Kelab Greenboc |
[PANAS] Haji Hadi Gelar Penantang Hudud Sebagai Anjing & Serigala! Posted: 28 Jun 2015 12:08 AM PDT Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu. "Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju. "Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di Kepala Batas malam tadi. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan dan barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang. Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi. "Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah. "Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya. Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti. "Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa. "Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya. -Bernama ULASAN GB Selepas BARUA, TOLOL, NYAMUK, kini ANJING dan SERIGALA pula yang keluar dari mulut Haji Hadi. Kali ini ditujukan khusus kepada mereka yang yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Dan semua orang tahu yang tidak bersetuju dengan hudud ialah DAP dan majoriti kaum bukan Islam. Apakah kerana tidak bersetuju dengan perlaksaan hudud di Kelantan maka ia mewajarkan Haji Hadi menggelar mereka najing dan serigala? Siapa yang mengajar demikian? Sedang kaum bukan Islam berhak untuk tidak menyokong hudud.. dan apakah mereka perlu ditempelak sebagai anjing dan serigala yang menyalak lantarannya? Bukankah Haji Hadi sendiri pernah menyatakan "Hudud Bukan Keutamaan" dan "DAP Berhak Tolak Hudud?" Kini apabila mereka menolak hudud di tempelaknya mereka sebagai anjing dan serigala yang menyalak. Bagaimana kita boleh menempelak dan menyalahkan mereka yang bukan Islam sebagai anjing dan serigala? Apakah mereka mahu dilahirkan sebagai bukan Islam? Bagaimana agaknya jika ditakdirkan dahulu Haji Hadi lahir dari perut ibu seorang bukan Islam?Apakah beliau rela ditempelak sedemikian rupa??> Dan kedua, hina sangatkah makhluk Allah yang bernama anjing dan serigala itu? Apakah Islam mengajar kita untuk melakukan penghinaan sedemikian rupa terhadap sesama makhluk Allah? Apakah anjing dan serigala itu mahu dilahirkan sebagai anjing dan serigala? Bagaimana satu ketika dulu atau satu ketika nanti Allah menukar kejadian Haji Hadi sebagai anjing dan serigala pula? Sebagai muslim, kita mesti taat dan patuh terhadap ajaran agama ISLAM. ISLAM telah menetapkan beberapa peraturan dan hukum berkenaan anjing. Hukum fiqh terhadap anjing bukanlah bermakna kita mesti menghina dan memandang hina terhadap anjing. Hukum itu mempunyai hikmah tertentu dan wajib kita sebagai muslim mematuhinya, sebagai tanda iman yang kukuh. Kepada anjing dan semua binatang serta makhluq ciptaan ALLAH yang lain, kita tidak wajar menherdik dan melakukan penganiayaan terhadap mereka. Itulah ajaran Islam yang suci. Sebagai muslim, kita mesti taat dan patuh terhadap ajaran agama ISLAM. ISLAM telah menetapkan beberapa peraturan dan hukum berkenaan anjing. Secara ringkasnya telah saya senaraikan di atas serta dalil-dalilnya. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: "Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana merasa sangat haus. Lelaki itu berkata: "Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi" lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi kasut kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kami akan memperolehi pahala kerana binatang-binatang seperti ini?" Rasulullah saw menjawab: "Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya." (HR Muslim) Lihatlah tuan/puan sekalian, betapa ALLAH telah sediakan kebaikan dan pengampunan dosa sekiranya kita berbuat baik kepada binatang-binatang. Malah ALLAH berterima kasih kerana berbuat baik kepada haiwan iaitu salah satu makhluq ciptaanNYA. Di dalam hadith yang lain, Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Nabi saw telah bersabda yang masudnya: "Bahawa pada suatu hari yang sangat panas seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Ia kemudian melepas kasut kulitnya (untuk mengambil air sumur yang akan diminumkan kepada anjing), lalu wanita itu diampuni dosanya." (HR Muslim) Demikian hebatnya seekor anjing boleh menyelamat seseorang dari masuk neraka apabila kita berlaku baik terhadapnya, bukan menggunakan fitrahnya dilahirkan sebagai seekor anjing untuk sesiapa secara sesuka hati menempelak dan memaki orang lain. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Watak dan perwatakan Haji Hadi semakin terserlah. Kata-kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri di acara yang sama menyatakan: Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti. Tidakkah wajar perkataan Tuan Ibrahim itu ditujukan kepada Presiden PAS sendiri? |
Ulama PAS Jauhkan Bukan Islam Terhadap Islam Posted: 27 Jun 2015 06:24 PM PDT Gagasan parti Islam baharu satu keperluan walaupun terlambat, kata aktivis pelajar Gagasan sebuah parti baharu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini merupakan satu keperluan, khususnya di kalangan anak muda yang berhaluan Islamik, kata aktivis pelajar Fahmi Zainol. Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, parti yang sebegitu seharusnya ditubuhkan 5 hingga 10 tahun dahulu lagi. "Ia satu keperluan, khususnya bagi kami anak-anak muda Islamik yang sudah mampu menilai setiap perkara," katanya yang kini digantung pengajian dan akan kembali menyambung pelajarannya di UM pada Ogos ini. "Namun apa boleh buat, orang-orang tua di atas sana baru sedar perlu adanya gagasan parti baharu yang bercorakkan parti Islam dengan ciri-ciri kontemporari dan semasa," katanya kepada The Malaysian Insider. Fahmi mengulas cadangan penubuhan sebuah parti Islam baharu yang progresif dan inklusif oleh kumpulan G-18 yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang tersingkir dari pucuk kepimpinan parti itu. Pemimpin yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok pada Muktamar Tahunan ke-61 itu sebagai "rahmat yang terselindung" apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini. Pada pertemuan pertama mereka 16 Jun lalu di Muar, Johor, G18 membentuk jawatankuasa bertindak dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi, bekas naib presiden Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai setiausaha dan bekas ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausaha. Sehingga ini, cadangan penubuhan parti baharu ini mendapat dokongan pelbagai pihak termasuk PasMa, iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, NGO Islam dan juga tokoh masyarakat. Fahmi digantung pelajarannya selepas menganjurkan majlis untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus UM tahun lalu, di mana pelajar merempuh pintu pagar utama universiti itu untuk membolehkan mereka masuk. UM memutuskan menggantung dan mendenda beliau dan seorang lagi mahasiswa yang menganjurkan program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" Anwar pada Oktober lalu itu selepas hampir 12 jam prosiding tatatertib diadakan Disember tahun lalu. Fahmi digantung pengajian selama 2 semester dan didenda sebanyak RM600 manakala Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin digantung selama satu semester dan didenda sebanyak RM300. Prosiding tatatertib itu juga menyaksikan Abraham Au digugurkan pertuduhan dan Khairul Najib Hashim diberi amaran. Walaupun digantung, Fahmi menjadi pemimpin pelajar yang dihormati di kalangan mahasiswa negara ini. Beliau diberikan sambutan hangat oleh pelajar universiti seluruh negara dalam jelajah yang dibuatnya bersama rakan-rakan. Program anjuran PPUM itu diadakan pada 27 Oktober, sehari sebelum berlangsungnya pendengaran rayuan terakhir bekas ketua pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 27 Jun, 2015.
ULASAN GB Bukankah tindakan golongan ulama atau konservatif di dalam PAS melalui "cai" mmenyingkirkan golongan progresif menunjukkan bahawa PAS sudah membuang slogan PAS FOR ALL? Dan yang paling menyedihkan PAS kini sebagai parti yang telah menjauhkan bukan Islam terhadap Islam. Memberika n imej buruk parti Islam malah agama Islam sendiri terhadap mereka yang bukan Islam.... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan