Selasa, 23 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno tipu PAS, kita rugi gapa?? Tanya Nik Abduh

Posted: 23 Jun 2015 10:36 AM PDT

Memang tak cerdik Nik Abduh ni..... Pepatah Melayu pun ada berkata : Si Bodoh makanan Si Cerdik! Kalau dah kena tipu sokmo-sokmo ibarat sitolol masuk ke lubang yang sama berkali-kali untuk dipatuk oleh ular yang sama....

Nik Abduh tanya korang semua : 

"Kita nak kena tipu ker, kita nak menipu? Kalau PAS tak bawa Hudud, Umno akan jaja merata, PAS ni nak buat hudud menipu jer! Bila kita bagi peluang, dia kata Dr Mahathir tak bagi nak laksana hudud di Kelantan, di Trengganu....Kita kata Umno bohong...

"Sekarang ni hok dia kata dia bohong, Umno tarik balik. Dia kata sekarang, oleh kerana mu kata bahawa kami tipu, sekarang ni kami nak beri...kami akan sokong.  Kalau kita tak jawab Umno ni, atas alasan Umno nipu atau sebagainya, sudah pasti Umno akan jaja pada rakyat bahawa PAS ni menipu!

"PAS ni menipu kerana kamilah hudud tidak boleh dijalankan. Sekarang ni PAS sendiri tarik diri bawa hudud, akhir sekali kita akan dituduh oleh rakyat, kita adalah parti Islam yang menipu, satelah ditawarkan oleh Umno. 

"Katakanlah tuan-tuan semua, saya terima maklumat, bahawa tak bawa ni ...sehari dua parlimen nak bahas ni! saya tak bawa bill tu...kerana ada ada saman, baca surat khabar...ada saman dari rakyat Malaysia ... orang Islam 3,4 orang ... peliklah! Dia saman sekat! Dia saman Tok Guru presiden, dia saman Speaker, Timbalan Speaker .... 4 kalau tak silap...hok kena saman. Jadi kerajaan buat alasan oleh kerana tuan speaker sendiri kena saman, maka dia nak brake dulu...Tak apalah itu alasan....

"Katakanlah, betul Umno nak menipu....Umno tipu PAS.... , baik kita rugi gapa?? Apa kita rugi tuan-tuan? Rakyat tengok bahawa yang menipunya Umno, tidak PAS! Rakyat tengok PAS nih...kena tipu sokmo!  PAS ni kena tipu sokmo....Umno ni, nipu sokmo-sokmo!

"Jadi rakyat nak hok mana? Cuba fikir orang Melayu, orang Islam nak hok mana? Nak pemerintah hok menipu sokmo ? Ataupun nak pemerintah maka dia jadi rakyat dia kena tipu sokmo pada pemerintah. Dia tak menipu lagi! Di Kelantan ni, Kerajaan Kelantan tak pernah nipu rakyat. Hok boleh buat, dia buat, hok tak boleh buat dia ngaku tak boleh buat...tu di Kelantan! "

Kalau tak caya korang dengarlah sendiri tukang lawak buat persembahan :



Saya tak mahu komen apa-apa.... Cuma saya ambil komen budiman dari Ustaz Zul Hilmei Mohamad Rohani:

Dalam QAWAID FIQHIYYAH ada menjelaskan:

 اذا تعارض مفسدتان روعى أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما 
 Maksud: Bila bertembung 2 perkara yg merosakkan hendaklah dinilai mana satukah yg lebih besar risikonya dengan cara memilih situasi yg paling ringan risikonya sbg jalan keluar.

 Kenapa tak pilih utk tidak ditipu dlm masa yg sama mengekalkan imej umno sbg penipu besar? 

 Mana yg lebih besar mudharat?

1) Sedia kena tipu, tak dpt laksana RUU, dgn risiko PR pecah, ruang dakwah kpd non-muslim tertutup dan ukhuwwah di kalangan ahli berkecai dgn budaya fitnah dan label-melabel.

2) Tidak sedia ditipu, tak dpt laksana RUU, PR stabil, ruang dakwah masih terbuka pd non muslim, ukhuwwah kekal memperkukuh dan budaya fitnah boleh dikawal. 

 2 situasi di atas menghadapi risiko yg sama iaitu tidak dpt nak laksana RUU. Namun risiko ke dua lebih ringan berbanding pertama disebabkan keutuhan PR dan ruang dakwah masih dibuka kpd non muslim. Jika mereka tidak terima pd hari ini, potensi utk mereka terima akan dtg besar. Hakikatnya bersama PR baru 7 tahun, kalau kita boleh sabar dgn umno sama bangsa dan sama agama hingga 60 tahun, kenapa dgn non muslim yg berlainan agama dan bangsa tidak boleh sabar? So kenapa tidak pilih option yg ke dua?

Mahkamah Syariah Khas bercanggah dgn Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965.

Posted: 23 Jun 2015 08:10 AM PDT

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI II oleh Che Ibrahim Mohamed


Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 ialah suatu undang-undang jenayah yg melibatkan kesalahan2 Zina, Qazaf, Syurb, Hirabah, Mencuri, Murtad, Membunuh, Mencederakan orang lain dan perkara2 yg berkaitan dgnnya. Kesalahan2 ini boleh dihukum dgn hukuman hudud dan qisas yg melibatkan hukuman bunuh, potong kaki/tangan, rejam sampai mati, sebat antara 40 hingga 100 rotan sebagaimana yg ditetapkan oleh hukum syarak.

 Mengikut KJS II (1993) 2015, kesalahan2 yg diperuntukkan dlm enakmen ini akan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh satu mahkamah khas yg akan ditubuhkan dgn nama Mahkamah Bicara Khas Syariah dan Mahkamah Rayuan Khas Syariah.

Namun begitu, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965 hanya memberi kuasa kpd mahkamah syariah negeri membicarakan kesalahan2 terhadap ajaran agama Islam yg dilakukan oleh penganut agama Islam shj sbgmana yg disebut dlm Senarai II, Jadual , Perlembagaan Persekutuan, dgn syarat kesalahan2 tersebut tidak diperuntukkan dlm mana2 undang jenayah persekutuan dan hukuman yg boleh dikenakan setakat penjara 3 thn atau denda rm5000 atau sebatan 6 kali atau gabungan hukuman2 tersebut.

 Ini bermakna Mahkamah Syariah Khas yg ditubuhkan di bawah KJS II (1993)2015 tidak boleh membicarakan kesalahan2 dan mengenakan hukuman hudud dan qisas sbgmana yg diperuntukkan dlm KJS II (1993)2015 kerana bercanggah dgn Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965.

Mengikut Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965, Mahkamah2 Syariah negeri hanya boleh membicarakan kesalahan2 yg berkaitan kekeluargaan islam shj spt perkahwinan, perceraian, nafkah anak dll. Adapun kesalahan2 spt judi, rogol, liwat, mencabul kehormatan, merompak, mencuri, membunuh, mencederakan orang dsbnya, walaupun ianya berkaitan dgn undang-undang hudud dan qisas, tidak boleh samasekali dibicarakan di mahkamah syariah wpun setakat yg dilakukan oleh penganut agama Islam shj.

Nasharudin Mohamad: Maknanya perlu prluas bdang kuasa mhkmh syariah dlu bru boleh buat EKJS II ? 

Che Ibrahim Mohamed: Betul....kena pinda perlembagaan dulu bagi memberi kuasa kpd mahkamah syariah bagi semua kesalahan hudud dan qisas ( dan takzir)

Mahathir kata, Melayu Haprak ialah Melayu yang mudah lupa ....

Posted: 23 Jun 2015 03:00 AM PDT

Haji Hadi kata, "Setiap ahli Pas mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.Baca lagi di sini

Dia ni dah lupa ke apa yang dia pernah kata sebelum ini? Kalau ikut kata Mahathir, Melayu yang jenis mudah lupa ni Haprak!

Komen terbaik dari rakan blogger Greeboc :

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah mengahalau ahli-ahli PAS, pernah memanggil ahli PAS sebagai BARUA dan pernah menTOLOLkan ahli-ahli PAS? Kini apabila mereka yang dihalau, yang dipanggil BARUA dan yang ditololkan itu mahu membuka parti baru, diberi amaran pula bahawa mereka akan "tenggelam" seolah-olah menghalang mereka untuk tinggalkan PAS. 

 Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kini? Bukankah kamu, Haji Hadi yang telah menyebabkan berlakunya dan membiarkan perpecahan di dalam PAS? Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang bertanggungjawab membiarkan PAS tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal? 

 Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama dan menyingkiirikan kumpulan profesional. Baca lagi di sini

Saya setuju dengan komen Saiful Islam nih :



Kalau Islam itu adil, tidak zalim , kenapa Kelantan Membangun Bersama Islam tidak mengamalkannya?

Posted: 22 Jun 2015 11:40 PM PDT

Mohd Fauzi Mohd Azmi : Kerajaan Negeri Kelantan era Mat Yaakob dan Nik Amar selepas PRU-13 telah menamatkan Kontrak seorang Kakitangan KGT (Anak Syarikat Negeri Kelantan) tanpa alasan yang munasabah.

 Yang x pernah diperbesarkan ialah, anak kepada Kakitangan tersebut yang pada ketika itu berumur lebih kurang 2 tahun sedang menderita akibat dilahirkan dengan keadaan Jantung Berlubang dan memerlukan Wang yang banyak untuk rawatan susulan sakit jantung anak kecil tersebut.

 Tidak zalimkah Kerajaan Negeri Kelantan Pimpinan Mat Yaakob dan Nik Amar apabila menutup 1-1 nya punca rezeki keluarga malang tersebut hanya kerana kakitangan GLC berkenaan dikenal-pasti sebagai Pro-Husam..?

Berikut adalah komen sahabat yg juga menjadi mangsa dimana kes pemecatan itu telah difailkan dan "akan dibicarakan di mahkamah perusahaan k lumpur pd 30/6 dan 1/7 ni  kerana pecat tanpa alasan.....satu pemecatan yg mudah tanpa alasan yg menasabah." katanya.

Korang boleh baca penjelasan lanjut mengena kes Che Ibrahim Mohamed di sini

Che Ibrahim Mohamed: Tak kurang drp 5 orang ditamatkan perkhidmatan tanpa alasan yg menasabah, cuma ambo seorang shj yg bertaraf tetap Al Husseyn, yg lain perlantikan kontrak tahunan 

 Che Ibrahim Mohamed: Mohd Khier Zahrie Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali ditamatkan kontrak setelah baru 2 bulan di sambung perkhidmatan atas alasan yg sengaja diadakan

ProProgressive tubuh parti baru sebab gila jawatan?

Posted: 22 Jun 2015 05:30 PM PDT

Ada pula wala'un yang naikkan vdo lama almarhum Ust Fadzil Noor dengan tujuan jahat menggunakan dua tajuk yang berbeza. Empat bulan sebelum ini wala'un ini menggunakan tajuk :

 Ustaz Fadzil Noor, jangan wujud jamaah dalam jamaah. Itu sewaktu kempen untuk pemilihan muktamar PAS 61. 

Sesudah muktamar, bila G18 nak buat parti baru, wala'un ini  dengan tambahan editing, dia gunakan tajuk : Tepat telah UFN, kerana mahu jawatan, tubuh wadah politik baru.

Memang kerja laknat. Berikut adalah penjelasan anakanda almarhum Ust Fadzil melalui fesbuknya.

Muhammad Faiz Fadzil:

 Hari ini dimainkankan video almarhum ustaz fadzil noor(ufn) tentang penubuhan party baru..ini jawapan saya:

 1) ufn adalah antara satu-satunya pemimpin di zaman 70-an menentang kemasukan pas ke dalam perikatan yg kemudiannya ditukar bn

 2) ketika itu ufn beralih utk bersama pemimpin abim termasuk dsai menjadikan abim sebagai force islam yg kuat di negara ini

 3) ufn kembali aktif bersama pas setelah pas ditendang keluar drpd bn dan ufn sertai pru 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dr utm

 Maka..jelas perjuangan ufn istiqamah menentang umno bn dan mahu tubuhkan kerajaan..sbb itu ufn merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai pas, memadamkan fahaman ahli terhadap amanat hadi & tahaluf dgn angkatan perpaduan ummah & barisan alternatif Video tu ufn sebut pasal pemimpin yg nakkan jawatan sampai sanggup tubuh party baru..itu keadaan ketika itu..tapi keadaan skrg lain..ahli & rakyat yg nakkan party baru kerana pas skrg sudah terpesong drpd peta perjuangan menentang umno bn..dalam keadaan rakyat dahagakan sebuah pemerintahan baru yg bersih adil dan berkebajikan melibatkan penyertaan semua kaum, maka party baru yg memperjuangkan semua prinsip islam ini & aspirasi rakyat adalah menjadi wajib..

 InsyaAllah parti baru ini akan terus menentang umno bn, mendaulatkan islam & akhirnya menyelamatkan ahli pas yg masih keliru dgn halatuju politik pas skrg..

 Anda mungkin tak setuju dgn saya, tapi saya percaya ufn pasti menyokong party baru yang didokongi oleh pemimpin yg dilahirkannya yang banyak berjasa kpd karier perjuangan ufn..party baru adalah meneruskan perjuangan ufn walau berlainan wadah

Usah lihat pada form tapi lihat pada substance..biiznillah
‪#‎bersamajatuhkanumnobn‬

Tiada ulasan: