Jumaat, 26 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tiada Lagi Kemanisan di Ladang Strawberi

Posted: 26 Jun 2015 08:25 AM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
 
KUNDASANG: Petani Kadazandusun, Jasumiah Jati adalah perintis dalam perladangan strawberi di kaki Gunung Kinabalu.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, ibu kepada enam anak berusia 49 tahun ini perlahan-lahan membina perniagaan strawberinya sehinggalah ia kemudian bertukar menjadi perniagaan hasil perladangan tanah tinggi yang berjaya.

Selepas gempa bumi pada 5 Jun, kejayaan yang dibina secara berperingkat itu semakin musnah.

Rumah dan ladangnya hampir runtuh ekoran kejadian tanah runtuh yang mencetuskan kerosakan besar-besaran terhadap struktur tanah.

"Saya rasa semuanya telah musnah. Saya tidak tahu jika saya sendiri boleh membinanya semula. Saya membuat pinjaman dan tanah saya kini telah diisytiharkan berbahaya, " kata Jasumiah yang berlinangan air mata selepas membuat laporan polis dan bercakap dengan pegawai bank mengenai pembayaran balik pinjaman yang menekan dirinya.

Ketika ramai memulakan penanaman strawberi dan gagal, Jasumiah menukar tanaman strawberinya dengan beberapa jenis tanaman dari Jepun dan Korea yang telah membuahkan hasil besar sejak beberapa tahun lalu, menarik ramai pengunjung.

Hujan lebat yang turun selepas gempa susulan 5.2 magnitud pada 12 Jun menyebabkan bongkah batu besar runtuh ke aliran Mesilau bertukar menjadi sungai tiga tingkat yang tinggi, serta meranapkan rumah dan menyebabkan rumah Jasumiah dan tiga yang lain di kawasan itu diancam keruntuhan.

"Saya tahu bahawa kami perlu berpindah kerana rumah dan ladang hanya menunggu masa untuk runtuh. Saya berharap Kerajaan akan memberi tanah alternatif. Mungkin, dengan bantuan anak-anak saya, saya boleh cuba dan membina semula perniagaan, "katanya.
 
 

Kemeriahan Di Restoran Mamak 24 Jam Bakal Berakhir?

Posted: 26 Jun 2015 08:23 AM PDT

Oleh: MARTIN CARVALHO
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Restoran dan gerai mamak 24 jam yang terkenal di Malaysia mungkin tiada lagi pada masa akan datang.

Cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan untuk mengetatkan kawalan ke atas kedai makan yang dibuka sehingga lewat malam, dengan tujuan membendung gejala sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan untuk mengehadkan waktu operasi hingga tengah malam turut disertakan dengan aduan bahawa premis-premis seperti itu menjadi punca peningkatan gejala sosial di seluruh negara.

"Satu nota dan kertas cadangan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Sosial Negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

"Ia bukan larangan menyeluruh ke atas semua restoran atau tempat makan tetapi hanya melibatkan kawasan tertentu seperti kawasan perumahan dan kawasan luar bandar."

Shahidan memberi jaminan bahawa kedai-kedai francais seperti McDonalds dan Kentucky Fried Chicken tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Beliau berkata, di negara-negara lain, kebanyakan kedai makan dan restoran ditutup sebelum tengah malam.

"Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia di mana seseorang boleh mencari kedai makan dan restoran yang dibuka 24 jam.

"Tetapi di sini ia berbeza kerana ramai memerlukan perkhidmatan seperti ini, seperti pelancong, pendatang asing dan sebagainya. Kelonggaran ini telah menyumbang kepada masalah sosial.

"Terdapat kebimbangan bahawa anak muda menghabiskan masa terlalu banyak di tempat-tempat seperti ini dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat," kata Shahidan.

Selain menjadi kegemaran pendatang asing, beliau berkata, restoran itu juga bising dan menarik perhatian tikus.

"Ada zon tertentu yang membolehkan restoran dan kedai-kedai makan beroperasi untuk memastikan penduduk tidak terjejas," katanya.

"Usaha ini (membendung gejala sosial) memerlukan kerjasama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak-pihak lain."

Shahidan berkata, isu itu juga hangat diperkatakan di media sosial, justeru kerajaan perlu mengambil kira pandangan pemain industri makanan dan hiburan, memandangkan perkhidmatan mereka diperlukan oleh pelancong dalam dan luar negara.

Sebelum itu, pada persidangan Dewan Negara, Shahidan berkata ketagihan Internet adalah antara faktor mengapa ramai orang berjaga hingga lewat malam berbanding tidur awal.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Asyraf Dusuki (BN-Kelantan).

Sekali Lagi Pandangan Muhyiddin Diperlekehkan

Posted: 26 Jun 2015 08:17 AM PDT

shahbudindotcom


Sudah sah kini pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan agar pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu. 

Ini bermakna, pilihanraya umum dan pemilihan UMNO kemungkinannya akan diadakan pada tahun 2018 nanti.

Dengan keputusan ini bermakna Najib terus mengulangi kebiasaan yang dilakukan Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Presiden UMNO yang sentiasa menangguhkan pemilihan UMNO sehingga pilihanraya diadakan kononnya untuk mengurangkan perpecahan sesama ahli parti.

Najib seolah-olah selesa dengan amalan tersebut dan tidak menunjukkan keberanian walaupun sedikit pun untuk keluar daripada kepompong tersebut.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Najib Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO pada petang Jumaat.

Mengumumkan bahawa penangguhan itu dilakukan berdasarkan Fasal 10.16 perlembagaan, Najib juga berkata, ia bagi memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta bertujuan mengukuhkan parti.

Secara umumnya apabila UMNO kian lemah dengan pelbagai isu kebelakangan ini, ramai yang mengharapkan agar pemilihan UMNO 2016 tidak ditangguhkan kerana pemimpin-pemimpin baru yang berpotensi dijangka dapat ditampilkan daripada proses pemilihan itu bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

Ramai yang percaya, melalui pemilihan parti yang mampu melahirkan pemimpin-pemimpin baru itu, UMNO akan tampil dengan lebih segar dan mantap menghadapi pilihanraya selepas itu.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada tahun 2014 yang lalu turut menyuarakan perkara yang sama demi kekukuhan dan masa depan yang lebih baik bagi parti.

Muhyiddin juga menolak pemilihan UMNO sebelum pilihanraya umum akan menyumbang kepada perpecahan kerana yakin ahli-ahli parti sudah cukup matang untuk menghadapinya.

Tetapi dengan Najib tetap menangguhkan pemilihan sehingga pilihanraya umum diadakan, bukan saja peluang melahirkan bakat-bakat baru akan tersekat, tetapi juga memberi isyarat bahawa pandangan Muhyiddin selaku orang nombor dua dalam parti dan kerajaan hanya dipandang sepi saja.

Najib ternyata tidak mahu menerima idea tersebut walaupun ia sebenarnya dikongsi bersama di kalangan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.

Dengan tetap mengadakan pilihanraya terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, ia hanya menunjukkan keinginan Najib untuk mengepung pimpinan UMNO sedia ada dengan hanya mencalonkan mereka yang setia dan dipercayainya saja sebagai calon dalam pilihanraya nanti.

Setelah memilih mereka yang setia dan dipercayainya sebagai calon pilihanraya dan bergelar YB kemudiannya, tentulah lebih mudah seseorang itu memenangi atau mengekalkan jawatannya dalam UMNO selepas itu.

Secara tidak langsung, sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang, tidak ada sesiapa daripada kalangan pemimpin UMNO atau mereka yang berhajat mahu menjadi wakil rakyat yang berani menunjukkan penentangan mahu pun berbeza pendirian dengan Najib.

Akhirnya, lebih ramai yang memilih untuk menjadi "pak angguk" atau "yes man"  saja dengan harapan nama mereka tidak tercicir sebagai calon pilihanraya, meski bagaimana sekali pun besar atau banyaknya isu yang meresahkan rakyat sedang berlaku dalam negara.

Lebih ketara nawaitu Najib itu ialah bila mana pengumuman penangguhan pemilihan ini dilakukan teramat-amat awal iaitu dalam mesyuarat MT yang diadakan pada hari ini.

Dengan memperlekeh pandangan Muhyiddin agar pemilihan UMNO tidak ditangguhkan, sebenarnya sudah dua kali Najib bersikap sama terhadap timbalannya itu. 

Dalam video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas sebelum ini, beliau turut mencadangkan kepada Najib agar memecat semua Ahli Lembaga Pengarah  1MDB serta memberi laluan kepada pihak polis menjalankan siasatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersikap melindungi sesiapa dalam isu yang meresahkan rakyat itu.

Tapi lihatlah apa sikap Najib terhadap pandangan Muhyiddin itu. Langsung tidak laku walau satu sen pun kepadanya. 

Dengan ini, Muhyiddin seharusnya semakin menyedari siapa dirinya di sisi Najib sekarang ini. 

Kerajaan Selangor boleh bertahan'

Posted: 26 Jun 2015 08:15 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Selepas memperoleh sokongan daripada semua wakil rakyat PAS, Menteri Besar Selangor Azmin Ali hanya perlu bertemu DAP negeri itu minggu depan untuk memantapkan lagi kerajaan negeri yang sudah kukuh.

Berdasarkan keadaan semasa, Malaysiakini difahamkan kerajaan Selangor boleh dianggap kekal bersatu walaupun muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Kedua-dua parti itu adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk kerajaan Selangor bersama PKR.

Situasi di Selangor tidak berlaku di Kelantan dan Pulau Pinang kerana kedua-dua kerajaan negeri itu menyaksikan penguasaan kukuh PAS dan DAP.

Keadaan agak berbeza di Selangor kerana ketiga-tiga parti mempunyai wakil yang hampir sama dalam kerajaan negeri.

Ketika pelbagai spekulasi dan serangan dibuat - sama ada dari luar atau dalam parti - kestabilan dalam kerajaan Selangor agak mengagumkan.

Ditanya mengenai perkembangan itu, Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimie Shafiei (gambar) berkata pihaknya mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS dan DAP serta wakil rakyat mereka untuk mengekalkan hubungan baik yang terjalin sejak 2008.

Langkah itu, katanya, dibuat bagi memastikan kerajaan Selangor mampu terus berkhidmat kepada rakyat melalui dasar bersama ketiga-tiga parti.

"Kami tak kata kami orang tengah. Ada orang berpendapat kami perlu bertindak seperti itu," katanya.

Pertahan kestabilan

Shuhaimie menyatakan, orang paling tepat memperkatakan isu itu ialah Azmin sendiri.

"Perbincangan berlangsung selama sebulan dan kami mengadakan mesyuarat mingguan dengan wakil rakyat.

"Maklum balas daripada 60 atau 70 peratus Adun yang ditemui menteri besar, saya atau pemimpin lain dalam PKR , kami yakin kerajaan Pakatan yang diasaskan pada 2008 akan bertahan," katanya.

Isnin lalu Azmin menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dititahkan bahawa kestabilan Selangor perlu dipertahankan demi pembangunan negeri dan rakyat.

Shuhaimie berkata, di sebalik pelbagai spekulasi dalam media, Azmin tidak menghadapi masalah bekerjasama dengan semua exco dan Adun di Selangor.

Katanya, Selangor juga melantik Jawatankuasa Perjawatan yang mengadakan mesyuarat biasa dua hari selepas muktamar PAS berakhir kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Shuhaimie, jawatankuasa berkenaan adalah badan peringkat negeri yang membincangkan mengenai pelantikan politik seperti exco dan ketua kampung.

Usul Dewan Ulama PAS pula, katanya, masih belum muktamad kerana perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Syura.

"Pakatan masih boleh diselamatkan. Beri kami masa," katanya. 
 
 

Saman Najib terhadap Harakah berhubung 1MDB didengar 7 Oktober

Posted: 26 Jun 2015 08:09 AM PDT

BERNAMA

 

gavel-m11-Jun
Saman fitnah yang difailkan Najib terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu 1MDB akan mula didengar pada 7 Oktober ini.



KUALA LUMPUR-  Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tujuh hari, bermula 7 Oktober ini untuk mendengar saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu dalam kamarnya, dengan kehadiran peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek dan Nor Emilia Iszeham yang mewakili Najib, serta Mohamed Hanipa Maidin bagi Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata, mahkamah turut menetapkan 13 Julai ini untuk mendengar permohonan Najib, bagi membuang dua perenggan dalam pernyataan pembelaan, berkaitan dakwaan ulasan adil dan perlindungan bersyarat yang difailkan defendan.

Dalam saman yang difailkan pada 18 Mac lalu, Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya sebagai defendan.

Ia membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari lalu, berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata, artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB.

Oleh itu, katanya, penerbitan artikel berkenaan telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' (responsible journalism), dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan ditulisnya, sebelum menerbitkan artikel itu.
Perdana Menteri mendakwa, defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri, untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

Mata ahli bomba terkena bisa ular tedung

Posted: 26 Jun 2015 08:03 AM PDT

OLEH :Dennis Wong

 

tedung1
Pakar mata membenarkan ahli bomba yang terkena bisa semburan tedung hitam pulang, selepas lapan jam di bawah pengawasan perubatan. - Foto www.projectnoah.org



BETONG- Rutin mengendalikan kes ular bakal menjadi trauma buat seorang ahli bomba berusia 32 tahun, selepas terkena semburan bisa ular tedung di mata kanannya.

Dalam kejadian jam 10 malam di Taman Teo Zee Hin, malam semalam, Prangka Gudan dan rakan sepasukan lain bertindak, selepas menerima panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat khas menangkap ular.

Namun, ketika cuba menangkap ia, ular tedung berkenaan menyembur bisa ke arah Prangka.

Berikutan itu, Prangka yang tidak memakai sebarang alat perlindungan mata terpaksa dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

Selepas lapan jam di bawah pengawasan perubatan, pakar mata membenarkan beliau pulang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, James Wheelan ketika dihubungi The Rakyat Post menjelaskan, ular itu dipercayai jenis tedung hitam peludah khatulistiwa atau nama saintifiknya 'Naja Sumatrana'.

Spesis itu boleh ditemui di Borneo, dengan kebanyakannya di hutan tropika, selain kawasan bandar.
Makanan utama ia adalah katak, tikus dan ular kecil.

Tedung itu tidak bersifat agresif secara semulajadi, tetapi ia akan menyemburkan bisanya apabila diancam.

Syarikat konsesi mahu tol dinaikkan

Posted: 26 Jun 2015 08:00 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.

"PSKLM mengulangi komitmen untuk menyediakan perkhidmatan dan fasiliti terbaik untuk pengguna serta menyelenggara kemudahan lebuh raya yang sedia ada.

"Kami percaya ia boleh dilakukan tanpa menimbulkan implikasi bebanan kewangan kepada kerajaan atau kesemua rakyat Malaysia dengan menggunakan konsep 'user pay', iaitu pengguna yang menggunakan kemudahan itu sahaja yang dikenakan bayaran," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, yang disiarkan portal Free Malaysia Today pada 24 Jun bertajuk 'Kerajaan Belum Putuskan Kenaikan Tol'.

Menurut Fadillah, Kabinet belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol dan sebarang keputusan adalah dengan mengkaji kesannya kepada kedudukan kewangan negara.

Zainudin berkata anggota PSKLM akan terus berusaha untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam memberi lebih nilai tambah kepada orang ramai khususnya kepada pengguna lebuh raya.

"Inisiatif tersebut bertujuan untuk membantu orang ramai membuat penjimatan apabila menggunakan perkhidmatan lebuh raya seperti pemberian rebat tol, diskaun tol dan lain-lain.

"Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, rebat serta diskaun kadar tol akan diperkenalkan oleh sebahagian anggota kami dan maklumat lanjut akan diumumkan oleh syarikat masing-masing.

"PSKLM akan terus berusaha memastikan syarikat konsesi meningkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk menaik taraf kemudahan di lebuh raya di samping mencari pendekatan untuk menaikkan kadar tol," katanya. - Bernama


Bakar pusat khidmat Adun: Enam individu dipanggil

Posted: 26 Jun 2015 07:55 AM PDT

PDRM
 
 
GEORGETOWN - Polis sudah merekodkan percakapan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membakar dan membaling cat di dua pusat khidmat Adun DAP dan ibu pejabat DAP negeri di sini minggu lalu.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya menerima lima laporan berhubung kejadian itu termasuk dua mengenai kejadian membakar bendera DAP dalam satu perhimpunan di pekarangan Komtar Selasa lalu.
 
Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mengambil tindakan tegas jika mereka yang terlibat berjaya ditangkap.
 
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.
 
"Saya memberi amaran kepada mana-mana pihak agar menghentikan perbuatan khianat atau bakal dikenakan tindakan tegas jika berjaya dikesan polis," katanya ketika ditemui pada majlis pelupusan dadah di sini hari ini.
 
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kejadian membaling cat dan cubaan membakar pusat khidmat Adun Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon dan Pusat Khidmat Adun Padang Kota, Chow Kon Yeow di Kompleks Jalan Kedah Ahad lalu.
 
Turut menjadi sasaran pejabat DAP negeri di Jalan Rangoon apabila disimbah cat merah di bahagian pintu hadapan oleh seorang lelaki pada hari berikutnya .
 
Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.50 malam berjaya dirakam CCTV yang dipasang di bangunan berkenaan.
 
Abdul Rahim berkata, kes menyimbah cat di pejabat pusat khidmat DAP di Jalan Talipon dan pejabat DAP negeri disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
 
Kejadian cubaan membakar sebuah lagi pusat khidmat parti itu di Kompleks Jalan Kedah akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api.
 
Menurutnya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
 
 

PERKASA: Jika benar, hukum 'beruk' terlibat

Posted: 26 Jun 2015 07:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PERKASA membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan isu dakwaan pembelian hartanah melebihi harga pasaran di Australia oleh MARA Inc seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Age dan portal-portal berita di negara ini.

Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata biro itu memandang serius perkara itu kerana MARA adalah sebuah agensi yang sangat dekat dengan orang Melayu dan Bumiputera di atas peranannya dalam memperkasakan ekonomi serta pendidikan orang Melayu dan Bumiputera.

"Tentunya peranan yang dimainkan oleh MARA sebagai payung kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam memajukan diri dalam bidang pendidikan,  keusahawanan dan sosioekonomi amat dicemburui oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu memusnahkan MARA," katanya yang juga  ahli Dewan Tertinggi PERKASA.

Beliau menegaskan bahawa PERKASA akan mempertahankan MARA dan "kita akan menjadi benteng dari serangan musuh yang mahu merosakkan nama baiknya walaupun di kalangan orang Melayu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

"Kita memandang isu ini pada dua sudut yang berbeza.  Pertamanya,  selepas keputusan siasatan SPRM diperoleh, jika dakwaan ini adalah palsu dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik MARA,  maka wajarlah tindakan keras dan saman dikenakan terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.

"Namun jika dakwaan ini disahkan kebenarannya,  maka "beruk-beruk" yang terlibat yang dikatakan terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi MARA dan bekas ahli politik, haruslah dihukum dengan sekeras-kerasnya.

"(Ini) kerana mereka bukan sahaja melakukan jenayah, malah mereka telah melakukan perkhianatan yang jelas terhadap orang Melayu dan Bumiputera," tegasnya.

PERKASA, tambahnya, tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat hak-hak orang Melayu  dan bumiputera dan "kita akan mempertahankan MARA walau apa aral melintang". 


Haron: G-18 untungkan musuh

Posted: 26 Jun 2015 07:45 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna  ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti berkenaan.

Sementara itu mengulas teguran berkenaan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain mengambil kira semua ingatan, teguran dan kecaman dibuat
pimpinan parti berkenaan.

"Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil," katanya dalam kenyataan dibuat hari ini.


Pengerusi MARA serah dokumen pada SPRM

Posted: 26 Jun 2015 07:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa hari ini menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang hadir di Ibu Pejabat SPRM pada jam 12.10 tengah hari, menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah, bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kita minta supaya perkara ini diberi keutamaan dan disegerakan serta memaklumkan bahawa Mara ingin memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu.

Annuar berkata MARA juga akan melantik juruaudit dari luar negara sebagai tambahan kepada audit dalaman yang sedang dijalankan serta siasatan oleh SPRM.

"Audit dalaman tidak memadai...walaupun SPRM menjalankan tugas mengikut kaedah dan peraturan tertentu tetapi dari segi kita, kita mesti melihat juga audit pengurusan untuk diperkemaskan pada masa akan datang," jelasnya.

Ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik kes itu, Annuar hanya berkata: "more or less".

Berkenaan tindakan yang akan dikenakan kepada pegawai yang disyaki terlibat, beliau berkata ia tertakluk kepada kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis MARA pada 1 Julai ini.

Mengulas mengenai kenyataannya berhubung kelulusan pembelian hartanah di Melbourne itu yang diputar belit oleh sesetengah media, Annuar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meluluskan pembelian itu pada 10 Mei.

"Kemudian MARA dan kementerian membawa rayuan kepada Majlis Ekonomi untuk dibincangkan kerana ia melibatkan pinjaman luar negara dan (Majlis Ekonomi) luluskan hanya 30 peratus dana MARA digunakan untuk pembelian itu. Bakinya dipinjam daripada bank luar negara," jelasnya.

Dua hari lepas, Najib meluahkan kekecewaannya apabila kenyataan Annuar berhubung pembelian hartanah di Melbourne itu diputar belit oleh sesetengah media sambil menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

Najib berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Sementara itu, menerusi kenyataan hari ini, Mohd Jamidan memaklumkan telah menghantar pegawainya ke Melbourne untuk mendapatkan dokumen dan maklumat yang boleh membantu siasatan.

"SPRM telah memanggil beberapa individu dan akan memanggil lagi individu lain yang ada kaitan dengan isu ini untuk diambil keterangan. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ada maklumat dan bukti boleh juga menyalurkan kepada SPRM," katanya.

Terdahulu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) melalui Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris turut membuat laporan kepada SPRM supaya siasatan menyeluruh dibuat terhadap kes itu demi kepentingan MARA sebagai institusi yang banyak berjasa kepada golongan bumiputera.

Akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan yang dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh MARA yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.- Bernama


Kemelut MIC: Najib akur keputusan ROS

Posted: 26 Jun 2015 07:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Abdul Razak berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan dengan kemelut kepimpinan MIC.

"Keputusan ROS dah disahkan Mahkamah Tinggi. Jadi saya tidak ada pilihan melainkan menerima apa juga taksiran yang dibuat RoS," kata Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di ibunegara hari ini.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam sepucuk surat kepada setiausaha agung Jawatankuasa Kerja Pusat Interim 2009 berkata ROoS mengambil maklum Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel telah hilang keanggotaannya secara persendirian (Ipso Facto), manakala Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S Subramaniam menjalankan tugas-tugas sebagai pemangku presiden parti.

Kandungan surat itu diumumkan oleh Dr Subramaniam, dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau telah mengambil maklum mengenai surat ROS kepada MIC itu.

"Hari ini saya tengok surat dari ROS. Berdasarkan surat dari ROS itu, saya akan buat penentuan nanti," katanya.

Ditanya mengenai status Palanivel yang merupakan menteri sumber asli dan alam sekitar, beliau berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

"Saya tidak mahu buat apa-apa keputusan tergesa-gesa, nanti dituduh mencampuri urusan MIC.

"Saya mahu MIC sendiri tentukan kepimpinan mereka, baru saya boleh buat keputusan kemudian," katanya. - Bernama


PM bayangkan rombakan Kabinet tak lama lagi

Posted: 26 Jun 2015 07:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membayangkan kemungkinan ada rombakan kabinet tidak lama lagi walaupun beberapa menteri menafikannya sebelum ini.

Najib, ketika ditanya mengenai spekulasi tentang rombakan itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.

"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib juga membayangkan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, yang status sebagai presiden MIC masih samar-samar, tidak mempunyai banyak masa dalam kabinet.

"Kedudukan Palanivel sebagai menteri akan diputuskan tidak lama lagi," katanya sambil menambah bahawa buat masa ini, beliau mahu MIC menentukan kepimpinan mereka.

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam semalam mendakwa bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan Palanivel bukan lagi menjadi ahli MIC.

Beliau juga mendakwa bahawa ROS kini mengiktirafnya sebagai pemangku presiden.

Najib berkata beliau akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan krisis MIC itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri mungkin menggugurkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal, yang kritikal terhadap kemelut membabitkan 1MDB.

Najib telah pun memberi kata dua kepada para menteri yang tidak bersetuju dengan beliau untuk meletakkan jawatan.


Umno tangguh pemilihan parti 2016

Posted: 26 Jun 2015 07:27 AM PDT

MALASIAKINI


 


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun depan.

Najib berkata, pemilihan itu ditangguhkan selama 18 bulan.

Laporan Astro Awani menyebut, Najib berkata ia bagi memberi peluang kepada Umno untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.

"‎Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT (majlis tertinggi) mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.

"‎Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," kata Najib seperti dipetik laman itu.

Menurutnya lagi, penangguhan pemilihan itu juga pernah dilakukan semasa presiden parti sebelum ini.

"Zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga sama.

"Bukan Umno tidak demokrasi dan mengamalkan keterbukaan, kita amalkan peluang untuk adakan pemilihan berdasarkan Perlembagaan Umno," katanya lagi.

Najib bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majls tertinggi parti itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak tahun lalu lagi berharap agar pemilihan tersebut tidak ditangguhkan.

Muhyiddin yakin Umno tidak akan berpecah jika pemilihan tetap dilangsungkan pada tahun depan.

"Pemimpin Umno sudah cukup matang untuk menghadapinya," kata timbalan perdana menteri seperti dipetik dalam laporan Bernama, November lalu.


Tangan Najib pembawa malang

Posted: 25 Jun 2015 04:54 PM PDT



Semua sentuhan Najib membawa masalah kepada negara terutamanya dalam hal melibatkan kewangan dan khazanah negara yang merugikan. Tidak payah kita sebut sejarah lama. Jika kita mulakan dengan hal kapal selam hinggalah kepada isu FGV dan kini isu pembelian harta di Cauldfield di Melbourne semuanya adalah transaksi di bawah dagu Najib.

Pendeknya apa sahaja yang disentuh oleh Najib akan membawa malang kepada negara dan rakyat yang menanggung semua salah laku beliau. Dalam pada itu beliau tetap berdegil dan tidak mahu berundur dan setiap salah lakunya yang diketahui umum beliau akan dialihkan pandangan ramai kepada perkara yang lain tidak tepat sasarannya.

Isu yang saya selalu sebutkan ialah pimpinan kita sejak berapa lama dahulu tidak mahu mengambil 'accountability' terhadap noda dan kesalahan yang dilakukan mereka. Memerintah hendak lama tetapi kesalahan tetap dilakukannya. Kesalahan mereka tidak mahu diakui tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain. Apabila disoal oleh rakyat jawapan tidak diberi dengan betul atau tidak dijawab terus. Jika menjawab pun hanyalah jawapan-jawapan loyar buruk sahaja dan tidak tepat.

Semua tanggungjawab hendak dipikul tetapi satu pun tidak terlunas dengan baik dan sempurna malah semuanya dalam kepincangan. Rakyat keliru dengan sifat dan tindak laku pimpinan kita. Gaya ada tetapi tidak mempunyai 'substance' dan kalau dikaji dengan teliti mereka ini layak bersama saya sahaja duduk dan minum dikedai mamak setiap hari.

Kita cuba ingatkan isu-isu yang lepas yang berkait dengan Najib. Isu scorpene semua orang tahu ia melibatkan isu RM lebih dari RM7billion. Akhirnya timbul isu sampingan selain dari isu tambahan harga yang begitu tinggi, iaitu isu pembunuhan Altantuya yang sampai hari ini tidak mendapat penyelesaian yang betul walaupun telah dibawa ke Mahkamah. Dr Mahathir telah bertanya siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya, jawapannya tidak diberi sehingga hari ini.

Felda mantap dan selamat semasa perbadanan itu berada di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, tetapi kelemahan Abdullah Badawi yang terbilang dengan mudah tidurnya telah membenarkan Najib membawa Felda untuk diletakkan dibawah urusan beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Felda yang mempunyai resab yang melebihi RM4 billion sekarang sudah tinggal sejemput sahaja. Peneroka yang tidak pernah berhutang sekarang sudah berhutang kerana pembelian saham FGV yang beliau janjikan bulan dan bintang dahulu. Sekarang harga saham FGV telah merudum dan sekarang berlegar di sekitar RM 1.70 sen sahaja. FGV ibarat berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Dulu ramai yang menentang Felda di senaraikan di Pasaran Saham termasuk pegawai – pegawai yang kanan dalam perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. Sekarang peneroka sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib yang memandai-mandai. Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya untuk kepentingan peneroka telah gagal.

Timbul pula isu 1MDB yang terhutang sebanyak RM42 billion. Itu pun beliau nafikan yang 1MDB mengalami kerugian dan Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang rakyat lebih cerdik dari beliau.

1MDB membawa padah kepada banyak pihak. Beberapa orang pegawai bank antarabangsa telah kehilangan kerja kerana memberikan pinjaman kepada 1MDB. 1MDB menjadikan 'credit rating' negara sudah menurun. Kita bukan tidak tahu, jika tiga 'credit rating agencies' ini memberikan negara 'rating' yang rendah negara akan kehilangan kredibiliti dan akan memberikan masalah dan tambahan beban kepada negara.  Isu-isu seperti ini dipermain-mainkan dan dilalai-lalaikan. Akhirnya kerajaan telah menghantar seorang Menteri Kabinet untuk berjumpa salah satu dari 'credit rating agencies' itu untuk meminta jangan diturunkan 'rating' Malaysia.

Semua kerja tidak dilakukan oleh pelaksana dengan jujur. FGV telah membeli saham syarikat perladangan kumpulan Rajawali di Indonesia dengan harga yang meragukan. Felda sememangnya terbilang dengan membeli harta dengan harga yang ditambah berlipat kali ganda di seluruh dunia. Tentulah kita tahu sebabnya jika membeli harta yang berlipat kali ganda harganya itu. Kali ini Felda telah membeli syarikat kumpulan Rajawali dengan harga dua kali ganda dari aras harga pasaran. Ada beberapa orang yang hendak menjadi kaya raya dengan menggunakan kedudukan dan keringat peneroka itu.

Sekarang timbul pula hal pembelian harta di Cauldfield Melbourne dengan tambahan harga sebanyak hampir RM14 juta. Sekarang MARA sedang menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat pembelian itu. Pergolakan dalam UMNO juga dikatakan penyebab kenapa isu ini diketengahkan. Siapa yang memangsakan dan dimangsakan dalam isu terbaru ini kita akan ketahui nanti.

Pemutus kata, apa sahaja yang berada dibawah Najib semuanya mempunyai masalah hasil dari tidak ada kejujuran dan merobek keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat itu.

Najib has to be forced out. Semua sentuhannya membawa malang.

Cuepacs puji kakitangan awam berikan kain sarung

Posted: 25 Jun 2015 04:43 PM PDT

 Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau memuji dan mempertahankan kakitangan awam yang terlibat dengan beberapa kontroversi kod berpakaian baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Jun, 2015. Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau memuji dan mempertahankan kakitangan awam yang terlibat dengan beberapa kontroversi kod berpakaian baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,


Kumpulan kesatuan perkhidmatan awam mempertahankan rakan-rakan mereka, yang dikritik kerana menguatkuasakan kod pakaian, menyaksikan beberapa wanita disuruh memakai sarung bagi memasuki bangunan kerajaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Cuepacs, yang mewakili 140 kesatuan, turut memuji kakitangan pejabat yang menggunakan wang mereka sendiri untuk membeli kain bagi pengunjung yang tidak mengenakan pakaian sewajarnya.

Cuepacs juga akan menghantar sijil penghargaan kepada ahli Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) yang menjadi perhatian berhubung kontroversi kod berpakaian di hospital Sungai Buloh, kata presidennya Datuk Azih Muda, hari ini.

Ini berikutan surat penghargaan sama dihantar kepada pengawal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memberikan kain kepada pengunjung memakai skirt yang melanggar kod berpakaian.

Azih berkata, kod pakaian di semua pejabat dan bangunan kerajaan wujud dan kakitangan awam hanya melakukan tugas mereka dengan menguatkuasakan kod.

"Tujuan kod pakaian adalah memastikan orang ramai berpakaian sopan, ia boleh digunakan kepada semua orang. Anda tidak boleh pergi ke rumah seseorang dengan cara berpakaian yang anda suka," kata Azih kepada pemberita hari ini.

"Tetapi tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini. Kakitangan tidak salah kerana mematuhi peraturan dan pelanggan juga tidak salah kerana mereka mungkin sudah lupa tentang etika berpakaian.

"Pihak yang bersalah bersalah adalah mereka yang menghantar komen dan mensensasikan sesuatu yang tidak patut disensasikan."

Pengawal JPJ menyebabkan kekecohan di media sosial apabila mengarahkan seorang wanita yang pergi ke jabatan itu di cawangan Gombak memakai kain sarung. Wanita berkenaan memakai skirt pendek di atas lutut.

Pada 16 Jun, seorang lagi wanita diarahkan menutupi kaki sebelum dibenarkan masuk ke dalam hospital Sungai Buloh. Dia tidak diberi kain untuk dipakai tetapi membungkus dirinya dengan selimut milik hospital.

Kira-kira seminggu kemudian, dua orang wanita dihalang daripada memasuki ibu pejabat kerajaan Selangor di Shah Alam kerana memakai skirt di atas paras lutut mereka.

JPJ dan hospital mengeluarkan permohonan maaf kepada wanita yang terlibat dalam tiga kejadian itu, selepas menerima cemuhan orang ramai termasuk bekas menteri.

Kerajaan Selangor turut mengeluarkan permohonan maaf sama.

Cuepacs menggesa mereka yang melawat institusi kerajaan agar mematuhi kod berpakaian untuk mengelakkan kejadian sama pada masa akan datang.

"Jika semua orang mematuhi peraturan dan saling menghormati, tidak akan ada apa-apa isu," kata Azih.

SKMM bertindak jika pelayan portal Sarawak Report di Malaysia

Posted: 25 Jun 2015 04:33 PM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih tidak mengetahui di mana pelayan portal laman web Sarawak Report berada untuk memungkinkannya diambil tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2015.Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih tidak mengetahui di mana pelayan portal laman web Sarawak Report berada untuk memungkinkannya diambil tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insider



Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengambil tindakan terhadap laman web Sarawak Report jika portal itu menggunakan sumber di Malaysia.

Shabery bagaimanapun berkata setakat ini SKMM masih tidak mengetahui di mana pelayan portal itu berada.

"Kita tidak tahu di mana pelayan portal Sarawak Report. Kalau ada yang kita boleh ambil tindakan, kita akan buat.

"Kalau ia menggunakan sesuatu dalam kuasa undang-undang kita, SKMM akan cari jalan untuk ambil tindakan kepada mereka. Bukan Sarawak Report, tetapi orang yang menggunakan Sarawak Report.

"Banyak yang boleh kita siasat dan ambil maklumat tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Digi Empwer Societies di ibu pejabat Digi telecommunications Sdn Bhd (Digi) di Shah Alam, hari ini.

Berhubung salah guna maklumat, beliau berkata pihak PetroSaudi juga sudah meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Perkara ini mungkin satu ketika dahulu orang menganggap ini adalah langkah PetroSaudi untuk menyembunyikan sesuatu tetapi apabila polis di Thailand sudah mengambil tindakan terhadap individu tertentu, ertinya kita mempunyai sebab yang kuat untuk mempercayai dokumen tersebut ditokok tambah bagi tujuan tertentu."

Katanya, selama ini rakyat Malaysia percaya dengan maklumat-maklumat sedemikian walaupun mengetahui keputusan terletak di tangan mahkamah berhubung penyelewengan, kehilangan wang serta terdapat hutang tertunggak dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ramai orang percaya dan memberikan penilaian yang salah terhadap negara kita, sebab itu bila berlaku perkara ini, semua pihak mesti mengaku mereka terpaksa berhati-hati dan terpaksa mengakui kemungkinan menggunakan fakta tidak benar selama ini.

"Rakyat Malaysia perlu tangani apa yang dituduh selama ini tidak mempunyai asas yang kuat," katanya. –

Palanival bertegas masih presiden MIC

Posted: 25 Jun 2015 04:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri G Palanivel menegaskan bahawa beliau masih lagi presiden MIC, dan menolak dakwaan saingannya bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak lagi mengiktirafnya sebagai seorang ahli parti itu.

Menurut Bernama, Palanivel berkata beliau tidak menerima apa-apa surat daripada ROS mengenai status keahliannya.

"Saya tidak akan mengulas tentang berita ini dan saya akan tanganinya kemudian jika perlu," katanya  selepas mempengerusikan apa yang beliau sifatkan sebagai mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) hari ini.

Terdahulu hari ini, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendakwa beliau telah menerima surat daripada ROS yang mengesahkan bahawa Palanivel tidak lagi menjadi ahli parti. Menurutnya, ROS juga mengiktirafnya sebagai pemangku presiden parti.

Bagaimanapun, Palanivel meragui kesahihan surat tersebut dan mentertawakan cadangan wartawan bahawa Subramaniam kini pemangku presiden.

"Dr Subramaniam... pemangku presiden? Bagaimana beliau boleh menjadi pemangku presiden sedangkan saya adalah presiden?," katanya.

Palanivel kemudiannya mendedahkan bahawa mesyuarat yang dipengerusikan beliau telah membuat tiga ketetapan, termasuk resolusi bahawa lima anggota MIC yang memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan ROS supaya pemilihan semula diadakan, masih menjadi anggota parti itu.

Lima orang ahli, termasuk Palanivel, gagal dalam usaha mereka untuk mencabar arahan ROS itu.

Kumpulan Subramaniam pula berhujah bahawa Palanivel dan empat yang lain, bukan lagi menjadi anggota MIC kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Perkara 19 Perlembagaan MIC menetapkan bahawa mana-mana anggota MIC yang berbuat demikian secara automatik tidak lagi menjadi ahli parti.


Dilema dan penyakit parti baru Islam

Posted: 25 Jun 2015 04:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kononnya, 65 peratus penyokong PAS akan bersama kumpulan "profesional" yang ingin menubuhkan parti Islam baru.

Kononnya lagi, jika parti Islam baru ini bertanding tiga penjuru dengan PAS dan Umno, parti baru ini boleh menang!

Kononnya, saat ini, Umno berada dalam keadaan yang sangat merosot.

Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, dengan pelbagai isu seperti GST dan 1MDB, Umno hanya menang lebih 40 kerusi parlimen!

Beginilah garis berhujah untuk mengolah persetujuan semua agar parti baru ini dapat diwujudkan.

Dan, lebih lucu lagi, projek menubuhkan parti baru ini kelihatan lebih ghairah dijayakan berbanding kempen memastikan pemimpin "profesional" menang dalam pemilihan PAS awal bulan ini.

Pemimpin-pemimpin ini yang kelihatan tidak bersatu sebelumnya, yang tidak menduga perancangan rapi dan "serangan hendap" aliran pro-Abdul Hadi Awang, tiba-tiba menyedari mereka masih popular dan masih mendapat dukungan.

Namun, ada beberapa masalah konteks dan latar peristiwa yang mengaburi projek parti baru Islam "inklusif" tersebut.

Pertama, ia akan dianggap sarang pemimpin yang tewas, kecewa dan takut tidak dapat bertanding lagi dalam pilihan raya umum nanti (melalui tiket PAS).

Bayangan agenda DAP

Maksudnya, mereka ini golongan "opportunis" (penting diri) yang tersisih dan patah hati tetapi tidak cerdik dalam politik sehingga tidak menduga diserang hendap sebegitu rupa oleh kumpulan "ustaz muda" (istilah saya, neo-Taliban).

Kedua, parti baru ini muncul dalam seruan DAP ingin menubuhkan "gabungan baru" pembangkang tanpa PAS.

Yakni, inisiatif ini selalu dibayangi oleh agenda tersembunyi DAP, sebuah parti yang dimomokkan sebegitu rupa (betul atau salah) sehingga tidak membantu citra positif kumpulan aliran "profesional" PAS.

Ketiga, parti baru Islam ini kemungkinan besar tidak mengutamakan agenda hudud, syariah dan Negara Islam seperti mana sikap DAP yang menolak agenda yang sudah menjadi darah daging PAS.

Sekali lagi, parti baru ini akan dianggap kowtow pada DAP. Tanggapan seumpama ini merosakkan imej parti baru sebelum ia ditubuhkan!

Keempat adalah justifikasi asas kewujudan parti baru ini berbanding PAS. Apakah keistimewaannya dan di mana silapnya PAS sehingga harus ada satu lagi parti Islam?

Jika tidak kemas, rasional tapak kewujudannya akan dipertikaikan banyak pihak, khususnya kenapa perlu parti lain sewaktu PAS dirasakan "tidak menyeleweng".

Orang nampak, PAS "tidak buat salah apa-apa" kecuali mahukan hudud dan golongan "profesional" ini tewas. Maka, kenapa perlu sebuah parti baru?

Latar peristiwa pergaduhan PAS-DAP dan kaitan DAP dengan pemimpin aliran "profesional" menjelang muktamar akan diungkit-ungkit untuk melemahkan asas kewujudannya.

Berebut penyokong

Kelima, dan yang paling penting, apa nilai tambah yang parti baru ini boleh sumbangkan kepada barisan pembangkang?

Atau, ia hanya memecahkan lagi kesatuan pembangkang selepas PAS dan DAP mencetuskan karenah politik yang memecahkan Pakatan Rakyat?

Mari kita teliti: Apa bezanya parti-parti Tengku Razaleigh Hamzah (1990) dan Anwar Ibrahim (1999) berbanding parti baru Islam?

Tengku Razaleigh dan Anwar memecahkan ketumbukan "gerombolan" Umno. Mereka menggugat dan menyerang Umno dari dalam dan merobek-robek keutuhan parti itu, tonggak pemerintahan BN.

Oleh itu, Tengku Razaleigh dan Anwar memberikan "nilai tambah" kepada barisan pembangkang.

Nilai tambah ini menjadikan Ku Li dan Anwar "gadis manis" yang mahu cepat-cepat dipinang oleh parti-parti tradisi, PAS dan DAP. Seperti "nilai tambah" PBS kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum 1990.

Tetapi kewujudan parti baru Islam ini dilihat hanya perebutan pengkalan sedia ada pengikut pembangkang, termasuk PKR dan PAS.

Jadi, persaingan PAS-DAP yang membawa kelahiran parti baru Islam tidak ubah seperti permainan bongkah-bongkah Lego.

Jumlah bongkahnya kekal sama (malah mungkin berkurangan akibat penyokong yang kecewa), hanya rekaan Lego sahaja diubah-ubah.

Tawaran nilai tambah

Apa lagi daya tarik parti baru ini untuk meluaskan pengkalan penyokong pembangkang? Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam? Dari mana mereka datang?

Beberapa hari lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan: "Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini."

Tetapi sedarkah beliau bahawa mana lagi NGO yang beliau boleh harapkan? Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) atau Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)?

Semua NGO itu, termasuk bukan Melayu, pernah menyokong beliau dan pembangkang sejak 1998 lagi!

Jadi, di mana "nilai tambah" parti baru? Daripada PERKASA, ISMA atau Pekida? Daripada Belia 4B, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau persatuan-persatuan bekas pelajar sekolah berasrama penuh?

"Nilai tambah" yang saya maksudkan itu seumpama dampak dan krisis yang dicetuskan oleh gelombang (ulang: gelombang) Tengku Razaleigh dan Anwar, khususnya di awal-awal krisis menjelang pilihan raya 1990 dan 1999.

Dua tokoh nasional itu, yang berpengalaman luas dalam kerajaan dan berkedudukan kanan dalam parti pemerintah utama, menubuhkan parti baru selepas disingkirkan.

Tetapi siapa tokoh-tokoh parti Islam baru ini yang boleh mencipta gelombang nilai tambah pada pembangkang?

Parti baru ini (termasuk G18 atau PasMa) tidak mencipta nilai tambah. Semua kumpulan ini hanya berebut-rebut constituents (penyokong) pembangkang sedia ada; yang boleh disalurkan oleh PKR dan DAP.

Malah, parti baru ini bukan sahaja meretakkan lagi hubungannya dengan PAS, dan berpotensi menimbulkan konflik dengan PKR!

Sebabnya sasaran kerusi dan pangkalan sokongan parti baru itu, khususnya di pantai barat Semenanjung, hampir-hampir sama dengan PKR.

Undang kebencian

Tetapi sebenarnya nilai tambah ini lebih kritikal saat ini berbanding zaman Tengku Razaleigh dan era Anwar (dulu) untuk menampung kekurangan undi (offset) akibat perpecahan dengan PAS.

Jika nilai tambah ini tidak wujud – atau wujud minimal sahaja, tidak mencipta "gelombang" – parti baru Islam itu sedang melakukan eksperimen besar.

Eksperimen yang boleh menggugat Kelantan, Selangor dan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen – yakni "penanda aras" pencapaian terbaik pembangkang.

Risiko ini sangat besar kepada pembangkang.

Risiko ini, jika gagal, akan dimaki habis-habisan oleh penyokong Pakatan Rakyat, khususnya "generasi Ini Kalilah" 2013, yang kini makin keliru dan kecewa dengan permainan politik berlebihan pembangkang.

Parti baru Islam itu didirikan atas kemarahan mereka kepada PAS tetapi eksperimen mereka itu boleh menyebabkan hilangnya Selangor atau BN mendapat semula dua pertiga.

Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi menyelamatkan beberapa tokoh pemimpin PAS yang tewas baru-baru ini?

Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi melayan sikap DAP yang menolak PAS?

Bagaimanapun, wujud atau tidak wujud parti baru, ada satu lagi dilema yang semua pembangkang harus bertanya secara jujur dan strategik: Apakah PAS mampu mempertahankan kerusi-kerusinya, khususnya di pantai barat Semenanjung?

Apakah PAS dapat dipercayai untuk meyakinkan kita bahawa ia masih relevan sebagai pembangkang, sekali lagi khususnya di pantai barat Semenanjung?



FATHI ARIS OMAR menghuraikan lebih lanjut isu-isu politik di Facebook. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@gmail.com.

Jazlan minta Shafee tak campur urusan PAC

Posted: 25 Jun 2015 03:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamad meminta supaya peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah supaya tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu.

Nur Jazlan berkata Shafee juga tiada hak untuk meminta MP Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya meletakkan jawatannya dalam PAC kerana menjadi terlalu kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat.

"Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu ini dan memihak kepada kerajaan.

"Kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Menurut Nur Jazlan lagi, Pua tidak pernah menggunakan sebarang maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB dalam mana-mana kenyataannya dan kebanyakkannya daripada jawapan Parlimen dan sumber lain.

"Pua melakukan dua peranan iaitu sebagai ahli parlimen untuk Petaling Jaya Utara dan ahli PAC. Dan sejauh mana yang saya tahu, dia tidak menggunakan apa-apa maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB di dalam kenyataannya.

"Apa sahaja maklumat yang digunakan dalam kenyataannya itu diperolehi daripada jawapan Parlimen dan sumber-sumber lain," katanya lagi.

Nur Jazlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Shafee dalam laporan akhbar Berita Harian yang meminta Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi memastikan penyiasatan 1MDB dilakukan secara adil.


Dr M: Mengapa tak saman Edge dan S'wak Report?

Posted: 25 Jun 2015 03:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa Putrajaya masih belum menyaman laman web pemberi maklumat Sarawak Report dan The Edge Media Group sekiranya laporan mereka mengenai kontroversi 1MDB adalah tidak tepat.

"Jadi mengapa tak saman mereka?" tanya beliau ketika bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa Putrajaya mungkin mengambil tindakan terhadap kedua-dua pertubuhan berita itu, atas alasan mereka telah menerbitkan laporan mengenai 1MDB berdasarkan maklumat yang "telah dipinda".

Mengenai dakwaan peguam Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah bahawa anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) Akaun Awam Ahli (PAC) Tony Pua "berat sebelah" kerana lantang mengkritik 1MDB, Mahathir menjawab:

"Hari ni orang kata Tony Pua itu bias. Tapi yang lain bias kepada Umno.

"Jadi lebih baik tidak payah ada (PAC). Dan kita (Umno) boleh bertahan sampai pilihan raya."

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Shafee menggesa Pua meletak jawatan kerana mendakwa kelantangannya mengkritik 1MDB telah menjejaskan integriti dan kebebasan PAC.

Menurutnya, anggota PAC termasuk Pua sepatutnya menjadi hakim dalam kes ini, dan bukannya membuat tuduhan serta memberikan kenyataan kepada umum.


Nasrudin: Pemimpin G18, rujuk sejarah juang PAS

Posted: 25 Jun 2015 03:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS menasihatkan pemimpin progresif PAS (G18) yang mahu menubuhkan parti Islam baru supaya merujuk sejarah panjang perjuangan Islam yang dibawa PAS selama ini.

Menurut MP Temerloh itu lagi, jika mereka berbuat demikian, maka pemimpin kumpulan itu akan menemui kesempurnaan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

"Bagi mereka yang merasakan perlunya satu lagi parti Islam, ada baiknya mereka dengan ikhlas merujuk sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang panjang.

"Ini kerana mana-mana individu yang melihat kembali sejarah dan merujuk sumber-sumber Islam dengan jujur dan ikhlas akan segera mendapati kesyumulan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Kita beristiqamahlah sehingga kemenangan," katanya melalui kiriman Whatapps kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan kumpulan progresif yang menyatakan keperluan mempunyai sebuah parti Islam baru kerana PAS didakwa bersikap tidak terbuka malah Majlis Syura dikatakan mengongkong kepimpinan.

Semalam MP Khalid Samad membayangkan penubuhan parti Islam yang baru yang inklusif kepada semua kaum tanpa mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya antara lain memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bekas anggota jawatankuasa PAS pusat itu juga berkata hasrat itu akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini.

Mengulas kenyataan beberapa bekas rakan sejawat mendakwa Majlis Syura PAS mengongkong kepimpinan PAS, Nasrudin berkata semua dasar, keputusan atau polisi Majlis Syura Ulama berpaksikan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan qias yang muktabar.

'Tak timbul'

"Sekiranya kita benar-benar beramal dengan akhlak sebagai ahli gerakan Islam, tidak akan timbul isu bahawa keputusan Majlis Syura sebagai satu kongkongan.

"Sebaliknya ia merupakan satu panduan untuk ahli PAS kekal di atas aqidah perjuangan seperti yang telah ditegaskan oleh datuk tuan guru presiden PAS," katanya.

Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim mengakui pemilihan parti pada muktamar baru-baru ini memberi "kesan yang sangat besar" berbanding pemilihan sebelum ini.

"Ada beberapa aspek yang memberi kesan kepada PAS apabila barisan kepimpinan yang didokong barisan ulama terutamanya dari sudut organisasi.

"Kita perlu duduk dan merangka strategi bagi memantapkan gabungan antara ulama, profesional dan aktivis parti," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Laporan itu juga menyebut, Tuan Ibrahim menggesa ahli supaya memantapkan cawangan dan menambahkan jumlah keahlian, yang kini telah mencecah lebih sejuta ahli, supaya PAS mendominasi dalam gabungan pembangkang.

"Bukan sahaja kekuatan dalam Pakatan Rakyat, tetapi mampu mengamil alih Umno untuk teras kepada orang Melayu," katanya seperti dilaporkan.

Dalam laporan itu juga, Tuan Ibrahim berkata gambar bahawa ada ahli PAS akan keluar parti tidak akan berlaku sepertimana yang digembar-gemburkan, sebaliknya PAS akan terus kuat jika berpegang teguh kepada dasar dan prinsip Islam.

"Begitu juga dalam isu rakyat kita bersikap anjal dan akan terus berjuang untuk mereka, apa yang kita perlu ingat perubahan muktamar tiu merupakan isyarat untuk PAS kembali kepada perjuangan asal iaitu perjuangan Islam," katanya. 


Dr M: Penangkapan Justo sangat mencurigakan

Posted: 25 Jun 2015 03:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd di Thailand sangat mencurigakan, yang menurutnya seperti satu konspirasi peringkat tinggi.

Mahathir berkata beliau tidak nampak mengapa seorang pelancong ke Thailand perlu ditangkap kerana jenayah yang didakwa dilakukan di Arab Saudi tanpa sebarang permintaan ekstradisi dari kerajaan itu.

"Mungkin kerana dia seorang pengganas, itulah sebabnya dia ditangkap oleh Thailand. Jika dia hanya mencuri rahsia syarikat, dia tak perlu ditangkap.

"Orang ini datang ke Thailand jelas sebagai pelancong melainkan Arab Saud minta Thailand menangkapnya. Saya tidak nampak mengapa Thailand harus menangkapnya," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.

Menurut laporan media antarabangsa, warga Swiss, Xavier Andrea Justo ditangkap di Koh Samui, sebuah pulau peranginan Thailand, pada hari Isnin kerana didakwa cuba memeras ugut 2.5 juta franc  (AS$2.7 juta) dari PetroSaudi International Ltd.

Justo telah didakwa menggunakan maklumat sulit yang dicuri dari syarikat itu untuk tujuan itu.

Mahathir menganggap penangkapan itu sebagai satu cubaan terbaru untuk menutup urusan 1MDB dengan PetroSaudi.




Mahfuz mahu Azmin nyatakan pendirian Selangor

Posted: 25 Jun 2015 03:48 PM PDT


 
 
ALOR SETAR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa menyatakan pendirian berhubung status kerajaan PR  Selangor setelah Pas memutuskan terus menyokongnya mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan itu perlu kerana Adun Kinrara, Teresa Kok sudah memberi bayangan melalui laman sosial 'Facebook' mengenai harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0 setelah Muktamar Pas menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP bagi mematikan PR.

Menurutnya, dalam masa yang sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengarahkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk meminta seluruh Adun Pas terus menyokong Azmin.

"Jika DAP sendiri sudah kata akan ada satu pakatan baharu, Azmin harus nyatakan pendiriannya sekarang supaya sokongan yang diberikan Pas tidak sia-sia atau jadi bahan mainan olok-olok oleh mana-mana pihak," katanya kepada media di pejabat Pas Pokok Sena, di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin selepas ini sukar bagi Pas dan DAP untuk saling bekerjasama dalam apa jua bentuk pakatan atau hubungan.

"Kedua-dua parti saling bertindak untuk memutuskan hubungan dan krisis yang berlaku dalam PR ini juga menimbulkan persepsi tidak baik kepada rakan parti PR.

"Akan wujud majoriti masyarakat yang sering menimbulkan persepsi negatif sama ada kepada DAP dan Pas," katanya.

Menurutnya, sokongan golongan pengundi teras kepada parti masing-masing itu amat diutamakan berbanding hubungan antara rakan parti.

"Jika pengundi teras sudah hilang kepercayaan kepada parti sendiri akan menyebabkannya turut kehilangan sokongan.

"Sama ada Pas atau DAP masih meneruskan kerjasama, pengundi teras akan mula mempersoalkan tindakan sedemikian dan mula mengaitkannya dengan mengekalkan kedudukan kuasa pemimpin peringkat atasan," katanya.


Kes Mara: Jika benar dakwaan, kena segera pecat

Posted: 25 Jun 2015 03:44 PM PDT




Nasrudin Hassan Nasrudin Hassan Tantawi 
 
 
SHAH ALAM - Pas menggesa kerajaan supaya segera membersihkan nama negara susulan kontroversi terkini membabitkan kes Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi memulihkan kepercayaan dunia kepada Malaysia.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam contoh perlu mengambil tindakan tegas dalam memastikan imej negara tidak terus tercemas dengan laporan berita antarabangsa berhubung skandal rasuah tersebut.

"Sekiranya dakwaan ini benar, Malaysia perlu memecat dan menghukum pihak yang terbabit dan perlu memulihkan semula kepercayaan warga asing terhadap tatacara yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Akhbar Australia, 'The Age' melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan korupsi pegawai Mara akan disiasat]

[ARTIKEL BERKAITAN:  Kes Mara: Betulkah hanya ini kes 'terlebih bayar'?]

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media semalam memaklumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menjalankan siasatan ke atas syarikat subsidiarinya, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) telah mula disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Audit Mara sejak dua bulan lepas.

Annuar berkata, proses siasatan itu dibuat kerana terdapat beberapa subsidiari Mara, termasuk Mara Inc, tidak mematuhi peraturan. Beliau berkata, tindakan penyiasatan telah pun diambil, walaupun ia tidak khusus kepada hartanah itu.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut menggesa Annuar dan CEO Mara Inc serta semua pihak yang terlibat dalam traksaksi berkenaan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai dijalankan. 

"Satu panel bebas dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta NGO perlu ditubuh untuk menyiasat perkara ini dengan kadar segera untuk memulihkan imej negara dan maruah rakyat Malaysia," ujarnya lagi

Tiada ulasan: