Rabu, 17 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PERUBAHAN AKAN BERLAKU

Posted: 17 Jun 2015 07:19 PM PDT





KOMENTAR
perubahan lanskap politik akan berlaku
hanya menunggu masa

sebelun berpuasa 
adalah sebulan berfikir
apa rupa bentuk
apa garis diambil

tunggu dan nanti

Pemimpin G25 saran gabung parti bekas Pakatan

Landskap politik yang berubah dengan pantas, membuka peluang baru, termasuk pembentukan sebuah parti politik yang benar-benar inklusif, kata pemimpin G25,  Noor Farida Ariffin.

Daripada membentuk gabungan baru, Noor Farida berkata, sebuah parti baru dengan cita-cita yang betul, sudah memadai.

"Saya harap kita boleh mempunyai 'kuasa ketiga' dalam politik. Sebuah parti baru berbilang kaum yang sederhana dalam bentuk sebuah parti politik baru, akan mengakhiri politik perkauman," katanya.




PRP

APA ITU PRP

TUNGGU & NANTI

-------------

SANDIWARA DI PARLIMEN

Posted: 17 Jun 2015 07:03 PM PDT







KOMENTAR
apakah akan ditemui semua fakta
tentang 1MDB
atau siasatan PAC ini 
hanya satu helah
atau ini hanya satu sandiwara
untuk selamtkan united malays national organisation

dari apa laporan  media yang dibaca
dari dalam dan luar negara
jelas berlaku salah laku
jelas berlaki kong ka likong

Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

SEMUA BERTANYA

soalan hakiki kurun ini
apakah PAC boleh dipercayai
atau PAC ini hanya satu 
pementasan sandiwara
 untuk selamatkan rosmah dan najib?


-------------

KENAPA EEE PUNYA SUARA

Posted: 17 Jun 2015 06:00 PM PDT





KOMENTAR
pelik tetapi benar
kenapa orang india
yang menyuarakan tuntutan melayu
semenajk bila india india 
mejadi jurucakap melayu

Melayu murah hati tuntut hanya 30%, kata MTEM

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyifatkan kemurahan hati orang Melayu sekadar menuntut 30% ekuiti dalam ekonomi menjadikan orang Cina bertambah kaya walaupun kaum itu sudah memiliki pegangan ekonomi yang kukuh. 


Ahli Pemegang Amanah MTEM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata, sambil orang Melayu mempunyai pegangan dalam sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME), pegangan ekonomi orang Cina pula berlipat kali ganda.


KAH KAH KAH
woit
kalau ini tindakan melayu
kalau ini tuntutan melayu
kenapa EEE yang bersuara
kenapa bukan melayu
kenapa EEE

PUNDIEK WARKAK



---------------

APA KATA MAT SABU

Posted: 17 Jun 2015 02:00 PM PDT







APA KATA

 MAT SABU

PRP

APA ITU PRP

TUNGGU & NANTI




-------------

SELAMAT BERPUASA

Posted: 17 Jun 2015 12:44 PM PDT






TIM TUKAR TIUB

UCAP SELAMAT

BERPUASA


PRP

APA ITU PRP

TUNGGU & NANTI





-------------

PROJEK MALAYSIA SEMAKIN GAGAL

Posted: 17 Jun 2015 06:09 AM PDT







KOMENTAR
semua semakin jelas
semua semakin terbarai
terlalu banyak pekara yang orang ramai tahu tahu

warga asal sabah tidak tahu
warga asal sarawak tidak tahu
apa isi butir perjanjian
menubuhkan malaysia

malah di semenanjung juga tidak tahu
tidak diberitahu bahawa  projek malaysia ini
adalah projek british untuk mengepong bung karno
untuk memadamkan gerakan merdeka PARAKU
pasukan rakyat kalimantan utara

orang ramai tidak diberi tahu
bahawa rakyat sabah sarawak dan berunai
telah bangun berjuang mahu merdeka
mereka angkat senjata melawan british

sabah sarawak dan berunai
ingin mendirikan KALIMANTAN UTARA

apa yang terjadi dengan istana johor ini amat baik
untuk pertama kalinya orang ramai diberitahu
bahawa ada perjajian lagi antara johor dengan persekutuan



'Jika langgar perjanjian, Johor terkeluar M'sia'

Ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian itu, dalam status di Instragram pada Ahad itu, antaranya menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

"Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia," menurut tulisan dimuat naik itu.

Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.

Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.


KAH KAH KAH
ya ampoooon
ya maulana
kah kah kah

BEST DE BEST

--------------

BOCORKAN UNTUK NEGARA

Posted: 17 Jun 2015 05:11 AM PDT





KOMENTAR
rahsia telah dibocorkan
paling terbaru rahsia tol naik harga

oleh kerana telah bocor maka kerajaan
mula dulak dalik
ini baik kerana pembocoran ini
beri menyelamatkan orang ramai
pembocoran ini beri masa 
harga tol naik ini dibincang di parlimen
harga tol naik dijadikan bahan menghasut
untuk membenci kerjaan rosmah najib

tugas pejawat awam bukan setia pada rosmah dan najib
kalau rosmah dan najib buat jahat
kalau rosmah dan najib rompak  dana negara
kalau rosmah dan najib terlibat kes bunuh
adalah tugas suci penjawat awam untuk bersuara
berrsumph menyimpan setia
bukan bermakna setia pada kejahatan rosmah dan najib

maklumay yang dibocorkan bukan untuk musuh
maklumat yang dibpcorkan untuk selamtkan
malaysia dari rosmah dan najib
EDWARD SNOWDEN
lihat edward snowden dia pakar internet
snowden pakar IT
snowden melihat kes jahat kerajaan amerika di iraq
snowden melihat kes rasuah di afghanistan
snowden mendapat data tentang kerajaan amerika
mengintip bukan saja warga dunia
malah warga amerika sendiri
semua maklumat ini dikumpul
dan diberikan kepada media


Jangan bocor rahsia kerajaan, Najib beritahu penjawat awam 


Najib Razak meminta penjawat awam mentaati ikrar perkhidmatan awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan.
Berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-14 di Putrajaya hari ini, beliau berkata insiden kebocoran rahsia kerajaan sebelum sesuatu pengumuman rasmi dibuat boleh memberi implikasi kepada keputusan kerajaan.
"Sehari dua ini ada kebocoran berlaku. Tolong jaga rahsia kerajaan, sebab mana-mana kerajaan pun mesti jaga rahsia.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-bocor-rahsia-kerajaan-najib-beritahu-penjawat-awam#sthash.oQm6INE5.dpuf



PRP

APA ITU PRP

TUNGGU & NANTI





-----------------

BOCORKAN SEMUA RAHSIA

Posted: 17 Jun 2015 12:59 AM PDT







PENDEDAHAN KENAIKAN TOL: KERAJAAN PERLU TELUS DAN TERBUKA TERUTAMANYA DASAR YANG MELIBATKAN RAKYAT  
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh  Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sebagai respon terhadap penyebaran maklumat tidak rasmi mengenai perbincangan mesyuarat Kabinet untuk menaikkan kadar tol di beberapa lebuhraya utama adalah amat mendukacitakan.
Pendirian beliau adalah seolah-olah berlakunya kebocoran maklumat kerajaan dan maklumat tersebut dikategorikan sebagai rahsia dan tidak seharusnya diketahui oleh umum.
National Oversight and Whistleblowers (NOW) merasa kesal terhadap kegagalan Perdana Menteri untuk melihat proses pentadbiran dan keputusan atau dasar kerajaan yang berkaitan dengan rakyat perlu dibuat secara telus dan terbuka.
Ini bukanlah kali pertama dasar kerajaan yang dipersoalkan oleh rakyat. Sebagai contoh, rancangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima bantahan yang hebat daripada rakyat. Kerajaan seharusnya mengambil ikhtibar untuk melibatkan pandangan rakyat sebelum membuat keputusan tergesa-gesa yang akhir gagal dilaksanakan atau gagal mencapai matlamat.
Kedua, perbincangan atau keputusan yang melibatkan rakyat tidak wajar diklasifikasikan sebagai rahsia. Apa yang perlu dilakukan adalah sebaliknya iaitu Kerajaan perlu mengadakan rundingan dan perbincangan terbuka agar rakyat faham dan jelas mengenai implikasi pelaksanaan sesuatu keputusan.
Ketiga, kebocoran maklumat ini adalah bukan perbuatan khianat apatah lagi ianya langsung tidak melibatkan isu keselamatan atau mengancam negara. Sebaliknya, tindakan kerajaan membuat keputusan yang mempunyai kesan secara langsung terhadap rakyat tetapi dibuat secara sulit adalah mengkhianati amanah rakyat.
Keempat, tindakan Perdana Menteri menyalahkan penjawat awam sepenuhnya kerana kebocoran maklumat ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Ianya seolah-olah ingin menakutkan kakitangan kerajaan daripada berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada rakyat dan seterusnya memburukkan nama baik institusi penjawat awam.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri begitu yakin bahawa maklumat yang tersebar ini bukan datang daripada kalangan Menteri kabinet sendiri yang mungkin tidak bersetuju dengan beliau atau dengan keputusan menaikkan kadar tol?
Kesimpulannya, kerajaan seharusnya lebih peka dengan kemajuan teknologi dan nilai-nilai keterbukaan yang dituntut oleh rakyat. Rakyat berhak mengetahui proses merangka polisi dan dasar, mempunyai ruang untuk bersuara sebelum mencapai keputusan dan memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan dan akauntabiliti perlu dititikberatkan dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan rakyat.
Sekian, terima kasih.
17 JUN 2015
AKMAL NASIR
Pengarah  Whistleblowers (NOW)

-------------

MENCARI PUNCA

Posted: 16 Jun 2015 09:48 PM PDT










 MENCARI PUNCA PELARIAN


Saya telah bertanya apa sebab musabab yang menjadi punca timbulnya  Orang Pelarian. Hari ini Eropah dikatakan sedang menghadapi krisis kesampaian kapal-kapal nelayan dari Afrika yang membawa Orang Pelarian. Kita di Malaysia sedang berhadapan dengan Orang Pelarian Rohingya. Australia juga berhadapan dengan penyuludupan Orang pelarian dari Indonesia. 



Untuk menyelesaikan satu-satu masalah kita  wajib mencari sebab musabab dan punca penyakit itu. Gagal menemui punca maka masalah itu tidak akan dapat diselesaikan.

Saya yakin untuk Orang Melayu di Malaysia orang pelarian pertama yang mereka kenali pastilah warga Palestin. Warga Melayu Islam mengenal Baitul Muqadis kota dalam wilayah Palestin. Kota ini adalah kiblat pertama Islam. Justeru kota dalam bumi Palestin ini menjadi imajinasi pertama Orang Pelarian untuk orang Melayu.


Anggapan ini salah. Seharusnya  bukan warga Palestin yang pertama menimbulkan istilah Orang Pelarian. Dalam kitab Salatul Salatin atau Sejarah Melayu kita  tahu bahawa Parameswara juga adalah Orang Pelarian dari Palembang.  Lari ke  Temasik dan kemudia lari ke Melaka.


 Malah kalau kita ke Kelantan atau Terengganu kita akan bertemu warga dari Patani wilayah Selatan Siam. Malah Datuk saya sendiri juga Orang Pelarian dari Chenor Pahang. Datuk saya  membuka tanah di Jelebu dan menamakan kampong itu kampong Chenor - nostalgia kepada kampong asal.


Apa yang ingin saya hujahkan disini ialah - sama ada Parameswara, warga Petani atau Datuk saya - semuanya lari dari perang. Parameswara lari diburu oleh soldadu Majapahit. Warga Petani lari dari serangan Siam. Datuk saya lari dari Perang Bahaman. 

Amat jelas perang  telah  menghuru harakan kampong halaman. Demi keselamatan kaum keluarga Sang Ayah dan Sang Ibu anak  beranak telah lari ke wilayah yang lebih selamat.


Kunci Orang Pelarian ialah wilayah yang lebih selamat.  Semua Orang Pelarian lari dari kampong halaman yang huru hara  ke  wilayah yang lebih selamat. Mencari tempat selamat adalah naluri azali manusia. 



Saya cukup yakin bahawa TIDAk ada sesiapa yang akan berduyun-duyun lari dari tanah tumpah darah mereka ke satu wilayah baru. Berhadapan dengan pelbagai bentuk kesusahan. Lari membawa harapan ke  wilayah yang lebih selamat. Malah  tidak ada apa-apa jaminan wilayah selamat ini akan dibuktikan selamat.

Terbukti Orang Pelariaan meninggalkan kampong halaman kerana mereka berhadapan dengan bencana perang. Dihadapan mereka kematian, ledakan dan kemusnahan. Justeru mereka lari untuk selamat.

Saheh PERANG adalah penyebab utama yang menetaskan Orang Pelarian. Kerana itu kita wajib memahami  perang. Apa sebenarnya perang. Kenapa manusia berperang.  Gagal memahami perang maka kita gagal secara tuntas untuk memahami  Orang Pelarian.


Untuk saya Orang Pelarian ini hanyalah manifestasi dari masalah yang lebih besar. Masalah besar ini  ialah perang. Perang punca Orang Pelarian


Perang di Palestin memunculkan  Orang Pelarian di Lebanon dan Jordan. Perang Vietnam memunculkan 'boat people'. Perang di Afghansitan, India, Pakistan, Bangladesh. Nigeria, Somalia, Iran, Syria, Barundi, Congo, Bosnia dan dan dan..semua melahirkan Orang Pelarian. Inilah yang sedang dihadapi oleh dunia hari ini.

Justeru kenapa berperang jika ianya memunculkan masalah Orang Pelarian?

Perang sebenarnya ialah perundingan dua kumpulan yang telah gagal. Kerana gagal di meja perundingan maka kumpulan ini akan berperang. Dari zaman berzaman perang sebenarnya ialah perebutan punca-punca ekonomi. 


Dua kumpulan pada awalnya akan berunding untuk membagi-bagi agihan punca-punca  ekonomi. Apabila perundiangn ini gagal maka perang akan pecah.  Sejarah perang  dunia  ialah sejarah perebutan punca ekonomi. Perang dua pertama dan kedua bertujuan untuk merebut  bahan galian, telaga minyak, lombong emas, kawasan bumi, kayu kayan, tanah jajahan  dan pasaran. 



Untuk memahami dengan lebih sempoi - dua negara yang berperang sama saperti dua kumpulan samseng yang berebut kawasan untuk memungut 'duit pau'.  Merebut kawasan judi, merebut kawasan pelacur atau merebut kawasan pasaran dadah.

Agama, bangsa, bahasa, demokrasi dan nasionalisma hanya alat untuk mengolah persetujuan untuk menyokong perang.


Hari ini Itali dan Eropah menjadi huru hara kerana kesampaian Orang Pelarian dari Libya. Setiap hari media Eropah akan melaporkan berita kesampaian kapal-kapal nelayan ke pesisiran pantai di Itali. Hampir kesemua kapal ini memulakan perjalanan dari Libya. Dilaporkan 500,000 anak semua bangsa dari pelbagai negara sedang berkampong di Libya  dan menunggu masa dan ketika untuk menyeberang Laut Tengah ke Eropah.



Fakta membuktikan bahawa kesampaian Orang Pelarian dari Libya ini hanya bermula sesudah Gadaffy dibunuh. Sesudah negara Libya dibom oleh kapal terbang NATO. Libya diserang dan berperang. 

Libya ketika ini dalam keadaan huru hara tanpa kuasa daulah, tanpa polis, tanpa kastam, tanpa sempadan maka dari sinilah bermulanya penyuludupan dan jual beli manusia. 


Libya dijadikan wilayah permulaan ke Eropah kerana Libya tidak berkerajaan lagi. Juga pantai Libya hanya 250 kilomter dari wilayah Itali. Dua pekara ini menjadi Libya satu tarikan untyuk menyuludup Orang Pelarian.



Orang Pelarian di Libya ini datang dari Syria, Congo, Somalia, Nigeria, Afghanistan, Pakistan, Palestin, Yemen, Iraq - hakikatnya bakal Orang Pelarian ini datang dari negara yang sedang berperang.

Kalau perang menjadi punca Orang Pelarian mengapa negara terus berperang. Ini satu soalan yang lojik. Sebelum menjawab soalan iitu mari kita lihat sejarah Perang Dunia.

Dalam  Perang Dunia Pertama  17 juta terkorban - 10 juta soldadu 7 juta orang awam. Manakala 20 juta cedera. Dalam Perang Dunia Kedua 80 juta gugur.  Seramai 22 ke 25 juta soldadu gugur termasuk 5 juta tahanan perang. Di Rusia sahaja terkorban 20 juta warga. 


Perang Indo-China - 3 juta gugur. Perang Iraq telah mencecah 1 juta lebih dan masih bertambah. Afghanistan, Yemen dan Syria angka yang gugur terus bertambah satiap hari hingga ke hari ini. Belum nampak noktah penamat.


Apakah manusia TIDAk sedar akan fakta perang ini?

Faham atau sedar tetang bahana perang  bukan soalan. Untuk memahami kenapa perang yang melahirkan Orang Pelarian  dan kemusnahan terus berlaku kita wajib memahami hukum-hukum sosial masyarakat hari ini. 

Peperangan wujud dari dari awal wahid sejarah tamadun manusia. Perang dan manusia berperang ini adalah hukum sosial yang lahir diwujudkan oleh sistem ekonomi kapitalis. Salah satu dari rukun iman sistem ekonomi kapitalis ialah perang. Sistem ekonomi kapitalis memerlukan perang. Tanpa perang sistem ekonomi kapitalis tidak dapat berkembang.


Hari ini kita membaca akhbar atau melihat  di kaca Tv bagaimana bencana perang sedang berjalan. Kemusnahan dan kematian dilaporkan saban hari. Tanpa sedar kita menjadi lali apabila melihat perang yang tidak berkeputusan. Justeru kita gagal untuk melihat secara tuntas kenapa perang pecah.


Perang di Iraq dikatakan untuk demokrasi. Perang di Afghanistan dikatakan untuk melawan pengganas. Perang di Libya dikatakan untuk membuka ruang demokrasi yang lebih luas kepada warga  Libya. Hujah yang sama juga digunakan untuk perang di Syria. 


Malah Amerika - kuasa imperialis  kini menjalankan dasar - war on terror atau perang melawan keganasan. 


Sebenarnya dibelakang semua perang  dahulu dan sekarang ini ialah perebutan punca-punca ekonomi. Sebelum Jepun masuk Perang Dunia ke Dua - Britain telah menyekat Jepun  membeli getah  dari Tanah Melayu yang pada ketika itu tanah jajahan British.  Iraq diserang kerana majoriti telaga minyak Iraq dimiliki oleh syarikat negara Iraq, bagitu juga di Libya. Afghanistan diserang kerana  negara ini memilik gas dan pelbagai logam.

Malaysia menjadi arah tuju warga Rohingya baru-baru ini. Mereka melarikan dari Myamar. Tidak perlu mengkaji dalam - kita akan mendapati bahawa Rohingya  melarikan diri kerana tanah air mereka kacau bilau. Kacau bilau muncul kerana ada kumpulan atau bangsa lain yang mahukan tanah kampong mereka. Sekali lagi terbukti bahawa tanah  ialah punca ekonomi.


Pada ketika ini warga Itali dan  warga Eropah menjerit-jerit marah kerana ramai Orang Hitam datang  menerbus masuk ke negara mereka. Sabelum mereka marah adalah lebih baik mereka memahami  kenapa Orang Hitam ini berkapal-kapal sampai.



Warga Eropah yang bising menentang kemasukan Orang Hitam ke negara mereka hanya memahami kedudukan separuh jalan. Mereka secara sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa yang membawa Orang Hitam ke Paris, Lodon, Milan atau  Rom ialah perang. Perang ini dilakukan oleh kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial Amerika dibantu oleh   negara sekutu dalam Nato.

Siapa Nato yang menjadi sekutu Amerika ini? Negara Nato termasuk Itali, United Kingdom, France, Turki  dan Sepanyol.  Justeru masalah Orang Pelarian yang menerbus masuk  ke  negara mereka berpunca dari mereka sendiri. Warga Itali sebelum marah melihat muka Orang Hitam mereka wajib melihat muka mereka dicermin dahulu. Ini kerana yang memulakan perang dalm dunia hari ini ialah muka  Berkulit Puteh. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
 akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

SENYUM PAGI INI

Posted: 16 Jun 2015 09:00 PM PDT





PAHLAWAN

 ZOMBI

KAH KAH KAH


PRP

APA ITU PRP

TUNGGU & NANTI

---------

PERJUANGAN DITERUSKAN

Posted: 16 Jun 2015 08:33 PM PDT




FACE BOOK

AJK Pas Pusat yg baharu melepaskan jawatan itu smlm, Sdra Mazlan Aliman merupakan antara pemimpin kumpulan progresif yg tiba awal , kira jam 9mlm ke tapak Ceramah Perdana "Jasamu Dikenang" di Markaz Tarbiah Pas Kawasan Bakri, Muar, Johor mlm ini, 16 Jun 2015. Lebih 5,000 dijangka membanjiri perkarangan markas ini. Tokoh lain yg turut beraksi mlm ini Mohd Sabu, Dr Mujahid Yusof Rawa, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Dr Dzulkifly Ahmad, Aminolhuda Bin HassanMohammad Nizar JamaluddinAiman Athirah Al JundiKhalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Amacam?



PRP

APA ITU PRP

TUNGGU & NANTI


-------------

Tiada ulasan: