Sabtu, 27 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDBgate, FGVgate, MARAgate- selamat datang ke Malaysia Darul Rasuah.

Posted: 27 Jun 2015 03:50 AM PDT

sakmongkol.blogspot



Ini bukan soal masih mahu bercakap mengenai FGV. Malah ketika masa apungan lagi dalam tahun 2012, saya telah menulis dengan panjang lebar membantah apungan fgv. FGV is a bloody mistake. The fault lies with Najib.

By now, biarlah rakyat tahu, seperti saya sebut secara terbuka dalam parlimen- setiap pembelian, setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan,  ejensi kerajaan dan oleh mereka yang mempunyai kuasa regulatory- merupakan alasan2 untuk balun duit rakyat. 

Sama ada dalam projek2 kurnia dihujung tahun, tender terpilih, rundingan terus, belian kerajaan dan pemalsuan harga - setiap nya digunakan sebagai alasan dan wadah membalun dan menyamun duit rakyat.


Apa justifikasi bayar 2 kali ganda kepentingan Rajawali Group? 

Tidak munasabah, FGV yang mengalami keadaan bisnes yang merosot,  bermurah hati membeli kepentingan Peter Sondakh dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Istilah willing buyer , willing seller adalah istilah yang meletihkan dan overrated. Permuatan antara pencuri yang sama2 willing- adakah ianya suatu transaksi yang morally right? Dan kalau melanggar undang2 adakah ianya legally right? 

Kenapa murah hati sangat? Banyak sangat duit FGV? Dengan pembelian bayaran secara tunai dan saham, reseb tunai Felda/FGV berada dalam tahap minima. Ini akan mendedahkan Felda dan peneroka dalam bencana ekonomik. 

Tipu jangan tak tipu.

Janganlah berselindung disebalik alasan2 bukuteks seperti synergy lah, disebalik membuat rantaian stratejik lah- ia nya tidak dapat mengelakkan sangkaan bahawa ini semua ada udang sebalik batu. Saya perhatikan, para pemimpin UMNO kalau tidak dapat menerangkan sesuatu, akan mengunkap jampi serapah blue ocean strategy. Sama ada mereka faham atau mengkakaktua frasa blue ocean ini, saya sudah kurang pasti. yang saya pasti, kita rakyat mahu blue-ocean kan kepala pemimpin UMNO.

do it the isa samad way.

Isa Samad telah menunjukan cara ini semasa pembelian hotel di UK dahulu- pemimpin UMNO masih tidur lagi dalam hal ini.
Hanya ada satu faktor sahaja yang menerangkan sikap pemimpin UMNO- mereka semua bersubahat dalam perkara ini.


Orang lupa, Isa Samad membeli hotel2 tersebut dengan harga extra RM100 juta. Mengapa bayar harga lebih? Ada grounds untuk percaya, harga extra ini ialah untuk agihan sesama broker, sesama pembuat pembuat keputusan dan pakar runding. 
Bilakah SPRM mahu mengemukakan penemuan2 siasatan mereka keatas beberapa individu yang berkait dengan pembelian hotel dan hartanah oleh FGV? Saya beri jawapan terlebih dahulu- tidak ada salah laku berlaku. semua clear dan above board. 

Scam yang serupa dilakukan. Bayar pembelian kepentingan Sondakh dua kali ganda. Mesti ada fee broker, consultants, walaupun consultants itu banker.Bankers are not pristine and holy people you know.


The thieves come in all shapes, sizes and forms. 

Pencuri wang hari in datang dalam pelbagai bentuk dan nama, tidak kira alim atau tak alim semua berpotensi sebagai penyauk wang. Yang melakukan regulatory caputure boleh jadi sesiapa sahaja- alim dan kurang alim, ustaz dan liberal, tua dan muda, perempuan dan lelaki. Selagi mereka mempunyai ownership keatas sumber pengkayaan wa imma sumber pembuat keputusan- mereka berpotensi meletakkan terma dan syarat kedalam keputusan hendak beli atau tidak, hendak beri kontrak kepada A atau tidak.


Forms of Rent Seeking: the rise of the Rentier Class.

Economists menggelar perbuatan ini dengan banyak nama; antara nya political atau state capture, atau regulatory capture. Ianya semua bermaksud rent seeking
Yakni, orang2 tertentu menjadi kaya raya kerana mereka mempunyai hak milik, walaupun sementara keatas sumber pengkayaan. Dalam kes mereka yang ada kuasa eksekutif ditahap tententu, mereka boleh membuat keputusan dan memasukkan terma2 dan syarat2 yang menguntungkan mereka.

KSU yang hendak pencen, mencari projek ratusan juta untuk diluluskan dan akan berusaha meletakkan beberapa syarat dan terma yang diraih setelah pencen. 

Ini sahaja yang menerangkan mengapa kita lihat KSU2 dan pegawai atasan yang pencen, menjadi kaya raya beberapa bulan setelah pencen. 

Pegawai eksekutif seperti yang berkerja dengan MARA, meletakkan syarat2 kepada persetujuan MARA membeli suatu bangunan di Melbourne. Ini disebut sebagai regulatory capture sebab pegawai itu yang regulate dan kawal urusan antara MARA dan pembekal. 

Semua projek kerajaan tidak terkecuali. Semua projek ialah mesin ATM untuk menteri sampai kepada pegawai paling rendah mengapur duit rakyat. Bayangkan jika apa yang berlaku dalam Melbournegate ini diulangi dalam semua kes pembelian hartanah mara diseluruh dunia. 

Maka janganlah kita hairan sangat bila lapuran mendedahkan bahawa pegawai2 MARA dan ahli politik yang ada kaitan dengan MARA melakukan skim serupa seperti 1MDB-Petrosaudi, atau dalam kes pembelian hotel oleh FGV. Projek2 ini diguna sebagai wadah mengeCaj kerajaan untuk service perkhidmatan. 

Pembelian Dudley House di Melbourne oleh MARA dikata melibatkan penyaluran yuran untuk consultancy sebanyak AUS4.75 juta berlaku, serupa cara dengan pembelian hotel di UK oleh FGV yang membayar RM100 juta lebih dari harga penilaian untuk hotel tersebut. 

Penjual sudah setuju menjual pada harga AUS17.8juta, Melayu MARA murah hati kata- takpe mate- we pay you AUS22.5 million. Tapi AUS4.75million you must credit into our account in Singapre yeah. 

Siapa bilang orang Melayu yang pergi Australia tidak tahu berbicara Inggeris!

Rakyat Melaysia hanya perlu nanti- cerita seram yang akan terbongkar mengenai handal nya pengurusan Melayu keatas MARA, Amanah Raya, Khazanah Nasional, dan banyak lagi. Tapi buat masa ini, hal FGV yang mendedahkan peneroka kepada bencana ekonomi perlu diulangi kembali. Perperangan keatas segala bentuk kezaliman adalah perperangan yang berterusan. Korapsi, salah laku, pencurian wang samun perbendaharaan mesti di lawan sampai habis.

Ramai keturunan lanun rupa nya dinegara kita. 

Makanan Basi Dari Bazar Ramadan Jadi Viral

Posted: 27 Jun 2015 03:46 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
HULU TERENGGANU: Cerita kuih basi di sebuah bazar Ramadan di sini dimuat naik menerusi WhatsApp dan menjadi viral dalam Facebook kumpulan.

Seorang pembeli Hasniza Hassan memuat naik status pada pukul 11.12 pagi semalam dengan berkata beliau kecewa kerana kuih agar-agar santan yang dibelinya tidak boleh dimakan.

"Mareng (semalam) gi beli agar-agar warna hijau. Balik nok (hendak) makan, basi doh (sudah).

"Kepada peniaga bazar, ambe (saya) tak kira pasal harga, tapi nok kabo (beritahu) janganlah jual semula kuih hok (yang) dok abih (tidak habis)...frust sebab anak-anak nak makan, tapi basi," katanya.

Status yang dimuat naiknya mendapat 170 'likes' dan turut mendapat 70 komen yang menyokongnya dan meluahkan pengalaman yang sama.

Fatin Juanah yang turut mengutarakan komen di status Hasniza berkata beliau turut merasa terkilan apabila kuih yang dibelinya turut basi.

"Beli kuih lopis, nak makan lepas terawih, tapi bila bukak plastik saja dah bau dan rasa masam. Memang sangat kempunan," katanya.

Noor Eyjai pula berharap penjual tidak hanya mahukan keuntungan dengan menafikan hak pembeli.

"Saya beli solok lada RM4, bila balik buka nak makan tak boleh makan sebab dah basi. Membazir je beli. Peniaga tolonglah menjual dengan ikhlas, jangan mengharapkan keuntungan dengan menjual makanan basi," katanya.

Bagi Shahbudin Abd Aziz, yang memuat status selesai waktu berbuka pada pukul 7.35 petang semalam berkata beliau sangat terkejut dan kecewa apabila mendapati terdapat ulat dalam rojak ayam yang dibeli bapanya dari bazar berkenaan.

"Petang tadi ayah wat balik rojak, aku nak makan masa berbuka, bila buka tengok ada ulat pada ayam, guana gitu?," katanya yang turut mendapat 241 likes dan 101 komen dari pengguna Facebook lain.

Nuraidah Damia turut turut kecewa apabila keinginan adiknya untuk menikmati berbuka puasa dengan ikan keli yang dibelinya terbantut apabila ikan tersebut didapati basi dan berbau.

"Beli ikan keli, basi dok starang, sian ke adik yang berharap sangat nak makan," katanya.

Mohamad Matt berharap pihak berkuasa terutama Jabatan Kesihatan Negeri mengambil tindakan segera dengan membuat pemeriksaan dan pemantauan setiap hari agar kejadian tersebut tidak lagi berulang.

Bagi Awang Ulorx, beliau mencadangkan setiap bungkusan makanan yang dijual termasuk kuih diletakkan pelekat nombor gerai supaya senang aduan diutarakan sekiranya berlaku sebarang masalah.

Sementara itu tinjauan Bernama di bazar berkenaan sejak tiga hari lalu mendapati walaupun sudah hampir waktu berbuka, kelihatan masih banyak lambakan lauk dan kuih-muih yang tidak dapat dijual sesetengah peniaga.

Mungkin mereka mengambil jalan mudah dengan menjual kembali makanan yang tidak habis dijual itu pada hari berikutnya.

DAP, PKR Tidak Mampu Tumbang BN - Kit Siang

Posted: 27 Jun 2015 03:40 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK


 

 
 
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mengakui DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berjaya untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang tanpa sokongan kumpulan ketiga.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, pembangkang sememangnya mengharapkan penglibatan pihak ketiga bagi menggantikan PAS untuk menentang BN khususnya selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.

"Kita perlu kerjasama baharu. Sungguhpun Pakatan Rakyat sudah tiada, tapi satu golongan yang baharu sama ada parti politik baharu, platform baharu atau apa-apa simbol baharu yang boleh meneruskan polisi bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Selepas itu saya percaya kita boleh dapatkan semula sokongan rakyat. Harapan rakyat mahukan perubahan.

"Asas dasar bersama iaitu pentadbiran yang baik dan efektif menjadi isu utama...itu masih kekal, masih kuat dan boleh mencapai kejayaan dalam PRU-14," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mStar Online pada majlis berbuka puasa anjuran DAP di ibu pejabat parti itu pada Jumaat.

Ahli politik veteran itu mengulas mengenai hala tuju pakatan pembangkang selepas DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud.

Keputusan itu dibuat susulan Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.

Susulan perkembangan itu, pemimpin progresif PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti pada awal bulan lalu membentuk gabungan yang dikenali sebagai G18 sebagai 'wadah' baharu Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai kewujudan G18, Lim berkata pihaknya terbuka untuk menerima penyertaan pelbagai pihak dengan syarat menerima polisi bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Apa yang penting buat masa ini ialah proses pelarasan semula Pakatan Rakyat.

"Sama ada parti baharu itu benar-benat akan wujud kita tak tahu, tak boleh ramal. Yang penting kita teruskan kerjasama. Tak ada parti politik yang gerak bersendirian boleh berjaya untuk perintah negara," katanya.

UKM akan panggil 13 pelajar protes masalah gangguan air

Posted: 27 Jun 2015 03:35 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Universiti Kebangsaan Malaysia berkata 13 pelajar yang menyertai protes haram membantah bekalan air yang putus di kampus menyerahkan satu memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming ketika protes berjalan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015. Universiti Kebangsaan Malaysia berkata 13 pelajar yang menyertai protes haram membantah bekalan air yang putus di kampus menyerahkan satu memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming ketika protes berjalan. – Gambar fail The Malaysian Insider


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka memanggil 13 mahasiswanya menghadap jawatankuasa disiplin kerana melakukan bantahan terhadap masalah gangguan bekalan air di kampus tiga bulan lalu.


Dalam sepucuk surat bertarikh 15 Jun, universiti itu mendakwa pelajar-pelajar tersebut menyertai "protes haram" pada 27 Mac, membantah bekalan air yang putus di beberapa kolej kediaman di universiti tersebut.


Universiti itu juga berkata, pelajar tersebut menyerahkan satu memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming ketika protes itu.

Ong ialah anggota DAP dan UKM termasuk dalam kawasan Parlimennya.

UKM juga mendakwa, 13 pelajar itu menyertai sebuah forum dua hari sebelumnya bagi membincangkan isu bekalan air dan masalah WiFi dihadapi universiti itu.

Ong dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai seorang wakil rakyat, menjadi tugas dan tanggungjawabnya mendengar masalah dihadapi pelajar.

Beliau dimaklumkan yang pelajar tersebut meminta UKM menganjurkan sebuah taklimat melibatkan syarikat konsesi air Syabas, pengurusan universiti dan wakil pelajar bagi memberi penerangan lanjut berhubung sebab bekalan air terputus dan mencari penyelesaiannya.

Ong berkata beliau menulis surat kepada naib canselor UKM pada 16 April memohon satu perjumpaan diadakan bagi membincangkan cara menyelesaikan bersama masalah air di UKM yang menurut pelajar berlaku sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, hingga hari ini, Ong berkata beliau masih belum menerima sebarang jawapan dari pihak universiti.

"Sikap sebegini menggambarkan masalah yang lebih besar yang kita hadapi – iaitu keengganan UKM terlibat dalam satu perbincangan yang terbuka dan telus dengan semua pihak yang berkepentingan, berhubung satu isu penting yang mempunyai impak serius ke atas kesejahteraan pelajar.

"Daripada menghukum mereka, pihak berkuasa UKM seharusnya bekerja bersama pelajar dan pihak berkepentingan lain seperti Syabas, ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah," kata Ong.

Portal berita Rakyat Post melaporkan Mahasiswa Tuntut Air (MATA) mengadakan protes duduk di pejabat Canselor UKM pada 27 Mac, susulan bekalan air terputus selama dua minggu melibatkan beberapa bahagian di universiti itu.

Katanya, antara yang terjejas ialah Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Ekonomi dan lima kolej kediaman dalam kawasan kampus.

Pekerja binaan patah pinggang dihempap perancah

Posted: 27 Jun 2015 03:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
Dua pekerja pembinaan warga asing cedera selepas dihempap besi perancah dalam satu insiden di tapak pembinaan bangunan berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum Kuala Lumpur malam tadi.
 
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian 11.21 malam itu, mangsa pertama yang merupakan warga Bangladesh sedang melakukan kerja pembinaan di dalam bangunan berkenaan mengalami kecederaan patah pinggang manakala seorang lagi mangsa warga Myanmar cedera ringan pada bahagian tangan apabila dihempap besi perancah.
 
"Sebaik menerima aduan daripada orang ramai, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Pantai Dalam bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
 
Beliau berkata daripada keterangan saksi kedua-dua mangsa bersama lima pekerja lain sedang meratakan simen, tiba-tiba berlaku runtuhan besi perancah menyebabkan dua mangsa terbabit jatuh bersama arus runtuhan, manakala lima pekerja lagi terselamat kerana berada jauh dari tempat runtuhan.
 
Katanya mangsa kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.- Bernama
 
 

Bukan mudah parti serpihan PAS mahu kekal - Mohamad Khalil

Posted: 27 Jun 2015 03:23 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua  Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi 'menasihatkan' bekas pemimpin utama pada penggal lalu agar patuh pada arahan presiden yang meminta tidak meninggalkan wadah perjuangan hanya untuk menubuhkan parti baru.

Beliau memberitahu sebagai anggota parti mereka perlu patuh segala arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan tidak sesekali melanggar ketetapan berkenaan.
 
Anak sulung kepada Presiden PAS juga memberitahu ahli serta barisan pimpinan parti perlu istiqamah dan meneruskan perjuangan menegakkan Islam.
 
"Dari sudut ahli PAS dia kena ikut arahan partilah, kena istiqamah dengan parti," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.
 
Susulan perkembangan terbaru itu, Abdul Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli PAS pada Selasa lalu mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti bahawa sejarah menunjukkan mereka yang keluar parti itu dan bersama parti baharu akan tenggelam.
 
Beliau berkata, setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang diwujudkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah teguh bersama konsep pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
 
Mana-mana pihak boleh tubuhkan parti baru tapi perlu ambil kira banyak perkara
 
Mengulas lanjut, Mohamad Khalil berkata parti berteraskan Islam itu tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru memandangkan amalan demokasi dalam negara.
 
"Yang pertamanya kita sebagai rakyat dalam negara yang demokrasi iaitu Malaysia, soal kita nak menghalang orang menubuhkan parti itu bukan masalah bahkan ia diizinkan oleh perlembagaan negara.
 
"Dalam ini kalau dia nak tubuh parti atas dialah," katanya berhubung cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan beberapa bekas pimpinan untuk menubuhkan parti politik baru bagi menggantikan PAS.
 
Namun menurut beliau, banyak perkara serta kajian perlu dilakukan pihak berkenaan kerana bukan mudah untuk memastikan parti yang ditubuhkan itu kekal sekaligus bersaing dalam arena politik negara.
 
"Cuma dalam konteks politik di Malaysia ini perlu diambil banyak pertimbangan dan juga dari sudut sosio-politik, sejarah politik, geografi politik.
 
"Jadi mana-mana pihak yang nak tubuhkan parti kena melihat sudut-sudut tersebut," katanya.
 
Mohamad Khalil juga menegaskan walaupun mengamalkan demokrasi namun ia melaksanakan ciri-ciri yang demokratik bagi memastikan kelangsungan ketelusan negara.
 
"Maknanya kita tak boleh nak bandingkan Malaysia dengan negara-negara lain contohnya Turki yang demokrasinya bebas, pilihan rayanya telus.
 
"Jadi kita di Malaysia ini walaupun perlembagaan mengizinkan untuk ditubuhkan parti baru tapi demokrasi di Malaysia terhad seperti pilihan raya dikekang dengan pelbagai peraturan dan akta.
 
"Masalah kita di sini namanya sahaja negara demokrasi tapi sebenarnya tidak demokratik," katanya.
 
 

Anwar mohon mahkamah batal keputusan Lembaga Pengampunan

Posted: 27 Jun 2015 03:14 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anaknya memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Pengampunan tidak mengampunkan Saudara Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan fitnah.

batalPermohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Daim & Gamany, yang diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

Turut dinamakan dalam semakan kehakiman itu adalah Anwar sendiri.

Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha dalam permohonan mereka itu memohon mahkamah membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu.

Mereka juga meminta lembaga itu bermesyuarat semula bagi mempertimbangkan petisyen pengampunan yang dipohon mereka pada 24 Februari lalu.

Selain itu, Lembaga Pengampunan juga dimohon untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan perkara itu.

Hari ini merupakan hari ke-135 Anwar dipenjarakan sebagai tanahan politik.

NOW: Mengapa syarikat terlibat urusniaga MARA berdaftar di Kepulauan British?

Posted: 27 Jun 2015 03:10 AM PDT

Oleh Ermizi Muhamad


KUALA LUMPUR: Siasatan National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi urusniaga pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di The Dudley, Melbourne, Australia mengesahkan syarikat ini didaftar di Kepulauan British Virgin.

Pengarah NOW, Rafizi Ramli berkata, perkara ini menimbulkan curiga bagaimana syarikat yang dipercayai dikawal MARA melalui anak syarikat badan itu, MARA Inc yang juga dikaitkan dengan seorang Pengarah Utama Thrushcross, Datuk Mohammad Lan Allani yang juga bekas Adun Sulabayan dari Barisan Nasional itu boleh terbabit dalam urusniaga berkenaan.

Kata Rafizi, penglibatan Thushcross dalam urusniaga itu turut diragui kerana syarikat tersebut tidak didaftarkan di Malaysia atau Australia.

rafizi_HK"Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini didaftarkan di Kepulauan British Viridin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai?

"Mengapa tidak didaftarkan terus di Malaysa atau Australia?" soalnya dalam kenyataan bersama seorang lagi Pengarah NOW, Akmal Nasir.

Semalam, media Australia, The Age mendedahkan wujudnya penipuan dalam pembelian hartanah di negara itu melibatkan beberapa pegawai tertinggi MARA, dan bekas ahli politik Malaysia.

Lebih mengejutkan, MARA menurut laporan itu didakwa turut membeli tiga bidang hartanah di negara itu.

"Selain The Dudley, benarkah MARA melalui MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?

"Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga empat hartanah ini menelan belanja RM244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?" soal mereka lagi.

AkmalTegas mereka, skandal pembelian hartanah itu perlu diperjelaskan bagi menafikan segala tuduhan berat media Australia itu terhadap MARA yang bertanggungjawab terhadap wang amanah rakyat.

Dalam laporan eksklusifnya itu, The Age juga mendedahkan urusniaga tersebut turut melibatkan penggunaan dana awam sebanyak RM65 juta di mana bayaran itu dikatakan RM13.7 juta lebih tinggi, dan kemudiannya didakwa untuk membayar sogokan.

Malah, invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan 'jurunding dan nasihat' daripada firma Malaysia turut dikeluarkan bagi memperdaya ahli perniagaan Australia dalam urusniaga berkenaan.

Salah laku ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan siasatan secara terperinci dijalankan berhubung dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil, tegas beliau.

Bagaimanapun, janji beliau itu disambut dengan dakwaan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa yang dilapor sebagai berkata, pembelian sebuah blok apartmen di Melbourne itu dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Najib yang juga Menteri Kewangan.

Fitnah: Anwar fail laporan qazaf terhadap Shafee

Posted: 27 Jun 2015 03:08 AM PDT

Oleh Fiza Abd Halim


SHAH ALAM : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim hari ini memfailkan laporan qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah ekoran fitnah secara terbuka beliau dalam kes Fitnah II.

Laporan tersebut difailkan isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini.

"Laporan ini demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi beliau.

qazaf"Shafee dalam satu program dialog terbuka telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana saksi," katanya kepada pemberita selepas itu.

Shafee yang merupakan Ketua Pendakwaraya Kes Fitnah II melakukan fitnah itu dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya pada 12 Februari lalu.

Fitnah tersebut juga didakwa Peguam Umno itu tanpa mengemukakan empat saksi seperti dikehendaki undang-undang.

Wan Azizah dalam pada itu turut menegaskan bahawa jumhur Ulama termasuk Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina.

"Demi menegakkan hak dan keadilan serta memartabatkan perundangan syariah di negeri Selangor, kami menggesa agar kenyataan terbuka Shafee ini disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu lagi.

Wan Azizah ditemani anaknya yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah serta beberapa pimpinan parti.

Mahu jadi MB Selangor, Khalid usah bermimpi! – Zuraida

Posted: 27 Jun 2015 03:06 AM PDT

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR: Khalid Ibrahim perlu berhenti memalukan dirinya dengan menawarkan untuk memegang jawatan Menteri Besar (MB) Selangor, tegas Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida hairan bagaimana Khalid boleh mempersoalkan tentang Cekap, Amanah, dan Telus sedangkan beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti dalam isu perjanjian air Selangor.

Zuraida1Tegas Ahli Parlimen Ampang itu, rakyat Selangor juga masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan kes penyelesaian Khalid di luar mahkamah dengan Bank Islam.

"Selain dipecat dari KEADILAN, bagaimana seorang Adun Bebas dan Ahli Parlimen boleh berharap untuk kembali menjawat jawatan Menteri Besar yang bebas dari mana-mana parti politik? Adakah Khalid cuba untuk menjual dirinya kepada pembida yang paling tinggi? Mungkin Umno?" sindir Zuraida.

"Adalah lebih baik jika Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasan beliau dahulu. Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Selangor," tempelak Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN dalam kenyataan.

Sejak Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 23 September 2014, Selangor berkembang makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.

Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun ia ditangani dengan baik dengan kaedah yang memuaskan.

"Tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula.
"Begitulah kisah sedih Khalid Ibrahim!" kata Zuraida lagi.

‘Ini bukan wang haram, tapi harum’

Posted: 27 Jun 2015 03:03 AM PDT

IMG-20150625-WA0017

Roketkini.com


KOTA BHARU: Isu tawaran dibuat DAP untuk membantu pembinaan masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang baru-baru ini tidak dilaporkan dengan tepat oleh kebanyakan media, kata Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Menurut beliau yang mesra disapa sebagai Pak Samad, apa yang berlaku ialah DAP menghulurkan tangan untuk membantu penduduk yang pernah menjadi mangsa banjir besar di kawasan berkenaan.

IMG-20150625-WA0014

Bantuan itu pula, katanya, ditawarkan selepas DAP menerima aduan daripada penduduk kampung sendiri.

Kekeliruan itu, katanya, meributkan sesetengah pihak sehingga mereka mempertikaikan sumber wang berkenaan, sama ada ia halal atau haram.

"Ini bukan wang haram tetapi wang ini adalah wang harum.

"Ia hasil sumbangan hati dermawan untuk Kelantan," katanya di majlis perasmian pameran amal Bruce Lee di KB Mall semalam.

Pameran itu diadakan sempena ulang tahun kelahiran aktor filem aksi itu yang ke-75.

Wang yang dikumpulkan daripada penjualan lukisan Bruce Lee akan disalurkan kepada Gabungan Impian Kelantan untuk meringankan beban ditanggung mangsa banjir di negeri itu. – Roketkini.com


Apa motif Shafee mahu singkir Tony?

Posted: 27 Jun 2015 03:00 AM PDT

SHAFEE ABDULLAH_DIALOG_FORUM

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Usaha UMNO menggugurkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilihat satu lagi perancangan parti berkenaan untuk menutup skandal hutang mega 1MDB.

Usaha itu kini giat dijalankan peguam Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah yang terkenal sebagai pendakwa dalam perbicaraan fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tony2
YB Tony Pua antara pembongkar paling lantang skandal hutang mega 1MDB.

"Shafee mendakwa saya banyak buat kenyataan dan memberi kesan terhadap siasatan ke atas 1MDB.  Kerana itu, dia mahu saya keluar dari jawatankuasa PAC.

"Kenyataan Shafee merepek. Bagaimana hanya dengan buat kenyataan dan jalankan tanggungjawab saya  sebagai ahli parlimen yang dipilih rakyat saya membahayakan siasatan ke atas 1MDB?" soal Tony.

Tony antara individu paling lantang membongkar skandal 1MDB. Selain giat memberi kenyataan akhbar  mengenai skandal itu, beliau turut ligat berforum dan berceramah untuk menjelaskan isu berkenaan  kepada rakyat.

Kelantangan Tony membuatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak turut merasai bahangnya sehingga  akhirnya menyaman Pengerusi DAP Selangor itu Mac lalu.

Tambah Tony lagi Shafee tidak boleh menganggap dirinya tidak layak sedangkan apa yang penting adalah hujah dalam kritikannya terhadap pengurusan 1MDB.

"Jika semua kenyataan saya itu benar dan kajian saya mengenai skandal 1MDB meluas, bukankah itu bermaksud saya layak untuk menganggotai PAC bagi membongkar mereka yang terlibat dengan skandal itu?

"Sepatutnya Shafee meminta PM Najib meletak jawatan sebab beliau orang yang bertanggungjawab meluluskan semua transaksi kewangan 1MDB sehingga syarikat itu berhutang RM 42 bilion," katanya. – Roketkini.com


Polis Australia 2 hari, polis Malaysia berhari-hari

Posted: 27 Jun 2015 02:55 AM PDT

polis

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: 'Kelembapan' bertindak di kalangan pihak berkuasa di negara ini mendorong rakyat menganggap pasukan keselamatan sengaja mahu melengahkan siasatan atau menutup sesuatu kes.

Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, keadaan sama juga dapat dilihat dalam skandal rasuah terbaru melibatkan pegawai MARA di Australia.

Katanya, polis di negara itu hanya mengambil masa dua hari saja untuk membuat serbuan demi menyiasat 
mereka yang terlibat.

Namun, kata Tony, polis Malaysia hanya menunggu sahaja siasatan dari Australia tanpa apa-apa tindakan yang proaktif.

tony_pua_forum_krisis_selangor

"Rakyat Malaysia tak boleh dipersalahkan jika mempunyai pandangan polis tidak melakukan apa-apa bagi mendedahkan jenayah. Mengapa Bukit Aman harus menunggu siasatan dari Australia sebelum menjalankan siasatan sendiri?

"Walaupun jenayah berlaku di Melbourne, wang itu dari Malaysia dan penjenayah pula adalah rakyat Malaysia. Adakah ini tidak memberi alasan yang cukup untuk polis segera menyiasat?" katanya lagi.

Tambahnya, sikap polis menangani skandal hutang RM42 bilion 1MDB juga serupa.

"Apa yang kita tahu KPN hanya kata siasat sedang dilakukan. Tak ada serbuan dijalankan.

"Ini benar-benar memalukan polis Malaysia," katanya.
Skandal rasuah terbaru melibatkan MARA didedahkan portal berita Australia, The Age.

Dalam laporannya, MARA Inc, anak syarikat MARA didakwa membeli bangunan di Australia pada harga jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran bagi mengaut keuntungan di kalangan pegawai dan pemaju tempatan. – Roketkini.com


EKSKLUSIF: Siapa luluskan MARA Inc tubuh syarikat ‘offshore tax haven’ beli hartanah di Melbourne?

Posted: 26 Jun 2015 10:57 PM PDT

THE RAKYAT POST


Kenyataan Shahrir dipercayai berkaitan syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang didaftar di Kepulauan British Virgin yang disyaki terbabit dalam pembelian Dudley House. - Foto TRP/SM Amin
Kenyataan Shahrir dipercayai berkaitan syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang didaftar di Kepulauan British Virgin yang disyaki terbabit dalam pembelian Dudley House. - Foto TRP/SM Amin



JOHOR BAHARU -  Kontroversi dakwaan penipuan dalam urus niaga pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada berlakunya penubuhan sebuah syarikat luar pesisir di kawasan-kawasan perlindungan cukai atau syarikat "offshore tax haven" di bawah anak syarikatnya MARA Incorporated (Inc.).

Persoalan itu dibangkitkan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad yang tercari-cari punca yang mengakibatkan hartanah yang dibeli MARA itu melambung tinggi daripada harga pasaran.

Jika benar ada syarikat "offshore tax haven" ditubuh bagi tujuan pembelian hartanah tersebut, kata Shahrir, persoalan seterusnya ialah mengenai kelulusan penubuhan anak syarikat MARA Inc itu di luar negara memandangkan ia terletak di bawah kuasa pimpinan tertinggi agensi berkenaan.

Shahrir, Ahli Parlimen BN-Johor Baharu turut mempertikaikan mengenai bagaimana 'salah keputusan' dalam urusan pembelian hartanah bernilai US$17.8 (RM51.5 juta) pada harga US$22.5 (RM65.4 juta) juta berlaku walaupun proses penilaian harta dan 'due diligence' (segala proses wajar) telah dijalankan.

"MARA melakukan 'due diligence' dan penilaian harta yang nak dibeli. Syarikat yang melakukannya tentunya syarikat Australia, bukan hanya Malaysia, tapi juga antarabangsa.

"Prosesnya melibatkan pihak ketiga yang membuat 'due diligence' dan penilaian harta itu. Kalau proses itu dah betul bagaimana (berlaku) soal salah keputusan.

"Kalau salah keputusan, mungkin kerana adanya MARA Inc menubuhkan pula syarikat 'offshore tax haven'," katanya ketika ditemui The Rakyat Post.

Jika andaian itu benar, Shahrir mempertikaikan mengenai kebenaran dan kelulusan penubuhan syarikat luar pesisir di kawasan perlindungan cukai itu, yang juga turut dipertikai oleh pihak MARA.

"Itu yang menimbulkan tanda tanya. Soalnya siapa yang berikan kebenaran untuk penubuhan syarikat di 'offshore tax haven' itu?" kata Shahrir ketika diminta mengulas berkenaan isu berkenaan yang kini bukan sahaja sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghantar pegawainya ke Australia, malahan juga turut diselidik pihak berkuasa negara itu.

Menurut Shahrir, beliau melihat adanya 'kelompongan' yang perlu dikenalpasti oleh pasukan penyiasat bagi menyelesaikan kes yang kini menjadi perhatian dunia itu.

"Kuasa tertinggi masuk kepada MARA, selepas MARA Council (Majlis MARA).

"Sama ada penubuhan syarikat offshore company itu juga dipersetujui oleh pihak MARA, itu soalnya dan itu saya tidak tahu, itu yang nampak lompong. Tapi (perkara ini) dalam siasatan, jadi biar di siasat," tambahnya.

Terdahulu pada 24 Jun lalu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) menerusi satu kenyataan mendakwa semakan pihanya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) mendapati pembelian hartanah MARA itu dipercayai membabitkan sebuah syarikat.

"Siasatan yang dijalankan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi ini mengesahkan bahawa syarikat ini telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin.

"Thrushcross dipercayai dikawal oleh MARA melalui anak syarikatnya iaitu MARA Inc," dakwa NOW dalam kenyataan yang dikeluarkan atas nama dua Pengarahnya iaitu Rafizi Ramli dan Akmal Nasir.
Petikan daripada dokumen Suruhanjaya Sekurit dan Pelaburan Australia (ASIC) mengenai syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang didakwa disemak oleh NOW. - Foto NOW
Petikan daripada dokumen Suruhanjaya Sekurit dan Pelaburan Australia (ASIC) mengenai syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang didakwa disemak oleh NOW. – Foto NOW
Menurut NOW lagi, seorang pengarah utama Thrushcross adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Parlimen Semporna, Sabah selama dua penggal.

"Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini iaitu, Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung daripada cukai?

"Mengapa ianya tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?" soal Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan menerusi kenyataan  NOW itu.

Bagaimanapun, Namun NOW menyambut baik komitmen Perdana Menteri yang mahu pihak berkuasa menyiasat dengan teliti dakwaan penipuan pembelian hartanah yang dilemparkan terhadap MARA itu.

Dakwaan penipuan dalam urusan jual beli hartanah MARA di Melbourne ini mulanya didedahkan melalui laporan eksklusif akhbar Australia, The Age pada 23 Jun lalu.

Laporan The Age mendakwa anak syarikat MARA, MARA Inc telah membayar kepada pihak pemaju sebuah apartmen di bandaraya itu sebanyak A$4.75 mil (RM13.68 mil) lebih tinggi daripada nilai sepatutnya.

Hartanah bernama Dudley House itu digunakan untuk menempatkan 115 pelajar tajaan biasiswa MARA yang sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Monash.

Menurut laporan akhbar itu transaksi yang dipersetujui pemaju warga Australia dan usahawan Malaysia bagi pembelian apartment itu pada awalnya pada harga A$17.8juta, sebelum nilai hartanah itu tiba-tiba meningkat kepada A$22.5 juta.

Malah akhbar berkenaan tanpa berselindung turut menyebut nama pegawai tertinggi MARA, yang juga seorang bekas ahli politik di negara ini dalam laporannya selain mendakwa wang lebihan daripada perbezaan nilai pasaran sebenar pembelian bangunan hartanah itu telah diselewengkan untuk membayar rasuah di Malaysia.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media keesokannya (24 Jun) dilaporkan berkata, pembelian pangsapuri berkenaan dilakukan mengikut semua proses ditetapkan, malah ia turut diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kes denggi dijangka meningkat 2 kali ganda

Posted: 26 Jun 2015 10:48 PM PDT

THE RAKYAT POST

fog
Jabatan Kesihatan menjalankan operasi pengabutan secara besar-besaran dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan di lebih 2,600 lokasi sekitar ibu kota sejak Januari. - Foto hiasan.



KUALA LUMPUR - Warga kota diingatkan agar lebih berwaspada kerana kes denggi dijangka meningkat kira-kira dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan dari Julai hingga September.


Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Dr Zainal Abidin Abu Bakar berkata ini berdasarkan trend kes denggi pada tahun-tahun sebelumnya.

Dari Januari sehingga Jun 2014, kes denggi di Kuala Lumpur mencatat 3,803 kes, melonjak ke 7,185 kes dalam tempoh Julai hingga September.

Perkara yang sama turut berlaku pada 2013, apabila rekod pada bulan Januari sehingga Jun mencatat 1,065 kes melonjak ke 2,570 kes dalam tempoh Julai hingga September.

Sehubungan itu, kadar kes denggi sebanyak 3,492 kes setakat 25 Jun 2015 di ibu negara diramalkan boleh meningkat dua kali ganda pada tempoh tersebut.

Dr Zainal Abidin berkata antara faktor yang mungkin mendorong peningkatan kes denggi pada tempoh tersebut ekoran ia merupakan musim lembap dan hujan yang kerap.

"Nyamuk hanya memerlukan sedikit air iaitu air sebesar duit syiling 20 sen sahaja yang sama dengan sebesar satu sudu cawan teh untuk bertelur dan nyamuk Aedes mampu bertelur antara 80 hingga 100 biji.

"Telur Aedes mampu bertahan dalam persekitaran kering sehingga tempoh enam bulan dan akan mula menetas dan bertukar menjadi pulpa atau jentik-jentik sekiranya ada air," katanya.

Dr Zainal Abidin berkata pihaknya telah mula menjalankan operasi mencegah nyamuk dengan lebih kerap dengan melakukan pengabutan secara besar-besaran dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan di lebih 2,600 lokasi sekitar ibu kota sejak Januari.

Katanya, operasi pemeriksaan juga lebih tertumpu di kawasan tapak binaan ekoran kawasan seperti ini dilihat lebih mudah terdedah kepada pembiakan nyamuk.

Dr Zainal Abidin berkata dari Januari sehingga 20 Jun, pihaknya telah memeriksa lebih 125 tapak dan 80 daripadanya adalah positif pembiakan nyamuk.

"Bagi premis tapak binaan yang dijumpai positif pembiakan akan diarahkan tutup selama dua minggu untuk mereka menjalankan aktiviti pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di sekitar tapak binaan  mereka," katanya.

Katanya, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 18 kematian sehingga 25 Jun iaitu tiga kali ganda berbanding tahun lepas sebanyak enam kematian dalam tempoh yang sama.

Mengikut statistik daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sesawang i-Dengue, dari 4 Jan sehingga 24 Jun, negeri Selangor meduduki tempat pertama dengan 5,630 kes denggi yang direkodkan; kedua Perak (5,630 kes); diikuti Johor (4,083); Kuala Lumpur (3,492); Pulau Pinang (2,662); Sabah (1,392); Pahang (1,217); Sarawak (1,187);

Negeri Sembilan (958);  Melaka (929); Kelantan (767); Terengganu (509); Kedah (461); Perlis (127); Putrajaya (90) dan Labuan (2).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Norhayati Abdullah berkata dalam mencegah wabak denggi ini daripada terus menular, pihaknya meningkatkan jumlah operasi pencegahan denggi yang dilakukan secara kerap dan berterusan oleh pasukan khas pencegahan denggi DBKL.

Katanya pihaknya melaksanakan pengabutan di lebih 30 kawasan yang menjadi keutamaan dalam tempoh sehari dan meletakkan ubat jentik-jentik di tempat strategik di sekitar 11 kawasan Parlimen di ibu kota.

"Kami berharap jumlah kes denggi pada tahun ini berkurangan daripada tahun lepas, kerana kami telah laksanakan banyak inisiatif dalam menangani perkara ini daripada merebak," katanya.

MARA jaga amanah, terbuka untuk disiasat

Posted: 26 Jun 2015 10:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Demi ketelusan dan membersihkan namanya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) terbuka untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau firma asing yang bersesuaian.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau berpegang pada prinsip amanah dan sebarang salah laku tidak akan dilindungi.

"Ttiga empat hari lepas, saya terima laporan dan saya tengok ada yang tidak mencukupi, sebab itu saya hari ini direct ke SPRM. Apa yang tidak kena biarkan SPRM teruskan (siasatan)," katanya dalam program bual bicara di sebuah stesen televisyen sebentar tadi.

MARA sedang menjadi perhatian ekoran pembelian blok apartmen di Melbourne, Australia yang dikatakan dikuasai dengan harga jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, MARA akan melantik juruaudit antarabangsa bertauliah untuk menyemak semua aspek transaksi itu dan ia tidak terhad kepada audity dalaman.

"Kita kena menambah baik, dan kalau kita nak lihat ruang yang longgar, kita mesti perbaiki," katanya.

Sebelum ini akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne.

Kena hadapi realiti

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak AS$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" untuk bangunan Dudley International House itu, daripada AS$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli MARA yang menyediakan biasiswa untuk pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.

Sementara itu, Annuar ketika mengulas mengenai pegawai yang dikatakan terlibat mengenai laporan pembelian tanah itu berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu dan tidak menolak berkemungkinan terdapat salah laku.

"Kena hadapi realiti, dalam saya beri maklumat (kepada SPRM), saya tidak kata akan melindungi sesiapa, dan kita kena siasat, kerana tuduhan itu serius. Walaupun kata pegawai MARA terlibat, tetapi ia ada pembelian yang terlibat dijual secara teratur.

"Walaupun nampak begitu, tuduhan kemungkinan pegawai MARA terlibat kita kena siasat. Tidak boleh tuduh dia buat, tapi tidak menafikan kemungkinan salah laku," katanya. 


Shahrir nafi Palanivel nak sertai DAP

Posted: 26 Jun 2015 10:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan bahawa baru-baru ini bekas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.

"Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP-lah,  masuk PKR-lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di Johor Bahru petang semalam.

Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Bahru berkata perkara itu hanya spekulasi yang tidak patut diada-adakan dan pihak yang ingin menyelesaikan masalah tersebut harus bertenang.

"Kita nak selesaikan kebuntuan masalah MIC kena ada ketenangan, kebijaksanaan serta kewarasan," kata beliau.

Shahrir berkata sekiranya masalah itu diselesaikan dengan gelojoh, maka akan merumitkan keadaan, tambahan lagi jika ada pihak yang mengapi-apikan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih serius.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Palanivel dikatakan ingin menyertai DAP setelah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu hilang keanggotaannya dalam MIC.

Sementara itu, bagi program Kacau Dodol Perdana, Shahrir berkata program yang dianjurkan oleh UMNO Johor Bahru itu memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri pengalaman membuat dodol.

Beliau berkata pembuatan dodol yang memerlukan pelaburan masa, tumpuan dan fokus itu, akan turut dijadikan aktiviti tahunan bagi memeriahkan bulan Ramadan sekali gus menghidupkan kembali tradisi di kampung.

Bagi program kali ini, sebanyak 13 kumpulan akan menghasilkan sejumlah 300 kilogram dodol dan bakal mengagihkan 600 bungkus dodol seberat setengah kilogram setiap satu kepada orang ramai nanti. Bernama


 

'Lepas ni rompaklah sebanyak mana pun'

Posted: 26 Jun 2015 10:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada rakyat dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah seseorang boleh melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya' dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.

"Inilah yang dilakukan 1MDB.

"Pengurusan yang pincang dengan penyelewengan membabitkan tanggungan hutang RM42 bilion dicuci dengan sumbangan membina masjid dan membawa imam-imam menunaikan ibadah haji dan umrah.

"Mudahnya memerintah Malaysia," katanya.

Mahfuz mengulas kenyataan dibuat Najib semalam mengenai sumbangan diberi 1MDB untuk "pembangunan Islam" di negara ini.

Untuk mengukuhkan hujah itu, perdana menteri memberi contoh sumbangan diberi Yayasan 1MDB untuk mengisi sebahagian daripada kos pembangunan semula Masjid Kampung Baru bernilai M20 juta.

Beliau juga sedih kerana 1MDB diberi gambaran buruk di media sosial.

Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS berkata, kenyataan Najib itu memberi maksud seolah-olah beliau mahu rakyat, khususnya umat Islam, memberikan kemaafan pada apa pun kesalahan yang di lakukan oleh 1MDB kerana agensi itu turut melakukan kebaikan.

Katanya, pemikiran begitulah menyebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak penguatkuasaan undang undang bagi mengatasi segala penyelewengan dalam pentadbiran negara.

"Lepas ini rompaklah sebanyak mana pun, kemudian perompak sumbang buat masjid. Tutup kes," katanya. 



Butiran halus keluar dari badan

Posted: 26 Jun 2015 10:23 PM PDT


 
 
SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak 10 tahun mengejutkan kedua ibu bapanya apabila mengeluarkan butiran halus lut sinar dari anggota badan sejak petang kelmarin.
 
Nur Farah Farisya berkata, pada mulanya dia merasa gatal-gatal di bahagian tengkuk seperti digigit semut menyebabkan dia garu sebelum menyedari terdapat butiran halus lutsinar.
 
"Kejadian pertama berlaku di sekolah semalam (kelmarin) kira-kira jam 1 petang sebelum pulang ke sekolah. Kerana berasa pelik, saya terus buang bijian halus berkenaan," katanya.
 
Menurutnya, kejadian sama terus berlaku di sekolah apabila matanya turut berasa gatal sebelum keluarnya bijian halus lut sinar sebesar biji gula selepas digaru.
 
Bagaimanapun katanya, gatal-gatal di badan terus berlarutan selepas pulang dari sekolah termasuk di kedua-dua belah mata dan lengan kiri apabila terus-terusan mengeluarkan benda lutsinar itu.
 
"Apabila saya garu, ia terus terbit dari celah-celah kulit, saya tidak tahu datangnya dari mana dan terus beritahu ibu," katanya.
 
Ibunya, Zulila Mahmud, 40, berkata, selepas dimaklumkan anaknya, mereka mula mengira butiran berkenaan sehinggalah kini mempunyai lapan butiran halus sepanjang dua hari kejadian itu.
 
Zulila bagaimanapun bimbang dengan keadaan anak tunggal perempuan daripada lima beradik itu sekiranya terdapat kesan lain berhubung tahap kesihatannya.
 
"Selepas dia mengadu pening-pening, katanya dia mengalami kegatalan, akan tetapi keluar pula benda yang membimbangkan kami," katanya yang telah membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
 
Menurutnya, doktor tidak dapat mengesahkan punca butiran halus berkenaan namun menasihati agar Farah memakai cermin mata untuk tujuan kesihatan berikutan sering pening dan kabur pandangan.
 
"Saya bimbang dengan apa yang berlaku dan berharap ia tiada kaitan dengan tahap kesihatan anak saya," katanya.
 
Sementara itu, bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd Fauzi Osman, 42, berkata, dia menafikan wujudnya unsur mistik apatah lagi anaknya langsung tidak mengalami sebarang kejadian aneh sehingga boleh mengaitkannya dengan unsur terbabit.
 
"Dia hanya mengalami pening-pening sebelum kejadian namun saya berharap ia tiada kesan sampingan.
 
"Saya akan bawa anak ke hospital untuk menjalankan rawatan seterusnya bagi memastikan perkara itu," katanya.
 
Buat masa ini katanya, butiran halus itu akan disimpan untuk rujukan mahupun dirujuk kepada yang pakar bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan.
 
 

Kemasukan tidak masuk akal

Posted: 26 Jun 2015 10:21 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini adalah satu keputusan yang tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abd Hamid.
 
Menurutnya, jumlah itu terlalu besar apatah lagi jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 sudah mencecah 2.1 juta.
 
"Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih daripada empat juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut menyatakan keadaan ini sangat membimbangkan.
 
"Ini bermakna jika dasar ini dilaksanakan, jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 
Beliau turut mempersoalkan, dalam sektor apakah pekerja-pekerja asing itu akan ditempatkan?.
 
"Perkara ini perlu diperjelas terlebih dahulu, dan saya gesa menteri bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti.
 
"Sepatutnya kerajaan menggariskan dasar-dasar untuk membantu industri dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan beri insentif menaik taraf peralatan dan pendidikan semula pekerja. Bukannya dengan penyelesaian jangkamasa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing," katanya.
 
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.
 
Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.
 
 
 

Hadi enggan campur DAP lantik Nizar

Posted: 26 Jun 2015 10:16 PM PDT



 
 
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan masuk campur isu pelantikan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai ketua pembangkang Dun Perak.
 
Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Pas Perak untuk membuat keputusan terhadap Mohammad Nizar yang menang kerusi itu atas tiket Pas tetapi dilantik DAP untuk terus kekal sebagai ketua pembangkang Perak dalam keadaan kedua-dua parti pembangkang itu tidak lagi sehaluan.
 
"Itu serah kepada Pas Perak. Pas Perak akan tentukan (perkara itu)," katanya ketika ditanya mengenai tindakan DAP yang sepatutnya tidak menyokong Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang selepas kedua-dua parti itu tidak lagi bersama dalam satu pakatan berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan pakatan sudah tidak lagi wujud.
 
Kenyataan Guan Eng itu sebagai tindak balas tindakan Dewan Ulama Pas mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas pada muktamar parti itu awal bulan ini.
 
Kelmarin, Pas Perak menganggap tindakan DAP mengekalkan Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang adalah di luar perbincangan Pas, PKR dan DAP walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri berkenaan.
 
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dipetik berkata, pihaknya melihat pelantikan itu atas dasar persetujuan DAP, bukan mewakili Pas dan PKR, malah tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dibuat.
 
"Walaupun secara dasarnya DAP telah memutuskan hubungan dengan Pas, di peringkat negeri kita masih mempunyai hubungan baik sebagai sebuah pakatan. Cuma apa yang saya boleh katakan, lantikan DAP itu dibuat tanpa pengetahuan kita," katanya.
 
Terdahulu, pelantikan Mohammad Nizar yang juga pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika PR menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, juga dikatakan menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dun Perak.
 
 

Pemilihan UMNO tahun depan ditangguhkan 18 bulan

Posted: 26 Jun 2015 10:13 PM PDT

 
Keputusan itu bagi membolehkan kerajaan menumpukan kepada isu rakyat dan persediaan awal menghadapi pilihan raya.


najib, umno



PETALING JAYA: Pemilihan UMNO di yang sepatutnya diadakan tahun depan ditangguhkan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

Katanya, penangguhan selama 18 bulan dari tarikh pemilihan asal dibuat mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti.

Perdana Menteri berkata, penangguhan itu melibatkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.

Katanya, penangguhan itu bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada keperluan rakyat selain memberi masa kepada UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"MT berpendapat penting untuk kita pentingkan rakyat, memberi tumpuan kepada keperluan rakyat sama ada di peringkat dasar atau akar umbi atau kerja yang sepatutnya kita lakukan.

"Ia juga supaya UMNO dan rakan-rakan BN mempunyai lebih masa untuk merancang untuk menghadapi PRU akan datang," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MT UMNO di PWTC pada Jumaat.

Najib berkata, penangguhan itu bukan perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, keputusan penangguhan pemilihan perlu diberitahu lebih awal untuk mengelak pelbagai andaian di kalangan ahli parti di semua peringkat.

Bantuan DAP kepada masjid, surau didakwa cuba gula-gulakan orang Islam

Posted: 26 Jun 2015 10:11 PM PDT

 
PEMBINA mendakwa pemberian bantuan kewangan itu untuk mengatakan DAP bukan anti Islam adalah penghinaan kepada umat Islam.


Ibrahim-Mohd_masjid_600



PETALING JAYA: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam menerusi pemberian wang ringgit kepada masjid dan surau.

Presidennya, Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti Islam adalah penghinaan terhadap umat Islam.

"Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita?

"Adakah maruah umat Islam boleh dibeli dengan nilai seribu dua ribu ringgit sahaja?

"Sesungguhnya tindakan biadap menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu penghinaan terhadap umat Islam," tulisnya di status Facebooknya, lapor Ismaweb.net.

Ibrahim merujuk status Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau bagi menganjurkan program sepanjang Ramadan.

Penganjur dialog Nothing 2 Hide letak semua jawatan dalam UMNO

Posted: 26 Jun 2015 10:03 PM PDT

 
Datuk Khairul Anwar Rahmat mahu menumpukan kerja kemasyarakatn dalam dan luar negara disamping memperluas operasi syarikat.


Khairul Anwar Rahmat



PETALING JAYA: Penganjur dialog kontroversi Nothing 2 Hide, Datuk Khairul Anwar Rahmat umum meletak semua jawatan yang disandang dalam UMNO.

Khairul, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangam UMNO Malaysia.

Peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai bagi membolehkan beliau meneruskan kerja kemasyarakatan dalam dan luar negara selain meluaskan operasi firmanya, Khairul Group.

"Kami ingin memaklumkan keputusan Pengerusi kami, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk melepaskan semua jawatan dalam parti Umno berkuatkuasa 11 Julai 2015 bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma.

"Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

"Tindakan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Khairul Group.

Rambut bukan aurat: Sisters In Islam dibidas

Posted: 26 Jun 2015 09:55 PM PDT

 
SIS bukan berjuang untuk syariat Islam sebenar tetapi bertunjangkan hawa nafsu yang kononnya dihiasi dengan hujah akademi dan syarak.


sisters in islam



PETALING JAYA: Sisters In Islam (SIS) dibidas kerana memberi pandangan bahawa rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita.

Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar.

Sebaliknya, ia hanya perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.

"Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.

"Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya," katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my.

Muhammad Firdaus berkata, hujah SIS kononnya mereka berpandukan kepada hujah Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama.

Ini kerana, katanya, kedua-dua ulama itu membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambut kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.

"Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib.

"Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka,tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan- al-Quran, Hadis dan ulama," katanya.

Tiada ulasan: