Selasa, 16 Jun 2015

.

.


Hancurkan Pakatan, DAP jangan konfiden sangat

Posted: 15 Jun 2015 11:56 PM PDT

ULASAN ISU                                                                                                       

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Pakatan Rakyat sudah tidak ada lagi. DAP malam tadi dalam mesyuarat tertingginya telah membuat keputusan Pakatan itu sudah tidak wujud lagi. Sehubungan itu Guan Eng menyerahkan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyusun semula kerajaan Selangor.

Guang Eng jangan agah.
Jangan tekan Azmin.
Memahami makud Guan Eng itu, DAP sudah tidak mahu lihat muka Pas lagi dalam kerajaan Selangor. Perkara utama yang diigin diberesi ialah kedudukan tiga orang Exco daripada Pas. Dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pas mempunyai tiga orang Exco, Dr Ahmad Yunus, Mohd Zaidy Abdul Talib dan seorang lagi.

 Selain itu wakil Pas juga menduduki timbalan spekaer DUN Selangor. Hasil daripada pertukaran MB daripada Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali, Pas kehilangan satu jawatan Exco.



Sudah tentu gesaan Guan Eng itu merupakan sesuatu yang berat kepada Azmin. Orang paling delima waktu ini ialah Azmin. Azmin harus bijak melayani gesaan DAP itu, tanpa tidak melihat kepada Pas yang sudah dijauhi DAP. Apun pun keadaan Azmin harus sedar yang perhubungan antara partinya dengan Pas masih wujud. Yang putus hubungan dengan Pas, DAP bukan DAP.

Mungkin dari segi amalannya, arahan Guan Eng itu tepat, kerana Pas telah pun memutuskan hubungan dengan DAP. Walaupun ia belum muktamad, dari segi teknikalnya tetapi itulah hakikat, bahawa Pas dan DAP sudah tidak terikat dengan apa-apa persefahaman dan perasaan lagi. 

Apa yang perlu difahami, sepatutnya untuk membubarkan Pakatan Rakyat bukan hak eksklusif DAP, tetapi ia adalah hak inklusif bersama. DAP atau Guan Eng tidak boleh mengambil kira kerana parti itu mempunyai 15 kerusi dalam DUN Selangor maka ia boleh membuat arahan berupa tekanan kepada Azmin.

Pas juga berhak ke atas kerajaan di Selangor itu. Walaupun dua wakilnya sudah menjadi bebas, tetapi dari jumlah kerusi Pas masih berkedudukan hampir sama rata dengan PKR dan DAP. Pas kini mempunyai 13 kerusi, apabila dua wakilnya digantung. Kesilapan Pas disini ialah kerana mengantung Adun Hulu Kelang, Saari Sungip dan Adun Morib, Hasnol Baharuddin. Kalau tidak Pas masih dalam hakikat 15 kerusi.

Justeru hendaknya Azmin tidak ditekan dengan cadangan Guan Eng itu. Berilah kebebasan dan ruang kepada Azmin secukupnya. Politik harus dilengsaikan dengan tenang dan fatanah. Yang sebaiknya walaupun hubungan Pas dengan DAP sudah putus, begitu juga hubungan DAP dengan Abdul Hadi sudah relai, tetapi kedudukan PKR sebagai parti pendamai hendaklah dihormati.  Konsensus bahawa Selangor dilepaskan kepada PKR hendaklah dihormatinya, ertinya Azmin adalah tuannya.

DAP tidak boleh besar kepala di dalam hal ini. Dari segi kerusi, kalau DAP bergabung degan PKR memang ia boleh membentuk kerajaan, tetapi apa yang penting difikirkan, apakah kerajaan (PKR - DAP) stabil atau tidak. Sekiranya DAP yang mempunyai 15 wakil, bergabung dengan PKR 13 dan dicampur dengan dua Adun Pas yang menjadi bebas, gabungan itu mempunyai 30 kerusi berbanding dengan Pas jika digabung dengan Umno dan seorang bebas menjadi 26 kerusi.

Kedudukan dengan kelebihan empat kerusi itu tidak stabil dan bila-bila masa kerajaan itu boleh tumbang. DAP juga tidak boleh berasa selesa dengan kedudukannya. Kerana bukan bermakna kesemua 15 wakilnya kukuh bersamanya dan begitu juga PKR. Apa yang berlaku di Perak, apabila terdapat wakil PKR dan DAP berhijrah kepada BN, menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjadi gemulah. Peritsiwa itu sepatutnya dijadikan cermin tebat buat DAP khasnya.

Jadi, Guang Eng dan DAP janganlah berasa lebih dan terlalu konfiden rakyat akan bersama mereka. Pencapaian atau sokongan rakyat 60 peratus kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu bukan lagi menjadi indikator relevan dengan kedudukan hari ini. Dan dalam politik apa-apa sahaja boleh berlaku termasuk apa yang kita tidak fikir.

Yang terbaik kalau benar Pakatan Rakyat hendak dibubarkan, pertemuan rasmi hendaklah diadakan. Majlis presiden Pakatan Rakyat masih wujud dan ia perlu dibincang di situ. Bagaimana ia bertemu untuk mengagaskan dulu, begitulah juga kalau ia hendak dileraikan. Betul Pakatan Rakyat boleh dibubarkan tanpa mengisi apa-apa borang pengistyharan kepada ROS, tetapi semua pihak perlu mempamerkan adat-adat yang mulia dan bersikap profesional kerana semua itu akan menjadi nilai tambah kepada parti dan diri masing-masing dari masa ke semasa.

Apakah semuanya mahu ikut stail Abdul Hadi Awang yang bertindak sesuka hati dan nafsunya? Oh tidak. Kalau begitu semua semua orang jadi macam Hadi Awang lah dan semuanya bertaraf dua kali lima sahaja. [wm.kl.2:42 pm 16/06/15]

Tiada ulasan: