Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Ulamak Perlu Jawab, Apakah Tiada Larangan Fitnah & Cacian Dalam Quran?
- Dah Tekejut Pulak Ketua Dewan Ulamak PAS, U-Turn Hampir Pasti...
- [VIDEO] Lawak, Nak Cari Deposit Pun Payah Mahu Bertanding Semua Kerusi?
[VIDEO] Ulamak Perlu Jawab, Apakah Tiada Larangan Fitnah & Cacian Dalam Quran? Posted: 07 Jun 2015 01:16 AM PDT DHPP hairan ulama tak kawal fitnah dalam PAS Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu. Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan. "Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti. "Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya. "Kami ingin sangat mengamalkan kerana DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label melabel berlaku dalam DHPP. Kami berharap Islam yang dibawa oleh kepimpinan ulama supaya ke hadapan. "Kami menumpang kasih Islam yang dibawa oleh PAS," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini. Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata gejala fitnah memftnah dan label melabel perlu diberikan perhatian oleh ulama. Beliau juga mengajak ahli dan pimpinan PAS meneruskan gerak kerja untuk menewaskan Umno. "Ahli dan pemimpin parti bersatu. Ulama dan profesional meneruskan gerak kerja yang berterusan sehingga ditakuti oleh Umno dan BN," katanya. -mk
ULASAN GB Ulama PAS perlu jawab persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas. Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan profesyena. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL. DHPP mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah? Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak P_AS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu. Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS? Mungkin PAS sudah terasa kuat untuk berdiri sendiri seperti sindiran bekas Tmbalan presiden, Mohd Sabu. |
Dah Tekejut Pulak Ketua Dewan Ulamak PAS, U-Turn Hampir Pasti... Posted: 06 Jun 2015 11:32 PM PDT Ulama terkejut Guan Eng alu-alukan wakil PAS letak jawatan Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini. Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. "Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi. "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit. "Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini. Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini. "Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang dibawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu. Sementara itu, seorang lagi ahli Dewan Ulama PAS, Nasrudin Hassan yang sebelum ini berikrar 'melutut' dan 'menyiku' DAP, juga mengelak mengulas kesan usul tergempar itu. "Keputusan muktamar ini diserahkan kepada Majlis Syura dan kita tunggu keputusannya," katanya. Hari ini, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tanda patuh kepada keputusan ulama. Beliau akan meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub. –TMI
ULASAN GB Isk, dah buat terkejut pulak Ketua Dewan Ulamak, Dato Mahfodz Mohamed terhadap respons Ketua Menteri Pulau Pinang susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar. Mula-mula bukan main tegas lagi beliau menyatakan bahawa "usul putus berkeanaan membutikan PAS bukan kuda tunggangan DAP." Mursyidul Am PAS yang baru, Dr. Haron Din pun sebelumnya menyatakan, tahaluf siyasi dengan DAP seperti tiada kebaikan (maslahah)... Bila Ketua Menteri Pulau Pinang beri respons, masing-masing kelam kabut pula buat kenyataan bahawa keputusan itu belum muktamad lagi. Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura. Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak. Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura? Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar. Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula. Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7. Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit." Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar. Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru... Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya. Kita sama-sama tunggu dan lihat kesudahannya nanti. |
[VIDEO] Lawak, Nak Cari Deposit Pun Payah Mahu Bertanding Semua Kerusi? Posted: 06 Jun 2015 05:05 PM PDT Nak cari deposit pun payah...' Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya. Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas. "Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi. "Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61. Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum. Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana "menendang" PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan. Justeru Ahli Parlimen Kuala Krai itu untuk berharap pengerusi baru lajnah pilihan raya PAS supaya memastikan undian daripada kaum bukan Melayu tidak berkurangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Malah beliau juga berharap agar jawatankuasa yang baru dapat melakukan tugasan dengan lebih baik. "Kalau hilang kepercayaan daripada pengundi bukan Islam di atas kertas, kita akan kalah pada pilihan raya umum ke-14. "Terima kasih kepada PAS menjadi tempat saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa selama 18 tahun dan di Pemuda PAS banyak tahun. "Dan jumlah keseluruhannya dalam 30 tahun (di dalam PAS). Mungkin dengan orang baru akan ambil alih dan dapat laksanakan dengan lebih baik," katanya lagi. -mk
ULASAN GB Betul-betu lawak. Inilah akibatnya apabila bukan profesyenal yang memimpin. Memberikan cadangan yang tak berasas. Kononnya nak bertanding di semua kerusi. Siap ugut suruh berbaik semula. Sedangkan pada PRU yang lepas pun 3 calon PAS hilang deposit! Sungguh tidak berjejak di bumi nyata jika PAS Sabah mahu bertanding di semua kerusi. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan