Kelab Greenboc |
[BERGAMBAR] Alhamdulillah, Terima Kasih Tuanku Kerana Bebaskan 11 Aktivis Posted: 19 Jun 2015 12:52 AM PDT 11 aktivis dapat pengampunan diraja dibebaskan. Semua 11 aktivis terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak dibebaskan pada jam 9 malam tadi. Mereka disambut ahli keluarga yang menunggu di luar penjara Tapah sejak jam 5 petang tadi. Berpakaian T-shirt putih dan melaungkan "Takbir" ketika melangkah keluar daripada bas yang membawa mereka ke pintu masuk penjara berkenaan, kumpulan terbabit memeluk ahli keluarga masing-masing sebelum mengambil gambar kenangan. Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Datuk Razali Othman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Sultan Nazrin Shah memberikan pengampunan diraja untuk 11 individu berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan. Beliau berkata dalam mesyuarat lembaga berkenaan pada 5 Mei lalu, sehari sebelum pertabalan Sultan Perak, hanya seorang daripada 12 penunjuk perasaan menerima pengampunan apabila mengemukakan permohonan terus dan bukannya melalui pihak ketiga. Pada mulanya, terdapat 13 orang yang ditahan berikutan demonstrasi pada bulan Februari 2009, di luar Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak, di mana ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional mengangkat sumpah jawatan jawatan sebagai menteri besar di hadapan Sultan Perak. Seorang warga Indonesia dihantar pulang ke negaranya selepas dibebaskan manakala baki 12 lagi dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Mac lalu. Mohamad Nazeer Hameed, 49, adalah satu-satunya orang yang mendapat pengampunan diraja sempena pertabalan Sultan Nazrin pada 6 Mei lalu. Isteri kepada salah seorang aktivis, Nashita Md Noor dan beberapa ahli keluarga yang lain mengambil keputusan untuk menunggu pembebasan di penjara Tapah selepas mendapat pekhabaran suaminya diberi pengampunan diraja. Mereka tiba pada jam 5 petang dan berbuka puasa di luar penjara sementara menunggu pembebasan itu. Sekitar jam 10 malam tadi, Nashita memuat naik gambar suaminya bersamanya dan anaknya serta gambar 7 orang lain yang baru dibebaskan dari Penjara Tapah. "Alhamdulillah, bebas!" tulis Nashita di laman Facebook. ULASAN GB Alhamdulillah dan terima kasih kepada Sultan Perak yang memperkenankan memberi keampunan kepada OKZ di atas. Juga tidak dinafikan terima kasih perlu diberikan kepada aktivis BERSIH terutama Datuk Ambiga yang telah melancarkan kutipan sumbangan untuk membantu kelaurga mangsa sepanjang tempoh mangsa berada di dalam penjara.
|
Memang TOLOL Jika Percaya UMNO Sokong Hudud Posted: 18 Jun 2015 06:45 PM PDT Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam. "Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu. Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud. "Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi. "Akan tetapi Standing Order juga mengatakan urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh didebatkan, kecuali diusulkan kerajaan sendiri." Mahfuz kemudiannya berterima kasih kepada Pandikar kerana memberi jawapan kerajaan tidak bersedia menyokong rang undang-undang tersebut, menyebabkan Pandikar marah. "Saya tidak cakap itu, itu tafsiran Yang Berhormat, jangan heret saya ke dalam agenda politik Yang Berhormat," katanya. Rang undang-undang diusulkan Hadi berada dalam senarai untuk didebatkan di sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini. Tidak kelihatan peluang ia didebatkan kerana masih terdapat 11 rang undang-undang kerajaan termasuk 14 lagi usul daripada ahli Parlimen. Mengikut konvensyen, urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang lain diberikan laluan. – TMI
ULASAN GB Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kiepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO. Yang menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponteng lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli parlimen? Satu lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Adapun yang menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar di luar parlimen mengenai hudud tetapi jadi tikus mondok dalam parlimen, terus membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. Inilah KETOLOLOLAN maha hebat kumpulan ulama PAS dalam Parlimen. Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan Keadilan, kini Allah dedahkan siapa SI TOLOL yang sebenarnya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan