Ahad, 28 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Annuar Musa cuba tutup jenayah rasuah MARA?

Posted: 28 Jun 2015 04:22 AM PDT

anuar-musaMARA

Roketkini.com


KUALA LUMPUR Tindakan Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA) Annuar Musa mengumumkan MARA Inc berjaya membeli bangunan kontroversi di Australia lebih rendah dari nilai pasaran menimbulkan persoalan.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan tersebut menimbulkan rasa pelik dan turut mempersoalkan sama ada ia satu lagi usaha menutup jenayah rasuah pegawai MARA.

Kenyataan Annuar itu dilaporkan akhbar The Star dan RTM1 yang menyatakan nilai pasaran bangunan itu RM71 juta sewaktu dibeli, dan MARA Inc hanya membayar RM63.6 juta.

Menurut Tony, isu pokok skandal itu bukan menyentuh nilai sebenar hartanah, sebaliknya mengenai pegawai MARA yang bersubahat dalam jenayah rasuah dan penipuan seperti dilaporkan akhbar Australia, The Age.

"Mereka berjaya 'songlap' AUD$ 4.75 juta untuk kepentingan diri mereka,"ujar Tony.

Tambahnya,,kenyataan Annuar tidak melenyapkan persoalan besar mengenai skandal itu.

"Adakah benar nilai bangunan tersebut RM71 juta seperti didakwa?

"Jika berharga RM71 juta, mengapa penjual sanggup menjual dengan harga jauh lebih rendah, dan kemudian membayar 'sogokan' kepada pembeli?

"Adakah pemaju itu bodoh atau terlampau baik hati?"

"Kita khuatir kenyataan mengenai harga ini hanyalah samaran bagi menyelamatkan pegawai yang rasuah," ujar Tony lagi.

MARA Inc, anak syarikat MARA dilaporkan terlibat skandal rasuah dan penggubahan wang haram sebanyak RM13.8 juta dalam transaksi pembelian bangunan Dudley House di Melbourne, Australia yang bernilai RM65.3 juta

Pihak berkuasa Australia kini menjalankan 'Operasi Carambola' khusus bagi menyiasat mereka yang terlibat dalam skandal rasuah yang dilaporkan melibatkan individu warga Malaysia bergelar 'Datuk'. – Roketkini.com


Minta SPRM siasat ADUN guna cek tendang

Posted: 28 Jun 2015 04:12 AM PDT

 
ADUN Negeri Sembilan dikatakan memberi enam cek tendang membabitkan dua cek bernilai RM1 juta dan empat cek bernilai RM500,000 bertarikh 28 Mac 2007.


cek-tendang



SEREMBAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan didakwa menggunakan cek tendang kepada seorang ahli perniagaan.

Dakwaan itu dibuat Nadi Keadilan Rakyat dan Pemuda Pas Negeri Sembilan yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada Sabtu, Pengerusi Nadi Keadilan Rakyat, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, enam cek tendang membabitkan dua cek bernilai RM1 juta dan empat cek bernilai RM500,000 bertarikh 28 Mac 2007 itu diragui pihaknya.

"Atas urusan apa Adun ini mengeluarkan cek bernilai RM4 juta kepada ahli perniagaan tersebut? Adakah urusan perniagaan? Jika perniagaan, kita nak tahu bisnes apa yang dilakukannya.

"Lebih menghairankan, cek tersebut merupakan cek tendang dan ini merupakan satu bentuk penipuan yang dilakukan Adun tersebut. Perkara ini salah dan melanggar integriti seorang Yang Berhormat," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Selain SPRM, ia juga meminta Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyiasat perkara itu dan atas tujuan apa cek itu dikeluarkan oleh Adun terbabit yang berstatus Datuk.

Pada sidang media berkenaan Mohd Nazree memaklumkan akan membuat satu laporan akan dibuat sama ada di SPRM negeri atau SPRM Putrajaya.

"Kita juga mempersoalkan adakah cek ini mempunyai kaitan dengan surat Jabatan Perdana Menteri yang mengarahkan kes muflis seorang Adun BN di negeri ini diselesaikan secara luar mahkamah.

"Walaupun cek ini telah dikeluarkan lama, tetapi kita tetap mahu SPRM dan agensi terlibat menyiasat perkara ini," tegasnya.

1MDB akan hadir prosiding PAC

Posted: 28 Jun 2015 04:08 AM PDT

SINAR HARIAN


1MDB 1Malaysia Development Berhad
 
 
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan semula kehadiran dan memberi komitmen untuk bekerjsama  sepenuhnya dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB mengulangi komitmennya, sebagaimana diumumkan pada 25 Mei, 2015, untuk menghadiri prosiding itu.   

"1MDB mempunyai keyakinan terhadap proses PAC dan percaya anggotanya akan menjalankan peranan mereka secara adil dan profesional,"  demikian menurut syarikat pembangunan strategik itu dalam kenyataan berkenaan.   

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kenyataan spekulatif  dalam media hari ini, yang memetik anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta anggota Parlimen PJ Utara dan anggota PAC, Tony Pua  yang mempersoalkan sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi serta Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda akan menghadiri prosiding PAC pada Ogos ini, kata 1MDB. - Bernama


Pampasan: MAS masih kenal pasti baki waris MH17

Posted: 28 Jun 2015 04:06 AM PDT

SINAR HARIAN


mh17
 
 
IPOH - Kelewatan bayaran pampasan kepada waris mangsa tragedi MH17 adalah disebabkan untuk mengenal pasti individu sebenar yang berhak menerima bayaran berkenaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihak MAS perlu meneliti terlebih dahulu penerima atau waris bayaran pampasan yang sah sebelum wang berkenaan disalurkan kepada mereka.

"Saya difahamkan ramai yang telah mendapat bayaran itu dan hanya tinggal beberapa keluarga mangsa yang masih belum dikenal pasti siapa yang perlu menerima bayaran itu.

"Perkara itu perlu diuruskan oleh MAS secepat mungkin. 
 
"Bagi pihak kerajaan, kita sudah pastikan bahawa semua bayaran dibuat dengan cepat kerana kejadian itu hampir setahun berlaku," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda dan Wanita MCA Bahagian Gopeng di sini hari ini.
 
Pesawat malang MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine setelah ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai lepas. -. Bernama
 
 

Ancaman baru pada Najib: Ketua Pemuda Umno letak jawatan

Posted: 28 Jun 2015 04:02 AM PDT



Oleh Zainuddin Maidin


Syor Istana ambil alih pimpinan Pemuda Johor

Komen: 27 Jun 2015 – Jika ketua Pemuda Umno Johor terus sepi membisu atas tindakan mendadak naibnya Datuk Khairul Anwar Rahmat letak jawatan maka seluruh anggota Pemuda Johor harus memikirkan jalan untuk menyerahkan kepimpinan Pemuda kepada Tengku Mahlota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sudah sampai masanya kepimpinan politik diambil alih orang dari Istana yang berjiwa rakyat demi maruah bangsa Johor- Amir JB

Ancaman baru pada Najib
 

Tindakan orang kuat Pemuda Umno Johor, Khairul Anwar meletakan semua jawatannya dalam Umno Johor ekoran tuduhan berkonspirasi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memalukan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi  pengajuran forum Nothing2Hide, pastinya akan mengundang tindakan susulan dari ketua-ketua Umno yang mendiamkan diri selama ini.

Tidak juga boleh dinafikan ini suatu ancaman baru yang menambah masalah kepada Najib.

Walaupun Khairul Anwar memberikan alasan perletakan jawatannya untuk menumpukan kepada perniagaan guamannya tetapi seluruh negara tahu selain dari tuduhan itu, beliau juga baru baru ini menyokong titah TMJ yang mahu pemimpin negara bertindak atas hasrat rakyat dan bukan ideologi parti.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan The Malaysian Insider hari ini, Khairul Anwar mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, naib ketua Pemuda Johor dan juga ketua setiausaha Biro Guaman Umno. Beliau juga merupakan aktivis Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Berikutan dengan kegagalan forum Nothing2Hide, dalam suatu interviu dengan Malaysiakini, Khairul
Anwar mengatakan, orang di JPM melakukan sabotaj tanpa menyebutkan sesiapa tetapi didedahkan seorang blogger Raja Petra Kamaruddin yang dimaksudkan ialah setiausaha Politik perdana menteri, Datuk Khairun Aseh (NST 8 Jun 2015).

Menurut Raja Petra yang mempunyai hubungan khas dengan JPM "sebab mengapa Khairun (SUP) menasihatkan Najib memulaukan dialog itu kerana Khairul Anwar sebenarnya membuat pakatan sulit dengan Dr Mahathir supaya hadir untuk  membolehkannya memalukan Najib"

Raja Petra yang dipercayai berada dalam senarai penulis bangang menuduh penganjur Nothing2Hide dan Malaysiakini berkonspirasi untuk menghina dan memalukan Najib.

Khairul Anwar sejak itu tidak mahu membuat sebarang komen kerana beliau mendakwa menerangkan segalanya kepada perdana menteri.

Maka itu, tindakannnya meletakan semua jawatan dalam Umno Johor dengan mengejut, pasti mengundang beberapa persoalan dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan dihormati di kalangan Pemuda Umno Johor.

Jika ini berlaku, tidak akan membantu perancangan presiden Umno, Najib yang menanguhkan pemilihan MKT Umno tahun depan untuk memperkukuhkan perpaduan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum.

Penerimaan ramai lebih buruk lagi kerana hal ini berlaku sebaik sahaja pengumuman itu dibuat dan ketika Najib bagitu bersemangat mencari kekuatan baru di atas penangkapan seorang eksekutif PetroSaudi untuk membersihkan dirinya dari kekotoran 1MDB.

Meanwhile in response to the announcement, businessman and former New Straits Times group editor-in-chief Kalimullah Hassan congratulated Khairul Anwar for his courageous act.

"A brave decision. Wish there were more like him in Barisan Nasional," he tweeted this morning. – zamkata.blogspot.com

* Penulis merupakan bekas Menteri Penerangan.

Empat nelayan hilang di laut sejak Khamis

Posted: 28 Jun 2015 03:59 AM PDT

nelayan Gambar hiasan
 
 
KEMAMAN – Sebuah bot dinaiki empat nelayan yang keluar menangkap ikan di sekitar perairan Pantai Geliga dikhuatiri hilang di laut selepas tidak pulang dan gagal dihubungi sejak awal pagi Jumaat lalu.
 
Kesemua mangsa yang merupakan saudara-mara iaitu Azuari Muda @ Abu Bakar, 41; Mohd Zawawi Seman, 36, dan tekong bot, Abdul Wahab Tekak, 57, serta anaknya, Mohd Nasri Abdul Wahab, 29, keluar ke laut  pada jam 6 pagi pada 21 Jun lalu.
 
Kali terakhir bot kelas B yang dinaiki kesemua mangsa dilihat oleh nelayan lain sedang menangkap ikan dalam jarak lebih kurang enam batu nautika daripada Pantai Geliga, dekat sini, pagi jam 3.30 petang Jumaat lalu.
 
Namun, lebih enam jam kemudian iaitu kira-kira jam 12.30 tengah malam kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan mereka tidak pulang sehingga pagi Jumaat.
 
Bapa Azuari, Muda@Abu Bakar Salleh, 67, berkata, berikutan gagal dihubungi dia bertindak mencari di jeti Kampung Geliga kira-kira jam 7 pagi namun hampa apabila pemilik jeti tempat bot anaknya itu berlabuh memberitahu bot yang dinaiki anaknya itu tidak muncul.
 
"Namun hingga ke pagi semalam (Sabtu), bot itu tetap tidak sampai-sampai jadi saya minta tolong pemilik bot laju dan dia pergi meninjau sekitar kawasan bot anak kali terakhir dilihat iaitu enam batu nautika dari Pantai Geliga.
 
"Tapi kelibat bot tidak ditemui jadi saya buat laporan polis pada jam 11.30 pagi di Balai Polis Chukai untuk mohon bantuan," katanya ketika ditemui di jeti nelayan Kampung Geliga, hari ini.
 
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dilancarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mula dilancarkan petang semalam menggunakan dua buah Kapal Maritim (KM) iaitu KM Kilat dan KM Gemia dengan tumpuan kerja mencari dilakukan di sekitar kawasan yang dipercayai tempat biasa bot berkenaan menangkap ikan.
 
Usaha mencari dipergiatkan lagi apabila sebuah bot nelayan yang diketuai seorang tekong dan 11 awak-awak mula bergerak ke laut kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan membawa bersama bekalan makanan untuk tempoh seminggu bagi membantu pihak Maritim mencari bot malang berkenaan.
 
 

Harga rokok naik 30 sen mulai esok

Posted: 28 Jun 2015 03:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Harga rokok akan naik sebanyak RM0.30 bermula esok ekoran faktor Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) berkata, pihaknya telah menyerap cukai ke atas rokok itu hingga ke hari ini.

"Semakan harga adalah mengambil kira GST. Syarikat telah menyerap GST selepas perlaksanaannya pada 1 April," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam kenyataannya hari ini.

Cukai sebanyak enam peratus GST telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu cara meningkatkan hasil cukai.

Terdapat pihak yang mengkritik pelaksanaan cukai itu, antaranya membebankan golongan berpendapatan rendah dan perlu membayar jumlah cukai yang sama dengan golongan yang berkemampuan.

Harga rokok yang disemak semula berkuatkuasa Isnin seperti berikut:

Dunhill RM13.80

Kent RM13.80

Benson & Hedges RM13.80

Peter Stuyvesant RM12.30

Pall Mall RM12.30

Lucky Strike Plain RM14.30




Khairy, Justo dan pampasan berjuta ringgi

Posted: 28 Jun 2015 03:42 AM PDT




Oleh A Kadir Jasin


Saya sokong pandangan ketua Pemuda Umno (KPU) Khairy Jamaluddin (KJ) agar kita menjadikan penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo (XAJ), di Thailand sebagai satu lagi kaedah mencari kebenaran mengenai 1Malaysia Development Behad (1MDB).

KJ yang juga menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata, penangkapan XAJ boleh membantu memperbetulkan rekod mengenai dakwaan terhadap 1MDB. (Baca di sini).

PSI adalah rakan kongsi 1MDB yang paling kontroversial, khususnya kerana membabitkan ahli perniagaan misteri, Jho Low. Anak tauke Cina Pulau Pinang ini dipercayai umum sebagai dalang di belakang urus-niaga luar biasa 1MDB dan ketirisan sumber kewangannya.


Bagaimanapun, saya rasa adalah terlalu awal untuk bersetuju dengan KPU, maklumat yang dibocorkan XAJ itu adalah maklumat putar-belit (distorted information).

KPU itu kata, XAJ guna fakta yang diputar-belit untuk memeras ugut majikannya.

Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, XAJ yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati  "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan".

Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (kira-kira RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PSI.

Buat salah dapat pampasan?

Logiknya, mana-mana kakitangan yang "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan" disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.

Tapi XAJ yang dituduh "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan" syarikat diberi pampasan RM15.51 juta.

Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan" diberi pampasan lumayan.

Melainkan XAJ ni sangat pandai bila dia buat kontrak perjawatan dengan PSI dia letakkan syarat dibayar pampasan kalau dia disuruh berhenti.

[Khabarnya eksekutif kanan 1MDB dan anak-anak syarikatnya pun ada buat perjanjian seumpama itu yang menjanjikan mereka bonus dan pampasan lain. Tak tahulah kalau gaji RM2 juta setahun kecil, tapi itulah khabarnya gaji sesetengah eksekutif kumpulan 1MDB.]

Atau si XAJ ini dia dibayar RM15.51 juta supaya "tutup mulut".

Kalau dia bukan penipu dan pemeras ugut kelas dunia dan dia tidak mahu meringkuk di dalam penjara, dia tentu akan beritahu polis Thai dan mahkamah Thai (sekiranya didakwa) "kisah sebenar".

Jadi saya tidak hairan kalau penangkapan XAJ di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan membocorkan rahsia kepada laman web Sarawak Report (SR) mendebarkan jantung pihak-pihak yang berkaitan dengan 1MDB.

Kepada yang kurang maklum, SR adalah antara laman web peniup wisel (whistleblower) terunggul mengenai 1MDB. Ia sudah pun menulis surat kepada Kementerian Luar Switzerland mengenai pembabitan XAJ kerana beliau adalah warganegara Switzerland.

Jadi negara kita semakin hari semakin "terkenal" seantero dunia kerana 1MDB, FGV dan, yang terbaru, Majlis AMANAH Rakyat (Mara) kerana disyaki "merasuah" dalam urusan jual-beli harta di Australia.
Wallahua'lam. – kadirjasin.blogspot.com 

Nasrudin dakwa 80% laporan portal 'putar belit'

Posted: 28 Jun 2015 03:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa laporan portal dari media baru di internet menyediakan kepada akar umbi PAS dengan maklumat yang mana bukan sahaja salah tetapi juga berat sebelah.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus laporan mereka dan cara mereka melaporkan adalah spin (putar belit) daripada cerita yang betul," kata Nasrudin kepada kira-kira 200 hadirin dalam ceramah di Markaz Operasi PAS Pongsu Seribu di Kepala Batas semalam.

Nasrudin membuat rumusan tersebut berdasarkan pengalaman beliau sendiri di lapangan.

"Dua hari lepas, saya menghadiri satu dialog dengan ahli PAS di Alor Gajah dan Jasin di Melaka. Ada di antara mereka yang menyoal mengapa, selaku ketua penerangan parti dalam muktamar, saya mencabar DAP berlawan siku dan lutut.

"Saya menyoal mereka sama ada mereka hadir muktamar parti, dan mereak kata tidak. Mereka beritahu saya mereka baca mengenai kenyataan saya dalam Malaysiakini dan The Malaysian Insider," kata MP Temerloh itu.

"Sejak muktamar itu hingga sekarang, kenyataan yang paling ramai cakap ialah berkaitan siku dan lutut," katanya Nasrudin.

Beliau merujuk kepada ucapannya dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor ada 5 Jun yang mana beliau dipetik sebagai berkata sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

"Dia (DAP) tampar kita banyak kali. Bila kita kata jangan tampar pipi kanan sebab pedih, dia tampar pipi kiri. Kemudian dia tampar bertalu-talu. Akhirnya kita tampar dia sekali, baru dia tahu bahawa kena tampar itu sebenarnya pedih.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh dalam muktamar itu.

DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran langkah unilateral beliau untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen.

Susulan itu, perwakilan PAS menerima cadangan oleh Majlis Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang membawa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah "mati".

Nasruddin menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud mereka kenyataan untuk menjadi amaran atau ancaman kepada DAP.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan bertujuan cuba untuk mempertahankan PAS, menggesa pengkritik parti itu tidak menghina atau memperkecilkan perjuangan PAS.


Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi

Posted: 28 Jun 2015 03:35 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  
Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.
  
"Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.
  
"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di Kepala Batas malam tadi.
  
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan dan barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.
  
"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.
  
"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya.
  
Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.
  
"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.
  
"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya.-Bernama
 
 
 

Khalid ulangi gesaan MB selesai isu air S'gor

Posted: 28 Jun 2015 03:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi mengulangi gesaannya supaya Menteri Besar Azmin Ali supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

Sejak mengetuai pentadbiran negeri itu sehingga kini, Khalid mendakwa Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal mengambil pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu tersebut.

Susulan itu, Khalid berkata beliau difahamkan ada pegawai yang sebelum ini bertungkus-lumus menyempurnakan penyusunan semula industri air kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Azmin.

"Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan.

"Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata rakyat terkejut dengan "ancaman" tindakan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) mahu membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Selain itu, katanya PNHB juga mahu mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan Negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

Jika kerajaan negeri gagal memuktamadkan Perjanjian Utama dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor, Khalid berkata tidak mustahil ancaman PNHB itu bertukar realiti.

Ini kerana, katanya, "imuniti" yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Sehubungan itu, Khalid menggesa kerajaan negeri segera memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan penduduk di negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2).

"Saya yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu.

"Sekiranya Datuk Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Degeri Selangor sebelum ini.

"Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini," katanya.


Faizal Tahir layak ganti ahli parlimen PAS di Shah Alam?

Posted: 28 Jun 2015 03:14 AM PDT




Oleh Lokman Mustafa


Saya telah menjadi pengundi berdaftar di Shah Alam sejak tahun 1995. Kali pertama saya memenuhi tanggungjawab politik saya di ibu negeri Selangor adalah apabila saya mengundi dalam PRU10 pada tahun 1999.

Pada zaman Reformasi, Shah Alam menyaksikan persaingan sengit antara Ezam Mohd Nor dari PKR dan calon BN, Mohd Zin Mohamad.

Mohd Zin muncul pemenangnya, tetapi dengan majoriti tipis.

Pada tahun 2004, BN berjaya mempertahankan kerusi itu dengan selesa di PRU11 dengan meletakkan bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin.

Khalid SamadKhalid Samad
Namun empat tahun kemudian, penduduk Shah Alam mengundi untuk perubahan dengan memilih calon PAS, Khalid Samad sebagai ahli parlimen mereka.

Bekas jurutera Petronas itu, yang juga adik kepada veteran BN Shahrir Samad, mengalahkan Aziz dengan majoriti 9,314 undi.

Khalid kemudian mengulang kejayaannya dua tahun lalu dalam PRU13 dengan mematahkan cabaran daripada peguam kelahiran Kedah, Zulkifli Nordin yang mewakili BN.

Baru-baru ini, konflik dalaman PAS telah menyaksikan kumpulan progresif yang turut menampilkan Khalid, digulingkan oleh kem ulama semasa muktamar PAS awal bulan ini.

Oleh itu, masa depan Khalid dalam PAS masih tidak menentu.

Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin progresif lain parti Islam itu yang menggelarkan diri mereka G18, khabar angin bertiup bahawa Khalid mungkin akan membentuk sebuah parti politik baru untuk meneruskan perjuangan mereka.

Ini seterusnya, akan mewujudkan kemungkinan yang tidak berkesudahan untuk perebutan untuk kerusi parlimen Shah Alam.

Bagaimanakah parti Islam itu akan bertindak balas?

Jika PAS akan mencalonkan seorang calon lain dalam PRU14 tiga tahun dari sekarang, saya percaya yang menantu presiden PAS, Zaharuddin Muhammad perlu dipilih bagi menggantikan Khalid.

Zaharuddin adalah antara pemimpin dari kumpulan ulama yang lantang bersuara menentang dakwaan khianat Khalid terhadap presiden, Abdul Hadi Awang.

Ketua penerangan pemuda PAS itu juga pernah berkhidmat sebagai ketua agama sebuah syarikat milik negara semasa pentadbiran Khalid Ibrahim, dan memainkan peranan penting dalam pertandingan tiga penjuru di antara PAS, BN dan PSM bagi kerusi DUN Kota Damansara semasa PRU13.

Oleh itu, pengundi di sini mungkin dapat melihat pertandingan antara kem konservatif PAS dan Umno-BN.

Tetapi, setelah kerjasama Pakatan Rakyat mereput, parti-parti lain juga berkira-kira untuk bertanding di Shah Alam.

PKR harus mempertimbangkan untuk mencalonkan Nik Nazmi Nik Ahmad, 33 tahun, yang kini merupakan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.

Nik Nazmi adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Kelana Jaya, dan menetap di Denai Alam, sebuah bandar di Shah Alam.

Seorang pemimpin muda pintar yang lulus dari King College London, Nik Nazmi telah dipilih sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan (pemuda PKR), dan akan menjadi pilihan yang popular di kalangan pengundi-pengundi muda di sini.

Selain itu, DAP juga boleh mengambil langkah menampilkan salah seorang tokohnya.

Mungkin DAP boleh meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud, seorang bekas pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang sememangnya sinonim dengan Shah Alam.

Dyana tumpas kepada ahli politik veteran, Mah Siew Keong dari BN di kerusi parlimen Teluk Intan tahun lepas, tetapi mungkin lebih sesuai untuk kawasan 'alma mater' beliau.

Walau bagaimanapun, Shah Alam terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu, dan 40 peratus pengundi Cina dan India.

Oleh itu, parti-parti lain seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) perlu mencuba nasib mereka dengan meletakkan calon tanpa mengira kaum.

Secara peribadi, saya percaya calon-calon bebas yang berkelayakan juga perlu dialu-alukan di sini.

Dan saya teruja jika penyanyi Faizal Tahir, seorang penduduk tempatan, mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Faizal mendapat tumpuan berita apabila muncul dalam pertandingan nyanyian "One in A Million", dengan memakai lambang Superman pada T-shirt dan tali pinggangnya.

Dia kalah pada peringkat akhir kerana penonton TV mengundi Suki, tetapi dari segi populariti, Faizal, 36 tahun, sudah pasti disayangi oleh ramai orang.

Di samping itu, Faizal mengikuti politik tempatan seperti yang dibuktikan oleh tweet beliau: "Keluarga saya dan saya adalah penduduk di Shah Alam. Kami benar-benar merasa terhina dengan penamaan calon yang ditawarkan kepada warga Shah Alam," yang mungkin merujuk kepada Zulkifli Nordin semasa PRU lalu.
Faizal Tahir sebagai Ahli Parlimen Shah Alam? Okay juga tu.

Saya akhiri nukilan saya ini dengan meminjam tajuk dari sebuah lagu Faizal Tahir.

Assalamualaikum Dunia - See more at: http://bm.theantdaily.com

Rakyat diminta berwaspada dengan taktik mengalihkan pandangan daripada isu 1MDB

Posted: 28 Jun 2015 02:52 AM PDT



Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man


Kontroversi dakwaan pemalsuan email yang melibatkan syarikat Petrosaudi tidak dapat membersihkan 1MDB sepenuhnya dan melarikan 1MDB daripada kemelut kewangan yang sedang dihadapinya.

Rakyat dinasihatkan berhati-hati dengan agenda mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan lebih penting melibatkan 1MDB.

Konspirasi pemalsuan email juga tidak menjawab antaranya:
Mengapa Lembaga Tabung Haji perlu membeli tanah TRX secara bertunai? 
Mengapa Lembaga Tabung Haji menghadapi masalah untuk menjual semula tanah tersebut?
Apa sebenarnya yang dilaburkan 1MDB di Kepulauan Cayman sehinggakan 'duit' yang sepatutnya dibawa balik kini hanya berada dalam bentuk 'unit' yang tidak diketahui usulnya di Singapura?
Mengapa ada bank antarabangsa yang menuntutnya membayar balik duit pinjaman lebih awal sebelum habis tempoh?
Mengapa kerajaan perlu menyediakan kredit standby sebanyak RM950 juta untuk 1MDB? Apakah duit ini telahpun dihabiskan?
Di mana duit 1MDB dan mengapa 1MDB menghadapi masalah dalam membayar hutangnya?
Kesemua soalan di atas akan menemui jawapannya sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dicutikan daripada tugas sehingga siasatan selesai.
Jika Najib enggan bercuti, PAS menjangkakan kebarangkalian berulangnya tragedi seperti Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa yang kini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meluluskan pembelian hartanah kontroversi di Australia selepas 24 jam beliau mendakwa Najib yang meluluskannya adalah sangat tinggi.
Najib patut bercuti memandangkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno sudah selamat sehingga 2017 apabila pemilihan Umno ditangguhkan untuk 18 bulan.
Atau Najib bimbang akan langkah seterusnya yang bakal diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menyuarakan bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Putrajaya terlibat dengan kerja menyelamatkan 1MDB, dan maka itu, beliau enggan bercuti sehingga siasatan terhadap 1MDB dan Mara selesai?
(*) Tuan Ibrahim Tuan Man  Timbalan Presiden PAS


Belum ada keputusan usul putus hubungan dengan DAP, kata PAS

Posted: 27 Jun 2015 08:50 PM PDT



Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berceramah di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Beliau melihat konflik di dalam Pakatan Rakyat sebagai satu provokasi yang dirancang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 Jun, 2015.Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berceramah di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Beliau melihat konflik di dalam Pakatan Rakyat sebagai satu provokasi yang dirancang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain



PAS masih belum membuat keputusan mengenai usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima tanpa bahas muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini.

Ketua Penerangan Nasrudin Hassan berkata, usul itu masih belum dibincangkan dan dibuat keputusan muktamad di peringkat Majlis Syura Ulama.

Ini kerana katanya, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din ketika ini sedang melaksanakan ibadah umrah di Mekah.

"Kami akan tunggu sehingga beliau pulang untuk menetapkan tarikh mesyuarat majlis syura untuk membincangkan usul itu.

"Apa yang diputuskan, seperti kata presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), ialah supaya PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada pemberita awal pagi ini selepas satu ceramah lewat malam di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu.

Usul Dewan Ulama itu menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan gabungan parti pembangkang dalam PR itu kini berkubur.

Nasrudin menegaskan PAS tidak membuat keputusan mengenai usul itu, sebaliknya DAP yang membuat keputusannya sendiri.

"Yang menariknya, usul yang dibentangkan Dewan Ulama dijalankan DAP.

"Ketika ini, kami masih mempunyai hubungan yang baik dengan pihak satu lagi dalam PR (PKR). Cuma tidak dengan DAP," katanya, sambil bertanya kenapa Lim harus terburu-buru bertindak tanpa merujuk perkara itu kepada kepimpinan PR.

Nasrudin berkata, beliau melihat apa yang terjadi sebagai satu provokasi yang dirancang selama ini, tetapi ahli PAS kini matang dan memahami keadaan.

Ditanya pandangannya mengenai rancangan kumpulan serpihan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), dan pemimpin progresif dalam parti, atau G-18, yang tersingkir semasa pemilihan, menubuhkan parti baharu, Nasrudin berkata beliau tidak yakin ia akan terjadi.

"Ini cuma fenomena sementara, macam demam pasca muktamar.

"Saya nasihatkan mereka jangan ganggu hasrat PAS mempertahankan Islam dan menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dan Umno.

"Apa yang mereka lakukan akan mengelirukan rakyat dan mengganggu perjalanan politik negara. Niat mereka itu tidak akan tercapai," katanya.

Nasrudin berada di Pulau Pinang bersama pemimpin tertinggi PAS, termasuk Hadi, untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan ahli parti di negeri ini dan mengadakan ceramah terbuka semalam.

Katanya, mereka membincangkan hal dalaman parti dan menjawab persoalan yang timbul mengenai parti itu di Pulau Pinang.

"Kami bercakap tentang isu yang berkaitan dengan memperkukuh parti dan turut menjelaskan beberapa salah faham yang timbul," katanya apabila diminta mengulas lanjut mengenai pertemuan tertutup mereka.

Mengenai sama ada ahli PAS yang dilantik memegang jawatan politik dalam jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JKKK) serta badan berkaitan kerajaan negeri lain akan diminta meletak jawatan sepertimana cabaran kerajaan DAP, Nasrudin berkata, mereka diberitahu untuk tidak melakukan demikian.

Beliau berkata, mereka diberitahu supaya terus melaksanakan tugas mereka dan bekerja dengan tekun.
Katanya, negeri itu dimenangi melalui PR dan tiada siapa berhak bertindak sendirian.

Sementara itu, Nasrudin berkata PAS akan menghantar memorandum kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kementerian Pelajaran berhubung dakwaan Mara terlebih bayar sebanyak RM13.8 juta dalam satu pembelian hartanah di Melbourne.

3 gempa bumi lemah landa Ranau awal hari ini

Posted: 27 Jun 2015 08:34 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Tiga gempa bumi lemah melanda Ranau, Sabah hari ini sejak pukul 4.01 pagi dengan gempa pertama berukuran 2.5 pada skala Richter, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa kedua berukuran 2.4 pada skala Richter berlaku 24 minit kemudian iaitu pada pukul 4.25 pagi, dan gempa ketiga berukuran 2.5 pada skala Richter pada  6.09 pagi, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Pihaknya sedang memantau perkembangan gempa di Ranau itu, kata kenyataan itu.


Sementara itu, jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk tempatan yang merasai gegaran gempa pertama dan ketiga.
  Bagaimanapun, tiada laporan bagi gempa kedua, katanya.

Pada 5 Jun lepas, Ranau dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan 18 nyawa. – Bernama,


Umno: K'jaan P Pinang usah persoal PR1MA

Posted: 27 Jun 2015 08:31 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Pulau Pinang tidak harus mempersoalkan rancangan pembinaan rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sedangkan pelan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik yang dikemukakan untuk dibina di negeri ini hampir dua tahun lalu, masih tidak diluluskan.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sehingga hari ini, kelulusan pelan projek pembinaan sebanyak 9,500 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh agensi kerajaan pusat, masih tertangguh.
  
Justeru, beliau menyeru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak terus melengah-lengahkan pelan pembinaan 9,500 unit rumah mampu milik berkenaan yang dikemukakan agensi kerajaan Persekutuan, JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
  
"Tidak ada satu unit pun diluluskan tahun lepas dan tahun ini. Kita sudah tunggu satu setengah tahun tanpa sebarang kelulusan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Umno Bahagian Bayan Baru, malam tadi.
  
Zainal Abidin berkata exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo kerap mempersoalkan mengenai pelan perumahan PR1MA, sedangkan rancangan membina 9,500 unit rumah yang dikemukakan, hampir dua tahun lalu itu tidak mendapat perhatian.

Beliau menjelaskan rancangan PR1MA adalah di bawah fasa ketiga yang bakal memanfaatkan 35,000 rakyat dan ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelan fasa pertama yang melibatkan 9,500 unit masih tertangguh.
  
"Kita tunggu pelan fasa pertama diluluskan dulu sebelum melaksanakan fasa kedua yang akan membabitkan 25,000 unit rumah dan seterusnya fasa ketiga (PR1MA).
  
"Lulus dulu pelan fasa pertama sebelum bercerita pasal PR1MA (fasa ketiga) yang masih dalam perancangan yang dibuat untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang," katanya.
  
Zainal Abidin turut menyuarakan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memberi alasan untuk tidak meluluskan projek yang dikemukakan dengan menyatakan pelan tersebut tidak mengikut syarat.
  
"Sewaktu kita mohon bawah JKP untuk 9,500 unit, mereka kata tak boleh lulus  kerana pelan tidak ikut syarat. Jadi pelan bagi lapan daripada 15 projek telah dipinda, tetapi sampai sekarang tak diluluskan," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sekali lagi bertindak melengah-lengahkan kelulusan projek berkenaan dengan menyatakan JKP berhutang sebanyak RM500,000 dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ekoran insiden runtuhan penebat kilat bangunan UMNO di Jalan Macalister, dua tahun lepas.
  
"Kerajaan negeri mendakwa MBPP terpaksa baiki kerosakan jalan dan pasang jeriji di atas bangunan yang rosak demi keselamatan awam yang kos hanya mungkin RM100,000. Mereka kata kena bayar dulu (RM500,000) baru lulus pelan," jelasnya.
  
Bagaimanapun, menurut Zainal Abidin 'hutang' berkenaan telah dilangsaikan namun pelan masih tidak diluluskan dan pihaknya seakan-akan dipermain-mainkan kerajaan negeri yang sering mencari masalah dan bukannya penyelesaian.-Bernama


 

Restoran 24 jam kekal bebas beroperasi

Posted: 27 Jun 2015 08:21 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Restoran yang ingin menjalankan perniagaan 24 jam sehari boleh meneruskan waktu itu jika mahu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Berkenaan operator restoran 24 jam, kita akan kekalkan waktu operasinya.

"Justru sepatutnya tidak ada sebarang kebimbangan restoran tidak dibenarkan dibuka untuk orang ramai," katanya.

Najib mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) yang mahu mengehadkan waktu operasi restoran sehingga tengah malam di kawasan petempatan dan luar bandar.

Katanya, kenyataan dikemukakan Shahidan adalah cuma cadangan dan pandangan Ahli Parlimen Arau itu saja.

Menurut Najib, beliau banyak mendapat reaksi daripada pengusaha restoran 24 jam selepas cadangan mengehadkan waktu operasi dikemukakan.

"Kerajaan ada keputusan sendiri iaitu tidak mengubah apa yang sedia ada," katanya.

Ditanya mengapa kerajaan mengambil keputusan begitu, Najib berkata, peraturan yang diguna pakai ketika ini dilihat memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai.

Pada masa sama, katanya, peniaga juga berpeluang mendapat rezeki yang sepatutnya diterima mereka.

"Kalau kita menyekat waktu operasi restoran ini, ia akan menimbulkan lebih banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya.




Laman sosial bukan diari peribadi – SKMM

Posted: 27 Jun 2015 08:18 PM PDT

THE RAKYAT POST


socialmedia_M_1403111-600x360-600x360
Pengguna juga perlu membuat tetapan pada laman sosial masing-masing untuk mengawal apa jua maklumat yang boleh dikongsi bersama-sama rakan di alam maya.



KUALA LUMPUR- Pngguna internet dinasihatkan agar tidak menjadikan laman sosial sebagai diari peribadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Halili Nadia Mustapha Kamal berkata melalui pemantauan SKMM, didapati ramai pengguna kerap mengemas kini status serta aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan peribadi termasuk berkongsi lokasi mereka berada.

"Kecuaian itu mengundang padah apabila maklumat peribadi dikongsi sebegitu. Kita tidak kenal kawan-kawan di laman sosial yang mungkin akan memanipulasi maklumat yang kita kongsi.

"Ini mengundang kepada niat jahat pihak tertentu. Sekarang kita lihat hak privasi sudah tidak ada dalam kalangan pengguna laman sosial," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sehubungan itu, Nur Halili Nadia menasihatkan pengguna laman sosial supaya berfikir secara bijak sebelum berkongsi atau memuat naik sesuatu yang bukan sahaja akan memberi implikasi kepada mereka malah kepada orang lain.

Nur Halili Nadia berkata, pengguna juga perlu membuat tetapan pada laman sosial masing-masing untuk mengawal apa jua maklumat yang boleh dikongsi bersama-sama rakan di alam maya.

"Jika berlaku sebarang penganiayaan laman sosial, maka pengguna perlu lapor segera kepada moderator laman sosial kerana mereka akan beri keutamaan kepada anda. Kemudian barulah lapor kepada SKMM dan pihak polis jika perlu," katanya.

Beliau juga meminta pengguna supaya tidak menjadi hamba kepada laman sosial dengan memuat naik dan berkongsi pelbagai perkara semata-mata mengejar populariti dan mendapat jumlah 'like' yang banyak.

Menyentuh peranan SKMM, beliau berkata suruhanjaya itu telah memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai wadah pendidikan dan pemahaman tentang isu semasa melibatkan buli siber, malah memberi panduan kepada ibu bapa untuk menanganinya.

Melalui program itu, katanya, SKMM menyalurkan pelbagai petua bagi mengelak pengguna menjadi mangsa buli siber selain memberi pendedahan supaya menggunakan internet secara lebih berwaspada.

Kata Nur Halili Nadia, kempen yang berteraskan kepada Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan kini berada pada fasa kedua yang fokus kepada isu jenayah buli siber, berkongsi maklumat peribadi secara melampau dan penipuan di internet.

"Kita buat video bersiri mengenai implikasi internet kepada pengguna selain bekerjasama bersama media dan turun padang memberi ceramah di sekolah dan institusi pengajian tinggi," katanya sambil menambah SKMM telah menjalankan 6,000 program pendidikan internet di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

PasMa, DAP, PKR bincang bentuk parti baru?

Posted: 27 Jun 2015 08:14 PM PDT

THE RAKYAT POST

20150627070740

Tinjauan yang dilakukan oleh The Rakyat Post di Parlimen Sepang dan Kota Raja mendapati beberapa Ahli Parlimen di kawasan masing-masing meletakkan kain rentang ucapan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan dengan tiga logo di atasnya - DAP, PKR dan Pasma di mana di bawah logo itu tertulis 'Pakatan Rakyat Baharu'.




KUALA LUMPUR- Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi hari ini mendedahkan terdapat beberapa mesyuarat 'tidak rasmi' diadakan di antara PasMa, DAP dan PKR yang membincangkan mengenai pembentukan sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, PasMa mengumumkan bahawa mereka akan membentuk sebuah parti politik baru untuk menyertai Pakatan Rakyat selepas PAS memutuskan hubungannya dengan DAP.

"Kami masih berbincang tetapi ia hanya akan ditubuhkan selepas Raya nanti," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Walau bagaimanapun, tinjauan yang dilakukan oleh The Rakyat Post di Parlimen Sepang dan Kota Raja mendapati beberapa Ahli Parlimen di kawasan masing-masing meletakkan kain rentang ucapan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan dengan tiga logo di atasnya – DAP, PKR dan Pasma.

Di bawah logo itu tertulis 'Pakatan Rakyat Baharu'.

Ditanya mengenai maksud perkataan tertera 'Pakatan Rakyat Baharu' di kain rentang itu, Phahrolrazi enggan mengulas dan hanya menyifatkan ia sebagai "Gelombang momentum yang baik".

"Setakat ini kami telah menerima maklum balas positif termasuk parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat.

"Kami juga mengadakan beberapa perbincangan tidak rasmi mengenai perkara ini dengan PKR dan DAP."

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming ketika dihubungi The Rakyat Post berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka boleh bersetuju mengenai hala tuju dan dasar bersama.

"Memandangkan hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, kita (DAP) sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh bersetuju dengan kerangka kerja yang sama.

"Buat masa ini, kita perlu melihat pembentukan (parti baru) pertama. Mari kita lihat apa yang parti-parti pembangkang lain fikirkan tentang parti baru ini," katanya.

Bagi Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, dia mengakui dan berharap untuk sebuah parti baru dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap akan ada sebuah parti baru untuk menggantikan PAS. Itu adalah hasrat saya," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Sani berpendapat, beliau percaya bahawa parti baru PasMa ini sedang dalam proses merekrut ahli PAS untuk menyertai parti baru mereka.

"Saya rasa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penyokong PAS akan meninggalkan PAS dan menyertai parti baru. Saya menjangkakan mereka akan meraih sokongan," katanya kepada The Rakyat Post.

Menurut, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pula beranggapan sebaliknya, beliau menegaskan bahawa parti baru perlu mendapatkan 'restu' daripada parti-parti pembangkang lain jika mahu terus kekal.

"Sesiapa pun boleh membentuk sebuah parti baru di Malaysia. Mereka boleh mendakwa bahawa mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat tetapi adakah mereka benar-benar mendapatkan restu mereka?

"Dalam konteks politik sebenar, semangat Pakatan Rakyat masih kukuh terutama di Selangor dan Pulau Pinang walaupun pihak tertentu disebut sebagai mati.

"Tetapi ini terlalu awal untuk kita menilai jika parti itu terlalu baru untuk berjaya," katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/27/pasma-dap-pkr-bincang-bentuk-parti-baru/#ixzz3eK4H47J3

Darul Insyirah ajar agama kepada warga emas

Posted: 27 Jun 2015 08:06 PM PDT

Darul Insyirah ajar agama kepada warga emas Asral Widad
 
 
KAJANG - Pengasas Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bakal membuka sebuah lagi rumah jagaan di Bangi bagi golongan warga emas yang tidak mempunyai waris, September ini.

Pengerusinya, Asral Widad Ahmad Asnawi berkata, pihaknya akan mengambil warga emas dari beberapa tempat untuk dibawa ke Darul Insyirah ketiga.

"Kali ini kita akan buka untuk warga emas yang memang tidak mempunyai waris. Kita ambil dari hospital, pusat jagaan bukan Islam termasuk warga emas mualaf," katanya kepada Sinar Online ketika kunjungan ke Darul Insyirah, Sungai Ramal, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya berharap agar perjuangan ini turut dikongsi sama oleh masyarakat.

"Saya harap orang ramai anggap ini perjuangan bersama bukan kami sahaja.

"Kami tidak ambil keuntungan langsung...hanya tolong uruskan sahaja," katanya.

Sementara itu, menyentuh soal dua lagi pusat jagaan yang dibuka bagi menempatkan warga emas yang masih mempunyai waris, Darul Insyirah Khadijah dan Aisyah, Asral Widad memberitahu pihaknya memerlukan sumbangan pihak yang sudi membeli rumah banglo yang didiami 30 warga emas itu.

"Pemilik nak jual, jadi kami perlu berpindah jika rumah ini dibeli orang lain. Memang kalau boleh kami nak beli tapi kami terpaksa menanti mana-mana pihak yang sudi membantu. Kami tidak mampu.

"Kami sedang usaha untuk mencukupkan dana untuk membeli rumah banglo tersebut yang bernilai RM1.5 juta. Darul Insyirah Aisyah akan dijual pada November ini," katanya.

Darul Insyirah menyediakan perkhidmatan jagaan dilengkapi khidmat tujuh jururawat dan pendidikan agama kepada penghuni-penghuninya.

"Kita menggalakkan bonda-bonda di sini menghafal al-Quran, khatam, belajar bahasa Arab dan mereka juga dibawa ke masjid atau surau lain untuk menuntut ilmu.

"Setiap hari juga ada ustazah yang berkhidmat untuk mengajar bonda-bonda," katanya.

Menteri jawab isu bawa 1.5j Bangladesh

Posted: 27 Jun 2015 08:04 PM PDT

SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
 
 
TAWAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata usaha itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain.
  
"Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini.
  
"Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penerepan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di sini, hari ini.
  
Ahmad Zahid berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

"Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan...ia bukan kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga asing tanpa izin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen lengkap.
  
"Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat tempoh visa atau tempoh tinggal dalam negara itu," tegas beliau.
  
Khamis lepas, Ahmad Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor. - Bernama


PR masih berfungsi di Selangor, P.Pinang

Posted: 27 Jun 2015 07:53 PM PDT

Shuhaimi Shafiei Shuhaimi Shafiei
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan PR Selangor masih berfungsi namun yang berkubur hanyalah Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan negeri ditadbir pembangkang masih memegang teguh dasar bersama yang diasaskan daripada ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PR masih wujud cuma Majlis Presiden PR di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi.

"PR masih wujud di Selangor dan Pulau Pinang, hanya Majlis Presiden tidak berfungsi namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, Pas dan DAP berhak mengatakan PR mati dan tidak lagi wujud.

"Di Selangor PKR, Pas dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal pentadbiran negeri dan juga rakyat. Sebab itu saya tegaskan PR masih wujud," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.

"Majlis buka puasa ini ialah rutin tahunan kalendar Pejabat Menteri Besar yang dihadiri Ahli Parlimen, Adun,ahli majlis, penyelaras Dun, penghulu,ketua kampung dan juga nazir masjid dan bukanlah pertemuan  bagi membincangkan masa depan PR seperti dilaporkan beberapa portal.

"Memang kita jemput semua pimpinan negeri yang juga terdiri orang politik namun ia bukanlah berhasrat membincangkan masalah PR sebaliknya sekadar majlis berbuka puasa biasa," katanya.


Pemilihan UMNO hanya selepas PRU14

Posted: 27 Jun 2015 07:48 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

AHMAD MASLAN M TRP
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan UMNO dari semua peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat.


PONTIAN-  Pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam usaha parti itu dalam memantapkan parti itu sekali gus menumpukan lebih perhatian kepada kepentingan rakyat secara umumnya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan UMNO dari semua peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat.

"Tujuan utama kita (membuat keputusan itu) adalah untuk menumpukan khidmat sepenuhnya kepada rakyat dan bukan kepada usaha merebut jawatan.

Yang kedua, untuk mengelakkan perpecahan (sesama anggota UMNO) terutama sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada pemberita selepas program 'Bersama Sehelai baju.com Buat Menyapu Si Air Mata 2015′ di Masjid Jamek Parit Ibrahim, Pontian Besar, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada keputusan Majlis Tertinggi UMNO menunda pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun hadapan, kepada 18 bulan dari tahun hadapan, boleh berubah sekiranya ada permintaan daripada anggota-anggota UMNO.

"Pemimpin yang ada sekarang ini terutamanya di cawangan dan bahagian, mereka telah dipilih sebelum ini, jadi mereka patut diberi masa untuk menjalankan tugas mereka dan saya kira tempoh yang sedia ada adalah baik untuk mereka memastikan amanah yang diberikan kepada mereka itu boleh dilaksanakan sebaik mungkin," kata Ahmad.

Ahmad, yang juga Anggota Parlimen Pontian itu berkata penangguhan itu bukan bermaksud parti itu mengekang demokrasi, tetapi menangguhkan pemilihan untuk kebaikan yang lebih besar dan dalam masa yang sama mengelakkan sebarang kemudaratan dalam parti.

"Perkara (penangguhan) ini sudah biasa. Kita dah buat zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti dengan Tun Abdullah Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia bukan satu perkara yang baharu," kata beliau.

Ahmad berkata keputusan itu dibuat secara konsensus termasuk sokongan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang bersetuju supaya tidak ada pertandingan pada semua peringkat tahun hadapan dan bagi tempoh 18 bulan selepas itu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata keutamaan sekarang adalah bagi Barisan Nasional (BN) memenangi PRU14 sekali gus meneruskan kelangsungan parti.

Khalid usik Azmin?

Posted: 27 Jun 2015 07:38 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

Image (1)
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Azizuddin Sani berkata beliau percaya bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mengusik penggantinya Azmin Ali apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar semula dalam menyelesaikan krisis Pakatan Rakyat di Selangor.




KUALA LUMPUR-  Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Azizuddin Sani berkata beliau percaya bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mengusik penggantinya Azmin Ali apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar semula dalam menyelesaikan krisis Pakatan Rakyat di Selangor..

"Saya fikir dia hanya mengusik kerajaan Selangor dan Azmin Ali.

"Jika dia boleh mendapatkan majoriti mudah dan menerima sokongan, mungkin dia boleh menjadi MB lagi," katanya kepada The Rakyat Post.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Khalid menjadi MB sekali lagi, Dr Azizuddin berkata, ia sesuatu yang sukar bagi Khalid untuk kembali duduk di kerusi MB.

"Beliau telah dipecat dari Pakatan Rakyat sebelum ini. Ia akan menjadi sangat sukar kerana seperti yang kita tahu DAP dan PAS memberi sokongan penuh kepada Azmin."

Sementara itu, pendapat yang sama juga diluahkan oleh seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Shaharuddin Badaruddin yang ragu-ragu sama ada Khalid boleh menjadi MB sekali lagi.

Ketika dihubungi The Rakyat Post, Dr Shaharuddin berkata perkara itu boleh terjadi jika Khalid boleh mendapatkan mandat dari parti-parti politik lain di Selangor, namun impiannya untuk kembali kepada kedudukan MB adalah tidak mungkin.

"Dia seorang ahli politik bebas. Bagaimana beliau boleh menjadi MB bersendirian?

"Belum ada dalam sejarah sebuah negeri mengangkat ahli politik bebas menjadi MB melainkan jika dia menerima mandat oleh parti-parti politik lain di Selangor.

"Jika dia hanya menawarkan diri tanpa sokongan, saya rasa dia tidak serius apabila dia menawarkan diri ketika itu," katanya.

Memetik laporan berita di Malay Mai lOnline, Khalid yang juga Ahli Parlimen Pelabuhan Klang berkata, dia bersedia untuk kembali memastikan Selangor ditadbir dengan ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan bebas daripada rasuah.

Siasatan ke atas Justo bakal dedah kebenaran 1MDB

Posted: 27 Jun 2015 07:35 PM PDT

SINAR HARIAN


Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis Justo ditahan polis Thailand di kediamannya pada Isnin.
 
 
KUALA LUMPUR - Siasatan yang sedang dilakukan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Ltd, Xavier Justo, akan mendedahkan kebenaran berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar Malaymail dengan memetik satu sumber.
  
Artikel Datuk Wong Sai Wan memetik satu sumber sebagai berkata, rakyat Malaysia terkejut apabila mengetahui dakwaan terhadap 1MDB oleh portal berita Sarawak Report adalah berdasarkan kepada siri data yang diubah secara kreatif bertujuan untuk memfitnah 1MDB, PetroSaudi dan lain-lain.
  
Bagaimanapun, sumber itu dipetik sebagai berkata, tidak dapat dipastikan dalang di sebalik perbuatan meminda data itu, dan menambah kata siapa pun yang melakukannya, mereka tahu apa yang dilakukan itu.
  
"Buat masa ini, pertelingkahan politik terhadap dakwaan itu dicemari dengan realisasi yang dilakukan oleh The Sarawak Report yang berdasarkan kepada satu sumber - Justo, yang krebilitinya kini diragui," menurut sumber itu seperti yang dipetik oleh artikel dalam tabloid itu.
  
Artikel muka tiga itu, yang bertajuk 'When The Disgruntled Turn Nasty', menyatakan penangkapan suspek pemeras ugut, Justo, memperlihat bagaimana sikap tamak bekas pekerja dan pekerja sedia ada boleh menjadi ancaman besar kepada syarikat keselamatan digital.

Dalam artikel itu, pakar keselamatan siber berkata penangkapan Justo bagi jenayah yang dilakukan di Thailand dan kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Metropolitan di London untuk jenayah-jenayah lain yang dilakukan di United Kingdom, merupakan contoh klasik bagaimana ancaman besar terhadap reputasi syarikat boleh dilakukan oleh "musuh dalam selimut".
  
"Selain itu, kita difahamkan bahawa prosiding sivil telah dimulakan terhadap atas Justo di Switzerland dan laporan polis sudah dibuat di Malaysia oleh bekas pemimpin PKR, Ng Lum Yong, terhadap penerbitan The Edge dan The Malaysian Insider kerana ia menerbitkan artikel-artikel berasaskan kepada 'dokumen palsu' Justo," kata sumber menurut artikel itu.
  
Pada Rabu lepas, beberapa akhbar melaporkan Justo ditangkap oleh polis Thailand atas dakwaan melakukan pemerasan ugut terhadap PetroSaudi, seperti yang dilaporkan oleh media di Thailand dan syarikat itu.
  
Pada hari sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dimaklumkan bahawa Justo merupakan individu yang bertanggungjawab mengedarkan maklumat tidak tepat kepada blog Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap 1MDB.
  
Ahmad Zahid juga dilaporkan sebagai berkata Kementerian Dalam Negeri difahamkan bahawa set data yang dicuri itu tidak lengkap kerana ia melalui proses suntingan profesional selepas ia dibawa keluar daripada sistem PetroSaudi dengan niat tidak baik untuk menyerang dan merosakkan imej individu tertentu.

PetroSaudi, sebuah syarikat industri minyak dan gas antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, telah menarik perhatian di Malaysia berikutan kerjasamanya dengan 1MDB.
  
Artikel itu juga menyatakan bahawa Justo, yang kini ditahan di Bangkok, Thailand, mungkin mengesali sikapnya.
  
"Tetapi, beliau tidak dapat menarik balik perbuatannya dalam beberapa bulan terakhir melakukan dakwaan palsu dan bohong terhadap dana pelaburan Malaysia 1MDB, PetroSaudi dan ramai tokoh politik."  
  
Menurut artikel itu, polis Thailand sedang menyiasat bagaimana Justo, selepas meninggalkan syarikat itu, didakwa mengeluarkan siri tuntutan pemerasan ugut bertulis bagi mendapatkan bayaran sebanyak 2.5 juta Swiss franc (RM10.1 juta) sebagai tambahan kepada bayaran gaji pemecatannya yang dilaporkan berjumlah beberapa juta Swiss franc.
 
Artikel itu menyatakan PetroSaudi enggan memenuhi tuntutan Justo kerana menyedari mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan ia dibuat secara berasas, bagaimanapun, mereka tidak mahu maklumat rahsia syarikat menjadi pengetahuan umum.

Penulis itu berkata Justo, yang menghilangkan diri selama 18 bulan sehingga tiba-tiba didakwa mengubah versi komunikasi dalaman syarikat yang mula muncul dalam The Sarawak Report, sehingga mencetuskan krisis politik membabitkan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, dan beberapa tokoh berprofil tinggi.
  
"Politik Malaysia sentiasa sengit dan kini PetroSaudi mendapati ia berada di tengah-tengah pertelingkahan yang mengancam kestabilan kerajaan dan reputasinya," katanya dalam artikel itu.
  
Dalam artikel itu, seorang pegawai kanan Protection Group International (PGI) berkata jika Justo percaya beliau mempunyai bukti kukuh berhubung salah laku, mengapa beliau tidak terus membawa kes itu kepada pihak berkuasa berkaitan sama ada di United Kingdom, Malaysia atau Switzerland.
  
Pegawai itu berkata dalam kes PetroSaudi, ia bukan sekadar mengambil beberapa e-mel peribadi, senarai orang hubungan atau gambar kakitangan, yang lazimnya dilakukan oleh kakitangan yang berhenti.
  
"Sebaliknya, ia kononnya satu usaha bersepadu untuk mengeluarkan sejumlah besar fail korporat. Ini adalah bahan-bahan yang tiada tujuan sewajarnya apabila pekerja diberhentikan oleh syarikat," katanya.

PGI merupakan syarikat keselamatan siber antarabangsa terkemuka yang memeriksa sejumlah peranti dari penyimpanan data PetroSaudi untuk mengetahui bagaimana Justo memuat turun dan mengeluarkan sejumlah besar pelbagai komunikasi dan dokumen dalaman daripada sistem IT PetroSaudi.
  
Artikel itu menyatakan PGI dan kakitangannya memiliki pengalaman kepakaran bukan sahaja dalam bidang analisis forensik malah keselamatan, siasatan dan latihan siber dengan ramai daripada kakitangannya pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan UK yang memerlukan pelepasan keselamatan dan integriti peringkat tertinggi.
  
Menurut pegawai kanan PGI itu, yang menjelaskan bagaimana mereka menyiasat data untuk mendapatkan kebenaran, semua siasatan forensik PGI adalah mengikut standard Persatuan Ketua Pegawai Polis UK.
  
"Ini bermakna, daripada saat ia dilantik, PGI melakukan analisis forensik secara menyeluruh mengikut standard berkenaan," kata beliau.
  
Menurutnya dua pegawai yang mengetuai siasatan itu mempunyai pengalaman mengendalikan lebih 1,000 kes forensik digital termasuk memberi keterangan di mahkamah.
  
Seorang lagi pakar keselamatan siber berkata PetroSaudi melaksanakan dasar dan langkah teguh bagi memastikan tahap keselamatan IT berada pada tahap tertinggi namun tidak mempunyai perancangan untuk berdepan orang dalam yang mahu mencabul perjanjian dan menyalahgunakan rekod.
  
"Masalah bermula, walaupun mereka tidak tahu mengenainya, sebelum Xavier Justo meninggalkan syarikat itu. Beliau sudah pun merancang 'sengatannya'," kata pegawai itu. - Bernama


Tiada ulasan: