Khamis, 25 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TEMPAT BERZAKAT

Posted: 25 Jun 2015 07:18 PM PDT







ZAKAT
kepada yang telah menalipon
kepada yang telah berhubung
kerana mahu berzakat
kepada dapur jalanan
diucapkan:
terima kaseh  berus gigi
tahun depan zakat lagi


kepada yang ingin berzakat
kepada dapur jalanan
kami juga ucapkan terima kaseh

akoun dapur jalanan:
bank CIMB
no:  800   172   7849
SPKL COLLECTIVE

kepada yang ingin bersedekah 
bahan makanan
atau ingin maklumat
sila hubungi
pak wan: 019-267-12-85
atau
hadi: 012-664-88-73



SELAMAT PUASA

-----------

SATU PERCUBAAN MENIPU

Posted: 25 Jun 2015 06:36 PM PDT







KOMENTAR
tak tahu mana sumber
dijadikan alasan tak saman
sebenarnya tak berani saman
takut nak saman
gentar nak saman

kerana bila saman  kes masuk mahkamah
bila masuk mahkamah
akan akan banyak lagi fakta keluar
ini sebab utama TIDAK saman

kita tunggu berita dari bangkok
bekas pengarah petrosaudi
yang bernama xavier justo sudah ditahan
kita tunggu apa akan berlaku

jangan terperanjat
jika tetiba  tak ada kes
justo pulang ke eropah
semua senyap



KMM bertindak jika pelayan portal Sarawak Report di Malaysia



Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengambil tindakan terhadap laman web Sarawak Report jika portal itu menggunakan sumber di Malaysia.

Shabery bagaimanapun berkata setakat ini SKMM masih tidak mengetahui di mana pelayan portal itu berada.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
baru rakyat tahu
kenapa tak saman sarawak report
kah kah kah
sebab berita rembat duit 1MDB
tak tahu mana sumbernya
pundek laaa tak tahu 
satu dunia  tahu rosmah
satu dunia tahu najib
satu dunia tahu jho low
semua ni sumberlaaa

PUNTAK PANTIK
---------

TAK BERANI SAMAN

Posted: 25 Jun 2015 06:00 PM PDT





Kenapa kerajaan tak saman The Edge dan Sarawak Report?
 | June 25, 2015
Tindakan kedua-dua media yang sering mendedahkan salah laku kerajaan dan dianggap mengeluarkan berita yang tidak benar itu seharusnya diambil tindakan.
KUALA LUMPUR:  Mahathir Mohamad mempersoalkan keengganan kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar The Edge dan blog Sarawak Report.
Menurutnya, kedua-dua media itu yang sering mendedahkan salah laku kerajaan dan laporannya pula yang dikatakan tidak benar sepatutnya diambil tindakan.
"Akhbar mingguan dan portal tersebut boleh dikatakan telah mencabar pihak kerajaan. Tetapi, kenapa kerajaan masih tidak ambil tindakan.
"Kenapa walaupun Sarawak Report dah cakap banyak, tetapi kenapa kerajaan masih langsung tidak saman," katanya.


KAH KAH KAH
woit
ini kes spesial
ini bukan kes berani kerana benar
ini kes takut kerana benar
zombi najib  tak berani bersuara
ini jadi kes spesial
zombi najib cakap betul
zombi najib cakap benar
sarawak report dan the edge
jual fitnah jual tohmah
tapi kenapa tak saman

TAKUT SAMAN




------------

TETIBA JADI AKTIF

Posted: 25 Jun 2015 12:13 PM PDT






SPRM tahan tiga anggota polis kes terima rasuah

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman tiga anggota polis Klang Utara dan Klang Selatan hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang kontraktor bergelar Datuk.

Ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah restoran di Jalan Limau Gedung, Klang.

Mereka dipercayai menerima rasuah RM12,000 sebagai dorongan melepaskan enam warga China yang ditahan.

Daripada tiga anggota polis itu seorang berpangkat sarjan dan dua lagi lans koperal.



KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
tertiba SPRM  aktif
tetiba buat kerja
kah kah kah
ini sandiwara nak tunjuk
pada mak cik felda
SPRM buat kerja
nak tutup cerita rasuah besar
nak alih alih cerita 
dari rasuah di melbourne
jadi mangsa tok sajan 

jadi mangsa kopral

MAIN SANDIWARA














-------------

MEDIA BARU HASUT & LAWAN

Posted: 25 Jun 2015 06:47 AM PDT






HASUT & LAWAN



KOMENTAR
media arus perdana
utusan star berita hairan
tv3 rtm dan dan dan
semua tidak diyakini orang ramai
laporan media milik kerajaan
tidak dipercayi isinya
sebenarnya ini berita baik

orang ramai pecaya kepada laporan internet
orang ramai percaya dengan malaysiakini
orang ramai percaya dengan malaysia insider

NOTA
terima kaseh ronald reagan


Fikir banyak kali sebelum percaya maklumat 1MDB, Ahmad Maslan beritahu ahli Umno


Ahmad Maslan hari ini menggesa ahli parti tidak sewenang-wenangnya percaya maklumat melalui media sosial, terutama membabitkan dakwaan mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) dan isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan menteri kewangan itu yang merujuk kepada isu penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi oleh polis Thailand berkata, ia membuktikan tuduhan asal terhadap 1MDB yang disebarkan sesetengah pihak adalah tidak benar.


KAH KAH KAH
woit
tak payah banyak fikir
semua dah kena hasut
semua dah kena racun
semua daj benci kerajaan
kah kah kah
apa lu mau buat
kah kah kah

HASUT & LAWAN

------------

BELUM ADA BUKTI LAGI

Posted: 25 Jun 2015 06:00 AM PDT







MENTERI KELUARKAN AMARAN PRAMATANG BERDASAR DAKWAAN BELUM SAHIH

Saya amat kecewa dengan amaran yang dibuat Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, terhadap akhbar The Edge dan laman web The Malaysian Insider berkaitan laporan-laporan yang media tersebut telah dibuat mengenai 1MDB.

Ini kerana beliau mengeluarkan satu amaran berdasarkan dakwaan yang dibuat terhadap seorang bekas pengarah syarikat PetroSaudi yang telah ditahan di Thailand. Umum sedia maklum, dakwaan tidak bererti perkara itu sahih. 

Mengikut prinsip perundangan, seseorang yang didakwa di mahkamah tidak bersalah sehingga terbukti bersalah ("Innocent until proven guilty"). Bekas pengarah itu, setahu saya, belum lagi dijatuh hukum bersalah di mahkamah. Oleh itu, untuk mendasarkan amaran di atas dakwaan semata-mata amatlah pramatang ("premature").

Saya gesa  Zahid untuk tarik balik amaran terhadap The Edge dan The Malaysian Insider. Tindakan beliau umpama ugutan yang kelihatan cuba mempengaruhi tingkah laku media yang wajib bebas. Tindakan seperti ini merencat fungsi dan tugas media, melemahkan demokrasi dan mendatangkan persepsi negatif terhadap negara di mata dunia.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

25 Jun 2015


--------------

JUALAN HARAKAH MEROSOT

Posted: 25 Jun 2015 05:00 AM PDT




FACE BOOK


Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai. Amacam?


Dato' Tarmizi Mohd Jam's photo.
Like · Comment · 

SELESAI MINGGU PERTAMA

Posted: 25 Jun 2015 03:43 AM PDT








SATU MINGGU

hari ini masuk hari ke tujuh
cukup pantas hari beredar
saban hari gwa melihat timbang
belum samapi  satu kilo
 yang gugur tewas

hari ini bursa saham kuala lumpur
merundum jatuh 14 mata
ini satu pukulan hebat
nilai ringgit makin merundum
harga barang makanan makin mahal
gwa dengar 
tahun ini makin kurang bazar ramadan
kuih muih naik harga


TIKUS KECIL

sahur kelmarin 
jam dua pagi
gwa pergi cari sambal petai
pasti berjumpa
gwa tahu dimana 
awal pagi ada sambal petai
tapi gwa tak mahu beri alamat
nanti jadi pop
nanti harga naik melambung
gwa tak sanggup datang lagi

kakak penjual kata
harga petai mahal
gwa faham


sahur ini bersama kawan kawan
menyambut pulang adam adli
dari persidangan hak asasi di geneva
sesudah membeli sambal petai
kami kemudian singgah
restoran tikus kecil
restoran ini  cool

restoran tikus kecil
memang tempat kami selalu bersahur
makanan masih demokratik harganya
kadang kadang kami bertemu
anak anak gadis yang baru habis bekerja
mereka cun dan bergetah
mungkin anak lelaki
mungkin anak perempuan
makin susah untuk dihafal
adam adli pulang dari geneva
dengan  keju dan coklat
belum di rasakan lagi
sayang  sekali
tak ada air anggur merah
kalau tidak cukup enak untuk bersahur


SELAMAT

 BERBUKA


------------

BERITA BAIK BERITA BAIK

Posted: 25 Jun 2015 12:00 AM PDT







BERITA BAIK

pada 17 oktober 1998
general pinochet bekas presiden chile
ditangkap dilondon ketika datang berubat

pada 22 jun 2015
general karenzi karake dari rawanda 
ditangkapm di london

pinochet dan karake adalah orang jahat
membuat jalat di chile dan rawanda


INI BERITA BAIK
kita selalu buat polsi report
dari kes rasuah 
ke kes kegansan polis masa demo bersih
sampai ada buta mata
tapi semua laporan polis
tidak menjadi apa apa


maka:
mari kita lakukan sesuatu yang baru
membuat satu pekara yang sama
berulang ulang kali
dengan harapan akan ada perubahan
adalah kerja bodoh

KITA ADA KES:
1 - kegansan polis ketika demo bersih
2- kita ada kes pembunuhan altantyuya
3- kita ada kes rasuah kapal selam
4- kita ada kes pembunuhan aminul rashid
5- kita ada kes pembunuhan teo beng hock
6- kes pemenjaran anwar
7- kes penipuan PRU13

mari buat laporn polis di london
mari buat laporan polis di sydney
buat laporan polis  balai polis
di lapangan terbang heathrow
buat laporn polis  balai polis
di lapangan terbang sydney


SIAPA AKAN BUAT LAPORAN?
yang akan buat laporan
ialah warga malaysia
yang kini menjadi penduduk tetap di UK
warga malaysia penduduk tetap di australia

pada ketika ini semakin ramai rakyat malaysia
yang telah menjadi penduduk tetap di luar negara
majoriti mereka anti kerajaan
majoriti mereka mahu jatuhkan kaerajaan
inilah peluang terbaik untuk mereka
berkerjasama menjatuhkan kerajaan zalim

mereka bekerja sama
dengan pelbagai NGO hak asasi
inilah yang telah dilakukan
oleh warga chile
oleh warga rawanda

jangan buang masa 
buat laporn polis di malaysia
kerana polis itu adalah
sebahaguian jentera yang
mempertahan kuasa
united malays national organisation

jangan buang masa di mahkamah
mahkamah ini juga akan bersubahat
dengan united malays national organisation

INI NAMANYA 
BERFIKIR STRATEJIK

INI NAMANYA BERFIKIR
 DILUAR KOTAK

Rwandan military general arrested in London in connection with war crimes

One of Rwanda's top military figures has been arrested in London in relation to alleged war crimes against civilians, police have said.
Karenzi Karake, director general of Rwanda's national intelligence and security services, was prevented from leaving the country on Saturday morning by the Metropolitan police extradition unit on behalf of authorities in Spain.


-----------------

NAJIB BETUL SUWEY

Posted: 24 Jun 2015 10:30 PM PDT






KOMENTAR
lihat cara polis negara kapir bergerak
negara kapir tak ada agama
negara kapirt tak ada tuhan
negara kapir pengeluar wine 
negara kapirt pegeluar beer
dengan pantas melakukan siasatan
dengan pantas meredah masuk
dengan pantas rampas dokumen

bukan buat kenyaataan  akan disiasat
buka buat janji akan disiasat

tak ada kenyatan
tak ada menteri buat janji
terus bergerak

kerana apa?
kerana TIDAK mahu
penyakit rasuah ini merebak
dari negara islam malasia
ke negara kapir mereka

NOTA:
mustahil tak sedar
mustahil tak nampak



Polis Australia lancar serbuan susulan pendedahan penipuan hartanah Mara


Pihak berkuasa Australia melakukan beberapa serbuan di Melbourne susulan pendedahan akhbar The Age berhubung pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sana, yang didakwa dibeli menerusi satu komplot, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

Menurut laporan itu, Polis Persekutuan Australia merampas beberapa komputer dan fail daripada kediaman Vermont South pagi ini, dan lebih banyak serbuan akan dibuat selepas ini.

Siasatan yang dinamakan "Operasi Carambola" itu bermula selepas akhbar Australia, The Age melaporkan pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik didakwa menggunakan jutaan ringgit dana awam membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne menerusi satu penipuan hartanah.

 Laporan itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandar raya itu pada 2013.


JENG JENG JENG
kah kah kah
kah kah kah
ini mesti nak malukan najib
ini mesti nak malukan malaysia
ini mesti kerja pembangkang
ini mesti kerja kuncu anwar ibarahim

ini mesti rancangan licik
yang jatuhkan kerjaaan
ini  mesti rancangan ajen asing
ini mesti rancangan israel
ini mesti nak malukan umat islam
ini mesti nak malukan pemimpin melayu
ini mesti nak hina raja melayu
ini nak rosakkan akidah orang melayu
ini kerja yahudi
kah kah kah

PADAN MUKA


------------

JUAL AGAMA

Posted: 24 Jun 2015 08:58 PM PDT








FACE BOOK

Wanji Wanhussin Wanji

13 hrs · 
 

Ayyak!!!!

Zairi Zakria patutnya tambah skit lg.."diperbuat drpd benang yg dibaca 30 juzuk AlQuran"..
7 hrs · Like · 7


DUA PERNIAGAAN
 PALING TUA
satu jual agama
cuba teka satu lagi apa


KAH KAH KAH
woit
kenapa tak mintak
number ekor
beli number
menang jadi kaya
bila kaya tak payah
jual baju

KAH KAH KAH

---------------

HAKIM MAHKAMAH SYARIAH DIPENJARA

Posted: 24 Jun 2015 08:18 PM PDT






KOMENTAR

apa makna berita ini?

lihat dan saksikan
baca dan fahami berita ini

maknanya RASUAH
telah menular luas
rasuah telah merebak
hingga ke mahkamah syariah
hakim mahkamah tinggi syariah
didapati makan rasuah

tidak dapat dibayangkan
bagaiaman di mahkamah rendah


Bekas hakim syariah beraya di penjara

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.  

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.   

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim  Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah mendapati sabitan itu adalah wajar.  

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen.

Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam.  

Panel yang turut dianggotai hakim-hakim  Tengku Maimun Tuan Mat dan i Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman serentak, bukan secara berturut-turut.  

Hassan Basri, yang kelihatan tenang bila mahkamah menyampaikan keputusan, diarah memulakan hukumannya hari ini oleh kerana beliau diikat jamin RM105,000 dengan dua penjamin, ketika menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan.  

Beliau didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua orang berhubung dua perkahwinan tanpa mengikuti prosedur yang betul, dan bagi pengembalian wang jaminan berhubung pengambilan alkohol dan menggalakkan jenayah maksiat di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos, 2006 dan 15 Ogos, 2007.

Mahkamah Sesyen di Ipoh mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi tuduhan pada 14 Dis, 2010.

Hassan Basri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Beliau dipercayai hakim Syariah pertama dihukum kerana rasuah. Hassan Basri diwakili peguam-peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan  Salehuddin Saidin.

Salehuddin berhujah hukuman penjara itu agak melampau dan menggesa mahkamah mengurangkannya.  

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira tingkah laku Hassan Basri bila beliau berkata, "Habislah kena tangkap, minta tolong" kepada pegawai yang menangkapnya bila ditahan.


KAH KAH KAH
woit
inilah muka
yang selalu tangkap anak muda
yang selalu hantar anak muda
yang dituduh khalwat
inilah muka yang ngaku
menjadi wakil tuhan
inilah muka
yang ngaku boleh online denmgan allh

PADAN MUKA
----------------

PERCUBAAN NAK SELAMATKAN ZOMBI

Posted: 24 Jun 2015 07:40 PM PDT







KOMENTAR
dipinda?
dipinda macam mana?
siapa yang kata dokumen dipinda
siapa yang kata e-mail dipinda

yang kata dipinda
ialah petrosaudi
bukan keputusan mahkamh siam
ini syarikat yang rembat duit 1MDB
ini syarikat yang kerja dengan jho low

masih timbul soalan:
selama kini kenapa tak cakap
selama kini kenapa tak tuduh
selama kini kenapam tak bising
mengatakan bahawa dokumen dipinda
mengatakan bahawa e-mail dipinda
mengatakan bahawa data dipinda

kenapa?
why
pourquoi
Y

jelas ini adalah satu percubaan
untuk selamatkan najib
satu percubaan untuk
bersih keterlibatan najib
dalam merembat duit 1MDB




NOTA
kita tunggu
apa yang akan meletup
bila bicara bermula

Meminda e-mel,


 dokumen  bocor


Polis Thailand tangkap dan dakwa warga Switzerland Xavier Andre KUALA LUMPUR 24 Jun - Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan, sebahagian e-mel dan dokumen yang bocor seperti disiarkan dalam sebuah blog, Sarawak Report sebelum ini didapati telah dipinda.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.fu63bYI8.dpuf


KAH KAH KAH
woit
sekarang baru nak cakap
sekarang baru sedar
sekarang baru tahu
kah kah kah
ini betul kaki putar
ini betul kaki kuntau
ini betul mat tojeng
ini betul mat lengit 

PUNDAK WAKRAK

--------------

Tiada ulasan: