Sabtu, 20 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Siapa yang tidak sokong PAS boleh sertai DAP atau PKR

Posted: 20 Jun 2015 03:14 AM PDT

THE RAKYAT POST


PAS BALA
Pengerusinya, N. Balasubramaniam berkata DHPP tidak akan berganjak daripada keputusan itu meskipun ada segelintir individu yang menunjukkan kecenderungan untuk menubuhkan parti baru. - Foto TRP/Azrol Ali



KUALA LUMPUR:  Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetap berpendirian akan menyokong kepimpinan ulama yang menerajui parti itu.

Pengerusinya, N. Balasubramaniam berkata DHPP tidak akan berganjak daripada keputusan itu meskipun ada segelintir individu yang menunjukkan kecenderungan untuk menubuhkan parti baru.

Bercakap kepada The Rakyat Post, Balasubramaniam berkata pihaknya menghormati keputusan perwakilan yang memilih golongan ulama menerajui parti itu melalui Muktamar parti itu baru-baru ini.

"Pendirian kami tetap akan menyokong kepimpinan sekarang malah sokongan kami tidak akan terjejas.

"PAS adalah parti agama dan tidak memainkan isu perkauman jadi kami tetap berpendirian akan sentiasa bersama PAS.

"Keputusan Muktamar itu dipilih oleh perwakilan PAS dan kami memang bekerjasama dengan perwakilan," ujarnya.

Jelasnya, DHPP juga menyokong keputusan PAS sekiranya parti itu memutuskan untuk tidak bersama DAP.

Malah katanya, individu yang 'kecewa' dalam pemilihan itu tidak harus menubuhkan parti baru.

Ini kerana katanya, mereka boleh menyertai DAP atau PKR sekiranya tidak 'sebulu' dengan kepimpinan sedia ada.

"Kalau PAS dah putus hubungan dengan DAP pun kami sokong.

"Mereka yang kalah dalam pemilihan dan mahu tubuh parti baru, itu saya tidak setuju. Siapa yang tidak sokong PAS boleh sertai DAP atau PKR.

"Kami sendiri tahu kami sokong ulama dan tidak akan lari dari kenyataan itu," katanya.

Anggota IS menyamar pelajar diusir - KPN

Posted: 20 Jun 2015 03:08 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang rakyat asing yang disyaki menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa di sebuah negara Afrika Utara ditahan awal bulan lalu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan menerusi operasi khas di sekitar Lembah Klang dijalankan Bahagian Counter Terrorisme Cawangan Khas Bukit Aman.
 
Beliau berkata, suspek kemudian telah diusir ke negara asal pada 17 Jun lalu, jam 8 malam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
 
"Suspek memasuki Malaysia pada Mac tahun lalu menggunakan visa pelajar yang disyaki palsu, atas nama sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang.
 
"Visa terbabit diperoleh secara salah dari sebuah sindiket yang beroperasi di Lembah Klang untuk membolehkan suspek menetap dan menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.
 
Suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
 
Mengikut rekod, Khalid berkata, suspek sama juga sebelum ini pernah ditahan pada 2007 dan dipenjara selama dua tahun di negara asalnya kerana terbabit dalam aktiviti keganasan.
 
"Dia berlepas ke Syria pada 2013 untuk menyertai kumpulan militan IS dan ditangkap pada awal 2014 ketika cuba menyusup masuk ke Turki," katanya.
 
 

Keluarga tinggal di khemah akan dipindahkan segera - Mustapa

Posted: 20 Jun 2015 03:06 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
JELI: Semua 43 keluarga mangsa banjir yang tinggal dalam khemah di penempatan sementara Bandar Utama Gua Musang, akan dipindahkan segera ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani Gua Musang. 
 
Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pemindahan secara berperingkat itu sedang dilakukan dan dijangka mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di kem PLKN itu. 
 
Mereka akan tinggal di kem berkenaan hingga rumah kekal yang sedang dibina kerajaan siap tidak lama lagi, katanya selepas majlis berbuka puasa Parlimen Jeli di sini, malam tadi. 
 
Mereka ditempatkan sementara di khemah yang disediakan kerajaan sejak bencana banjir memusnahkan rumah mereka Disember lalu. 
 
Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Unit Pemulihan Pasca Banjir Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menguruskan pemindahan mangsa banjir itu ke kem PLKN berkenaan. 
 
Beliau berkata kerajaan akan menyediakan beberapa kemudahan untuk mangsa banjir yang ditempatkan di kem PLKN itu termasuk bas untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah.
 
 

Gelagat 'profesional' bak api dalam sekam PAS

Posted: 20 Jun 2015 03:04 AM PDT

Oleh Lokman Ramlee

 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Saf kepimpinan ulama PAS benar-benar menghadapi ujian getir ketika ini. Bukan sahaja mereka perlu menangani gelagat DAP yang bertindak lebih daripada seteru politik, tetapi golongan profesional yang ditumpaskan awal bulan ini. 
 
Ketika Datuk Seri Haji Abdul Hadi sibuk mengatur pasukan pengurusan dan kepimpinan PAS, golongan yang mengaku masih menjadi ahli PAS ini sibuk pula membina persepsi yang agak negatif terhadap parti itu sendiri. 
 
Ada di kalangan tokoh-tokoh golongan profesional itu cuba menyindir dan membayangkan betapa lemahnya kepimpinan beliau hingga perlu ada parti baru ditubuhkan menggantikan PAS.
 
Selain Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) kini menggembar-gemburkan khabar ia akan 'bersalin kulit' menjadi sebuah parti politik, ada juga pemimpin PAS sendiri yang memberi gambaran suram tentang masa depan PAS.
 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, misalnya berkata, pembentukan parti baru akan diusahakan jika kepimpinan PAS yang dipilih pada Muktamar PAS kali-61 lalu tidak dapat berfungsi dengan baik.


 
Secara langsung atau tidak kenyataan ini memberi gambaran yang kurang mengujakan terhadap mutu kepimpinan PAS yang umumnya ditunjangi pemimpin dari golongan ulama.
 
Ia memberi isyarat seolah-olah keberangkalian kepimpinan ulama yang baru dipilih oleh perwakilan PAS akan gagal, adalah agak tinggi; lantas perlu dipersiap parti pengganti. Jika ini bukan kritik kurang membina apakah namanya?
 
Mungkin Khalid tidak berniat mencemoh wibawa ulama. Namun dalam suasana peralihan kepimpinan PAS, kenyataan yang bersifat 'gergaji dua mata'begitu pasti tidak membantu pengukuhan politik PAS.
 
"Kami masih mempunyai peranan untuk menentukan bahawa Pas akan terus memainkan peranan yang seperti mana sepatutnya.


 
"Jika tidak, kami akan ke hadapan. Penubuhan parti baharu ini hanya akan terlaksana bergantung kepada keupayaan pemimpin baharu," katanya.


 
Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pusat berkata, PAS perlu memainkan peranan menegakkan Islam, menyatupadukan kaum dan memenuhi keperluan rakyat jika mahumengelak parti baru 'ala-PAS'ditubuhkan.


 
"Kami akan memberikan masa kepada mereka melihat sejauh mana peranan yang dimainkan pemimpin baru.

Tetapi tiada garis masa tempoh itu. Jika mereka gagal, kami akan terus ke hadapan," katanya.
 
Sebagai ahli politik, cakap Khalid dilihat berlapik. Bagaimanapun seorang lagi profesional yang gagal mempertahankan kedudukan dalam jawatankuasa Pusat, Hanipa Maidin segera melontarkan pandangan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat. 
 
Jika tidak, hujahnya, PAS akan dilihat mahu berpaut pada kuasa politik yang diraih bersama Pakatan Rakyat walaupun pada dasarnya Dewan Ulama sudah mengesyorkan supaya hubungan politik dengan DAP diputuskan.
 
Seorang lagi tokoh profesional yang nampaknya masih belum dapat menyembunyikan kekecewaan tumpas dalam pemilihan lalu ialah bekas Timbalan Presiden, Mat Sabu. 
 
Dalam tembual bersama sebuah portal berita, beliau meramalkan bahawa PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam berikutan tindakan 'fasakh' politik dengan DAP.
 
Satu faktor yang menyokong hujahnya, kata Mat Sabu, ialah hakikat bahawa PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
 
Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.
 
"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.
 
"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, ada juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40 peratus," katanya.
 
Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian dalam pilihan raya umum.
"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.Ini semua sudah terkebelakang," katanya.
 
Bagaimanapun dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-61 tempoh hari, Haji Hadi menggariskan keperluan untuk mencergaskan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari kalangan bukan Melayu.
 
Selain mahu menjadikan sistem jaringan usrah di peringkat Ranting, Kawasan dan Negeri sebagai tulang belakang pengurusan PAS, mencergaskan DHPP dilihat wawasan untuk memastikan sokongan bukan Melayu berkekalan.
 
Belum sebulan golongan ulama mengambil alih kepimpinan PAS, mereka kini disindir, cemuh dan gertak oleh kalangan ahli dan bekas pemimpin parti itu sendiri.
 
Soalnya, apa sudah jadi pada iltizam dan tarbiyah yang pemimpin-pemimpin profesional PAS anuti selama ini? Tindak tanduk mereka 'bak api dalam sekam' yang boleh membakar kewibawaan dan keutuhan PAS.
 
Benarkah dakwaan bahawa kepimpinan ulama sudah tersasar dari strategi mahu menumbangkan Umno-BN? 
 
Atau, adakah golongan profesional kini terlalu taksub dengan 'silat politik' rakan-rakan Pakatan Rakyat lain sehingga merumuskan ulama tidak bijak memimpin?
 
Kemana pergi rasa kasih sayang pada jemaah? Adakah perselisihan pandangan dengan golongan ulama hari ini begitu meruncing hingga soal apa akan jadi pada jemaah PAS sudah tidak lagi penting bagi mereka.
 
Atau, adakah luka kecundang dalam pemilihan lalu terlalu pedih sehingga mereka sudah hilang pedoman dan alpa bahawa kenyataan-kenyataan itu hanya akan melemahkan lagi PAS?
 
Mungkin benar persoalan yang dilontarkan oleh ulama sebelum muktamar tempoh hari bahawa yang jadi isu politik terkini bagi PAS ialah wala' atau kesetiaan golongan tertentu yang terkesima dengan strategi PKR dan DAP.
 
 

Mat Sabu dakwa pemikiran pemimpin baru dalam PAS bahaya

Posted: 20 Jun 2015 03:00 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini memberi amaran bahawa pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu kini boleh membahayakan negara.
 
Mohamad Sabu dipetik sebuah portal berita sebagai berkata beliau bimbang PAS kini mula mengikut trend "bahaya" di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik.
 
Kata Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, kecenderungan dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan "takfiri" itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.
 
"Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.
 
"Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka.
 
"Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara," katanya dipetik portal berita The Malaysian Insider.
 
Katanya, Malaysia akan berdepan dengan ancaman yang lebih besar jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.
 
Jelas Mat Sabu, kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti.
 
"Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.
 
"Mereka lihat Hanipa (peguam Mohamed Hanipa Maidin) dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal," katanya.
 
"Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini," kata Mat Sabu.
 
Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.
 
Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.
 
Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.
 
Selain itu, Mat Sabu turut mendakwa golongan ulama yang menerajui PAS kini kelihatan lemah dalam mengendalikan tadbir urut kerajaan yang baik.
 
"Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.
 
"Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka," katanya.
 
Mengulas mengenai parti baru bagi menggantikan PAS, Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.
 
"Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baru atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.
 
"Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya," katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.
 
 

Peluang Warga Singapura Menikmati Raja Buah Sepuas-Puasnya

Posted: 20 Jun 2015 02:46 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
SINGAPURA: Pencinta durian bakal mendapat nikmat yang lebih memandangkan ia berbuah dengan begitu baik pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Pengurus jualan syarikat pemborong buah-buahan dan sayur-sayuran Chit Huat PTD Ltd, Tan Shuqing, 34, berkata, ini disebabkan oleh cuaca baik pada tahun ini yang menyaksikan ia begitu 'menjadi'.

"Terdapat satu kitaran durian di mana setiap 15 tahun, durian berbuah dengan sangat baik. Dengan bantuan cuaca yang baik, terdapat peningkatan dua kali ganda dalam bilangan durian yang berbuah tahun ini," katanya.

Penjual di 227 Katong Durian Wong Yew Loon, 58, berkata, di Pahang dan Johor, ia berbuah tepat pada masanya pada tahun ini. Ia biasanya berbuah pada awal Julai di Pahang tetapi ia bermula lebih awal tahun ini. Di Johor ia biasanya berbuah dari hujung Mei hingga awal Jun.

Tan dan Wong berkata Singapura melihat peningkatan dalam bekalan kerana pada masa yang sama umat Islam di Malaysia menyambut Ramadan.

"Jualan durian di Malaysia agak perlahan kerana pada bulan Ramadan permintaannya yang kurang dan mereka terpaksa menolaknya ke Singapura," kata Wong.

Fruits Top 1 Department Store -yang mempunyai dua cawangan di Geylang Road Lorong 36 dan Toa Payoh Central memberi amaran bahawa hasil yang baik di Malaysia mungkin tidak bermakna kepada peminat durian di Singapura.

Pemiliknya, Teoh See Aik, 38, berkata: "Walaupun hasil yang baik pada tahun ini, ia tidak bermakna kemasukan yang tinggi ke Singapura. Kilang-kilang di Malaysia juga membuat puri durian dan dieksport ke China untuk dimakan."

Tetapi Arthur Gan, 38, yang menjalankan perniagaan durian milik keluarganya yang telah berusia 30 tahun dan mempunyai kedai di Still Road, Bukit Timah dan Seng Kang Square memberi jaminan kepada peminat di sini bahawa terdapat bekalan durian yang cukup untuk semua orang.

"Orang di China mula makan durian sejak dua tahun lepas dan bekalan ke Singapura terjejas dan harganya tinggi. Tetapi tahun ini, kita tidak akan terjejas kerana lebihan bekalan," katanya.

Gan berkata "Harga biasa adalah 20 peratus lebih rendah daripada tahun lepas."

Walau bagaimanapun, pemeriksaan dengan dua penjual durian mendedahkan bahawa harga untuk durian pilihan utama Mao Shan Wang mungkin tidak semestinya lebih rendah secara menyeluruh.

Satu kilogram (kg) durian Mao Shan Wang di Fruits Top 1 Department Store kini berharga $15, lebih tinggi daripada tahun lepas yang berharga $12 pada tahap paling rendah dalam tempoh yang sama.

Tidak ada perbezaan harga untuk satu kg durian Mao Shan Wang di 227 Katong Durian di mana ia ia dijual pada harga $15, untuk kedua-dua tahun. Tetapi harganya jatuh ke $12 hingga $13 per kg selama seminggu tahun lepas.

Tetapi Wong meramalkan harga boleh jatuh kepada $13 hingga $15 per kg minggu depan.

Tan berkata harga secara umumnya durian, tidak kira jenis apa adalah lebih murah tahun ini dengan 30 hingga 40 peratus penurunan berbanding pertengahan tahun lepas.
Tetapi dia mengingatkan bahawa harga tetap akan berbeza mengikut kedai kerana kualiti."

Peminat durian Ming Lim, 37, telah makan kira-kira 20 biji durian dengan rakan-rakan dan keluarga sejak musim bermula di mana dia membayar kira-kira $ 14 bagi setiap kg Mao Shan Wang.

Akauntan itu berkata: "Secara purata, ya, harga lebih murah pada tahun ini saya tidak pasti jika mereka akan menaikkan harga, apabila durian Mao Shan Wang dengan kualiti sebenar berada di sini.."

Katanya dia sedar bahawa durian pada awal musim mungkin tidak sebaik yang kemudiannya.

"Daripada apa yang telah saya nikmati setakat ini, mungkin 1-2 daripada 10 biji adalah benar-benar baik. Selebihnya adalah biasa-biasa sahaja," kata Lim.
 
 

Upacara 'Posogit' Tenteramkan 'Penjaga' Gunung Kinabalu

Posted: 20 Jun 2015 02:38 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUNDASANG: Majlis Penasihat Gunung Kinabalu melakukan satu upacara 'Posogit' hari ini yang mengikut kepercayaan penduduk tempatan di sini bertujuan menyeimbang dan mententeramkan 'penjaga' gunung Kinabalu susulan kejadian gempa bumi di Ranau, pada 5 Jun lepas.

Upacara berkenaan diketuai seorang bobolian (dukun) dari Kampung Bundu Tuhan, Abas Arinting, 93, bersama sepuluh ahli penasihat dari kampung sama dan Kampung Kiau.

Seekor kerbau dikorbankan untuk upacara berkenaan yang berlangsung selama 30 minit bermula 8.25 pagi di kawasan Timpohon, yang merupakan lokasi pelepasan pendaki gunung Kinabalu di Taman Kinabalu.

Menurut kepercayaan penduduk kaum Dusun di sini, korban seekor kerbau itu untuk dipersembahkan kepada penunggu gunung Kinabalu.

Bobolian turut menggunakan peralatan 'lumai' sebagai alat komunikasi berhubung dengan penunggu gunung Kinabalu.

Penyelaras upacara itu Johnny Ghani, berkata upacara ini bagi memulihkan kesan 'kemudaratan' Gunung Kinabalu berikutan pelanggaran adat di kawasan itu antaranya kejadian pelancong asing berbogel.

"Dalam bahasa tempatan, saya boleh katakan upacara ini bagi memulihkan kesan kemudaratan yang tersirat di gunung Kinabalu dan mengembalikan keadaan yang panas menjadi sejuk semula," katanya ketika ditemui selepas upacara itu.

Upacara dimulakan dengan bobolian mencari tempat sesuai melakukan upacara itu diikuti penyembelihan seekor kerbau yang dikorbankan.

Hanya bahagian hati, jantung, sedikit daging dan hujung hidung kerbau diambil untuk upacara itu manakala lebihan daging kerbau dimasak untuk dijadikan juadah dalam majlis ringkas dihadiri penduduk kampung di Taman Kinabalu.

Johnny yang merupakan ahli Penasihat Gunung Kinabalu berasal dari Kampung Bundu Tuhan berkata pelaksanaan upacara itu juga bertujuan memberi ketenangan dan keharmonian kehidupan penduduk di kawasan kaki sekitar Gunung Kinabalu.

Sementara itu, Pengurus Taman Daratan Taman-Taman Sabah (TTS) Maipol Spait berkata pelaksanaan upacara itu merupakan sumbangan pihaknya kepada komuniti sekitar Gunung Kinabalu dalam usaha penjagaan adat istiadat menerusi Majlis Penasihat Gunung Kinabalu.

Katanya bagi TTS, upacara itu dibuat sebelum kerja-kerja pembaikan laluan ke gunung Kinabalu dan kerosakan lain dilakukan berikutan kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Tragedi gempa bumi berskala 5.9 Richter itu telah mengegarkan Sabah sekali gus meragut 18 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta benda di kawasan terjejas bencana, terutama di Ranau.

Daripada 18 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu, sembilan daripadanya adalah warga Singapura, enam warga Malaysia, seorang masing-masing dari Jepun dan China manakala seorang merupakan warga Filipina yang menjadi residen tetap di Singapura.
 
 

Laluan Baharu Daki Gunung Kinabalu Akan Dikenal Pasti

Posted: 20 Jun 2015 02:31 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Kemusnahan laluan ke puncak Gunung Kinabalu akibat gempa bumi 5 Jun lalu mendorong pihak berkuasa berusaha mengenal pasti laluan baharu.
 
 
 
KUNDASANG: Tinjauan awal bagi mengenal pasti laluan baharu mendaki gunung Kinabalu akan dilakukan bagi menggantikan laluan asal yang runtuh akibat gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Pengurus Taman Daratan Taman-Taman Sabah Maipol Spait berkata tinjauan itu akan dilakukan selepas tiga hari upacara 'Posogit' yang diadakan, Sabtu.

"Dua kawasan laluan mendaki gunung Kinabalu yang runtuh akibat gempa bumi adalah di Kilometer (KM) 1.5 hingga KM1.8 dan KM6.1 hingga KM7," katanya ketika ditemui selepas upacara 'Posogit' di Taman Kinabalu di sini, Sabtu.

Beliau berkata laluan pendakian gunung Kinabalu dari Mesilau ke  Layang-Layang juga runtuh akibat gempa bumi yang berukuran 5.9 pada skala Richter berkenaan.

Menurut Maipol, tinjuan berkenaan juga akan mengenal pasti kerosakan pada  bangunan yang terdapat di Laban Rata dan hasil tinjauan akan dikumpul oleh sebuah jawatankuasa kecil yang dipengerusikan beliau yang turut dianggotai wakil dari Sutera Sanctuary Lodges, Mountain Torg serta Malim Gunung Kinabalu.

Katanya, hasil tinjauan khususnya mengenai laluan baharu mendaki gunung Kinabalu itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk proses penilaian dan kelulusan.

"Setelah mendapat kelulusan, barulah kerja pembinaan laluan baharu dilakukan," katanya.

Tragedi gempa bumi yang berpusat di Ranau itu menyebabkan runtuhan batu di kawasan puncak gunung Kinabalu mengorbankan 18 orang terdiri enam rakyat Malaysia iaitu empat malim gunung dan dua pendaki, Singapura (10), dan masing-masing seorang rakyat Jepun serta China.-- Bernama

Pusat Khidmat Adun Komtar disimbah cat

Posted: 20 Jun 2015 02:29 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
Kes jenayah
 Kes jenayah

 
GEORGETOWN - Pusat Khidmat Adun Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon di sini disimbah dengan cat hitam dan dipercayai cuba dibakar awal pagi tadi.

Difahamkan, ia merupakan kejadian kali kelima ke atas pejabat berkenaan yang sebelum ini pernah dijadikan Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.

Teh ketika dihubungi berkata beliau menyedari pusat khidmatnya disimbah cat ketika mahu membuka pejabat di rumah dua tingkat berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata, terdapat kesan cat hitam di hadapan pusat itu dan beliau turut menjumpai satu botol plastik yang terdapat kesan terbakar di hadapan pejabatnya.

"Sebaik saya tiba pagi ini, jiran sebelah bangunan datang memaklumkan yang dia terdengar bunyi motosikal melalui kawasan pejabat saya kira-kira pukul 3.30 pagi.

"Bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menyedari pejabat saya disimbah cat pagi ini," kata Teh.

Beliau berkata, pembantunya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan. -Bernama


Lepasan pendidikan khas perlu diberi pekerjaan

Posted: 20 Jun 2015 02:25 AM PDT


SINAR HARIANMary Yap Kain Ching Mary Yap Kain Ching
 
 
TAWAU - Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching meminta majikan agar memberi ruang dan peluang kepada pelajar lepasan pendidikan khas untuk menonjolkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan.
  
Beliau berkata, pelajar lepasan pendidikan khas berkenaan seharusnya tidak dipinggirkan dalam lapangan pekerjaan kerana mereka juga berupaya memberi sumbangan mengikut tahap kemampuan masing-masing.
  
"Terdapat pelajar pendidikan khas ini mempunyai bakat yang boleh ditonjolkan antaranya bermain piano, menyanyi dan lain-lain. Jadi kita berharap mereka ini juga mendapat perhatian para majikan selepas tamat sekolah," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal dan Anak-Anak Istimewa Bersempena Bulan Ramadan dan Hari Bapa 2015 di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara di sini hari ini.
  
Katanya Kementerian Pendidikan tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar pendidikan khas malah mereka sentiasa diberi perhatian dalam usaha memperkasa mereka.
  
Menurutnya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), terdapat bab khas yang memberi tumpuan dan bantuan berkaitan pembelajaran dan kemudahan yang lebih selesa kepada pelajar pendidikan khas berkenaan.
  
Mary Yap berkata, bab berkenaan turut merangkumi usaha mempertingkat latihan  para guru terlibat agar dapat memberi pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar pendidikan khas.
  
Mengenai majlis itu, beliau berkata kebajikan anak-anak istimewa dan ibu tunggal sentiasa mendapat perhatian untuk diberi bantuan.

"Mereka ini perlu dibantu khasnya ketika bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka dan dapat menceriakan hidup mereka sedikit sebanyak," katanya.
  
Beliau berkata, pihaknya akan turut menyediakan kursus tertentu untuk ibu tunggal yang dapat membantu mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
  
Pada majlis itu seramai 169 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak istimewa serta warga tua menerima bantuan berupa wang ringgit dan barangan makanan. - Bernama

Jika ada kerjasama ketiga, Pas harap lebih lama

Posted: 20 Jun 2015 02:20 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap jika ada gabungan Pas dengan parti lain selepas ini dapat bertahan lebih lama berbanding Barisan Alternatif dan PR.

"Kerjasama politik DAP dengan Pas akhirnya tidak dapat bertahan jua buat kali ke keduanya. Dari sudut positifnya, hubungan Pas-DAP kali ini berlangsung lebih lama berbanding di zaman di Barisan Alternatif selepas berehat selama 7 tahun (2001-2008).

"Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya...Pas kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada siapa tahu apa yang berlaku akan datang namun mungkin kekalahan hari ini adalah rahmat di masa depan.

"Pas tetap kesal dengan serangan berterusan DAP terhadap presiden parti dan fitnah bahawa Pas mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno. Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada Umno yang berkuasa di kerajaan persekutuan.

"Tiada siapa yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang bakal berlaku pada masa depan. Kekalahan hari ini mungkin adalah rahmat di masa depan, kemenangan hari ini mungkin ialah musibah yang tidak diundang.
 
"Siapa yang menjangka kemenangan besar Umno di 2004 merupakan pintu kepada kehilangan undi popularnya hari ini? Biarlah sejarah menilainya," katanya

Katanya, Pas akan terus istiqamah dan menerima qada dan qadar ALLAH dengan hati terbuka manakala prinsip serta dasar parti akan terus menjadi kompas perjuangan.


DAP sedia terima kerajaan gabungan di Selangor

Posted: 20 Jun 2015 02:17 AM PDT


 
 
SHAH ALAM – DAP mengalu-alukan kerajaan gabungan di Selangor dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang lain bersama PKR.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, mesyuarat DAP Selangor telah mengemukakan cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa mesyuarat DAP Selangor telah mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan menteri besar. Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan-cadangan daripada beliau.

"Dengan tidak wujud lagi kerajaan PR, kami mengalu-alukan sebuah 'Kerajaan Gabungan Negeri Selangor' yang baharu. Gabungan ini perlulah berasas secara menyeluruh kepada Kerangka Dasar Bersama dan manifesto kerajaan Selangor yang diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya yang lalu.

"Kami mengalu-alukan Kerajaan Gabungan ini bersama dengan PKR dan mana-mana pihak lain yang sedia bekerjasama politik antara satu sama lain secara rasmi, untuk mencapai matlamat tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pertemuan dengan Azmin amat penting dan perlu disegerakan.

"Oleh sebab itu, perjumpaan antara DAP Selangor dengan menteri besar adalah amat penting dan perlu disegerakan untuk menyelesaikan kemelut politik ini secepat mungkin. Selagi mesyuarat ini belum diadakan, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang ingin mencetuskan sangkaan buruk di dalam media massa arus perdana.

"Permintaan ini telah disampaikan kepada menteri besar pada hari Khamis yang lalu dan kami kini menunggu penetapan tarikh dan masa dari pejabat beliau," katanya.

Sebelum itu beliau menafikan laporan sebuah akhbar yang melaporkan hasil mesyuarat tergempar DAP Selangor memutuskan supaya mendesak Azmin memecat tiga exco Pas ekoran pengisytiharan PR sudah tidak wujud.

"DAP Selangor dengan sebulat suara mengambil keputusan supaya tidak berniat menjejaskan kerajaan Selangor dan pembubaran Dun Selangor adalah usaha terakhir yang langsung tidak diingini," katanya

Pengasas Seni Silat Lincah, Omardin meninggal dunia

Posted: 19 Jun 2015 10:21 PM PDT

THE RAKYAT POST


OMARDIN
Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang. - Foto Bernama



KUALA LUMPUR:  Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.

Menurut anak Allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain berkata Omardin yang berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi ini setelah 15 hari menerima rawatan di hospital itu,

"Sebelum ini arwah ada menghidap barah tulang, daripada barah itu dia mengalami komplikasi buah pinggang dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal selama 15 hari," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Kompleks Lincah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak selepas Zohor.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan dua anak lelaki.

Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan PSSLM bersempena 50 tahun pertubuhan itu.

Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri.



Aksi kanak-kanak bawa ‘Ultraman’ solat Tarawih

Posted: 19 Jun 2015 10:14 PM PDT

THE RAKYAT POST

ultra
Gambar seorang budak percayai dalam lingkungan empat tahun, lengkap dalam 'Baju Melayu' bersama dengan kopiah hijau, berdiri di sebelah bapanya, telah dimuat naik oleh Facebook Siakap Keli.



KUALA LUMPUR: Selain melengkapkan kewajipan berpuasa, bulan Ramadan juga memberi peluang kepada umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih.

Tidak terkecuali foto seorang kanak-kanak yang bertarawih sambil membawa bersama patung 'Ultraman'.
Foto berkenaan menjadi viral apabila gambar berkenaan dimuat naik oleh Siakap Keli di laman Facebook dengan memaparkan 'Ultraman' berkenaan berada dalam kedudukan sedang bertakbir.

Gambar ihsan daripada Nur Azwan Kamaruddin telah mendapat lebih 93,000 likes dan 5,000 share.

Foto berkenaan menarik ramai pengguna Facebook yang geli hati dengan telatah comel kanak-kanak itu.
Malah ada yang berkongsi pengaman yang sama dengan peristiwa yang pernah dialami mereka.

"Anak saya pun minat sangat dengan ultraman, tapi dia mahu yang ada bunyi.. semalam ketika semua jemaah sedang khusyuk bertarawih, tiba-tiba ultraman dia berbunyi.. sampai tergelak-gelak  makcik sebelah saya ketawa, hasilnya terawih perlu dimulakan kembali," tulis Siti AIshah Hanifah.

"Sambil adik ni terawih, sambil dia tgk ultraman dia tu masih ada ke tidak di sebelahmya bimbang dicuri orang," tulis Zul Ikhtiar.


Kilang jijik ditutup serta-merta

Posted: 19 Jun 2015 09:58 PM PDT

Kilang jijik ditutup serta-merta Keratan muka depan akhbar Sinar Harian edisi Perak hari ini.
 
 
BAGAN SERAI - Menjijikkan. Itulah keadaan dalam sebuah kilang memproses serta membungkus produk asam jawa, tepung jagung dan tepung kastard di sini sewaktu diserbu peguatkuasa pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Parit Buntar, pagi kelmarin.

Keadaan dalam premis berkenaan yang agak gelap itu sangat kotor di mana lantainya berair dan berbau busuk, bumbung kilang bocor, peralatan kilang serta rak penyimpanan bahan mentah berkarat.

KPDNKK cawangan Parit Buntar bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian bertindak merampas dan menyita produk asam jawa dan tepung jagung bernilai RM14,000 dan mengarah premis itu ditutup serta-merta selama 14 hari bermula kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila didapati produk yang dikeluarkan kilang itu disahkan menggunakan logo halal yang tidak mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk).

Ketua PPDNKK Cawangan Parit Buntar, Nasir Mohamad berkata, serbuan ke atas kilang itu dilakukan pada jam 11.30 pagi kelmarin bagi  pemeriksaan logo halal pada produk keluaran premis berkenaan.

Menurutnya, sewaktu pemeriksaan dijalankan empat anggotanya  di kilang itu, mereka terkejut mendapat keadaan persekitaran premis tersebut  sangat kotor dan menjijikkan.

"Saya segera memaklumkan perkara itu kepada PKD Kerian dan meminta membuat pemeriksaan segera terhadap kondisi kebersihan kilang tersebut.

"Manakala pemilik kilang yang berusia 62 tahun gagal mengemukakan bukti menunjukkan logo halal yang digunakan mendapat pengesahan Jakim atau Jaipk," katanya sewaktu ditemui media di pejabatnya di sini, semalam.

Beroperasi lebih 20 tahun

Apabila pemeriksaan dilakukan empat pegawai PKD Kerian, Nasir berkata, kilang yang sudah beroperasi lebih 20 tahun itu didapati mengalami masalah kebersihan yang kritikal dari segenap aspek.

Jelasnya, PKD Kerian turut membuat tindakan susulan dengan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bagi membolehkan pemiliknya menjalankan kerja-kerja pembersihan mengikuti spesifikasi ditetapkan jabatan itu.

"Bagi pihak kami pula, tindakan susulan adalah menyita 78 kotak asam jawa, 48 kotak tepung jagung dan 22 guni plastik pembungkusan produk yang dilabelkan atas nama sebuah syarikat tempatan.

"Jumlah keseluruhan hasil rampasan dianggarkan RM14,000 dan kes akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Nasir berkata, pihaknya kini menunggu keputusan ujian sampel produk makanan yang dikeluarkan kilang itu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi memastikan sama ada kualiti produk tercemar disebabkan kondisi kebersihan yang sangat menyedihkan.

Menurutnya, jika disahkan tercemar, KPDNKK tidak teragak-agak untuk mengarahkan kesemua produk keluaran kilang itu ditarik balik daripada pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Berdasarkan siasatan ke atas pemilik kilang, mereka memberi alasan keadaan premis tersebut kotor disebabkan pengurusan dalam proses berpindah ke kilang baharu di Taiping.

"Bagaimanapun, beberapa pekerja kilang memberitahu kami keadaan premis memang kotor sejak dahulu lagi, bahkan ada ketikanya bahan mentah yang dibekalkan dari negara Indonesia dilonggokkan di atas lantai premis begitu sahaja," katanya.

Nasir turut mendedahkan kilang berkenaan baharu mendapat kelulusan kontrak membekalkan produk asam jawa, tepung jagung dan tepung kastard ke negara Brunei baru-baru ini.

Jelasnya, isu produk kilang berkenaan sebenarnya sudah mendapat perhatian KPDNKK sejak dahulu lagi apabila ada pengguna dari Ampang, Selangor mengemukakan aduan terjumpa puntung rokok di dalam produk asam jawa yang dibeli.

"Apabila siasatan dibuat, kami mendapati  logo halal yang diletakkan pada produk berkenaan amat meragukan.

"Saya menasihatkan  kepada semua pengguna supaya membeli produk berlogo halal yang disahkan Jakim bagi mengelakkan pembelian produk meragukan dan tidak selamat," katanya.


Hudud: Pas beri Umno masa tunai janji

Posted: 19 Jun 2015 09:56 PM PDT

Datuk Mohd Amar Abdullah Datuk Mohd Amar Abdullah
 
 
KOTA BHARU – Pas Kelantan memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan sehingga akhir tahun ini untuk menunaikan janjinya bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

"Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas RUU Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menghormati dan bersikap adil dalam melihat perkara tersebut melalui banyak skop memandangkan dalam suasana kini, banyak perkara lain yang mungkin perlu mendapat pertimbangan sama.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberitahu, oleh sebab yang munasabah pihaknya masih memberi peluang kepada kerajaan pusat selesaikan dahulu segala keperluan kerajaan sebagaimana yang ternyata iaitu usul persendirian tidak boleh dibahaskan selagi agenda kerajaan di bawah peraturan mesyuarat tidak diselesaikan.

"Selepas ini (sesi Parlimen Oktober) kita ada sebulan lebih, masa itu panjang dan Insya-ALLAH masa itu kita harap Umno akan menunaikan janji mereka," katanya

Pemuda Pas : 'Game' DAP bunuh PR

Posted: 19 Jun 2015 09:54 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - DAP yang memulakan permainan politik ini dan parti itu juga yang membunuh PR, kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Menurutnya, DAP terus memfitnah Pas meskipun semua isu yang dibangkitkan termasuk berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan sudah dijawab parti Islam itu.

"DAP telah membuat keputusan bahawa PR sudah tidak lagi wujud atau mati. Saya melihat ini satu 'game' yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi PR serta berterusan menyerang peribadi Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

 "Dakwaan kerjasama dengan Umno, pertukaran Menteri Besar Selangor serta implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan...menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh Pas.

"Namun DAP masih terus memfitnah Pas dan Presiden secara khususnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Katanya, susulan tindakan melampau DAP selama ini, Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Parti tersebut juga telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 24 Mac lalu.

"Kemudian, DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang muktamar yang lalu.

"Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama Pas Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam PR. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Masjlis Syura Ulama," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan DAP gopoh dan terburu-buru dalam menyerang Pas.


Ekstradisi lapan suspek rampas MT Orkim Harmony

Posted: 19 Jun 2015 09:51 PM PDT

SINAR HARIAN


Ekstradisi lapan suspek rampas MT Orkim Harmony Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap anggota Parlimen Bagan Datoh menghadiri majlis berbuka puasa bersama kariah Masjid Al Khairiah Wataniah Kampung Sungai Pergam malam tadi. - Foto Bernama
 
 
 
BAGAN DATOH - Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini untuk menghadapi pendakwaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Katanya permohonan esktradisi itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia agar siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan selewat-lewatnya Selasa ini.
  
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melakukan siasatan lebih lanjut setelah siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.
  
"Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam, Kemboja serta Thailandyang turut memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Khairiah, Selekoh di sini malam tadi.

Lapan suspek itu yang merupakan warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan negara itu kira-kira 6.30 pagi semalam.
  
Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan orang dalam berhubung kejadian itu, bagaimanapun siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung perkara itu.
  
"Ada baiknya kita tunggu siasatan daripada pihak berkuasa Vietnam dan PDRM yang akan melakukan siasatan terperinci serta pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk melakukan pendakwaan," katanya.

MT Orkim Harmony, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
  
Kapal milik Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
  
Operasi menyelamat kapal berkenaan yang dirampas lapan perampas berakhir semalam dengan kesemua anak kapal itu dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi.
  
Bagaimanapun seorang daripada kru kapal iaitu tukang masak warga Indonesia Mavit Matin, 46, cedera di paha kerana ditembak perampas, telah diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama


Tiada istilah perang 'kalah mati' dalam politik

Posted: 19 Jun 2015 04:21 PM PDT

MSO


Tuan Ibrahim serah kepada qada dan qadar.
Saya menunggu-nunggu komentar atau ulasan daripada pimpinan tertinggi Pas berhubung "tragedi" yang menimpa Pakatan Rakyat khasnya membabitkan Pas dengan DAP kini. Saya mengharapkan komentar itu, kalau pun tidak dapat mengusaikan apa yang berlaku, memulihkan keretakan dan mencantum kembali serpihan yang relai dan pecah, tetapi memberi kepuasan kepada orang (rakyat) mendengarnya. Ertinya biarlah ia satu ulasan dan jawaban yang mengamankan. 

Komentar dinanti-nantikan itu tentulah tidak tambah menegangkan lagi keadaan. Komentar yang mengulik perasaan untuk damai. Dalam hidup ini bukan saja memerlukan kepada perdamaian keadaan, tetapi perdamaian fikiran juga penting. Sebab itu ada orang kaya tetapi hidupnya gelisah sepanjang masa kerana ketiadaan ketenangan fikiran.

Komentar demikian sesuai dengan sifat atau darjat manusia yang disyariatkan sebagai khalifah. Dan sebagai pimpinan yang mendakwa diri mereka adalah terjemahan dari akhlak Quran dan Hadith, akan dapat membuat komentar yang mereda dan menginsafkan keadaan dan kalau ia tidak mampu membuka jalan perdamaian.

Peperangan politik

Peperangan dalam politik, atau mana-mana peperangan tidak ada yang berpanjangan tanpa nokhtah. Ia pasti akan ada kesudahan dengan dua kemungkinan, kalah mati, atau pun berhenti dan berdamai kembali. Peperangan kalah mati dalam konteks manusia dan dunia adalah yang paling bodoh kerana ia merugikan. Manakala dalam politik istilah itu sama sekali tidak wujud.

Berhubung perang Pas dengan DAP, apa diharapkan ia bukan kalah mati tetapi bersifat genjatan senjata. Ertinya berlaku genjatan senjata, untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Manusia itu dianggap bijak dan mulia apabila mereka berbalah kemudian menemui jalan baik kembali. Dendam mendenami terbuang dalam kamus keagamaan.

Umum harus memberi peluang kepada kedua pihak berbincang mencari penyelesaian. Merekah tidak perlu dipersepsikan dengan api. Sekiranya selepas perbincangan gagal, barulah peperangan diteruskan. Itu pun untuk sementara waktu sahaja, atau paling lama bagi satu generasi sebelum generasi seterusnya mencari perdamaian.

Lihatlah macam mana peperangan fizikal berebut kuasa antara negara-negara di dunia ini. Antara blok kuasa besar yang memperalatkan negara kecil menjadi prokasinya. Mereka berperang bukan sebulan dua, bahkan bertahun-tahun sampai mencecah berabad pun ada. Tetapi akhirnya berhenti juga.

Jerman Barat beperang dengan Jerman Timur, kerana pertentangan ideologi. Akhirnya tembok Berlin memisahkan mereka dirobohkan. Mereka bersatu semula dengan lebih maju dan jaya lagi.

Amerika berperang dengan Vietnam untuk mengukuhkan kedudukan di IndoCina dan sebagai mahu dilihat kuasa utama dunia. Sehebat mana Amarika, akhirnya ia berakhir dengan kekalahan dari pihak negara Uncle Sam itu. Itu Israel tidak pernah tidur dari terus berperang dengan Palestin. Sejak lebih 50 tahun sudah ada beberapa kali usaha perdamaian, genjatan senjata dan sebagainya, tetapi ia tidak berhasil. 

Setiap kali diusaha perdamaian, peperangan dihentikan sejenak, dan bila ia gagal, diteruskan. Naik cemuh kita mendengar bunyi letupan dan berita kematian di Semenanjung Gara tetapi itulah putaran alam dan rencah kehidupan.

Nah, dalam politik Pas, DAP dan sesiapa juga tidak terlepas dari disiplin berkenaan.

Ulama kepala butut

Makanya kalau perbalahan antara DAP dengan Pas yang akhirnya "memengsankan" Pakatan Rakyat, (pinjam istilah Mustafa Ali), pandangan atau pendapat yang inginkan peperangan itu berhenti secara kalah mati tanpa perlu diadakan rundingan lagi adalah pandangan dari akal yang tidak sihat dan pemain politik yang dangkal. Perkiraan demikian adalah perkiraan dari kepala budak-budak yang mentah dan putik politik dan berjiwa panas serta pendapat ulama berkapala "butut" - kepala tidak berapa bulat molek, semalam baru mengenal abjab politik.

Justeru pandangan dan kehendak mereka, agar Pas terus beperang secara kalah mati dengan DAP adalah pandangan yang tidak berakal jauh sekali bijaksana dalam konteks politik. Dan kalau DAP telah bertindak rakus, Pas sebagai pemegang kitab dan menjujung akhlak perdamaian, harus berusaha mendakwah mereka. Tugas seorang mukmin ialah memberi pencerahan kepada dunia bukan pencetus perang. Dengan mengabaikan kewajiban dan amanah berkenaan tidak ada makna Pas diwujudkan atau terus disokong. Tidakkah Pas juga diidolakan sebagai gerakan Islam yang mementingkan terbiyah?
 
Bagi saya, tindakan politik DAP terhadap Pas, belum sampai kepada kejam dan zalim seperti mana diperlakukan Umno terhadap Pas. DAP tidak pernah menzalimi dan menafikan hak-hak dan kepentingan Pas yang berjaya menubuhkan kerajaan secara fizikal. Diskiriminasi yang berlaku di Kelantan sejak 18 tahun dan 25 tahun, bukan dilakukan DAP, tetapi Umno. Umnolah taukeh yang menindas Pas dan berlaku tidak adil, bukan DAP. Sejarah mencatat segala kemalangan ini.

Begitu juga andaian DAP menghalang Pas untuk melaksanakan nilai-nilai Islam termasuk Hudud, bukan langsung daripada DAP. Halangan yang awal ialah Umno yang menolak idealogi Pas. DAP pun bukan menolak langsung prinsip dan dasar PAS tetapi mempertikaikan tindakan Presiden Pas dan mereka "sebutut" dengannya yang gagal mematuhi understanding dan konsesus Pakatan Rakyat. Kalau mereka menolak Islam yang hendak dibawa Pas, mereka tidak berpakat dan berperang dengan Pas sedari awal lagi. DAP tidak jahil tentang perlembagaan Pas.

Pas tidak perlu takut kepada DAP kerana parti itu bukan memperjuangkan untuk menegak mana-mana agama yang bertentangan dengan agama Pas. Perjuangan DAP ialah untuk keadilan rakyat. Memperjuangkan manusia bukan pegangan (akidah). Memberi kebebasan kepada rakyat mengikut hak-hak asasi yang diiktirafkan oleh dunia. Sebahagian besar apa yang diperjuangkan DAP, itulah juga tuntutan materialistik dalam agama diperjuangkan Pas.

Islam menentang penindasan dan kezaliman, keyakinan dan amalan DAP juga begitu. Islam mahukan keadilan kepada semua manusia, perjuangan DAP begitu juga. Islam tidak membenarkan rasuah, begitu juga perjuangan DAP yang menuntut kerajaan yang telus. Dengan memberi beberapa contoh itu dimanakah pertentangan Pas dengan DAP dari konsep agama dan kemanusiaanya? 

Begitu juga hakikat menunjukkan Umno yang menghalang PAS untuk melaksanakan cita-citanya. Terbaru lihat apa yang berlaku kepada rang undang-undang perserndirian (private bil) mengenai Hudud. Siapakah yang vokal membuat penolakan ini. Apakah DAP atau Umno. Sikap membuat perkiraan ini dan terlalu ghairah menerima umpan Umno, inilah yang memeranakan Pas.

Pas termakan dakyah Umno

Yang nampak hari ini kebencian Pas kepada DAP bukan kerana konsep perjuangan parti itu, tetapi kerana Pas (sesetengahnya) menerima dakyah dan tohoman pihak Umno terhadap DAP. Umno menceritakan tentang keburukan DAP. Ada dua perkara yang sangat termakan oleh sesetengah orang Pas mengenai keburukan DAP, khususnya mereka yang baik dan telah memakan budi Umno.

Pertama, kononnya DAP akan berusaha untuk memerintah negara ini. Akan menjadikan Malaysia sebuah negara orang Cina. Kedua lanjutan itu,  DAP tatkala berkuasa nanti akan menghalang cita-cita Pas untuk menegakkan Islam. Itulah dua perkara yang dimomokkan kepada Pas. Dalam hal ini dijadikan Hudud sebagai contoh macam mana DAP menjadi penghalang kepada cita-cita Pas itu.

Jika dlihat dengan jujur ternyata dua perkara itu hanya bahan propaganda untuk meretakkan hubungan dan menghilangkan kepercayaan dan kefahaman politik Pas dengan DAP yang terbentuk sebelum ini. Itu sahaja. Umno sangat bijak dalam soal ini dan mereka tahu dua isu itu akan menjadi umpan lazat yang akan ditelan oleh Pas khasnya dan bangsa Melayu amnya.Tanggapan yang dibuat Umno Hudud menjadi cita-cita Pas, ia bukan dihalang oleh DAP, tetapi yang memberi persetujuan bohong untuk sokong hudud ialah Umno sendiri. Di dewan legislatif Umno lebih berkuasa berbanding DAP berhubung Hudud.

Sebagai sebuah parti Islam yang progresif, Pas seharusnya mewaraskan kepala mereka. Mencari dan meneliti sejauh mana kebenaran dakwaan Umno itu. Dari juring manakah DAP akan memerintah negara ini tanpa bermaufakat dengan bangsa lain. Apabila kita mempercayai kepada tohmahan yang sengaja dikatakan Umno itu, secara tiak langsung kita menafikan kuasa kesembilan orang Raja-Raja Melayu yang menjadi pemegang kunci kepada kekuasaan negara ini.

Saya tetap yakin selagi sistem demokrasi berpilihan raya diamalkan, DAP tidak akan berjaya mengusai negara ini. DAP akan berjaya sekiranya berlaku revolusi politik sepenuhnya dan revolusi rakyat Malaysia. Apakah ia akan berlaku? Dan tidakkah persepakatan menerusi BN dan Pakatan Rakyat itu untuk saling mengawasi antara sagu sama lain? Kita semua sudah dimasukkan ke dalam "gok", yang tidak mungkin kita keluar dari kurungan itu keseorangan melainkan menerusi rempuhan besama.

Harakamkan DAP

Mengenai kebimbangan tidak berasas untuk keselamatan bangsa dan agama ini, saya pernah mencadangkan kerajaan boleh mengambil tindakan mengharamkan DAP kalau ia benar-benar berpolitik secacara memudarat ke atas negara ini. Apa yang pernah dilakukan oleh kolonial British ke atas parti digelar subservif seperti PKM, KMM dan lain-lain boleh diambil terhadap DAP.

Berbalik kepada mauduk aasal, berdasarkan kepada prinsip peperangan (apa lagi peperangan politik),  Pas masih ada peluang atau ruang terbuka untuk mendamaikan peperangan dengan DAP itu dan mengelakkan ia menjadi peperangan kalah mati. Retak yang kini tebelah masih boleh disatukan kalau ada kesedaran dan kepakaran dalam berunding dan berjemak berkira.

Di sini saya suka melihat kepada stail dan kebijaksanaan siasah dua bekas pimpinan Pas yang sudah tiada, Fadzil Mohd Noor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimana mereka bersikap berlapang dada dengan ulah DAP dan tidak sesekali berperang kalah mati. Sebelum ini, Pas pernah bersama DAP, untuk menghadapi musuh yang sama. Apabila pendekatan atau maufakat itu merugikan antara satu sama lain, mereka tanggal kemudian bertangkup balik bila ada persefahaman baru.

Itulah cara berpolitik dan menangani peperangan dalam politik yang fatanah sebenrnya. Pas sendiri jangan mudah terpesona yang mereka akan diterima dengan senang hati oleh Umno hatta berdasarkan mereka ada chemestry dan memiliki DNA sama sebagai satu bangsa dan satu agama. Bangsa, tidak menjanjikan keutuhan perpaduan, dan agama juga tidak membuktikan akan wujud perpaduan sejati di dunia. Lihat di negara-negara yang Islamnya kuat tetapi perprecahan dan peperangan sesama sendiri ralik berlaku.

Ertinya, keupayaan untuk berdamai ialah apabila kedua pihak ada semangat dan tujuan sama. Dalam konteks politik matlamatnya ialah hendakkan kuasa. Dan matlamat peribadinya dengan kuasa itu untuk menjaga kepentingan diri. Di Malaysia, kepentingan kaum tidak boleh dijadiakn asas untuk bersatu, sebaliknya kepentingan matlamat boleh dijadikan landasannya.

Hari ini apabila Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, membuat ulasan apa yang berlaku kini sebagai takdir dan Pas reda dengan qada dan qadar, ternyata komen itu sangat naif dari konteks politik. Mempasrahkan diri kepada takdir tanpa menghitung dan menilai sebab musababnya kenapa berlaku itu suatu tindakan orang yang lemah dan tidak berkeupayaan. Boleh juga dimaksudkan kepala kurang bulat, butut.

Tuan Ibrahim tidak boleh menghuraikan tragedi tersebut sebegitu simplistik dari sudut agama. Beliau harus realistik dan melihat secara fizikal untuk mengatasinya. Sekiranya masalah sebesar itu dengan mudah dikembalikan kepada qada dan qadar, apalah gunanya Tuhan memberikan akal fikiran. Tidakkah akal fikiran itu untuk digunakan bagi mengatasi qada qadar?

Beliau harus mengemukakan formula dan mengambil pendekatan dakwah untuk menyelesaikan masalah. Apabila kita yakin kerjasama dengan DAP telah membuktikan hasil kenapa kita hendak membuangnya. Umpama kita telah menanam pokok mangga yang mengeluarkan buah yang banyak, kenapa kita hendak menebangnya. Apakah kerana daunannya berguguran kerana hembusan angin dan menyemakkan laman kita, sedangkan ia boleh dibersihkan lantas kita terus bertindak menebang pokok itu? Tidak itu tidak berhemah namanya.

Pemikiran Tuan Ibrahim bagi saya tidak betul dan sangat simplistik. Kerana jika semua dikembalikan kepada ketentuan Allah, nescaya semua perkara tidak memerlukan akal fikiran sebaliknya pasrah semata-mata.

Sekali lagi saya melihat jawaban Tuan Ibrahim terhadap masalah yang menimpa Pas kini adalah satu jawaban yang remeh dan tiada kualiti langsung sebagai seorang pemimpin nombor dua parti. Kalau apa dilakukan Tuan Ibrahim itu suatu yang qati'i maka semua orang boleh menjadi presiden Pas termasuk juga Pak Pandir. Tuan Ibrahim perlu perbetulkan landsan politiknya bagi mengelakkan dia juga disifirkan dua kali lima seperti Hadi Awang

Mana bangunan baru SJKT Gunung Rapat?

Posted: 19 Jun 2015 04:18 PM PDT

SJKT Gunung Rapat

0leh V SIVAKUMAR 


Kami masih menunggu untuk melihat kerja-kerja pembinaan SJKT Gunung Rapat, Ipoh. Isu bangunan baru untuk SJKT Gunung Rapat berlanjutan selama beberapa tahun. Pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan telah menyuarakan masalah bangunan sekolah ini untuk sekian lama.

Saya sendiri pernah membangkitkan isu sekolah berkenaan beberapa kali di DUN Perak dari tahun 2009 hingga 2013. Pelbagai janji kosong telah diberikan oleh kerajaan mengenai pembinaan bangunan baru.

Satu tapak baru telah diberikan di kawasan Ampang, Ipoh untuk membina sekolah tersebut. Selain daripada itu, perdana menteri selaku Menteri Pendidikan juga pernah menjanjikan peruntukan RM2.5 juta pada tahun 2010.

Setakat ini masih belum ada apa-apa usaha pembinaan yang dapat dilihat oleh warga Gunung Rapat. Kenapa kerajaan mengambil masa yang begitu lama untuk memulakan projek ini?

Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dalam apa jua isu yang melibatkan sekolah vernakular terutamanya sekolah-sekolah Tamil.

Saya juga telah membangkitkan ini di dalam ucapan penangguhan di Dewan Rakyat pada bulan Jun 2014.
Pada masa itu, Timbalan Menteri Pendidikan, YB P Kamalanathan menjanjikan bahawa kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun 2015 jika tidak ada sebarang masalah.

Sekarang genap setahun saya membangkitkan isu ini di Parlimen, tetapi masih tidak nampak apa-apa kerja pembinaan di tapak baru itu. Saya difahamkan bahawa permohonan peruntukan tambahan masih dalam pertimbangan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Saya berharap sungguh bahawa kerajaan tidak akan menipu lagi dalam isu bangunan sekolah ini.
Saya mahu penjelasan daripada YB Kamalanathan mengenai janji yang diberikan olehnya di Dewan Rakyat. Harap kerja-kerja pembinaan akan bermula pada tahun ini tanpa memberi sebarang alasan lain.

(*) V Sivakumar adalah Ahli Parlimen Batu Gajah


30 motosikal, 1 kereta di Sungai Ara terbakar

Posted: 19 Jun 2015 04:15 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Sebanyak 30 motosikal milik sebuah kedai motosikal yang diletakkan di hadapan kedai itu di Jalan Datuk Ismail Hashim, Sungai Ara dekat sini hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ini.
 
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, sebuah kereta milik pemilik kedai itu turut hangus dalam kejadian itu.
 
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.58 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian api sedang marak.
 
"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai motosikal itu dan kedai-kedai lain berhampiran kira-kira lima minit kemudian dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fai Hin, ketika dihubungi berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian kebakaran itu dan siasatan sedang dijalankan.
 
"Pihak polis bekerjasama dengan forensik bomba untuk mengenal pasti punca kebakaran berkenaan sama ada ia adalah perbuatan khianat," katanya. -


Empat langkah bergaul dengan al-Quran

Posted: 19 Jun 2015 04:13 PM PDT




Empat langkah bergaul dengan al-Quran Abdul Basit (tengah) mendekati peserta dengan gaya bersahaja dan bermaklumat.

 
ANTARA bentuk kehebatan al-Quran adalah susunan surah dan ayatnya. ALLAH SWT dengan ilmu dan hikmah-Nya menetapkan aturan ayat dan surah, daripada awal sehingga hujung mushaf, Bagi pembaca melalui proses yang akan membawanya kepada pembentukan minda dan jiwa Qurani.

Pergaulan manusia bersama al-Quran bermula dengan Surah Al-Fatihah sebagai pembuka kitab, lantas pembuka hati sanubari kita sendiri, untuk persediaan bagi kita mengenal seluruh isi al-Quran yang seterusnya. Disusuli dengan Surah Al-Baqarah bagi menjelaskan tanggungjawab Muslimin di atas muka bumi.

Surah Ali-'Imran menjelaskan agar berlaku teguh di atas jalan yang lurus. Setelah teguh terisi keperibadian Muslim, Surah An-Nisaa' menyeru untuk melindungi wanita dan orang yang lemah dengan prinsip keadilan. Begitulah seterusnya setiap susunan surah akan ada tujuan khusus, berkait sambung menyambung sehinggalah ditamatkan dengan Surah An-Nas (manusia), barulah ciri-ciri kemanusiaan Qurani terhasil melalui proses yang terkandung dalam 114 surah al-Quran.

Bagi memaksimumkan interaksi 114 surah yang ada, pakar tafsir dari Jordan, Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidy,  menyusun langkah dan fasa bagi bergaul dengan al-Quran. Pergaulan di sini adalah pergaulan jiwa, maka persiapan yang dilakukan adalah persiapan jiwa, bagi mencerap situasi Qurani yang sedang berlaku.

Langkah pertama, seseorang mesti memberi tumpuan terhadap suasana imani dengan menghayati keadaan imani yang akan menghantarnya kepada pemahaman dan perhatian. Seseorang seharusnya sedar dia sedang berinteraksi dengan kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH, pemilik langit dan bumi, Tuhan yang menciptakan jiwa manusia yang satu masa nanti akan berdirinya di depan Tuhannya.

Langkah kedua, ialah dengan menumpukan perhatian ketika membaca ayat al-Quran dengan membuka diri menerima makna, hakikat, ketetapan dan isyarat daripadanya.

Langkah ketiga, menelaah tafsir ringkas untuk mengetahui latar belakang, serta tujuan ayat-ayat tertentu bagi membetulkan kefahaman, membaiki kekurangan dan menambah sisi tertentu daripada ilmuwan utama, yang tidak dapat dicapai dengan pemerhatian sendiri.

Langkah terakhir ialah dengan menelaah tafsir panjang yang bertujuan memperluas pembahasan, topik dan pembentangan pengetahuan yang pelbagai. Pendedahan yang sebegini dapat memperkaya maklumat dan bermacam-macam pengetahuan yang dikaitkan dengan pembahasan al-Quran. Untuk itu pembaca perlu membacanya dengan naluri yang kritis dan peka.

Sheikh Solah Abdul Fattah berkata, jika pembaca mencampur adukkan fasa ini dan mengacau bilaukan susunan langkah ini, pembaca akan bingung dan terhalang daripada anugerah al-Quran Al-Karim.

Pergaulan hati dengan Quran

Tidak ada jalan pintas bagi memahami kitab ALLAH, namun ada jalan terdekat yang dibukakan untuk kita. Jalan itu adalah seperti yang dikatakan Imam Hassan Al-Banna ialah 'hatimu'.

"Hatimu," kata Imam Hassan Al-Banna, kerana hati mukmin tidak syak lagi adalah sebaik tafsir bagi kitab ALLAH. Dan jalan pemahaman paling dekat; hendaknya pembaca membaca dengan penuh perhatian dan khusyuk, memohon petunjuk dan kebenaran, menumpukan pemikirannya apabila membaca. Dan di samping itu hendaklah dia mengetahui sejarah nabi, memerhatikan sebabnya turunnya wahyu, dan hubungannya dengan bahagian sejarah ini.

Dengan demikian dia akan mendapat bantuan yang besar bagi pemahaman yang sahih lagi tepat. Dan setelah itu dia membaca kitab tafsir lain, maka itu hanyalah untuk mengetahui erti suatu lafaz yang sukar baginya. Atau susunan ayat yang tidak diketahui ertinya, atau untuk menambah pengetahuan yang membantunya dalam memahami kitab ALLAH dengan benar. Jadi dengan demikian ia adalah pembantu memahami  dan pemahaman selepas itu adalah pancaran yang cahayanya menembus ke dalam lubuk hati." (Mukaddimah Tafsir Al-Quran, Imam Hassan Al-Banna)

Bersyukur dengan Quran

Pesan salah seorang pembentang Seminar Nikmatnya Menghafal Dan Bertadabbur Quran pada 14 Jun lepas, Ustaz Deden, sudah menjadi fitrah manusia yang bersih terpesona kepada sesuatu yang indah dan menyentuh hati. Al-Quran adalah firman ALLAH Yang Maha Agung, Maha Suci, Maha Indah dan Maha Besar. Jika hati manusia senang dan mudah terpaut dengan kecantikan bunga dan keindahan alam, maka akan lebih tersentuh lagi oleh keindahan al-Quran.

Ketika menerima nikmat, kita bersyukur. Ketika menerima ujian, kita bersabar. Menghafal al-Quran tidak perlu bersabar kerana ia bukannya musibah. Kita hanya perlu bersyukur. Ketika menghafal, kita sedang mengecap nikmat al-Quran. Lalu menghafal dengan syukur, kita akan melakukan pecutan demi pecutan kerana orang yang bersyukur memang akan ditambah nikmat ALLAH.

Seminar turut diserikan dengan dua pembentang utama iaitu Ustaz Bachtiar Nasir dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Maklum balas diterima daripada peserta memberangsangkan lebih-lebih lagi peserta diajar cara yang betul untuk bertadabur al-Quran.

Al-Quran adalah zikir terindah, al-Quranlah yang lebih sesuai menenangkan hati manusia. Hati yang luluh mendengar al-Quran lebih mudah untuk membacanya, mengulanginya, menghafal dan mentadaburnya tanpa bosan serta dapat mempengaruhi kualiti kehidupan.

Pesan pembentang, biarkan al-Quran mengalir secara semula jadi ke dalam diri, jangan dipaksa dan jangan terburu-buru. Kenikmatan interaksi bersama al-Quran hanya dapat diperoleh melalui cara bertadabur ayat demi ayat sehingga maknanya meresap ke dalam diri. Bahkan generasi awal sahabat, ada yang hanya membaca satu ayat dalam solat malam berulang-ulang sehingga ke subuh esoknya kerana penghayatan yang amat mendalam.

Cukuplah bersyukur kerana memiliki hati yang hidup sebagai pancaindera memahami dan menghafal al-Quran, juga mensyukuri nikmat pandangan dan pendengaran, dengan anugerah pancaindera ini, al-Quran memang sudah tersedia untuk dinikmati.


'Saya tak mampu bina rumah'

Posted: 19 Jun 2015 04:10 PM PDT


'Saya tak mampu bina rumah' Ramli menerima replika kunci rumah yang disampaikan Mohd Amar sebagai simbolik penerimaan rumah bantuan banjir di Kampung Limau Nipis, baru-baru ini.
 
 
MACHANG - Hasrat enam beranak di Kampung Limau Nipis dekat sini, untuk berpindah ke kediaman baharu sebelum Ramadan tercapai apabila rumah mereka siap sepenuhnya, minggu lalu.

Ramli Abdul Rahman, 62, atau lebih mesra dipanggil Abang Soh dalam kalangan penduduk berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyiapkan rumahnya sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, rumah asalnya musnah akibat banjir pada gelombang pertama dan mereka sekeluarga tinggal di rumah sementara selepas itu.

"Kami baiki rumah lama yang masih tinggal dan duduk di situ sejak Disember lalu. Saya berterima kasih kepada Majlis Tindakan Dun Kemuning yang banyak membantu saya dan keluarga termasuk menyediakan rumah ini.

"Saya tak mampu lagi bina rumah baru buat keluarga dan hidup bergantung kepada pendapatan sebagai penoreh getah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Banjir  di Kampung Limau Nipis, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, kunci rumah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Kemuning, Mohd Roseli Ismail.

Ramli berkata, banjir besar pada tahun lalu mengejutkan keluarganya yang tinggal di tepi Sungai Bukit Bakar dekat sini, kerana ia pertama kali berlaku seumpamanya.

Tambahnya, ketika kejadian dia bersama seorang saudaranya, Mat Yusuff Harun, 50, berada di dalam rumah sementara ahli keluarga yang lain berpindah ke rumah jiran terdekat.

"Tiba-tiba kami rasa rumah bergegar dengan kuat, lantas mengambil keputusan keluar menyelamatkan diri. Kejadian berlaku dengan cepat, selepas lima minit kami keluar, rumah runtuh dan dihanyutkan arus deras tanpa sempat menyelamatkan barang-barang di dalamnya.

"Kejadian banjir di kawasan ini adalah perkara biasa, namun kali ini air naik dengan mendadak berserta arus deras," katanya.

Sementara itu, Mohd Roseli berkata, rumah tersebut dibina secara bergotong-royong sejak tiga bulan lalu dengan kos sebanyak RM35,000.

"Diharap keluarga Ramli dapat menjalani ibadah puasa seperti biasa sama seperti tahun-tahun sebelumnya selepas menerima kunci rumah ini," katanya.


Lelaki gagal tukar status gender dalam MyKad

Posted: 19 Jun 2015 04:08 PM PDT

SINAR HARIAN


Lelaki gagal tukar status gender dalam MyKad Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina hari ini gagal dalam cubaannya untuk menukar status sebagai wanita dalam kad pengenalannya apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemulanya terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
Vasudevan a/l Ramoo, 25, juga gagal memerintahkan ketua pengarah JPN menukar namanya kepada Maha Lakshmi a/p Ramoo dan angka terakhir dalam kad pengenalannya kepada angka genap yang menunjukkan dia seorang wanita.
  
Ketika menolak saman itu, Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa Vasudevan gagal memenuhi empat syarat untuk membolehkan mahkamah memutuskan bahawa dia seorang wanita iaitu dari segi kromosom, gonad, genital dan psikologi.
  
Beliau berkata dalam menyelesaikan isu jantina, mahkamah perlu memeriksa sama ada plaintif memenuhi empat syarat itu, tetapi empat faktor itu tidak dinyatakan dalam dua laporan daripada sebuah hospital di Thailand, tempat Vasudevan menjalani pembedahan untuk menukar jantina pada 2012, dan pemeriksaan fizikal daripada Hospital Kuala Lumpur.
  
Kata Asmabi, dua laporan itu tidak merekodkan pelaksanaan prosedur perubatan seperti vaginoplasti, penavtomi serta pembesaran payudara dan punggung.

Asmabi berkata dalam menentukan jantina plaintif, perlu terdapat keterangan daripada seorang pakar yang menunjukkan plaintif seorang wanita, tetapi dia gagal membuktikan perkara itu dalam dua laporan perubatan berkenaan.
  
"Mahkamah tidak boleh menentukan sama ada plaintif lelaki atau wanita hanya dengan berpandukan dua laporan secara kasar itu," katanya.
  
Beliau berkata dalam surat pekeliling yang dikeluarkan pada 2007, JPN menyebut bahawa seseorang individu perlu mendapatkan perisytiharan mahkamah sama ada dia seorang wanita atau lelaki sekiranya dia ingin menukar status jantina dalam kad pengenalannya.
  
Kata hakim itu, tidak terdapat sebarang peruntukan dalam undang-undang berkaitan penukaran jantina melalui pembedahan jantina seperti yang dijalani plaintif.
  
Menurut Asmabi, kes ini bukanlah yang pertama di Malaysia kerana pada 2012, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan tentang penukaran jantina dan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan mahkamah itu.

"Saya tidak boleh membuat keputusan yang terkeluar daripada undang-undang, saya bersimpati dengan keadaan yang dialami plaintif, tetapi saya tidak mempunyai pilihan selain menolak saman pemula ini," kata hakim itu dan memerintahkan plaintif membayar kos perundangan RM3,000 kepada ketua pengarah JPN, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.
  
Hakim itu juga memetik satu kes di United Kingdom, yang menyebut bahawa "seseorng individu tidak boleh membuat pilihan sendiri sama ada dia ingin dikenali sebagai lelaki atau perempuan. Membuat definisi dengan sendiri tidak boleh diterima. Ia akan menjadikan asas biologi yang diguna pakai dalam menentukan perbezaan, tidak langsung berguna.
  
Pada 16 Julai tahun lepas, Vasudevan memfailkan saman pemula bagi mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa dia seorang wanita dan satu perintah untuk mengarahkan ketua pengarah JPN menukar namanya kepada Maha Lakshmi a/p Ramoo serta menukar angka terakhir dalam kad pengenalannya kepada angka genap untuk menunjukkan dia seorang wanita.
  
Plaintif diwakili peguam P.Muniswer manakala Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili ketua pengarah JPN. - Bernama


1MDB tak nafi RM262 juta dibayar untuk tanah Pulau Indah

Posted: 19 Jun 2015 04:02 PM PDT

arul kandasamy

Roketkini.com


PETALING JAYA : Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy tidak menafikan sebahagian dari pinjaman RM540 juta Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) untuk membayar baki pengambilan tanah Pulau Indah dari Tadmax Resources Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua merujuk kenyataan Arul berhubung pengesahan 1MDB mengenai pinjaman "membiayai tujuan korporat am, tetapi tidak terhad kepada keperluan modal kerja, perbelanjaan modal masa depan dan penanaman modal ekuiti perniagaan tenaga dalam Kumpulan syarikat 1MDB".

"Tidak ada pada kedua-dua perenggan menafikan bahawa hasil atau sebahagian daripadanya digunakan untuk membayar baki RM262 juta pengambilalihan tanah Pulau Indah dari Tadmax Resources Bhd.

"Apa yang Arul lakukan adalah dengan berkias-kias, bahawa dana itu digunakan untuk pelaburan luar negara, tanpa benar-benar menyatakannya.

"Dengan cara itu, dia tidak boleh dituduh berbohong secara terang-terangan," kata Tony dalam kenyataannya hari ini.

Dalam ucapan penangguhan di Parlimen minggu ini, Tony bertanya sama ada kerajaan menyediakan surat sokongan bagi mendapatkan pinjaman dari Exim Bank, seperti didedahkan Sarawak Report.

Tony turut bertanya sama ada kerajaan bertanggungjawab membayar hutang itu sekiranya 1MDB gagal membayarnya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dalam jawapannya menafikan bahawa 1MDB terlebih bayar kepada Tadmex Resources Bhd, dengan RM20.80 bagi setiap kaki persegi (psf) untuk membeli tanah itu.

Kata Chua, penilaian tanah itu dilakukan syarikat bebas, sambil menambah bahawa pembeli lain turut membeli tanah di sekitar Pulau Indah pada harga antara RM55 psf dan RM66 psf.

Chua tidak pula menyebut mengenai kewajipan kerajaan sekiranya 1MDB gagal membayar pinjaman itu.
Namun beliau mengakui kerajaan mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB, untuk mendapatkan pinjaman RM540 juta dari Exim Bank, milik Kementerian Kewangan.

Justeru kata Tony, apa yang menyebabkan keadaan bertambah rumit adalah sikap dan penolakan berterusan Arul Kanda yang enggan menjernihkan keadaan berhubung isu 1MDB.

Tony turut menggesa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengotakan janjinya untuk memberi jawapan bertulis berhubung pinjaman EXIM Bank, yang tidak diterima pada petang semalam.

Sebelum ini di Parlimen, Ahmad menafikan bahawa pinjaman dari Exim Bank telah digunakan untuk transaksi hartanah dan menegaskan ia hanya digunakan bagi pembiayaan loji kuasa 1MDB di luar negara. – Roketkini.com


Tiada ulasan: