Rabu, 10 Jun 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAGI KERENAH EEE

Posted: 10 Jun 2015 07:16 PM PDT





Pengerusi ARB ambil tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen Tanjong 

Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB) Reezal Merican Naina Merican (gambar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik berhubung dakwaan beliau yang syarikat itu memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau dilantik pengerusi pada 1 Januari tahun lepas. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-arb-ambil-tindakan-undang-undang-terhadap-ahli-parlimen-tanjong#sthash.RVr3kJdF.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kita lihat dan tunggu
ada saman atau hanya
hot hot chicken shit
kah kah kah
kalau tak betul
yb dap akan panas
kalau betul 1MDB pinjam duit
maknanya saekor lagi EEE
buat kerenah
eee lembaga tabung hajee
sekarang pengerusi ARB
j
JADI ARBEE KE?

-------------

LAWAK PAGI INI

Posted: 10 Jun 2015 06:30 PM PDT






KAH KAH KAH
dua orang pengawal
 pahlawan  zombi
saorang dari turki
saorang dari  jawa
kah kah kah


-----------

PAHLAWAN KANTOI

Posted: 10 Jun 2015 06:00 PM PDT





Menteri Kabinet sahkan tiada komplot jatuhkan Muhyiddin

 | June 11, 2015
Hishammuddin, Shahidan dan Nazri menafikan dakwaan penulis blog, Sahbudin Husin.






KUALA LUMPUR: Tiga Menteri Kabinet menafikan wujud komplot untuk menjatuhkan  Muhyiddin Yassin seperti didakwa penulis blog, Shabudin Husin.
Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu melayan konspirasi itu.
"Saya tidak fikir mahu melayan konspirasi itu" katanya kepada pemberita ketika di Parlimen pada Rabu.Shahidan Kassim pula menganggap dakwaan itu sebagai pembohongan.
"Bohong. Itu tidak benar," katanya ringkas.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
mat zombi sudah takut
niat ada tapi takut
nasib baik ada shahidan
nasib baik ada lidah kontot
mat zombi diselamatkan
dulu KEBAB selamat dari madey
kah kah kah

PAHLAWAN KANTOI
-----------

SEDANG TEST MARKET

Posted: 10 Jun 2015 10:29 AM PDT





KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ingat macam mana  baca
kenyataan media gerombolan
kalau dinafikan ertinya ada
zombi sedang  test market
cuba cuba try terajang muhyiddin
tengok apa komen orang ramai
kalau orang ramai suka
bai bai muhyiddin 
kah kah kah

APA PUNYA TRIK

--------

FULUSSIKOM TAK MALUUUN

Posted: 10 Jun 2015 06:48 AM PDT





KOMENTAR
tindakan tidak meletak jawatan
membuktikan bahawa 
dewan ulamak  lekeh mekeh
ini membuktikan bahawa
ekonomi lebih berkuasa
dari dewan ulamak















Putus hubungan: DAP dakwa Pas hanya 'main-main'

 | June 10, 2015
Dakwaan itu kerana sehingga kini Pas tidak mengarahkan wakilnya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.





KUALA LUMPUR: DAP mendakwa Pas hanya 'main-main' untuk memutuskan hubungan dengan parti itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini Pas belum mengarahkan wakilnya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.
"Saya rasa itulah kedudukan sekarang dan selagi mereka belum arahkan dia punya wakil-wakil untuk letak jawatan, maka saya rasa mereka sekarang hanya main-main saja," katanya di Parlimen pada Rabu.

KAH KAH KAH
woit
lekeh dewan ularmak ini
lekeh mekeh
cekeh togeh
wa pussy pusy kum
wak fulussikum
wak tak maluuuuun

LEKEH MEKEH

--------------

JANGAN SEBAT KENTUT ANGIN

Posted: 10 Jun 2015 06:09 AM PDT




Dakwaan Pahang dilanda gempa, tsunami tak benar

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin negeri Pahang akan dilanda gempa bumi dan tsunami dalam tempoh 36 jam.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata khabar angin mengenai kejadian itu seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dakwaan-pahang-dilanda-gempa-tsunami-tak-benar#sthash.YRp7M7Ia.dpuf

KAH KAH KAH
woit
jangan sebar khabar angin
jangan sebar kentut angin
jangan sebar fitnah
jangan sebat tohmah
siasat betul betul
siasat rapi rapi
bik mama ada di putarjaya
awas gempa di iran & turki

HANG HANG HANG

------------

MAK CIK FELDA

Posted: 10 Jun 2015 05:30 AM PDT



MAK CIK FELDA
tidak tahu menahu
kena tipu idup idup
kesian bani felda



------------

MAHATHIR LAWAN NAJIB - POKEMON

Posted: 10 Jun 2015 01:36 AM PDT







SOALAN

apakah najib

akan guna 

DARURAT 

tangkap POKEMON

bila terus diasak


JAWAPAN: TANGKAP DAKWA

Posted: 10 Jun 2015 12:49 AM PDT





KOMENTAR
kalau percaya cakap munkee shahidan ini
samalah macam percaya
rosmah mansor ini slim bergetah
dan masih anak dara


Rosmah tidak terlibat uruskan Permata, kata menteri

Suami kepada perdana menteri  Rosmah Mansor tidak terlibat dalam sebarang pembuat keputusan dalam polisi program Permata kerana beliau hanya  merupakan penaung,dedah Putrajaya hari ini.
Shahidan Kassim berkata, peranan penaung tidak melibatkan sebarang isu pentadbiran, pengurusan  kewangan dan beberapa program yang hanya diberikan kepada penjawat awam.
"Rosmah Mansor sebagai penaung tidak terlibat sebarang pembuat keputusan berkaitan dengan sebarang polisi melibatkan program Permata," katanya dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming. – 10 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rosmah-tidak-terlibat-uruskan-permata-kata-enteri#sthash.QN5


KAH KAH KAH
woit
jantan betina dua ekor ini
jinak betul
jujur dan ikhlas
sebagai pengarah 1MDB najib tak ambil gaji
suami pengarah PERMATA
tak ambil pot
ini controh dua ekor malaikat
suci dan bersih

TANGKAP DAKWA

------------

AL-FATIHAH

Posted: 10 Jun 2015 12:00 AM PDT











Pakistan executes man who was 15 when sentenced to death


Pakistan has executed a man who was 15 when he was sentenced to death for murder and whose lawyers say was tortured into confessing, in a case that has prompted concern among rights groups and the United Nations.
Aftab Bahadur was sentenced to death for killing three people in 1992 and human rights group Reprieve said two witnesses who implicated Bahadur had since recanted, saying they were tortured.
NOTA
bila aku membaca berita ini
bila aku membaca berita ini
bila aku membaca berita ini

aku sendiri tidak tahu
apa ingatan aku
kerana semua air mata aku
telah lari bagitu jauh sekali
lari meninggalkan aku
hilang entah ke mana

aftab 
aku  doakan kau bertemu
dengan isa dari nazareth
kemudian kau tanya pada isa
kemana hilangnya
air mata aku


---------------

KENAPA MEREKA LARI

Posted: 09 Jun 2015 09:28 PM PDT




PELARIAN - KENAPA & MENGAPA

Mustahil ada sesiapa yang meninggalkan tanah air sendiri tanpa sebab. Mustahil ada sesiapa yang meninggalkan orang disayang tanpa sebab. Mustahil ada sesiapa melintas  lautan maut tanpa sebab. Mustahil ada sesiapa melakukan satu perbuatan tanpa sebab dan tujuan. Hanya yang gila  dan  yang hilang akal akan melakukan sesuatu tanpa sebab.

Hakikatnya - apa sahaja yang berlaku dalam alam ini pasti ada sebab musabab. Dunia ini bergerak kerana ada penyebab. Kerana tarikan graviti matahari maka dunia bergerak. Bulan bergerak kerana tarikan graviti dunia. Hakikatnya  semua yang bergerak dibelakangnya pasti ada   yang menjadi penggerak. Tanpa penggerak satu-satu pekara tidak akan terjadi dan tidak akan bergerak.
Saya menjadi orang pelarian  selama 20 tahun. Saya  telah meninggalkan Jelebu tempat saya dibesarkan. Saya  telah meninggal sungai dan air terjun tempat saya mandi manda. Saya telah meninggalkan sawah padi dan padang permainan tempat saya belajar mengenal kawan.  Saya telah meninggalkan kaum keluarga selama 20 tahun. Saya telah meredah dunia dari satu penjara ke satu penjara. Mustahil saya lakukan semua ini tanpa sebab.

Justeru jika kita  terbaca warga Iraq, warga Syria, warga Sri Langka, warga Palestin, warga Yemen  atau warga Somalia - sedang menaiki sampan dan perahu menuju Eropah pasti ada sebab yang menyebabkan mereka berbuat sademikian.

Sebelum kita menemui sebab musabab kenapa orang orang ini lari meninggalkan negara mereka mari kita cuba memahami apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di Eropah sekarang.
Dari awal tahun 2015  kita mula terbaca berita tentang kapal-kapal nelayan datang membawa  orang pelarian dari benua Afrika. Awalnya yang datang hanya satu dua kapal. 

Ada berita melaporkan kapal mereka dipukul ombak ganas - lalu tengelam. Ramai diselamatkan dan ramai juga yang terkorban dalam Laut Tengah. Yang selamat  dihantar  ke Itali untuk diberi pertolongan. Sambutan dari warga Itali kepada yang datang awal ini agak memberahikan. Menyelamatkan sesiapa sahaja dari tenggelam lemas  adalah tanda kemanusiaan.

Tetapi kini semuanya semakin berubah. Samenjak bulan March - ketika Luat Tengah tenang - cuaca musim bunga dan musim panas telah  sampai. Kedatangan kapal nelayan penuh dengan orang pelarian semakin kerap sampai ke Itali. Kali ini bukan datang dengan kapal nelayan kecil. Beribu-ribu datang dengan kapal nelayan yang lebih besar. Kekerapan ini juga menambahkan jumlah warga yang tewas hilang mati dilanda ombak bertambah.

Hingga ke hari ini jumlah tepat yang hilang di Laut Tengah diketahui. Tidak diketahui berapa yang telah selamat memasuki Eropah. Orang pelarian ini juga mendarat di persisiran Malta dan Greece. Angka yang muncul dimedia hanya anggaran. Dilaporkan kini di Itali sahaja telah ada 50,000 orang pelarian dari pelbagai bangsa. 

Tetiba satu Itali jadi heboh. Jumlah yang ramai ini menjadi warga Itali tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.  Oleh kerana Itali heboh maka Eropah juga heboh. Media Eropah yang bebas telah melaporkan kesampian 'orang orang hitam' ini ke pantai-pantai Itali.

Media liberal dan media  kiri menyatakan simpati terhadap pendatang. Tetapi media arus kanan membuat gempaq dengan tajuk berita yang menakutkan warga asal Itali dan Eropah. Kini diperlihatkan bagaimana Selatan Eropah sedang 'diserang' oleh orang-orang kulit hitam yang tidak diketahui hujung pangkal mereka.

Tetiba satu Eropah jadi heboh.  Itali kini diserang oleh pelbagai bentuk jenis manusia yang berkulit hitam. Bukan sahaja hitam tapi Hitam bin Legam.
Maka Parlimen Eropah bersidang. Pemimpin negara Eropah - Cameron dan Merkel - dari London dan Bonn mula bersuara. Pelbagai pandangan dan cadangan mula diterima. Politikus Eropah dari semua jalur berlabon.

Apa yang jelas negara Eropah tolak menolak. Ada cadangan untuk mengawal dengan tentera laut. Cadangan untuk mengawal sempadan dengan  tentera udara didengar. Akhirnya timbul soalan dari  mana duit nak di cekau. Cadangan tinggal cadangan. Mat Hitam bin Mat Legam terus masuk.

Berita akhir minggu ini yang saya baca dari akhbar liberal The Guardian London menyatakan kini hampir 500,000 sedang menunggu kapal di Libaya untuk belayar menuju pantai-pantai Eropah.
Ingat atau tidak apa yang berlaku dalam tahun 1974/75/76/77? Kesampaian 'boat people'  dari Vietnam. Mereka berkapal  datang mendarat ke Pantai Timur Semenanjung.

Bayangkan kali ini bukan dari Vietnam tapi  warga China lari  dari Tanah Besar. Mereka menaiki  kapal turun ke Asia Tenggara. Orang pelarian ini pasti  mendarat di pesisiran Vietnam, Siam, Pilipina, Indonesia dan Malaysia. 

Saperti inilah yang sedang berlaku di Eropah. Satu benua Afrika sedang menunggu peluang untuk menerbus masuk ke Eropah. Untuk saya berita yang kita baca tentang orang pelarian ini TIDAK tuntas dan tidak cukup. Analisa berita yang tidak tuntas.

Betul, dari satu segi apabila kita membaca berita  warga Rohingya berkapal sampai maka sikap dan naluri  kemanusiaan kita diduga. Hampir semua media menjadikan  isu orang pelarian ini agenda KEMANUSIAN. Saya  tidak menolak agenda kemanusian ini. Tetapi pada fikrah saya ianya lebih dari itu.

Biar saya terang sajelas mungkin. Pada hemat saya Orang Pelarian itu hanya manifestasi dari masalah yang lebih besar. Ada masaalah induk yang wajib dituntaskan.

Contohnya anak-anak muda #KitaLawan berdemo, atau Reformis berdemo - demonstrasi itu hanya  manifestasi. Tunjuk perasaan itu adalah manifestasi untuk menentang kazaliman yang wujud. Ertinya ada pekara induk yang lebih besar dibelakang manifestasi ini. Kezaliman adalah punca berlakunya demonstrasi. Tanpa kezaliman mustahil ada demonstrasi.

Bagitu juga dengan Orang Pelarian. Ini adalah manifestasi dan simtom penyakit yang lebih besar. Penyakit  inilah yang TIDAK pernah diusik atau dilakar atau  dianalisa secara tuntas dan menyeluruh. Banyak yangh gagal untuk melihat orang pelarian ini dengan kaca mata yang syumul. 

Bila warga Rohingya mula mendarat kita menjadi kelam kabut. Lalu kita berikan mereka makanan dan pakaian. Kita tonjolkan sikap kemanusiaan kita. Kita doakan mereka selamat. Minta mereka jauh dari mata kita.  Ini samalah saperti kita sakit kepala  - lalu menelan pil Panadol. Hilang sakit kepala itu. Sabenarnya kita melalikan saraf  agar kita TIDAK merasa  kesakitan. Sakit kepala itu masih wujud - hanya kita tidak terasa. Pelarian Rohingya masuk ke dalam kapal meneruskan pelayaran. Kita tidak nampak mereka. Penadol telah berjaya.

Dalam masa yang sama untuk  yang percaya kepada agama kedatangan Rohingya ini satu pelung untuk beramal jariah dengan harapan akan mendapat pulangan di syurga nanti. Kesampain Orang pelarian ini membolehkan antara kita melabur membuat pahala.

Pakaian, duit, makanan dan ubatan - semuanya membantu. Semua tanda-tanda kemanusian. Semua ini amal jariah yang baik. Tetapi untuk saya ini tidak akan menyelesaikaka masaalah.  Semua ini hanya akan menjadi punca berita. 

Maka kita a akan lihat para politikus dan para Mamat dan Minah NGO membuat heboh dalam media. Mereka ke hulu ke hilir mengutip dana bantuan. Ini juga tidak salah. Ini kerja baik. Tetapi tidak akan menyelesaikan masalah.

Mari kite kembali melihat apa yang sedang berlaku di Eropah. Chanselor Merkel bertelagah dengan Cemeron yang baru sahaja dilantik sekali lagi untuk menjadi PM Britain. Merkel mahu mewujudkan kouta untuk  setiap negara Eropah menerima orang pelarian. Ini dibatah oleh PM Cameron yang berkata ' jika kouta wujud ini akan menjemput lebih ramai pelarian datang...' Dua negara berpengaruh di Eropah tidak sepakat apabila melihat Orang Pelarian.

Ketika tulisan ini digarap  musim panas telah sampai - ertinya cuaca molek. Cuaca molek ini membolehkan saban hari 3000 orang pelarian cuba menerbus masuk ke Eropah dari Libya. Antara pantai Libya dengan pantai Itali jaraknya hanya 250 kilometer. Ini sejauh Kuala Lumpur ke Ipoh.  Satengah juta orang pelarian sedang menunggu di Libya.

Kenapa Libya? Apa dia Libya? Bila sebut sahaja nama Libya atau Benghazi  saya menjadi marah. Bila saya membaca analisa tentang orang pelarian ini yang mengkaitkan nama  Libya sebagai pusat menyeludup marah saya bertambah marah.

Saya marah kerana  tidak ada pun satu tulisan  yang memberi analisa tuntas  tentang kenapa Libya dan apa itu Libya.

Bulan lalu The Guardian London telah menghantar wartawan siasatan untuk mencari berita tentang cara dan bagaimana penyuludupan ini diatur di Libya. Siapa tokan besar. Pak Haji mana Tokan Tengah. Dan Ustaz mana Tokan Kecil. Dibandar mana bakal pelarian wajib berhimpun dan hotel mana wajib dilanggan.  Saya meneliti laporan ini dan menjadi marah.

Saya menjadi marah kerana setiap laporan berita tentang Orang Pelarian tidak dilakar sebab utama. Saipa sebenarnya TOKAN BESAR dan penyebab malapetakan ini. 

Kenapa sekarang Libya menjadi pusat seludupan? Kenapa sebelum ini tidak ada penyeludupan dari Libya. Apa yang sedang berlaku di Libya sekarang? Jika jawabnya Libya sedang dalam peperangan. Maka soalan berikutnya ialah siapa yang memporak perandakan Libya dan siapa yang mendanai perang ini sekarang? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minngun ini


sila pukul talipoan:
 03-92-21-30-45



------------

MUHYIDDIN AKAN DITENDANG

Posted: 09 Jun 2015 08:59 PM PDT







Nama Muhyiddin tiada dalam kabinet baru

 | June 9, 2015
Mereka yang membantu Najib menghadapi serangan daripada Tun M dan pembangkang akan diberi jawatan.
PETALING JAYA: Najib  Razak dijangka akan melakukan rombakan kabinet.
Ia bakal menyaksikan kejutan, di mana orang nombor dua, Muhyiddin Yassin diramal tersingkir.
Sebaliknya, mereka yang membantunya menghadapi serangan daripada Mahathir Mohamad dan pembangkang akan diberi kedudukan yang lebih kanan.
Andaian itu dibuat bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Dia berpandangan, Ahmad Zahid Hamidi akan menggantikan Muhyiddin.
Hishammuddin  Hussein yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio sebagai Menteri Kewangan.


KAH KAH KAH
woit
lain diminta lain dibuat
ni betul betul zombi
rakyat mahu najib celah
tetiba muhyiddin kena terajang
apa moral babak ini:
moralnya jangan acah acah
kalau tikam
tikam sampai mati
kah kah kah

NOTA
woit jangan buang hasan malek
jangan buang mat maslan
kalau mereka tak ada
susah rakyat nak ketawa
kah kah kah

NOTA
jangan buang isa samad
jangan buang eee tabung hajee
mereka ini membantu
kah kah kah

MALIKUL OOO



----------------

HARI KE 87

Posted: 09 Jun 2015 08:04 PM PDT






HARI 87



FACE BOOK


Solidariti OKZ 11
Hari ini saya masak. Gembira dan puas hati walau kami masih menanti-nanti.
86 hari sudah berlalu pergi.
Mereka mengharap dengan sepenuh hati.
Kami berusaha sekadar yang termampu oleh diri.
Mesyuarat Lembaga Pengampunan sepatutnya hari ini.
Ditangguh lagi.
17hb Jun tarikh diberi.
Mungkin ada yang kata mengapa pengampunan yang dipinta kini.
Hanya mereka yang memahami
Dan kami yang setia menanti
Itu peruntukan yang ada.
Gunalah.
Dari biar hidup tersiksa
Terpisah oleh kezaliman pemerintah.
Katalah apa anda suka.
Ada kami kesah?






------------

WAL PUSSY PUSSY KUM

Posted: 09 Jun 2015 07:25 PM PDT







KOMENTAR
satu kuliah politik yang baik
dibuktikan dengan jelas 
walau hebih dengan islam
tetapi hakiktnya ialah ekonomi

ekonomi yang menjadi 
manusia itu mansuia
manusia itu ialah binantang ekonomi

merebut kuasa politik
ialah merebut ekonomi

dalam kes ini terbukti jelas
agama hanya digunakan
untuk menjadi alat mengolah persetujuan



Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon , Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.


KAH KAH KAH
wal pussy pussy kum
wak kun tum tak malu
wal parti dee a pi hul kafiroon
wal dulak daliki
wal pussy kiri 
wal pussy kanan
wal fulusikom wal tak malu hoon

FUULUSSIKOM 


-----------------

Tiada ulasan: