Jumaat, 12 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KELUARGA SUDAH GADUH

Posted: 12 Jun 2015 08:08 PM PDT





KOMENTAR
ini buktinya
ini berita soheh
bukti bahawa salah tuduh mahathir
sengaja timbulkan isu 1MDB

kenyataan ini dari PENGERUSI CIMB
ini bukti duit 42bilion ringgit lesap
akan memporak peranda negara

malah PENGERUSI  ini
adik najib sendiri




Mengapa 1MDB masih belum diaudit?' - Nazir Razak

KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Holdings Bhd,  Nazir Razak sekali lagi membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial Instagramnya.

Dengan memuat naik gambar audit 1MDB, Nazir kali ini mempersoalkan pentadbiran syarikat milik kerajaan GLC atas tindakan syarikat pelaburan negara itu yang masih belum memulakan audit bagi bulan Mac 2015.

"Saya hairan mengapa audit bagi bulan Mac 2015 masih belum dimulakan? Bagaimanakah hal ini dibenarkan? Adakah pentadbiran GLC jatuh begitu rendah?" soal Nazir melalui kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya lewat semalam.
KAH KAH KAH
woit
mat zombi tuduh madey buat fitnah
madey sengaja buat cerita 1MDB
mat zombi marah gila babi
kah kah kah
tetiba sorang lagi ANAK RAZAK
tanya hal  1MDB
mahu tahu mana duit ilang
mat zombi tak berani bersuara
senyap terus jadi zombi

KELUARGA 

RUNTUH
------------

SILAP BESAR

Posted: 12 Jun 2015 07:38 PM PDT






Nik Abduh 'low standard' cabar DAP putus hubungan, kata Pemuda DAP



Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong hari ini membidas Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebagai seorang yang "low standard" susulan cabarannya kepada DAP supaya menamatkan hubungan mereka dengan parti Islam tersebut.
Beliau berkata ketua Pemuda PAS itu tidak wajar mengeluarkan cabaran sedemikian kerana bukan DAP yang memutuskan untuk tidak mahu menjalin kerjasama dengan PAS, sebaliknya mereka sendiri yang membuat keputusan itu.
"Bagi saya itu satu kenyataan yang 'low standard'. PAS dalam muktamar yang membuat keputusan menamatkan hubungan, sekarang mahu buat pusingan U.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-abduh-low-standard-cabar-dap-putus-hubungan-kata-ketua-pemuda-dap#sthash.HaKRfJWf.dpuf


KAH KAH KAH
woit
pemuda DAP ini silap besar
guna perkaatan 'low standard'
kah kah kah
mamat tu spik no inglis
mamat tu lagi marah
lagi naik bengang
nantang bewok
ambo buke jho low
amboi buke kawe cino tembam
natang berok
kah kah kah

MI SPIK 

NO INGLIS

-------------

BUKAN GWA CAKAP

Posted: 12 Jun 2015 06:40 PM PDT






Najib orang pertama perlu letak jawatan, selamatkan negara- Mahathir
 | June 12, 2015
Tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh anarki. More ››



KAH KAH KAH
woit
ini bukan gwa cakap
ini madey yang cakap
kah kah kah

APA PUNYA TUUR
----------------

SIAPA BOCOR MAKLUMAT ITU?

Posted: 12 Jun 2015 06:28 PM PDT





KOMENTAR
berita ini jelas membuktikan
bukan semua menteri kabinet setuju
bukan semua menyokong najib
bukan semau mnenteri kaki angguk

maknanya dalam jamaah menteri
ada yang tidak suka pada najib
maknanya perang telah merebak

justeru ini akan menjadi sebab musabab
najib merombak kabinet

siapa menteri yang bocorkan beritas tol naik?



Najib selar menteri bocorkan maklumat kenaikan tol

Najib Razak tidak menafikan berita kadar kenaikan tol didedahkan media arus perdana semalam yang mengatakan sebanyak 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka menaikkan kadarnya.
Najib berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan keputusan mengenainya akan diputuskan dalam masa terdekat ini.
"Kami bincang tentang tol tapi maklumat dan pelaksanaan akan diputuskan dalam minggu berikutnya," kata Najib.
Mengenai laporan yang dipetik daripada Berita Harian semalam, Najib menegaskan keputusan muktamad belum dibuat lagi seperti didakwa akhbar itu.
"Jadi apa yang dibocorkan daripada Kabinet ia belum muktamad lagi," katanya.
Najib kemudian membidas pihak yang membocorkan maklumat dibincangkan dalam Kabinet dan mengatakan ia suatu tindakan tidak beretika dilakukan oleh seorang anggota dalam pentadbirannya.
"Ia dibocorkan dalam media sosial dan dihangatkan. Ia sangat malang apabila ada setengah orang yang tidak beretika.
"Mereka ini sudah mengkhianati sebagai anggota dalam kerajaan," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-selar-menteri-kabinet-bocorkan-maklumat-kenaikan-tol#sthash.kPDQj7HI.dpuf

KAH KAH KAH
woit
gaduh sudah terbuka
sah ada kabinet anti najib
bocor maklumat pada rakyat
kah kah kah
sapa menteri ini
ini menteri pro rakyat
yang tak suka tol naik
tapi jamin akan kena tendang
muhyiddin ke?

TERKORBAN 

KERANA

RAKYAT



------------

LAGI BUKTI CHINA TEMBAM

Posted: 12 Jun 2015 11:44 AM PDT






KOMENTAR
apa sudah jadi 
apa sudah sampai
pada parti bani ketuanan melayu

Jho Low pujuk Najib tubuhkan 1MDB, kata  Mahathir


Mahathir Mohamad memperincikan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa beliau turut "menasihati"  Najib Razak berhubung beberapa transaksi perniagaan.
Menulis dalam blognya, Mahathir menyatakan, Low "memujuk" Najib untuk menjadikan syarikat pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebagai dana berdaulat, tetapi masih kekal di bawah kawalan perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu berkata, Najib melantik kakitangan tanpa pengetahuan negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu

Terengganu meminta agar penerbitan bon ditangguhkan. Najib tetap meneruskannya. Terengganu mengambil langkah wajar menarik diri kerana ia tidak boleh membiarkan telaga minyaknya dalam risiko," katanya.
Pendedahan Mahathir itu menyokong kenyataan bekas menteri besar Terengganu  Ahmad Said yang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.
Ahmad berkata usaha itu dibuat ketika 1MDB berkait dengan TIA, dan Najib tidak berpuas hati dengan keputusannya.
Mahathir berkata, Jho Low turut menasihatkan Najib supaya Putrajaya menjamin pinjaman RM5 bilion itu, dan perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan Kabinet.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-jelaskan-peranan-jho-low-dalam-1mdb#sthash.M34pxgTZ.dpuf

KAH KAH KAH
woit
soalan hakiki kurun ini
kalau parti ketuanan melayu
berjuang untuk melayu
kenapa china tembam
yang mengendalikan negara
sampai nak gadai minyak negara
habis hancur lebur
lingkup bani melayu

KAH KAH KAH

-------------

AMARAN AWAL

Posted: 12 Jun 2015 06:19 AM PDT




AMARAN

kepada tukang 

lobi loji nuklear


kepada yang 

penyokong nuklear

ini amaran awal

KL quake possible as ancient fault lines reactivate, says expert 


Following the quake tragedy in Sabah, there have been concerns that an earthquake may also hit Kuala Lumpur and according to a geological expert, such misgivings are not misplaced.
This is because the federal capital is located near the epicentres of ancient fault line zones, Universiti Malaya Geology Department Associate Professor Mustaffa Kamal Shuib told The Malaysian Insider.
These fault lines seem to have been reactivated by active tectonic plate boundaries and this, he said, was a cause for concern, especially since many structures in the city were not built and designed to withstand earthquakes.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/citynews/greater-kl/article/kl-quake-possible-as-ancient-fault-lines-reactivate-says-expert#sthash.Js4FjBMd.dpuf





-----------------

DARI FB TOWKAY

Posted: 12 Jun 2015 05:30 AM PDT






FACE BOOK

TAK MALU











Lim Hs TO recap, pas ulama proposed, and was passed at their Muktamar without debate. Now who tak berani divorce? Still want to sleep with your ex-, and have sex?



KAH KAH KAH




Like · Reply · 

ON LINE DENGAN JINN

Posted: 12 Jun 2015 05:00 AM PDT







KOMENTAR
parti MCA menyokong PAS
sokong paS untuk masuk barisan nasional

mca ialah parti yang mewakili
kepentingan  perniagaan cukong

cukong ialah peniaga china
china yang berniaga besar 
bukan peniaga kedai runcit
bukan peniaga kecilan
cukong peniaga mega

justeru:
lihat bagaimana cukong
menjaga kepentingan kelas mereka

untuk cukong united malays national organisation
wajib terus disokong dan dibantu
selagi bani ketuanan melayu wujud berkuasa
cukong akan  berkenduri kendara
membuat harta kekayaan

jika PAS masuk barisan
ini akan menyenangkan lagi kerja MCA
akan mempermudahkan para cukong
untuk merembat harta negara
malah jika perlu
mereka juga akan online dengan allah
sebelum itu kena online dengan jinn


Tiada masalah jika Pas masuk BN
BUTTERWORTH - Pas patut bergabung atau menyertai Umno untuk memastikan parti itu terus kuat dan kukuh dalam mengharungi arus politik di negara ini.

Bekas Presiden MCA,  Chua Soi Lek berkata, kedua-dua parti itu boleh bergabung atau bersatu atas dasar agama yang sama iaitu Islam, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak lain.

Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkannya begitu lama iaitu sebelum PRU13 lagi tetapi tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kalau cukong pun skong
ini sudah berat
kah kah kah

ONLINE  DGN JIN





































------------------

KE JELOBAK KE JOLOBU

Posted: 12 Jun 2015 01:18 AM PDT






NOTA
ke jolobak ke jolobu
tuai padi tigo tangkai
kau tak kona orang jolobu
ponoh semangat lagi berakal

salut!



Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti


Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.


"Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

"Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini," kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman. 


KAH KAH KAH
woit
yang ini den kona ni
kah kah kah
bako melawan

APO NAK DIKATO

-------

PAS PRODUK ROSAK

Posted: 11 Jun 2015 09:34 PM PDT






KOMENTAR
bukan soal agama
tapi soal ekonomi

Muktamar PAS mengecewakan, perlu parti Islam demokrat baharu, kata forum



Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.
Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.
"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.
"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.
Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.
Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.
"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.
"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.
"Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.
Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.
"Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.
"Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.
Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak".
"Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.
"Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.
"Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.
Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).
"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang.
"Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR. Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu. – 12 Jun, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-perlu-parti-islam-demokrat-baharu-lepas-muktamar-pas-mengecewakan#sthash.To24SXyL.dpuf
------------

PENGUMUMAN

Posted: 11 Jun 2015 09:05 PM PDT








ULANG SIAR
forum di dewan china malam kelmarin 
dilaporkan terputus putus

justeru 
radio bangsar akan mengulang siar
rakaman forum tersebut

sila tunggu makluman
tarikh dan  masa



--------------

TUNGGU WAHYU?

Posted: 11 Jun 2015 08:47 PM PDT






Jangan ajar kita, kata Mohd Amar pada LGE

PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.

KAH KAH KAH
woit
jangan putar putar
jangan kelintau mintau
rakyat tanya bila nak berhenti
jangan alih topik
orang ramai dah mual
mengakui cerdik
tak kan nak tunggu wahyu
kah kah kah
wal pusy pusy kum
wal fulusikom
wal  jawatan tak  maluuuun

KALAU BIJAK

BILA BERHENTI

----------

ALLAH LAGI JADI ALASAN

Posted: 11 Jun 2015 08:05 PM PDT






NOTA
jangan kacau den
den ada jin
nanti bila jin dah keluar
baru buleh meting



Hala PAS bergantung pada mesyuarat 'entah bila'

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang.

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.


Semalam Mursyidul Am PAS Jinakolojis Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

"Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya," katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Jinakolojis Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam mesyuarat yang entah bila.

"Justeru saya akan pergi umrah pada 15 Jun selama dua minggu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam ilmu Allah, kata SU

Mesyuarat Majlis Syura biasanya dipengerusikan oleh mursyidul am.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura  Nik Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengatakan dengan jelas bila badan itu akan bersidang.


"Dalam ilmu Allah,"
jawab bekas anggota parlimen Pasir Puteh itu sambil ketawa kecil.


KAH KAH KAH
kah kah kah
i have nating to add mi lord
i rest my case to guru nanak
kah kah kah
wal puntau wal muntau
wal lentong wal kelentong
wal ulamak wal putar alam

PUTAR LAGI

-------------

MALAM INI

Posted: 11 Jun 2015 07:39 PM PDT






MALAM INI

JEMPUTAN
anak semua bangsa
dijemput datang
jumaat malam
kampong banda dalam gombak
jam 9:00
mengingati perjuangan
ayah halim
a.k.a ayah adam adli


---------------

Tiada ulasan: