Selasa, 30 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jawatan Timbalan Ketua Ulama Sedunia : Hj Hadi tidak ada kena mengena dengannya

Posted: 30 Jun 2015 06:30 AM PDT

12 NOV 2014 : DSAI bersama Dr Mahyudin Ali, Setiausaha Agong Kesatuan Ulama 
Dunia di rumahnya.Dr Abdul Hayyi Shukor bekas pensyarah UIA, Ustaz Ahmad 
Awang dan saudara Fawwaz Fadzil. 
Suatu ketika, Hj Hadi dengan megahnya di umumkan sebagai Timbalan Ketua Ulama Se Dunia, maka gegak gempitalah puak wala'un di pelusuk ceruk Malaya turut melaungkannya …

Ada yang menulis : Atas perlantikan TGHA sbg Timbalan Presiden Ulamak Sedunia di dalam Muktamar yg diadakan semalam. Ini menandakan Syeikh Qaradhawi dan ulamak sedunia menaruh kepercayaan dan harapan tinggi kepada Malaysia utk menjadi nadi penggerak gerakan kebangkitan ummah. Sebab tu TGHA diberikan kprcayaan dgn dilantik sbg Timbalan Presiden Ulamak Sedunia dan dalam muktamar tersebut.

 Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menulis : Dengan rasa penuh tawaddhu dan terharu dengan perlantikan Presiden PAS sebagai Timbalan Presiden Ulama' Se dunia sebentar tadi….Adalah didoakan agar Gandingan Dr Yusuf Al Qaradhawi bersama timbalannya ini insyaAllah akan melahirkan lebih banyak garis panduan feqah2 almuasirah dan semasa dalam pentadbiran negeri Islam dan membawa sinar dalam definisi kebajikan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang hakiki. ~ sumber


Sehingga ada yang menganggap Hj Hadi sebagai pembantu utama kepada al-Qaradhawi!

 Itu adalah antara sanjungan meninggi gunung terhadap perlantikan Hj Hadi sebagai Timbalan Presiden Ulama Sedunia. 

Disamping itu, berita mengenai Anwar Ibrahim yang telah diberi penghormatan menyampaikan Ucaptama dalam muktamar tersebut, dipandang sepi…..tenggelam beritanya...

 Apa yang digambarkan oleh wala'un ini agak keterlaluan. Seolah-olahnya Hj Hadi ini diangkat oleh al-Qaradhawi menjadi sebagai orang nombor duanya! Lihat apa yang di siarkan oleh PAS Pusat di bawah ini:


Apa yang digambarkan oleh PAS Pusat (gambar sebelah) adalah tepat sekali. 

Hj Hadi sebenarnya dilantik BUKAN sebagai Timbalan Ketua atau Timbalan Presiden Ulama Sedunia sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh wala'un.... tetapi cuma sebagai naib sahaja... 

Gambarannya adalah sebagaimana keadaan hiraki dalam struktur organisasi PAS. Ada satu presiden, satu timbalan presiden dan ada 3 naib presiden. 

Kesatuan Ulama Se dunia juga begitu, ada satu presiden iaitu Yusuf al-Qaradawi dan ada 3 naib presiden iaitu :

Naib 1 - Ahmad Al-Raisuni - Maghribi
Naib 2 - Dr Syaikh Ahmad Al-Khalili - Mufti  Oman
Naib 3 - Abdul Hadi Awang - Malaysia

Kesatuan ini tidak mengguna pakai jawatan Timbalan Presiden tetapi sebaliknya menggunakan  istilah Setiausaha Agung. Jawatan ini disandang oleh Dr Mahyuddin Ali al-Qaradaghi.

Dalam struktur DAP, Setiausaha Agong memainkan peranan yang lebih dominan. Maka begitu jugalah Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Sedunia. Beliaulah orang yang kedua selepas al-Qaradhawi, yakni menjadi pembantu utamanya. 

Jadi, Jawatan Timbalan Ketua atau Timbalan Presiden Ulama Sedunia ini memang tidak pernah wujud. Hj Hadi tidak ada kena mengena dengan jawatan tersebut. Kalau ikut susun atur hiraki Kesatuan Ulama Sedunia ini, Hj Hadi berada dirangking ke-4. Harap semua wala'un maklum duduk perkara yang sebenarnya.

Anjing dan Serigala adalah label bagi Ulama Jahat

Posted: 30 Jun 2015 04:00 AM PDT

Tazkirah RamadhanApa yang disebut oleh Tuan Guru Haji Hadi berkenaan Kabilah, Anjing dan Serigala hanyalah pepatah arab yg masyhur. Namun pada padangan aku, penggunaan pepatah arab itu pada tempat dan tujuan yang salah.. 

Apa yang menariknya, samaada ia suratan atau kebetulan,  dan Ulama yang menjual agamanya seperti mana yang telah di nukil di dalam di dalam Quran dan Hadis...

 1. Quran menyifatkan Ulama yang menjual agama nya di dalam Quran Sebagai Anjing - (Surah al-A'raf: ayat 175-176).

وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيْنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلْغَاوِينَ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخْلَدَ إِلَى ٱلْأَرْضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ ۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا ۚ فَٱقْصُصِ ٱلْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ  

Firman Allah: (maksudnya) "Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir" (Surah al-A'raf: ayat 175-176).

 2. Gelaran Serigala Bagi Ulama Akhir Zaman yang berpura pura Zuhud Sepertimana di dalam hadis Tarmizi Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda:

 "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)".

 Allah swt. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

 Selamat Berbuka.. Ipoh Mali

8 bekas pembantu Khalid Ibrahim diheret ke mahkamah

Posted: 30 Jun 2015 01:00 AM PDT

Seorang bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan 7 lain berdepan saman bagi mengembalikan RM2.7 juta yang dibayar kepada mereka sebagai pampasan untuk diberhentikan sebaik sebelum bekas menteri besar Selangor itu meninggalkan jawatannya tahun lalu.

 Peguam Shahir Razak yang mewakili Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata MBI mengambil langkah itu selepas semua defendan gagal memenuhi permintaan anak guamnya.

 "Saman itu difailkan bulan lalu atas arahan anak guam saya selepas semua defendan enggan memulangkan wang itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Shahir berkata, MBI juga menuntut semua defendan membayar faedah 5% ke atas jumlah yang dituntut, pampasan kewangan lain dan kos jika keputusan mahkamah memihak kepada MBI.

 Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mei atas alasan defendan tidak layak menerima pampasan itu.

 Mengetuai senarai defendan ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin (gambar) yang diwakili peguam Edmund Bon.

 Tujuh yang lain ialah Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Dr Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan Ismail.

 Shahir berkata, kes itu akan disebut di hadapan penolong pendaftar kanan pada 28 Julai bagi membolehkan semua pihak berkenaan mengambil tindakan lanjut. Katanya, MBI bersedia menggugurkan tindakan itu jika defendan bersedia mengembalikan jumlah yang dituntut.~ Baca seterusnya di sini

Pelajaran bagi Pakatan 2.0

Posted: 29 Jun 2015 11:00 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) akhirnya secara rasmi telah mati, dan ia mena'jubkan bahawa ia berlaku sebagaimana sebelumnya. Barisan Alternatif (BA), berlangsung selama dua tahun dan terburai kerana sebab-sebab yang sama - dasar Islam. 

PR lahir dari idea mudah : mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan mempunyai pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN), dan bukannya membentuk kerajaan sebelum pilihan raya umum 2008.

 Bagi DAP, PAS dan PKR, adalah satu kejutan - pakatan tiga pihak dengan PSM memenangi kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain PAS kekal di Kelantan.

 Dan 82 kerusi yang menggerunkan di Parlimen, menafikan dua pertiga super majoriti adat BN di Parlimen . Ia mengambil sedikit masa tetapi ketiga-tiga parti membentuk kerajaan di empat negeri, walaupun Perak  jatuh dalam tempoh setahun kerana pembelotan.

 Tetapi kepimpinan yang sama yang bersetuju untuk PR dan rangka kerja dasar biasa telah tidak lagi wujud dalam PAS. Ia telah digantikan dengan satu set ulama konservatif atau ulama yang percaya bahawa dasar-dasar Islam mesti diutamakan.

 Pada tahun 2001, ini adalah penyebab runtuhnya BA. DAP keluar selepas kerajaan pimpinan PAS di Terengganu menegaskan mengenai undang-undang Islam yang akan dikenakan di dalam negeri.

 Pada tahun 2015, desakan PAS membawa hudud, atau pindaan undang-undang jenayah Islam di Parlimen telah membawa DAP untuk memutuskan hubungan dengan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Seterusnya, majlis ulama PAS menolak usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar baru-baru ini. Ia telah diterima tanpa perbahasan di tempat yang tertinggi kongres pembuatan dasar parti dan diterima oleh DAP. Dan kini PKR.

Politik peribadi dan fokus yang ketat terhadap tadbir urus Islam oleh PAS termasuk desakan bahawa wanita tidak boleh mengambil peranan kepimpinan tertinggi menenggelamkan apa yang bermula sebagai pembangkang Malaysia terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

 Dasar-dasar lumrah ekonomi, pendidikan dan kebebasan awam telah terabai kerana menumpu kepada perdebatan peranan agama dalam kehidupan seharian. Harapan untuk kehidupan yang lebih baik dan lebih bebas di bawah PR di mana dasar ekonomi yang saksama dan kebebasan peribadi digalakkan telah dibayangi oleh polemik antara beberapa ahli politik.

 Lagipun, PR mula keluar hanya untuk mengelak daripada pertandingan politik tiga penjuru, tidak bersetuju dengan dasar-dasar apa yang terbaik untuk mentadbir Malaysia.

 Malah kemenangan lebih baik dalam pilihan raya 2013, walaupun PAS memenangi kerusi yang lebih sedikit, tidak diajar PR pengajaran kepada apa harapan rakyat adalah untuk mereka dan masa depan Malaysia.

 Walaupun kemasukan jangka pendek Datuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR untuk merasmikan pakatan pembangkang, ianya tidak membawa penjelasan tentang apa PR itu semua.

 Sebaliknya, PR berpecah kerana politik angkuh, sebab yang sama untuk kegagalan BA sebelum ini, walaupun apa yang telah disebut-sebut sebagai politik baru. Dan harapan daripada 53% yang mengundi PR juga turut berputus asa.

 Namun, terdapat pelajaran bagi permuafakatan baru dari abu PR. Bahawa ia benar-benar mengenai dasar-dasar umum yang baik bagi sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan di mana rasuah, salah guna kuasa dan kemiskinan tetap menjadi isu besar hari ini - bukan satu set hukuman dan undang-undang hanya untuk sebahagian daripada rakyat Malaysia.

 Malaysia milik semua, bukan segelintir yang berfikir bahawa mereka berhak untuk memerintah kerana ketaqwaan mereka atau warisan politik. ~ themalaysianinsider

BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN !!!

Posted: 29 Jun 2015 06:00 PM PDT

Saya menerima berita duka dan kiriman gambar terkini keadaan di perkampungan ARING 2, Gua Musang. 

Sebahagian gambar tidak di siar, menjaga hati tuan rumah.

34 buah keluarga semuanya. Mereka antara yang hilang rumah tempat berteduh, dihanyut banjir besar. Penduduk sekitar 200 orang termasuk beberapa pakcik yang sakit tua dan bayi.



 Tinggal di khemah yang semakin mereput di bawah terik mentari. Aring 2, telah dibantu oleh pelbagai NGO terutama Yayasan Darul Hijrah dan Briged Sukarelawan Kebajikan Pasir Putih diketuai Cikgu Yuganu. Saya sendiri telah ziarah dan bermalam di sana dan mengusahakan beberapa fasa bantuan utiliti, surau dan bantuan motivasi/kerohanian. 

 Catitan ziarah dan ikhtiar boleh dibaca di sini:

 http://msomelayu.blogspot.com/2015/01/bermukim-di-kampung-pupuk-aring-gua.html Bagi tujuan bantuan, Sukarelawan Yayasan Darul Hijrah akan ke Aring 2, Jumaat ini untuk merencana dan hulur bantuan seterusnya.


Teman-teman yang simpati untuk hulur bantuan khusus untuk Aring boleh berbuat demikian melalui sumbangan zakat/infaq/fidyah/sedekah ke : 

Yayasan Darul Hijrah akaun Maybank
5660 1060 99349 dan email maklumat sumbangan ke

darulhijrahmalaysia@gmail.com dan whatsApp ke 0183590403 untuk tujuan rekod dan audit. Moga diganjari sebaik baik ganjaran oleh Allah swt. Jazakumullah. - Dato Haji Husam Musa

(Gambar kredit kpd MSO)

Tiada ulasan: