Khamis, 4 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


RUU persendirian Hj Hadi tak pernah dibincangkan bersama PAS Pusat ?

Posted: 04 Jun 2015 04:29 AM PDT

Apa punya gopoh buat kerja jamaah macam ini? Ruu persendirian Hj Hadi itu rupa-rupanya tidak pernah dibincangkan bersama PAS Pusat. 

Apatah lagi bincang bersama rakan tahaluf siyasi .... patutlah rakan tahaluf siyasi naik hangin!

Yang Hj Hadi marah pula bila depa tak sokong adakah patut? Depa nak sokong macam mana kalau depa sendiri pun tak tau apa bencanya? 

Mahu mendapat sokongan rakan-rakan, tapi tak mahu bincangkan bersama, lepas tuduh depa tolak hudud bagai? 

Benda yang Hj Hadi nak bawa itu pun bukan hudud sebagaimana yang dia kata, tetapi cuma nak meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu... 

Dan macamana nak sokong bila RUU itu ada beberapa kelemahan....siapa yang draf RUU tersebut? 

Apakah Hanipa telah melakukan kesalahan apabila beliau mendedahkan mengenai adanya beberapa kelemahan berkaitan RUU Hj Hadi itu?

Sangat memalukan jika perangai muktamirin PAS lebih teruk dari Umno.... takkanlah manusia berlilit serban boleh buat kelaku tak karuan mengeboo Hanipa yang hanya mendedahkan kelemahan yang berlaku? Laporan seterusnya :

Gara-gara mempertahankan tindakannya menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka dan mengkritik hudud Kelantan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor hari ini.

 Ini bermula apabila seorang perwakilan dari Segambut mempersoalkan peranannya sebagai pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS yang sepatutnya mempertahankan presiden membawa rang undang-undang (RUU) persendirian hudud ke Parlimen.

 "Inikah tarbiah yang kita hasilkan dengan 'boo' macam itu?

 "Saya tiada masalah, dalam Parlimen perangai Umno pun macam ni," katanya semasa memberi penjelasan dalam sesi pembentangan minit mesyuarat PAS 2014 di Kuala Selangor, hari ini.

 Ahli Parlimen Sepang itu berkata, isunya adalah RUU persendirian itu tidak pernah dibawa Hadi masuk dalam perbincangan PAS Pusat.

 Malah mengakui dirinya, ahli Parlimen PAS lain termasuk Ketua Whip Datuk Mahfuz Omar tidak pernah berpeluang melihat RUU itu sebelum dihantar untuk dibentangkan.

 "Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan. Jadi itu persoalannya, bukan nak pinda. "Kita pertikai cara dan apa salahnya sekiranya kita buat teguran," katanya mempertahankan tindakannya mengkritik Hadi itu membuktikan amalan demokrasi wujud dalam PAS.

 Hanipa berkata, dirinya sering mempertahankan hudud Kelantan tidak bercanggah dengan Perlembagaan walaupun menyertai forum "hostile hudud" di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH).

 Beliau kemudian mencabar perwakilan membuktikan jika ada kenyataannya mengenai hudud bercanggah dengan presiden.

 "Kalau ada kenyataan saya bercanggah dengan presiden, buktikan. Di mana yang bercanggah itu saya tak boleh jawab.

 "Saya bagi jaminan kalau RUU dibawa ke Parlimen saya akan pertahankan dan saya akan berani lawan mana-mana wakil Parlimen Umno," katanya.

 Hanipa semasa muktamar di Johor tahun lalu pernah menerima nasib sama, apabila mempertikaikan PAS mahu merebut kerusi menteri besar Selangor milik PKR. – 4 Jun, 2015. - sumber: themalaysianinsider

Nik Abduh naik, PAS Kelantan bakal jatuh

Posted: 04 Jun 2015 12:07 AM PDT

Ramailah puak-puak walaun yang suka sangat dengan penyingkiran Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat yang digantikan dengan Nik Abduh.

Namun hakikatnya, PAS pasti akan berhadapan dengan kemelut dalaman yang lebih parah di masa akan datang nanti. 

Kaca disangkakan permata, permata disangkakan kaca....hanya masa yang akan menentukan keadaan yang sebenarnya nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Saya ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kalian :

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa politik Kelantan banyak mencorak kedudukan PAS pada masa ini. Walaupun Presiden PAS dari Terengganu, kenyataan demi kenyataan bahawa Kelantan tidak boleh kalah dan harus menjadi kubu terakhir PAS adalah intipati kepada pegangan yang dikongsi oleh Presiden dan majoriti ahli PAS masa kini.

 Namun, dalam memberi ruang dan banyak kelonggaran kepada Kelantan sebelum ini, adakah Presiden mendapat maklumat yang betul perihal Kelantan? Politik Kelantan dibawah era kepimpinan TGNA telah banyak juga dipengaruhi oleh kaum keluarga. Ini adalah realiti dalam banyak keluarga orang politik. Faktor anak dan menantu sekali lagi membawa satu implikasi kepada halatuju PAS selepas ianya pernah mewarnai politik bekas yang Dipertua PAS, Dato Asri Muda hingga membawa kejatuhannya.

 Legasi kepimpinan beliau begitu hebat sehingga pernah dianggap, tiada Asri, maka tiadalah PAS. Namun pada zaman kepimpinan Dato Asri, bahana keduniaan tidak meresap masuk sehebat apa yang berlaku pada sekarang ini. Sejarah tertulis, bila wakil rakyat PAS berjaya menjadi MB di tiga negeri selepas PRU ke 12, tarikan pada kemewahan yang suatu ketika menjadi makanan kepada pemimpin UMNO/BN semakin menjadi jadi dan telah menjerat ramai pimpinan PAS.

 Bermula di Kelantan, pakar perunding balak atau istilahnya broker mengelilingi orang politik dan menaburi mereka dengan kemewahan. Projek lain juga digunakan untuk menjana hasil. Antaranya usaha pengambilan pengurusan air daripada Thames Water. Projek ini telah banyak merubah lanskap politik Kelantan. Dato Husam yang suatu ketika dahulu sangat rapat dengan keluarga Almarhum TGNA khususnya Nik Abduh telah tiba-tiba menjadi musuh beliau terutamanya bila cadangan untuk pengurusan air oleh syarikat swasta yang dibawa Nik Abduh ditolak. 

Ia mencipta permusuhan dengan kumpulan Nik Abduh yang diketuai oleh Shaari Mustapha. Beliau merupakan bekas tahanan ISA sekitar 2001 untuk jangkamasa yang sangat singkat. Lalu dibuat cerita, bahawa Husam pula yg mempunyai berkepentingan dalam sykt itu. 

Selepas itu berlaku cadangan mubahalah yang akhirnya gagal mencapai maksud. Mubahalah ini telah dipersetujui dgn kehadiran TGNA, dengan disaksikan oleh bekas exco Ustaz Mat Daud Iraq. Tetapi mubahalah ini gagal selepas Nik Abduh dan Shaari Mustapha gagal untuk hadir di JKR10, sedangkan TGNA, Ustaz Mat Iraq dan Dato Husam sedia menunggu. Itulah bermula detiknya, TGNA amat mempercayai Dato Husam dan tidak percaya dgn tindakkan Nik Abduh yang sentiasa mengadu domba.

 Kumpulan Shaari Mustapha ini, juga digelar Taliban kerana pendidikan mereka lalui di Indo Pakistan. Shaari Mustapha ini merupakan salah seorang ketua pelajar bagi jemaah di Pakistan India. Mereka mempunyai kaedah matlamat menghalalkan cara; seperti yang biasa digunapakai oleh taliban di Pakistan dan India, serta sanggup menggunakan nama sesiapa saja termasuk Tok Guru untuk kepentingan mereka. Pernah kedengaran Maulana Shaari menyebut bahawa Presiden PAS percaya bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan kerja liwat. Mereka berulangkali ke Rusila untuk memberi maklumat yang salah kepada Presiden PAS.

 Peluang seboleh mungkin diraih untuk mempergunakan nama kedua Presiden dan Mursyidul Am PAS bagi mencapai maksud mereka. Telah menjadi agen perosak kekuatan PAS Kelantan dengan melaga-lagakan sesama pemimpin. Mereka bergerak melalui dana balak yang dibiayai proksi mereka. Akhir akhir ini dikatakan dana dari pemimpin umno sendiri menjadi sumber mereka. Perancangan mereka ini termasuk mempergunakan MSU melalui Nik Zawawi, iaitu sepupu Nik Abduh. 

 Kumpulan ini telah mencatur banyak perkara termasuk pertandingan Timbalan Presiden pada sesi lepas. Melalui perbincangan di Tasik Banding, Perak, mereka telah cuba mengkambinghitamkan Dato Mohd Ammar dengan mengarahkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri, walaupun pencalonan terbanyak adalah kepada Dato Tuan Ibrahim. 

 Ini akhirnya disedari oleh Nik Amar yang menyebabkan proses penyingkiran golongan ini sedang berjalan di Kelantan. Nik Amar telah memotong laluan Nik Abduh daripada senarai calon di Kelantan untuk menggantikan ayahnya di Chempaka dengan menaikkan Fathan. Ini untuk mengajar Nik Abduh supaya tidak membelakangkan beliau.

 Malah pemilihan dalam mesyuarat agong PAS Pengkalan Chepa yang baru lepas menyaksikan kumpulan Nik Abduh tewas teruk. Azhar Abdul Sattar dan Zahiruddin Ahmad yang kalah pemilihan Ajk tidak dilantik semula.

 Akhirnya Nik Abduh terpaksa mencari formula lain untuk menyelamat diri dengan mencari kerusi selamat. Maka di sinilah idea bertanding kerusi KP Pusat menjadi agenda beliau untuk mendapatkan kerusi selamat, dengan harapan dapat kembali menyusun agenda kumpulan beliau. Keterikatan mereka dengan Umno khususnya amat berbahaya kepada PAS. Ia adalah seperti bom jangka yang akan dihidupkan untuk meranapkan PAS sekiranya Nik Abduh berjaya naik.

 Kelantan akan selamat dari bahaya dan kekalahan pada PRU akan datang sekiranya kumpulan Nik Abduh dikalahkan. Malah kekuatan pimpinan PAS Kelantan akan kembali dipugar bila pimpinan sedia ada seperti Dato Husam dan Dato Nik Amar dapat berkerjasama kembali. Demi menguatkan PAS khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya, Nik Abduh dan kumpulannya harus dikalahkan untuk menyedarkan beliau bahawa beliau sebenarnya sedang dipergunakan.

(bersambung) 

 Anak Kelantan Perihatin
 29/5/2015

Ahmad Awang ditawar jadi speaker jika setuju tubuh kerajaan dengan Umno

Posted: 03 Jun 2015 09:56 PM PDT

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mendedahkan beliau pernah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

 Dalam satu wawancara secara eksklusif bersama Sinar Harian, Ahmad berkata beliau menolak tawaran tersebut kerana berpegang kepada prinsip tidak bersetuju adanya kerjasama dengan Umno.

 "Semasa saya berkhidmat dalam kerajaan pernah berkali-kali saya ditawarkan untuk masuk Umno. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya, kalau saya nak dunia, nak duit nak pangkat, saya ikut dan jadi orang Umno, selesai.

 "Malah tawaran terakhir saya yang saya dapat daripada Umno ialah semasa menubuhkan kerajaan negeri Perak, kalau saya bersetuju PAS dan Umno tubuhkan kerajaan, lainlah ceritanya sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Kerana keengganannya bersetuju dengan cadangan tersebut, Ahmad dikecam menjadi punca tidak tertubuhnya kerajaan Melayu - Islam di Perak.

 Katanya, apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan presiden PAS, ia menimbulkan keresahan kepada Umno

 "Jadi tidak peliklah bila saya bertanding jawatan presiden, Umno pun resah dan menggunakan akhbar mereka untuk memburukkan saya sebab saya berpegang kuat kepada prinsip iaitu Islam," katanya.

 Bekas naib presiden PAS itu juga menyimpulkan perjalanan pemilihan yang dianggap panas kali ini hampir menyerupai seperti ketika parti Islam itu memenangi Terengganu pada 1999.

 "Masa PAS menang di Terengganu ada berlaku sedikit krisis terutama dalam memilih pemimpin untuk mentadbir Terengganu. Krisis PAS Terengganu pada masa itu semua saya tahu, kesimpulannya semangat kedaerahan berlaku.

 "Jadi bila kita baca balik perkara itu, krisis dalaman yang berlaku pada masa itu terjadi juga pada masa ini. Tidak baik kalau semangat kedaerahan berlaku dalam PAS," katanya.

 Ahmad berkata krisis dalaman PAS berpunca daripada pihak yang enggan berpegang kepada tanggungjawab dan peranan mereka seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti.

 "Ia seolah-olah masing-masing boleh keluarkan hukum dan sebagainya," katanya tanpa menamakan secara khusus siapakah pihak dimaksudkan. – 4 Jun, 2015.9 -sumber: themalaysianinsider

PAS bakal berpecah atau semakin kuat ??

Posted: 03 Jun 2015 05:43 PM PDT

ASSALAM SEMUA, KHUSUSNYA PARA PERWAKILAN YG BIJAKSANA SEKALIAN. HARI INI ADALAH HARI PENENTUAN DAN SAYA YAKIN IANYA ADALAH HARI PALING BERSEJARAH SEJAK PAS DITUBUHKAN. ESOK SELEPAS KEPUTUSAN PEMILIHAN DIUMUMKAN MAKA ADA BEBERAPA KEMUNGKINAN YG AKAN BERLAKU:

 1. Keputusan memihak kepada Presiden skrg (berdasarkan trend pemuda/muslimat ini yg paling mungkin) dan diketahui bahwa beliau tidak diterima oleh pemimpin PR skarang, terutama DAP dan ditambah lagi dgn usul tergempar dewan ulama yg mahu hubungan dgn dap diputuskan maka sudah pasti PAS AKAN BERPECAH dimana sebahagian ahli yg masih sayangkan PR akan keluar beramai2 dan sertai PASMA, DAP atau PKR (dulu org keluar pas dilihat seolah berdosa tetapi dengan kempen pemilihan yg terlalu kotor dgn label melabel dan fitnah memfitnah yg berlaku, org semakin yakin yg dlm pas sendiri terdapat ramai org2 yg berdosa). Lgi satu faktor ialah kejayaan erdogan di turki memberikan bonus kpada pasma dan dgan perjawatan2 dlm kerajaan negeri selangor dan penang yg bakal dikosongkan oleh ahli2 pas setelah parti mereka tidak lgi menjadi komponen PR, maka pasma dijangka mampu bertahan lama. Yg pastinya pasma mampu utk sekurang2nya memastikan kerajaan selangor tidak tumbang apabila pas keluar atau dikeluarkan dari PR. Ringkasnya, kemungkinan pertama ini bakal menjadikan ust hadi mencatat sejarah sebagai presiden pas pertama yg apabila dia menang pemilihan parti maka kemenangannya itu menyebabkan partinya berpecah, dan perwakilan yg mengundi beliau pula mengundi dlm keadaan mereka sedar yg undi mereka akan menyebabkan parti berpecah.

 2. Kemungkinan kedua hampir sama dgn kemungkinan pertama iaitu presiden kekal, namun sebagai seorang yg sayangkan parti lebih dari jawatan maka selepas diumumkan sebagai pemenang, beliau mengumumkan meletak jawatan bila2 masa sebelum muktamar berakhir dan menyerahkannya kepada timbalan beliau (kemungkinan besar titm). Oleh kerana titm tiada masalah dgn pr maka ahli2 yg sayangkan pr tidak akan keluar kerana hubungan dalam pr boleh diperbaiki oleh titm.

 3. Kemungkinan ke 3 kelihatannya seolah tipis tapi tak mustahil berlaku, iaitu para perwakilan mengutamakan perpaduan dan keutuhan parti melebihi segalanya lalu memberi undi kepada ust ahmad awang, maka pastinya mereka2 yg sayangkan pr tidak akan keluar dan akn sama2 membantu utk memulihkan hubungan dalam PR, PAS tetap kekal bersama PR jadi tidak ada ahli2 PAS d selangor atau p pinang yg terpaksa melepaskan jawatan mereka sbgai jkkk, ahli majlis, GLC, ustz2 mngajar d masjid n surau dan sebagainya lagi. Golongan yg agak berhati2 terhadap PR pula tidak punya pilihan melainkan terpaksa patuh kepada presiden baru. Kemungkinan ke 3 ini walaupun byk pihak merasa sukar berlaku namun ianya mampu memberikan senyuman kepada ramai org terutama mereka2 yg x perlu letak.jawatan. Berkenaan dgn ust hadi pula walaupun beliau kalah namun beliau boleh berundur dgn tenang kerana anak dan menantu beliau telah menang selesa dlm pemilihan dewan pemuda pusat semalam.

 Walaubagaimnapun ini hanyalah andaian saya semata2. Segala yg bakal berlaku adalah terletak d tangan paraPerwakilan dan hanya Allah SWT sahaja yg Maha Mengetahui apa sebenarnya yg bakal berlaku selepas ini. Sama2 kita doakan yg terbaik utk jamaah yg kita sayangi dan dokongi ini. Aamiin 

Hj zaidi b ahmad (bekas mejar TUDM)

Tiada ulasan: