Khamis, 25 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Salman dan PAS Perak patut berasa bangga dengan DS Nizar

Posted: 25 Jun 2015 12:52 PM PDT

Dilaporkan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh  membantah pengumuman DAP bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dikekalkan sebagai sebagai Ketua Pembangkang Perak.

Alasan yang diberikan oleh Salman ialah:

1) Mohammad Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS setelah gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat malah disingkirkan dari jawatan Ketua Kawasan PAS Kampar.

2) Salman beralasan lagi,"DAP perlu menghormati pendirian PAS dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP." 

Pertamanya apa yang perlu diperhatikan ialah DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing lima kerusi.Maka hak untuk menjadi Ketua Pembangkang ialah DAP kerana kedudukan kerusinya.

Namun DAP melantik Mohammad Nizar untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang Perak kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering.

Salman bertanya, kenapa tidak Adun PAS yang lain diambil kira? Apakah Salman lupa kecemerlangan Nizar yang pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008?

Dan apakah Salman lebih suka kalau DAP  melantik ADUN dari PKR?

Tetapi atas sebab kelebihan yang ada pada Nizar itulah, maka DAP melantiknya untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Apakah hanya kerana Nizar sudah bukan lagi YDP Kampar maka dia tidak layak untuk jadi Ketua Pembangkang di DUN Perak? Mungkinkah guru agama yang menggantikan Nizar itu patut dicadangkan?

Seperkara lagi yang perlu Salman ingat ialah kerjasama antara kedua-dua parti, DAP dah PAS sudah berakhir.PR sudah tidak lagi wujud di Perak.

Salman dan PAS Perak patut berasa bangga kerana DAP telah memilih Nizar, seorang ADUN PAS untuk jawatan tersebut. DAP lebih mengenali yang mana permata dan yang mana kaca.

Gunung Sinabung meletus

Posted: 25 Jun 2015 03:00 AM PDT

Gunung Sinabung (bahasa Karo: Deleng Sinabung) adalah gunung api di Dataran Tinggi Karo, Kabupaten Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Gunung ini tidak pernah tercatat meletus sejak tahun 1600, tetapi mendadak aktif kembali dengan meletus pada tahun 2010. Letusan terakhir gunung ini terjadi sejak September 2013 dan berlangsung hingga kini. Baca lanjut beritanya  di sini

 Lava panas mengalir dari Gunung Sinabung, gunung berapi semasa letusan seperti yang dilihat dari kampung Tiga Suyadi di Kabupaten Karo, wilayah Sumatera Utara, Indonesia 25 Jun 2015. Lebih 10,000 orang dari 12 buah kampung di sekitar lereng Gunung Sinabung telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan berpindah ke kem-kem pelarian. 

   Reaksi penduduk sewaktu  Gunung Sinabung gunung berapi menerus abu. 

 lava panas mengalir dari Gunung Sinabung gunung berapi. 
Gambar-gambar oleh REUTERS / Beawiharta

Dilema dan penyakit parti baru Islam

Posted: 25 Jun 2015 12:00 AM PDT

Kononnya, 65 peratus penyokong PAS akan bersama kumpulan "profesional" yang ingin menubuhkan parti Islam baru.

 Kononnya lagi, jika parti Islam baru ini bertanding tiga penjuru dengan PAS dan Umno, parti baru ini boleh menang!

 Kononnya, saat ini, Umno berada dalam keadaan yang sangat merosot.

 Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, dengan pelbagai isu seperti GST dan 1MDB, Umno hanya menang lebih 40 kerusi parlimen!

 Beginilah garis berhujah untuk mengolah persetujuan semua agar parti baru ini dapat diwujudkan.9 Dan, lebih lucu lagi, projek menubuhkan parti baru ini kelihatan lebih ghairah dijayakan berbanding kempen memastikan pemimpin "profesional" menang dalam pemilihan PAS awal bulan ini.

 Pemimpin-pemimpin ini yang kelihatan tidak bersatu sebelumnya, yang tidak menduga perancangan rapi dan "serangan hendap" aliran pro-Abdul Hadi Awang, tiba-tiba menyedari mereka masih popular dan masih mendapat dukungan.

 Namun, ada beberapa masalah konteks dan latar peristiwa yang mengaburi projek parti baru Islam "inklusif" tersebut.

 Pertama, ia akan dianggap sarang pemimpin yang tewas, kecewa dan takut tidak dapat bertanding lagi dalam pilihan raya umum nanti (melalui tiket PAS).

Bayangan agenda DAP 

 Maksudnya, mereka ini golongan "opportunis" (penting diri) yang tersisih dan patah hati tetapi tidak cerdik dalam politik sehingga tidak menduga diserang hendap sebegitu rupa oleh kumpulan "ustaz muda" (istilah saya, neo-Taliban).

 Kedua, parti baru ini muncul dalam seruan DAP ingin menubuhkan "gabungan baru" pembangkang tanpa PAS.

 Yakni, inisiatif ini selalu dibayangi oleh agenda tersembunyi DAP, sebuah parti yang dimomokkan sebegitu rupa (betul atau salah) sehingga tidak membantu citra positif kumpulan aliran "profesional" PAS.

 Ketiga, parti baru Islam ini kemungkinan besar tidak mengutamakan agenda hudud, syariah dan Negara Islam seperti mana sikap DAP yang menolak agenda yang sudah menjadi darah daging PAS.

 Sekali lagi, parti baru ini akan dianggap kowtow pada DAP. Tanggapan seumpama ini merosakkan imej parti baru sebelum ia ditubuhkan!

 Keempat adalah justifikasi asas kewujudan parti baru ini berbanding PAS. Apakah keistimewaannya dan di mana silapnya PAS sehingga harus ada satu lagi parti Islam?

 Jika tidak kemas, rasional tapak kewujudannya akan dipertikaikan banyak pihak, khususnya kenapa perlu parti lain sewaktu PAS dirasakan "tidak menyeleweng".

 Orang nampak, PAS "tidak buat salah apa-apa" kecuali mahukan hudud dan golongan "profesional" ini tewas. Maka, kenapa perlu sebuah parti baru?

 Latar peristiwa pergaduhan PAS-DAP dan kaitan DAP dengan pemimpin aliran "profesional" menjelang muktamar akan diungkit-ungkit untuk melemahkan asas kewujudannya.

Berebut penyokong 

 Kelima, dan yang paling penting, apa nilai tambah yang parti baru ini boleh sumbangkan kepada barisan pembangkang?

 Atau, ia hanya memecahkan lagi kesatuan pembangkang selepas PAS dan DAP mencetuskan karenah politik yang memecahkan Pakatan Rakyat?

 Mari kita teliti: Apa bezanya parti-parti Tengku Razaleigh Hamzah (1990) dan Anwar Ibrahim (1999) berbanding parti baru Islam?

 Tengku Razaleigh dan Anwar memecahkan ketumbukan "gerombolan" Umno. Mereka menggugat dan menyerang Umno dari dalam dan merobek-robek keutuhan parti itu, tonggak pemerintahan BN.

 Oleh itu, Tengku Razaleigh dan Anwar memberikan "nilai tambah" kepada barisan pembangkang.

 Nilai tambah ini menjadikan Ku Li dan Anwar "gadis manis" yang mahu cepat-cepat dipinang oleh parti-parti tradisi, PAS dan DAP. Seperti "nilai tambah" PBS kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum 1990.

 Tetapi kewujudan parti baru Islam ini dilihat hanya perebutan pengkalan sedia ada pengikut pembangkang, termasuk PKR dan PAS.9 Jadi, persaingan PAS-DAP yang membawa kelahiran parti baru Islam tidak ubah seperti permainan bongkah-bongkah Lego. 

 Jumlah bongkahnya kekal sama (malah mungkin berkurangan akibat penyokong yang kecewa), hanya rekaan Lego sahaja diubah-ubah.

Tawaran nilai tambah Apa lagi daya tarik parti baru ini untuk meluaskan pengkalan penyokong pembangkang? Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam? Dari mana mereka datang?

 Beberapa hari lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan: "Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini."

 Tetapi sedarkah beliau bahawa mana lagi NGO yang beliau boleh harapkan? Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) atau Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)?

 Semua NGO itu, termasuk bukan Melayu, pernah menyokong beliau dan pembangkang sejak 1998 lagi!

 Jadi, di mana "nilai tambah" parti baru? Daripada PERKASA, ISMA atau Pekida? Daripada Belia 4B, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau persatuan-persatuan bekas pelajar sekolah berasrama penuh?

 "Nilai tambah" yang saya maksudkan itu seumpama dampak dan krisis yang dicetuskan oleh gelombang (ulang: gelombang) Tengku Razaleigh dan Anwar, khususnya di awal-awal krisis menjelang pilihan raya 1990 dan 1999.

 Dua tokoh nasional itu, yang berpengalaman luas dalam kerajaan dan berkedudukan kanan dalam parti pemerintah utama, menubuhkan parti baru selepas disingkirkan.

 Tetapi siapa tokoh-tokoh parti Islam baru ini yang boleh mencipta gelombang nilai tambah pada pembangkang?

 Parti baru ini (termasuk G18 atau PasMa) tidak mencipta nilai tambah. Semua kumpulan ini hanya berebut-rebut constituents (penyokong) pembangkang sedia ada; yang boleh disalurkan oleh PKR dan DAP.

 Malah, parti baru ini bukan sahaja meretakkan lagi hubungannya dengan PAS, dan berpotensi menimbulkan konflik dengan PKR!

 Sebabnya sasaran kerusi dan pangkalan sokongan parti baru itu, khususnya di pantai barat Semenanjung, hampir-hampir sama dengan PKR. 

Undang kebencian

Tetapi sebenarnya nilai tambah ini lebih kritikal saat ini berbanding zaman Tengku Razaleigh dan era Anwar (dulu) untuk menampung kekurangan undi (offset) akibat perpecahan dengan PAS.

 Jika nilai tambah ini tidak wujud – atau wujud minimal sahaja, tidak mencipta "gelombang" – parti baru Islam itu sedang melakukan eksperimen besar.

 Eksperimen yang boleh menggugat Kelantan, Selangor dan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen – yakni "penanda aras" pencapaian terbaik pembangkang.

Risiko ini sangat besar kepada pembangkang. 

 Risiko ini, jika gagal, akan dimaki habis-habisan oleh penyokong Pakatan Rakyat, khususnya "generasi Ini Kalilah" 2013, yang kini makin keliru dan kecewa dengan permainan politik berlebihan pembangkang.

 Parti baru Islam itu didirikan atas kemarahan mereka kepada PAS tetapi eksperimen mereka itu boleh menyebabkan hilangnya Selangor atau BN mendapat semula dua pertiga.

 Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi menyelamatkan beberapa tokoh pemimpin PAS yang tewas baru-baru ini?

 Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi melayan sikap DAP yang menolak PAS?

 Bagaimanapun, wujud atau tidak wujud parti baru, ada satu lagi dilema yang semua pembangkang harus bertanya secara jujur dan strategik: Apakah PAS mampu mempertahankan kerusi-kerusinya, khususnya di pantai barat Semenanjung?

 Apakah PAS dapat dipercayai untuk meyakinkan kita bahawa ia masih relevan sebagai pembangkang, sekali lagi khususnya di pantai barat Semenanjung?~ malaysiakini

Bahtera hampir karam... Nakhoda semakin cemas

Posted: 24 Jun 2015 09:00 PM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS Pusat sudah pun memberikan arahan kepada Pesuruhjaya Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad supaya mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu untuk terus menyokong kepimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Presiden PAS itu berkata, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan mereka meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini.

Nakhoda PAS buat arahan ini menunjukan dia semakin cemas... mungkin dia merasakan bahtera PAS semakin terumbang ambing dan hampir karam di Selangor?? Cakap kononnya pertahankan Selangor, tapi sebenarnya nak pertahankan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor!

Arahan Hj Hadi ini menandakan akan ada dua kemungkinan pergolakan besar akan berlaku di Selangor dalam masa yang terdekat ini. 

1) DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Azmin.

DAP dengan 15 kerusi pastinya akan bulat menyokong usul tersebut. Tapi apakah semua 13 PKR akan menentang usul tersebut? Di sinilah keadaan paling genting.

13 PAS menolak usul tersebut tidaklah terkesan sangat sekiranya 12 Umno menyokong usul tersebut.Tidak mungkin Umno akan menyokong Azmin! Umno pastinya tidak mahu melepaskan peluang menangguk di air yang keruh....Hahahaha .... Sangat menarik episod ini untuk kita lihat nanti. 

Namun sekiranya DAP gagal dalam tindakan pertama ini, langkah seterusnya sebagaimana Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pernah ucapkan, "DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri," iaitu :


2) DAP akan menarik diri dari menyokong Pakatan Rakyat di Selangor ?

Pastinya langkah ini akan menjurus Selangor terpaksa mengadakan pilihanraya negeri.....

So Azmin, bagaimana ? Cepatlah berbincang dan berunding dengan DAP. Cari jalan yang terbaik supaya harapan rakyat tidak dihampakan. Rakyat mahu dengar berita baik selepas raya nanti sebagai angpow raya.

Bila G18 nak bentuk pro tem komitee?

Posted: 24 Jun 2015 07:30 PM PDT

Pemimpin progresif PAS yang disingkirkan merancang untuk menubuhkan parti baru jika kepimpinan parti yang baru bersikap lebih pendiam dan tertutup dan mereka mahu NGO PasMa menyerahkan urusan penubuhan parti itu kepada kumpulan profesional.

 Kumpulan progresif yang dinamakan sebagai G18 mendakwa bahawa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.

 "Saya tidak kata (PasMa) tidak baik... tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PasMa.

 "(Presiden PasMa) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi) dia seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu," kata bekas ahli jawatankuasa pusat Hanipa Maidin kepada Malaysiakini.

 Beliau merujuk kepada peranan Phahrolrazi di Kedah dalam krisis menteri besar yang bermula pada 2011 apabila bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu didakwa cuba menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

 Hanipa juga berkata sikap tidak percaya anggota PAS terhadap PasMa mungkin disebabkan ahli tidak memahami matlamat asal NGO itu yang menurutnya untuk mengisi kekosongan sama ada PAS perlu ditendang keluar atau jika ia memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat.

 Tetapi adakah puak progresif mempunyai daya tarikan yang lebih daripada Pasma? MP Shah Alam Khalid Samad memikirkan demikian.

 "Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PasMA," katanya kepada Malaysiakini

Komen al-Husseyn :

PasMa hanya sebuah NGO yang mahu Pakatan Rakyat terus berfungsi kerana itulah saja senjata untuk melawan Umno/BN.PasMa mengalu-alukan penubuhan sebuah parti baru.

G18 perlu pro aktif - tunggu apa lagi? Bermesyuaratlah panggil NGO yang proPakatan Rakyat duduk semeja dan berbincanglah. Jangan dok kalut bincang siapa yang lebih berpengaruh bagai....

 Jangan tunggu lama-lama sebab akar umbi dah tak sabar untuk melakukan reformasi bersama harapan dan uimpian baru.

PasMa telah kehilangan seorang aktivis muda, Sheikh Omar kerana kita lembab sangat nak buat parti baru. Loyar Zulhazmi Sharif pula telah memberikan tempoh 100 hari sebelum dia menyerahkan borang menyertai DAP...

Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub masih pening-pening lalat tak tau nak buat keputusan lagi....adoi.....

So, cepatlah bentuk pro tem komitee, tunggu apa tunggu?

Pakistan: beratus-ratus terbunuh akibat gelombang haba

Posted: 24 Jun 2015 05:26 PM PDT

Reuters melaporkan  akibah cuaca panas yang bersangatan sedang melanda Karachi, Pakistan dan menyebabkan beratus-ratus yang terkorban:

1. Seorang wanita menggunakan sekeping kadbod untuk peminat anaknya, sementara menunggu giliran mereka untuk pemeriksaan kesihatan, di luar Jinnah Siswazah Medical Centre semasa cuaca panas bersangatan di Karachi, Pakistan, 23 Jun 2015. 
REUTERS / Akhtar Soomro

2. Seorang wanita membasahi burqanya untuk menyejukkan kepala ayahnya di luar Pusat Perubatan Siswazah Jinnah di Karachi, Pakistan, 24 Jun, 2015. 
REUTERS / Akhtar Soomro

3 Seorang ahli keluarga menunggu manakala sukarelawan mencari suatu kumpulan yang mati di antara orang-orang yang meninggal dunia disebabkan oleh gelombang haba yang hebat, di Yayasan Edhi rumah mayat di Karachi, Pakistan, 22 Jun, 2015. 
REUTERS / Akhtar Soomro

4 Seorang anggota polis memercikkan air pada rakan sekerja, yang rebah kerana panas, dalam van polis di luar Pusat Perubatan Siswazah Jinnah di Karachi, Pakistan, 24 Jun, 2015. Satu gelombang haba telah membunuh lebih daripada 780 orang di bandar selatan Karachi lebih empat hari lalu. 
REUTERS / Akhtar Soomro

Tiada ulasan: