Isnin, 22 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pemerdagangan Manusia Adalah Jenayah Serius - Mukhriz

Posted: 22 Jun 2015 05:52 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Sebanyak 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang pada Isnin. - fotoBERNAMA
 
 
POKOK SENA: Pengebumian 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian pada Isnin merupakan bukti jelas jenayah itu merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Kita berharap dengan pengebumian hari ini (Isnin) akan menyebabkan negara-negara ASEAN berusaha mencari penyelesaian berpanjangan terhadap isu ini (jenayah pemerdagangan manusia)," katanya kepada pemberita selepas majlis tahlil yang diadakan sempena pengebumian jenazah mangsa di Kampung Tualang.

Kesemua 21 jenazah itu, 19 lelaki dan dua wanita mangsa jenayah pemerdagangan manusia di Wang Kelian dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini.

Menurut Mukhriz, baki 85 jenazah yang lain akan dikebumikan secara berperingkat selepas proses bedah siasat selesai, dengan kumpulan kedua 28 jenazah mangsa bakal dikebumikan 29 Jun ini di lokasi sama.

Menteri Besar Kedah itu juga mahukan kawalan keselamatan di sempadan negara dan Thailand diperketatkan supaya ia tidak mudah dibolosi oleh mana-mana pihak termasuk oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Mengenai punca kematian mangsa jenayah pemerdagangan manusia itu, Mukhriz berkata, setakat ini punca yang dikenal pasti hasil proses bedah siasat adalah kekurangan makanan dan penyakit.

"Bagaimanapun, jika mereka (mangsa) dikurung tanpa diberi sebarang makanan, itu juga adalah pembunuhan," katanya dan menambah, apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Beliau tidak dapat membayangkan situasi yang dialami oleh mangsa terbabit sebelum mereka menemui ajal di kem-kem transit yang didirikan di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mukhriz berkata negara ASEAN terutamanya Myanmar, perlu memainkan peranan untuk mengurangkan atau menghentikan masalah migrasi penduduk ini.

Katanya, kerajaan dan Wisma Putra perlu memikirkan tentang cadangan supaya Myanmar dikenakan tindakan berhubung isu migrasi penduduknya yang berbangsa Rohingya.

PAS Mungkin Berpecah Jika Gagal Dalam 100 Hari

Posted: 22 Jun 2015 05:50 AM PDT

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI
 
 
Khalid Samad
Khalid Samad
 
 
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PAS yang dikaitkan dengan kumpulan progresif memberi kata kedua kepada partinya supaya kembali menjadi lebih inklusif dalam masa 100 hari atau berhadapan dengan penubuhan sebuah parti Islam baharu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, sehingga kini rakyat masih belum melihat hala tuju baharu parti itu terutamanya selepas pemilihan PAS baru-baru ini.

"Saya bimbang rakyat tidak akan menunggu sehingga 100 hari. Saya rasa ramai orang mula meninggalkan PAS atau kurang keyakinan terhadap PAS," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah Khalid, kata dua itu juga selari dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta agar kepimpinan baru parti itu diberi tempoh selama 100 hari untuk membuktikan kemampuan mereka.

Khalid berkata, ketika PAS berada di bawah kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor mereka menerima pakai pendekatan inklusif.

"Ada perpaduan dalam keahlian. Mereka sangat ikhlas dengan NGO dan parti-parti komponen kedua-dua Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat," katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan bahawa penubuhan sebuah parti baharu yang sedang diperkatakan mempunyai apa-apa kaitan dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

2 maut, tempat letak kereta runtuh

Posted: 22 Jun 2015 05:43 AM PDT

THE RAKYAT POST


pulau sebang
Anggota Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dari tempat letak kereta yang runtuh di sebuah pasar raya yang baru dibina di Pulau Sebang - Foto Twitter BERNAMA



ALOR GAJAH,- Dua maut manakala tiga yang lain cedera apabila bahagian tempat letak kereta sebuah pusat beli belah yang sedang dibina di Pulau Sebang di sini runtuh dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi.


Jurucakap Polis Daerah Alor Gajah berkata dikhuatiri masih ada mangsa terperangkap dalam runtuhan tersebut.

Identiti semua mangsa belum dapat dipastikan.

Katanya, pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Negeri Sembilan dan Melaka sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat di tapak itu.

13 lanun profesional terlibat rampasan MT Orkim Harmony – APMM

Posted: 22 Jun 2015 04:23 AM PDT

THE RAKYAT POST

ORKIM HARMONY 1
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, bot tunda yang dipercayai digunakan baki lima suspek yang merompak kapal MT Orkim Harmony, ditemui di Batam dua hari lalu. - Foto arkib TRP/ Arif Kartono



PUTRAJAYA:  Risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati, 13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, lima daripadanya beredar menggunakan bot tunda yang digunakan untuk menghampiri kapal tangki itu, manakala lapan lagi terus berada dalam kapal tangki tersebut.

Siasatan pihak berkuasa Vietnam ke atas lapan suspek itu menunjukkan, mereka berpengalaman dalam melakukan rompakan di laut, selain mahir dalam pengendalian kapal.

Beliau berkata, pelbagai alatan perhubungan, antaranya alat komunikasi satelit turut ditemui semasa mereka ditahan, ini menunjukkan mereka adalah 'perompak profesional' yang mempunyai rangkaian luas.

"Siasatan APMM ke atas anak kapal yang diselamatkan juga mendapati, suspek dikenali sebagai 'Ruslan' yang dipercayai ketua kepada kumpulan penjenayah itu, sering membuat panggilan dan bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

"Kenyataan anak kapal memberi maklumat, rumusan dapat dibuat berhubung apa sebenarnya berlaku di atas kapal itu," katanya yang menambah, soal siasat ke atas 22 anak kapal telah selesai.

Berhubung usaha membawa lapan suspek tersebut ke Malaysia, Ahmad Puzi berkata, APMM sudah memulakan proses ekstradisi.

Proses itu, katanya, akan mengambil sedikit masa, kerana melibatkan negara lain, tetapi beliau percaya, hubungan rapat antara negara ASEAN mungkin boleh mempermudahkan proses ekstradisi itu.

Ahmad Puzi dalam kenyataannya semalam memaklumkan, pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan lapan suspek itu mengaku terlibat dalam proses melarikan MT Orkim Harmony.

Lapan suspek kes kapal tangki yang membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta itu, ditahan pihak berkuasa Vietnam pada Jumaat lalu, berhampiran Pulau Tho Chu di selatan Vietnam.

Mengenai baki suspek yang tidak menaiki MT Orkim Harmony, beliau berkata, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, bot tunda yang dipercayai digunakan suspek untuk merompak kapal tangki itu, ditemui di Batam dua hari lalu.

"Kita telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia berkenaan pencarian baki lima penjenayah itu," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan MT Orkim Harmony, hari ini.

Dalam pada itu, jelasnya, APMM bercadang menempatkan anggota pasukan khas atau Special Task and Rescue Team (STAR) secara rambang di atas kapal komersial yang berdaftar di negara ini, dalam usaha meningkatkan keselamatan kapal di masa hadapan.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang warga Myanmar, terputus komunikasi dengan pangkalan serta dilaporkan hilang pada jam 8.57 malam 11 Jun lalu, di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Kapal itu berjaya dikesan pada Khamis lalu, dengan nama asalnya 'Orkim Harmony' telah ditukar kepada 'Kim Harmon'.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat lalu dan kapal tangki itu akhirnya berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada jam 7.30 pagi kelmarin, lewat lima jam daripada waktu ia dijadualkan tiba, disebabkan masalah enjin.

PAS bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinisme

Posted: 22 Jun 2015 04:20 AM PDT

Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti Islam itu akan terus bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinisme.
 
Malah, beliau berkata Pakatan Rakyat masih ada selagi mana PKR belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perikatan itu.
 
"Kita kerja dengan semua parti yang tidak cauvinisme.Pakatan masih ada, PKR belum buat keputusan .
 
"Apa makna Pakatan?Pakatan sekurang-kurangnya ada dua bukan, kalau satu sahaja jadi Pakatan tak? soalnya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang, Chow Kit sebentar tadi.
 
Katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berkubur selagi mana beliau masih hidup.
 
"Saya masih boleh berjalan dan hidup lagi," katanya.
 
Abdul Hadi semalam menegaskan Pakatan pembangkang itu masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan perikatan itu tidak wujud lagi.
 
Bagaimanapun, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari tampil menepis kenyataan itu dengan berkata Pakatan pembangkang tetap berpecah walaupun Abdul Hadi menyatakan kerjasama diantara PKR masih wujud serta belum berkubur. 
 
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berhubung tindakan Ahmad Awang untuk menyaman beliau kerana didakwa memfitnahnya sepanjang kempen pemilihan parti itu awal Jun, ini jawab Hadi:
 
"Saya tak kata dia calon mana-mana, saya tak keluar kenyataan sebegitu," katanya ringkas sebelum berlalu pergi meninggalkan pemberita.
 
Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang hari ini dilaporkan sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.
 
Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.
 
 

Palanivel bukan lagi ahli MIC, dakwa hampir 3000 pengerusi cawangan

Posted: 22 Jun 2015 04:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Perhimpunan khas MIC yang dianjurkan oleh kumpulan yang menentang Presiden Datuk Seri G. Palanivel pada Ahad meluluskan dua resolusi termasuk mengisytiharkan presiden parti itu bukan lagi menjadi ahli parti kaum India itu.
 
Sebanyak 2,758 pengerusi cawangan MIC membuat ketetapan itu semasa perhimpunan bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
 
Resolusi pertama menyatakan: "Kami dengan ini membuat ketetapan bahawa Artikel 91 Perlembagaan MIC jelas menyatakan antara lain, bahawa tiada anggota parti yang boleh membawa hal parti ke mahkamah tanpa kebenaran Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), sekiranya gagal, individu itu hilang keahlian 'opso facto' serta merta".  
 
Resolusi kedua menyatakan: "Kami dengan ini membuat ketetapan untuk mengguna pakai arahan RoS (Pendaftar Pertubuhan) untuk menjalankan pemilihan semula dan mengekalkan keputusan mahkamah bahawa Palanivel dan empat yang lain yang memulakan saman itu atas kapasiti individu dan bukan bagi pihak parti".
 
Resolusi itu dibacakan oleh Dr Subramaniam.
 
Hadir sama bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden Datuk M. Saravanan, anggota CWC interim 2009-2013 yang diperakui RoS, Datuk Seri S.K. Devamany, anggota CWC, P. Kamalanathan, Ketua Pemuda parti C. Sivarraajh dan Ketua Wanita, M. Mohana.
 
Ditanya reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan Palanivel pada Sabtu, Dr Subramaniam berkata Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) mempunyai hak untuk memberi nasihat demi kebaikan parti komponen.
 
Perdana Menteri pada Ahad menegur Palanivel kerana memutarbelitkan fakta dan mengheret orang lain ke dalam krisis parti itu.
 
Najib dalam Twitter beliau hari ini berkata beliau akan memanggil Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya pada perjumpaan khas MIC dengan pengerusi cawangan parti itu di PWTC Sabtu.
 
Berhubung isu pemilihan baharu, Dr Subramaniam berkata cadangan Palanivel tidak mempunyai asas undang-undang apabila ia hanya boleh dilaksanakan pada 2016, apabila tempoh CWC sekarang berakhir.


Jabatan nafi Anwar bebas keluar masuk penjara

Posted: 22 Jun 2015 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Penjara Malaysia hari ini menafikan dakwaan yang tersebar meluas di media sosial kononnya bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kebebasan keluar masuk penjara.

Hal ini tercetus berikutan laporan beberapa media sosial berkenaan pengiringan Anwar bagi menghadiri penyiasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara yang bertempat di Wisma Maran di ibunegara pada 18 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata pengiringan tersebut dilakukan setelah Komisioner Jeneral Penjara mempertimbangkan notis oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Peguamcara berhubung aduan yang dibuat oleh Anwar di bawah Akta Profession Undang-Undang 1976.

"Anwar telah dikawal oleh pegawai penjara dengan kerjasama berterusan pihak polis sepanjang tempoh berada bersama jawatankuasa berkenaan di Wisma Maran.

"Bagaimanapun, kami tidak berupaya untuk mengawal sepenuhnya mana-mana pihak untuk mengambil gambar dan seterusnya menggunakan gambar tersebut bagi apa-apa maksud," katanya dalam satu kenyataan.

Supri turut menegaskan bahawa pengiringan Anwar ke wisma tersebut mematuhi peruntukan undang-undang dan bukan satu keistimewaan seperti digembar-gemburkan.- Bernama 


PM dan Kabinet berhentilah, jangan bawa malang kepada rakyat lagi

Posted: 22 Jun 2015 04:04 AM PDT



Oleh Aspan Alias


Felda Global Ventures Berhad (FGV) nampaknya akan menjadi satu lagi syarikat yang menjadi tempat mereka berkuasa gunakan untuk membuat keuntungan peribadi dengan jumlah besar.

Ada sahaja syarikat-syarikat yang mempunyai tahap kewangan besar, ia akan menjadi mangsa mereka yang berkuasa untuk mencuri dan memunggah apa dipunyai rakyat dan pemegang-pemegang sahamnya.

1Malaysian Development Berhad (1MDB) belum selesai, kini pandangan rakyat berpindah kepada FGV syarikat yang disenaraikan oleh Felda.


Dalam pada peneroka terhutang dengan kejatuhan harga saham FGV, syarikat ini sedang mula berhadapan persoalan tentang pelaburannya di Indonesia pula.

Felda sememangnya terbilang membuat pelaburan dengan membeli harta dengan harga tinggi. Kita tahulah sebabnya tetapi kenapa tidak ada perasaan dan hati untuk peneroka yang bermati-matian membina Felda itu dahulu.

Sampai bila rompakan bersiri oleh pemimpin kerajaan yang berkuasa tidak dapat kita ketahui. Ia bergantung sama ada rakyat dan mereka yang berada dalam Dewan Legislatif Parlimen mampu menyelesaikannya.

Kalau tidak silap saya melihat video di pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri itu seolah-olah menyatakan kepada kita yang perhimpunan membantah dan menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Walaupun Dr Mahathir yang kita tahu selama ini benci dengan perarakan, perhimpunan beramai-ramai itu sudah mula boleh diterima oleh beliau sebagai cara untuk menyelamatkan negara daripada terus terjerumus ke dalam kehinaan itu. Bagi beliau dan ramai lagi, Najib wajib meletakkan jawatan.

Pembongkaran terbaru tentang FGV ini amat menakutkan rakyat lagi. Kebetulan 1MDB dan Felda adalah di bawah dagu pimpinan Najib dan jika FGV ini menjadi satu lagi isu besar terhadap negara maka kita sudah pasti yang Najib ini sememangnya tidak ada langsung semangat untuk rakyat dan negara. Apa sahaja yang disentuh oleh Najib bakal menerima kehancuran.

Semua sentuhan Najib membawa bala dan bencana. Beliau menubuhkan 1MDB, syarikat itu hancur lebur. Dibawanya Felda di bawah jagaannya sekarang, Felda dan FGV dalam keadaan tenat dan akhirnya disentuhnya kerajaan, maka kerajaan sekarang terumbang-ambing keadaannya.

Semasa Felda berada dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, Felda tidak menghadapi isu besar, malahan tiada isu langsung. Apabila dipindahkan kepada Najib, Felda menjadi miskin dan hampir hancur.

Saya begitu hairan dengan pemimpin seperti ini yang boleh tidur dengan nyenyak dan tidak ada langsung perasaan untuk orang ramai yang kian hari kian menderita.

Lebih menghairankan lagi ahli-ahli jemaah Kabinet masih tidak mahu bertindak untuk menahan perdana menteri daripada melakukan kemungkaran ekonomi yang sangat besar ini. Banyak negara dalam dunia ini terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa ini tetapi tidak sehebat dan seteruk pimpinan kita.

Saya adalah salah seorang yang menulis tanpa henti tentang isu rasuah sejak bertahun-tahun dahulu. Saya menulis isu ini kerana ramai datang mahukan saya menulisnya kerana perlakuan rasuah sememangnya tidak dapat disorokkan lagi.

Saya pernah dicaci oleh pembaca kerana saya menulis tentang isu ini tanpa henti. Tetapi sekarang jelas apa yang ramai meminta saya menulis itu ternyata benar dan betul. Saya akan terus menyeru semua pihak supaya berfikir dan memikirkan hal negara walaupun sedikit.

Sekarang yang mencaci orang-orang seperti saya pun mencaci pimpinan tidak berguna ini. Kita elok bertanya di manakah semua menteri yang mengendalikan kerajaan sekarang? Kenapa mereka berdiam diri seribu bahasa dalam menghadap berbagai isu besar ini? Mana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan di mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan di mana Khairy Jamaludin?

Kenapa Muhyidin berani bercakap dalam majlis tertutup sahaja? Kenapa tidak bertindak dan selesaikan isu ini dalam Kabinet?

Nampaknya mereka ini semuanya adalah terdiri daripada mereka yang membawa bencana kepada negara. Kenapakah hijab mereka tertutup begitu rapi dan tidak langsung menampakkan tanda-tanda terbuka.
Dalam keadaan sekarang pun mereka masih memikirkan hal jawatan dan kepentingan mereka sahaja.
Begitu juga dengan ahli-ahli Parlimen. Kenapa tidak bertindak membetulkan keadaan ini dengan cepat?

Hendak tunggu laporan Ketua Audit Negara? Bolehkah kita percaya dan jika pun akhirnya sampai laporan Ketua Audit Negara, segala-galanya sudah hancur lebur. Masalahnya sekarang seluruh kepimpinan negara kita sudah hilang keyakinan rakyat. Apa pun yang Najib katakan untuk membela dirinya, rakyat tetap mempersoalkan kewibawaannya.

Dari sudut moral dan etikanya, sesiapa yang sudah hilang kewibawaan mesti meletakkan jawatan. Perdana menteri dan semua ahli Kabinet perlu bersara serta jangan sentuh lagi hal kerajaan dan rakyat ini. Kamu semua pembawa malang kepada rakyat dan negara. – aspanaliasnet.blogspot.com 


Wartawan enggan patuhi arahan pakai sarong

Posted: 22 Jun 2015 03:57 AM PDT

 
Pengawal bangunan SUK Selangor enggan membenarkan dua wartawan membuat liputan kerana mereka memakai skirt di atas paras lutut.


sarong-santiago



PETALING JAYA: Dua wartawan akhbar New Straits Times Press (NSTP) telah dihalang daripada memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam kerana memakai pakaian singkat di atas paras lutut.

Pengawal bertugas kemudian menawarkan mereka kain sarong untuk menutupi bahagian berkenaan bagi membolehkan mereka memasuki premis berkenaan dan membuat liputan.

Salah seorang daripada mereka, C.Premananthini ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT) memaklumkan dia enggan mematuhi arahan itu dan bertindak keluar daripada perkarangan bangunan SUK dan memasukinya melalui jalan lain.

"Selepas parkir kereta, saya mendapati seorang lagi rakan ditahan atas alasan yang sama menyebabkan saya memutus untuk keluar dan masuk semula menggunakan pintu masuk yang lain tanpa mendaftar supaya tidak ketinggalan atau lambat ke sidang media," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyatakan kedua-dua wartawan tersebut hadir bagi membuat liputan sidang media atas jemputannya.

"Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita? Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita?
"Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?" soal Santiago dalam status Facebooknya.

Berikutan itu, Santiago menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menarik semula peraturan sedemikian.

"Sila mansuhkannya segera, Azmin Ali," katanya.

KJ: Palanivel harus muhasabah diri

Posted: 22 Jun 2015 03:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel harus muhasabah diri mengenai masalah yang menimpa parti itu dan tidak seharusnya menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dengan menyalahkan Najib, katanya, ia hanyalah dilihat sebagai tindakan untuk menutup kelemahan kepimpinan Palanivel sendiri.

"(Bagi) Pemuda Umno, kita mendesak supaya Datuk Seri Palanivel bermuhasabah diri dan melihat kepada kelemahan yang ada dalam kepimpinan MIC itu sendiri dan itu yang menjadi punca kemelut dan krisis kepimpinan MIC dan bukannya PM, saya percaya PM hendak selesaikan masalah ini dengan cepat dan menyeluruh.

‎"Walaupun secara dasarnya kita tidak mencampuri urusan parti komponen yang lain, tetapi bagi Pemuda Umno kita berpendapat pemimpin parti komponen tidak sepatutnya menyalahkan PM berkenaan dengan masalah dalaman yang dihadapi parti mereka.

"Sekiranya ada usaha untuk menyalahkan PM, ini dilihat sebagai satu tindakan untuk menutup kelemahan kepimpinan parti itu sendiri," kata Khairy dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di PWTC hari ini.


DAP bukan parti cina cauvinis – Khalid Samad

Posted: 22 Jun 2015 03:43 AM PDT

 
Kaji dahulu Perlembagaan parti sebelum membuat tuduhan melulu terhadap DAP.


Khalid Samad,keluar liberal



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dilabel kumpulan radikal atau jebon dalam Pas menyangkal dakwaan DAP sebuah parti cina yang cauvinis.

Katanya, jika DAP sebuah parti cauvinis, sudah tentu mendiang Karpal Singh dan ahli keluarganya tidak menyertai parti itu.

Lebih menarik lagi, katanya, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP termasuk yang terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said.

"Kita perlu melihat Perlembagaan DAP sebelum kita membuat tuduhan melulu," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.

Khalid yang gagal mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada pemilihan baru-baru ini berkata, Pas sebenarnya menjurus kepada parti cauvinis kerana mahu mengusir ahlinya yang dilabel sekular.

Katanya, Pas akan menjadi parti cauvinis sekiranya tindak tanduk menyerupai UMNO sama seperti yang berlaku terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mesra UMNO termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa.

"Saya harap Pas pun tak jadi cauvinis kerana kita lihat ada juga kumpulan Islam yang sudah cauvinis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa. Saya lihat Pas sekarang bukan 'Pas For All'," katanya lagi.

Khalid berkata, jika dibandingkan Pas, UMNO lebih baik kerana masih berkawan dengan parti bukan Melayu Islam menerusi Barisan Nasional (BN).

Katanya, kepemimpinan baru Pas perlu cermin diri dan terima hakikat itu supaya orang Melayu terus menyokong parti itu.

Zaid nasihat Azmin pilih rakan parti sebenar

Posted: 22 Jun 2015 03:40 AM PDT

 
Menteri Besar Selangor perlu memilih DAP atau Pas sebagai rakan komponen baru yang akan menyebabkan berlakunya ketidakpercayaan dan kekecewaan.


azmin-ali_Zaid-Ibrahim_600


PETALING JAYA: Kemelut yang berlaku di antara parti PKR-DAP-PAS telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam dilema untuk memilih parti mana agar negeri Selangor dapat dipertahankan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan PKR juga harus memilih parti yang benar-benar ingin berjuang bersamanya.

Jelasnya, Azmin sememangnya bersahabat dengan pemimpin dari kedua-dua parti, namun untuk memilih salah satu parti sebagai rakan komponen baru di dalam PR akan menyebabkan ketidakpercayaan dan kekecewaan berlaku.

"Jika PKR mementingkan nilai persahabatan dan masih mengingati pengorbanan mendiang Karpal Singh dan ramai pihak lain yang bangkit bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka PKR harus tahu siapa yang seharusnya dipilih," katanya.

Menulis di blog miliknya www.zaid.my, Zaid tetap menyatakan peluang untuk Pas dipilih sebagai salah satu komponen di dalam PR juga masih wujud.

Zaid turut mengingatkan semula bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar lantas menyebabkan Azmin dilantik bagi memegang jawatan tersebut.

Jelas beliau lagi, Azmin juga harus memutuskan sama ada mahu bersama Pas atau ia juga sebagai satu langkah untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

"Rakyat pasti akan kecewa dengan situasi tersebut kerana rakyat mahu melihat kerja sama politik yang mana setiap bangsa saling bekerjasama. Rakyat juga sudah penat permainan politik," ujarnya.

Beliau turut menyatakan 'menjaga rumah' bersama Pas bermakna Azmin telah memberi tekanan kepada kepada progresif Muslim di dalam parti Islamik yang sering membantunya tetapi kini dilayan sebagai ahli politik terbuang.

"Apa yang akan terjadi kepada sahabat Azmin seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan yang lain? Adakah mereka akan masih mempercayainya sedangkan Azmin bersama ulama di Selangor.

"Dan bagaimana untuk Azmin mengelak dari memberikan tali keselamatan kepada Pas di Selangor jika mereka masih di dalam pentadbiran kerajaan negeri," soalnya,

Tambah Zaid lagi, kumpulan progresif ini juga boleh dianggap sebagai 'kuasa sukar'.

 "Mereka boleh membentuk suatu parti politik baru, tetapi memerlukan sokongan kuat dari parti yang sudah ternama seperti DAP," ujarnya.

Zaid mengakhiri tulisannya dengan memberikan kata dua kepada Azmin sambil menyatakan, "Saya harap anda (Azmin) tidak mengambil masa yang lama untuk memilih untuk membuat keputusan atau selesa di dalam Selangor sedangkan hilang peluang untuk bergabung dengan rakan sebenar,"

Lima suspek rompakan Orkim Harmony dipercayai lari ke Batam

Posted: 22 Jun 2015 03:34 AM PDT

 
Bot tunda yang digunakan untuk merompak kapal tangki itu ditemui di Pulau Batam dua hari lalu.


Ahmad-Puzi_Orkim-Harmony_600



PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memburu lima lagi suspek kes rompakan kapal tangki Orkim Harmony pada 11 Jun lalu yang dipercayai telah melarikan diri ke Batam.

Berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh setakat ini, APMM mengesyaki 13 perompak terlibat dalam kes rompakan kapal tangki itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim, Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, pihaknya berjaya menahan lapan orang suspek namun lima suspek berjaya meloloskan diri menggunakan bot tunda yang digunakan untuk merapat kapal itu.

"Pihak Western Fleet Quick Response(WFQR) menemui bot tunda di Batam dua hari lalu dipercayai digunakan untuk merompak kapal Orkim Harmony," katanya yang mengesahkan kelima-lima suspek terbabit masih bebas.

Menurut Bernama, APMM juga dijangka memulakan proses ekstradisi untuk membawa semua lapan suspek yang terbabit dalam kes rompakan kapal Orkim Harmony.

"Walau bagaimanapun, proses berkenaan akan memakan masa dan tertakluk dengan kerjasama pihak berkuasa Vietnam," ujarnya.

MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dan 22 anak kapal terputus hubungan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor 11 Jun lalu.

Kapal itu ditemui semula pada 18 Jun lalu dan kesemua 22 anak kapal dibebaskan dan telah dibawa pulang ke Pelabuhan Kuantan.

Seorang anak kapal dilaporkan cedera selepas terkena kesan tembakan.

Agensi Keselamatan Sempadan ganti UPP

Posted: 22 Jun 2015 03:32 AM PDT

Kertas cadangan sedang disediakan oleh KDN dan akan dikemukakan kepada Kabinet dalam waktu terdekat.


Ahmad-Zahid_upp_600



KUALA LUMPUR : Kerajaan bercadang untuk menukarkan Unit Pecegahan Penyeludupan (UPP) yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam kepada Agensi Keselamatan Sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kertas cadangan sedang disediakan oleh kementeriannya dan akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

"Kita akan lihat semula peranan yang dimainkan oleh UPP dan mungkin kita tukar peranan mereka kepada Border Security Agency (Agensi Keselamatan Sempadan)," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid berkata, Malaysia akan mengkaji semula perjanjian keselamatan sempadan dengan negara jiran khususnya Thailand.

Tony Pua: YR1M Najib punya atau kerajaan?

Posted: 22 Jun 2015 12:14 AM PDT

Malaysia's Prime Minister Najib Razak makes an announcement on the latest development on the missing Malaysia Airlines MH370 plane at Putra World Trade Center in Kuala Lumpur

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mempersoalkan adakah Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang dinaungi Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah badan kebajikan swasta atau badan kerajaan.

Persoalan itu dibangkitkan Tony apabila portal berita Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan YR1M menjadi satu badan dana membiayai kempen Najib pada PRU-13 lalu.

1mdb skandal

 Menurut Tony, YR1M menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja  pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya.

"Sebelum ini, kita tahu semua keputusan 1MDB perlu kebenaran bertulis Najib tanpa pengecualian.
"Sumbangan syarikat seperti Genting Bhd menimbulkan konflik kepentingan yang jelas," ujar Tony.
Menurut Tony, laman web YR1M menyatakan yayasan itu dipengerusikan Najib tanpa menamakan mana-mana individu terlibat secara rasmi.

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati yayasan berkenaan adalah syarikat berhad, dianggotai empat ahli lembaga pengarah termasuk Najib, Datuk Azlin Alias, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

"Jelas dari maklumat dan dokumen yang disediakan, YR1M adalah badan amal yang dikawal sepenuhnya secara langsung dan tidak langsung oleh Perdana Menteri. YR1M boleh digambarkan sebagai "yayasan kewangan", dimana dana boleh digunakan mengikut kehendak dan kemahuan beliau. Seperti yang didakwa WSJ,

"Dana ini kemudiannya disalurkan kepada aktiviti yang berkaitan dengan kempen pilihan raya Barisan Nasional,"jelas Tony.

Lebih parah, bukan sahaja kedudukan syarikat itu dimanipulasi Najib, Tony menjelaskan YR1M turut gagal menyerahkan penyata kewangan kepada SSM yang tamat pada Disember 2014 sejak ditubuhkan.
Justeru, Tony menggesa Najib menyerahkan penyata kewangan YR1M untuk membuktikan syarikat itu tidak menyembunyikan apa-apa salah laku seperti didakwa.

"Gagalan melakukannya (menyerahkan penyata) akan menjadi bukti perdana menteri dilihat bersalah menyeleweng wang oleh rakyat biasa, kerana beliau ada segalanya untuk disembunyikan," katanya. – Roketkini.com


Ramadan dan kisah pelaburan FGV

Posted: 22 Jun 2015 12:09 AM PDT




Editorial Harakah


Ramadan datang lagi menemui kita setelah setahun berlalu. Dan pastinya kedatangan Ramadan, bulan ibadah yang penuh keberkatan disambut penuh keterujaan oleh mereka yang beriman.

Menjadi harapan agar ibadah yang kita laksanakan di bulan Ramadan ini adalah lebih baik daripada Ramadan yang lalu. Semoga madrasah Ramadan tahun ini dapat mendidik kita menjadi insan yang benar-benar faham tentang peranannya sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

Sejak mula beroperasi hampir 4 tahun lalu, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak lekang dengan kontroversi. Ketika mula disenaraikan di Bursa Malaysia, harga penawaran umum (IPO) FGV adalah RM4.45 seunit. Namun kini harga seunit sahamnya menjunam 62% (kepada RM1.65 pada 15 Jun lalu).

Apa yang dialami FGV ini bertentangan langsung dengan janji Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad yang mendakwa prestasi saham FGV (semasa mula-mula diapungkan empat tahun lalu) adalah sehebat saham Facebook.

Saham FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung pada 12 Jun lalu ekoran 'pengumuman penting' yang bakal dibuat. Ketika digantung pada dagangan Jumaat itu, ia ditutup pada RM1.86, turun 6 sen dengan 3.37 juta saham bertukar tangan.

Pengumuman penting itu berkait dengan keputusan FGV Bhd sebagai syarikat perladangan tersenarai paling besar di Malaysia untuk membeli aset gula bernilai AS$746 juta (RM2.8 bilion) milik ahli perniagaan Indonesia, Peter Sondakh.

Bagi FGV, ianya sebagai bukti integrasi ekonomi di kalangan 10 negara anggota Asean.

Khalayak pelabur dan ahli bank mempersoalkan urus niaga itu yang disifatkan terlalu mahal berbanding harga pasaran. Wujud juga dakwaan bahawa urusniaga itu dilaksanakan bagi 'menyelamatkan' Sondakh yang rapat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Lebih mendukacitakan, pembelian itu berlangsung ketika isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat pelaburan negara yang sarat hutang sedang mengalami beberapa proses 'bailout' membabitkan syarikat-syarikat awam dan bank tempatan.

Ini menimbulkan kebimbangan mengenai tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta penggunaan dana awam oleh kerajaan.

FGV mengumumkan pembelian ekuiti majoriti bukan-kawalan dalam kumpulan perladangan PT Eagle High Plantations (EHP) dan 95% projek gula di kepulauan Papua, kedua-duanya dimiliki Rajawali Group milik Sondakh.

Di bawah pembelian itu, FGV bercadang membayar AS$679 juta bagi 37% kepentingan dalam Eagle High dan AS$66.5 juta lagi bagi aset gula.

Menurut penganalisis, harga sedemikian terlalu tinggi dan pastinya menjejaskan prestasi saham FGV yang kini antara saham paling rugi di kalangan GLC. Ini kerana setiap saham Eagle High dinilai pada 72% lebih tinggi daripada harga yang diniagakan sebelum pengumuman pembelian FGV dibuat.

CIMB Research melaporkan bahawa Felda membayar kirakira AS$17,535 sehektar bagi aset Eagle High, lebih daripada purata harga ladang kelapa sawit di Indonesia iaitu antara AS$8,000 dan AS$13,000 sehektar.

Bagaimanapun Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad seperti biasa mempertahankan urusniaga itu. Bagi Isa, cadangan pembelian ekuiti berkenaan akan memperluaskan lagi skop perniagaan huluan (upstream) FGV, sekali gus meningkatkan lagi sumber pendapatan syarikat./Editorial Harakah

Mampukah Khalid Samad mempertahankan Shah Alam di PRU14?

Posted: 22 Jun 2015 12:02 AM PDT




Oleh Lokman Mustafa


Dalam PRU13 pada tahun 2013, Khalid Samad, salah seorang pemimpin progresif daripada PAS, berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya lima tahun sebelum itu dengan mengalahkan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti melebihi 10,000 undi.

Sesetengah penganalisa percaya ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Zulkifli, seorang peguam yang juga ahli politik yang berasal dari Kedah, telah mencetuskan kontroversi apabila sebuah rakaman video beliau menghina kepercayaan Hindu telah tersebar meluas sebelum pilihan raya bermula.

Pada hakikatnya, bandar itu yang terdiri daripada berbilang bangsa, meskipun majoriti muslim Melayu, telah menyaksikan konflik ketegangan kaum, politik dan agama selama tujuh tahun kebelakangan ini.

Satu insiden yang melibatkan beberapa kumpulan Melayu berhaluan kanan mengarak kepala lembu di bangunan Setia Usaha Kerajaan negeri pada Ogos 2009 untuk memprotes pemindahan kuil Hindu berusia 150 tahun, yang kemudiannya, mencetuskan kemarahan meluas daripada kumpulan-kumpulan Hindu dan lain-lain.

Dua belas orang kemudian telah didenda RM1,000 seorang kerana berhimpun secara haram oleh Mahkamah Seksyen di sini dengan salah seorang dari mereka dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu.

Secara keseluruhannya, Shah Alam, yang merangkumi 54 seksyen termasuklah Kota Kemuning dan Bukit Rimau di tenggara pusat bandar itu, dan TTDI Jaya, Bukit Jelutong dan juga Kampung Melayu Subang di utara, adalah tempat yang aman untuk didiami.


Bermula dengan Seksyen 1 yang sekarang ini diduduki oleh kampus utama Universiti Teknologi Mara (UiTM), ibu negeri itu pastinya telah melalui perubahan yang besar.

Universiti awam yang sebahagian besarnya Melayu, pula sebaliknya, berharap sesetengah perkara kekal sama.

Pada Ogos 2008, UiTM telah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar apabila 5,000 orang pelajarnya berarak ke Setia Usaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai protes menentang MB Selangor pada ketika itu Abdul Khalid Ibrahim kerana mencadangkan universiti itu membuka pintunya untuk menerima 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputra.

"Jika Khalid Ibrahim tidak menarik balik kenyataan beliau, semua pelajar UiTM akan membuat perhimpunan besar di Shah Alam. Kami berharap isu kuota bukan Bumiputra tidak lagi akan dibincang," Bernama memetik seorang wakil pelajar sebagai berkata.

Kemudian pada Oktober 2014, satu lagi kontroversi tercetus berikutan sebuah papan iklan mengiklankan festival arak Jerman Oktoberfest yang dilangsungkan sepanjang Jalan Subang, Seksyen U2.

The Star melaporkan bahawa seorang ahli Exco Negeri PAS untuk Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani turut menyelar acara itu kerana menentang norma sosial, termasuklah mereka dari semua agama.

Tetapi konflik agama dan bangsa bukanlah satu-satunya perkara yang telah melihatkan kenaikan dramatik.
Ketika saya dan keluarga saya berpindah ke Shah alam di pertengahan 80-an, rakyat di sini kebanyakannya tinggal di hartanah berlaman yang dibina oleh PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Hari ini, banyak kondominium dan pangsapuri servis telah dibina, dengan banyak lagi yang masih dalam pembinaan. Harganya pula melangkaui kuasa beli rakyat Malaysia biasa, dengan pangsapuri studio sahaja sudah berharga RM400,000!

"Bukan rumah mampu milik, ia rumah mampu tengok", saya masih ingat MB Selangor Azmin Ali berkata berkaitan rumah-rumah PR1MA yang juga harga dalam lingkungan sama.

Tetapi bersyukurlah, bukan semua perkara telah hilang kawalan.

Menurut theSundaily, indeks kadar jenayah di Shah Alam telah menurun dalam empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua polis Shah Alam ACP Azisman Alias mendedahkan pada Mei bahawa indeks jenayah telah menunjukkan penurunan sebanyak 22.6 peratus dari Januari hingga April berbanding tahun lalu.

Dari segi politik, Shah Alam sebelum ini dilihat sebagai kubu kuat Umno di Selangor sebelum Khalid Samad menumbangkan Aziz Shamsuddin pada 2008 dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Sebagai Ahli Parlimen dua penggal, Khalid Samad telah bercakap tentang banyak perkara yang memberi kesan kepada kawasannya termasuklah hospital kerjaan yang telah lama dinantikan di Seksyen 7 dan juga kutipan tol Lebuh raya Persekutuan di Sungai Rasau dan Batu Tiga yang tidak pernah tamat.

Selepas kemenangan membanggakan pada PRU13, perkara tidaklah begitu baik buat bapa empat orang anak berusia 57 tahun ini.

Dengan kumpulan ulama telah menewaskan kelompok progresif pada Muktamar PAS baru-baru ini, diikuti pula dengan DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur akibat daripada pergeseran dengan parti Islam itu, persoalan kini timbul sama ada Khalid berupaya untuk mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya akan datang.- See more at: http://bm.theantdaily.com


'Perhitungan hidup mati saya dalam PAS'

Posted: 21 Jun 2015 11:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat adalah "perhitungan hidup mati karier beliau dalam PAS.

Menurutnya, beliau masih belum menjawab secara rasmi "tetapi beberapa jam yang lalu, telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya sebagai AJK Pusat."

"Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan," katanya dalam catatan di Facebook semalam, sambil menambah beliau "tak boleh marah-marah"

"Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.

"Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi," tegasnya.

Dalam catatan itu, beliau berkata pejabat agung PAS telah menyerahkan surat rasmi perlantikannya  sebagai AJK PAS pusat.

"Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.


"Keputusan yang bakal saya buat (sama ada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam PAS," katanya.

Mengenai tawaran tersebut,  Salahuddin berkata: "Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia).

"Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan politik.

"Kita boleh minta dan dengar nasihat dari orang lain. Jadilah pendengar yang baik. Buatlah keputusan atas pertimbangan sendiri. Jangan izinkan sesiapa pun "dictate" (mengatur) kita dalam hidup ini."

Setelah 35 tahun, tegas Salahuddin, beliau faham apa maksud nasihat Ustsz Fadhil.

"Betul atau salah keputusan yang saya akan buat, diri saya sendiri lah yang akan menanggungnya sepanjang hayat.

"Orang lain hanya mampu ketawa dan bersedih buat setika waktu saja.

"Pada tahap ini saya pasrah sepenuhnya pada pencipta saya Allah SWT.

"Hanya Dia tempat saya mohon petunjuk dan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya seperti saya," katanya.

Menurut Salahuddin, perjuangan beliau dalam PAS bermula sejak tahun 1981.

"Bermula dengan timbalan yang dipertua kawasan Pontian hingga naib presiden PAS 2015," katanya.
 
 

Pas tak setuju parti baharu sertai PR

Posted: 21 Jun 2015 11:37 PM PDT


 
 
KUALA TERENGGANU – Pas tidak akan sesekali bersetuju jika parti baharu yang akan dibentuk mahu menyertai PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan buat bantahan apatah lagi parti baharu yang dikatakan itu merupakan serpihan daripada Pas.

Menurutnya, kesediaan membentuk PR sebelum ini adalah melalui persetujuan tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP, manakala parti baharu tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai PR.

"Kalau ada parti baru serpihan Pas, sudah tentu Pas tak setuju. Dia hendak bergabung dengan kekuatan apa? Atas alasan apa nak gabung," katanya.Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu menjelaskan, mana-mana isu yang tidak mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti sebelum ini tetapi diteruskan juga sudah tentu memberi kesan kerjasama tersebut.

Antaranya katanya, isu pertandingan tiga penjuru di kerusi Kota Damansara pada PRU13 lalu berlaku berikutan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan di kerusi itu.

"Pas tak setuju dengan calon PSM kerana dia hendak tanding atas tiket dia. Mana-mana perlu dapatkan persetujuan. Kalau tak setuju, tak boleh," katanya.

Beliau mengharapkan semua ahli Pas kembali ke matlamat asal untuk sama-sama menguatkan parti dan memastikan hala tuju lebih baik dalam PRU14 akan datang.

"Kita harap ahli istiqamah hingga menang. Yang penting ahli istiqamah dengan bahtera yang ada.. yang kalah, kita harap jangan cepat buat keputusan yang bertentangan dengan parti tetapi ambil masa perbaiki diri mungkin akan dipilih semula pada pemilihan akan datang," katanya.


Aktor Fast & Furious teruja sambut Ramadan

Posted: 21 Jun 2015 11:36 PM PDT

Tyrese Gibson Tyrese Gibson
 
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36,  antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian  Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya  seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.


Kerjasama tetap diteruskan walau PR tak wujud

Posted: 21 Jun 2015 11:32 PM PDT

SINAR HARIAN




Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  
Wan Azizah Wan Ismail

 
BUKIT MERTAJAM - Biarpun Pakatan Rakyat (PR) telah diisytihar tidak lagi wujud, namun kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR masih diteruskan, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Masjid Jamek Kampung Pelet dekat sini hari ini, Dr Wan Azizah berkata, beliau mempunyai pandangan optimis terhadap semangat yang ada dalam pakatan pembangkang.

Pada Rabu lepas, beliau dilaporkan mengakui bahawa gabungan politik pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal.

Keadaan itu, katanya, berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar Pas Ke-61, manakala Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pula telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR,

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata berdasarkan pembacaan dan pengamatannya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas sama ada yang tewas atau menang dalam pemilihan jawatan parti itu, mereka telah memberi mesej bahawa ketiga-tiga parti terbabit akan terus bersama-sama.

Selasa lalu, media melaporkan DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud.

Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng berkata, keputusan yang dibuat Muktamar‎ untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' PR. - Bernama


Bayi 12 bulan maut gara-gara ibu terlanggar

Posted: 21 Jun 2015 11:29 PM PDT


 
 
SEREMBAN - Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan meninggal dunia selepas dilanggar oleh ibunya yang sedang mengundurkan kereta di Kampung Tebing Tinggi Labu Batu 9 di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu,  ibu bayi yang berusia 40-an itu, dikatakan mahu mengundurkan kereta digaraj rumahnya sedikit, namun tidak ternampak mangsa.

Bayi tersebut yang merupakan anak bongsu dari tujuh beradik disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban malam tadi.

Menurut sumber, ibu bayi tersebut pada awalnya menyangka melanggar batu namun terkejut sebaik melihat anaknya yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah sebelum menghantarnya ke hospital.

Jenazah dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan di Labu.


'M'sia harus tarik diri dari TPPA'

Posted: 21 Jun 2015 11:23 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
ULASAN Saya tertarik dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat, akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun ini.

Apa yang lebih menarik adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun. Lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson.

Mengapa tiba-tiba seorang presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?

Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu?

Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliausendiri bagi mendapatkan Kuasa 'Fast-Track' untuk  berunding perihal TPPA.

Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat.

Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa persoalan mengenai niat beliau.

Seperti yang sudah dilaporkan di merata-rata tempat, TPPA merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping menjejaskan kedaulatan negara-negara lain, termasuklah Malaysia, serta kesihatan awam dan kebebasan internet.

Obama sendiri tidak mampu menyakinkan rakan-rakan parti Demokrat beliau untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika pasti menerima manfaat yang besar, maka Malaysia sepatutnya sedar perkara ini dan tidak meneruskan rundingan.

Dalam hal ini kerajaan Malaysia mestilah membuat pendirian terhadap komitmen mereka sama ada mereka sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara ini, atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara kita.

NIK NAZMI NIK AHMAD adalah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan exco kerajaan Selangor.
 
 
 

Wartawan pula disuruh pakai sarung

Posted: 21 Jun 2015 11:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas insiden kontroversi di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kini pemberita pula disuruh memakai kain sarung atas alasan memakai pakaian singkat.

Anggota parlimen Klang Charles Santiago berkata kejadian itu berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam melibatkan dua orang pemberita pagi ini.

"Kedua-dua mereka disuruh memakai sarung untuk menututup kaki kerana pakaian mereka dikatakan singkat.

"Kenapa kaki perempuan mesti diperiksa?" kata wakil rakyat DAP itu sambil mempersoal peranan pegawai keselamatan di tempat itu.

Santiago juga membangkitkan kenapa dasar itu dilaksanakan di bangunan kerajaan negeri itu sedangkan JPJ sendiri yang terpalit kes sama sebelum ini telah pun meminta maaf.

"Tolong tarik balik perkara ini," katanya di Facebook yang ditujukan pada Menteri Besar Azmin Ali. 


Kekeliruan tercetus kes rayuan qazaf Anwar

Posted: 21 Jun 2015 11:16 PM PDT

MALAAYSIAKINI


 


Kekeliruan tercetus di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi kes rayuan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut berkisar mengenai pengurusan kes dan kekeliruan mengenai masa pertemuan dengan ketua pendafar Mahkamah Syariah.

Peguam, yang mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Bahrom, mendakwa pertemuan itu ditetapkan pada 9 pagi, sementara peguam Anwar berhujah ia dijadualkan pada 11 pagi.

Susulan itu, peguam kepada Jamil menemui timbalan pendaftar Mohd Khairul Nizam Kassim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tanpa kehadiran satu pihak lagi pada 10 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dalam kamar, peguam Jamil Khir yang diketuai Roslizam Rahim berkata bahawa Anwar sepatutnya menjawab afidavit mereka dan melantik peguam tetapi tidak berbuat demikian.

"Sebagai keadilan, mahkamah memberi Anwar lebih banyak masa sehingga 6 Julai ini untuk membalas afidavit anak guam kami dan melantik peguam," kata beliau sambil menambah bahawa pelantikan itu boleh dibuat dari penjara.

Kemudian, peguam Anwar Rafie Mohd Shafie yang awal sampai dan menunjukkan surat daripada peguam Jamil Khir yang menyatakan pengurusan kes ditetapkan pada 11 pagi.

"Ini surat mereka memaklumkan kepada kami, jadi kami berada di sini," katanya.

Seorang lagi peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman menjelaskan bahawa bekas ketua pembangkang itu perlu dibawa ke mahkamah untuk melantik peguam bagi kes yang diurus di Kuala Lumpur.

"Kami tidak boleh dilantik oleh beliau di Sungai Buloh kerana ia berada bawah Selangor," katanya sambil menambah kegagalan itu disebabkan peguam Jamil yang kurang efisyen.


Tiada ulasan: