Rabu, 24 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PUTAR BELIT APA

Posted: 24 Jun 2015 06:47 PM PDT







Annuar: PM lulus urusan beli hartanah MARAZulaikha Zulkifli | 11:43AM Jun 24
dikemaskini 3.10pmKatanya, MARA tak tahu bayaran lebih RM13.7 juta beli Dudley House.


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri  Najib Razak.






KAH KAH KAH
woit
apa najib nak cakap
apa najib nak daleh
apa najib nak tipu
semua jual beli di australia
dapat kelulusan PM
siapa PM?
kalau rosmah PM
memang sah najib tak tahu
kah kah kah

SIAPA PM?




------------------

JELAS DAN TERANG

Posted: 24 Jun 2015 06:00 PM PDT




Kenyataan pengerusi Mara diputar-belit, kata PM


Najib Razak kecewa kenyataan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Annuar Musa berhubung pembelian hartanah di Melbourne, Australia diputarbelitkan sesetengah media.

Najib menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

"Saya kecewa bahawa kenyataan  Annuar Musa diputar-belit oleh sesetengah media. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
putar belit pulaaaaak
kah kah kah
apa yang annuar musa cakap
amat jelas dan terang
annuar suara jujur
suara pengerusi mara

annuar musa kata 
najib tahu semua keputusan
jual beli  harta di melbourne 
najib tahu kerana dia pm
annuar musa nak tipu apa
nak putar belit apa pulak
kah kah kah
dah kantoi  tuduh putar belit

CUKUP SUWEY



----------------

MELAYU KENA TIPU LAGI

Posted: 24 Jun 2015 12:42 PM PDT







SKANDAL PEMBELIAN HARTANAH MARA: SIAPA DAN BERAPA NILAI ATAU JUMLAH HARTANAH YANG TERLIBAT?
Pendedahan eksklusif yang dibuat oleh akhbar Australia The Age yang bertajuk "Corrupt Malaysia money distorts Melbourne market" bukan sahaja memalukan nama baik Malaysia tetapi juga menimbulkan persoalan integriti dan sejauh mana wang amanah rakyat MARA disalahgunakan.
Menurut laporan tersebut, pembelian hartanah The Dudley yang sepatunya berlaku pada harga RM51.5 juta telah dibeli pada harga RM 65.4 juta yang mana lebihan RM 13.8 juta daripada nilai sebenar telah diselewengkan.
Siasatan yang dijalankan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi ini mengesahkan bahawa syarikat ini telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin (rujuk lampiran). Thrushcross dipercayai dikawal oleh MARA melalui anak syarikat iaitu MARA Inc yang mana salah seorang pengarah utama Thrushcross adalah  Mohammad Lan Allani iaitu pengerusi MARA Inc.
Mohammad Lan Allani adalah seorang pemimpin Barisan Nasional yang merupakan bekas ADUN Sulabayan yang terletak dalam Parlimen Semporna selama dua penggal dan juga bekas pengerusi Kelab Backbenchers Sabah.
Ini menimbulkan pelbagai kecurigaan dan tanda tanya tentang bagaimana wang amanah rakyat terlibat dalam skandal ini.
1.      Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini iaitu Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai? Mengapa ianya tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?
2.      Selain daripada The Dudley, benarkah MARA melalui MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?
3.      Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga 4 hartanah ini menelan belanja RM 244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?
Persoalan-persoalan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu merungkaikan tuduhan berat yang dilemparkan oleh The Age.
Kami juga menyambut baik komitmen yang diberikan oleh  Najib Razak untuk menyiasat skandal pembelian hartanah oleh MARA.
Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, Perdana Menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah-hartanah yang lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat.
24 JUN 2015
MOHD RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah




--------------

MENCURI YANG HALAL

Posted: 24 Jun 2015 06:30 AM PDT




DUA 
EKOR LANUN

MESIN BUAT DUIT
Masuk reban ayam orang curi telor ayam. Ini curi namanya, tangkap masuk penjara. Kalau hudud potong tangan. Berparang masuk kedai emas, ambil emas. Ini rompakan. Kalau tertangkap hukuman lebih berat lagilah.

 Felda sudah lain, ia sama macam skim bela lembu, ia itu mesin buat duit untuk penjaganya. Kalau kita suruh seorang petani Felda yang lulus darjah lima sahaja . Petani ini pun tahu macam mana nak buat dengan mesin Felda ini ... sebab nanti akan ada orang datang ajar macam mana nak buat. 

Macam Jloh ajar Najib lah. Sapa nak bagi juta-juta oooo. Lagi pun halal ... kok ada dosa pun setelah pergi berumrah dua tiga kali habislah dosa tuuu. Kalau yang keling nak basuh dosa mereka ke Sungai Gangeslah. Masalahnya bagi warga Felda selagi mereka boleh nampak pokok getah atau sawit mereka masih terpacak macam kontol pengantin, mereka tak akan faham apa yang berlaku keatas Felda. Warga Felda dah dizombikan oleh Isa Khinzir dan gengnya. on BERITA BAIK UNTUK NEGARA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 6/19/15







-----------

APA ITU PRP

Posted: 24 Jun 2015 05:00 AM PDT









PRP
APA ITU PRP 
TUNGGU & NANTI



PRP


PAKATAN RAKYAT

 PERJUANGAN



-----------------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 24 Jun 2015 04:00 AM PDT







HARI KE 6
esok masuk seminggu
bagitu pantas masa beredar
bagitu cepat jam berjalan

lalu teringat dizaman kanak kanak
saban detik mengira hari
saban saat berharap malam datang cepat
subuh melintas pergi
senja begegas lari 
malam jangan berlarutan
subuh datang lagi

ah!
sehari raya
semakin dekat 

tahun ini gwa spesial
gwa telah ada tiga helai baju batik
dua helai ditempah
sahelai hadiah dari jakarta
apa yang perlu hanya seluar 
yang pasti gwa cari di kedai bundle
ertninya gwa akan beraya sakan

tapi tahun ini
mungkin sekali lagi
gwa beraya bangla
tahun lalu raya bangla
tahun ini silap silap
raya bangla sekali lagi

gwa masih belum merayau 
melihat bazar
sabtu ini telah ada temu janji
mungkin melaram ke sekinchan
mungkin melaram ke kuala selangor
nak cari tapai ubi
nak cari pecal jawa
nak cari mangga
nak cari buah buah
mana tahu 
tepi jalan
ada jual cendawan busut
jalan jalan tunggu raya


KUALA LUMPUR
cuaca tidak terik
gwa dirumah selesa
siesta gwa enak dan nyaman

tak tahu gaimana di luar kita
tak tahu gaimana di kampong
tak tahu gaimana di felda

jualan di chow kit
jualan di batu road
masih belum sibuk
masih bayak khemah yang kosong


SELAMAT BERBUKA





------------



SEMUA MAKLUMAT SAHEH

Posted: 24 Jun 2015 01:00 AM PDT




KOMENTAR
semakin saheh
semakin sah
bahawa semua dokumen
bahawa semua maklumat
semua e-mail
semua data
tentang jual beli
antara  petrosaudi 
dengan 1MDB ada saheh

jelas lelaki yang bernama 
xavier justo ini
pegawai IT petrosaudi
telah membocorkan: 
maklumat
email
surat perjanjian
data

maka jelaslah
maklumat dari mahathir muhamad
maklumat dari sarawak report
tepat dan betul
kerana xavier justo ini
telah membocorkan  semua maklumat ini

bagitu lama sekali
rakyat malaysia merasa pelik
dari mana mahathir
dari mana sarawak report
mendapat data dan maklumat

maka semuanya terjawab sekarang!

BOCOR



Former PetroSaudi employee arrested in Thailand for allegedly leaking 1MDB information

PETALING JAYA: A former PetroSaudi International employee has been arrested in Thailand, allegedly for leaking information related to 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Xavier Justo, a former IT executive at the company, was arrested at his home in Thailand on Monday and was charged with attempted blackmail and extortion against his former employer.
"We are relieved that Mr Justo will now face justice through the courts. We have been the victims of a regrettable crime that has unfortunately been politicised in Malaysia




--------------

OMBAK BARU & JANJI BAKRI

Posted: 23 Jun 2015 10:30 PM PDT







OMBAK BARU 

&

JANJI BAKRI



Kepada peminat dan pelajar filem pasti akan tahu tentang makna Ombak Baru - New Wave - yang meledak dikota Paris pada tahun 1960 dahulu. Dalam tahun itu Jean-Luc-Goddard telah membuat filem : À bout de souffle atau  Breathless atau  dalam Bahasa Melayu Putus Nafas. Filem ini memulakan gerakan cinema Ombak Baru  yang melanggar hukum-hukum lama dan membuka nahu baru dalam pembuatan filem.

Dikota Paris anak-anak muda dan warga  Peranchis amat obses dengan filem  - maka  Ombak  Baru  yang lahir ialah ombak untuk filem dan cinema. Manakala di Malaysia anak-anak muda dan warga Malaysia amat obses dengan politik maka yang muncul ialah Ombak Baru dalam politik. Saperti New Wave di Paris, New Wave di Kuala Lumpur juga akan melanggar hukum-hukum lama dalam politik Malaysia.

Untuk memahami Ombak Baru ini, wajib kita memahami sadikit latarnya. Sama saperti New Wave di Paris, ianya muncul apabila anak-anak muda telah menjadi bosan dengan yang lama. Kebosanan dengan yang lama inilah yang menjadi pemangkin utama  Ombak Baru. Titik sejarah  Ombak Baru politik Malaysia ialah Muktamar PAS yang baru berlangsung.

Muktamar PAS yang baru selesai dilihat sebagai  perhimpunan genre komidi. Selesai sahaja Muktamar ini ianya terus menjadi bahan lawak anak-anak muda di Face Book dan di media sosial. Muktamar ini menjadi komidi bukan kerana siapa yang kalah atau siapa yang menang. Pekara ini bukan komidi.

Yang menjadi  bahan komidi ialah sikap Dewan Ulamak PAS. Dewan ini telah  membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.  Ketetapan Dewan Ulamak telah diterima Muktamar tanpa apa-apa perbincangan. Keputusan ini wajib dihormati kerana ianya datang dari Dewan Ulama dan diluluskan oleh Muktamar -tempat pembuat dasar tertinggi.

Perkembangan  seterusnya - sesudah tamat Muktamar menjadikan keputuasan Dewan Ulamak ini  lawak.

Jika mengikut lojik keputusan Dewan Ulamak maka putuslah hubungan PAS dengan DAP. Tapi ini tidak berlaku.  Tup tup ... Ada kenyatan kata tak putus lagi. Tup tup ada saranan  meminta ahli menunggu apa kata Majlis Syura pulak. Tup Tup ada kenyataan yang menuduh kalau sudah cerai sudah talak tiga kenapa masih tak nak celah. Inilah yang menjadi  bahan lawak kepada anak-anak muda. Maka dari sinilah munculnya gelombang Ombak Baru - New Wave  politik Malaysia.

Ombak Baru ini sedang  memukul pantai politik Malaysia. Sikap kluk klik flip flop dulak dalik  dari pimpinan PAS sekarang telah berjaya menjemput ombak besar yang akan melanda politik Malaysia. Maknanya Ombak Baru ini bukan hanya melanda PAS , PKR , DAP tetapi melanda politik negara ini. Apa sebenarnya Ombak Baru ini?

Pemilihan puncuk pimpinan PAS dalam muktamar baru-baru  ini telah memperlihatkan pertembungan  dua garis politik. Pertembungan ini sabenarnya telah lama berjalan. Rintik-rintiknya boleh dilihat seawal  malam kemenangan parti pembangkang pada 8 March 2008 dahulu.

Kebelakangan ini , umum  telah membaca dan  mengetahui bagaimana telah berlaku pertemuan sulit antara Pak Lah dengan Haji Hadi. Ini diatur oleh Hasan Ali. Malah Khalid Samad sendiri telah mengakui fakta ini. Pertemuan ini  dalam usaha kerjasama untuk menubuhkan kerajaan Selangor. Maka dari sini munculah kosep You Ji - Unity Goverment.

Dua garis atau dua jalur pandangan dalam satu parti politik bukan satu yang pelik atau menghairankan. Dalam semua parti politik - kiri dan kanan - pasti akan ada jalur dan garis pandangan politik yang berbeza-beza.

Dalam PAS ada jalur yang mengajukan keterbukaan dengan garis Islam yang tidak jumud. Garis ini mahu membuktikan  kekuatan Islam yang inklusif. Islam yang memiliki kekuatan untuk terbuka. Islam untuk anak semua bangsa. Islam yang terbuka untuk bangsa semua agama.

Satu lagi garis  ialah politik Islam yang tua lagi  kolot dan membosankan. Kejumudan ini dibaluti pula oleh naluri keMelayuan yang tebal hingga sanggup dan sedia bekerjasam dengan United Malays National Organisation atas nama perpaduan ummah. Garis politik Islam jenis ini amat  cepat dan obses untuk menghukum malah  mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengan mereka.

Pertembungan dua garis politik inilah yang menetaskan Ombak Baru.  Garis politik yang terbuka sedang melawan garis Islam yang jumud. Politik jumud sedang cuba  memadamkan nafas ombak rakyat yang telah bersedia untuk menggulingkan kerajaan Bani Ketuanan Melayu. Manakala jalur  politik Ombak Baru ini sedang membuat persediaan untuk membawa Malaysia berhadapan dengan politik Asean,  Asia Tenggara dan politik dunia.

Para pemain utama  Ombak Baru telah tidak mendapat tempat dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini. Mereka telah diikat, dicap dan dibungkus untuk dikafirkan. Mereka telah dituduh  bersubahat dan didanai oleh  parti kapir DAP.

Kerana tidak lagi memiliki tempat dalam PAS   maka pemain utama Ombak Baru ini memiliki empat pilihan dalam usaha untuk meneruskan garis perjuangan mereka:
1- terus berada dalam PAS
2- mencebur diri dalam NGO
3- menjadi ahli PKR atau DAP
4- menubuhkan parti baru

Empat pilihan ini telah dihadapkan kepada bekas pimpinan PAS pada malam  16 Jun 2015  di Bakri Muar Johor. Sejarah akan menulis tentang apa yang berlaku di Bakri pada malam itu. Siapa dan Siapa  yang hadir pada malam itu akan menjadi titik sejarah. Program Himpunan Jasamu DiKenang telah mengumpulkan hampir kesemua pemain utama Ombak Baru.

Secara tuntas pada malam itu pemain utama   Ombak Baru yang hadir di Bakri  telah sebulat suara bersetuju dengan pilihan ke empat: menubuhkan parti baru. Maka keputusan ini telah dinamakan Janji Bakri.

Laungan Parti Baru! Kedengaran  kuat dan jelas pada malam 16 Jun di Bakri. Laungan ini telah berpindah ke Kota Bahru. Berpindah ke Kuala Lumpur. Kini laugan...parti baru !.. sedang mengombak ke seluruh negara. 

Dalam bulan Ramadan 2015 ini secara terbuka, melalui laporan portal internet dan melaui media sosial warga Malaysia dapat mengesan  pergerakkan  pemain utama Ombak Baru ini. Mereka berpindah-pindah dari satu bandar ke satu bandar memberi penerangan. Mereka sedang mencari buah pandangan orang ramai tentang perincian garis  politik Ombak Baru. Mereka sedang mengumpulkan semua fikrah untuk berfikrah.

Saperti biasa para Kang Kong dari pelbagai cerok mula bersuara. Ada yang berpendapat bahawa sebuah parti baru jika ditubuhkan pasti akan gagal. Hujah Kang Kong ini dibuktikan dengan Hamim, Kita dan Berjasa.  Pengalaman Semangat 46 juga menjadi hujah dan bukti yang memperkuatkan lagi hujah para Kang Kong ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Hamim, Kita, Berjasa dan Semangat 46 akhirnya  tutup kedai. Harus disedari bahawa parti-parti ini bukan Ombak Baru. Parti-parti ini tidak dilihat 'cool' oleh anak-anak muda. Amat penting sekali - pemain utama  parti-parti ini tidak dilihat ada kaitan dengan politik jalan raya. Pemimpin parti ini TIDAK pernah dilokap jauh sekali direhatkan di Kamunting.

Bukan ini sahaja. Ada satu pekara yang wajib difahami. Suasana dan ambiance politik Malaysia  dan dunia telah dan  sedang berubah. Ketika Hamim atau Semangat 46 bergerak TIDAK wujud MalaysiKini atau Malaysian Insider. Tidak ada blog. Tidak ada media sosial. Tidak ada YouTube. Ketua Twitter Negara belum wujud.

Semua ini adalah  ciri-ciri garis pemisah antara  yang jumud dan kotai dengan dunia  sekarang. Suasana  ini akan menjadi bidan untuk menyambut kelahiran parti baru hasil dari Janji Bakri.  

Hakikatnya, pada hari ini penyebaran maklumat bukan lagi dimonopoli oleh United Malays National Organisation. Berita dan propaganda bukan hak mutlak Bani Ketuanan  Melayu. Dengan wujudnya internet semua kemungkinan untuk menyebar dan menyampai berita dan maklumat berada di hadapan mata. 

Ini bukan bermakna apabila wujud sahaja Parti Baru ini maka dengan serta merta ianya mengelembung  merebak dan meluas. Ini anggapan salah. Sebuah parti politik memerlukan wajah untuk melahirkan persepsi. Politik ialah persepsi yang direka dan dibangunkan. Semua ini memerlukan fikrah, strateji  dan perancangan yang detail. Semua ini memerlukan kerja keras.

Suasana dan iklim politik Malaysia pada ketika ini cukup ranum untuk menyambut kelahiran sebuah parti politik Ombak Baru. Pemenjaraan Anwar Ibrahim, pembunuhan Altantuya, kewujudan penyamun Jho Low dalam 1MDB dan kerenah Rosmah Mansor adalah latar politik kita pada ketika ini. Semua ini adalah  peluru berpandu Scud yang wajib disasarkan untuk  meledakkan United Malays National Organisation.

Suasana politik Malaysia   bertambah rancak dengan sikap Mahathir Muhamad yang terus menyerang Najib. Dalam masa yang sama Najib Razak kelihatan tidak lagi memiliki khudrat untuk memimpin dan mengendalikan negara melalui dasar. Negara Malaysia hari ini bergerak dengan sendiri justeru ekonomi dan nilai ringgit kita semakin merundum.

Najib ketika ini hanya berupaya menabur duit untuk mencari sokongan. Berapa lama agaknya Si Najib ini akan selamat menjadi Santa Claus?  Akan  sampai ketika apabila kantong  negara akan kosong kerana semua fulus  telah beralih masuk ke dalam Beg Birkin. Dan saperti filem Jean-Luc-Goddard - Putus Nafas - Najib akhirnya akan putus pafas.

Justeru untuk menghindar dari malapetaka ini maka   kita wajib bersedia dilanda Ombak Baru. Bersedia untuk menerima kelahiran  sebuah parti politik baru dengan garis politik baru. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhabr minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

-------------

NAJIB SUWEY LAGI

Posted: 23 Jun 2015 09:50 PM PDT









Najib luluskan pembelian hartanah di Australia, kata pengerusi Mara


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Annuar Musa menegaskan pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia oleh Mara Incorporated (Mara Inc) dilakukan mengikut proses ditetapkan, malah ia diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan  Najib Razak sendiri.

Annuar berkata keputusan pembelian tersebut dibuat pada Mac 2013, namun mengakui pembelian blok pangsapuri itu terlalu tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.

KAH KAH KAH
woit
satu lagi kes meletup
kes 1MDB belum selesai
kess bunuh altantuya belum selesai
kes  rasuah kapal selam masih ada

muncul  pulak kes melbourne
kah kah kah

memang betul kata kata  YB TENG
najib razak jantan suwey

ZOMBI SUWEY

----------------

INGATAN

Posted: 23 Jun 2015 09:08 PM PDT








MALAPETAKA

malaysia sedang dilanda malapetaka
kerana terlalu ramai
orang yang baik baik
orang yang jujur jujur
tidak melakukan apa apa

Terima Kaseh




-------------


ISA SAMAD NGOK

Posted: 23 Jun 2015 08:57 PM PDT





KOMENTAR
nilai ringgit malaysia turun
ini satu fakta 
bila nilai turun
ertinya duit kita jadi murah

dulu 1 ringgit sama dengan 10 bhat
sekarang 1 ringgit hanya 7 bhat
dulu satu ringgit dapat secawan teh di siam
sekarang perlu dua ringgit

kita impot 80% bahan makanan
semua barang impot jadi mahal
kerana itu barang makanan naik harga

isa samad kata
nilai ringgit jatuh adalah baik
kita boleh jual minyak sawit murah

dulu jual  1 tong 100 dolar
sekarang jual  1 tong 25 dolar
untung kapala bana apa?


Kejatuhan ringgit bantu tambah baik ekport perladangan FGV, kata Isa Samad


Kejatuhan nilai ringgit tidak akan menjejaskan perniagaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) namun sebaliknya menambah baik eksport perladangan syarikat itu.

Tabung Haji tanggung subsidi jemaah RM150 juta akibat kos haji naik


Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung jumlah keseluruhan subsidi penghantaran 22,320 bakal haji sebanyak RM150 juta, berikutan kenaikan kos, terutama penginapan di Mekah dan Madinah yang meningkat 40%, lapor Berita Harian

KAH KAH KAH
woit
nak ngaku bijak
tapi hasan malek
nak ngaku pandi
tapi ahmad maslan
bodoh  macam telo

HANCUR FELDA
-------------

TEMPAT BERZAKAT

Posted: 23 Jun 2015 08:12 PM PDT






FACE BOOK



Sesiapa yang nak derma atau menunaikan zakat untuk warga miskin kota, boleh salurkan kepada dapur jalanan.
tahun lepas dan tahun ini - Insya Allah - saya membayar zakat di Dapur Jalanan. Salurkan zakat terus kepada warga miskin kota.
maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL
-yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
800-172-7849 CIMB spkl collective
yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
Pakwan = 019-267-12-85
atau Hadikhalid = 012-664-88-73
--------------------------
akoun dapur jalanan: 

Bank CIMB

800-172-7849 

spkl collective
---------------------




















------------

TUNGGU DAN NANTI

Posted: 23 Jun 2015 07:50 PM PDT






JANJI BAKRI


Pembangkang akan muncul dengan lebih kuat – Anwar

"Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik,"…


JENG JENG JENG
woit
kah kah kah
hadi kata yang keluar parti akan tengelam
hang tahu kenapa hadi tak tenggelam?
kah kah kah
kerana hadi makan sotong
kah kah kah

MAT SOTONG

--------------

Tiada ulasan: