Selasa, 2 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS cuba redakan ketegangan lepas DAP boikot

Posted: 02 Jun 2015 05:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS cuba meredakan ketegangan hubungannya dalam Pakatan Rakyat dengan menyamakan tindakan DAP memulaukan muktamar mereka umpama tidak hadir "jemputan kenduri".

"Mereka ada hal (lain) lah tu.

"Kita pun ada juga kenduri yang tak pergi," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.

Ditanya sama PAS akan menjemput DAP pada muktamar parti itu di Kuala Selangor Khamis ini, Mohamad hanya berkata: "Itu serah pada setiausaha agung."

Sementara itu, sebelum Mat Sabu berucap merasmikan Muktamar Pemuda, pengerusi majlis mengingatkan para perwakilan dan pemerhati walaupun azan Asar akan berkemundang namun mereka diminta supaya tidak keluar dewan sehingga ucapan perasmian habis.

"Azan Asar akan berkemundang dalam masa beberapa minit, diminta semua menunggu sehingga ucapan perasmian habis," kata pengerusi majlis.

Selepas itu, dalam ucapan perasmiannya Mat Sabu memberi peringatan kepada semua perwakilan supaya sentiasa bertolak ansur dengan masyarakat bukan Islam selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.

Kekalkan sokongan bukan Islam

Katanya, melihat kepada slogan "PAS For All" serta kejayaan pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 menunjukkan masyarakat bukan Islam mula tertarik dengan PAS.

Justeru, beliau yang sering mendekati kumpulan bukan Islam, mengharapkan agar perkara tersebut dikekalkan sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Carilah toleransi yang paling tinggi selagi ia tidak merosakkan akidah, dibenarkan Majlis Syura dan tidak bertentangan dengan matlamat dan dasar.

"Maka carilah jalan sebab pilihan raya telah memperlihatkan sokongan kepada kita," katanya lagi.

Menurut Mat Sabu lagi, jika PAS terus kekal bersama Pakatan serta dapat mengambil hati pengundi masyarakat bukan Islam, maka BN akan mengucapkan 'sayonara' kepada Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Lawan kita BN sebenarnya gigit jari bila melihat (keputusan pilihan raya) selepas 2008 apabila orang Islam di bandar dan pinggir bandar dulu amat berat untuk sokong PAS.

"Sekarang orang bandar dan pinggir bandar Melayu-Islam memberi sokongan ditambah dengan sokongan orang bukan Islam.

"Kalau program ini berterusan sehingga pilihan raya yang akan datang, BN akan ucap sayonara pada Putrajaya," kata bekas MP Kuala Kedah itu. 


Nazmi Faiz digantung 6 perlawanan oleh AFC

Posted: 02 Jun 2015 05:51 AM PDT

SINAR HARIAN


Insiden meludah Nazmi jadi viral
 
 
PEMAIN tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sah terlepas baki saingan acara bola sepak pada temasya Sukan Sea 2015 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pemain Selangor itu yang sebelum ini digantung dua perlawanan, terpaksa menempah 'tiket awal' pulang ke tanahair.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.

Hukuman berkenaan disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbarunya di laman Facebook, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden meludah Nazmi jadi viral]

"Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," demikian menurut FAM.

Tindakan Muhammad Nazmi Faiz meludah pemain Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, Chuan Hui Foo dari Singapura, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-11. - Bernama

Peniaga mati bukan sebab tak sanggup menghadapi GST

Posted: 02 Jun 2015 05:40 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

ocpd jb selatan sulaiman
Sulaiman berkata, isu kematian mangsa yang dikaitkan dengan GST dibuat berdasarkan andaian dan tidak dapat disahkan.

JOHOR BAHRU Polis menasihatkan orang awam, terutama media supaya lebih adil dalam laporan dan mengelak menulis berdasarkan khabar angin.

 

Nasihat berkenaan diberikan susulan laporan muka hadapan akhbar berbahasa Cina, China Press hari ini mengenai pemilik kedai runcit berusia 67 tahun di Taman Sri Stulang yang menggantung diri kerana tidak sanggup menghadapi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasa pada 1 April lalu.

Dalam kes berkenaan, mayat mangsa Lim Tai Chun ditemui tergantung di kedai runcit oleh anggota polis yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 pagi Ahad.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh menafikan mangsa menggantung diri akibat tidak sanggup menghadapi GST seperti yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes disiasat atas kematian mengejut.

"Polis mengesahkan tiada bukti yang menunjukkan mangsa menggantung diri akibat tidak sanggup menghadapi GST," katanya kepada The Rakyat Post, hari ini.

Pada masa yang sama, Sulaiman berkata, tiada nota bunuh diri ditinggalkan oleh mangsa.

Beliau menggesa pihak media supaya mengesahkan dahulu maklumat berkaitan apa-apa kes bagi mendapatkan kenyataan rasmi.

Sulaiman berkata, isu kematian mangsa yang dikaitkan dengan GST dibuat berdasarkan andaian dan tidak dapat disahkan.

"Mohon supaya lebih adil untuk semua pihak kerana pihak polis menyiasat berdasarkan fakta dan bukan khabar angin," katanya.


Sarawak Report dedah kehidupan mewah Rosmah

Posted: 02 Jun 2015 05:37 AM PDT

 
Sarawak Report menerusi laporan eksklusif mendedahkan kehidupan mewah Rosmah dalam berfesyen dan cita rasa tinggi terhadap batu permata.


Rosmah--sarawak-report



PETALING JAYA: Pereka fesyen dari Singapura, Natasha Mirpuri, dikatakan menjadi guru fesyen kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan bertanggungjawab membimbing isteri Perdana Menteri dalam berfesyen.

Natasha, pemilik syarikat Khazanah Ciptaan yang memiliki butik 'Mantra' di Hotel Raffles, Singapura, juga dikatakan bertanggungjawab membuat bayaran rasmi bagi barangan kemas dan pakaian Rosmah, dakwa laporan eksklusif Sarawak Report.

Laporan itu mendakwa, sejak berkhidmat dengan Rosmah, Natasha semakin popular dan 'makmur'.

"Pelanggan utama Natasha ialah Rosmah, di mana tugas Natasha ialah membereskan urusan jual beli berjuta-juta dolar barang kemas dan barangan mewah bagi Wanita Pertama Malaysia itu," dakwa Sarawak Report.

Laporan itu turut mendakwa Rosmah lebih gemar membeli belah di luar negara berbanding dalam negara.

Sarawak Report yang memetik sumber dalaman mendakwa, koleksi pakaian Rosmah akan diterbangkan ke kediamannya jika beliau tidak berkesempatan membeli belah di luar negara.

Jenama-jenama yang menjadi pilihan Rosmah ialah seperti Roberto Cavalli dan Pucci (Italy), Joel (London) dan barangan kemas Jacob (New York), Lorenzo (Italy), Samir Halimeh (New York) dan Taher (Dubai).

Laporan itu juga mendakwa, Rosmah memiliki cita rasa tinggi terhadap barangan kemas khususnya batu permata.

Malah, laporan itu mendakwa, bunga pahar untuk majlis perkahwinan anak perempuannya baru-baru ini menggunakan batu permata sebenar.

"Apabila memilih batu permata, Rosmah tidak pernah menggunakan batu tiruan.

Apabila ia mengenai kecantikan, ya, dia menyuntik Botox sebulan sekali ," dakwa Sarawak Report.

Saya kurang mahir nombor – Rosmah

Posted: 02 Jun 2015 05:32 AM PDT

 
Rosmah secara tidak langsung keliru untuk menyebut jumlah angka sebanyak RM12,306,895.


Rosmah



SHAH ALAM: Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor secara berseloroh menyatakan beliau tidak mahir dengan nombor.

Dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2014/2015 Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Rosmah dengan tidak semena-mena keliru untuk menyebut jumlah wang sebanyak RM12,306,895.

"Dua belas juta ringgit, dua belas juta ringgit, sekejap, i'm very bad at number. Dua belas juta tiga ratus enam ribu lapan ratus sembilan puluh lima," katanya sambil disambut gelak kecil oleh tetamu.

Angka itu merupakan jumlah yang berjaya dikumpul oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia bagi menyumbangkan bantuan sekali gus menggerakkam Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sekali lagi tersasul ketika menyebut usia penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang ke-98.

"Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mencecah usia sembilan belas lapan, sembilan puluh lapan," kata beliau lagi yang memperbetulkan ucapannya.

Turut hadir dalam program itu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan beberapa kerabat Diraja lain.

Dalam ucapannya, Rosmah juga menggesa supaya ahli-ahli Pandu Puteri diberikan kesedaran dan ilmu tentang cara-cara untuk menangkis pelbagai bentuk gangguan terhadap mereka.

"Ia penting, demi menjaga maruah dan kehormatan diri," katanya.

Luahan sayu kakitangan MAS yang dipecat

Posted: 02 Jun 2015 05:24 AM PDT

 
Sepasang suami isteri dipecat oleh MAS pada 1 Jun walaupun banyak pengorbanan telah dilakukan termasuk mengorbankan masa dan kasih sayang terhadap anak.


mas_stf_600


PETALING JAYA: Seorang kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang dipecat meluahkan rasa kesal kerana mengabaikan anak semata-mata komited dengan kerja di syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Dia meluahkan kekesalan itu kerana kecewa pengorbanan bekerja dengan MAS termasuk pada hujung minggu hanyalah sia-sia apabila dia dan isterinya dipecat.

Tidak tercatat nama pemilik akaun Facebook berkenaan namun, luahan hati itu merujuk kepada seorang kanak-kanak perempuan yang diberi nama Zayani.

Pemilik akaun Facebook itu meminta maaf kepada anaknya kerana selama ini dia dan isteri sering menghabiskan masa di tempat kerja.

Tulisnya, walaupun pada cuti hujung minggu dia dan isteri yang bekerja di tempat sama tetap menghantar anaknya itu ke taska kerana terlalu komited dengan kerja.

"Hari ni (semalam) pukul 11.30 pagi, ayah dan mama kena buang kerja. Ayah dan mama lepas ni bukan lagi kerja repair (perbaiki) kapal terbang MAS.

"Ayah dan mama minta maaf pada Zayani sebab selama ni kami banyak habiskan masa di tempat kerja. Dulu ingatkan kalau kerja sungguh-sungguh company sayang ayah dan mama. Rupanya bukan macam yang kami fikir," luahnya.

Penulis juga mengharapkan doa daripada anaknya itu agar dipermudahkan untuk mendapat kerja lain yang akan memberikan banyak masa untuk mereka sekeluarga dapat bersama.

"Lepas ni ayah dan mama akan luangkan lebih masa untuk Zayani. Ayah dan mama yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Love u anak," tulisnya lagi.

Luahan hati bekas kakitangan MAS itu telah dimuat naik pada status di laman Facebook dan disiarkan beberapa blog selain turut dikongsi dengan pengguna Facebook.

Beranikah Najib pecat Muhyiddin?

Posted: 02 Jun 2015 05:19 AM PDT

 
Mahfuz mendakwa Muhyddin pemuka utama yang menentang Najib ekoran skandal 1MDB.


muhyiddin,najib,mazfuz



PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau membuat cabaran itu kerana perbezaan pendapat yang ketara antara Najib dan Muhyiddin berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, katanya, persoalan yang perlu diberi perhatian adakah Najib berani untuk memecat Muhyiddin jika perbezaan pendapat antara mereka berterusan.

"Muhyiddin antara pemuka utama yang menentang Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Whip Ahli Parlimen Pas membuat gesaan itu selepas Najib memberi kata dua kepada anggota Kabinet yang tidak bersetuju dalam usaha memulihkan 1MDB supaya meletak jawatan.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir Mesyuarat Kabinet tersebut kerana bercuti sejak 26 Mei lalu.

Kepulangan Muhyiddin daripada lawatan luar negaranya kini ditunggu-tunggu dan pengamat politik Umno, Shahbudin Husin, menggambarkan ketibaan beliau di lapangan terbang pada Selasa malam umpama satu "majlis besar-besaran".

"Muhyiddin dipercayai akan menjadi tumpuan apabila tiba kira-kira jam 9.00 malam dan acara menyambut kepulangannya akan diadakan di Bilik Anggerik, Balai Ketibaan, KLIA. Mereka yang ingin menyambutnya diminta berada seawal jam 7.30 malam," tulisnya di  http://shahbudindotcom.blogspot.com.

Pemuda PAS gesa pinda hukuman mahkamah syariah selaras hudud

Posted: 02 Jun 2015 05:12 AM PDT

OLEH KC NAZARI


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat (kiri) berkata, pindaan kesalahan dalam undang-undang syariah akan membolehkan hudud dilaksanakan sedikit demi sedikit di negara ini sekalipun ia tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 Jun, 2015.Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat (kiri) berkata, pindaan kesalahan dalam undang-undang syariah akan membolehkan hudud dilaksanakan sedikit demi sedikit di negara ini sekalipun ia tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 



Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menggesa agar kesalahan dalam undang-undang syariah dipinda agar hukumannya selaras dengan enakmen jenayah syariah atau hudud yang digagaskan parti itu di Kelantan.

Katanya, pindaan itu akan membolehkan hudud dilaksanakan sedikit demi sedikit di negara ini sekalipun ia tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya.

"Jika pun kita tidak dapat melaksanakan kesemuanya, kita jangan meninggalkan kesemuanya," katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Shah Alam petang ini.


Beliau mengambil contoh kesalahan murtad, qazaf (menuduh orang berzina), minum arak dan zina yang sedia terkandung dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1969 (Akta 355). Menurutnya, kesalahan-kesalahan ini turut terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

"Cumanya, hukuman bagi empat kesalahan ini tidak berdasarkan hukum syarak kerana terikat dengan had hukuman yang ditetapkan Akta 355.

"Empat kesalahan ini sekian lama diperuntukkan dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Justeru, tidak timbul yang kesalahan ini bercanggah atau bertindih dengan kesalahan jenayah yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya.

PAS mungkin pinda perlembagaan parti, kata Mat Sabu

Posted: 02 Jun 2015 05:03 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS menjangkakan akan melakukan pindaan Perlembagaan partinya tahun ini berdasarkan kepada perubahan dan perkembangan semasa ahlinya yang semakin menambah.
 
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perubahan Perlembagaan itu bagaimanapun bergantung kepada urusan pentadbiran yang perlu diperkukuhkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan semasa.
 
"Tahun ini dijangkakan akan berlaku pindaan Perlembagaan selalunya bergantung kepada pentadbiran.
 
"Maka pentadbiran perlu berubah dari semasa dengan melihat adanya penambahan keahlian," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS kali ke 56.
 
Mohamad atau pun yang dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun tidak menjelaskan pindaan tersebut secara menyeluruh.
 
 

Tuan Ibrahim: PAS harus jadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat

Posted: 02 Jun 2015 05:00 AM PDT

Oleh Nur Shakira Buang
Post Pic
 
 
 
BENTONG: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kerana yakin boleh memperkasakan parti itu untuk menjadi tonggak utama Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya. 
 
Beliau berkata, adalah wajar parti itu diperkuatkan sebagai parti utama di dalam Pakatan Rakyat memandangkan PAS sudah menjangkau usia lebih enam dekad, 
 
"PAS mesti dilihat sebagai satu parti yang dominan atau parti yang utama dalam PR, sesuai dengan usia PAS yang sudah 63 tahun. 
"Maka, harapan orang ramai khususny ahli PAS ialah PAS mesti diperkasakan, mesti kuat sebagaimana juga kita perlu ketiga-tiga parti kompenan dalam PR kuat.
 
"Kalau PAS gagal mendapat undi khususnya dikalangan pengundi Melayu maka hasrat PR untuk ke Putrajaya tidak akan berjaya," kata beliau yang melepaskan jawatan Naib Presiden PAS untuk bersaing bagi jawatan Timbalan Presiden. 
 
Tuan Ibrahim berkata aspirasi akar umbi mahu membina PAS yang lebih kuat di terjemahkan dalam pencalonan yang begitu tinggi untuk beliau tampil menyokong gerak atur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selaku timbalannya bagi terus meperkasakan PAS.  
 
Berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima, Tuan Ibrahim mempunyai peluang cerah memenangi jawatan timbalan presiden setelah penyandangnya  Mohamad Sabu hanya menerima 12 pencalonan berbanding 94 yang diterima oleh Pesuruhjaya PAS Pahang itu. 
 
Desakan untuk PAS mengkaji semula kerjasamanya dengan DAP dan PKR semakin lantang selepas pilihan raya umum ke 13. 
 
Meskipun menjadi parti pembangkang terbesar di Malaysia dengan lebih sejuta ahli, PAS hanya mampu meraih 21 kerusi parlimen pada PRU 13, berbanding 30 oleh  PKR manakala DAP memenangi 38.  
Umno-Barisan Nasional juga berjaya menawan semula kerajaan negeri Kedah daripada PAS. 
 
Prestasi suram berkenaan  dikaitkan dengan persepsi bahawa PAS cepat beralah kepada kehendak DAP dan PKR dalam isu-isu tertentu, sehingga menghakis keyakinan pengundi Melayu, terhadap parti itu, khususnya di luar bandar di mana Umno kembali meraih sokongan. 
 
Kejayaan besar DAP pad PRU 13 pula dilihat  menjadikan parti itu semakin angkuh dalam menolak dasar-dasar Islam PAS, khususnya  pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak boleh bekerjasama dengan kepimpinan ulama yang diterajui Hadi, sekali gus mengundang tuduhan bahawa parti itu cuba campurtangan dalam pemilihan  PAS Khamis ini. 
 
Perbalahan DAP-PAS  menimbulkan pertembungan golongan ulama di dalam PAS yang mahu mengkaji semula kerajsama tahaluf siyasi dengan antara PAS dengan PKR dan DAP serta golongan professional yang selesa dengan bentuk kerjasama yang sedia ada dalam pakatan itu. 
 
Tuan Ibrahim berkata keputusanya untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga didorong oleh hasrat merapatkan saf  di dalam PAS. 
  
"Saya lihat ada keperluan dalam konteks apa yang sedang berlaku sekarang ini dimana wujud pertembungan dalaman parti yang memerlukan satu usaha yang bersungguh untuk merapatkan kembali jurang yang ada dikalangan ahli parti.
 
"Dan saya tengok mungkin di situ saya boleh berperanan untuk penyatuan dikalangan dua-dua kumpulan walaupun kedua-dua kumpulan ini tidaklah...nak kata pertembungan ulama dan profesional saya ingat tidak, " ujar beliau. 
 
Tuan Ibrahim berkata nama-nama jolokan yang diberi kepada kumpulan-kumpulan tertentu adalah hanya kerana kehangatan kempen pilihan raya. 
 
"Setakat ini media pun umum tidak tahu untuk menamakan kumpulan tersebut apa...ada yang kata ulama lawan profesional, kumpulan Anwarinas menentang ulama, kumpulan pro-pakatan tentang Pakatan Rakyat dan berbagai-bagai lagi.
 
"Sebenarnya tidak ada pertembungan begitu dalam bentuk kumpulan-kumpulan sebaliknya ada perlumbaan bagaimana untuk kita memilih kepimpinan baru itu sahaja," kata beliau dalam meremehkan persengketaan di antara dua kumpulan berkenaan. 
 
Pemimpin kanan PAS itu menegaskan parti itu hanya boleh bergerak ke depan dengan gandingan semua pihak, tidak kira latar belakang mereka. 
 
"Ada ulama dan profesional, bagi PAS ketiga-tiga kompenan ini kita terima secara baik sama ada ulama, profesional atau aktivis parti.
  
"Mereka ini penyumbang kepada parti dan kita tak mungkin menolak atau mengambil satu... sebab kita parti politik yang mana mesti menerima semua kumpulan dalam perjuangan kita," kata beliau.


Kerajaan Kelantan bernafsu besar tenaga kurang

Posted: 02 Jun 2015 03:05 AM PDT

MSO


Berita yang termuat dalam beberapa media massa hari ini mengejutkan, dimana kerajaan negeri Kelantan kemungkinan akan menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk menerus pembinaan dan menyiapkan lebuh raya rakyat (LRK) dari Machang ke Kuala Krai, kerana kerajaan negeri ketiadaan wang.

Laporan itu menyebut, dengan memetik kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed semalam. Katanya urusan penyerahan sedang berjalan dan pihak JKR yang diberi tanggungjawab membina lebuh raya itu sedang melakukan perundingan.

"Kita dimaklumkan lebuh raya ini (Machang - Kuala Krai) menghadapi banyak masalah terutama dari segi pembiayaan. Jadi difahamkan sudah ada ura-ura untuk memindakan tanggungjawab kepada Pusat. Perbincangan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerajaan negeri sudah ada namun saya tidak pasti perinciannya. Saya akan semak," kata Mustapa dalam satu laporan dipetik.

Kerajaan negeri Kelantan dalam keadaan tidak diyakini akan mampu untuk membina lebuh raya itu, telah merancang membina lebih raya rakyat (LRK) sejauh 30.5 juta dari Machang ke Kuala Krai yang menelan belanja sebanyak RM854 juta.

Pada mulanya lebuh raya itu ditawarkan pembinaan kepada sebuah syarikat pembinaan lebuh raya dari Korea. Bagaimana tawaran itu ditarik balik apabila berlaku perubahan Menteri Besar Kelantan. Alasan penarikan balik itu ialah kerana tawaran (kos pembinaan) itu terlalu mahal. Bagaimana pun pemerhati politik melihat ia dibuat kerana projek itu dikendalikan dan idea dari bekas Exco Kanan, Husam Musa, maka ia perlu dihentikan.

Bagaimana pun memandangkan projek itu suatu keperluan asas rakyat,  kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah telah membuka lembaran baru untuk membina projek berkenaan. Kali ini surat tawaran telah diberikan kepada Syarikat Kelkon Sdn Bhd sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Pemberian kontrak LRK itu kepada Kelkon Sdn Bhd ini dari awal lagi menggelikan kerajaan syarikat ini tidak berwang dan "bertepek wek" dengan hutang. Apa lagi ianya diamanahkan kepada mereka yang tidak faham mengenai hal ehwal syarikat dan hanya berpengalaman dalam bidang broker, jual tanah kerajaan sahaja.

Paling melucukan lagi Kelkon Sdn Bhd telah menanda tangani pula dengan sebuah syarikat untuk mencari modal bagi pembinaan projek berkenaan. Dan sekali lagi "rasa nak ssuka" apabila syarikat yang ditandatangani dengan Kelkon Sdn Bdh ini juga didapati tidak mempunyai modal yang cukup.

Sebelum surat tawaran diberikan kepada Kelkon Sdn Bhd, kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memberi projek pembinaan itu kepada sebuah konsertium yang berpengkalan di Dubai. Kononnya syarikat berkenaan mendapat jaminan daripada Islamic Development Bank (IDB). Namun selepas diadakan beberapa kali rundingan, perbincangan dan tawaran kepada kosertium itu dibatalkan.

Sebaik sahaja Kelkon Sdn Bhd menanda tangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang diamanahkan mencari pelaburan untuk projek berkenaan, majlis masuk tapak diadakan. Dimana majlis ini Ahmad Yaakob dengan diringi ahli lembaga Pengarah Kelkon Sdn. Bhd melakukan penandatangani plat memulakan kerja. Majlis ini juga dicerca dan diejak kerana satu projek diadakan dua majlis ceremony. Apakah sekali lagi majlis ceremony diadakan, iaitu majlis keluar dari tapak?

Sebelum ini, Allahyarham Nik Abdul Aziz telah meletakkan batu asas pembinaan projek berkenaan di Kampung Berangan Mek Nab Machang, ketika itu projek berkenaan masih dibawah kendalian Husam Musa.

Beberapa orang Exco dan pegawai kerajaan hadir ke majlis berkenaan. Bagaimana pun timbul cerita pelik kononnya projek berkenaan tidak mendapat restu Allahyarham Tokguru Nik Aziz. Sesuatu yang aneh apabila dituduh projek itu tidak mendapat perkenan Tokguru sedang beliau hadir dan turut sama melancarkan kutipan derma untuk pembinaan lebuh raya berkenaan. Saya sendiri ikut sama menyampaikan derma untuk pembinaan LRK tersebut.

Seorang keluarga rapat Tokguru pernah memberi tahu saya yang Husam membohongi Tokguru dengan projek berkenaan? Tetapi apabila diasak dan saya menghujah dengan apa yang berlaku keluarga Tokguru itu hanya mendiamkan diri. Basa jahat.

Sementara itu Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah begitu yakin pengambilalihan projek itu daripada kendalian Husam dan dengan penglibatan konsertium dari Dubai ia akan berjaya menyiapkan projek berkenaan. Dalam satu ucapan di Jerantut Pahang beliau memberi tahu dengan bangga kerajaan menerusi tander atau mekanisme baru pembinaan lebuh raya itu mendapat harga yang setengah kali murah apa yang ditawarkan oleh syarikat Korea terdahulu.

Beliau menegaskan lebuh raya itu dijangka siap pada tahun 2017.

Dengan berita yang dipertik dari kenyataan Mustapa itu jelas bahawa projek lebuh raya berkenaan gagal tidak berjalan seperti mana dirancangkan. Ia menunjukkan kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar sebagai bernafsu besar tetapi tenaga kurang.

Eloklah kalau kerajaan Pusat menyudahkan lebuh raya berkenaan kerana ia merupakan kemudahan asas yang sangat diperlukan oleh rakyat Kelantan. Kejayaan Mustapa menyiapkan projek itu juga ia memberi markah tinggi kepadanya sebagai pemimpin Kelantan. Usaha itu akan menyerlahkan beliau cakna kepada Kelantan.

Mat Sabu yakin beliau masih dikehendaki perwakilan

Posted: 02 Jun 2015 03:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan parti Khamis ini kerana, kata beliau, perwakilan akan memilih calon yang mesra Pakatan Rakyat.
 
Kemungkinan Mat Sabu kecundang heboh diperkatakan setelah ahli politik berusia 60 tahun itu hanya memperolehi 12 pencalonan berbanding 94 yang diperolehi oleh pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam saingan dua penjuru.
 
"Saya yakin perwakilan akan memilih saya berasaskan prestasi kerja saya, " akhbar The Star memetik beliau sebagai berkata.
 
"Saya yakin saya akan diberi peluang (untuk terus memegang jawatan Timbalan Presiden). Ini kerana selama ini saya mempertahankan parti dan mendokong dasar-dasar parti selaras dengan al-Quran dan sunnah," tambah Mat Sabu.
 
Walaupun mendapat jumlah pencalonan rendah, Mat Sabu berkata kemungkinan beliau kalah pada Khamis ini tidak pernah terlintas dalam hatinya.
 
"Anda boleh tanya soalan (mengenai kalah pada pemiihan) jika betul saya kalah. Sekarang ini saya hanya fikirkan akan menang," katanya.
 
Mat Sabu dilihat menerajui golongan profesional PAS yang berbalah dengan golongan ulama mengenai hala tuju PAS, khususnya keahliannya di dalam Pakatan Rakyat.
 
Pimpinan ulama PAS di bawah presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tolak oleh DAP dan kalangan pemimpin PKR yang lebih mesra dengan Mat Sabu.
 
Hadi sebelum ini memberi amaran bahawa pemimpin PAS tidak boleh mengikut telunjuk DAP sehingga membelakangkan kepentingan parti mereka sendiri.
 
Hadi akan dicabar oleh bekas naib presiden PAS Ahmad Awang, kali pertama jawatan tertinggi PAS itu dipertandingkan sejak tahun 1973.
 
 

Dulu duduk sebelah-menyebelah, kongsi pentas tapi sekarang 'berkelahi' sesama sendiri - Suhaizan

Posted: 02 Jun 2015 02:49 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar sikap DAP yang melakukan serangan habis-habisan terhadap Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menyifatkan perkara itu 'memalukan' pakatan pembangkang.
 
Tegas beliau, sikap yang ditonjolkan kepimpinan DAP terutamanya Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng tidak menggambarkan semangat setiakawan antara komponen Pakatan Rakyat.
 
"Kita ini bila duduk dalam Pakatan Rakyat utamanya adalah kebijaksanaan menguruskan perbezaan.
 
"Perbezaan ini di mana-mana pun ada, sendiri pun ada masalah perbezaan...kalau PAS bersendirian pun kita ada masalah juga dari segi perbezaan ini," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
 
Menurut Suhaizan, perbezaan pandangan berlaku dalam mana-mana organisasi malah PAS juga boleh berdepan polemik serupa meskipun bergerak sendirian.
 
"Kalau PAS bersama dengan Umno katakan, ia pun ada masalah juga dari segi perbezaan.
 
"PAS dengan Pakatan Rakyat pun ada masalah ini juga, yang pentingnya adalah bagaimana kita nak menguruskan perbezaan itu," katanya.
 
Beliua berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa hati Abdul Hadi sekarang adalah bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan.
 
Kenyataan itu dikeluarkan Guan Eng berikutan sikap Abdul Hadi yang terus cenderung terhadap Umno daripada memberi sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Perbalahan PAS dan DAP dalam banyak perkara bukanlah sesuatu baharu dan ia sudah pun diketahui umum.
 
Bahkan agenda perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan juga dilihat memberi 'ancaman' kepada keutuhan pakatan pembangkang, yang dibentuk selepas PRU12 pada 2008.
 
DAP tidak bijaksana tangani perbezaan pandangan
 
Kata Suhaizan lagi, sebarang tindakan yang bersifat 'menyerang' atau mengkritik secara ekstrem perlu dielakkan kerana ia mengundang lebih banyak konflik.
 
"Dalam hal ini pada saya tak wajarlah kita bergaduh sesama sendiri, tidak bijaksanalah kita confront each other," katanya.
 
Beliau turut membangkitkan persoalan dari sudut pandang rakyat mengenai 'serangan' sesama komponen Pakatan sambil menyifatkan DAP tidak bijaksana dalam menangani perbezaan pandangan.
 
"Kalau kita confront each other rakyat akan tanya dulu masa pilihan raya duduk sama-sama satu pentas satu ceramah tapi sekarang dah bertengkar.
 
"Dalam Parlimen begitu juga (duduk) satu baris, sebelah-menyebelah you tak boleh cakapkah? Mengapa you ambil media untuk serang rakan-rakan yang lain?
 
"Jadi pada saya itu bukan tindakan yang bijaksanalah," katanya.
 
 

Dialog PM bersama NGO Jumaat ini

Posted: 02 Jun 2015 02:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota masyarakat sivil dan rakyat prihatin akan berpeluang bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam satu sesi dialog dengan NGO dan kumpulan masyarakat sivil Jumaat ini.

Penganjurnya, SukaGuam hari ini berkata, sesi dua jam itu akan memberikan masa yang cukup kepada peserta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam sesi soal-jawab mengenai isu-isu berkaitan dengan Najib dan pentadbirannya.

SukaGuam merupakan singkatan kepada Sukarelawan Peguam Malaysia yang memberikan khidmat nasihat guaman secara percuma.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat (gambar) berkata, NGO, pemimpin aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua topik termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Katanya, Najib telah mengesahkan dengan pihak penganjur akan hadir di majlis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya mahu dialog tersebut menjadi platform yang berkesan kerana SukaGuam adalah sebuah NGO yang berkaitan undang-undang.


"Di mahkamah, terdapat hujah dan satu lagi pihak sentiasa diberi peluang untuk menjawab hujah-hujah berkenaan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Najib kini dalam lawatan ke seluruh negara untuk meraih sokongan selepas dikritik terutamanya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara isu yang dibangkitkan adalah dakwaan perbelanjaan berlebihan Najib dan pengendalian isu 1MDB dan GST.

Sementara itu, Najib telah menjawab sebahagian daripada isu-isu tersebut melalui blognya.

Semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan Najib memberi kata dua kepada anggota kabinet berhubung isu 1MDB semasa mesyuarat pada hari Jumaat.

Mahathir juga dijemput

Khairul berkata SukaGuam juga akan menjemput Dr Mahathir bersama dengan 1,500 NGO dan pemimpin aktivis menghdiri sesi dialog itu yang dijadualkan berlangsung pada pagi Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

"Ini adalah satu forum terbuka. Jika Dr Mahathir datang, kami akan menyambutnya," kata sambil menambah beliau akan menjemput Dr Mahathir jika beliau belum mendapat jemputan.


DAP sah 'boikot' muktamar PAS

Posted: 02 Jun 2015 02:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP mengesahkan parti itu 'memboikot' muktamar PAS tahun ini.

Setiausaha organisasinya Anthony Loke berkata pemimpin DAP tidak akan menghadiri ke Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam hari ini, dan juga Muktamar PAS pusat di Kuala Selangor Khamis ini.

"Ya, kami tidak hadir. Kami juga tidak akan hadir pada muktamar penuh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada ketidakhadiran mereka disebabkan isu pelaksanaan hukum hudud, Loke berkata: "Bukan alasan".

Pemuda DAP memutuskan hubungan dengan rakan Pemuda PAS pada Mac kerana tidak bersetuju berhubung isu hudud.

Kepimpinan DAP pusat turut memutuskan hubungan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih bekerjasama dengan PAS.

Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun hadir pada muktamar Pemuda itu.


Cari nahas bogel di puncak Kinabalu

Posted: 02 Jun 2015 02:28 AM PDT


 
 
SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook.
 
Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.
 
"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian.
 
"Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.
 
"Saya yang merupakan penduduk tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa lagi buat perkara seperti ini," luahnya.
 
Tinjauan Sinar Online mendapati foto tersebut yang tersebar seawal 30 Mei lepas kini viral di laman Facebook.
 
Sementara itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
 
Memetik kenyataan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
 
"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka. 


Abang Ahmad Kerdee bakal calon PRN Sarawak

Posted: 02 Jun 2015 02:26 AM PDT

Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Pemuda Pas,  Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus antara calon yang bakal diketengahkan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat memberi gambaran itu semasa ucaptamanya pada majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas Kali ke - 56.

Menurutnya, Jabatan Pilihan Raya Pas telah menumpukan aktiviti bagi persiapan PRN di Sarawak.

"Pemuda Pas sangat komited untuk melahirkan anak sulung Pas dalam pilihan raya akan datang.

"Kita sudah ada calon itu, orang itu yang berucap dalam bahasa Sarawak tadi (Abang Ahmad Kerdee)," katanya yang turut disambut dengan sorakan perwakilan yang hadir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas ke-56, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Abang Ahmad Kerdee yang juga Pengarah Panitia Muktamar Pemuda kali ini menyampaikan sebahagian ucapannya dalam bahasa Sarawak sempena Sambutan Hari Gawai.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk menggempur PRN Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Pas ikrar gempur PRN Sarawak]


Minyak naik: Rafizi 'mengamuk' di Twitter

Posted: 02 Jun 2015 02:23 AM PDT


 
 
SHAH ALAM – "Harga minyak naik. Kesianlah kat rakyat!" demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di laman mikroTwitternya sebaik harga minyak diumumkan naik 10 sen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), malam tadi.

Berang dengan kenaikan tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap rakyat yang sudah pun terhimpit dengan impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu.

"Harga minyak + (tambah) GST: boleh mati!" bidasnya.

Keluhannya  itu mendapat sokongan daripada pengikut di laman sosial itu.

Setakat berita ini ditulis, Tweet tersebut telah dikongsi dan disebarkan hampir 500 pengguna laman Twitter.

Rafizi turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak.

"Saya minta Najib wujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak supaya cukai minyak tersembunyi yang dikutip sebelum ini digunakan untuk kekalkan harga petrol," katanya lagi menerusi akaun Twitter yang sama.

Harga runcit minyak petrol dan diesel bagi Jun dinaikkan sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi.

KPDNKK menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan harga baharu bagi RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 dengan harga RM2.35 seliter termasuk 6 peratus GST dan diesel pada kadar RM2.05 seliter.


Samun sebelum rogol penghuni

Posted: 02 Jun 2015 02:21 AM PDT

Samun sebelum rogol penghuni Keadaan sebuah bilik di rumah kedai itu berselerak selepas digeledah tiga penyamun.
 
 
SEGAMAT - Tiga lelaki bukan sahaja memecah masuk sebuah rumah kedai di Batu Anam, di sini, malah bertindak memperkosa seorang gadis yang merupakan kenalan anak pemilik kedai tersebut dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pemilik premis menjual barangan lusuh berusia 55 tahun itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar bunyi bising dari sebuah bilik di tingkat atas kedainya.

"Dia (pemilik) kemudian memeriksa bunyi bising tersebut sebelum terkejut apabila mendapati tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sedang mengetuk pintu bilik anak lelakinya dan sebuah lagi bilik yang dihuni gadis malang tersebut.

"Suspek yang menyedari kehadiran pemilik kedai tersebut kemudian mengarahkannya memanggil keluar kesemua penghuni bilik tersebut sebelum mengikat ketiga-tiga mangsa dengan menggunakan wayar," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa kemudian dikumpulkan di suatu sudut di tingkat atas rumah kedai tersebut sebelum suspek menggeledah kesemua bilik di dalam kedai tersebut.

Katanya, seorang suspek kemudian turun ke tingkat bawah kedai tersebut sebelum memandu sebuah 'fork lift' bagi mengangkut barangan lusuh yang terdapat di kedai tersebut untuk dimasukkan ke dalam sebuah lori dinaiki mereka.

"Secara tiba-tiba, seorang suspek yang mengawasi kesemua mangsa menarik gadis tersebut ke dalam sebuah bilik sebelum merogolnya.

"Rakan suspek yang naik ke tingkat atas kemudian terkejut apabila melihat rakannya sedang merogol gadis tersebut sebelum mengarahkan kesemua mereka beredar kerana bimbang kegiatan mereka dihidu pihak polis," katanya.

Menurutnya, pemilik kedai tersebut bersama anaknya yang berjaya melepaskan ikatan mereka segera menghubungi pihak polis dan mendapati mangsa rogol berkenaan berada di dalam keadaan trauma.

Katanya, pemilik kedai berkenaan yang melakukan pemeriksaan mendapati wang tunai sebanyak RM1,500, seutas rantai emas, lima cincin emas, enam telefon bimbit pelbagai jenama dan barangan lusuh di kedainya berjaya dilarikan suspek dan belum menganggarkan nilai sebenar kerugian dialami.

"Premis berkenaan tidak mempunyai kamera kamera litar tertutup (CCTV) dan kami telah mengarahkan gadis berkenaan menjalani pemeriksaan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Usaha mengesan kesemua suspek juga sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 397/395 kerana rogol dan samun berkumpulan menggunakan senjata tajam," katanya.


Unit udara dihantar bantu operasi pindah mayat

Posted: 02 Jun 2015 02:17 AM PDT

SINAR HARIAN


Mangsa Pemerdagangan Manusia Anggota Forensik Polis mengusung bungkusan mengandungi mayat yang digali daripada kubur-kubur yang ditemui di kawasan kem pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin Bangladesh di Bukit Wang Burma. - Foto Bernama
 
 
MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar satu unit pasukan udara bagi membantu operasi membawa keluar mayat yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma bersempadan dengan Thailand.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata sejak seminggu yang lalu pasukan itu digerakkan bagi membantu memindahkan dan mengeluarkan mayat serta rangka tersebut.

Katanya, sebuah helikopter turut dibekalkan bagi membawa keluar rangka mayat berkenaan.

"Bermula minggu lalu kami telah mengarahkan satu unit udara bersama sebuah helikopter bagi membawa keluar kesemua mayat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis Pentauliahan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat berkapan ditemui di hutan Wang Kelian]

Soiman berkata pegawai dan anggotanya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi melicinkan operasi mengeluarkan kesemua mayat berkenaan.

Sebelum ini polis menemui 28 kem pemerdagangan manusia dan 139 kubur besar dipercayai milik pelarian Rohingya yang cuba memasuki Malaysia dengan cara tidak sah yang didalangi sindiket melibatkan dua negara. - Bernama


Pas kena berguru dengan DAP di Sarawak

Posted: 02 Jun 2015 02:15 AM PDT

Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
 
 
SHAH ALAM - ‎Pas disaran agar berguru dengan parti rakan komponennya, DAP  untuk menempah tempat di Sarawak dalam pilihan raya negeri itu nanti.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, DAP‎ telah berjaya menang di Sarawak dan diterima  rakyat negeri itu walaupun sebelumnya parti itu ditolak.

"Kesukaran Pas untuk menang di Sarawak sangat berkait rapat dengan sentimen pengundi Sarawak yang kurang menerima parti Semenanjung. Umno sendiri sehingga ke hari ini masih gagal menubuhkan satu cawangan pun di Sarawak.

"Walau bagaimanapun, kejayaan DAP yang m‎enang di Sarawak sepatutnya kita boleh pelajari selok belok dan pendekatan mereka. Ini kerana, sebagai parti yang ditubuhkan di Semenanjung, DAP juga pada awalnya tidak diterima pengundi Sarawak. Tetapi dengan strategi berkesan, DAP kini bertapak kukuh di Bumi Kenyalang tersebut," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas ke-56, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Suhaizan mengingatkan bahawa untuk menguasai Putrajaya, dominasi kerusi Parlimen Sarawak oleh BN mesti dipecahkan.

"Dalam PRU yang lepas, BN menang 25 kerusi daripada 31 kerusi manakala PR hanya menang enam kerusi.

"PRN yang dijangka diadakan tahun depan mesti menjadi batu loncatan untuk mencapai kemenangan di peringkat Parlimen dalam PRU14.

"Oleh itu kita perlu lahirkan anak sulung di Sarawak agar prestasi dan pencapaian Adun sulung tersebut mampu meyakinkan masyarakat Sarawak bahawa kita juga mampu menjadi wakil mereka yang baik dan berkesan.

"Calonnya pun dah ada. Insya-ALLAH yang berucap tadi (Setiausaha Pemuda Pas, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus)," katanya.

Dalam ucapan sama, Suhaizan mencadangkan agar Pas Pusat lebih agresif dalam mewajahkan Pas Sarawak sebagai sebuah parti tempatan.

"Sudah sampai masanya Pas Sarawak diberikan autonomi dalam mentadbir dan merencanakan‎ perjalanan parti di negeri tersebut.

"Ruang autonomi yang dicadangkan adalah dalam soal mengadakan pakatan politik dengan mana-mana parti sama termasuk yang tidak menyertai PR dan BN seperti SNAP, SWP dan STAR.

"Pemuda juga berharap agar wakil Borneo dapar diberikan ruang yang luas dalam parti termasuk berikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang lebih penting asalkan mereka berkemampuan,"katanya.



Maaf PAS, media bukan organ parti anda

Posted: 02 Jun 2015 02:10 AM PDT



Oleh Hazlan Zakaria 


Mungkin ianya debu berterbangan akibat semangat berterusan tentang hudud dan perebutan antara puak konservatif dan progresif dalam PAS lantas mengaburi pandangan sehingga ahli parti itu gagal melihat perbezaan di antara parti organ Harakah, dan organisasi berita lain.

Untuk mengawal berita dan memastikan ia mengikut garis parti, adalah sesuatu yang hanya dijangka dari organ parti, dan bukan media secara umum. Sekurang-kurangnya tidak secara terbuka, walaupun ada di antaranya dibelenggu oleh pemilikan politik atau korporat.

Mungkin pandangan PAS kabur dek kerana debu dari isu hudud dan perjuangan antara puak, sehingga mereka mahukan elemen Harakah diterap di dalam media yang lain.

Malah, muktamar mereka sebelum ini turut menghentam Harakah kerana didakwa tidak patuh dengan dasar parti dan jug kerana beberapa rencana didapati kurang menyenangkan.

Jadi, adakah mereka fikir Harakah sama dengan media lain?

Atau adakah mereka telah meninggalkan perjuangan bagi kebebasan akhbar yang dilaungkan dahulu? Mungkin juga mereka memang begini dan semua yang lalu hanya satu sandiwara?

Adakah perebutan kuasa yang berlaku antara puak progresif dan konservatif menyebabkan PAS alah dengan media?

Seorang pemerhati berkata, rombakan dalam pasukan editorial Harakah dengan beberapa individu meletak jawatan merupakan tindakbalas terhadap beberapa artikel dalam organ parti itu yang tidak disenangi beberapa pihak di dalam parti.

Atau adakah PAS mungkin mengambil nasihat kepada media, yang disarankan Perdana Menteri Najib Razak ketika Malam Media anjuran Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini?

Najib berkata bahawa media tidak boleh membuat laporan salah tentang kerajaan dan sebaliknya perlu bekerjasama untuk memastikan orang ramai memahami dan melihat sudut pandang pihak berkuasa. Nampaknya PAS kini mahu melakukan perkara yang sama.

Adakah PAS mengambil contoh Najib di dalam berurusan dengan media? Maksud saya, tendang keluar atau halang media yang 'tidak bekerjasama' membuat liputan bak modus operandi Najib.

Ini laporan berita tentang sekatan ke atas media bagi muktamar akan datang, yang dijadual pada Jun ini.

Pemilihan parti bakal menyaksikan puak  ulama konservatif menentang golongan profesional yang progresif.

Peraturan termasuk cara berpakaian bagi wanita yang melarang kemeja-T tanpa lengan, pakaian yang ketat atau skirt dengan belahan manakala pemakaian tudung digalakkan. Manakala lelaki dilarang memakai baju bercorak atau baju dengan tulisan "kurang sopan".

Panduan Jawatankuasa Media Informasi dan Muktamar dilapor menyatakan bahawa wartawan mesti menulis dengan cara yang boleh dipercayai dan tidak memutar belit.

Mereka yang memberi liputan tidak elok akan dilarang menyertai muktamar.

"Jika kami mendapati bahawa terdapat apa-apa berita yang tidak sepatutnya dilaporkan dan yang mengakibatkan kesan negatif pada pendapat jawatankuasa PAS pusat, sekretariat berhak untuk menarik balik kelulusan bagi organisasi media berkenaan pada bila-bila masa tanpa kompromi," notis itu berkata.

Bagaimanapun Timbalan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan kepada The Malay Mail Online, mereka hanya akan mengeluarkan wartawan dari muktamar sekiranya menulis artikel dengan berniat jahat.

Beliau berkata mereka tidak peduli jika wartawan membuat keputusan untuk "spin" cerita, tetapi menegaskan bahawa mana-mana artikel yang disiarkan mestilah berdasarkan fakta.

"Jika mereka 'spin', ianya ok. Jangan mengelirukan sehingga berniat jahat," Takiyuddin dilaporkan berkata.

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider pula, bos Takiyuddin itu, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Mahfuz Omar bagaimanapun menafikan sebarang pengetahuan tentang garis panduan dan sekatan tersebut.

"Saya tidak tahu tentang semua ini tetapi saya akan memeriksa kerana ia (kenyataan itu) mungkin telah dikeluarkan tanpa pengetahuan saya," Mustafa dipetik sebagai berkata dalam laporan berita.

Walau apapun, PAS mungkin perlu memutuskan pendirian mereka mengenai kebebasan media. Mereka benar-benar harus membersihkan debu dari mata mereka dan mengambil masa untuk memikirkan segalanya dengan teliti sebelum meletakkan apa-apa sekatan media.

Malah, jika akhbar dan orang ramai mahu meletakkan standard yang sama bagi kenyataan dari mulut ahli politik, termasuk dari PAS, tanpa spin dengan hanya memikirkan kepentingan rakyat tanpa agenda politik, mungkin tiada ahli politik yang akan mendapat liputan.

Dan pada akhirnya, PAS perlu ingat bahawa media, secara keseluruhan, bukan organ parti mereka untuk dibuli sesuka hati.


MAS Bhd Tawar Gaji Baharu Lebih Rendah Tetapi Berbaloi

Posted: 02 Jun 2015 02:00 AM PDT

Oleh: B K SIDHU
 
 
 
 
 
SEPANG: Pakej gaji baharu untuk kakitangan MAS Bhd secara umumnya lebih rendah berbanding sedia ada tetapi ia ditawarkan dengan bonus sebanyak dua bulan, menurut sumber.

Tambahnya, ia adalah berdasarkan prestasi sama ada pekerja mendapat jumlah sama atau lebih daripada gaji mereka sekarang.

"Terdapat pengurangan dalam pakej saraan," ujar seorang pekerja yang enggan didedahkan nama.

"Ada beberapa faedah yang dahulu kita dapat telah dihapuskan dalam perjanjian itu," ujar salah seorang pekerja lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Christoph Mueller Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditanya pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat penerbangan itu akan menjadi syarikat penerbangan antarabangsa yang lengkap dan bukannya hanya memberi tumpuan serantau seperti sebelum ini.

Tambahnya, laluan penerbangan KL-London akan dikekalkan dan syarikat penerbangan baharu itu akan menyediakan perkhidmatan untuk penerbangan ke semua benua melalui perikatan oneworld.

Seluruh rangkaian domestik dikendalikan oleh MAS dan anak syarikatnya, Firefly dan MASwings.

Semalam menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah penerbangan Malaysia apabila menamatkan tenaga kerja keseluruhan seramai 20,000 kakitangan.

"1 Jun adalah permulaan MAS Bhd dan transaksi pertama adalah untuk menawarkan 14,000 pekerjaan.
 
"Walaupun perkara baik dalam menghantar surat tawaran kepada 14,000 pekerja, ia juga adalah hari yang menyedihkan bagi 6,000 orang lain yang akan kehilangan pekerjaan mereka.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan MAS bagi perkhidmatan yang luar biasa mereka," kata Mueller pada sidang media, pertamanya.

Ini adalah kali pertama sebuah syarikat berkaitan kerajaan memberhentikan keseluruhan tenaga kerjanya.

"Secara teknikal kami muflis. Penurunan prestasi sudah bermula sebelum peristiwa-peristiwa tragis 2014,"katanya.

Jelasnya, untuk memperbaiki syarikat penerbangan ini memerlukan masa tiga tahun dan Mueller menjangkakan Mas Bhd kembali pulangan modal pada 2018.

MAS menghentikan perniagaan pada 1 September dan kod MH akan ditukar kepada yang baharu.

Mengenai penjenamaan, Mueller berkata ia diserahkan kepada rakyat Malaysia untuk membuat keputusan.

Beliau berkata jenama MH sudah kukuh di kalangan pelanggan setia tetapi, terdapat persepsi negatif di beberapa negara-negara seperti China, Australia dan Eropah.

Tragedi MH370 hanya masih segar dalam ingatan semua orang.

Sambutan Besar-Besaran Untuk Muhyiddin Petang Ini?

Posted: 01 Jun 2015 10:35 PM PDT

shahbudindotcom


Berikutan laporan yang mengatakan Perdana Menteri, Najib Razak memberi kata dua kepada anggota kabinet sama ada mahu bersama dengannya atau mengundurkan diri, secara automatik yang paling menjadi tumpuan  dan ingin diketahui pendiriannya tentu saja Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ini berikutan dalam isu 1MDB yang menjadi punca Najib memberikan kata dua itu, Muhyiddin dilihat paling lantang dan terbuka dalam menunjukkan perbezaan pendiriannya. 

Sebaik berakhir pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau lantas menyalahkan isu 1MDB sebagai punca kekalahan BN sambil menyebut kesukaran dirinya untuk berhadapan memberi penjelasan kepada rakyat kerana tidak tahu banyak perkara mengenai syarikat pelaburan yang ditubuhkan melalui idea Najib itu.

Kemudian, melalui video klip ucapannya di majlis tertutup dalam kursus kepada kepimpinan UMNO di Janda Baik, Muhyiddin sekali lagi menunjukkan perbezaannya dengan menyarankan agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan dibenarkan polis masuk menjalankan siasatan bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Di sebalik saranan beliau  yang mendapat respon positif daripada mereka yang hadir dalam kursus itu, Muhyiddin seolah-olah ingin memberitahu bahawa pandangannya dalam penyelesaian isu 1MDB ini langsung tidak didengari oleh Najib di mana walaupun pelbagai dakwaan dan pendedahan dilaporkan mengenai syarikat itu tetapi Lembaga Pengarahnya tetap dikekalkan oleh Perdana Menteri.

Lantaran itu, apabila timbul isu kata dua, walaupun Nazri Aziz mengatakan Najib tidak bermaksud demikian tetapi sebenarnya lebih menekankan tentang perlunya mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara, tidak dapat tidak, respon daripada Muhyiddin menjadi sesuatu yang paling dinanti-nantikan.

Apatah lagi, dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat lalu ketika Najib memberi kata dua itu, Muhyiddin tidak menghadirinya kerana sedang bercuti di luar negara.

Sehubungan itu, kepulangan Muhyiddin daripada percutiannya pada petang ini  tidak dapat dielakkan daripada menjadi "acara besar" yang menarik minat ramai, khususnya ahli UMNO untuk mengetahui pendirian beliau yang sebenarnya.

Di laman sosial dan grup whatsapp, sejak  semalam lagi sudah mula dihebahkan mengenai kepulangan Muhyiddin dari luar negara itu dan diminta mereka yang berkelapangan beramai-ramai menyambutnya.

Bagi yang kreatif pula, pelbagai poster turut direka dengan tujuan memancing keinginan lebih ramai untuk bersama-sama melapangkan masa menyambut kepulangan pemimpin yang dianggap mampu menyelamatkan masa depan UMNO dan BN itu.

Mengikut laporan, Muhyiddin akan tiba kira-kira jam 9.00 malam, 2 Jun dan acara menyambut kepulangannya akan diadakan di Bilik Anggerik, Balai Berlepas, KLIA. Mereka yang ingin menyambutnya diminta berada seawal jam 7.30 malam.

Sementara itu, Ketua Penerangan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanti juga giat menghantar kiriman SMS kepada rakan, kenalan dan penyokong Muhyiddin agar dapat hadir beramai-ramai ke majlis itu.

Berdasarkan kempen yang dijalankan dan keghairahan orangramai menolak kepimpinan Najib ketika ini, tidak mustahil sambutan kepulangan Muhyiddin ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berlangsung dengan meriah.

Apakah Muhyiddin bakal membuat pengumuman penting di KLIA petang ini? Adakah petang ini akan tercetus babak baru dalam pergolakan UMNO, khasnya hubungan antara Muhyiddin dengan Najib?

Mungkinkah skala sambutan petang ini akan menentukan sama ada kata dua Najib  itu disambut Muhyiddin atau sebaliknya?

Berapa ramaikah pula menteri, timbalan menteri dan pemimpin UMNO yang berani hadir menyambut Muhyiddin petang ini nanti?

Hakikatnya, jika tidak ada sesuatu yang penting, mustahil sambutan untuk Muhyiddin ini hebahkan secara meluas kerana beliau sejak dulu dikenali sebagai seorang yang tidak suka disambut sama ada ketika pergi atau pulang dari luar negara.

Apa-apa pun, jom kita ke KLIA petang ini!!

Inilah teks SMS yang dikirimkan oleh Tosrin sejak semalam...

 Satu lagi idea kreatif untuk memancing keinginan ramai ke KLIA...
 
 

Dr M ragu M'sia jadi negara maju pada 2020

Posted: 01 Jun 2015 10:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad ragu bahawa Malaysia akan dapat mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju pada 2020.

Bercakap di majlis makan malam anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) hari ini, Dr Mahathir berkata ini kerana tumpuannya hanya pada pendapatan per kapita sahaja, yang menurutnya bukan ukuran tahap pembangunan sesebuah negara.

Beliau berkata, dasar-dasar pentadbiran semasa tidak menangani lain-lain aspek kemajuan Malaysia yang akan menentukannya sebagai sebuah negara maju.

"Saya mempunyai keraguan bahawa kita boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020... segala cakap adalah mengenai (memperolehi) pendapatan tinggi, tidak (ada) cakap tentang produktiviti," kata beliau dalam ucapannya.

Oleh itu, negara ini, dalam tempoh lima tahun akan datang, perlu mengambil usaha yang besar untuk mendidik rakyat untuk mewujudkan masyarakat yang lebih canggih.

Ucapan Dr Mahathir di majlis FCCM itu bertajuk "Kepimpinan dalam usaha akhir menuju Wawasan 2020".

Wawasan 2020 merupakan satu komponen penting dalam Rancangan Malaysia ke-6, yang dibentangkan oleh Dr Mahathir di Parlimen pada tahun 1991.

Pusingan akhir

Ia menggariskan aspirasi bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020, yang dipacu oleh pelaburan swasta dan bukan perbelanjaan kerajaan.

Selain matlamat ekonomi, Mahathir menggariskan sembilan "cabaran strategik" untuk negara, termasuk penubuhan "Bangsa Malaysia" dan masyarakat demokratik yang matang.

Selepas Mahathir bersara pada 2003, penggantinya Abdullah Ahmad Badawi memberi perhatian sedikit kepada Wawasan 2020.

Pada bulan Ogos 2009, empat bulan selepas Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil alih pucuk pimpinan negara ini, beliau menetapkan sasaran 9 peratus pertumbuhan KDNK setahun bagi mencapai Wawasan 2020.

Najib membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 minggu lalu, yang disifatkannya sebagai "pusingan akhir" menuju Wawasan 2020.


Tiada ulasan: