Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Parti Baharu: Profesional Pantau Kehendak & Sokongan Akar Umbi Terlebih Dahulu
- [BERGAMBAR] Deklarasi Bakri: "Perjuangan Baru Bermula" -updated
- Iskandar Samad Dah Kecut, Sekarang Baru Nak Gesa Kukuhkan PR
[VIDEO] Parti Baharu: Profesional Pantau Kehendak & Sokongan Akar Umbi Terlebih Dahulu Posted: 17 Jun 2015 01:01 AM PDT Bekas pemimpin PAS dirai, Malaysia bakal saksikan muafakat politik baharu Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi. Kumpulan dikenali G-18 itu bermesyuarat sesama mereka kira-kira jam 6 petang di sebuah hotel dan pada jam 9 hingga 12 malam, mereka berucap di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, jumlah dianggap besar untuk satu ceramah politik di Johor. Hampir semua mereka hadir kecuali Datuk Husam Musa yang tidak berapa sihat dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi yang berada di luar negara. Antaranya, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, bekas naib presiden Salahudin Ayub, bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar, bekas bendahari Asmuni Awi, bekas pengarah pilihan raya Dr Mohd Hatta Ramli, bekas ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Datuk Kamarudin Jaffar, Zulkifli Mohamad Omar, serta ramai lagi. Pengarah perhimpunan, Mazlan Aliman, merupakan satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang dalam pemilihan AJK PAS Pusat baru-baru ini. Mazlan melepaskan jawatan itu Isnin lepas. Ketika berkumpul di Johor, pihak yang menang pula berhimpun di kubu mereka di Rusila, Marang. Namun begitu, ia tidak disertai Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di luar negara dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempunyai program tersendiri di Jengka, Pahang. "Saya yakin muafakat politik kali ini akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baru di Malaysia ini," kata Mat Sabu, pemimpin yang paling senior di kalangan mereka yang kalah itu. Pada sidang media selepas itu, Mat Sabu berkata, mereka akan melihat situasinya dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya sama ada menubuhkan parti baharu. "Kita belum fikir parti baharu lagi, kita akan lihat sokongan rakyat dahulu kepada beberapa pilihan yang kita ada, sama ada parti baharu, kekal dalam parti lama, NGO atau sertai parti politik yang ada," katanya tidak mahu mengikat hala tuju perjuangan mereka. Selepas Muar, mereka akan bergerak ke seluruh negara, Temerloh, Pahang akan menjadi destinasi kedua mereka pada 26 Jun ini. Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider di majlis itu yakin gerakan baharu tersebut melibatkan semua pihak yang mempunyai cita-cita sama bagi membela rakyat negara ini dan mengambil alih Putrajaya. "Kita akan pastikan semua pihak berada dalam satu wadah untuk perjuangan ini," katanya. Di samping kumpulan G-18 ini, pihak lain yang berminat menubuhkan parti politik baharu ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini membuat keputusan mengambil inisiatif tersebut. Di samping itu, Ikram Malaysia juga difahamkan menyatakan minat untuk bersama mereka, di samping Wadah, iaitu NGO yang menghimpunkan bekas pemimpin kanan Abim. Jadual pimpinan G-18 penuh dengan pertemuan dengan pelbagai pihak yang berminat bersama mereka. Ia akan bekerjasama dengan PKR dan DAP yang bersama dengan PAS sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini berkubur. Mat Sabu sudah beberapa kali menegaskan akan terus bersama dengan parti dalam PR sebelum ia diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai tidak wujud lagi semalam. Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru Ahad lepas selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mat Sabu tegas menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno. "Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," katanya disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir. Halangan terbesar mereka adalah bagaimana memujuk ahli PAS yang berjumlah satu juta orang itu menyertai mereka. –TMI |
[BERGAMBAR] Deklarasi Bakri: "Perjuangan Baru Bermula" -updated Posted: 16 Jun 2015 10:45 PM PDT RibUan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara membanjiri majlis yang pada awalnya dinamakan "Himpunan Jasamu Dikenang" yang bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" yang diadakan malam tadi di Bakri, Muar, Johor. Begitu ramai sekali bekas pimpinan PAS yang hadir terutama dari kumpulan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan di muktamar baru-baru ini hadir untuk berhimpun sekaligus menjadikan Bakri sebagai tapak awal dan saksi kepada pemulaan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam tadi ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu. Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain. Sekalipun diberikan masa cuma sekadar 5-6 minit untuk berucap namun ternyata kesemua penceramah tidak menghampakan hadirin. Masing-masing begitu bersemangat untuk memulihkan harapan Pakatan Rakyat di dalam meneruskan aagenda perjuangan bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Dpedas.fm telah membuat lintas lansung untuk program berkenaan malam tadi. Rata-rata penceramah menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat. Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini. Mereka telah dikalahkan dengan perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan pro-ulama yang mana ia memeranjatkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sendiri yang merasa kecewa dengan perbuatan dan tindakan melampau yang lansung tidak dibendung oleh para ulama PAS. Yang menjadi perhatian dan wira pada malam tadi sepastinyalah sdra Mazlan Aliman, seorang pemimpin NGO ANAK yang telah sangguo melepaskan jawatan sekalipun menang sebagai AJK PAS Pusat demi untuk menyertai barisan rakan-rakannya dari kalangan profesional. Rakyat yang hadir berulang-ulang kali menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat. Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP. Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan "UMNO tidak seburuk Firaun." Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan "inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu," yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang baru. Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya: "Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman." aru. Pernyataan itu disambut dengan laungan takbir lebih 5,000 hadirin sebagai tanda bersetuju. Sebelumnya Mohamad Sabu telah menyatakan kekesalannya apabila PAS terus ditipu oleh UMNO di dalam isu hudud yang setelah dua penggal parlimen bersidang, Private Bill masih gagal dibentang. Akibat darinya juga, PAS telah berpecah, Pakatan Rakyat berantakan. Mangapakah kita terlalu bodoh untuk percaya kepada UMNO? Soalnya.
Berikut ialah video montaj yang disediakan oleh penganjur himpunan |
Iskandar Samad Dah Kecut, Sekarang Baru Nak Gesa Kukuhkan PR Posted: 16 Jun 2015 04:45 PM PDT Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan Rakyat Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat. "Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut. "Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan. PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan. "Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri. Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan. Di Selangor, ujar beliau rakyat telah dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi dasar bersama Pakatan Rakyat yang menitikberatkan ketelusan, memerangi rasuah, peluang ekonomi yang adil, kediaman mampu milik dan polisi-polisi baru yang lain. Menurutnya, usaha-usaha di negeri itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu diteruskan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus kukuh demi kebajikan dan masa depan rakyat. "Semoga kecemerlangan Pakatan Rakyat di Selangor akan menjadi contoh dan pendorong kepada seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menamatkan keangkuhan Barisan Nasional," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. -HD ULASAN GB Sekarang baru Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor menggesa untuk kukuhkan Pakatan Rakyat. Dahulu seamasa dua ADUN bertindak untuk mengukuhkan PR, mereka berdua dikutuk, dicaci dan dihina dengan begitu teruk sekali sehinggalah kedua-dua ADUN berkenaan digantung keahliannya. Kedua-dua ADUN itu dikatakan mendahului Presiden dan MSU di dalam menyokong PKR. Jika demikian halnya sehingga mereka berdua digantung keahlian, tidakkah tindakan Iskandar juga mendahului MSU dan PAS Pusat yang belum bersidang untuk memutuskan mengenai usul Dewan Ulama berkenaan? Dan tidakkan Iskandar juga boleh dikenakan dengan tindakan disiplin yang sama dengan kedua-dua ADUN berkenaan dengan berasaskan prinsip keadilan kerana telah wujud "precedence"? Kini apabila DAP sudah menyatakan PR tidak wujud lagi, dan apabila Azmin menyatakan PKR menghormati keputusan Muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP, baru kedengaran suara sumbang Iskandar untuk mengukuhkan PR. Beliau tahu dengan kenyataan DAP tersebut, kerajaan PR akan digantikan dengan yang baharu. Seandainya mesyuarat PKR malam ini memutuskan untuk bersama dengan DAP di dalam kemelut yang berlaku, maka tersingkirlah PAS dari kerajaan negeri Selangor, yang membawa erti hilanglah semua jawatan-jawatan termasuk exco-exco dari PAS. 5,000 kakitangan dari kalangan ahli PAS yang dilantik dengan jawatan politik di negeri tersebut juga akan tamat. Semasa muktamar baru-baru ini sewaktu Dewan Ulama membuat usul memutuskan kerjasama dengan DAP, tiada seorang pun perwakilan membantah. Malah usul itu telah diluluskan tanpa bahas. Jika Iskandar jujur mempertahankan PR, mengapa beliau tidak bangun untuk membantah usul berkenaan? Kini baru tercengang-cengang apabila terpelesok ke dalam jerat yang dipasang oleh kumpulan sendiri! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan