Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Perompak Tukar Nama Kapal Dari ORKIM HARMONY Jadi KIM HARMON...
- [TERBONGKAR] Rahsia Suami Kahwin Lagi Diketahui Selepas Nahas
- Pakatan Rakyat Tidak Lagi Berfungsi Secara Formal - PKR
[VIDEO] Perompak Tukar Nama Kapal Dari ORKIM HARMONY Jadi KIM HARMON... Posted: 18 Jun 2015 02:12 AM PDT Kapal tangki hilang ditemui Kemboja, anak kapal selamat Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat. Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam. Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada "Kim Harmon" dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama. Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, 5 Indonesia dan seorang warga Myanmar. – Bernama
|
[TERBONGKAR] Rahsia Suami Kahwin Lagi Diketahui Selepas Nahas Posted: 17 Jun 2015 11:22 PM PDT Ketahui suami nikah lagi selepas nahas KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu. Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi. Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir. Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis. Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan, terkejut menerima berita buruk itu. "Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari. "Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas. "Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini," katanya. Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi daripada ibu saudaranya sebelum bergegas ke HKT bersama ayahnya, Abd Rahman Ali, 58. Katanya, dia mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik tiba di balai polis. "Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu tiga hari lalu. "Saya dan abang hanya dua beradik. Selepas abang tidak tinggal bersama, saya jarang berbual dengannya. Malah akhir-akhir ini, dia (nampak seperti) tidak seceria selalu," katanya ditemui di unit forensik HKT, semalam. Jenazah dibawa untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Ford Fiesta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru, bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor Bahru. "Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan berkembar dua hala serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan," katanya. -SH |
Pakatan Rakyat Tidak Lagi Berfungsi Secara Formal - PKR Posted: 17 Jun 2015 05:55 PM PDT Dulu kahwin, kini cerai tapi masih kawan' Ia muktamad. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Tetapi bagaimana hendak menggambarkan bekas pakatan pembangkang itu. Ditanya mengenai perkara ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyamakan gabungan itu sebelum ini sebagai "perkahwinan poligami" melibatkan tiga parti. "Sekarang kami bercerai tetapi masih kekal berkawan. "Ini juga memberikan kami ruang untuk kahwin semula salah satunya kemudian," katanya kepada Malaysiakini. Naib Presiden PKR dan MP Pandan itu menjelaskan bahawa perbezaan sekarang ialah ketiga-tiga parti tidak lagi terikat konsep konsensus dan dasar polisi bersama seperti yang dipatuhi dalam Pakatan. Sementara itu, PKR hari ini turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal tetapi status quo di Selangor dan Pulau Pinang kekal. Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata atas "semangat dan permuafakatan" gabungan itu sebelum ini PKR juga akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob. Azizah juga mengakui mereka kesal dengan sikap dua sekutunya – PKR dan DAP – sebelum ini. "(PKR) menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa. "Ekoran dari itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal," katanya lagi. Azizah juga berkata PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN. Azizah membuat pengumuman itu hasil daripada mesyuarat biro politik PKR yang bermesyuarat semalam. -
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan