Rabu, 10 Jun 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


Nampak jelas dan nyata

Posted: 09 Jun 2015 09:09 PM PDT



Ada yang tidak puashati  dengan keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dalam Muktamar agung tahunan PAS ke 61 di Kuala Selangor baru baru ini.

Itulah sifat manusia yang walau mengaku beriman dan bertakwa serta memiliki sarjana muda penbajian Islam, sarjana pengajian dan PHD teologi Islam sekalipun.Apatah lagi ada ijazah yang bukan pengajian Islam.

Ijazah yang dimiliki seseorang tdak boleh mengubah akhlak yang buruk kepada yang baik, kecuali bagi mereka yang benar benar beriman dan bertakwa.

Kita dilarang berpendirian akulah yang hebat, kerana orang mungkin lebih hebat dari kita. Kita tidak boleh mengaku akulah yang bijaksana kerana ada orang lain yang lebih dari kita. Kita tidak boleh menagku kaulah yang tahu politik, kerana ada orang lain lebih tahu berpolitik dari kita.

Mungkin mereka yang kalah itu merasakan diri masing masing begitu hebat berbanding dengan tokoh tokoh dan tidak akan kalah apabila berlawan dengan orang lain tanpa menyedari segala itu adalah kafarah terhadap diri mereka.

Lebih lebih lagi sebelum ini mereka dan kumpulan mereka menwar warkan ulamak tidak tahu politik. Bukan setakat itu sahaja malah mereka menwar warkan ulamak tidak tak memerintah.

Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Mohammad Sabu bahawa negeri Terengganu yang bementeri besarkan Haji Abdul Hadi Awang kalah teruk dalam pilihanraya umum 2004.

Hujah itu terbukti, bahawa negeri  Kedah yang bementeribesarkan Ustaz Azizan Razak hanya boleh bertahan satu penggal sahaja tanpa menyedari Perak yang bermenteri besarkan Nizar Jamaluddin (professional) juga hanya bertahan dua tahun sahaja.

Hujjah itu terpakai bahawa ulamak tak tahu atau dengan kata lain tidak pandai memerintah membuat daya tahan kerajaan Terengganu dan Kedah dijadikan ukuran muktamad bahawa pas yang berpresidenkan ulamak jadi terlalu lemah. Maka presiden pas perlu ditukar dengan golongan professional yang konon tahu politik dan pandai memerintah.

Bagaimana dengan negeri Kelantan yang boleh bertahan sehingga hari ini, sedangkan menteri besarnya juga seorang ulamak.

Kini hujjah tersebut tertolak, lantas ada pula katakata yang mengatakan Haji Abdul Hadi Awang bukan seorang ulamak, Ulamak sebenar ialah Allahyarham ustas Fadhil Noor.Hal ini telah dijaja untuk mentempelak Presiden.

Kata kata tersebut dicanang sedemikian rupa untuk mencalarkan nama baik Haji Abdul Hadi Awang sehingga tergamak menghina presiden yang dilantik sebagai timbalan ketua ulamak dunia itu.

Hari ini rata rata menuduh para perwakilan mukatamar agung tahunan pas ke 61 berwalaq kepada presiden yang seolah olah telah taksub yang dilarang dan tidak patut berlaku pada Gerakan di Malaysia.

Saya kira perwakilan sudah lihat dan menteliti permainan mereka yang kalah secara bijaksana miskipun mereka bukanlah seorang yang professional  dan ulamak.

Bayangkan berapa orang  sangat wakil ulamak yang jadi perwakilan muktamar agung tahunan pas ke 61 tempoh hari .Siapakah yang mempengaruhi para perwakilan.

Oleh itu, jelas dan nyata mereka yang pentingkan peribadi tidak wajar diangkat menjadi ajk, kerana ini boleh melemahkan PAS yang mahu melaksanakan undang undang Allah apabila ditakdirkan menang dan memerintah Negara Malaysia ini.

Bermakna ia bergantung kepada  niat.tahalaf siasyi pas pada ulamak tiada yang selain berniat untuk laksanakan hukum Allah apabila ditakdirkan menang dan memerintah. Manakala orang profesional  pasang niat untuk menang dan memerintah dapat jawatan serta habuan.

Sebab itu ada yang mengatakan pas tidak boleh memang apabila bersendirian sehingga ada sesetengah lupa dengan janji janji bahawa Islam akan diberi kemenangan suatu masa nanti jika sanggup bersabar.

Ada golongan professional  berhujjah pas boleh menang dan memerintah Kelantan setelah bergabung dengan parti semangat 46 pada pilihanraya umum 1990 sebagai bukti kesan pergabungan.

Pas boleh menang dan memerintah Terengganu pada pilihanraya umum 1999 dan kalah pada pilihanraya umum 2004 apabila bekerjasama dengan DAP dan PKR .

Demikian juga Kedah menang dan memerintah pada pilihanraya umum  ke 12 dan kalah pada pilihanraya umum 2008 ketika dalam pakatan rakyat.

Apakah benar Haji Abdul Hadi Awang dan ustaz Azizan Razak tak tahu memerintah kerana dia seorang ulamak

apakah niat pas waktu bergabung dengan DAP dan PKR. saya percaya dan yakin niat pas tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menang pilihanraya dan tumbangkan BN.

Sebab itu ada yang sayang jawatan berbanding untuk menjaga agama. Mereka lebih suka untuk mendapat faedah diri sendiri. Majoritinya pentingkan peribadi bukan untuk kebaikan agama Islam itu sendiri.

Setakat hari ini tiada apa apa kebaikan agama yang diajar oleh Rasulullah SAW mengharamkan penjualan arak dikawasan penduduk Melayu di negeri  Selangor tidak terlaksanakan. Apatah lagi untuk laksanakan hukum Allah, kecuali kebaikan peribadi dapat jawatan, kerana betapa ramai orang pas dapat jawatan dalam kerajaan pulau Pinang sepertimana sinisnya Khalid Samad dalam tulisannya.

Jika itu yang diniat dan dihajati, bukankah lebih baik bergabung sahaja dengan BN, pasti lebih ramai orang pas dapat jawatan dalam kerajaan negeri negeri yang diperintah BN, tidak mustahil ramai MP pas dapat jawatan menteri dan timbalan menteri. 


Tiada ulasan: