Selasa, 9 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS menghadapi masa depan yang tidak menentu....

Posted: 09 Jun 2015 09:00 AM PDT

Walaupun tanpa PAS, gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada hanya PKR dan DAP mampu mengekalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya berlaku pilihan raya negeri, organisasi bukan kerajaan Kuasa, berkata hari ini.

 Ketua Eksekutif Kuasa, Praba Ganesan memberitahu pemberita hari ini, berdasarkan laporan terkini NGO pada janji-janji yang dibuat oleh Selangor dan kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum lalu, dua tahun lepas - ada petunjuk bahawa masyarakat awam mengkagumi jenama PR.

 "PAS meninggalkan gabungan itu tidak akan menjadi terminal untuk Pakatan gabungan itu disusun semula  untuk melakukannya dengan baik. Kami percaya terdapat alasan yang cukup untuk percaya mereka akan berjaya kata Praba.

 PAS, dalam Muktamar terbarunya, menerima pakai resolusi untuk memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat. Beberapa pemimpin mereka di Pulau Pinang telah meletak jawatan dari jawatan kerajaan.

 Walau bagaimanapun, jika mereka melakukan perkara yang sama di Selangor, ia mungkin akan menyebabkan pilihan raya negeri, kerana PAS memegang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri sementara DAP 15 dan PKR 13.- Lihat lebih lanjut di themalaysianinsider

Komen al-Husseyn:

Jangan lupa kerusi PAS dari 15 dah tinggal 13 apabila 2 keahlian ahlinya telah digantung akibat mereka menyokong WAWI masa krisis MB Selangor dulu. Bayangkanlah jika ada lagi dari PAS yang akan bertindak menjadi 'bebas'.

 Mereka yang telah disingkir dengan hina dan nista dengan pelbagai label , tunggu apa lagi? Mereka seperti Khalid Samad, Dr Dzulkifli Ahmad , Hanipa Maidin, Abd Rani Osman di hambat seperti anjing kurap. Mat Sabu depa gelar Bapa Anjing ....

Hj Hadi sendiri anggap korang sebagai sekularis yang sudah tidak diperlukan dalam PAS.Korang lupakanlah pasal bai'ah laknat yg pernah korang lafazkan dulu tu. Ia dengan sendirinya sudah terlerai bila presiden sendiri telah menghambat korang pergi. Jangan tunggu lagi. Bertindaklah demi perjuangan Islam melalui wadah yang lebih berkesan.

Asmuni: PAS tiada pilihan, kena laksana usul

Posted: 09 Jun 2015 06:00 AM PDT

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

 "Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru," kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

 Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

 "Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya.  

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

 Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

Tunggu apa tunggu? 
 "Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

 "Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan," Asmuni dilaporkan berkata.~ malaysiakini

Ustaz selebriti puji kemenangan bukti kebangkitan Islam

Posted: 09 Jun 2015 03:13 AM PDT

Bukan main beriya benar ustaz selebriti ini menyokong kepimpinan PAS yang baru menang ini. Kononnya dia menyokong mereka dan juga menyokong hudud.....

"Perjuangan kita adalah perjuangan berlandaskan Islam, jadi sesuatu yang menghina dan mencabar Islam adalah bertentangan dengan fahaman kita. 

"Oleh sebab itu, kita juga menolak pandangan yang menentang pelaksanaan serta mempertikai hukum hudud," katanya di sini


Apakah jenis penyakit yang ada pada ustaz ini? Dia ingat kita semua lupa apa yang pernah dia kata kepada PAS yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Apakah dia ni gelong sangat hingga tidak ketahuan bahawa barisan kepimpinan PAS yang menang inilah yang dia kutuk dan persendakan kerana katanya, sering melaung-laungkan isu hudud bila nak pilihanraya? 

Korang boleh dengar apa yang malaun ni pernah cakap di sini.

USUL MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP - ADAKAH MUKTAMAD ATAU SEBALIKNYA?

Posted: 09 Jun 2015 12:00 AM PDT

Pada Rabu bertarikh 03/06/2015 Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) telah meluluskan suatu usul tergempar memutuskan hubungan PAS dengan rakan tahaluf DAP. Usul tersebut kemudiannya dibawa ke Muktamar Tahunan PAS Pusat yang bermula pada 04/06/2015 sehingga 06/06/2015.

 Pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Pusat, telah diumumkan bahawa usul daripada DUPP tersebut telah diterima tanpa bahas. Ekoran penerimaan usul tersebut tanpa bahas, Tuan Haji Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan di dalam Muktamar bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya di dalam GLC di Pulau Pinang. 

Setiausaha Agung PAS, Dato' Hj Mustafa Ali bagaimana pun menjelaskan bahawa walau pun usul tersebut telah diterima tanpa bahas, ianya masih belum muktamad kerana perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak yang mempunyai kuasa pemutus dalam hal berkaitan hukum. Kata Dato' Hj Mustafa Ali, "kita masuk dengan hukum maka kita keluar juga dengan hukum". Keadaan tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan para pemimpin PAS dan juga ahli-ahli PAS di seluruh Malaysia.

 Sebelum ini saya telah menulis berkaitan kekuasaan tertinggi di dalam PAS. Hari ini saya ingin mengulas khusus berkaitan usul DUPP yang telah diterima tanpa bahas tersebut dari sudut Perlembagaan PAS. Ia juga akan melibatkan kedudukan kekuasaan tertinggi di dalam PAS.

 Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dengan jelas terang lagi nyata memperuntukkan bahawa kekuasaan tertinggi di dalam PAS ialah Muktamar Tahunan PAS. Fasal 7 (1) menyatakan seperti berikut :-

 Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan 

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

 Jangan ada pihak yang keliru antara hukum tertinggi dengan kekuasaan tertinggi. Hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias. Keempat-empat sumber ini adalah rujukan hukum tertinggi di dalam PAS. Walau bagaimana pun kekuasaan tertinggi ialah Muktamar Tahunan PAS. Apa saja keputusan yang diputuskan di dalam Muktamar Tahunan PAS adalah keputusan tertinggi yang mana ianya mengikat seluruh badan-badan di dalam PAS dan seluruh ahli PAS.

 Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS pula menyatakan bahawa dengan tertakluk kepada hukum tertinggi PAS iaitu Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar. 

Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS memperuntukkan seperti berikut :-

 (2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

 Fasal 7 Perlembagaan PAS ini jelas bahawa kekuasaan tertinggi PAS ialah Muktamar Tahunan PAS dan tidak ada kuasa lain yang lebih tinggi daripada Muktamar. Justeru apabila Muktamar memutuskan bahawa usul DUPP diterima tanpa bahas, maka usul tersebut adalah muktamad. Badan-badan di dalam PAS samada ianya Majlis Syura Ulamak (MSU), Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP), Dewan-Dewan dan seluruh ahli tertakluk kepada keputusan tersebut. Badan-badan di dalam PAS hanya boleh berbincang dan memutuskan bagaimana usul tersebut hendak dilaksanakan bukannya menangguhkan atau membatalkan usul. Usul tersebut menyatakan bahawa hubungan PAS dengan DAP diputuskan maka hubungan PAS dengan DAP secara keseluruhannya terputus. Tidak ada istilah putus di sana tetapi di sini tidak. Itu jelas di dalam usul iaitu putus hubungan dengan DAP.

 Kenyataan atau penerangan Setiausaha Agung PAS bahawa usul tersebut belum muktamad kerana masih tidak mendapat persetujuan atau masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) adalah suatu kenyataan yang khilaf dan bertentangan dengan peruntukkan Perlembagaan PAS.

 Perlu diambil perhatian bahawa kewujudan MSU juga adalah atas keputusan Muktamar Tahunan, malah kewujudan PAS juga adalah di atas keputusan Muktamar Tahunan. Tiada mana-mana pihak yang besar dan lebih berkuasa daripada Muktamar Tahunan. Ini jelas diperuntukkan lagi di Fasal 87 Perlembagaan PAS. 

 Fasal 87. Cara Memansuhkan PAS

 PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.

 Fasal 87 menyatakan bahawa Muktamar boleh memansuhkan atau membubarkan PAS. Ini jelas bermaksud bahawa bukan sahaja MSU berada di bawah kekuasaan PAS, malah PAS itu sendiri adalah di bawah kekuasaan Muktamar Tahunan kerana dengan Muktamar PAS boleh dimansuhkan dan dibubarkan. Jika PAS boleh dimansuhkan atau dibubarkan oleh Muktamar, maka begitu juga Muktamar boleh memansuhkan MSU atau mana-mana badan di dalam PAS.

 Kenapakah Muktamar Tahunan PAS merupakan kekuasaan tertinggi selain daripada peruntukkan Perlembagaan yang jelas di atas?

 Jawapannya kerana Muktamar Tahunan PAS itu diwakili oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS bermula daripada perwakilan Kawasan-Kawasan, Perwakilan Negeri-Negeri, perwakilan Dewan-Dewan, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan MSU. Semua pihak di dalam PAS terlibat di dalam Muktamar Tahunan PAS. Ini dengan jelas diperuntukkan di dalam Fasal 18 (2) Perlembagaan PAS.

 Fasal 18 (2)

 (2) Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:

1. Pengerusi Tetap dan Timbalannya. 
2. Ahli-ahli Majlis Syura „Ulamak dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. 
3. Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan. 
4. Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya dia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu. 
5. Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap Kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5). 
6. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat. 
7. Dua puluh orang wakil daripada diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dan 
8. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat. 

 Jelas bahawa Muktamar Tahunan PAS disertai oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS. Justeru apabila usul diterima tanpa bahas, ini bermakna seluruh anggota Muktamar Tahunan telah bersetuju dengan usul tersebut dan usul tersebut adalah muktamad. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengubah usul tersebut melainkan dilakukan melalui Muktamar juga. Adakah usul yang telah diterima tanpa bahas tersebut perlu dirujuk kepada MSU untuk pengendorsan atau kelulusan?

 Jawapannya jelas tidak perlu kerana semasa usul diterima tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU juga terlibat berada di dalam Muktamar. Seluruh ahli MSU berada di atas pentas bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap boleh ditarik balik tetapi terlajak meluluskan usul di Muktamar, hanya Muktamar yang boleh menarikbalik.

 Sepatutnya apabila usul diluluskan oleh DUPP pada 03/06/2015, usul tersebut dibawa atau dirujuk kepada MSU terlebih dahulu. Apabila MSU berbincang, berbahas dan meneliti baik buruk serta hukum hakamnya barulah diangkat kepada Muktamar Tahunan untuk diputuskan. 

 Perlu diambil perhatian bahawa usul tersebut diusulkan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan seluruh ulamak hebat di dalam PAS. Apabila DUPP yang dianggotai oleh seluruh ulamak sudah bersetuju meluluskan usul tersebut, adakah munasabah MSU yang hanya dianggotai oleh seramai 17 orang ahli boleh menafikan kelulusan DUPP? Apabila usul tersebut diluluskan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ketua DUPP serta beberapa ahli MSU yang lain, adakah munasabah mereka yang meluluskan di DUPP akan mengubah tindakan mereka apabila mereka bertindak sebagai ahli MSU? 

 Di sana mereka luluskan, tiba-tiba di sini mereka hendak batalkan atau tangguhkan?9 Sebenarnya tindakan menerima usul DUPP tanpa dibahaskan oleh Muktamar Tahunan adalah suatu tindakan paling bodoh yang pernah dilakukan. Sekarang masing-masing menjadi seperti gila talak. Lafaz cerai telah dikeluarkan tetapi masih ingin tinggal serumah.

 Sewajarnya usul tersebut dibahaskan di dalam Muktamar di mana perwakilan kawasan, perwakilan negeri, perwakilan dewan-dewan sehingga perwakilan MSU diberikan laluan untuk berbahas dan seterusnya mengundi untuk dibuat keputusan. Muktamar Tahunan adalah SYURA terbesar di dalam PAS. Sepatutnya syura terbesar ini dijadikan medan menentukan hala tuju parti bukannya sekumpulan manusia yang berasa cerdik tapi tidak cerdik yang mencorak perjalan parti. Siapa yang membuat keputusan meluluskan usul tanpa bahas? 

 Bukan Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar tetapi atas arahan seseorang. Pengerusi Jawatankuasa Usul seperti yang dimaklumkan oleh beliau di dalam Muktamar, bahawa beliau hanya menjalankan tugas tetapi ada orang lain yang mengarahkannya.

 Ya betul, Pengerusi Jawatankuasa Usul juga bersalah kerana mengikut arahan buta tuli tapi orang yang mengarahkan itu lebih utama dipersalahkan. Siapa? Mereka lebih mengetahui.

 Sekarang hubungan PAS dengan DAP telah muktamad diputuskan. Tidak ada putus di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor, tidak di negeri-negeri lain. PUTUS. Tindakan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato' Dr Mujahid Yusuf adalah bertepatan dengan usul. Sekarang kita menunggu tindakan para pimpinan PAS di Pulau Pinang yang lain meletakkan jawatan. Begitu juga di Selangor.

 Perlembagaan PAS Fasal 16 (3)(b) menyatakan bahawa ahli-ahli PAS hendaklah melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Keputusan Muktamar Tahunan adalah yang tertinggi parti, justeru seluruh ahli wajib patuh keputusan tersebut.

ZULHAZMI SHARIFF 
08062015

Sekarang saya dapat melihat.... kata Mat Sabu....

Posted: 08 Jun 2015 09:30 PM PDT

Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka.

 Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

 Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat dengan memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

 Semua kerja-kerja itu adalah perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

 Sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang, antara mereka Salehuddin Ayob, Husam Musa, Mahfoz Omar, Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kayat, Dr Mariah Mahmud, Hanifa Maidin, Khalid Samad dan beberapa orang lagi tidak menjunjung dan mempertahan kepimpinan ulama.

 Bagi saya tuduhan itu adalah perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan berbagai cara.

 Kemudian mereka di kumpul dalam kumpulan ('Jebon') dan antiulama.

 Lebih jauh mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin-pemimpin dari parti lain sama ada PKR atau DAP.

 Tuduhan mencurah-curah

 Tuduhan-tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden ketika beliau diserang oleh DAP.

 Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam krisis menteri besar Selangor dan hadapi DAP.

 Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin supaya PAS putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk 'bersendirian'.

 Kemuncaknya, bila mursyidul am dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun 2015 lalu menegaskan bahawa syarat tahalluf (kerjasama) dengan DAP telah rosak dan tamat.

 Usul Muktamar Dewan Ulamak diluluskan pada hari yang sama telah mendapat sokongan 100 peratus dari perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.

 Lebih kurang 10.30 malam pada 4 Jun 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana Mohd Sabu, Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa, Hanifa Maidin, Dr Hatta, Dr Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

 Seminggu sebelum itu presiden telah memberi pandangan bahawa ahli PAS boleh pilih sama ada memilih mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

 Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.

 Pembina telah dinyahkan

 Dalam muktamar pada 6 Jun 2015, usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul itu daripada kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

 Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang yang paling terkesan?

 Dan bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor-kerajaan negeri, exco, jawatan-jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih dari 5,000 yang terlibat.

 Dalam ucapan penggulungan pada 6 Jun 2015, saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP.

 Sekarang saya dapat melihat – menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

 Dah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal telah dinyahkan.

 Kedudukan jawatan paling kejar? Moga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua.

MOHAMAD SABU 
bekas timbalan presiden PAS.~ malaysiakini.com

Muktamar Khas : Kerja bodoh lagi mengarut

Posted: 08 Jun 2015 07:00 PM PDT

Hahaha! Yang ini berita benar.... yang sebelum ni, mengacah sajer nak gempaq depa!! Haahaha! 

Satu muktamar khas akan diadakan bagi membolehkan perwakilan menyuarakan pandangan sekiranya Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan DAP, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 Naib presiden PAS baharu itu berkata, muktamar khas perlu diadakan kerana melalui muktamar jugalah parti membuat keputusan untuk mengadakan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Baca seterusnya di sini

Aku setuju saranan Loyar Asmuni Awi : 

1) Untuk tarik balik usul Dewan Ulama jika tidak mahu kedudukan wakil parti itu dalam Kerajaan Selangor, Pinang terjejas.

2) Bawa usul yang diluluskan dalam muktamar untuk diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak selari dengan perlembagaan parti.

Saranan Asmuni suruh tarik balik usul itu tentu akan memalukan satu institusi Dewan Ulama PAS.

 Kalau nak tarik juga, anggota Dewan Ulama hendaklah digugurkan dan digantikan dengan yang lain. Tapi siapa yang nak ganti? Sebab usul itu telah disepakati sebulat suara. Biarlah depa sendiri fikir dan cari jalannya sendiri.

Saranan Asmuni yg kedua itu , aku sependapat dengannya. Cuma Asmuni tak tergamak nak kata yang demikian itu adalah kerja orang bodo walaupun ngaku ulama!

Usul itu adalah dari Dewan Ulama.Tentulah mereka sudah kaji dan bincangkan berdasarkan hukum syariat.

 Bila diluluskan dengan sebulat suara, maka mereka telah ijma' (para ulama  PAS)  melalui Dewan Ulama keatas usul tersebut.

 Apa kejadahnya nak suruh MSU bincang dan putuskan bagi pihak Dewan Ulama dgn alasan kerana usul tersebut berkaitan dgn hukum syariat? Apakah Dewan Ulama PAS buta syariatkah?

 Bertambah pelik pula bila MSU adalah dari kalangan Dewan Ulama yg telah ijma' menyokong usul tersebut.

Bukan tidak ada perwakilan yang minta usul tersebut dibahaskan supaya ianya diputuskan oleh muktamirin, tapi memang dah walaun..... buat bodoh sajer..

 LGE baru jentik sikit saja puak-puak walaun dah tercirit beret, baru nak berbuat baik dengan DAP! Cakap Usul belum muktamad....alahai... 

 Bukankah ini hanya menyusahkan jemaah? Buang tenaga dan ringgit. Korang ingat nak buat muktamar khas ini parti yg tanggung semua perbelanjaankah? 

Hoi wala'un! Pergi tandas awam pun kena bayar tau!

Muktamar khas PAS pecat Hadi?

Posted: 08 Jun 2015 05:00 PM PDT

Aku sokong! Aku wala' dengan kehendak Mursyidul 'AM PAS ini tanpa berbelah bagi. Hitam kata dia hitamlah. Puteh katanya, putehlah! Sebab dia ni ada integriti dan tidak loklaq macam Hj Hadi.

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Takbir! Takbir! Takbir! 

Baca berita sepenuhnya di sini

Tiada ulasan: