Ahad, 7 Jun 2015

dollah yankee

dollah yankee


Guan Eng pula yang gopoh?

Posted: 07 Jun 2015 06:00 PM PDT




Susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar.

Nasrudin Hassan yang berdegar-degar cakap dan berikrar mahu 'melutut' dan 'menyiku' DAP, terpaksa ikut macam Najib, cabut lari dari mengulas kesan akibat usul tergempar itu.

PAS sekarang baru paham apa erti... " minta cerai... tapi masih hendak tidur satu katil dan masih nak tinggal satu rumah",perwakilan PAS yang masih dalam perjalanan  pulang selepas muktamar, dan belum sampai rumah pun kini sudah terasa kesannya akibat daripada niat mereka nak bercerai dan berpatah arang dengan DAP.


Sebelum itu pun Mat Sabu juga dah bagi amaran supaya jangan diteruskan usul untuk bercerai dengan DAP itu, tapi masing-masing keras kepala, masing-masing nak tunjuk pandai dalam berpolitik. 

Sebelum Guan Eng kecewa pun, banyak perwakilan yang dah marah bila usul itu dilulus tanpa dibahas.

Ini akibat nya bila tidak menggunakan kepala otak yang Allah anugerahkan untuk berpikir sebelum buat keputusan.

dollah yankee -
Serban besaq, otak kecik ...

6 bulan sebelum Mat Sabu di tolak

Posted: 06 Jun 2015 10:48 PM PDT



dollah yankee -
6 bulan dulu...Mat Sabu dah dok rasa...

Tiada ulasan: