Selasa, 30 Jun 2015

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Hasan Malek yang dikagumi

Posted: 30 Jun 2015 10:06 AM PDT

Korang ingat dia kisah dengan apa yang kita nak cakap pada dia? Cakaplah apa saja, dia akan kekal sebagai menteri dan terus kaya dengan gaya dia.

Malam tadi, harga minyak naik...macam biasa. Bukan kita tak biasa. Saja je korang nak create issue.

Bukan sehari dua BN ni memerintah. Tak perlu marahkan YB Hasan tu. Dia tak salah. Dia memainkan watak yang ketua dia mahukan. Ingat senang nak buat kenyataan- kenyataan yang menyakitkan hati macam yang selalu dia buat? Susah ooo.

Kita nak mengaku jahil pun segan. Dia selamba buat kenyataan tahap tadika. Muka keras selamba je.

Tapi masalahnya, dia ni orang Nogoghi. Itu lah masalahnya. Kalau dia orang Kelantan atau Sarawak (sekadar petik nama negeri secara rawak), aku tak kisah de. Ini orang negeri aku ni bhai. Aduhh. Macamana lah dia boleh pengaruhi Bahagian UMNO Pilah tu agaknya. Takkan level ni je pemimpin yang ada kat Kolopilah tu?

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana"..Nampak...macam orang bangang je kenyataan dia ni. Macam tak tahu mende. Tapi itulah kelebihan dia. Esok dia masih segak dan bergaya. Kita je senyum kelat isi minyak mahal. Puiih.

Kagum...ye..kita kena kagum dengan dia..sebagaimana kita mengagumi YB Ahmad Maslan.

Nota kaki: aku tak mabuk ketika menulis. Hihi.

aku yang baju biru tu poiit

Kekok

Posted: 30 Jun 2015 08:56 AM PDT

Kekok betul aku nak tulis blog ni balik. Lama betul tak menulis. Dah berabuk laptop aku ni.

Niat aku memang nak menulis..bukan untuk hits tapi untuk bercerita...

Ramai kawan lama aku masih istiqomah menulis blog. Tahniah buat mereka. Tulislah yang baik- baik.

Aku pun sudah makin tua..gigi dah goyang dah bro. cis...takkan nak pakai gigi palsu lak lepas ni...

Tulisan aku mungkin agak sederhana nadanya. Ada yang suka dan akan ada yang menyampah. itu biasa.

Anggaplah Ramadhan ini sebagai welcome month untuk aku menulis kembali. Hobi ini lebih baik dari banyak hobi- hobi yang lain. Sudah banyak kali aku terperangkap dengan hobi yang sia-sia.

dan berkenaan politik mutakhir...aku Pro-Tun M..hihi...saja nak habaq. Kang korang cakap aku tak bagitahu pulak kang.

Stop sini dulu. InsyaAllah akan disambung...

Harimau Menaip
Dar Al-Khusus
11:52 malam
gambar adik beradik aku..yang jantan tu aku. ;)

Tiada ulasan: