Nuffnang

Pengikut

Biaqpila

sumber :-

Biaqpila


18 ORANG KENA TANGKAP TAK POSA

Posted: 23 Jun 2015 04:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menangkap 18 individu kerana tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.

Ketua Penguatkuasa Penolong Pengarah Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Anuar Hakim Mohd Salleh berkata kesemua mereka ditahan di beberapa restoran sekitar ibu negara dalam satu operasi khas yang dilakukan sejak Ramadan bermula minggu lepas.

Jelasnya, operasi itu dilakukan apabila menerima aduan orang awam yang kurang senang dengan tindakan segelintir umat Islam yang makan di tempat awam tanpa rasa segan.

Dua restoran diserbu di Wangsa Maju dan Jalan Tun Razak disertai 10 pegawai penguatkuasa JAWI bermula 11 pagi hingga jam 1 tengah hari. Ketika serbuan, 7 lelaki islam sedang makan dan merokok secara terbuka.

"JAWI mengadakan operasi salah laku bulan ramadhan pada hari ini, dan kita telah pergi pada dua premis yang pertama di Wangsa Maju kita mendapati salah seorang pekerja di restoran tersebut sedang menghisap rokok iaitu menghisap rokok secara terbuka di khalayak ramai.

"Manakala di lokasi ke dua di mana di sini kita telah mendapati ramai orang awam sedang makan secara terbuka dan ada juga yang sedang merokok di sini kita telah mengeluarkan enam perintah hadir dan dilokasi pertama iaitu satu surat perintah hadir," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Mereka ditangkap dan disiasat mengikut seksyen 15a dan b Kesalahan Jenayah Syariah, Wilayah Persekutuan, 1997.

Peniaga yang menjual makanan kepada orang Islam ketika bulan dan orang Islam yang makan dikhalayak ramai boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 ataupun penjara tidak lebih daripada enam bulan.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/18-individu-ditangkap-tidak-berpuasa-63329?cp


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT