Khamis, 4 Jun 2015

dollah yankee

dollah yankee


Takkan nak biar aku seorang?!

Posted: 04 Jun 2015 07:16 AM PDT



Kata gurkah-gurkah politik di'port'..., kalau lah mereka di tempat Najib sekarang ini, mereka akan cari tarikh yang baik untuk bubar parlimen untuk memberi jalan kepada pilihanraya umum. Tak kan lah Najib begitu bangang dan tak boleh 'pikiaq' yang sekarang ini semua orang dah tak percaya dekat dia lagi.

Ini ada lah jalan terbaik untuk dia tahu sama ada rakyat masih menyokong pentadbiran BN/umno dan dia, atau rakyat tunggu saja peluang jika ada pilihanraya, ini lah masa yang terbaik untuk rakyat 'penerajang' dia dengan parti parti dia sekali.

Yang tak percaya dekat dia sekarang bukan saja rakyat marhain serta parti Pakatan Rakyat dan parti parti pembangkang yang lain-lain, tetapi juga pemimpin pemimpin lain-lain dalam komponen umno dan BN sendiri, bukan saja mereka semua dah meluat bahkan dah tak boleh nak pandang muka dia lagi dah.

Gurkah-gurkah ini juga kata dengan bubar parlimen saja lah cara paling efektif untuk bagi Tun Mahathir duduk diam-diam. Jadi ini lah peluang terbaik Najib untuk dia buktikan bahawa rakyat masih lagi percaya pada dia.

Gurkah-gurkah ini juga memberi  jaminan bahawa selepas parlimen dibubar, piliharaya umum dipanggil maka Malaysia akan bertambah baik dibawah pemerintahan kerajaan baru dengan Anwar Ibrahim sudah tentu sebagai PM baru kita.

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah negara ini akan terus melaksanakan RMK-11 dengan penuh amanah dan bertanggungjawab dan telus sebab Anwar Ibrahim,Lim Guan Eng,mat Sabu,Khalid Samad, Azmin Ali,Nurul Izzah,Wan azizah dan lain-lain lagi bukan umno.

dollah yankee -
Mati idup balik pun rasanya Najib tak akan panggil PRU. 


Tiada ulasan: