Sabtu, 20 Jun 2015

dollah yankee

dollah yankee


Auta? atau Fakta?

Posted: 20 Jun 2015 04:53 PM PDT

Ada orang memberikan maklumat bahawa satu usaha telah dibuat dengan mempertemukan Najib Razak dengan Anwar Ibrahim melalui seorang wakil. Tujuan pertemuan itu ialah bagi meminta pertolongan Anwar dalam erti lain Najib mahu mencadangkan "you help me, i help you" untuk membantu Najib menyekat kemaraaan serangan Tun Mahathir yang semakin "mengila" sekarang ini yang menyebabkan Najib langsung tak mampu tidur malam dan Rosmah pula tak mampu nak keluar negara utnuk bershopping dan berseronok-seronok dengan serangan-serangan dari Tun ini. 

Pertemuan ini dikatakan adalah untuk menerukan perojek Konsasus Nasional (KN) yang gagal sebelum ini.

Gurkah-gurkah politik di'port' kurang yakin sangat dengan hal ini, tetapi sumber yang sama telah menghantar beberapa keping gambar menunjukan bahawa Anwar Ibrahim ada keluar daripada penjara dan menemui sesorang dalam mesyuarat tertutup tanpa iringan polis.

Wow!!! Ini menarik ni...

Ada logik juga jika dikata mereka bertemu sebab DAP sekarang sedang memberikan tekanan kepada PKR Selangor dan Azmin Ali untuk singkirkan PAS di Selangor. Akan ada pertemuan diantara DAP dengan PKR dan Azmin Ali bagi memberikan pilihan, atau lain perkataan pilih... PAS atau DAP !

Jika Azmin berkeras nakkan PAS bersama PR, DAP akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat akan pecah. Selangor mungkin jatuh kepada BN. Ini yang diimpikan olih Najib dan lain-lain. Hasilnya PKR akan hancor dan ini pula yang diidamkan olih puak-puak PAS. Biarpun tidak di Selangor, namun DAP masih boleh bergerak sendiri di Pulau Pinang.

Oleh itu Anwar akan cuba menyelamatkan PKR dalam apa cara sekali pun.

Ok berbalik pertemuan Najib-Anwar?

Kata sumber itu, kereta Jabatan Penjara muncul di parking tingkat bawah Wisma Maran, Medan Pasar Jalan Tunku Abdul Rahman TAR pada lebih kurang pukul 10 pagi. Gambar di bawah.


Kata sumber lagi Anwar Ibrahim dilihat keluar dari kereta dan macam biasa dengan pakaian yang cukup segak, dan pegawai penjara mengarah pihak polis yang mengiring tidak mengikuti Anwar Ibrahim. Anwar dilihat naik melalui lif bomba ke tingkat 8 yang mana ada ada pejabat firma guaman di situ. 

Satu jam kemudian, Nurul Izzah tiba ke Wisma Maran bersama ibunya, Wan Azizah. Difahamkan perbincangan dipercayai diadakan di Tingkat 8 dan perbincangan itu selesai pada pukul 12 tengahari.




1 jam kemudian kereta penjara yang bawa Anwar telah dilihat keluar ... mungkin balik ke Sg.Buloh lah kot?!

dollah yankee -
Anwar boleh "help Najib,no hal"!, tapi macam mana Najib nak "help" Anwar?

Tiada ulasan: