Jumaat, 12 Jun 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Siti Nurhaliza dilantik sebagai Penasihat Pelancongan

Posted: 12 Jun 2015 04:28 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Siti Nurhaliza bercadang untuk mempromosikan pemandangan hijau yang menakjubkan di Malaysia melalui Facebook, Instagram dan Twitternya


siti_pelancong_600


KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dilantik sebagai Penasihat Pelancongan Malaysia.

Selain beliau, lapan yang lain turut diberi peranan yang sama, dalam usaha meningkatkan pertambahan pelancong ke negara ini melalui persembahannya di luar negara.

"Sebagai artis selama ini, saya telah menggunakan setiap peluang yang mungkin bagi menggalakkan negara saya dilawati apabila saya melakukan persembahan di luar negara.

"Jadi kali ini, di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, tugas saya akan menjadi lebih mudah dan secara meluas saya boleh mempromosikan keindahan dan sesuatu yang istimewa tentang Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menerima perakuan pelantikan di Carcosa Seri Negara.

Penyerahan sijil disampaikan kepada penerima oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Selain daripada persembahan secara langsung, Siti Nurhaliza bercadang untuk mempromosikan pemandangan hijau yang menakjubkan di Malaysia melalui Facebook, Instagram dan Twitternya.

Sementara itu, seorang lagi selebriti, terkenal yang juga pereka kasut, Jimmy Choo berkata, beliau sentiasa pergi tempat-tempat yang berlainan di dunia, dia akan menggunakan peluang itu untuk menghebahkan mengenai Malaysia.

"Oleh kerana saya 'Jimmy Choo', mereka akan menemubual saya, dan saya tidak hanya bercakap mengenai kasut tetapi juga mengenai negara saya, tarikan pelancongan dan budaya," katanya.
- Bernama

Adik Najib persoal 1MDB belum mulakan audit

Posted: 12 Jun 2015 04:26 AM PDT

 
Nazir Tun Razak mengkritik 1MDB menggunakan akaun Instagram yang dimuat naik jam 10 malam Khamis.


nazir razak 1MDB


PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak terus mengkritik 1MDB menggunakan laman sosial Instagram.

Pengerusi CIMB Holdings Bhd mempersoalkan pentadbiran syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) kerana masih belum memulakan audit bagi Mac 2015.

"Saya hairan mengapa audit bagi bulan Mac 2015 masih belum dimulakan? Bagaimanakah hal ini dibenarkan? Adakah pentadbiran GLC jatuh begitu rendah?" tulisnya yang turut memuat naik gambar audit 1MDB.

Beliau memuat naik status itu kira-kira jam 10 malam pada Khamis dan mendapat perhatian pengguna lain yang memberi pelbagai komen dan reaksi.

Nazir, diketahui antara yang lantang mengkritik 1MDB walaupun abangnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan tulang belakang kepada penubuhan syarikat itu.

Beliau sebelum ini pernah mengkritik Presiden 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Sharul Ibrahim Halmi kerana tidak hadir sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Akaun-akaun 1MDB dilaporkan belum diaudit walaupun syarikat itu dilanda pelbagai kontroversi terutama pinjaman RM42 bilion yang menjadi senjata serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.

Ahli PAS tunggu arahan pusat untuk lepas jawatan di Pulau Pinang

Posted: 12 Jun 2015 04:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KOTA BHARU: PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
 
Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.
 
"PAS Pulau Pinang memang sudah bersedia, dulu pada tahun 1977, berlaku darurat di Kelantan apabila PAS ditendang keluar oleh BN (Barisan Nasional), semua pemimpin PAS melepaskan jawatan, tidak ada masalah... bukan sayang pada jawatan.
 
"Saya juga ingin nasihat kepada Guan Eng jangan ajar kita, kita (PAS) tahu apa hendak buat. Kalau betul-betul putus, kita akan keluarkan arahan melepaskan jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Koperasi Tengku Muhammad Faris Petra 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan DAP yang meminta anggota PAS supaya meletakkan jawatan yang dipegang dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
 
Mohd Amar sebelum ini menegaskan pemimpin dan anggota PAS tidak takut kehilangan jawatan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya hubungan antara PAS dan DAP terlerai selepas ini.
 
Lim sebelum itu dipetik sebagai berkata beliau mengharapkan PAS menunjukkan bahawa maruah politik masih wujud dalam kalangan kepimpinan baharu parti itu dengan mengarahkan wakilnya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan jawatan.
 
Mohd Amar berkata pada masa ini, Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan hubungan kedua-kedua parti itu dan dijangka majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.
 
"Sekarang orang baru bincang kata hendak cerai, bukan cerai lagi, kalau bercerai selesailah cerita," katanya.
 
Dewan Ulama PAS sebelum ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
 
Dalam pada itu, Mohd Amar turut mengakui anggota Majlis Mesyuarat Negeri di Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, namun parti itu perlu sedar kemenangan yang dikecapi mereka adalah sumbangan PAS.
 
 

Pesawat MAS berpatah balik, mendarat di Melbourne

Posted: 12 Jun 2015 04:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Melbourne awal pagi tadi kerana dikatakan berlaku kebakaran pada satu enjin. 
 
MAS dalam kenyataannya berkata, pesawat Airbus A330 itu kini sedang diperiksa jurutera MAS dan kakitangan lapangan syarikat penerbangan itu dan mendapati tiada kebakaran luaran berlaku terhadap pesawat itu. 
 
"Seramai 300 penumpang pesawat berkenaan selamat dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan MAS. 
 
"Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian," kata MAS.
 
 

Kematian akibat denggi meningkat 100 peratus

Posted: 12 Jun 2015 04:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara bagi enam bulan pertama tahun ini meningkat 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
 
Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lalu, sebanyak 144 kematian direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014.
 
"Komplikasi seperti kegagalan fungsi organ hati dan buah pinggang serta 'shock syndrome' lebih kerap berlaku kepada pesakit yang dijangkiti demam denggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, kes demam denggi di seluruh negara pada minggu ke-22 iaitu dari 31 Mei hingga 6 Jun meningkat lapan peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
 
Katanya, sepanjang tempoh tersebut 2,201 kes dilaporkan berbanding hanya 2,042 kes pada minggu ke-21.
 
Beliau berkata, tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes adalah Selangor iaitu 114 kes; Melaka (46 kes); Pahang (27 kes); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (24 kes); Negeri Sembilan (tujuh kes); Kedah (lima kes), manakala Johor (lima kes).
 
Tambahnya, jumlah lokaliti wabak dan kawasan panas turut meningkat daripada 725 pada minggu sebelumnya kepada 793 pada minggu ke-22 iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus.
 
Sementara itu, sebanyak 131 tapak binaan di Selangor diperiksa dalam Ops Tempur Binaan Aedes yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi lain sejak 10 Feb lalu hingga 7 Jun, katanya.
 
Dr Noor Hisham berkata, hasil pemeriksaan mendapati 113 tapak binaan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes, manakala 94 lagi telah diberi perintah penutupan.
 
 

Usul bubar DUN Selangor tak berbangkit, kata Azmin

Posted: 12 Jun 2015 04:12 AM PDT

 Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Azmin Ali menolak spekulasi bahawa akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-61 baru-baru ini.
 
"Itu bukan isu," katanya ringkas kepada pemberita ketika diminta mengulas bagaimana PKR mahu meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ekoran keengganan PAS dan DAP meneruskan kerjasama mereka.
 
Sebelum ini Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi sekiranya ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) PAS enggan bekerjasama dengan exco parti itu.
 
Katanya mustahil untuk meneruskan kerja seperti biasa di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) susulan usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Pesuruhjaya PAS Terengganu Saiful Bahri Mamat hari ini juga dilaporkan berkata, DAP perlu membubarkan DUN Pulau Pinang sekiranya berhasrat memecat pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan dan agensi negeri itu.
 
Katanya, peletakan jawatan PAS di Pulau Pinang tidak memberi kesan yang besar sekiranya parti itu mengambil keputusan muktamad memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Dewan Ulama PAS sebelum ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
 
Setakat ini Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan hubungan kedua-kedua parti itu dan dijangka majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.
 
 

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Pensyarah?

Posted: 12 Jun 2015 04:09 AM PDT

Berita Semasa


Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?

Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini. Syaratnya, orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan universiti di Malaysia.

Biarkan mereka fokus menguruskan universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.

Dan hari ini berita terkini yang mengembirakan kalangan akademik khususnya dari Universiti Malaya amnya dan rakyat Malaysia umumnya apabila buat pertama kalinya Universiti Malaysia (UM) berjaya berada di dalam kalangan senarai ranking 30 universiti terbaik di Asia sekaligus terus diangkat sebagai universiti terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kajian QS Quacquarelli Symonds Asia.

ranking universiti

 

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS

  1. Universiti Malaya (UM) – IPTA (Ranking 29 di Asia)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA (49)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA (56)
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA (61)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA (66)
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA (151-160)
  7. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS (151-160)
  8. Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA (191-200)
  9. Universiti Multimedia (MMU) – IPTS (201-250)
  10. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA (201-250)
  11. Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA (201-250)
  12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – IPTA (201-250)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS) – IPTA (201-250)
  14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS (251-300)
  15. Universiti UCSI Kuala Lumpur – IPTS (251-300)
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA (251-300)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA (251-300)
  18. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS (251-300)
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA (251-300)
  20. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS (251-300)
Tahniah Berita Semasa ucapkan. Ketua Penyelidik QS Ranking juga mengatakan :
"reputasi universiti Malaysia semakin meningkat dalam institusi akademik antarabangsa"
Jikalau Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya naik beberapa anak tangga bersama 17 IPTA universiti awam Malaysia yang lain, lain pula ceritanya bagi 3 universiti ini :
  • Universiti Kebangsaan Malaysia UKM turun tangga
  • Universiti Putra Malaysia UPM turun tangga
  • Universiti Teknologi Malaysia UTM juga turun tangga

 

Semak Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS oleh Quacquarelli Symonds

Anda boleh semak kedudukan seperti di bawah ini ranking universiti terbaik Malaysia daripada Universiti Malaya sehingga kedudukan terakhir yang disandang Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Semoga ranking universiti terbaik oleh Universiti Malaysia terus diperbaiki di pada masa akan datang sekaligus membuka mata ramai pihak, bahawa pihak institusi pendidikan di Malaysia yang menjadi tunjang utama kepada lonjakan pencapaian dan pelaburan masa depan Malaysia sebenarnya benar-benar diberikan perhatian serius oleh kerajaan Malaysia.

PP/S : Apa respon balas kalangan mahasiwa, mahasiswi, bekas pelajar dan juga pensyarah melihatkan pencapaian uviversiti masing-masing pada tahun 2015 ini berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2015 IPTS IPTA kali ini?

Pejabat pegawai Shahidan di parlimen terbakar

Posted: 11 Jun 2015 05:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berlaku kebakaran kecil di tingkat 15, bangunan parlimen awal pagi ini yang disedari selepas air penyembur automatik pencegah kebakaran membanjiri kawasan itu.

Ketua Pentadbir Parlimen Awang Alek Jeman berkata kebakaran itu disyaki berlaku semasa kakitangan dan pegawai Parlimen tiada di bangunan itu, lapor BNBBC.my.

Apabila pemeriksaan dibuat, katanya, terdapat kesan kebakaran di bilik setiausaha sulit Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Portal itu juga melaporkan Awang Alek sebagai amat bersyukur kerana sistem air penyembur automatik pencegahan kebakaran di tingkat itu berjaya memadamkan kebakaran itu.

Bagaimanapun pihak bomba juga telah dihubungi untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca kebakaran. 


Tanam budak: Suami isteri didakwa hari ini

Posted: 11 Jun 2015 05:45 PM PDT

SINAR HARIAN


kes mahkamah
 
 
KAJANG - Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Kepong akan didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai membunuh anak mereka sebelum disimen dan ditanam di dalam lantai bahagian dapur rumah sewa mereka.

Menurutnya, kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi proses seterusnya.

"Pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan bukti," katanya selepas majlis penyerahan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, semalam.

Sinar Harian pada 31 Mei lalu, melaporkan pasangan tersebut ditahan di Keningau, Sabah hasil kerjasama polis Sabah dan Selangor.

Tangkapan tersebut susulan penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun yang dibungkus dengan plastik putih dan ditanam di bawah lantai dapur sebuah rumah teres di taman perumahan di Taman Usaha Jaya, Kepong.


Desakan tanpa henti: Pas minta Guan Eng bersabar

Posted: 11 Jun 2015 05:34 PM PDT




Lim Guan Eng  
Lim Guan Eng 



SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad meminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersabar dalam desakan berterusannya yang meminta pemimpin Pas mengarahkan wakil Pas di Pulau Pinang meletakkan jawatan segera.

Menurut Idris, semua pihak perlu menanti sehingga Pas membuat keputusan sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kita minta (Guan Eng) sabar...tunggulah keputusan (Pas). Kita ada parti," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Hari ini, Guang Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan kegagalan pimpinan Pas yang baharu mengarahkan wakilnya meletakkan jawatan di Pulau Pinang sangat memalukan.

Malah katanya, tindakan empat Ahli Majlis Pas dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis
Perbandaran Seberang Perai mempertahankan jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada Pas di mata orang ramai.

Rabu lepas, perwakilan Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, secara logiknya Pas harus mengarahkan wakil mereka untuk meletakkan jawatan kerana mereka bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan rakan sekutunya itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana empat Ahli Majlis Pas berkenaan mampu berkhidmat dengan kerajaan negeri secara efektif sedangkan Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Jangan beri tekanan kepada Azmin

Posted: 11 Jun 2015 05:31 PM PDT


 
 
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menasihat Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya tidak memberi tekanan kepada Mohamed Azmin Ali.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, Muhammad berpendapat, tekanan yang diberikan kepada Azmin dalam memilih DAP atau Pas tidak mencerminkan semangat Pakatan Rakyat.
 
Sejurus itu, beliau mencadangkan supaya pimpinan tertinggi Pas dan DAP supaya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani konflik berkenaan.
 
"Saya ingin mencadangkan DAP supaya menarik balik kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang," katanya hari ini.
 
"Saya juga memohon Ahli Majlis Syura Ulama dan pimpinan tertinggi Pas supaya dapat mengambil satu sikap yang dapat menyelamatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat," tambahnya.
 
Beliau juga meminta supaya Pakatan Rakyat tidak mensia-siakan harapan rakyat Malaysia selepas diberi mandat besar oleh rakyat negeri Selangor dalam PRU13.
 
"Dalam keadaan Umno-BN sedang lemah dengan pelbagai isu yang melanda mereka, Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh alternatif terbaik kepada rakyat bagi menghadapi PRU14 nanti," ujarnya.
 
 

Prestasi pasukan bola sepak bawah 23 memalukan

Posted: 11 Jun 2015 05:29 PM PDT

SINAR HARIAN


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - Foto Bernama
 
 
SKUAD bola sepak negara kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkemungkinan dirombak selepas post morterm yang akan diadakan berikutan persembahan suram di Sukan Sea Singapura, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda tidak menolak kemungkinan itu kerana menyifatkan prestasi buruk pasukan bola sepak bawah 23 negara pada temasya itu memeranjatkan dan memalukan. Malaysia tersingkir awal selepas menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste pada 30 Mei, diaibkan 1-5 oleh Vietnam pada 2 Jun, kalah 0-1 kepada Thailand dan menang 2-0 ke atas Brunei pada 8 Jun. 

"Kekalahan ini tidak boleh diterima dan kami akan minta jawatankuasa teknikal untuk mengkaji apakah punca kekalahan ini," titah baginda kepada pemberita selepas melawat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) di sini hari ini.

Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan faktor kombinasi jurulatih, yang kedudukannya juga akan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal FAM, dan pemain menjadi punca kepada prestasi buruk pasukan bola sepak itu.

"Saya rasa hampa dengan jurulatih kerana kita sudah beri banyak tumpuan kepada beliau dan kumpulan...bagaimanapun saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Kita tunggu selepas kaji selidik," titah baginda. 

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan itu, Tengku Abdullah mengingatkan Kipsas agar melakukan pemilihan yang lebih ketat ke atas pelajar yang layak untuk menyambung pengajian ke universiti di Mesir. 

Antara yang perlu dititikberatkan ialah kemahiran berbahasa Arab bagi membolehkan pelajar tidak menghadapi kesukaran dan cemerlang dalam bidang pengajian yang dipilih, titah baginda. 

Tengku Abdullah juga berharap Kipsas dapat meningkatkan program pengajian bahasa, bukan sahaja bahasa Arab, namun juga bahasa Inggeris dan bahasa utama lain. 

Turut serta dalam lawatan itu ialah Duta Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Abdullah Matar Al-Mazrouei, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Presiden Kipsas, Datuk Yahya Zainal Abidin. - Bernama
 
 

Tak perlulah nak ajar Pas Guan Eng...

Posted: 11 Jun 2015 05:27 PM PDT


 
 
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak 'mengajar' Pas dalam menentukan keputusan mengenai status lantikan politik di Selangor dan Pulau Pinang.
 
Mohd Amar berkata, keputusan mengenai perkara itu akan diputuskan Majlis Syura Ulama yang akan bermesyuarat tidak lama lagi dan usul tersebut adalah bersifat cadangan, bukannya arahan sebagaimana dipolemikkan.
 
"Sekarang ini, Majlis Syura Ulama belum buat keputusan, jadi kita kena tunggu. Jika Majlis Syura Ulama berpendapat kena putus (dengan DAP), pada waktu itu kita akan arahkan semua orang kita supaya meletakkan jawatan. Sekarang ini belum ada keputusan muktamad, maka belum keluarlah sebarang arahan.
 
"Saya nasihatkan Guan Eng tidak perlulah mengajar kita. Keputusan Majlis Syura Ulama ini kebiasaannya akan dimaklumkan kepada Pas Pusat, yang akan ambil tindakan sewajarnya dengan keputusan tersebut," katanya kepada media selepas merasmikan Program Festival Koperasi Tengku Muhammad Faris Petra, di sini.
 
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang menggesa Pas mengarahkan wakilnya dalam kerajaan Pulau Pinang untuk meletakkan jawatan sekiranya maruah politik masih wujud dalam kepimpinan baharu parti itu.
 
Menurutnya, DAP tidak boleh terlalu berlapang dada jika benar lantikan politik di Pulau Pinang meletakkan jawatan kerana walaupun Exco negeri itu dikuasai DAP dan PKR, namun hasil usaha kemenangan pilihan raya juga hadir daripada sumbangan Pas.
 
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan turut menegaskan, Pas Pulau Pinang bersedia untuk sebarang kemungkinan meletakkan jawatan sekiranya keputusan Majlis Syura Ulama menetapkan demikian.
 
"Orang baru bincang tentang hendak bercerai, bukannya sudah bercerai. Kalau bercerai, ada talak juga, tengok bercerai macam mana, kalau talak tiga, tidak boleh baik, itu sahaja. Lantikan politik di Pulau Pinang ini pun kecil sangat dan mereka pun bersedia," katanya.
 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut ditanya mengenai bayangan kepimpinan negeri yang mungkin akan dirombak selepas muktamar baru-baru ini.
 
"Buat masa sekarang, kita masih belum putuskan pesuruhjaya, bila sudah ada pesuruhjaya nanti, maka terserah kepadanya untuk menentukan. Sama ada kepimpinan sekarang masih kekal ataupun buat Kabinet baharu, semua keputusan belum ada," katanya.
 
 

Gempa bumi lemah landa Ranau, Sabah

Posted: 11 Jun 2015 05:24 PM PDT

SINAR HARIAN



Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
 
 
KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 6.49 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak 6.1 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer barat laut, Ranau.

Gegaran turut dirasai di Ranau, tambah kenyataan itu. - Bernama
 
 

Gempa: MKN nafi dakwaan pendaki Australia

Posted: 11 Jun 2015 05:22 PM PDT

SINAR HARIAN


Majlis Keselamatan Negara
 
 
 
KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menafikan andaian dan tuduhan terhadap pasukan penyelamat oleh pendaki warga Australia Vee Jin Dumlao yang terselamat dalam bencana gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Dalam temu bual oleh ABC News, beliau mengingati semula pengalaman yang menyeksakan itu selepas terperangkap di Gunung Kinabalu dan menjadi viral di media sosial.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, kenyataan yang dibuat Dumlao mungkin kerana dia trauma selepas terperangkap dalam bencana itu dan tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Perasaan trauma yang dilalui Dumlao mungkin telah mempengaruhi beliau, mengenai usaha sebenar yang dijalankan bagi menyelamatkan mangsa.

"Beliau mengingati semula pengalaman yang menyeksakan jiwanya ketika terperangkap di Gunung Kinabalu, malim gunung yang membawa kumpulannya ke tempat selamat dan mengkritik pasukan penyelamat yang dikatakan lambat bertindak," katanya dalam kenyataan.‎

Mohamed Thajudeen berkata, Dumlao dalam artikel itu berkata langit cerah dan membolehkan helikopter untuk mendarat dan menyelamatkan mereka tetapi beliau kecewa apabila helikopter tidak datang membantu.

Dumlao bertambah kecewa apabila dimaklumkan beliau dan kumpulannya hanya boleh diselamatkan keesokan harinya.

"Dia berada di puncak gunung. Bagaimanapun, di bawah puncak itu langit tidak cerah, ia diliputi awan yang tebal iaitu menghalang pandangan.

"Helikopter dihantar seperti yang dijanjikan, yang pertama pada 12.02 tengah hari tetapi helikopter tidak dapat menembusi awan. Dua kali juruterbang mencuba dan kedua-duanya gagal dilakukan," katanya.

Tetapi sebaik helikopter itu berjaya menembusi awan pada sebelah petang, namun juruterbang gagal pula untuk mendarat.

Walaupun helikopter itu berlegar beberapa kali tetapi disebabkan keadaan tanah dan cuaca, ia tidak dapat mendarat dengan selamat dan boleh membahayakan semua orang yang berada di atas gunung, kata Mohamed Thajudeen.

"Penyelamat dihantar dalam tiga peringkat bermula 9.30 pagi, 1.35 tengah hari dan 3.30 petang.

"Pasukan pertama tiba di KM6.5, mereka bertemu satu kumpulan yang pendakinya tercedera dan membawa kumpulan itu ke kem Laban Rata. Bila dua lagi kumpulan tiba di Laban Rata, mereka dinasihatkan oleh malim gunung agar tidak meneruskan pendakian.

Batu yang berjatuhan dan perubahan landskap gunung itu menyebabkan gunung itu berbahaya untuk dinavigasi dalam keadaan gelap.

"Saya tidak mengetepikan pandangannya dan saya tidak mempertikaikannya. Bagaimanapun, daripada laporan hospital yang kami terima berhubung bedah siasat mangsa, mereka mati serta-merta. Sekali lagi andaian Dumlao tidak benar," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata, bagaimanapun bagi mangsa lain yang terselamat, Rahimi Hadzri, yang diselamatkan pasukan penyelamat awam telah memuji kecekapan pasukan itu dan mengakui mereka telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas di atas gunung tersebut.

"Walaupun Dumlao dan Rahimi mempunyai pandangan berbeza tentang apa yang berlaku, tidak bermakna hanya seorang yang betul. Fakta yang dipertikaikan itu sebenarnya pasukan penyelamat dan malim gunung telah bekerjasama untuk menyelamatkan semua pendaki yang terkandas.

"Cerita daripada kedua-dua pihak membuktikan bahawa penyelamat, sama ada mereka daripada kerajaan atau badan bukan kerajaan telah membuktikan mereka adalah berpengalaman, bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugas mereka," katanya. - Bernama


Trend sukarelawan gemar keluar negara, rakyat sendiri tidak terbela

Posted: 11 Jun 2015 05:04 PM PDT

THE RAKYAT POST


OURTOUCH
Sukarelawan dari NGO OurTouch, Azmi Rasa bersama sembilan ahli OurTouch atau juga dikenali sebagai Persatuan Sentuhan Kembara Malaysia berjaya mengumpulkan sumbangan kewangan yang berjumlah RM15 ribu untuk projek Rohingya di Aceh. - Foto NGO OurTouch



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menyertai badan bukan kerajaan atau NGO lebih cenderung memberi bantuan seperti wang ringgit dan menjadi sukarelawan di luar negara berbanding menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negara sendiri.

Dari aspek positif, perkara ini amat baik kerana kesedaran masyarakat untuk melakukan aktiviti sukarelawan dilihat semakin meningkat.

Namun trend yang dilihat ini mengambarkan pepatah Melayu iaitu 'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' menjadi kenyataan.

Sukarelawan dari NGO OurTouch, Azmi Rasa berpendapat isu golongan yang kurang bernasib baik seperti gelandangan masih belum selesai buktinya di Amerika Syarikat dan Jepun bilangan golongan yang terlantar dan tidak berumah masih tinggi.

"Bantuan yang dihulurkan oleh NGO di Malaysia sama hebatnya sama ada ke luar mahupun ke dalam negara, cuma kadang kala perhatian dan publisiti yang diberi menyebabkan sesuatu program pemberian dana ke luar itu kelihatan lebih besar.

"Walhal sebenarnya terdapat banyak NGO yang tidak pernah berhenti mencari dan melaksana program membantu golongan yang memerlukan itu tanpa mengira musim," katanya kepada The Rakyat Post.

Azmi yang kini sedang menjalankan misi bantuan kemanusiaan di kem pelarian Roghinya di Aceh, Indonesia menjelaskan usaha yang dilakukan NGO di Malaysia di dalam negara tetap berjalan cuma kurang diberi publisiti dan hebahan secara meluas di media.

"Inilah nasib NGO kecil seperti OurTouch, kami berusaha bagi mengumpulkan sumbangan sendiri tanpa ada bantuan syarikat korporat mahupun penajaan, sebenarnya kesedaran masyarakat Malaysia dalam menghulurkan bantuan setiap kali misi OurTouch dilancarkan amat menggalakkan.
Kanak-kanak pelarian Rohingya. - Foto NGO OurTouch
Kanak-kanak pelarian Rohingya. – Foto NGO OurTouch
"Kami bukan NGO besar yang mempunyai nama dan dikenali, namun usaha kecil kami pada setiap minggu melalui program gabungan dengan NGO kebajikan lain mampu mengumpulkan sejumlah sumbangan untuk diberikan kepada golongan tersebut di Malaysia mahupun untuk misi Roghinya seperti ini," katanya.

Azmi dan sembilan ahli OurTouch atau juga dikenali sebagai Persatuan Sentuhan Kembara Malaysia berjaya mengumpulkan sumbangan kewangan yang berjumlah RM15 ribu untuk projek Rohingya di Aceh.

Bagi Presiden OurTouch, Raja Nazilawati Raja Zainal, isu NGO Malaysia lebih banyak menghulurkan bantuan keluar negara berbanding di dalam Malaysia bukan menjadi soal perkara penting yang perlu diberikan tumpuan ialah kesedaran rakyat Malaysia semakin meningkat menyertai misi sukarelawan dan bantuan kemanusiaan.

"Peranan media amat diperlukan dalam hal ini kerana menerusi media sesebuah NGO itu akan diketahui masyarakat, contohnya dari segi saluran bantuan kepada mereka yang memerlukan, rakyat dapat melihat sendiri ke manakah bantuan diberikan dan adakah benar-benar diterima oleh golongan yang memerlukan itu," katanya.

Lawrence Emrys Robert Abus, seorang sukarelawan dari pertubuhan NGO Region of Love (ROL) berkata, menyalurkan bantuan ke negara luar adalah sangat perlu bagi menunjukan keprihatinan negara kita mengenai isu-isu dan permasalahan antarabangsa.

"Perkara ini bagi saya masih seimbang, melihat situasi di Malaysia ramai pihak yang cuba membantu terutamanya badan-badan NGO dengan pelbagai inisiatif.

"Cuma apabila ia belaku di dalam negara liputan oleh media tidak sebesar dengan apa yang kita buat untuk membantu pihak negara luar," katanya.

Fungsi NGO di negara ini sememangnya tidak boleh dipertikai kerana merujuk kepada rekod Pendaftar Pertubuhan (ROS), sehingga tahun 2013 terdapat 115,537 pertubuhan berdaftar di Malaysia iaitu 45,802 pertubuhan induk dan 69,735 pertubuhan yang mempunyai cawangan.


Meskipun Agong guna jet dulu

Posted: 11 Jun 2015 05:00 PM PDT



Oleh Subky Latif


SEKALIPUN Yang Dipertuan Agong yang mula-mula menggunakan jet eksekutif selepas ia dibeli, adakah PM Najib telah berjaya menjawab soalan yang dihadapkan kepadanya atau satu dalih sekadar melepaskan batuk di tangga?
    
Dapatkah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong menghalalkan kerajaan membeli sebuah lagi jet eksekutif mewah sebagai tambahan kenderaan udara lagi bagi kegunaan beberapa kerat VIP, sedang yang sedia ada itupun sudah dirasakan amat bermewah-mewahan.
     
Pembangkang sudah pun mentakwil akan keperluan sebuah lagi jet mewah untuk segelintir VIP sedang yang sedia ada itu sudah lebih daripada cukup dan menggunakan selenggaraan yang tinggi.

Kemudian Tun Dr. Mahathir mungkin mengira yang pembangkang takwil itu adalah amat munasabah, maka dia pun memperkuat tekanannya kepada PM Najib, jawap apa yang telah dibangkitkan itu, jika gagal memberi jawapan meyakinkan, patut benar dia berundur.
   
Di samping digunakan oleh Seri Paduka dulu, Dr. Mahahir dikiranya telah menyambung lidah pembangkang. Apakah pada Najib itu amat haprak buat  bangsa tamadun dan  demokrasi.
    
Orang yang memperleceh kewujudan pembangkang adalah orang yang rendah tamadunnya dan tidak ada kelayakan langsung menjadi perdana menteri. Ia lebih teruk daripada raja feudal zaman purba dan sang diktator pada akhir zaman.
    
Boleh orang seperti Najib menghalalkan pembelian itu dengan dalih ia diguna Agong dulu. Pertama jawapan itu adalah kodi, alasan seperti orang tak pernah sekolah. Kedua, dia cuba menggunakan nama Agong bagi menjustifikasi tabiat pembazirannya.
   
Adakah kerana Agong diatur menggunakan dulu, maka ia tidak boleh ditakwil. Kita sudah ada Agong selama ini, tiada pula sekalian Seri Paduka mahu motokar atau kapal terbang yang diguna sesiapa untuk ke mana-mana.
   
Betulkah Agong yang guna dulu sebaik dibeli? Atau ada orang lain guna dulu? Hanya Allah dan Najib yang boleh menjelaskan.
   
Tunku pergi ke merata tempat tak pernah merasa jet eksekutif. Perdana Menteri Tun Razak merasa guna jet eksekutif bagi menghadiri satu sidang kemuncak antarabangsa sama ada OIC atau NAM. Itupun dia pinjam jet Tun Mustapha, Ketua Menteri Sabah masa itu.
   
Mula negara beli jet eksekuif ialah selepas PM Dr. Mahathir menjalani rawatan pintas saluran jantung. Untuk penerbangan cemas itu kerajaan Malaysia cuba pinjam jet eksekuif Lee Kuan Yew. Pemimpin Singapura itu benarkan pesawat yang ada kemudahan belah jantung dalam penerbangan. Jet Kuan Yew itu tidak sempat diguna kerana Mahathir terpaksa dirawat segera di Hospital Kuala Lumpur.
    
Agaknya tak mahu dilihat leceh atau malu meminjam kepalterbang orang lain, Malaysia pun beli sebuah, dan Dr. Mahahir pun masa itu acap ke luar negara, kadang dua kali dalam masa  tiga bulan dan tidak pelik kalau tiga kali dalam masa dua bulan.
     
Lepas itu negara pun ada lebih dari sebuah jet.  Tiba zaman Najib yang beristeri pintar, dia beli lagi jet yang direnovasi canggih. Masa jet itu dibeli negara tidak cukup duit. Ekonomi dum! Dum! Dum! Ringgit sudah rendah dari Lira Turki, Riyal Saudi dan Baht Thailand.  
   
Dengan inflasi dan harga barang melambung, yang berpendapatan sederhana jadi miskin dan yang miskin jadi fakir, papa kedana bercampah, maka itu Najib beli  jet.
    
Hanya rakyat tanpa perut dan hati saja yang diam. Yang lain sakit hati mendengarnya. Apabila dipinta penjelasan, jawabnya Agong guna dulu. Lepas itu siapa guna hari-hari?

17 Petua Halau Tikus Paling Berkesan. Cubalah!

Posted: 11 Jun 2015 04:52 PM PDT


DETIK DAILY



Tikus adalah salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya juga sudah menggelikan. Jadi bagaimanakah caranya untuk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa maut.

1. Daun PandanDaun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

2. Daun SemambuLetakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.

3. Daun Durian BelandaCaranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian. Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

4. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.

5. Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

6. Buah Pong-PongBuah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia. Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.

7. Buah MengkuduAmbil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

8. Minyak PudinaSapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.

9. Kapur Barus
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi 'lubuk' tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!

10. Cat Badan Tikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. Kulit DurianLetakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. Bela KucingPetua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.

13. Buah Kepompong
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. Perangkap TikusLetakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus
Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. Guna Serai Wangi
Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)
Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu.

Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia untuk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang berdaftar.

Akhir kata

Demikian beberapa tips atau petua halau tikus dari kami. Selain itu juga, kebersihan rumah juga perlu dijaga kerana sisa-sisa makanan boleh mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pada waktu awal pagi dan malam supaya tikus tidak mencari sisa makanan di dalam rumah.

Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan di sekitar kawasan perumahan, dan penduduk boleh bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan.


Pekerja yang dikekalkan MAS hadapi kesukaran masa depan

Posted: 11 Jun 2015 04:35 PM PDT

THE RAKYAT POST


MAS 2
Dengan berpindah ke ibu pejabat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ianya hanya menyusahkan para pekerja kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi disebabkan jarak perjalanan yang jauh. - Foto TRP/Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR: Ramai pekerja yang dikekalkan oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk berkhidmat di syarikat yang baru, Malaysia Airlines Berhad (MAB), akan menghadapi kesukaran di masa hadapan.


Seorang pekerja MAS yang dikekalkan perkhidmatannya berkata ramai pekerja lain yang akan dipotong gaji.

"Hal ini tidak akan berlaku jika MAS masih berterusan menggunakan Subang sebagai ibu pejabat," katanya.

Beliau berkata, dengan berpindah ke ibu pejabat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ianya hanya menyusahkan para pekerja kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi disebabkan jarak perjalanan yang jauh.

Beliau menegaskan pekerja yang dipotong gajinya sebanyak RM3,000 terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 untuk kos perjalanan dan juga makanan ke KLIA, menjadikan jumlah keseluruhan untuk perbelanjaan adalah lebih kurang RM1,100 sebulan.

Beliau mempersoalkan bagaimana seseorang yang mempunyai keluarga dan tanggungan lain boleh bertahan dengan berbekalkan lebihan gaji RM1,500 selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada zaman dan umur sekarang, tanpa mengambil kira apa-apa pinjaman peribadi lain yang diambil oleh para pekerja.

"Sesetengah pekerja MAS berkata mereka tiada pilihan lain selain daripada mengurangkan kepada satu hidangan sehari bagi memenuhi keperluan," katanya.

Kata beliau lagi, ianya sangat menyedihkan apabila para pekerja penerbangan terpaksa melakukan pengorbanan.

"Terdapat perbincangan di mana pekerja-pekerja menggunakan satu kereta untuk pergi ke tempat kerja bagi mengurangkan kos namun masalah utama yang dihadapi adalah ramai pekerja-pekerja MAS tinggal di pelbagai tempat, malah ada juga yang berkerja mengikut syif menyebabkan ianya sukar untuk dilakukan," katanya.

Beliau berkata lagi, walaupun menggunakan bas untuk ke lapangan terbang ianya masih sukar kerana dari lapangan terbang, tiada perkhidmatan bas ke ibu pejabat MAS yang berhampiran dengan Terminal Tambang Murah lama.

Sumber berkata, keperluan dan kebajikan para pekerja seperti tidak diambil peduli apabila keputusan memindahkan ibu pejabat penerbangan dibuat

Puncak Niaga mungkin batalkan perjanjian air

Posted: 11 Jun 2015 04:32 PM PDT

THE RAKYAT POST

TAN SRI ROZALI ISMAIL
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan PNHB Tan Sri Rozali Ismail berharap tidak akan ada lagi lanjutan bagi Air Selangor untuk memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian jual beli (SPA). - Foto Bernama



KUALA LUMPUR:  Isu penyusunan semula air Selangor telah berlarutan terlalu lama dan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) mungkin membatalkan perjanjian dengan entiti milik negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan PNHB Tan Sri Rozali Ismail berkata ia berharap tidak akan ada lagi lanjutan bagi Air Selangor untuk memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian jual beli (SPA).

Tarikh tamat terkini menjadi Lanjutan Masa Kelima SPA ialah pada Khamis.

"PNHB tiada pilihan selain menggunakan hak-hak undang-undang untuk membatalkan SPA dengan Air Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd akan memulakan semula tindakan undang-undang mereka yang telah tertangguh sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula industri air Selangor.

Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac 2015.

Ketidakpastian yang berpanjangan dalam penyusunan industri air Selangor telah menjejaskan tahap perkhidmatan yang pengguna berhak, katanya.

"Kami amat berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan apa-apa isu yang akan berlaku dengan segera demi kepentingan pengguna," kata Rozali.

Air Selangor ditubuhkan untuk mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air dan perkhidmatan bekalan air yang sebelum ini diuruskan oleh empat syarikat.

Pada 11 November lepas, Air Selangor telah menandatangani perjanjian untuk membeli anak syarikat milik penuh PNHB, Puncak Niaga Sdn Bhd dan 70 peratus pegangan ekuitinya dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), bernilai RM1.55 bilion.

Tiada ulasan: