Khamis, 18 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PAS KENA KELENTONG

Posted: 18 Jun 2015 05:57 PM PDT







KOMENTAR
jelas hadi kena tipu
jelas tim ulamak kena tipu


Urusan kerajaan diselesaikan dulu sebelum bahas usul persendirian, kata Speaker
Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahas selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.

"Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 15 mengatakan bahawa sesuatu usul daripada usul persendirian tidak akan dapat dibahas selagi agenda urusan kerajaan di bawah peraturan mesyuarat 15 tidak selesai," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

KAH KAH KAH
woit
sah kena tipu
sah kena kelentong
itulah kalau nak pandai
jangan mencandat sotong
jangan makan sotong

BODOH SOTONG

-----------------

TAHNIAH BEBAS

Posted: 18 Jun 2015 12:05 PM PDT







TAHNIAH!

lawan tetap lawan


11 aktivis dapat pengampunan diraja dibebaskan

Semua 11 aktivis terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak dibebaskan pada jam 9 malam tadi.

Mereka disambut ahli keluarga yang menunggu di luar penjara Tapah sejak jam 5 petang tadi.



--------------

HAPUSKAN AKTA HASUTAN

Posted: 18 Jun 2015 11:50 AM PDT







Penangkapan Akta Hasutan 409 kes dari 2008-2015 bukti Akta Hasutan disalahgunakan
Saya telah mengemukakan soalan saya kepada Kerajaan pada 17 Jun 2015 seperti di bawah:
"Berapa kes siasatan, tangkapan dan dakwaan Akta Hasutan mengikut tahun sejak ia dilaksanakan dari 1948 hingga 2015 mengikut tahun."

Jawapan yang saya terima amat mengejutkan. Mengikut rekod polis, sejak tahun 2008 sehingga 22 Februari 2015, sebanyak 409 kes telah disiasat, 26 kes telah dituduh di Mahkamah, 99 kes masih dalam siasatan, 30 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, 116 kes perlu siasatan lanjut, 138 kes No Further Action.

Kes sebanyak 409 dalam masa 7 tahun sahaja amat membimbangkan. Akta Hasutan memberi takrifan yang meluas kepada pihak kerajaan membuat tangkapan. Dalam perbahasan pindaan RUU Akta Hasutan dalam dewan rakyat yang lepas, Menteri Dalam Negeri enggan memberi takrifan bagaimana seseorang melanggar akta hasutan. Ini bermaksud kerajaan boleh menakrifkan akta hasutan seluas-luasnya. Akibatnya seramai 409 orang telah ditangkap. Kami syaki bahawa kebanyakkan penangkapan-penangkapan tersebut adalah bersifat politik terutamanya melibatkan pembangkang atau aktivis masyarakat. Ini membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa seperti yang disaksikan pada akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015 di mana ramai wakil rakyat, aktivis, pensyarah dan kartoonis  ditangkap di bawah akta Hasutan.

Kedua, dengan hanya 26 kes didakwa di mahkamah, bersamaan 6%, ini bermaksud, banyak kes tidak mempunyai prima facie kes yang boleh didakwa. Ini dibuktikan dengan 138 kes NFA, dan banyak kes lagi perlu siasatan lanjut. Kami syaki penangkapan 409 kes adalah satu penyalahgunaan kuasa dan bermotif menakut-nakutkan masyarakat.

Ketiga, Saya juga amat kesal dengan sikap "self congratulatory" dan shiok sendiri yang ditunjukkan oleh kerjaaan yang berkata " Kita seharusnya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan terdahulu yang telah bersedia dari awal lagi untuk menggubal akta ini sebelum sesuatu peristiwa yang tidak diingini berlaku. Memandangkan akta ini relevan sehingga ke hari ini, maka kita seharusnya menyokong agar ianya dikekalkan". Ini amat mengejutkan. Rakyat diberitahu bahawa Perdana Menteri ingin memansuhkan akta Hasutan pada tahun 2012, tetapi pada tahun 2015 ia diperketatkan. Ini adalah pusingan U yang terbesar dalam pentadbiran YAB PM Najib. Apa yang dibanggakan? Adakah kerajaan tidak berasa malu?

Ketiga, isu Akta Hasutan adalah isu Hak Asasi Manusia. Penangkapan berleluasa menggunakan Akta Hasutan telah melanggar hak kebebasan bersuara sehingga menimbulkan batahan dunia tentang akta draconian ini. Pada sesi Parlimen lepas iaitu pada April 9, 2015, selepas debat 12 jam, Pindaan Akta Hasutan diluluskan dengan mandatory penjara 3 tahun jika disabit kesalahan. Ini telah mendapat perhatian seluruh dunia. UNHCR High Commissioner for Human Rights Zeid Ra'ad Al Hussein telah membuat bantahan dan menyeru Malaysia memansuhkan akta Hasutan serta merta.
Kami khuatir martabat Negara Malaysia akan terjejas dengan lebih teruk lagi di mata dunia kerana Malaysia sekarang adalah salah satu ahli dalam UN Security Council dan Pengerusi ASEAN. Malaysia harus meningkatkan kebebasan bersuara dan hak asasi Malaysia ke taraf dunia. Jika tidak, Malaysia akan selama-lamanya dikenali sebagai semi-authoritarian states dengan rekod hak asasi manusia dan kebebasan bersuara yang semakin merosot.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru




------------

KALAU TAK SALAH SAMAN

Posted: 18 Jun 2015 06:00 AM PDT




KOMENTAR
berita najib telah merebak ke new york times
ini akhbar pro rumah puteh
ini akhbar yang dibaca oeh elit amerika

sasatengah intelektual kiri amerika
menamakan akhbar ini suara rumah puteh

ini bermakna nama najib dan rosmah
telah jadi telor tembelang

kes bunuh altanytuya
kini telah menjadi tanya tanya
bukan sahaja di malaysia
malah oleh new york times juga

NOTA
najib saman harakah
ini berlaku bila harakah
ambil berita dari new york times
tentang duit anak rosmah

sekarang sekali lagi akhbar 
new york times tibai najib
kalau najib tak salah
kalau najib tak ada apa nak sorok
saman lah akhabr ini


Najib ibarat penjenayah, kata Dr M kepada NY Times


Najib Razak mahu meninggalkan warisannya sendiri dalam pentadbiran negara namun beliau ibarat seorang penjenayah, kata Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan The New York Times (NYT).

Wawancara bekas perdana menteri itu dengan akhbar tersebut berkisar kritikannya terhadap dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib,  Rosmah Mansor, dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
bilan nak saman new york time
ini memalukan pemimpim melayu
ini menghina pemimpim islam
akhbar kapir hina pemimpin islam

mana dia pukida
mana dia pukipm
mana dia hasan ali
mana dia ibrahim ali
mana dia penyokong najib
mana dia hadi punat
mana dia harun jinn
mana dia din ayam

KALAU BERANI

SAMAN LAAA


------------

MUSTAHIL TAK FAHAM

Posted: 18 Jun 2015 05:30 AM PDT





KOMENTAR
berang marah merungut
semua buang masa
semua tak guna

hudud ini hanya satu drama
untuk kacau pas
untuk kacau pakatan rakyat

sekarang projek itu telah berjaya
mustahil tak faham

HADI TINGGAL PUNAT 



Mahfuz berang 'pemainan hudud' Putrajaya

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada  Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk memolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.


Shahidan Kassim mencelah dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama  Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.

KAH KAH KAH
laaaa...
nak bengang buat apa
tuang presideng
dah kena kuntau
dah kena kencing
beairlaaah siku & lutut
kah kah kah

PADAN FACE

-----------

SELAMAT BEBUKA PUASA

Posted: 18 Jun 2015 03:49 AM PDT





HARI PERTAMA

kuala lumpur mendung
tengah hari hujan
petang lembab
selamat datang puasa

jalan raya jam lima
 makin berasak asak

bazar ramadan banyak
belum mula
khemah sudah terpasng
banyak kedai tutup
mamak maidin jalan kemuja tutup

tadi gwa ke chow kit
nak beli buah mangga water lily
kecewa
tak jumpa
tak banyak buah yang ada
mungkin hari pertama

kali ini gwa berberbuka
buah rambutan
dan  
air suam
tapai
+
pecal jawa dari chow kit

SELAMAT

 BERBUKA






----------

BANYAK MAKAN SOTONG

Posted: 17 Jun 2015 10:28 PM PDT



MENUNGGU SOTONG


Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS


Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kena tipu
kah kah kah
tu pasal bodoh
banyak samngat makan sotong
kah kah kah

PADAN MUKA
-------------

NAJIB BOHONG LAGI

Posted: 17 Jun 2015 09:18 PM PDT




DUIT KENA 

REMBAT




WASPADA AMERIKA SEDANG MERANCANG

Posted: 17 Jun 2015 08:49 PM PDT





BERITA EROPAH


ketika tulisan ini ditulis
satu latihan tentera NATO
sedang berjalan
latihan 2 minngu ini melibatkan
5900 soldadu dari 17 buah negara nato

nato ialah north atlantic treaty organisation
ini adalah perjanjian tentera yang dikepali oleh USA

tujuan nato awalnya menentang RUSSIA
ini dizaman pernag dingin
hari ini sesudah dimansuk USSR
natosemkin meluas
anggota nato bertambah
negara bekas PERJANJIAN WARSAW 
saperti poland kini menjadi anggota nato

kuasa imperialis amerika
masih mahu menjadi hegemon
mengawal dunia
mennjarah harta kekayaan dunia
melalui bala tentera

di asia
amerika sedang  dan akan kacau
di LAUT CHINA SELATAN

di timur tengah perang sedang berjalan

amerika merancang perang tempatan
tidak perang dunia secara global
melalui stratiji perang tempatan
amerika dapat memastikan  perang ini dapat dikawal

ini adalah stratiji : 
huru hara dirancang
huru hara yang di kawal

latihan tenteran nato yang sedang berjalan ini
pasti akan dilihat sebagai satu provokasi oleh rusia
kita tunggu dan nanti jawapan russia





Nato shows its teeth to Russia with elaborate Baltic training exercise

Mock landing in Poland, just over 100 miles from Russian naval hub Kaliningrad, is an exhibition of allied strength but some say it could send a dangerous signal.

The mock landing at Ustka, Poland, on Wednesday was the climax of a two-week Nato exercise called Baltops. Forty-nine naval vessels from 17 countries and 5,900 personnel were involved in this major show of strength.


NATO 

PROVOKASI 

 PERANG

------------

NEGARA HILANG LESAP

Posted: 17 Jun 2015 08:09 PM PDT






HILANG LESAP



  • IMB sahkan terima laporan kapal tangki MT Orkim Harmony ...

    www.astroawani.com/.../imb-sahkan-terima-laporan-k...

    Translate this page
    3 days ago - IMB mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol yang dilaporkan hilang di perairan Kota Tinggi.
  • Status kapal tangki Orkim Harmony dilaporkan hilang, bukan

    www.astroawani.com/.../status-kapal-tangki-orkim-har...

    Translate this page
    4 days ago - Status kapal dirampas sudah ditukar menjadi hilang dalam tuit ... kapal tangki membawa petrol MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang di ...
  • IMB Sahkan Terima Laporan Kapal Tangki MT ORKIM ...

    www.bernama.com/.../v8/.../newsgeneral.php...

    Translate this page
    Bernama
    IMB Sahkan Terima Laporan Kapal Tangki MT ORKIM HARMONY Hilang. KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim .

  • Keluarga doa Mohd Firdaus selamat

  • KUCHING: Keluarga kepada Mohd Nur Firdaus Nawawi Akihito, 24, pegawai dek kapal MT Orkim Harmony yang hilang Khamis lalu, mendoakan keselamatannya dan berharap dia akan selamat.

    Di dalam Facebook, bapanya Akihito Nawawi turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak terhadap keselamatan anaknya dan anak kapal yang lain. 

    "Terima kasih atas keprihatinan serta doa keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terhadap dugaan yang cukup memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga.


    KOMENTAR
    terlalu banyak yang hilang
    hilang tak ada jawapan
    mh370 hilang 
    sampai hari ini 
    tidak diketahui apa jadi

    paling memeranjatkan ialah
    duit sebanyak 42 bilion ringgit hilang

    ini lagi pelik
    macam mana duit sebanyak ini boeh hilang
    lagi pelik duit ini duit orang ramai
    bagaimana duit sebanyak ini
    hilang dirembat oleh anak rosmah
    hilang dirembat oleh jho low

    ini menjadikan malaysia negara hilang!



    PRP

    APA ITU PRP

    TUNGGU & NANTI




    --------------

    Tiada ulasan: