Sabtu, 27 Jun 2015

.

.


Najib tiru Mahathir selamatkan diri

Posted: 26 Jun 2015 06:14 AM PDT

ULASAN MALAM                                                                                                                 

Lewat petang tadi Mohd Najib Razak mengumumkan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan. Ini bermakna pemilihan Umno baru boleh diadakan pada tahun 2018. Memandang pada tahun itu kemungkinan pilihan raya umum ke 14 akan diadakan, bermakna pemilihan Umno akan diadakan selepas itu.

Najib menggunakan Fasal 10.16 perlembagaan Umno untuk membuat penangguhan itu. Fasal berkenaan memberi kuasa kepada MT untuk menangguhan pemilihan pada peringkat MT, kawasan dan cawangan.

Beliau memberi tahu selepas mesyuarat MT petang ini. Katanya penangguhan itu untuk membolehkan parti dikukuhan dan melakukan kerja yang dirancang. Ia juga bagi memberi peluang kepada rakan-rakan komponen memantap kedudukan untuk menghadapi pilihan raya. Salah satu rakan komponen BN yang sedang dibelit kemelut dan masalah ialah MIC yang tiba-tiba kehilangan presiden apabila RoS mengistyharkan G Palanivel lucut keahlian.

Tindakan Najib itu walaupun mengikut kehendak perlembagaan dan beta pun ikhlas untuk memperkukuhkan Umno dan BN tetapi ia sudah tentu dilihat lebih untuk melindungi kedudukannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Najib sangat menyedari yang kedudukannya kini sedang diancam dimana kalau beliau tidak mengambil langkah pengukuhan diri dia boleh hanyut. Beliau mungkin sudah meramlakan serangan terhadapnya kini kemungkinan ada orang akan merempuhnya pada pemilihan itu. Jadi sebelum dirempuh elok beliau melindungi diri.

Keputusan yang dibuat itu sudah dijangka awal-awal. Begitulah politik orang tidak berani berdepan dengan realoiti. Keputusan itu bagaimana pun menyebabkan Dr Mahathir Mohamad yang bermati-matian untuk menjatuhkan Najib akan mati terkangkang. Harapan Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk melihat Najib tersingkir gagal. Mahathir sangat menanti perhimpunan tahun depan selepas segala usaha dilakukan sebagai gelanggang untuk menyingkirkan Najib. Harapan itu kini menemui jalan buntu.

Mahathir telah melakukan pelbagai usaha untuk mengerudi Najib agar jatuh.  Dari sebesar-besar isu kehilangan alias kerugian RM42 billion dalam syarikat perlaburan strategi yang dinaungi Najib 1MDB, tragedi pembunuhan Altantuya hingga kepada isu keborosan isteri Najib Rosmah Mansor telah dibangkitkan Mahathir. Namun semuanya tidak memberi bekas dan Najib tetap utuh di persada kekuasaanya.

Lantaran itu Mahathir sangat berharap masa untuk Najib dijatuhkan ialah pada perhimpunan. Tetapi apabila perhimpunan (pemilihan) itu ditangguh Mahathir kini hilang akal. Mahathir kini bolehlah bernyanyi lagu "cukuplah sampai di sini".

Demikian juga dengan Muhyuddin Yassin orang yang cuba diangkat Mahathir untuk mengambilalih tempat Najib juga hilang nafsu untuk melanggar Najib. Penangguhgan itu sudah tentu mematikan nafsu malu-malu kucing Muhyiddin. Muhyuddin tidak mengiyakan apa yang diusahakan Mahathir untuk menaikkannya, tetapi di kamar tidur dia mengangan-angankan jawatan PM.

Sebelum ini beliau juga berharap agar perhimpunan agung Umno tidak ditangguhkan atas alasan perhimpunan tidak memecah belahkan parti. Kenapa beliau membuat cadangan itu. Kail tidak akan dilempar ke kolam yang tidak ada ikan. Hehe falsafah sikit.

Dan apabila MT bersetuju untuk menangguhkan pemilihan itu ini bermakna kesemua ahli MT adalah merupakan hulubang Najib. Dengan penangguhan itu Najib kini boleh tidur semula walaupun tidak begitu nyenyak. Dan Mahathir pula terpaksa mencari dan mengatur strategi baru. Najib baginya tetap perlu disingkirkan demi masa depan negara. [wm.kl.9:13 pm 26/06/15] * tanpa edit.

Warkah Ramadhan buat Abdul Hadi Awang (2)

Posted: 26 Jun 2015 04:02 AM PDT

SURAT TERBUKA                                                                                           

Sikap Tuan terhadap DAP

Sikap Tuan terhadap DAP sangat jelas. Latar belakang pendidikan dan pegangan agama, ketebalan mata feqah Tuan dalam semua aspek kehidupan, menjadi Tuan benci DAP. Tuan tidak senang dengan DAP. Atau tidak meletak sedikit pun hu'uzan (sangka baik) kepada golongan kafir. Cara Tuan bertindak seolah-olah mahu golongan ini diperangi seperti golongan Taliban, di Agthanistan. Ada jiwa Perkasa dalam dada Tuan.

Sekali lagi perbezaan yang jelas antara pendekatan Tuan dengan Tokguru Nik Abdul Aziz. Beliau lebih lunak dan melihat kerjasama dengan DAP memberi peluang untuk mendekati golongan itu kemudian diberi penerangan dan keterangan mengenai agama.Tokguru kata jangan paksa mereka menerima Islam, sesuai dengan ayat Tuhan bermaksud; "tiada paksaan dalam beragama", tetapi untuk permulaan cukup mereka faham sahaja. Demikian lembut dan hikmahnya siasah almarhum.

Rasanya tidak senang Tuan ini bukan baharu tetapi bermula sebaik sahaja PAS mengadakan pendekatan politik dengan DAP. Bahkan lebih awal dari itu hasil kefahaman rigid Tuan mengenai orang kafir terhadap Islam. Tetapi kerana Tuan tidak ada kuasa, maka perasaan itu dipendamkan sahaja. Kejelasan kebencian Tuan ini boleh dilihat kepada "Amanah Haji Hadi" yang Tuan deklerasikan itu. Kalau dengan UMNO Tuan  boleh meng'taghut'kannya dan menghukum begitu apa lagi dengan parti Cina, kafir.

Justeru hubungan dan siratan politik Tuan dengan DAP, selama ini berjalan dengan cara terpaksa atau pincang sahaja bukan atas kerelaan hati. Saya memahami sejauh mana sangat mesra dan intimnya hubungan sebegitu. Seperti perkahwinan secara paksalah, ia mengambil masa untuk meserasikan dan ada yang berakhir dengan perpisahan. Nauzubilahimnazalik.

Dalam hal ini Tuan tidak cuba mencari persaman, sebaliknya selalu melihat kepada pertentangan terhadap soal-soal furuk saja.Tuan tidak banyak mencari hikmah dan kelabaan disebalik itu tetapi banyak melihat akan kekejian golongan itu.Tuan nampak Neraka bagi pihak mereka dan Tuan terbayang Syurga bertingkat tujuh dari pihak Tuan walaupun itu adalah satu bayang-bayangan.

Sebenarnya perasaan demikian juga ada kepada pimpinan PAS lain, tetapi berbezanya dengan Tuan mereka lebih memahami maslahat dan politik. Mereka melihat politik dalam kerangka untuk mendapatkan kuasa dan bukannya keredahaan. Berbeza dengan fahaman Tuan, mahukan keredahaan walaupun tanpa kemenangan, yakni natijah berpolitik. Inilah perbezaan dan pemahaman mengenai keduanya tidak dapat digabung kahwinkan.

Ada benarnya kalau ahli PAS berpegang kepada fahaman demikian. PAS adalah sebuah gerakan massa. Kemenangan adalah diperlukan bagi melaksanakan apa-apa yang dikandung dalam perlembagaan. Tanpa kemenangan segala matlamat dan tujuan itu akan tertinggal begitu sahaja. Bagi saya keredahaan Allah ialah apabila kita telah berusaha, sepanjang masa dengan pelbagai cara, kalau pun tidak berjaya, ia adalah keredahaan.

Keredahaan bukan diperolehi apabila usaha secara syariah, secara baca-bacaan dan hafal-hafallah sahaja. Tidak sebegitu. Keredahaan yang diperolehi apabila semua dilakukan dengan bijaksana dan tidak bertentangan dengan akidah baik secara zahir atau batin. Tuhan bukan saja menuntut kita mempelajari syariat tetapi hakikat juga.

Perbezaan dalam memahami PAS sebagai sebuah organ siasah dengan gerakan dakwah itulah menjadikan Tuan "berpeling" dengan orang, membeci kepada DAP. Dalam hal ini pendekatan dan lisan hubungan arwah Nik Aziz tidak diteruskan oleh Tuan. Pertentangan pendekatan dan uslub politik antara Tuan dengan arwah sangat jelas?

Selain itu kebencian Tuan kepada DAP atau kufar itu bukan sahaja kerana didominasi perbezaan latar belakang fahaman dan pegangan agama, tetapi kerana Tuan sedikit sebanyak termakan hasutan pihak musuh PAS yang senantiasa mencari jalan untuk memusnahkan PAS. Dalam soal ini ialah UMNO.

UMNO memang menjadi syaitan, mengadu dombakan agar perhubungan politik PAS dengan DAP yang menyemakkan matanya itu, hancur. Alasan digunakan UMNO dalam soal ini ialah kononnya DAP akan menghalang cita-cita PAS dan lebih busuk lagi akan menguasai negara ini. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Tuan terheret sama dalam politik asobiyah yang dipancing oleh UMNO menerusi beberapa kerat pemimpin muda PAS yang mentah sepak teranjang politik UMNO. Politik mereka belum sampai ke kulit ari pun.

Saya memaklumi akan hubungan atau pun pertemuan beberapa pemimpin muda dalam PAS dengan pihak UMNO atau pun brua UMNO ini. Mereka berjumpa bukan sangat atas dasar untuk perjuangan PAS, tetapi lebih kepada meterial. Mereka sebenarnya telah diumpan dengan kebendaan dan mereka mentankedarah pun. Manakala keseronokan mereka itu disampaikan kepada Tuan dengan membawa janji-janji UMNO untuk membantu PAS dan juga peribadi dalam PAS. Apakah Tuan juga pernah memakan umpan kebendaan dari UMNO?

Politik DAP

Mengenai kelicitan politik DAP, saya mengakuinya. DAP mencari pengaruh dan kedudukan. Hasrat untuk menguasai negara ini sepenuhnya bukan satu dongengan. Hakikatnya dimaklumi oleh mereka yang celik politik dan arif membaca tapak bayang politik. UMNO tidak pernah diam daripada mengadu dombakan perkara ini. Perkara ini sudah sesuatu yang pelik lagi. Orang Cina telah menguasai ekonomi, perdagangan, perlombongan, hartatanah dan sebagainya.

Mereka hanya akan menunggu untuk menguasai politik. Mereka menyedari penguasaan politik tidak akan berjaya kerana keadaan negara ini, maka mereka perlu berbaik dengan PAS. Atau dalam masa sama mensederhakan fahaman dan anutan politik orang-orang PAS. Itulah taktik dan strategi mereka.

Jadi apabila Tuan skeptikal dengan DAP, saya setuju itu, tetapi tindakan Tuan bertindak atas pengaruh UMNO dan agensinya semata-mata adalah satu kesilapan. Prinsip musyawarah yang dianjurkan tidak diguna pakai oleh Tuan. Sepatutnya Tuan tidak mengguna pakai pandangan peribadi Tuan atau mengelakkan dari menggunakan kuasa prerogetif yang ada kepada Tuan.

Sebagai pemain politik Tuan harus menggunakan serampang dua mata. Dalam membantu UMNO seharusnya Tuan juga bertindak menikam UMNO sekiranya apa yang dilontarkan itu tidak benar, maka UMNO harus diperangi. Itulah siasah. Itulah taktik dan strategi. Itulah kebijaksanaan. Dengan UMNO Tuan tidak boleh tidur dalam perutnya.

PAS sepatutnya menjadi vehicle menggantikan UMNO. PAS harus menganjalkan (fleksibliti) dirinya untuk menarik seberapa ramai penyokong. Kehadiran golongan profesional telah meletakkan PAS menjadi sebuah parti yang praktik dari segi agama dan politiknya.

Yang mengatakan PAS sudah lari dari perjuangannya ialah UMNO. UMNO senagaja berbuat provokasi begitu kerana tujuan untuk menghancurkan PAS. Kalau UMNO berasakan pendekatan Islam PAS baik dan perpefect seperti hudud dan sebagainya, kenapa parti itu tidak usahakan sendiri. Sepatut itu yang UMNO lakukan kerana ia afdal demi pengukuhannya. Tetapi apabila ia menghala kepada PAS, jelas ia ada undang di sebalik batu. Sokongan UMNO hanya tawaran fotomargana kepada sesetengah orang PAS yang kehasuan. Perkara ini sepatutnya difahami sedalam-dalamnya oleh Tuan agar tidak terjadi ayam terlepas tangan berbau tahi.

Berbalik kepada DAP tadi serta hasrat Tuan untuk mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang (Unity Government)  demi menyelamatkan bangsa Melayu dan Islam, saya bersetuju. Sekiranya Tuan ingin membawa PAS bekerjasama dengan UMNO saya sangat bersetuju. Selaku presiden Tuan perlu ada gagasan dan wawasan tersendiri. Tetapi biarlah perkara itu dibincang secara terbuka, telus dan keputusan diambil secara kolektif (pinjam perkataan kegemaran Tuan).

Ternyata dalam urusan ini Tuan beritndak tanpa mendapat mandat ahli dan hanya perestuan Majlis Syura Ulama sahaja, yang umum tahu siapa dan apa yang diperjuangkan oleh insan-insan dalam majlis itu. Gara-gara itulah maka impian dan azam baik Tuan terburai di tengah jalan.

Tanpa Tuan sedari kedudukan Tuan sebagai presiden, ketua kepada eksekutif parti telah dirampas dan disamun oleh majlis syura secara penuh tektikal dan diplomasi agama. Sebenarnya majlis syura bertindak lebih kuasa sudu di dalam kuah. Tuan tidak menyedari ini kerana ralik dengan ulikan kemenangan akhirat tanpa menyedari di dunia Tuan kalah, padahal kemenangan dunia itulah membina kemenangan abadi di akhirat.  Bersambung. [wm.kl.7:01 pm 26/06/15]

Tiada ulasan: