Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Kafir Kalau Keluar PAS?

Posted: 20 Jun 2015 12:48 AM PDT


Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat Sabu

Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend "bahaya" di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin "progresif" dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan "takfiri" itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

"Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

"Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka," katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

"Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

"Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga," katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

"Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

"Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal," katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

"Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini," kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

"Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil," katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

"Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

"Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya," katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.


Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan "PAS untuk semua" yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

"PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

"Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS)," katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

"Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka," katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

"Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

"Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka," katanya. – TMI

ULASAN GB

Jalan paling mudah untuk mendapatkan WALA ialah menuduh dan mengklasifikasi golongan yang tidak menyokong sebagai telah murdad, atau menjadi kafir.

Dahulu kafirkan UMNO dengan Amanat Hadi. Tiba-tiba entah macamana selepas muktmar yang lalu tiba-tiba Haji Hadi membersihkan nama UMNO, katanya UMNO tidak seburuk Firaun.



Dan semalam GB menerima satu prinstcreen dari media sosial seperti berikut:


Wah hebat betul. Masing-masing dah jadi tukang hukum. Punya takut orang tubuh parti baru terus tempelak orang yang keluar parti sebagai kafir. Apatah lagi mendapat tahu akar umbi yang mehukan parti baharu gantikan PAS. Dan tuan presiden sendiri yang pernah menghalau orang yang tak bersetuju dengannya terutama PASMA supaya tinggalkan parti.


Sekarang bila ahli-ahli PASMA nak keluar secara beramai-ramai dari PAS di Kedah dan Terengganu, mereka dikecam pula sebagai kafir.

Jangan pedulikan lagi kata-kata para pemimpin PAS. Mereka sudah kehilangan akhlak, budi dan akal. Kita tiada masa lagi untuk melayan mereka. Segala tuduhan mereka terhadap para profesional akan memakan diri mereka sendiri... >br>

Berpusing-pusing Ketua Dewan Ulama PAS Buat Kenyataan...

Posted: 19 Jun 2015 10:45 PM PDT


Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP

Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi.

"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar," kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini.

"Tetapi apabila kita dah buat (keputusan) di Muktamar memang tak akan berlaku pusingan-U. Kita dah memikirkan, akibatnya kita dah tahu," katanya.

Beliau mengulas kedudukan terkini Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP, disusuli PKR, mengumumkan gabungan itu kini "berkubur".

Menurut Mahfodz, PAS juga tidak kesal dengan kerjasama politik yang terjalin di antara parti itu dengan DAP selama ini.

"Kita bertahaluf ini tidak ada yang rugi, selalu untung. Dengan Umno pun kita untung juga, kita boleh sampai ke kawasan Felda.

"Dengan PR kita dapat menguasai Kelantan dan dengan tahaluf siyasi, alhamdulillah, hasilnya ada," katanya.

Usul memutuskan hubungan dengan DAP dicadangkan Dewan Ulama PAS dan dipersetujui sehingga mendatangkan kemarahan beberapa perwakilan akar umbi.

Pemimpin PAS bagaimanapun berkata usul itu tidak mewakili keputusan muktamad, kerana masih perlu diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu.

Namun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengatakan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya 5 ahli sudah berbuat demikian, termasuk dari kumpulan progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu.

DAP kemudian mengisytiharkan PR sudah berakhir pada mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya Isnin lalu.

Bagaimanapun, Lim semalam berkata satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Datuk Salleh Man, masih sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

PKR juga menganggap PR sudah tidak berfungsi secara formal dan merakam kekesalan mereka dengan keputusan DAP dan PAS.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 3 parti yang sebelum ini dikenali sebagai PR agar terus menjadikan Dasar Bersama sebagai panduan dalam mentadbir negeri mereka.

Menurutnya, ini kerana secara hakikatnya, PR masih wujud walaupun secara formal ia tiada.

"Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR," katanya dalam kenyataan menerusi Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang bertemunya di mahkamah semalam.

ULASAN GB

Berpusing-pusing Ketua Dewan Ulama PAS keluarkan kenyataan.

Hari itu Dah Tekejut Pulak Ketua Dewan Ulamak PAS, U-Turn Hampir Pasti...

Sekarang kata dah kesal pulak putus hubungan dengan DAP dan takkan U-Turn lagi. Baguslah macamtu. Selepas ini jangan pusing-pusing lagi. Pertahankan keputusan kamu utnuk putuskan kerjasama dengan DAP di dalam MSU nanti.

Macam takda pendirian lansng.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya...

Ulama Sedang Menghantar PAS Ke Liang Lahad...

Posted: 19 Jun 2015 06:40 PM PDT


Bukan Islam tidak akan menyokong PAS lagi, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.

Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan - dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang
.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Ia berakhir berikutan kepimpinan PAS yang kini dikuasai golongan konservatif, diketuai presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerima usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Hubungan DAP-PAS mula rapuh tahun lepas sejak kemelut menteri besar Selangor dan bertambah buruk selepas PAS membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Kemelut itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila PAS menetapkan pendiriannya melalui usul tanpa bahas dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan hubungan dengan DAP.



ULASAN GB

PAS sedang mengalami fasa menurunnya di bawah kepimpinan baru.

Yang pasti bukan-Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya akan datang. Tanyalah mana-mana kaum Cina dan India, malah dari DHPP pun. Mereka meluat dengan perangai ulama PAS, terutama Presiden PAS sendiri, Haji Hadi yang mutakhir ini begitu celupar mulutnya dengan sumpah dan makihamun seperti BARUA dan TOLOL. Ini diikuti dengan para penyokongnya dialam siber atau alam dunia. Dengan perangai jelek mereka memfitnah, memaki dan memboo, akan menjadi peluru yang akan memakan diri mereka sendiri. Itulah hukum alam, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Itu sunnatullah!

Haji Hadi sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebelum ini sebagai Setiausaha Agung membiarkan fenomena buruk dan jahiliyah itu berlaku di dalam parti untuk memberi kemenangan kepada golongan ulama. Oleh itu kemenangan golongan ulama adalah dengan cara yang begitu keji dan hina, yang mana sudah pasti tiada keredhaan dan keberkatan dariNya.

Jika bukan Islam sudah tidak sokong PAS lagi, hendak diharap daripada siapa lagi yang menyokong PAS? Malah separuh dari akar umbi PAS pun sudah tidak akan menyokong PAS lagi. Mereka bersimpati dengan golongan profesional yang disingkirkan di dalam muktamar lalu sedangkan golongan profesional inilah yang telah mengangkat martabat PAS ke aras yang ada sekarang ini.

Dengan ketiadaan sokongan bukan Islam, ketiadaan separuh akar umbi PAS, kat siapa lagi PAS nak raih undi? Raih daripada UMNO... mungkin... tetapi mahukah UMNO memberi undi kepada mereka sedangkan dalam UMNO sendiri sudah ramai calon yang perlu mereka fikirkan?

Siapa yang mahu sokong PAS di bawah ulama yang suka maki hamun?

Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengambil pemimpin yang tidak berakhlak Islam seperti memaki-hamun dan memfitnah walaupun ia seorang ulama. Akhlak sedemikian tidak selaras dengan hukum hudud yang diperjuangkan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah swt mengapa kalian memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak Islam? Nak jawab apa?

Sebenarnya ulama PAS inilah yang sedang menghantar PAS ke liang lahad.

[VIDEO] Sungguh Merdu Suara Erdogan Alunkan Bacaan Al-Quran..

Posted: 19 Jun 2015 06:25 AM PDT


Tidak ramai pemimpin dunia terutama yang muslim pandai melantunkan bacaan Al-Quran atau bahkan hafal (hafiz) al-Quran.

Salah satu di antara yang sedikit itu adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, negara berasaskan sekular, lapor web Eramuslim.

Dalam sebuah video yang dipaparkan di akaun Facebooknya, seorang ahli politik AKP Turki, Mehmet Sercan oge, mengaplod video Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan ayat-ayat Al-Quran.

"Cumhurbaşkanımız Recep Tayyip ERDOĞAN'ın sesinden Kuran Tilaveti ... [Ali İmran Süresi]. (Suara Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan Al-Quran ... Surah Ali Imran," tulis Mehmet Sercan oge pada 3 Jun lalu.

Dalam video berdurasi 2:50 minit itu, Erdogan yang dilahirkan pada 26 Februari 1954 melantunkan ayat 190-194 surah Ali Imran dengan bacaan yang fasih, suaranya merdu, tajwidnya bagus dan menggetarkan bagi yang mendengarnya, masya Allah!



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT