu lepas, keadaan yang lebih teruk mungkin akan berulang sekiranya berlaku hujan di kawasan ini. Dato' Fauzi juga hadir ke Himpunan Bantah Bauksit yang di adakan di hadapan Surau Al-Uhtmaniah, RTP Bukit Goh yang diadakan oleh penduduk sekitar yang tidak lagi tahan dengan pencemaran debu bauksit dan keselamatan keluarga mereka yang terancam akibat lori-lori pengangkut bauksit tersebut. Penduduk terpaksa bertindak sendiri setelah pihak berkuasa kelihatan gagal untuk membela mereka. Penduduk telah membuat sekatan agar lori-lori tersebut tidak melalui kawasan mereka dan mencari laluan alternatif lain untuk mengeluarkan galian tersebut. Walaubagaimanapun sekatan ini dihentikan buat sementara setelah dua jam kemudian setelah diminta oleh pihak polis dengan janji untuk pihak berkuasa mengambil tindakan segera. Pihak penduduk akan kembali meneruskan tindakan ini jika dalam tempoh seminggu keadaan tetap tidak berubah. |
BERKENALAN DENGAN KETUA PENERANGAN PAS YANG BARU??????????? Posted: 12 Jun 2015 10:09 PM PDT |
Pasma jadi parti politik, tunggu petang ini Posted: 12 Jun 2015 09:50 PM PDT Pasma jadi parti politik, tunggu petang ini SHAH ALAM - Susulan krisis yang berlaku dalam PR, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan mengumumkan pendirian mereka sama ada kekal sebagai NGO atau menjadi 'penyelamat' dalam krisis itu. Ahli Jawatankuasa Pasma, Sheikh Omar berkata, pengumuman itu akan dibuat petang ini dalam satu majlis di Shah Alam. "Pengumuman penting akan dibuat berikutan situasi semasa dalam PR mutakhir ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini. Krisis dalam PR dilihat semakin besar selepas Pas menerusi Dewan Ulama mereka menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas. Rentetan itu jurang makin melebar antara pemimpin Pas dan DAP sehinggakan tercetusnya krisis dalam PR terutamanya di negeri pimpinan mereka iaitu di Pulau Pinang dan Selangor. |
Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998 Posted: 12 Jun 2015 09:26 PM PDT Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998 Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998Ringgit terus menyusut dengan mengakhiri minggu ini lebih rendah berikutan pengukuhan dolar AS menyekat selera risiko untuk mata wang tempatan, kata peniaga.Pada jam 5 petang, ringgit lebih rendah berbanding mata wang Amerika pada 3.7580/7610 berbanding 3.7440/7470 ketika ditutup semalam. Peniaga berkata, dolar AS meningkat mendadak selepas data jualan runcit yang bulis meningkatkan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi akhir tahun ini. Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan keseluruhannya lebih rendah. Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7789/7826 pada Khamis dan turun berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 3.0294/0323. Unit tempatan itu juga susut berbanding pound Britain kepada 5.8166/8235 daripada 5.7886/7947, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada 4.2180/2221. |
Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS Posted: 12 Jun 2015 09:18 PM PDT Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PASMenteri Besar Selangor Azmin Ali akan melakukan kesilapan strategi sekiranya betul khabar angin mengatakan beliau lebih memilih PAS berbanding DAP untuk menjadi sekutu dalam kerajaan Selangor adalah benar.Desas desus Azmin lebih condong kepada PAS semakin hangat apabila beliau mengeluarkan kenyataan keras 'memarahi' Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kerana memberi kata dua sama ada memilih DAP atau PAS. Strategi memilih PAS berbanding DAP mungkin kerana Azmin terhutang budi kepada Presiden PAS Hadi Awang. Hadi menyebut nama Azmin ketika mesyuarat AJK PAS Pusat, sedangkan ketika itu Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mencadangkan nama Dr Wan Azizah. Azmin juga mungkin terkesan dengan politik istana yang kelihatannya lebih lunak kepada PAS berbanding PKR. Namun Azmin juga perlu memandang kepada perjuangan rakyat yang inginkan reformasi total. Rakyat tidak mahu kepada politik cara PAS pasca Muktamar ke 61 yang mahu memperjuangkan isu Melayu melawan agenda Umno. PKR akan kalah dalam PRU 14 sekiranya Azmin mahu bersama PAS. Sejarah telah membuktikan apabila DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif pada 2001 persekutuan PAS dan PKR memasuki PRU 2004 dengan serba kekeliruan. PAS bermegah kononnya dokumen Negara Islam yang dilancar sebelum PRU akan diterima sebagai penyelesaian segala masalah negara. PKR terpaksa mengikut rentak PAS. Akhirnya PKR kalah teruk. Hanya Presiden Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Selebihnya Azmin sendiri kalah kerusi DUN Bukit Antarabangsa. Azmin perlu mempertimbangkan rekod tersebut semasak-masaknya. Sekurang-kurangnya DAP masih belum mempunyai rekod bersama PKR dan kalah teruk. Dengan politik PAS yang terus-menerus menyerang DAP melalui Ketua Pemuda dan Ketua Penerangannya amat mustahil penyokong bukan Melayu boleh memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Pakatan akan dilihat rasis dan tidak mempunyai perbezaan dengan BN. Sebaliknya sekiranya DAP dijadikan sekutu maka Pakatan akan dilihat lebih pelbagai dan menyokong perjuangan untuk Malaysia baru. PAS juga tidak mempunyai agenda bagi semua rakyat Malaysia kecuali untuk menguatkan kedudukan agenda Islam. Bukan semua ahli PKR adalah Melayu Islam. Dengan cara keras PAS maka mereka juga mungkin akan menjauhkan diri dan merugikan PKR dalam pilihan raya. Oleh itu adalah lebih baik PAS dijadikan sekutu sahaja dan PKR memilih DAP sebagai rakan kongsi utama dalam Pakatan Rakyat. Ulama PAS tidak boleh dikawal. Manakala pemikir dan ahli strategi terulung PAS Dr Zuhdi pula telah mengeluarkan cadangan agar PAS bertanding di kerusi-kerusi DAP yang mempunyai pengundi Melayu. Jelas strategi yang tidak masuk akal dan akan menguntungkan BN untuk berpuluh-puluh tahun lagi. Oleh itu, lebih baiklah Azmin memeriksa asas sokongan kepada Pakatan sebelum beliau bertegas mahu mempertahankan PAS sebagai rakan kongsi utama di Selangor. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan