Rabu, 3 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERUS TEGANG

Posted: 03 Jun 2015 07:52 PM PDT






 SIAPA MEREBUT PULAU APA


KOMENTAR
laut china selatan
akan menjadi wilayah rebutan
terpendam dalam dasar laut
ialah gas dan minyak
dari kajian nilai hari ini mencecah 5 trilion dolar
inilah punca rebutan itu

china vietnam berunai pilipina 
dan malaysia semua memiliki pulau
yang telah mendirikan tempat berhenti

perang dingin bermula kembali
jika perang pecah
ini bukan satu yang tidak baik
kuasa hegemoni amerika runtuh
saperti perang dunia kedua
kita boleh melakar satu dunia baru
kita boleh mendirikan satu sistem dunia baru

tapi jika perang  pecah
dan senjata nuklear digunakan
maka kita semua akan tamat
dan
tutup kedai


PENGKALAN TENTERA

The South China Sea Word War
By Pepe Escobar
June 03, 2015 "Information Clearing House" - "Asia Times" - As Cold War 2.0 between the U.S. and Russia remains far from being defused, the last thing the world needs is a reincarnation of Bushist hawk Donald "known unknowns" Rumsfeld.
Instead, the — predictable — "known known" we get is Pentagon supremo Ash Carter.

Neocon Ash threw quite a show at the Shangri-La Dialogue this past weekend in Singapore.

Beijing is engaged in reclamation work in nine artificial islands in the South China Sea; seven in the atolls of the Spratlys, and two others in the Paracel archipelago. Ash virtually ordered Beijing to put an "immediate and lasting halt" to the expansion; accused it of behaving "out of step" with international norms; and capped the show by flying over the Strait of Malacca out of Singapore in a V-22 Osprey.






------------

MALAM INI KAH KAH KAH

Posted: 03 Jun 2015 07:15 PM PDT






MALAM iNi

sebelum puasa



Korang jangan menyesal bila kitorang break lama-lama. Korang melutut pun bulan puas ni kitorang semua tak buat lawak. Ada yang nak berniaga kuih, ada yang nak pergi solat tarawih dan macam-mcam lagi pesta. Almaklum kita ni dalam Year of Festival 2015.

Untuk episod terakhir (musim ketiga) ini kita akan adakan segmen improvisasi oleh kumpulan daripada Skool of Lawak. Kita adaShashicDuwan dan Emal. Mereka semuanya losers juga.

PS: Korang tunggu projek kami seterusnya. Semua berlaku lepas Raya.

Tarikh : 4 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor


Senarai komik:
1. Syahid
2. Duwan (Skool of Lawak)
3. Emal (Skool of Lawak)
4. Shashic (Skool of Lawak)
5. Rayza Mukmin
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais
8. Botak Alhakeem

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.





------------

SAJE NAK TANYA

Posted: 03 Jun 2015 06:47 PM PDT





KOMENTAR
suara yang jelas
suara yang lantang
suara yang berani
suara orang sabah

Shafie: Tanya soalan pun kena letak jawatan?

Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar  Shafie Apdal berkata beliau tidak akan berundur daripada kabinet hanya kerana membangkitkan isu berkaitan kepentingan awam.

"Kenapa saya patut berundur daripada kedudukan saya kerana membangkitkan soalan untuk kepentingan negara?

"(Saya) tiada niat untuk berhenti," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung spekulasi beliau mungkin berundur setelah Najib Razak meminta anggota kabinet yang tidak selesa dengan pengendalian 1MDB supaya  berbuat demikian.



KAH KAH KAH
woit
betul afdal
nak takut apa
bukan bunuh altantuya
bukan rembat duit negara
bukan bermukah dengan zaina
baru nak tanya
jangan marah
nak tanya sikit....
siapa upah sirul

KAH KAH KAH








---------------

PERANG BERTERUSAN

Posted: 03 Jun 2015 06:05 PM PDT





KOMENTAR
semua ini memberikan tekanan
memberi asakan pada najib
najib yang sudah jadi zombi
akhirnya akan merombak kabinet

NOTA
patut dibuang:
1- azeez tabung haji
2- shahbery cik
3- isa samad



Laporan: 3 menteri keluar mesyuarat kabinet

Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB,  tiga anggota kabinet dilapor keluar daripada mesyuarat kabinet hari ini.

Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah  Shafie Apdal, Shabery Cheek dan  Khairy Jamaluddin.

Harian itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.

Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet.

Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.



KAH KAH KAH
woit
ini sudah baik
ini terbaik
perang makin merebak
curahkan lagio minyak
bakar bakar bakar
gaduh gaduh gaduh

MEMANG  CUN
 

---------------

MELAYU KENA TIPU

Posted: 03 Jun 2015 11:09 AM PDT






KOMENTAR
putar dan kilas
parti ketuanan melayu
bukan pertahankan kepentingan melayu
parti ketuanan melayu
pertahankan kepentingan china tembam

MELAYU KENA TIPU


Husni elak beri jawapan berhubung

peranan Jho Low dalam 1MDB

Tidak perlu membuat Jho Low glamor, merupakan jawapan  Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditanya mengenai penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Beliau juga berkata, tidak ada cara untuk mengesahkan jika Good Star Limited dikawal ahli perniagaan itu, yang lebih dikenali sebagai Jho Low. 
"Saya tidak mahu sebut Jho Low, kerana, apa gunanya mempopularkan namanya. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husni-elak-beri-jawapan-berhubung-peranan-jho-low-dalam-1mdb#sthash.uL7DeIRK.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
mustahil berani usik cina tembam
kalau usik cina tembam
minah gemok akan terjang
kah kah kah
tembam dan gemok
adik kakak rompak malaysia

PUNYA TEMBAM
-------------

INI SUDAH BERAT

Posted: 03 Jun 2015 06:48 AM PDT





KOMENTAR
amat jelas 
najib sekarang tak ada sokongan
haron din dari pas pun
dah mula tibai



Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM


GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Najib T Razak," kata  Haron Din.
Jika tidak katanya, mana mungkin  Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.
"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi. 
"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang. 
"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.
Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri meminta anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB agar meletak jawatan.
Mengulas lanjut, Haron turut menyindir Perdana Menteri berikutan jawapannya di Parlimen mengenai dana 1MDB dari Kepulauan Cayman yang dibawa balik ke sebuah bank di Singapura hanyalah satu penipuan semata-mata.
"Malangnya bank di Singapura menafikan tidak ada wang 1MDB yang masuk ke Singapura.
"PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.

KAH KAH KAH
woit
ini sudah berat
ini sudah melimpah
haron din pun tercabar
jelas najib bersendirian

APA PUNYA BERAT

-----------

ADA FAKTOR AMAT BERAT

Posted: 03 Jun 2015 06:09 AM PDT





KOMENTAR
hakikatnya memang betul
lagi tepat 
tapi dalam kes najib letak jawatan
ada satu faktor yang amat berat
fakta rosmah mansor

sebenarnya umum mengetahui
najib razak dah lama bungkus
yang wujud ialah rosmah mansor


Najib diramal letak jawatan sebelum PRU14

 | June 3, 2015
Untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat. Jika tidak, sukar UMNO akan memperoleh sokongan.





PETALING JAYA : Najib Abdul Razak diramal akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu berdasarkan pengamatannya dan analisis terhadap penganalisis politik yang lain.
"Pengamatan saya dan beberapa terbitan buku penganalisis politik yang saya nilai. Kebanyakan penganalisis politik mengatakan untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
jika profesor
tak masukakan 
babak guri ji
babak bomoh 
maka analisa kantoi
kah kah kah

APA DIA GURU JI



-------------

NAJIB MAKIN PARAH

Posted: 03 Jun 2015 05:35 AM PDT





PAK DUKUN
Wah parah Najib ni ... sepurnama dulu Pak Dukun TT telekan dio kono penyakit dibawah sodar sobab tiap-tiap malam dihompap lori ompek tan. Sekarang ni dah jadi zombi plaak ... apo kono eeaa jang. Tulah dulu den dah posan jangan entot dongan jando Nogori Sembilan ... payah nanti ... lubang dahlah longgar dan LOHE ... tapi dibonarkan masuk takat suku jo ... nasib kaulah Najib. Tapi ... Caro ubekkan penyakit Najib ni sonang jo ... bolikan air doa Pak Ustaaz barang 10,000 botol ... 

mintak Penjinak Jin dan Datok Doktor Uztaaz Haji Lebai Fadilah Kamsan bacokan doa sekali lagi pado air tersebut (lantak diolah borapo kali pun ... borapo pun bayaran doa tersebut kito bayarlah). Lopeh tu mintak Raja Bomoh Malaya kito sediokan tangkal yang ado lambang UMNO ... jangan lupo persekitaran kawasan upacara baco doa ini musti dikawal rapi ... mintak lah Tuan Abd. Rani Kullop dan geng dio jago. Jangan lupo panggil Mamat khalid sebagai "Project Coordinator" sobab dio pakar filem zombi Malaysia ... on NAJIB SUDAH JADI ZOMBI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 5:23 PM






-----------

NAJIB SUDAH JADI ZOMBI

Posted: 03 Jun 2015 01:47 AM PDT





KOMENTAR
najib kalau ikut hati sendiri
telah lama blah
telah lama letak jawatan
tapi najib bukan najib
najib kini zombi
najib kini bangkai bernyawa
yang hanya mengikut cakap tuannya
hanya mengikut kata rosmah mansor

masalah najib sebagai perdana menteri ini
bukan lagi masalah parti ketuanan melayu
buka lagi masalah melayu
ini telah menjadi masaalah negara 

1MDB hanya satu menifestasi ekonomi
masalah yang lebih besar 
ini masalah kepimpinan negara

najib TIDAK lagi memimpin
najib tidak memberi arahan
najib tidak meneraju
ini amat amat memberhayakan negara

kes 1MDB ini hanya satu kes
yang akan meledakan negara
pasti ada yang lain
yang akan melanggar

ahli parti ketuanan melayu
pemimpin veteran parti ketuanan melayu
pemimpin tengah parti ketuanan melayu
pemimpin tinggi parti ketuanan melayu
pemimpin tertinggi parti ketuanan melayu
sedar akan peranan rosmah
mereka bercakap sesama sendiri
tapi TIDAK menemui jalan keluar

negara malaysia kan hancur
jika najib terus berkuasa
kerana yang berkuasa ialah rosmah
kenapa rosmah mansor bahaya
kerana apabila rosmah membuat keputusan
rosmah TIDAK ada perhitungan politik
kerana rosmah mansor bukan orang politik

NOTA:
ingat apa yang berlaku
terhadap khalid ibrahim


Kadir: Rosmah tak akan benar PM berundur

Tokoh wartawan,  A Kadir Jasin menolak cadangan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar seseorang perdana menteri dipilih secara terus oleh pengundi.

Kadir berkata, perlembagaan negara tidak membenarkan perdana menteri dipilih dengan cara itu dan itu bukanlah satu masalah.

"Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.

"Masalahnya, kita ada  Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...

"Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya Rosmah Mansor)," kata Kadir.


KAH KAH KAH
woit
kita semuan dalam bahaya
negara tanpa pemimpin
rakyat dalam kapal
kapten sudah kena bomoh
kapten suadahj jadi zombi
kah kah kah

APA SUDAH JADI

-------------

PELARIAN POLITIK- PELARIAN EKONOMI

Posted: 02 Jun 2015 09:36 PM PDT







PELARIAN POLITIK – PELARIAN EKONOMI
Pada awalnya kita diterperanjatkan dengan kesampaian ratusan dan ribuan  'orang hitam  kurus'. Mereka datang dari negara atas angin yang  kita  tidak pernah ada hubungan. Negara yang  kita kurang arif letak duduknya. Kita kurang arif tentang adat budaya resam  mereka. Jauh sekali ada  kenalan atau taulan dari negara ini.
Yang  memeranjatkan kita  ialah  orang hitam  kurus ini datang dengan menaiki kapal nelayan tua. Yang paling memeranjatkan ialah jumlah yang menumpang dalam kapal ini. Bukan belas belas orang, bukan ratus ratus  tapi ribu-ribu orang. Kecil tua muda jantan betina datuk dan nenek moyang mereka pun datang bersama.  Macam lukisan gambar kapal Nabi Noh- bezanya  dalam kapal mereka tidak ada zirafah dan gajah. Siapa orang hitam  kurus ini?
Belum pun sempat kita bertanya dan mendapat jawapan  tuntas siapakah mereka? Tetiba di wilayah sempadan Siam ditemui kubur besar. Gali punya gali terbukti bahawa inilah kubur  yang telah menyimpan mayat-mayat orang hitam  kurus ini. Berita penemuan kubur besar ini meledak seluruh dunia.  Seluruh dunia gempar. Kem Wang Kelian menjadi tajuk berita.
Untuk saya, setiap berita orang pelarian  akan saya baca dengan teliti. Saya mengikuti apa sahaja berita orang pelarian. Ini kerana saya sendiri adalah bekas orang pelarian. Jadi saya memiliki  hati nurani dan roh yang amat rapat dengan orang pelarian. Saya memiliki kesah pelarian saya sendiri. Jadi, sadikit sebanyak saya memahami perasaan orang pelarian. Tetapi, saya tidak ada keupayaan untuk mengakui yang  saya memahami semua segi tentang orang pelarian.
Pada hemat saya isu orang pelarian ini komplek dan kait mengait. Tapi yakinlah kita tidak akan dapat melarikan  diri dari berhadapan dengan latar belakang isu ini. Latar belakangnya  orang pelarian pastilah ekonomi. Ekonomi ini berkait rapat dengan politik. Politik berkait rapat dengan kuasa. Dan memiliki kuasa adalah memiliki punca-punca ekonomi.

Ketika saya menjadi warga Eropah, saya sering membaca takrifan bahawa orang pelarian ini ada dua jenis . Pertama pelarian politik. Kedua pelarian ekonomi. Ketika itu negara-negara Eropah akan membuka pintu masuk dengan senang sekali jika sosok yang  mengetuk pintu itu dibuktikan sedang dalam kesusahan politik. Ini kerana sesudah Perang Dunia Ke2 – Eropah Barat juga telah dipenuhi oleh orang pelarian. Perang di Eropah telah mengharu birukan berjuta juta umat manusia. Satelah perang tamat mangsa perang ini wajib dibela dan dibantu. Warga Eropah beramal jariah. Yang selamat dari perang  membantu yang kehilangan kaum keluarga dan rumah tangga. Ini Eropah  10 tahun pertama sesudah Perang Dunia Ke2.
Hasil dari krisis orang pelarian yang timbul akibat perang memaksa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meluluskan Perjanjian Orang Pelarian 1951. Saya tahu perjanjian ini – kerana saya diselamatkan oleh Perjanjian ini.
Selesai Perang Dunia Ke2 kesah orang pelarian ini menjadi cukup cun. Ini berlaku  ketika zaman Perang Dingin. Pada era ini Minah dan Mamat  – orang pelarian ini – menjadi senjata.  Ini ketika kuasa imperial Amerika sedang berlawan menentang blok Soviet dan negara sosialis. Warga dari blok sosialis digalakan lari mencari suaka politik dari Blok Timur ke Eropah Barat. Orang pelarian ini ditakrif sebagai pelarian politik. Lagi ternama sosok yang melarikan diri – lagi heboh media Barat melaporkan. Lagi besar jawatan dalam parti atau kerajaan lagi hebat ledakan berita.
Negara Cuba, Korea Utara, Blok Soviet dan China Merah menjadi sasaran. Warga dari negara  yang mengamalkan system ekonomi kebajikan sosialis ini digalakkan melarikan diri. Mereka dijemput untuk melarikan dari negara sosialis ke negara kapitalis. Jelas, pada zaman ini orang pelarian telah digunakan  sebagai senjata  ' cold war propaganda'.
Contoh terbaik kesah orang pelarian diera Perang Dingin ini ialah pertempuran  hebat antara Pengerusi Mao Zedong  dengan Generalissimo Chiang Kai-sek. Parti berhaluan kanan  Koumintang telah membuat dasar mengalu-alukan sesiapa sahaja dari Tanah Besar China untuk lari ke Taiwan. Mereka  yang melarikan diri akan mendapat segala macam bantuan dan ganjaran. Orang pelarian  dari 'Kominis China' akan  membuktikan kepada dunia bahawa kerajaan Mao Zedong di Tanah Besar tidak popular , zalim dan menindas. Justeru rakyatnya melarikan diri.
Ketika itu wartawan barat  yang diupah oleh syarikat media kaum pemodal akan menggunakan ayat klise " they vote with their feet". Setiap kali ada  berita orang pelarian dari blok sosialis maka akan muncul ayat klise ini.
Maka  dunia terbaca   berbelas-belas kali tentang kesah  juruterbang jet pejuang dari tanah Besar telah  lari. Bukan lari bersendirian tetapi lari dengan membawa jet pejuang yang dipandunya  masuk ke Taiwan. Juruterbang pelarian ini bukan sahaja mendapat liputan  media yang meluas. Malah mereka mendapat ganjaran hingga  7 kilo emas. Orang-orang pelarian  dari Tanah Besar ini  akan disambut mesra oleh  Presiden Chiang Kai-sek.
Di belakang rumah kita pun pekara yang sama berlaku. Warga Kuala Lumpur pasti tidak akan melupakan KEM VIETNAM di tepi jalan ke  Sungai Besi. Ini juga sebahagian dari sejarah Perang Dingin. Apabila   Gerila Pembebasan Rakyat Vietnam berjaya mengalahkan  imperialis Amerika dalam perang Vietnam, maka  kuasa imperial Amerika  melalui media telah berpropaganda untuk menjemput rakyat Vietnam lari meninggalkan negara asal mereka. Maka mucullah drama 'Boat People'. Warga dari Indo-China telah menyeberang Laut China Selatan menuju ke Siam dan Malaysia. Pulau Bidong dan Pulau Babi Besar telah menjadi tempat persinggahan warga Pelarian Indo-China. 

Warga Vietnam dan Indo-China ini  telah diberahikan  dan diotek-otek dengan kehidupam budaya kapitalis. Propaganda meluas telah menayangkan bagaimana jalan-jalan  di London, Paris dan New York bertaburan dengan intan berlian. Hanya menunggu untuk dipungut.  Malah  negara Amerika dan Eropah Barat  ini cukup menjanjikan  kepada sesiapa sahaja untuk menjadi kaya raya. Negara kapitalis ini tidak pernah kurang makan, kurang pakai atau kurang leterik saperti di  Moscow, Praque, Saigon atau di Vientiane.  Akhirnya warga Indo-China ini  menjadi  'peluru murah'  untuk menutup malu Uncle Sam yang telah kalah perang.
Sebelum orang-orang  hitam dan kurus ini sampai  ke pesisiran utara  Semenanjung kita ada membaca  dan melihat dikaca TV tentang 'orang lagi hitam' yang juga berkapal menuju Italy dari Libya. Orang lagi hitam ini juga datang dengan kapal nelayan tua. Dari gambar yang saya lihat mereka juga sama saperti imej Kapal Nabi Noh. Setiap kapal kelihatan padat dan  penuh dengan penumpang. Malah tidak ada langsung tempat kosong  kosong untuk mereka menikmati  keindahan Laut Tengah.
Kesah Orang Lebih Hitam ini menjadi berita dunia apabila kapal nelayan tua mereka bocor ditengah laut. Ramai yang mati tenggelam. Ramai yang hilang. Eropah gempar. Dunia gempar. Berita orang pelarian menjadi induk berita disetiap stesen tv. Eropah berhadapan dengan krisis orang pelarian. Negara Kesatuan Eropah Barat mengadakan mesyuarat tergempar.  Semua mata dan telinga memandang ke Brussels. Lalu timbul persoalan -  apa sebenarnya krisis orang pelarian ini?

Kenapa warga dari Syria, dari Nigeria, dari Burma , dari  Palestin, dari  Afghanistan, dari Iran, dari Somalia, dari Libya  dari Barundi, dari Benin dan dan dan… melarikan diri dari tanah air mereka.
Kali ini media Barat dan media kaum pemodal TIDAK lagi memainkan ayat klise " they  vote with their feet – mereka mengundi dengan kaki mereka".  Negara Barat yang sering menimbulkan keberahian hidup dalam dunia kapitalis kini tidak lagi menayangkan betapa kosongnya kedai-kedai di Somalia atau di Kabul.  Semua sudah terbalik coat. Semua bertukar rupa. Semua beralih wajah
Ketika saya menjadi orang pelarian di Belgium  saya sering terbaca bagaimana warga Eropah Timur sering diotek-otek  dengan buku dan majalah. Sering diberahikan oleh Radio Free Europe  - stesen radio CIA.  Semua dijemput  melarikan diri ke Eropah Barat.Warga dari Bulgaria, dari Slovakia, dari Romania atau dari Rusia digalakan datang ke  London, Berlin, Brussels atau Paris.

Ketika saya sampai ke Eropah 40 tahun dahulu saya telah disambut oleh NGO Belgium. Berita  saya sampai ke Belgium telah disiarkan  dimuka depan harian Le Soir.  NGO Katholik ini telah menempatkan saya disebuah kawasan perumahan orang pelarian. Bersama saya ada warga  Indo-China, ada warga dari Eropah Timur, dari Eriteria, dari Ghana dari Iran dan dari Cuba.  Saya diberi duit poket. Satu bulan kemudian saya mendaftar untuk belajar Bahasa Peranchis. Dua bulan kemudian saya memiliki flat sendiri yang tidak jauh dari sekolah saya. Setahun kemudian saya masuk belajar ke Universiti.  Ini  40 tahun dahulu. Dizaman ini orang pelarian adalah 'darling' dan disambut dengan baik.

Hari ini semuanya berubah. Apabila orang hitam kurus kering dari  Rohingya sampai mereka tidak di ah lan was ah lankan. Tidak ada bunga manggar.  Mereka tidak disambut untuk masuk  ke bumi Malaysia. Mereka hanya diberi makanan dan diminta meneruskan pelayaran mereka. Pekara yang sama juga terjadi apabila kapal-kapal nelayan tua  dari Libya sampai  ke perairan Itali.  Jika kapal ini dalam keadaan baik maka mereka diarahkan pergi ke tempat lain. 
Kemanana agaknya orang pelarian ini akan belayar? Kemana arah tuju mereka? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 -92-21-30-45


---------------

HARI KE 78

Posted: 02 Jun 2015 08:39 PM PDT





FACE BOOK

Hari ke 78
Atas ingatan Muktamar PAS yang berlangsung sekarang saya catatkan ini:
Bila difikirkan balik, lansung tiada kekesalan di hati atas apa yang berlaku dan telah dilakukan.

Tanggal dalam lingkungan 4hb Februari 2009 bila mula desas-desus Kerajaan PR Perak akan dirampas oleh Regim Barisan Nasional, kami sekeluarga adalah antara rakyat Malaysia yang tidak senang duduk dan marah.
Kami tinggal di Kuala Lumpur. Suami saya bekerja. Pulang dari kerja kami bergerak ke Ipoh membawa bersama anak kami Asiah Latif . Berkumpul bersama-sama rakyat yang lainnya di rumah Menteri Besar Perak ketika itu.
"Mahu mempertahankan kerajaan pilihan rakyat Pakatan Rakyat."
Sebuah kerajaan Harapan Rakyat.
"We will do anything to help." Saya masih ingat pesanan ringkas saya dihantar kepada YB Chang Lih Kang ADUN Perak.
Selesai majlis ceramah malam itu kami pulang semula ke rumah di Kuala Lumpur dengan tekad esoknya Jumaat kami akan kembali ke sana. Berkumpul di Masjid Ubudiyyah bagi membantah perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar Perak menggantikan DS Nizar Jamaluddin.
Kami dengar pengumuman pada malam tersebut ketika berkumpul di rumah MB Perak. Walau tak diarah kami tetap punya semangat untuk membantah.
Bila difikirkan balik apalah daya kita untuk melawan, namun dalam hati kami tidak mahu biarkan kezaliman itu menimpa dan dibiarkan saja. Kami rasa mesti bangun melawan bila ada peluang.
Sedikit pun kami tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku hingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat. Kecuali lompatnya beberapa orang ADUN yang berjaya dibeli kerajaan BN.
Kami tidak ada hajat atau niat untuk mendapat apa-apa ganjaran dunia dari apa yang berlaku.
Apa yang kami harapkan,
Cukuplah sekadar menunaikan amanah dari janji yang ditaburkan.
Cukuplah dengan mengembalikan apa yang diberi rakyat kepada rakyat yang memerlukan.
Dalam mengenang mangsa Bencana Demokrasi Perak 6 Februari 2009-18 Mac 20015-2 Oktober 2015.

-------------

LAUT CHINA SELATAN TEGANG

Posted: 02 Jun 2015 07:43 PM PDT




KOMENTAR
minggu ini berita
suasana tegang berterusan
di laut china selatan
sayangnya media milik
parti ketuanan melayu
taidak melaporkan berita ini

kita wajib bersedia
jika perang meledak 
atau berlaku bentrokan

tahu dan sedar
lebih baik dari tak tahu
dan tidak sedar








Australian Government "Actively Considering" Dangerous Provocation in South China Sea

The Wall Street Journal reported last month that the Pentagon was drawing up plans for warships or military aircraft to enter the 12-mile territorial zone around a Chinese islet. The Australian article makes clear that Washington could be contracting out this reckless venture to Canberra, which has a track record of functioning as an attack dog for the US on foreign policy in the Middle East and Ukraine.

According to the Australian, the plans involve a P-3 surveillance aircraft that could possibly take off from the Butterworth air force base in Malaysia. Alternatively, "within a few months" an Australian warship on a port visit to the Philippines or Vietnam could "incidentally" breach "what Beijing considers its territorial waters." Although the Australian warship HMAS Perth is currently in the South China Sea, the P-3 flight "is likely to happen more quickly ... as it is much easier to arrange at short notice."


-----------

Tiada ulasan: