Ahad, 21 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KTMB beri 1,050 tiket percuma pulang berhari raya

Posted: 21 Jun 2015 02:55 AM PDT

THE RAKYAT POST


tiket percuma
Presiden KTMB, Lt. Kol. Sarbini Tijan, tiket percuma tersebut diberikan kepada penumpang yang ingin pulang beraya ke Padang Besar, Singapura atau Ipoh dari Kuala Lumpur Sentral. - Foto TRP/Mokhsin Zamani



KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad, (KTMB) hari ini memberikan lebih 1,050 tiket kereta api KTM Antara Bandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) secara percuma kepada penumpang yang bertuah.


Menurut Presiden KTMB, Lt. Kol. Sarbini Tijan, tiket percuma tersebut diberikan kepada penumpang yang ingin pulang beraya ke Padang Besar, Singapura atau Ipoh dari Kuala Lumpur Sentral.

Menurutnya, tiket tersebut adalah merupakan hasil tajaan bersama Permanis Sandilands Sdn. Bhd. sempena kempen Eratkan Jalinan Tropicana Twister.

"Tiket percuma tersebut diharapkan dapat memberikan peluang kepada orang ramai untuk pulang beraya bersama ahli keluarga.

"KTMB juga mengharapkan kerjasama seperti ini juga dapat diteruskan pada masa hadapan yang mana ia sememangnya memberi faedah yang baik kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Permanis Sandilands Sdn. Bhd, T. Santharuban berkata pihaknya memperuntukkan 676 keping tiket untuk perjalanan ETS ke Ipoh bagi 14 dan 15 Julai depan.

Jelasnya, 172 keping tiket pula disediakan untuk mereka yang ingin pulang ke Johor Bahru dan 172 keping lagi ke Padang Besar menaiki KTM Antara Bandar.

"Untuk tujuan ini, kami memperuntukan antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk menyediakan tiket-tiket tersebut.

"Bagi menceriakan lagi perjalanan para penumpang, kami juga beberapa menyediakan program menarik seperti persembahan busking dan pertandingan karaoke," ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang pemenang tiket berkenaan, Nor Aziah Abdul Aziz, 27 berkata dia bersyukur apabila mendapat tahu bahawa telah memenangi tiket berkenaan.

"Saya berasa lega apabila telah mempunyai tiket untuk pulang ke kampung memandangkan cukup sukar untuk membeli tiket ke Ipoh pada ketika ini," katanya yang akan pulang ke kampung pada 15 Julai depan.

Manakala bagi Amran Khaladi Suliman Atoriy, 27 berkata dia terkejut apabila diberitahu boleh mendapatkan tiket secara percuma di Kuala Lumpur Sentral.

Jelasnya, dia datang secara rawak sahaja untuk mendapatkan tiket untuk kakaknya dan secara kebetulan pihak KTMB mengatakan terdapat tiket percuma untuk ke Ipoh, Perak.

"Terima kasih kepada pihak KTMB yang memberikan saya peluang untuk pulang berhari raya tanpa perlu berebut-rebut pada saat-saat akhir," ujarnya.

Eskalator tiba-tiba mengundur, pengunjung jatuh bertimpa

Posted: 21 Jun 2015 02:51 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

jatuh bertimpa
Keadaan pengunjung yang jatuh menimpa satu sama lain apabila eskalator tiba-tiba mengundur. Kejadian dikatakan berlaku di Setia City Mall. - Foto Facebook Video Viral



KUALA LUMPUR - Video pengunjung sebuah pusat beli belah jatuh dari eskalator seperti domino menjadi viral, baru-baru ini.

 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dipercayai pengunjung terjatuh selepas pergerakan eskalator itu tiba-tiba sahaja mengundur menyebabkan 20 orang terjatuh atas satu sama lain.

Rakaman sepanjang dua minit itu menunjukkan pengunjung termasuk seorang wanita yang mendukung anak kecil menaiki eskalator tetapi tidak lama selepas itu pergerakan eskalator mengundur menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Kejadian dikatakan berlaku di Setia City Mall, Shah Alam.

Video yang dimuat naik oleh satu kumpulan Facebook Video Viral, tersebar dan dilihat 62,000 kali dan menerima 700 likes serta dikongsi sebanyak 1,600 sejak lebih dua jam lalu.

Netizen terperanjat dengan kemalangan yang berlaku dan ada yang menggesa supaya pengurusan Setia City Mall untuk bertanggungjawab.

"Confirm la tu Setia City Mall.. Mmg tulisan, signage semua betul scm. Saman la SP Setia tu", kata seorang pengguna Facebook, Nur Nazuha.

"Patut sue je, diorang tu hari2 ntah brape billion make profit, escalator xleh nk maintain elok2 smpai xfunction well, ni menyebabkan nyawa orang, bukan main2, escalator kat SETIA CITY MALL kot," komen Ameen Momoiro pula.

Berdasarkan komen yang diberikan, ada netizen yang mendakwa ia berlaku disebabkan lebih muatan yang menyebabkan rantai eskalator terputus.

"Rantai escalator tu putus, mohon pihak tecnicion (juruteknik) buat servis sepenuhnye pd premis yg ade escalator, " kata seorang lagi, Rony Faudzi.

Seorang pengguna Facebook Faiz Craig Arzhari turut berkongsi pengalaman yang sama dan berkata ia berlaku disebabkan muatan lebih.
Beberapa pengguna Facebook yang lain meluahkan rasa simpati atas kejadian kerana seorang daripada pengunjung itu hamil.

"Perempuan pregnant tgh sarat pun ade..hopefully ok," kata Fazrina Hazirah Ab Aziz.

Kejadian itu turut dilaporkan oleh media internet Singapura, Seen.

Selepas Pejabat ADUN Komtar disimbah cat hitam, kini giliran Padang Kota dibakar

Posted: 21 Jun 2015 02:44 AM PDT

THE RAKYAT POST


ADUN PADANG KOTA
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan cubaan membakar pada pintu hadapan Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota Chow Kon Yeow di Kompleks Jalan Kedah di sini, dipercayai dibakar dalam kejadian awal hari ini. - Foto Facebook Chow Kon Yeow



GEORGE TOWN-  Terdapat kesan bakar pada pintu hadapan Pusat Khidmat ADUN Padang Kota Chow Kon Yeow di Kompleks Jalan Kedah di sini, dipercayai dibakar dalam kejadian awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan pegawai Chow untuk memaklumkan kejadian itu.
Beliau berkata menurut pegawai berkenaan, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kompleks itu.

"Sebaik dimaklumkan, beliau terus ke pusat khidmat itu dan mendapati terdapat kesan bakar di hadapan pintu sebelum memberitahu Adun Padang Kota," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai itu juga telah melihat rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang terdapat di pusat khidmat itu tetapi ia tidak jelas dan hanya kelihatan kelibat seorang lelaki yang membakar bahan api di hadapan pintu pejabat.

"Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki itu dipercayai membakar pintu jenis aluminium kira-kira pukul 3.04 pagi tadi dan kebakaran terbabit turut menyebabkan kain rentang yang digantung di hadapannya terbakar.

"Cuma wajah lelaki terbabit tidak nampak kerana tidak jelas berikutan keadaan gelap di situ," katanya.

Mior Faridalatrash berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
ADUN KOMTAR (2)
Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon di sini disimbah dengan cat hitam dan dipercayai cuba dibakar awal pagi semalam. – Foto Facebook Teh Lai Heng
Sementara itu, Chow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang ketika dihubungi berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pegawainya dan terus bergegas ke pusat khidmat untuk melihatnya.

Katanya beliau terkejut dengan kejadian itu dan berharap pihak bertanggungjawab dapat ditahan polis.

Sementara itu, Pusat Khidmat ADUN DAP-Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon di sini disimbah dengan cat hitam dan dipercayai cuba dibakar awal pagi semalam.

Difahamkan ia merupakan kejadian kali kelima ke atas pejabat berkenaan yang sebelum ini pernah dijadikan Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.

Teh ketika dihubungi berkata beliau menyedari pusat khidmatnya disimbah cat ketika mahu membuka pejabat di rumah dua tingkat berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata terdapat kesan cat hitam di hadapan pust itu dan beliau turut menjumpai satu botol plastik yang terdapat kesan terbakar di hadapan pejabatnya.

"Sebaik saya tiba pagi ini, jiran sebelah bangunan datang memaklumkan yang dia terdengar bunyi motosikal melalui kawasan pejabat saya kira-kira pukul 3.30 pagi.

"Bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menyedari pejabat saya disimbah cat pagi ini," kata Teh.

Perompak MT Orkim Harmony bawa sejumlah mata wang asing

Posted: 21 Jun 2015 02:39 AM PDT

THE RAKYAT POST

perompak
Lapan lanun yang merompak MT Orkim Harmony, ditahan di Pulau Tho Chu, Vietnam pada Jumaat lalu. - Foto Bernama



HANOI - Lapan lelaki yang mengaku merompak kapal tangki MT Orkim Harmony dari Malaysia, bertutur dalam bahasa Indonesia dan membawa sejumlah wang tunai, ketika mereka ditahan pihak berkuasa Vietnam, pada Jumaat lalu.


Media negara terbabit, VNExpress hari ini melaporkan, kumpulan lanun yang ditahan tidak jauh dari Pulau Tho Chu, barat daya Vietnam itu, pada mulanya mendakwa kononnya mereka mengalami kemalangan di tengah laut.

Lapan lelaki berusia 19 hingga 61 tahun itu berbahasa Indonesia dan "tidak boleh menjelaskan dari mana datangnya sejumlah mata wang asing dan berpuluh-puluh telefon bimbit yang dibawa mereka."

"Mereka sangat degil dan enggan bekerjasama. Mereka amat profesional dan tenang," kata Polis Marin Vietnam, Leftenan Do Van Toan yang dipetik portal berita itu.

Seorang lagi pegawai Polis Marin Vietnam, Kolonel Le Van Minh berkata, pihaknya mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa kesemua suspek itu.

"Vietnam bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam kes ini. Yang penting ialah cara untuk buatkan mereka mengaku jenayah yang dilakukan," tambahnya.

Dalam pada itu, agensi berita Bernama memetik Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar sebagai berkata, proses ekstradisi lapan suspek itu sudah dimulakan, bagi membolehkan mereka dibawa ke negara ini secepat mungkin.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa Vietnam telah mengesahkan lapan suspek itu telah mengaku terbabit dalam rompakan kapal tangki berkenaan.



Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirompak pada minggu lalu, selamat berlabuh di Dermaga Petronas, Pelabuhan Kuantan. - Foto Bernama
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirompak pada minggu lalu, selamat berlabuh di Dermaga Petronas, Pelabuhan Kuantan, pada pagi Sabtu. – Foto Bernama

MT Orkim Harmony milik Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dengan 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang warga Myanmar, terputus komunikasi dengan pangkalan serta dilaporkan hilang pada jam 8.57 malam 11 Jun lalu, di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Ketika kejadian, ia dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Kapal itu berjaya dikesan pada Khamis lalu, dengan nama asalnya 'Orkim Harmony' telah ditukar kepada 'Kim Harmon'.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat lalu dan kapal tangki itu tiba di Pelabuhan Kuantan, pagi semalam.

Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di London mendesak kerajaan di Asia Tenggara mengambil langkah segera bagi mencegah kegiatan lanun berleluasa, selepas acap kali memberi amaran bahawa lanun paling aktif di perairan Asia Tenggara, berbanding perairan lain di dunia.

MT Orkim Harmony adalah sasaran terbaru kumpulan lanun yang semakin berani di Asia Tenggara, sejak dua tahun lalu, di mana kapal tangki kecil membawa muatan petrol, diesel dan gas asli sering dijadikan sasaran mereka.

Golongan progresif diminta kekal dalam PAS – Tuan Ibrahim

Posted: 21 Jun 2015 02:37 AM PDT

THE RAKYAT POST


TUAN IBRAHIM TUAN MAN 2
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seluruh pihak harus menerima keputusan yang telah dibuat dalam Muktamar di Kuala Selangor pada awal bulan ini. - Foto TRP/Azrol Ali



KUALA LUMPUR:  Pimpinan baru PAS meminta golongan progresif  yang tewas dalam pemilihan parti tersebur terus kekal meneruskan perjuangan mereka dalam parti berkenaan sekalipun terdapat indikator yang mengatakan mereka akan memilih wadah baru selepas ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seluruh pihak harus menerima keputusan yang telah dibuat dalam Muktamar di Kuala Selangor pada awal bulan ini.

Menurutnya, mereka harus menerima keputusan berkenaan dengan hati penuh terbuka atas apa yang dimuktamadkan dalam Muktamar.

"Oleh itu saya berharap mereka juga terus bekerja keras untuk memperkasakan parti pada masa akan datang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyatan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini mengatakan beliau bersama-sama beberapa tokoh progresif dalam PAS yang ditolak dalam Muktamar akan meninjau dan melihat perkembangan, sokongan dan keperluan menubuhkan parti baru.

Jelas Mat Sabu, keputusan tersebut akan bergantung kepada penilaian terhadap maklum balas dan sokongan rakyat nanti dan pilihan lain yang ada selain menubuhkan parti baru ialah sertai mana-mana parti politik atau kekal dalam PAS atau menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambah Tuan Ibrahim, PAS tidak menghalang sekiranya ahli-ahli parti tersebut untuk mengadakan majlis mengenang jasa ke atas tokoh yang tewas sebelum ini.

Jelasnya, PAS sentiasa mengenang jasa semua pihak tetapi ahli-ahli parti masih lagi terikat dengan dasar dan peraturan parti.

"Sekiranya mereka nak buat majlis kenang jasa tersebut kita tidak menghalang.

"Oleh itu saya meminta ahli-ahli supaya jangan sampai terkeluar daripada peraturan parti," ujarnya.

Tegas Tuan Ibrahim lagi, Majlis Syura Ulama PAS akan tetap membincangkan usul yang memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dibawa oleh Dewan Ulama pada Muktamar lalu.

Katanya, usul tersebut perlu dibawa ke Majlis Syura untuk diteliti sebelum keputusan mengenainya dapat diambil.

"Usul tersebut tidak ada kena mengena dengan DAP sekalipun parti berkenaan mengatakan Pakatan Rakyat telahpun berkubur.

"Majlis Syura Ulama akan bemesyuarat pada hari ini bagi menentukan saf kepimpinannya yang baru dan akan bermesyuarat sekali lagi untuk membincangkan perkara tersebut.

"Keputusan usul tersebut dijangkakan akan dapat diketahui dalam bulan ini juga," tegasnya.

GRO leka menari dicekup

Posted: 21 Jun 2015 02:31 AM PDT

THE RAKYAT POST


GRO
Hasil risikan selama seminggu berjaya menahan 23 GRO yang terdiri daripada warga Vietnam dan empat wanita tempatan. - Foto Ihsan PDRM



KLANG:  Beberapa pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam terkedu apabila menyedari kehadiran anggota polis dalam serbuan di sebuah pub di Bandar Baru Klang, awal pagi tadi.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohd Anuar Ibrahim dari cawangan Jabatan Siasatan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Klang Utara bersama pasukan Lejang berakhir kira-kira jam 1 pagi.

Jurucakap polis berkata, ketika serbuan beberapa gadis sedang leka menari di atas pentas bagi menghiburkan pelanggannya.

Menurutnya, hasil risikan selama seminggu berjaya menahan 23 GRO yang terdiri daripada warga Vietnam dan empat wanita tempatan.

"Siasatan mendapati premis ini mula beroperasi seawal jam 6 petang dan dipercayai menggunakan gadis seksi untuk menarik pelanggan.

"Premis ini mempunyai lesen perniagaan yang telah tamat tempoh," katanya.

Katanya, GRO yang memberikan perkhidmatan mereka akan diberikan tip dengan harga RM 80 hingga RM150.

Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki disyaki penjaga premis.

Beberapa barang turut dirampas seperti amplifier, cakera padat, pembesar suara, resit dan wang tunai.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) akta yang sama dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997.
 
 

Mahu jadi pengeluar padi

Posted: 21 Jun 2015 02:28 AM PDT

Mahu jadi pengeluar padi Norhafsyam (dua, kanan) memberi penerangan mengenai Beras Sona Mahsuri di Karnival Suka, Bandar Seri Jempol.
 
 
KOPERASI Majlis Belia Felda Malaysia Berhad (Coop MBFM) berhasrat menjadi pengeluar utama padi bagi pasaran domestik di negara ini.

Pengurus Besarnya, Norhafsyam Rasali berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk dijadikan jelapang padi.

"Kita dalam proses mengenal pasti tapak padi baharu di Sabah yang mana sasaran 2,023 hektar bagi penanaman padi dapat direalisasikan selewat-lewatnya pada 2016.

"Menerusi usaha ini, kita memberi tumpuan utama memperbanyakkan beras super special tempatan (SST) ke pasaran lokal. Ia bermula pada awal Ramadan dan bagi menambah bekalan beberapa negara luar antaranya Kemboja, ia sudah dikenali pasti bagi tujuan berkenaan," katanya.

Selain beras SST, Coop MBFM akan memperkenalkan beras wangi daripada padi MRQ76 yang akan mula ditanam di kawasan seluas 600 hektar di Johor dan Kedah.

Terdahulu, Coop MBFM giat memasarkan beras keluaran mereka melalui beras jenama Belda.
 
Mengulas mengenainya, Norhafsyam berkata beras istimewa, Beras Sona Mahsuri itu dihasilkan dari padi yang ditanam di India dan Pakistan.

"Beras ini tiada lemak, kolesterol, gula dan natrium, mula mendapat perhatian dan dijual dengan harga RM40 bagi satu bungkus lima kilogram.

"Walaupun berdepan cabaran syarikat pengeluar beras lain, kita percaya dengan keistimewaan Belda sekali gus menarik minat beli orang ramai membelinya," katanya.
 
 

Krisis MIC: Subramaniam pertahan Najib

Posted: 21 Jun 2015 02:26 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - MIC hanya perlu menjalankan pemilihan semula menurut nasihat Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi menyelesaikan krisis berkaitan keputusan pemilihan parti yang dijalankan pada penghujung 2013 lalu.
 
Pemangku Presiden, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pemilihan itu perlu dilaksanakan pada penghujung 2016.
 
"Pemilihan yang lalu diadakan pada penghujung tahun 2013. Jadi, dari segi perundangan Perlembagaan parti, jika pemilihan itu (2013) sah, itu bererti pemilihan cuma diperlukan pada penghujung 2016. Iaitu tidak ada sebab untuk mengadakan pemilihan pada masa sekarang.
 
"Sebenarnya apa yang sudah berlaku ialah pemilihan itu telah dimaklumkan kepada RoS bahawa ia tidak sah kerana ada pertikaian dalam prosesnya. Oleh itu, apa yang diperlukan adalah pemilihan semula untuk pemilihan yang dianggap tidak sah itu," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. 
 
Pada 5 Disember, RoS mengisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung MIC pada November 2013.
 
RoS menasihati parti itu supaya mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 90 hari.
 
Mengulas mengenai tindakan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu, Subramaniam memberitahu Najib tidak terlibat dengan krisis tersebut.
 
"Sewajarnya pemilihan adalah penyelesaian kepada masalah ini. Ini adalah proses. Dalam proses ini, tidak ada tempoh di mana Perdana Menteri masuk (campur). Cuma Perdana Menteri ada jumpa saya dan Datuk Seri Palanivel bersama Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Agung BN dua kali iaitu pada 4 Februari dan 18 Februari. 
 
"Beliau beri cadangan supaya selesaikan isu mengikut cadangan RoS. Kita telah setuju termasuk Datuk Seri Palanivel," katanya.
 
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak dua pemohonan semakan kehakiman oleh Palanivel dan empat individu lain yang mencabar arahan RoS supaya mengadakan pemilihan semula parti.
 
Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campur tangan dalam keputusan RoS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional, sejajar dengan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18 (b)(1) Akta Pertubuhan 1966.
 
Mahkamah memerintahkan kelima-lima pemohon itu supaya membayar kos berjumlah RM90,000 kepada RoS, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden, Datuk M. Saravanan, sebagai pencelah dalam permohonan itu.
 
 

Tiada pertemuan tiga parti setakat ini

Posted: 21 Jun 2015 02:25 AM PDT

PR
 
 
SHAH ALAM – Tiada perancangan dalam tempoh terdekat ini untuk menemukan Pas, DAP dan PKR bagi membincangkan pergolakan yang berlaku dalam PR.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya masih belum memutuskan sama ada akan mengadakan pertemuan atau tidak.

Bagaimanapun, katanya pertemuan antara ketiga-tiga parti mungkin diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

"Belum ada, itu terserah kepada menteri besar kalau berkait Selangor," katanya ringkas ketika ditanya adakah PKR akan mengadakan mesyuarat bersama kepimpinan Pas dan DAP.

Pada malam Selasa lalu, PKR melalui Biro Politiknya telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan situasi terkini mengenai kedudukan PR.

Bagaimanapun, sehingga semalam PKR belum buat pendirian sama ada mahu bersama Pas atau DAP.

Ia berikutan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan PR tidak wujud lagi selepas menganggap perhubungan Pas dengan DAP sudah putus.

Video nasi impit beras palsu tidak benar

Posted: 21 Jun 2015 02:21 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Video berdurasi 41 saat dengan tajuk tertulis 'nasi impit yang diperbuat dari beras palsu' mula tersebar di laman sosial dipercayai sejak 12 Jun lalu. Berdasarkan video tersebut, seorang pelanggan menunjukkan nasi impit yang hancur dan berair   selepas digenggam.

Pelanggan tersebut kemudiannya enggan makan nasi impit yang dihidang bersama sate yang telah dipesan.

Bagaimanapun terdapat komen yang ditulis orang ramai di laman sosial Facebook berkenaan mengatakan nasi impit tersebut telah disejuk bekukan.

Ada yang berpendapat, nasi impit itu hancur kerana ia disejuk bekukan dalam tempoh lama bagi mengelak basi dan kemudiannya dipanaskan semula, bukan kerana dimasak menggunakan beras palsu.

Timbul keraguan dan persoalan mengenai video terbabit yang tidak langsung menyentuh mengenai beras tiruan yang dipercayai sengaja diadakan untuk menakutkan orang ramai.

Ini kerana hanya tangan yang memicit nasi impit tanpa wajah individu terbabit dan dikukuhkan dengan kapsyen yang mendakwa nasi impit mengandungi beras tiruan.

Tinjauan Sinar Harian  di Bangi mendapati restoran sate yang dimaksudkan tidak wujud sekaligus menafikan kesahihan  video berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri  menegaskan Malaysia tidak mengimport beras dari China  selain  turut menafikan kewujudan beras tiruan di negara ini.


Kerajaan gabungan alternatif jika Pas tarik diri

Posted: 21 Jun 2015 02:18 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Saranan DAP Selangor mengenai pembentukan kerajaan gabungan di negeri itu adalah alternatif sekiranya Pas bertindak menarik diri daripada memberi sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zaheruddin Othman berkata, syor DAP itu sebagai satu langkah ke hadapan persediaan bagi memastikan kerajaan Selangor tidak tumbang.

"Cadangan ini dikemukakan bertujuan mengekalkan kuasa mereka (DAP dan PKR) dalam kerajaan negeri.

"Seboleh mungkin DAP dan PKR cuba mempertahankan dan kekal memerintah di Selangor selama yang mungkin hingga PRU14," katanya.

Zaheruddin berkata, beliau yakin sekiranya Mohamed Azmin menerima cadangan DAP itu, mustahil untuk Adun Pas melepaskan jawatan sebaliknya akan terus berjuang mengekalkan kedudukan mereka.

Katanya, kerjasama PR yang dibentuk sebelum ini bertujuan memancing undi dan meyakinkan rakyat, namun dalam hal menubuhkan kerajaan negeri adalah sesuatu berbeza.

"Tunggulah menjelang PRU14 nanti PR akan muncul semula. Sewajarnya lepas pilihan raya mereka perlu mesyuarat semula untuk bentuk kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, semua parti bekas PR wajar meletakkan kepentingan rakyat dan juga agenda reformasi di dalam pentadbiran dan tatakelola negeri menjangkaui permainan politiking yang tiada kesudahannya.

"Kerajaan gabungan atau campuran di Selangor adalah wajar demi kelangsungan pentadbiran yang lebih baik dalam tempoh dua tahun berbaki dan sebagai manifestasi kepada perlaksanaan tanggungjawab di atas mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Dengan kewujudan kerajaan campuran baru ini juga diharapkan agar pihak wakil rakyat Umno juga dapat mempertimbangkan untuk menyertainya demi kepentingan rakyat di kawasan mereka," katanya.


Peringatan PM: Jaga imej negara di mata dunia

Posted: 21 Jun 2015 02:15 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diingatkan supaya menjaga imej negara khusus ketika berada di tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadat umrah ataupun haji.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepercayaan dan penghormatan tinggi kerajaan Arab Saudi terhadap negara ini perlu dijaga sebaik mungkin dengan turut menjaga nama baik pemimpinnya.
 
"Kalau kita naik haji musim ini, kita akan naik Metroline, operatornya adalah Prasarana dan orang Islam dari Malaysia yang mengendalikan Metroline.
 
"Kita mesti jaga imej negara yang dipimpin Umno, kalau burukkan imej, kita yang rugi.. rakyat juga rugi," katanya pada Majlis Penyerahan Air Zam-zam, kurma dan kain baju Melayu peringkat kebangsaan anjuran Biro Kebajikan Umno di Masjid Negara, di sini, hari ini.
 
Najib yang juga Presiden Umno turut menyindir sikap sesetengah pihak yang tidak menghargai jasa Umno sebagai parti pemerintah yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik.
 
"Mereka (Arab Saudi) yakin pada Malaysia, jangan bimbang kita berada di landasan betul.
 
"Kalau orang Rohingya bila mendarat (negara), dia akan cium tanah Malaysia, maknanya dia bersyukur sampai ke Malaysia, dia tahu terselamat dan boleh cari rezeki di sini, (maka) orang luar pun tahu menghargai parti Umno," ujarnya.
 
Mengulas lanjut, Najib berkata lagi, kebanjiran rakyat Malaysia ke tanah suci Makkah bukti jelas menunjukkan Umno mampu mentadbir negara dengan baik.
 
"Bila saya kerjakan umrah saya terkejut mana-mana sudut Masjidil Haram itu ada saja orang Malaysia.
 
"Kalau tiada rezeki di Malaysia, mana mungkin ribuan rakyat Malaysia mampu mengerjakan haji atau umrah," jelasnya.
 
Ketika menyentuh soal kouta haji Malaysia, Najib berkata, hasil lawatan rasminya ke Arab Saudi amat memberangsang dan beliau akan mengumumkan berita baik mengenainya tidak lama lagi.
 
"Kouta kita sedang berusaha sedaya-upaya, Insya-ALLAH," katanya lagi.
 
 

Angin Kuat, Hujan Lebat Ranapkan Bazar Ramadan

Posted: 20 Jun 2015 10:51 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan empat peniaga yang baharu hendak memulakan perniagaan hampir putus harapan apabila bangsal berstruktur besi dan beratap zink yang dikongsi mereka ranap menyembuh bumi.

Peniaga ayam tempayan, Husin Abdullah, 49, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan beliau yang sedang melayan pelanggan pada masa itu terkejut mendengar bunyi angin kuat yang meranapkan bangsal.

"Saya baharu saja datang berniaga tidak sampai satu jam, waktu itu memang hujan lebat, tetapi tidak sangka pula tiba-tiba zink dan bangsal ini roboh...mujur tidak menimpa atas kepala kami kerana kami sempat lari ke bangsal lain.

"Saya tidak pernah mengalami kejadian seperti ini, bagaimanapun saya terpaksa berniaga juga dengan menumpang di bangsal sebelah sebab ayam semua sudah diperap dan ada yang sedang dibakar dalam tempayan, memang saya agak rugi tetapi hendak buat macam mana, saya reda," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Bagi peniaga ayam potong, Rohaida Ibrahim, 28, berkata beliau yang datang lambat sedikit berbanding peniaga lain terkejut melihat ruang perniagaannya ditimpa atap dan barangnya turut rosak.

"Kerusi dan meja tempat meniaga saya ditimpa atap dan tiang yang runtuh, saya terpaksa menumpang di kanopi peniaga lain, kalau tidak, tak ada hasillah saya datang dari jauh," katanya yang tinggal di Setiu, 70 kilometer dari bandar Kuala Berang.

Amir Latif, 30, pula yang lebih 10 tahun berniaga roti tempayan di bazar berkenaan berkata kejadian itu bukan pertama kali berlaku di situ, sebaliknya hampir setiap tahun peniaga bazar menerima nasib yang sama.

"Bangsal runtuh bukan perkara baharu sebab bangsal yang disediakan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) tidak kukuh dan strukturnya tidak kuat. Kami harap sangat bangsal yang disediakan lebih kukuh dan elok.

"Sepatutnya apabila kejadian macam ni berlaku hampir setiap tahun, mereka (MDHT) boleh tengok dan menilai sendiri mana yang harus diperbaiki sebab tapak ini kami sewa," katanya.

Beliau berharap agar pihak MDHT membaik pulih segera tapak perniagaan di bazar itu yang rosak agar mereka dapat kembali berniaga dengan lebih selesa.

Palanivel dakwa Najib 'tersilap' minta adakan pemilihan semula MIC

Posted: 20 Jun 2015 10:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel mendakwa saranan Perdana Menteri untuk mengadakan pemilihan baru merupakan satu 'kesilapan' dalam menyelesaikan krisis dalaman parti.
 
Palanivel memberitahu kepada penyokongnya dalam perhimpunan khas hari ini, penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional telah memberi tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pilihan raya 2013.
 
"Ia adalah kesilapan Perdana Menteri kerana dia bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula," kata Palanivel di Pusat Trace Wolrd Putra (PWTC).
 
Beliau berkata sejak itu, pihaknya cuba membawa kes ini ke mahkamah untuk mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menghalang pemilihan semula.
 
"ROS tidak perlu terlibat dalam hal-hal parti kita.
 
"Ini adalah peraturan dan perlembagaan kita. Mereka tidak boleh terlibat,"katanya.
 
Mahkamah Tinggi pada 16 Jun menolak dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Palanivel dan lain-lain yang berkaitan dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan baharu parti.
 
Ia mengekalkan keputusan ROS bagi parti untuk mengadakan pilihan raya semula di semua peringkat (cawangan dan bahagian) termasuk jawatan presiden.
 
Palanivel berkata parti itu akan mengadakan pilihan raya cawangannya bermula Ogos dan menyeru sokongan semua ahli di 300 cawangan agar menyokongnya sebagai pemimpin mereka.
 
Beliau berkata dengan sokongan mereka dan orang-orang dari Jawatankuasa Pusat, 'mereka perlahan-lahan akan memusnahkan puak saingan'.
 
"Mari kita mula berkempen terhadap ROS dan semua orang-orang yang berdiri menentang kita. Marilah kita menuntut semula apa hak milik MIC," katanya.
 
Palanivel turut disenaraikan dalam pemilihan semula dan tempatkan akan digantikan oleh setiausaha agungnya, S.Sothinathan dan naib presiden Datuk S. Balakrishnan buat sementara waktu. 
 
 
 

Bolehkah direalisasi MP wakil intelektual, universiti?

Posted: 20 Jun 2015 10:41 PM PDT


Oleh ZAHARUDIN MUHAMMAD


Saya terfikir bagaimana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek boleh tidak mengetahui berkenaan faktor kenaikan dan penurunan harga barang. Datuk Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan tidak memahami tentang GST.

Saya fikir bagaimana menteri tidak memahami secara mendalam berkenaan portfolio masing-masing. Paling kurang, orang yang menjadi menteri di bidang tertentu, mestilah mari daripada pengajian atau keterlibatan dengan bidang tersebut.

Mungkinkah perlu Ahli Parlimen (MP) akan datang mari daripada wakil intelek dari pelbagai bidang atau daripada universiti berdasarkan bidang masing-masing? Mereka adalah intelek yang mengkaji dan rakyat perlu dipimpin oleh pemimpin yang intelek dan mempunyai akal serta ilmu yang tinggi.

Hari ini, ada MP datang daripada latar belakang pendidikan yang rendah dan tiada pengalaman yang penting. Bila jadi menteri, dia bercakap dan buat polisi serta undang-undang yang tidak memahami akar umbi dan ilmu yang berkaitan.

Ini disebabkan mereka dipilih atas dasar pengaruh di kawasan Parlimen masing-masing. Pengaruh itu berlaku antara faktor besar ialah kewangan dan latar belakang keluarga. Sekalipun mereka tidak berilmu, tidak berpengalaman dalam bidang kehidupan, tetapi jika mereka berduit dan mempunyai keluarga yang 'bangsawan', maka mereka akan menang. Inilah namanya pemimpin Al-Mala'. Lebih membimbangkan ialah, kawasan-kawasan yang miskin dan tidak berpendidikan, faktor duit memainkan peranan yang besar untuk memenangkan pemimpin Al-Malak.

Realiti ini membuka ruang yang besar untuk musuh luar khususnya kuasa besar menaja calon-calon mereka melalui dana-dana yang disalurkan secara tidak langusng dan 'bawah tanah'. Termasuk juga korporat-korporat yang mempunyai kepentingan aset negara akan terus menaja pempimpin negara dengan bantuan ketika kempen pilihan raya di kawasan-kawasan. Bila orang yang ditaja itu menang dan jadi menteri, maka polisi negara lebih cenderung memenangkan korporat-korporat ini berbanding rakyat.

Wakil universiti ini dipilih atas keintelektualan mereka sebagaimana dipilih doktor pakar di hospital-hospital. Kriteria ini bukan boleh dicipta dengan duit. Mereka juga bukan daripada parti mana-mana supaya mereka lebih independent dan berkecuali.

Hari ini, apa-apa keputusan mesti terikat dengan parti. Jika pensyarah ingin terlibat dengan politik, maka perlu letak jawatan dan dipandang serong.

Sepatutnya setiap universiti atau bidang mempunyai kerusi di Parlimen, mendapat cuti daripada univeristi selama penggal menjadi Ahli Parlimen dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik untuk bertanding.

Mungkin bukan sahaja universiti, bahkan mungkin juga Ahli Parlimen juga perlu diwakili oleh salah seoarang Board Director atau Penasihat Syariah Bank supaya polisi-polisi berkaitan dapat dibahaskan oleh mereka yang berkelayakan. Yang penting dalam poin yang ingin saya ketengahkan ialah bagaimana untuk maksimumkan golongan intelek pelbagai bidang dalam Parlimen untuk memacu negara supaya lebih maju dan terkehadapan.

Pandangan ini semoga dapat memaksimumkan golongan cerdik pandai dalam parlimen seterusnya bagi mengelakkan Parlimen menjadi kedai kopi yang masanya habis dengan sindir menyindir dan lebih teruk maki memaki. Yang hero dalam parlimen ialah bukan siapa yang dapat mematikan hujah tetapi dapat mematikan cakap lawan dengan pelbagai teknik seperti kacau minta laluan. Apabila laluan diberikan maka ianya diisi dengan merapu supaya masa Ahli Parlimen yang sedang bercakap habis dengan 'kacau'.

Di dalam Islam, kelayakan utama menjadi pemimpin ialah orang yang berilmu sama ada ilmu itu mari daripada pengajian atau pengalaman. Dalam surah Al-Baqarah akhir juzuk kedua memberikan pengajaran bahawa Bani Israel berlaku perubahan positif apabila mereka mula dipimpin oleh Talut, seorang yang berilmu setelah mereka mundur dan dijajah selama 40 tahun ketika dipimpin oleh golongan Al-Malak (dipilih berasaskan pengaruh).

Insya Allah, umat kita Malaysia akan berubah apabila kita mula dipimpin oleh mereka yang berilmu dan bukan lagi dipimpin oleh Al-Malak.

Sekarang masanya untuk Malaysia berubah ke arah kecemerlangan!

(*)  Penulis ialah AJK PAS Pusat.

Kenapa tubuhkan pemantau yang tidak dapat berbuat apa-apa?

Posted: 20 Jun 2015 10:38 PM PDT



Oleh Sonia Ramachandran


Forum "Nothing to Hide", dan pembatalannya dan ketidakhadiran Perdana Menteri Najib Razak ke majlis itu telah menjadi buah mulut orang ramai akhir-akhir ini, dengan kecohnya majlis ini dan pembatalannya di media sosial.

Terutamanya memandangkan kehadiran Najib akan membuatkan beliau berhadapan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan mereka berdua akan menjawab persoalan tentang buah fikiran PM 1MDB yang kontroversi.

Tindakan polis yang membatalkan forum itu saat-saat akhir, bagaimanapun, telah membawa lebih persoalan berbanding jawapan.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menyeru supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyiasat arahan polis untuk membatalkan forum itu.

Pengerusi Proham Kuthubul Zaman memberitahu Theantdaily bahawa Suhakam mempunyai kuasa untuk melakukan inkuiri yang mungkin akan menjumpai sebarang salah kuasa polis berkaitan kebebasan bersuara apabila mereka membatalkan forum itu dan menghalang Mahathir daripada terus bercakap.

"Suhakam kemudian akan membuat saranan supaya tidak akan berulang lagi kelakuan seperti itu oleh polis," kata beliau.

Tetapi Suhakam sendiri telah berkata baru-baru ini yang mereka "lebih teruk daripada harimau tidak bertaring".

Jadi kebaikan apa yang akan dibawa oleh inkuiri itu?

"Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap saranan Suhakam dan membuatkan ianya mandatori kepada polis untuk patuh kepada saranan itu.

"Malahan, setiap saranan Suhakam mestilah dipatuhi. Ini adalah perkara biasa di negara-negara lain," kata Kuthubul, yang juga bekas presiden Majlis Peguam.

Beliau berkata beliau sangat risau mengenai sekatan hak asas awam iaitu kebebasan bersuara.


"Ianya tidak betul buat polis untuk menghalang bekas perdana menteri (Dr Mahathir) daripada bercakap dan ianya tidak betul untuk menghalang perdana menteri sekarang daripada bercakap.

"Kenapa membatalkannya di saat-saat akhir? Bukankah mereka (pihak polis) telah tahu risiko sekuriti lebih awal lagi?" tanya Kuthubul.

Kenyataan bersama lebih awal telah dikeluarkan oleh Kuthubul dan setiausaha agung Proham Denison Jayasooria menyeru Suhakam melakukan inkuiri awam terhadap insiden itu "kerana ianya telah membuatkan sesuatu yang tidak sihat dengan menyekat hak asas warga Malaysia daripada bercakap tentang perkara berkepentingan umum."

"Proham berpendapat bahawa insiden ini mengakibatkan satu trend berbahaya dan boleh dianggap sebagai cara sekatan baru oleh pihak berkuasa terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan asas dalam konteks isu-isu berbangkit berkaitan dengan pentadbiran yang baik.

"Ianya bercanggah dengan wawasan kita menjadi negara maju menjelang 2020, lebih-lebih lagi sebagai demokrasi matang," kata kenyataan itu.

Forum "Nothing to Hide" pada Jun 5 yang dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sepatutnya menampilkan Najib dalam dialog terbuka dengan aktivis, pemimpin NGO, blogger dan media.

Acara itu kemudian dibatalkan atas arahan pihak polis untuk menjaga "keselamatan awam" dan Pejabat Perdana Menteri kemudian telah menyatalan punca ketidakhadiran Najib ke forum itu atas nasihat polis dan arahan polis perihal kepentingan keselamatan.

Tetapi kenapa pembatalan itu dilakukan pada hari forum itu sendiri dan pada saat-saat akhir?

Bukankah kepentingan keselamatan telah ada sejak dari forum itu diumumkan?
Tetapi pendapat Kuthubul benar.

Suhakam seharusnya menjalankan inkuiri untuk membuatkan persoalan umum dijelaskan dan menetapkan adakah kebebasan bersuara semakin disekat oleh pelaksanaan undang-undang.

Tetapi menjalankan inkuir saja tidak mencukupi. Penemuan dan saranan Suhakam seharusnya kuasa perundangan dan dilaksanakan dengan segera.

"Rekod kami selama 20 tahun lalu menunjukkan bahawa kami berusara dengan lantang, tetapi kami terikat dan tidak dapat mengejar anda," pengerusi Suhakam Hasmy Agam telah dipetik sebagai berkata pada April.

The Sun Daily memetik Hasmy sebagai berkata Suhakam sedang cuba untuk menekan kerajaan supaya memberi mereka lebih "taring".

"Kami telah memohon kepada kerajaan untuk memberi kami lebih kuasa. Kami telah membuat beberapa cadangan kepada kerajaan tetapi kami masih belum mendapat tindak balas yang positif," Hasmy dilaporkan berkata.

Lagipun, kenapa tubuhkan Suhakam sebagai pemantau jika saranan dan penemuan mereka hanya dipandang sebelah mata? 

Bukankah ianya membazirkan wang pembayar cukai?


Berani Menuduh & Memfitnah, Beranilah Bertanggungjawab Dan Terima Akibatnya...

Posted: 20 Jun 2015 10:32 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Ahmad Awang pertimbang saman Hadi kerana dakwaan calon DAP

Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya,"
katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi.

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu.

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya.

Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut. -TMI

ULASAN GB

Berani membuat tuduhan dan fitnah maka kenalah berani bertanggungjawab dan menanggung akibatnya.

Di dalam pil kuda dahulu Haji Hadi berjaya melepaskan diri, hasil dari pertolongan seorang peguam dari kumpulan profesional, Asmuni Awi. Itu pun Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah."

Sekalipun bebas daripada tuduhan memfitnah seseorang secara spesifik, tetapi wajarkah seorang Presiden Parti ISLAM SeMalaysia mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah? Dalam kitab apa yang mengizinkan / membolehkan seseorang Islam mengeluarkan perkataan berunsur fitnah?

Dan kini Haji Hadi bakal diheret ke mahkamah sekali lagi, akan berada di kandang orang salah sekali lagi. Suka-suka menuduh dan memfitnah calon lawannya sebagai mengikut telunjuk DAP.

GB telah lama mengingatkan pimpinan PAS bahawa mereka perlu bersedia untuk diheret ke mahkamah pada bila-bila masa. Di dalam satu tulisan GB sempena Maal Hijrah tahun 2009 lagi GB telah menjangkakan:


Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan


Wallahu alam.

Najib mesti jawab dakwaan WSJ

Posted: 20 Jun 2015 10:29 PM PDT

najib-WSJ
WSJ

 Roketkini.com


GELANG PATAH: Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dakwaan akhbar AS, The Wall Street Journal (WSJ) mengenai laporan bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tindakan berdiam diri Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri mengenai perkara ini memberi kesan buruk, bukan sahaja kepada kewibawaan Najib malah reputasi antarabangsa kepada Malaysia.

WSJ dalam laporannya 18 Jun lalu menyatakan bahawa 1MDB telah membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Laporan WSJ itu kemudiannya dipetik semula oleh portal Kinibiz semalam bahawa Genting membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.

Laporan itu mendakwa "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.

"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan

Najib, menurut jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.
WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.
PRU13
Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Tambah Kit Siang, Najib adalah orang yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, bukan sahaja kerana syarikat itu adalah milikan kerajaan, malah kerana beliau juga adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Menurut Fasal 117 di bawah Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB, perjanjian tersebut menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu memberi kelulusan bertulis bagi mana-mana tawaran 1MDB, termasuk pelaburan firma itu atau mana-mana tawaran bagi penyusunan semula.

"Berdiam diri bukan satu pilihan untuk Najib, kerana ia seperti mengesahkan laporan WSJ itu," ujar Kit Siang.

Kit Siang turut mempersoalkan sama ada Najib bersedia mengumumkan bahawa beliau sendiri akan hadir di hadapan Jawatankuasa Parlimen Akaun (PAC) bagi menjawab semua soalan mengenai dakwaan WSJ.

"Adakah Najib bersedia untuk meminta PAC menjadualkan semula perbicaraan skandal 1MDB itu supaya meletakkan keutamaan untuk beliau hadir di hadapan PAC? soal Kit Siang. – Roketkini.com


Bekas Exco Pemuda PAS Johor sertai DAP

Posted: 20 Jun 2015 10:26 PM PDT

WIRA1759

Roketkini.com


KLUANG, 21 JUN Beberapa hari selepas seorang penceramah PAS membayangkang betapa beratnya 'dosa' meninggalkan parti itu, bekas Exco Pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali secara rasminya menyertai DAP dengan menyerahkan borang keahlian malam tadi.

Borang itu diterima sendiri oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang di majlis Sembang Santai dan Berbuka Puasa di Kluang.

WIRA1527Sheikh Omar berkata, keputusannya memilih menyertai DAP dibuat berdasarkan senario politik nasional ketika ini yang kian meruncing.

"Isu skandal 1MDB, Felda Global Ventures (FGV), penyelewengan Tabung Haji, krisis dalaman UMNO dan banyak lagi amat menuntut kepada satu langkah tuntas bagi memastikan rakyat dapat diselamatkan dari terus menjadi mangsa.

"Dalam hal ini, saya melihat ada ruang yang boleh saya sumbangkan menerusi DAP khasnya sebagai seorang anak muda bagi menjadi sebahagian daripada agen perubahan untuk negara.

"Saya yakin DAP dapat menjadi platform untuk saya memainkan peranan lebih aktif dalam usaha ke arah membentuk Malaysia yang lebih demokratik, adil dan sejahtera," kata beliau.

Turut hadir dalam majlis adalah Sasterawan Negara A Samad Said, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dan Ahli Jawatankuasa DAP Johor Mahdzir Ibrahim.

Selain pernah menjadi Exco Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya dan penggerak Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat sebelum pulang ke bumi Darul Takzim.

Bekas graduan Universiti Malaya yang aktif dalam Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) itu kini menabur khidmat sebagai Pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang. – Roketkini.com


Peserta Perhimpunan Khas MIC dibayar?

Posted: 20 Jun 2015 10:19 PM PDT

 
Seorang lelaki yang enggan membenarkan namanya ditulis mengakui dia dibayar RM50 untuk hadir ke perhimpunan itu.


MIC ringgit



PETALING JAYA: Terdapat dakwaan mereka yang menghadiri Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibayar.

Beberapa orang awam yang berpakaian putih bertulis 'Saya sokong G.Palanivel' dan menggantungkan tag 'sukarelawan' yang didekati memberitahu mereka hadir kerana dijanjikan wang, makan tengah hari dan minum petang.

Seorang lelaki yang enggan membenarkan namanya ditulis mengakui dia dibayar RM50 untuk hadir ke perhimpunan itu.

Apabila ditanya siapa yang membayarnya, lelaki itu menjawab, "Kawan yang bawa, kawan yang bayar."

Manakala seorang lagi wanita yang dikenali sebagai Saraswathy mendakwa dia dijanji dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan itu.

"Saya bukan ahli MIC atau mana-mana parti. Mereka beri makan tengah hari tetapi oleh kerana sangat lapar saya mencari kalau-kalau minum petang disediakan. Kami semua sangat lapar," ujarnya yang dibawa bersama 40 orang rakan yang lain dari Padang Jawa, Shah Alam.

Ketika ucapan Jawatankuasa Tertinggi MIC sedang berlangsung di dalam dewan Tun Hussein Onn, kelihatan warga emas, wanita termasuk kanak-kanak berlegar di luar dewan.

Sebelum ini, Palanivel bersama pemimpin yang lain menyangkal mereka yang datang telah dibayar.

Sebaliknya kehadiran peserta dan perwakilan berkenaan atas semangat menyokong Presiden MIC dan kepimpinan beliau.

'Ustaz muda' pengaruh Hadi jadi tertutup

Posted: 20 Jun 2015 04:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kemasukan kumpulan ustaz muda ke dalam PAS mengubah sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Kata Faiz, golongan tersebut menyertai dan aktif dalam PAS selepas wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka, katanya, kemudian memencilkan perjuangan Islam PAS hanya kepada isu hudud sahaja.

"Kebiasaannya mereka memegang jawatan dalam PAS dan mula menyingkir golongan profesional dengan melancarkan pelbagai isu, seperti menolak DAP dan pada masa sama, mengabaikan slogan PAS for All (PAS untuk semua).

"Golongan ini melihat islam terhad kepada hudud saja semata-mata dan manu pecahkan pakatan rakyat," katanya di forum anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan semalam.

Forum itu turut dihadiri Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz berkata beliau melihat perubahan strategi politik Abdul Hadi yang dulu terbuka kini tertutup ekoran pengaruh gelombang ustaz muda dalam PAS.

Faiz Fadzil berkata demikian sebagai menjawab soalan diajukan Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Lau Chee Boon.

Panggil Abdul Hadi berdialog

Kata Lau, pihaknya pernah berdialog dengan Abdul Hadi sebelum pilihan raya umum 2013 dan Abdul Hadi kelihatan berfikiran terbuka ketika itu.

"Mengapakah pendirian Abdul Hadi boleh bertukar begitu cepat? Sebelum 505 (tarikh pilihan raya umum ke-13), dia memang berfikiran terbuka. Dia kata PAS mempertegaskan perjuangan negara berkebajikan.

"Saya sangat hairan, selepas pilihan raya, dia tukar begitu cepat. Dia berdegil nak melaksanakan hudud," katanya.

Faiz berkata Abdul Hadi perlu diajak berdialog bagi mendapatkan penjelasan mengenai perubahan sikap berkenaan.

"Kita kena panggil Abdul Hadi berdialog lagi untuk tanya, sebab saya pun mahu tanya dia," kata Faiz.

Sementara itu Teo (kiri) berpendapat sikap Abdul Hadi bertukar berikutan pergolakan dalaman UMNO.

"Semasa video (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebar, saya tahu inilah sebab mengapa Hadi Awang bertukar sikap.

"Jika orang nombor dua ini membawa sebilangan ahli keluar dari UMNO, mereka yang pro-UMNO atau prokerajaan perpaduan mungkin dapat mengisi jawatan kosong tersebut," dakwa Teo.

Video dimaksudkan Teo adalah rakaman ucapan tertutup Muhyiddin mengenai isu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Tidak jual makanan pada yang ponteng puasa

Posted: 20 Jun 2015 04:37 PM PDT

THE RAKYAT POST


beli makan ramadan
Warga kota yang tidak sempat memasak mempunyai pilihan yang banyak untuk juadah berbuka puasa. - Foto TRP/Kenneth Wan Kah Hoong



KUALA LUMPUR:  Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba bulan Ramadan, peniaga makanan akan membuka restoran atau gerai sedikit lewat dari biasa bagi memberi peluang umat Islam membeli juadah untuk berbuka puasa.


Malah ada peniaga makanan yang membuka restoran dan gerai sehingga waktu Imsak untuk pelanggan menikmati juadah bersahur terutama kepada mereka yang masih bujang atau belajar.

Tinjauan The Rakyat Post di sekitar Kampung Baru menunjukan banyak gerai-gerai makan dibuka seawal jam 3 petang bagi pengunjung yang ingin membeli juadah qatau berbuka puasa di situ.

Waktu beroperasi yang tersendiri di bulan Ramadan ini memberi peluang kepada warga kota yang sibuk, untuk membeli juadah berbuka puasa atau berbuka di luar bersama keluarga dan sahabat.

Walaupun ada restoran atau gerai yang beroperasi agak awal, kebanyakan pemiliknya berhati-hati dan tidak menjual makanan kepada umat Islam yang 'ponteng' berpuasa.

Menurut Hafiza Ahmad, pemilik kedai makan "Dapur Jaja", beliau memulakan perniagaan pada jam 3 petang sehingga waktu berbuka puasa dan juga menyediakan juadah untuk pelanggan bersahur.

"Kami menyediakan lauk pauk seperti nasi dagang, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Bagi bulan puasa kami membuka perniagaan sehingga waktu sahur.

"Selama berniaga, banyak pengalaman seperti orang Islam datang untuk membeli makanan sebelum waktu berbuka tapi saya tidak sesekali menjual kepada mereka," kata beliau ketika ditemubual.
beli makan ramadan2
"Selama berniaga, banyak pengalaman seperti orang Islam datang untuk membeli makanan sebelum waktu berbuka tapi saya tidak sesekali menjual kepada mereka," kata Hafiza – Foto TRP/Kenneth Wan Kah Hoong
Jelasnya lagi, di sekitar tempat perniagaan beliau tidak terdapat sebarang pantauan yang dibuat oleh pihak penguatkuasaan. Disebabkan itu ada di antara mereka membuka perniagaan lebih awal dari yang sepatutnya.

Namun, sebagai orang Islam Hafiza berkata, walaupun mereka beroperasi agak awal, mereka berhati-hati untuk tidak menjual makanan kepada orang Islam lain yang sengaja tidak berpuasa kerana tidak mahu menanggung dosa.

"Yang penting, kami menyediakan lauk segar kepada pelanggan dan bukan yang dimasak pada malam sebelumnya," katanya.

Bagi pengurus restoran Adamson, Mohd Husin Mat Din berkata, sepanjang bulan Ramdan mereka mula membuka perniagaan pada waktu tengah hari tetapi apabila dekat dengan waktu berbuka, hanya pelanggan Islam dibenarkan makan.

"Kami benarkan pelanggan bukan Islam makan sebelum waktu berbuka tetapi apabila tiba waktu berbuka kami mahu menyediakan tempat yang cukup untuk pelanggan Islam untuk menikmati buffet berbuka puasa yang disediakan.

"Hanya selepas waktu Maghrib barulah pelanggan bukan Islam akan datang semula makan di sini," katanya.

Husin berkata, buat masa ini mereka mengamalkan polisi membenarkan orang bukan Islam makan di restoran mereka di waktu siang.

"Kita hidup di negara berbilang bangsa dan agama, maka kami benarkan yang bukan Islam datang makan di restoran kami dan pastikan kami tidak menjual makanan kepada orang Islam di waktu siang dan hanya ketika hampir waktu berbuka sahaja," katanya kepada The Rakyat Post.
beli makan ramadan1
"Kita hidup di negara berbilang bangsa dan agama, maka kami benarkan yang bukan Islam datang makan di restoran kami dan pastikan kami tidak menjual makanan kepada orang Islam di waktu siang," kata Husin. – Foto TRP/Kenneth Wan Kah Hoong
Pemilik gerai yang diwarisi sejak arwah bapa lagi, Zubaidah Mohd Zin berkata beliau selalunya memulakan perniagaan pada jam 2 petang dalam bulan puasa.

"Itupun kami hanya menyediakan lauk pauk untuk dibungkus dan dibawa pulang pada waktu petang sahaja kerana khuatir ada yang mengambil kesempatan membeli dan makan sebelum waktu berbuka puasa," katanya.
beli makan ramadan3
Zubaidah berkata mereka hanya menyediakan lauk pauk untuk dibungkus dan dibawa pulang pada waktu petang sahaja kerana khuatir ada yang mengambil kesempatan membeli dan makan sebelum waktu berbuka puasa. – Foto TRP/Kenneth Wan Kah Hoong

Orang bukan Islam kongsi pengalaman berpuasa di media sosial

Posted: 20 Jun 2015 04:32 PM PDT

THE RAKYAT POST


non muslim puasa1
Twitter Eli Eskola mengenai pengalaman berpuasa menerima lebih 2,000 like dan 1,200 retweets setakat ini. - Foto: Twitter Eli Eskola



KUALA LUMPUR:  Ramadan merupakan bulan suci untuk setiap umat Islam. Bila tiba bulan ini, mereka akan berpuasa menahan diri dari makan, minum dan keperluan fizikal lain pada waktu siang sebagai amalan menyucikan jiwa.


Bagaimanapun, bukan umat Islam sahaja yang tertarik dengan amalan berpuasa pada bulan Ramadan, malah orang bukan Islam juga dilihat turut terpesona dengan keindahan bulan tersebut.

Kegembiraan mereka untuk sama-sama merasakan nikmat berpuasa pada bulan Ramadan dikongsi di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Salah seorang daripadanya, lelaki Cina bernama Ahlu Tun Eng telah memuat naik dan berkongsi gambar beliau sedang Iftar di Facebook (berbuka puasa) dengan kapsyen, "yeah!!done my first day fasting on today..lets berbuka puasa bersama, friends. #firstdayfastingmonth #cinaberpuasa #berjaya #idoit #20150618 #selamatberbukapuasa."

Gambarnya itu disukai lebih 10,000 pengikut dan dikongsi sebanyak 100 kali.

Seorang pengguna Twitter bukan Islam, Eeli Eskola (MrEskola), turut berkongsi pengalaman beliau menjalani ibadah puasa selama empat hari.

"Saya bukan orang Islam tetapi saya berpuasa selama empat hari (tidak boleh lakukan lebih banyak tetapi bukannya saya tidak mampu). Pengalaman berpuasa membuatkan saya berfikir.

"Ia tidaklah begitu sukar dan lebih mudah daripada yang saya jangkakan. Bagi orang miskin mereka biasa untuk hidup seperti itu. Sekarang saya tahu betapa bertuahnya saya.

"Ramadan mengajar saya untuk menghargai perkara-perkara yang anda benar-benar perlu untuk hidup. Hidup di luar batasan keperluan adalah menyedihkan umum hari ini,

Eskola juga menulis tweet bahawa dia tertarik dengan Islam dan merancang untuk membaca Al-Quran.

Bagaimanapun, menjawab soalan tentang status agamanya, beliau menyebut bahawa dia tidak memeluk Islam lagi dan sedang mempertimbangkan buat masa ini.

Jawapan Twitter beliau telah menerima lebih 2,000 like dan 1,200 retweets setakat ini.

Pada bulan yang penuh dengan keberkatan, Ramadhan membuka pintu kepada semua orang tanpa mengira latar belakang agama mereka untuk bersatu dan berkongsi keindahannya.
non muslim puasa
Gambar Ahlu Tun Eng disukai lebih 10,000 pengikut dan dikongsi sebanyak 100 kali.

FGV menyusuli 1MDB- bahagian 1

Posted: 20 Jun 2015 04:22 PM PDT

sakmongkol.blogspot




Najib dan geng2 nya adalah kumpulan yang segera menjelma sebagai pembawa malapetaka dan bencana ekonomi yang paling dasyat kepada rakyat Malaysia. 1MDB adalah rencana beberapa oang mencuri duit rakyat. JHo Low tidak akan dapat buat apa yang dia lakukan tanpa bantuan Najib Tun Razak. 

Perbuatan mencuri itu tidak terbatal dengan pembetulan yang dilakukan kemudian nya. Dan pembetulan iti dilakukan dengan rompakan bersiri keatas dana GLC2- tabung haji, epf, kwap dan bank2 milik kerajaan. 

Walau berbuih mana pun Najib dan kerajaan mempertahankan dan menjustifikasi pembohongan mereka, rakyat sudah pun menghukum- apa yang dilakukan Najib ialah pembohongan belaka. Najib sudah sampai ketahap paling bawah dimana setiap kali dia keluarkan kenyataan, orang akan kata sudahlah- penipu.

Mereka yang percaya cakapan Najib ialah pasukan PR nya dan gerombolan yang dibayar oleh Najib. 

Rakyat kena sedar bahawa kerajaan BN berada dalam fasa rompak sebelum terlambat. Jadi sebelum kerajaan bertukar tangan, rompak sampai bersih dan selagi boleh. 

Tidak ada kuasa yang boleh sekat mereka yang berkuasa dari merompak dan melanun. Najib yang lemah dan dirinya sendiri kelam kabut dengan isiu 1MDB dan cubaan2 gali lubang tutup lubang mendedahkan Malaysia kepada bencana dan malapetaka ekonomi yang dasyat.

Keadaan buruk sudah sampai pada tahap, hendak  report SPRM pun tak berguna. Kalau kita merani-kulupkan diri kita dengan membuat lapuran polis, kita pun jadi pandir macam pak rani yang bercermin mata hitam dan berberet merah dan beruniform general tentera Najib. 

Kita hendak suruh SPRM SIASAT Isa Samad dan FGV pun tidak berguna. Badan tersebut ada taring dengan orang kecil sahaja tapi tidak ada  kuasa untuk prosecute bila tiba kes besar yang libatkan kroni dan kepentingan kerajaan Najib. Saya sebut kerajaan Najib sebab penglibatan Najib mesti ada, sama ada secara lansung atau tidak lansung. 

Saya akan tetap sebut bahawa Najib adalah PM kita yang paling teruk. Form ada, substance tidak ada. Rupa elok, isi teruk. Dia hanya tin kosong yang jerit sana sini mengenai slogan dan bayar duit sana sini sebagai jalan menyelesaikan masaalah. 

Negara berkecamuk dengan isiu 1MDB, pembelian IPP oleh TNB, pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji, kita ada pula FGV yang membeli kepentingan dalam ladang sawit dan gula sahabat Najib pada harga yang gila. Dua kali ganda dari harga yang patut. 

Kita sudah jemu dengan istilah willing buyer and willing seller- kalau kedua nya berpakat untuk gasak duit rakyat, adalah istilah willing buyer and seller itu menyelamatkan keadaan? Mari kita lihat.

Bagimana saham Eagle High dinilaikan pada harga premum iaitu 72% lebih dari harga terakhir ia diperdagangkan? Dan bagaimana Felda menerima penilaian ini? Apa yang dilakukan oleh Eagle high yang boleh menjustifikasikan premium 72% itu? 

Cerita mengenai orang2 Peter Sondakh melayani pembuat keputusan adalah legendary. Mereka akan dijemput dengan private jet atau helicopter dan diterbangkan ke hotel 5 bintang. Kemudian segala idaman yang terfikir dan tidak pernah terfikir akan disempurnakan. Kemudian baru buat keputusan. 

Maka adakah layanan istimewa ini yang menyebabkan  Felda akan membayar US$17,535 se-hektar untuk asset ladang Eagle High? Ini jauh lebih dari range harga untuk ladang2 di Indonesia yang biasa nya berada dalam lingkungan US$8,000 and US$13,000 se-hektar. Ertinya, Felda Isa Samad membayar lebih pada kadar USD 4000-9000 se hektar. 

Bayangkan jika ada komsiyen yang dibayar. 

FGV beli asset ladang Felda 360,000 hektar , yakni ladang dari FElda  pada harga yang cukup lumayan. Jadi mengapa bila tba ladang Sondakh, harga dan terma yang serupa tidak boleh di perolehi? 

Kenapa tidak boleh pajak 99 tahun seperti FGV pajak tanah Felda Plantations? Kita mesti ingat FGV hanya bayar kepada Felda RM698.24 se hektar atau RM248.5juta setahun dan suatu peratusan dari operating profit bisnes perladangan FGV. 

Felda yang melalui usunaga seperti ini sepatutya jadi bijak. Tapi nampak nya lebih jadi bodoh dengan Isa Samad mengemudi FGV.

Urusniaga dengan Rajawali ini akan dibiayai oleh pinjaman dan resev tunai Felda. Berapa banyak resev yang akan digunakan? Resev tunai sekarang sekitar RM2.87 billion. Bayangkan jika Felda menggunakan RM2 billion, ia hanya ada RM870 juta untuk mengurus rancangan felda. Felda dan fgv tidak  ada duit untuk menjaga kebajikan peneroka. 

Tapi sebaliknya, Rajawali Group milik Peter Sondakh mendapat deal yang sangat baik. Walaupun membeli pada harga yang mahal, dan memiliki 37% kepentingan dalam syarikat tersebut, Felda tidak ada saham menguasai. Kumpulan Rajawali dengan kepentingan 31.6% dalam syarikat, akan terus mengurus syarikat tersebut. Jadi beli apa pada harga RM1 billion lebih ini? FGV menjadi syarikat pelaburan? 


Seperti urusniaga ala Tabung Haji dan TRX, syarikat Sondakh akan diberi bayaran deposit sebanyak US$174juta atau sekitar 23% dari harga belian tanpa Felda melakukan due diligence keatas assets Rajawali Group atau mendapatkan kebenaran dari pihak2 berkuasa kedua negara. 

Apa jadi jika assets yang digembar gemburkan itu jadi macam assets petrosaudi dalam kes 1MDB? Telaga minyak tidak ada, kepentingan keatas syarikat carigali tidak ada? Yang ada hanya omongan kosong tapi duit sudah dihantar. 
Saya berharap, felda tidak hantar ke akaun individu seperti yang dilakukan oleh 1MDB kepada Good Star Limited.

Pemuda PAS puji Azmin

Posted: 20 Jun 2015 04:20 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemuda PAS hari ini berkata, walaupun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berakhir namun Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali masih lagi berkongsi pendirian yang sama dengan PAS.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin (gambar), beliau memuji sikap Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu kerana mengambil pendirian bahawa Pakatan masih wujud walaupun DAP berpendapat sebaliknya.

"Kenyataan Lim sejurus selepas mesyuarat jawatankuasa parti berkenaan harus merujuk kepada kenyataan bercanggan (oleh) Azmin yang masih rasional mempertimbangkan situasi yang berlaku.

"Beliau (Azmin) masih optimis dengan kerjasama Pakatan di Selangor dan menolak pilihan untuk membubarkan DUN," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Malah, Khairil berkata, tindakan DAP sebelum ini yang memulakan "permainan" dengan menyerang PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi punca dewan ulama parti itu membuat usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP.

Tindakan melampau

Katanya, dalam "permainan" itu DAP dilihat terlalu gopoh dan terburu-buru menyerang PAS yang akhirnya mematikan Pakatan.

"DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang muktamar PAS.

"Tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama PAS membuat reaksi dan mengemukakan usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam Pakatan. Bagaimanapun ia dengan syarat mendapat persetujuan Majlis Syura Ulama PAS.

"Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan game ini dan mereka sendiri yang akhirnya mematikan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Selasa lalu, DAP mengumumkan bahwa Pakatan sudah tidak wujud lagi ekoran keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik bersama DAP,

Usul yang lulus tanpa bahas pada muktamar awal bulan ini bagaimanapun masih lagi belum diputuskan memandangkan ia perlu dibincangkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. 


Tiada ulasan: