Sabtu, 27 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Antara rakaman kisah yang menarik semasa berada di Temerloh, Pahang.

Posted: 27 Jun 2015 10:15 AM PDT

Nak cerita sedikit hal di belakang tabir tentang perjalanan kami ke Temerloh malam kelmarin. Kami dua kereta bertolak dari Ipoh selepas solat Jumaat dari kediaman DS Nizar.

Perjalanan kami dari highway menyusur keluar di toll Tanjung Malim, ikut jalan lama melalui pekan Kalumpang dan seterus Kerling.

Sampai di Simpang Rasah  jalan dah mulai jem macam siput...sampailah ke simpang Batang Kali baru perjalanan reda dan lancar...Drebar kami hebat !! Kami selamat sampai di Temerloh sekitar jam 6.00 petang.Alhamdulillah.

Ust. Ibrahim menjelaskan sesuatu yg nampaknya
menarik perhatian Dr Khairuddin yang mendengar
Kami terus tuju ke tempat ceramah, Restoran Terapong D'Mukmin yang kedudukannya benar-benar di belakang Mary Brown Temerloh. 

Kami telah di sambut oleh tokoh politik veteran PAS, Tengku Puji dan beberapa orang lagi termasuklah pemilik hartanah disitu, Ustaz Ibrahim.

Sewaktu dalam kesempatan yang terhad saya sempat berbual sebentar dengan Ust Ibrahim. Dari perbualan tersebut saya dapat tahu kawasan disitu memang asalnya paya. Beliau telah berusaha membina sebuah sekolah agama diatas tanah tersebut. 

Memelihara ikan keli adalah antara projek yg
 dijalankan dengan jayanya di sini
Dia telah menambak kawasan tersebut dengan beribu-ribu tan tanah melalui bantuan oleh seorang towkey Cina tempatan dengan cara berhutang yang sangat mudah. Katanya, towkey tu tidak pernah pun meminta semula hutangnya itu. 

Tak apa Ustaz, bila-bila you ada wang nanti, you boleh kasi... Begitulah kata towkey itu bila setiap kali terserempak dengannya. 


Antara anak-anak sekolah Ust Ibrahim
Namun akhirnya beliau telah dapat melangsaikannya lama kelamaan.Towkey itu kini menjadi seorang pengusaha yang berjaya sekarang. Mungkin kerana berkat membantu membina sekolah agama Ust. Ibrahim.

Beliau memberitahu, akhir-akhir ini ada yang menawarkan RM9juta untuk membeli tanahnya itu. Dua puluh tahun lalu beliau membelinya dengan harga RM150 ribu sahaja!

Namun beliau bukan memandang kemewahan untuk diri sendiri. Beliau lebih bersemangat untuk berjuang memberi pendidikan yang bersemadu kepada anak bangsanya.Pencapaian UPSR di sekolah yang beliau bangunkan ini sering mendapat keputusan 100% lulus, kata Ust Ibrahim.

Ada seperkara yang beliau luahkan kepada saya dengan nada kesal sangat. Beliau kata, "Pejabat Ahli Parlimen Temerloh sebelah sahaja, tapi dia pernah sekali pun menjengok ke mari untuk bertanya khabar pun..... " 

Amboi! macam itu sekali?? Betulker Tantawi?

Oklah sambung semula cerita kitaorang....Kami seterusnya di bawa ke sebuah masjid lama yang sedang dalam renovasi.Kecil tapi menawan.

Sempat bersembang dengan pengerusinya, bekas guru yang bersara awal kerana mengusahakan kilang perabut yang terletak bersebelahan dengan masjid tersebut. Saya tak catitkan namanya. Cuma yang disebut-sebut ialah 'masjid lama'.

Dalam perbualan tersebut ada dia beritahu yang "Malam ini  sepatutnya ada program Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di masjid ni..." katanya.

"Saya kansel dan gantikan dengan Tazkirah DS Nizar malam nih" katanya.

Kenapa macam tu? Ada seorang yang bertanya kerana kehairanan.

" Adakah patut depa bakar banner program malam ini? (Program Perjuangan Baru Bermula). Pengerusi masjid tu marah kerana dipercayai puak konservatif telah membakar sepanduk mengiklankan program di Restoran Terapung Mukmin dan sebagai tindak balasnya, beliau telah membatalkan program Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid itu dan gantikan dengan DS Nizar !

Empat tokoh - antara mereka yang akan
menggegarkan lanskap politik negara!
Kami berbuka di masjid tersebut dengan lauk kambing.....Terima kasih kerana melayan kami dengan baik.

Berjubah Putih tu ialah Pengerusi Masjid
Gambar kenang2an dapat berjumpa dengan 
rakan2 seperjuangan dan sealiran dalam fesbuk

Ahmad Awang : Akan Saman Hj Hadi

Posted: 27 Jun 2015 12:19 AM PDT


Program Perjuangan Baru Bermula di Temerloh malam tadi adalah dikira berjaya mengikut kata pengerusi Majlis malam itu, Ustaz Ibrahim .

Menurutnya, "Kalau malam ini kita dapat mengumpulkan lebih dari 16 orang, itu bermakna malam ini kita telah berjaya dan dapat mengalahkan rekod Ust Idris, Naib Presiden PAS yang baru."

 Beliau merujuk ceramah yang disampaikan oleh Naib presiden PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad bersama-sama PJ Negeri Sembilan yang baru pada 15 Jun lalu di hadiri hanya 16 orang di Seremban, Negeri Sembilann (gambar sebelah)

Ternyata pada malam tadi kehadiran adalah dalam sekitar 500 hadirin, yang berkumpul dalam beberapa kelompok-kelompok kecil yang merata kerana kawasan yang agak luas.

Yang menariknya adalah kehadiran beberapa orang dari etnik Tionghua telah turut bersama.

Dr Khairudin Datok Malik dalam ucapannya menyatakan bahawa yang digelar ulama ialah mereka yang bergetar hatinya bila nama Allah disebutkan. 

Ulama ialah manusia yang baik  yang paling bertakwa, dijelaskan Allah dengan mafhumnya :


"Inna akramakum 'indallahi atqakum, innallaha 'alimun khabir (al-Huzarat 49:13) artinya:  

Sesunguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling betaqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha.

"Apakah patut digelar ulama orang yang menggelar orang lain Munafiq?" Tanya beliau.

"Saya tidak iktiraf sebagai ulama orang yang menggelar orang lain sebagai Munafiq! Kemulian disisi Allah bukan milik mereka yang bergelar ustaz atau kalangan mereka yang menggelar diri mereka sendiri sebagai ulama tetapi mudah mentakfirkan orang lain!"


Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya menyatakan beliau tidak pernah terfikir bahawa kesemua 18 orang itu akan tersingkir. Golongan konservatif menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu dengan cara mereka melakukan chai.

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti itu hanya untuk membuat pembersihan menyeluruh PAS daripada pimpinan blok progresif.

Beliau tidak mengiktiraf pemilihan cara begitu kerana bukan atas merit atau performance seseorang individu, Beliau juga turut mengulangi kenyataannya:

"Saya sedang kaji tindakan mahkamah (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," katanya malam tadi. "Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya,"

Hj Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui rakaman video mendakwa, pertandingan itu adalah antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS. 

"Pertandingan merebut jawatan presiden PAS hanya saya dan Hj Hadi, kami dua orang sahaja yang bertanding jawatan tersebut. Walaupun dia tak sebut nama siapa calon pilihan DAP itu, tapi jelas dia merujuk kepada saya!" Kata UAA.

Turut hadir menyampaikan ucapan pada malam tadi ialah Tengku Puji, DS Nizar Jamalauddin, Tengku Zulpuri Tengku Puji,Adun Mentakab, Ustaz Aziz Abbas dan Kamal Koh.

Tiada ulasan: